Jumaat, 5 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 04 Sep 2014 07:31 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


PAS KAWASAN SELAR PORTAL MEDIA INTERNET

Posted: 04 Sep 2014 01:28 AM PDT


PAS Kawasan Bukit Katil menyelar tindakan media yang mensensasikan berita-berita yang samar dan tidak datang dari sumber yang sahih. Terbaru Portal Star Online versi Bahasa Malaysia melaporkan bahawa PAS menghantar 3 nama Exco PAS sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor. Star Online melaporkan berita tersebut dengan tajuk Hadi mahu PAS MB Selangor (://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/04/hadi-mahu-pas-mb-selangor'.)

Selepas itu laporan itu disiarkan pula oleh Malaysiakini dengan tajuk 'Hadi nominates 3 PAS Excos for MB Post' (http://www.malaysiakini.com/news/273621).

Tindakan kedua-dua portal berita ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang ramai. Walaupun tajuknya dibuat menggunakan tanda soal namun ia mungkin disalahtafsir oleh pembaca yang rata-rata menggunakan sumber portal internet sebagai rujukan berita mereka.

Sebagai sebuah media yang dikatakan mahukan kebebasan media, mereka mesti bertanggungjawab dan meneliti setiap berita agar ianya merupakan berita yang sah dan datang dari sumber yang sahih bukannya dari sumber-sumber yang samar dan tidak rasmi.

Kita bimbang jika portal-portal menjadi pencacai kepada musuh-musuh politik PR yang sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan PR sejak dari dahulu lagi.

Jangan ulangi kesilapan media arus perdana yang dikuasai kerajaan BN yang sengaja mensensasikan berita-berita yang melibatkan PR bagi memburuk-burukkan PR di mata rakyat. Portal berita internet mesti mengekalkan rekod mereka yang dikatakan bersih dan bebas.

PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini mengharapkan portal-portal berita internet memohon maaf kepada seluruh pemimpin dan penyokong PR khususnya PAS yang terguris dengan tindakan mutakhir media-media yang menyiarkan laporan yang mengelirukan. 

Kepada pemimpin dan penyokong PR berhati-hatilah jangan sekali-kali kita percaya bulat-bulat segala laporan yang dibuat oleh media-media yang ada disekeliling kita. Kita mesti membuat semakan kepada sumber-sumber sahih demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua.

Mari sama-sama kita berganding bahu memurnikan media di negara kita agar rakyat memperolehi berita-berita yang sahih dan tepat. Jangan kita memikirkan keutungan dan populariti sahaja sehingga membelakangkan etika kewartawanan.

Mohd Sofi Abdul Wahab (http://www.facebook.com/sofiwahabpj9)
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil 

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Sep 2014 07:17 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Sentiasa Mesra Bersama Masyarakat Cina dan Non-Muslim

Posted: 03 Sep 2014 11:05 PM PDT

Dewan Himpunan Penyokong PAS Bersama Masyarakat Cina Raikan Pesta Kuih Bulan

MIRI - Kuih bulan adalah sejenis kuih tradisional Cina. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.
Sempena sambutan perayaan kuih bulan yang akan diadakan pada 8hb September tahun ini, PAS Miri bersama dengan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Miri telah mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di sekitar kawasan Senadin dan juga di bandaraya Miri. Pengagihan kuih bulan ini telah diketuai oleh Pengerusi DHPP Sarawak, Mr Yeo Kian Leong bersama pimpinan PAS Miri.

Mr Yeo Kian Leong, merupakan seorang Cina yang komited dengan perjuangan PAS, beliau yang banyak membantu PAS memberi penerangan tentang perjuangan PAS kepada masyarakat Cina dan non-Muslim. Dengan adanya penyertaan masyarakat Cina dan non-Muslim bersama PAS membuktikan yang PAS dapat diterima dengan baik oleh masyarakat tempatan. DHPP amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat Cina dan non-Muslim bersama PAS untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kaum dan agama di Sarawak khususnya.

Tujuan utama DHPP ditubuhkan adalah sebagai jalan perhubungan dan penyatuan antara kaum dan agama dalam negara ini agar mereka tahu tentang perjuangan PAS yang sebenarnya. PAS bukan parti ekstrimis tapi parti Islam yang menyatukan semua masyarakat tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan.

Apabila masyarakat Cina dan non-Muslim mengenali PAS dengan lebih dekat lagi maka segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak musuh politik PAS selama ini akan terjawab bila mereka tahu apa sebenar perjuangan PAS.

Kita berharap lebih ramai lagi penyertaan masyarakat Cina dan Non-Muslim bersama PAS melalui penyertaan mereka dalam DHPP. Banyak aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan akan diadakan apabila lebih ramai lagi masyarakat Cina dan non-Muslim bersama PAS.

PAS akan terus bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat yang berbagai etnik dan agama di Sarawak untuk membuktikan yang PAS adalah sebuah parti berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Harapan PAS agar seluruh masyarakat di Sarawak khasnya dapat menerima baik kedatangan PAS di Sarawak tanpa ada sikap prejudis dan takut.  Marilah kita bersama-sama menegakkan keadilan serta memberi kebajikan untukmu Sarawak.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

PAS Supporters' Congress (DHPP) With the Chinese community Celebrate Moon Cake Festival

MIRI - Moon cake is a Chinese bakery product traditionally eaten during the Mid-Autumn Festival (Zhongqiujie).  According to Chinese belief, the festival is for lunar worship and moon watching, when moon cakes are regarded as an indispensable delicacy. Moon cakes are offered between friends or on family gatherings while celebrating the festival. The Mid-Autumn Festival is one of the four most important Chinese festivals.
Moon cakes festival celebration will be held on 8th September this year, PAS Miri with DHPP (PAS Supporters Congress) Miri, has distributed moon cakes to the Chinese community in the vicinity of Senadin and also in Miri city. Distribution of moon cakes has been led by the Chairman of the DHPP Sarawak, Mr Yeo Kian Leong with the leadership of PAS Miri

Mr Yeo Kian Leong, is a Chinese who are committed to the struggle of PAS, which he helped PAS shed light on the struggle of PAS to the Chinese and non-Muslim communities. With the participation of the Chinese community and non-Muslim with PAS prove that PAS was well acknowledged by the local community. DHPP welcomed the participation of the Chinese community and non-Muslim with PAS to strengthen the relationship between race and religion in Sarawak.

The main purpose of DHPP founded is a way of communication and integration among the races and religions in this country so that they know the truth about PAS struggle. PAS is not extremist parties but Islamic party that unites all people regardless of color or faith.

When the Chinese community and non-Muslim know PAS closer, then all the accusations and slanders leveled by the political enemies of PAS will be answered when they know what the real struggle of PAS is.

We hope that more Chinese community and non-Muslims participation with PAS through their participation in the DHPP. Many community activities and welfare will be held when more and more Chinese community and non-Muslim with PAS.

PAS will continue to work together with all the various ethnic communities and religions in Sarawak to prove that PAS is a party that fighting for all regardless of race and religion.

PAS hopes that all the people especially in Sarawak able to accept well the coming of PAS in Sarawak without prejudice and fear. Let us work together for justice and give welfare to you Sarawak.


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Sep 2014 09:06 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SELANGORKU MAJU. UNISEL INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI BERDAYA SAING

Posted: 03 Sep 2014 11:18 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 04 Sep 2014 09:03 AM PDT

KHIDMAT MERU


Bakal2 haji telah diberi penghormatan.

Posted: 03 Sep 2014 09:05 PM PDT
















Ustaz Dr Azhar Yaacob yg memberi ceramah mengenai persiapan utk bakal2 haji telah diberi penghormatan memberi sumbangan dana, telekong dan kain ihram bersama2 dgn Yb Dr Rani, Datuk Ketua Kampung dan Nazir Masjid As Syariff Pekan Meru.
Seramai 45 orang bakal2 haji dan hajjah yg bertuah kerana terpilih utk menunaikan ibadah mulia tersebut di Tanah Suci Makkah pd tahun ini.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Sep 2014 07:04 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MERDEKA 57 : KEMBALI KEPADA PEMERINTAHAN ISLAM DENGAN MINDA MERDEKA !

Posted: 03 Sep 2014 07:57 PM PDT

PERUTUSAN KEMERDEKAAN : OLEH TUAN GURU PRESIDEN PAS.

Posted: 03 Sep 2014 07:29 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan