Selasa, 23 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Sep 2014 07:25 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kerajaan Perlu Bagi Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

Posted: 22 Sep 2014 06:24 PM PDT

Mangsa Rumah Terbakar Perlu Bantuan Segera 

MIRI – PAS Miri telah melawat mangsa rumah terbakar di jalan Tai Foo di lereng bukit kampung Luak baru-baru ini. Menurut penghuni rumah tersebut En Idros Hashim, kejadian yang berlaku lebih kurang jam 9.30 pagi pada 16hb September yang lalu telah memusnahkan rumah tersebut. 

Menurutnya lagi, hanya ada dua orang ahli keluarganya berada dalam rumah itu semasa kejadian. Nasib baik tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada penghuni rumah cuma barang-barang perabot serta dua buah motosikal musnah dijilat api kerana tidak sempat diselamatkan. Beliau juga pernah memohon bantuan dari badan kebajikan untuk meringankan bebanan yang beliau tanggung, tetapi tiada sebarang bantuan diterima lagi.

Pihak kami telah memberi sedikit bantuan serta barang keperluan harian untuk meringankan bebanan keluarga beliau. Sekarang beliau terpaksa menumpang di rumah ibunya di kampung Luak sementara menanti pembinaan rumah baru mereka dibina semula.

Kita mengesa agar pihak kerajaan segera menghulurkan bantuan kepada keluarga Idros untuk membina semula rumah mereka yang telah musnah agar mereka dapat memulakan kehidupan yang lebih selesa lagi. 

Kita juga mengesa agar pihak berkuasa yang berkenaan dapat menjalankan amanah dengan jujur, ikhlas dalam memberi bantuan kepada setiap rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkuasa untuk mengatasi masalah dan meringankan bebanan rakyat tanpa mengira warna kulit amat dihargai. 

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak  

English version 

House Razed Victims need immediate assistance 
MIRI - Miri PAS have visited the victims of a house razed at the Jalan Tai Foo hillside of kampung Luak recently. According to the residents Mr. Idros Hashim, the incident occurred around 9.30 am on 16th September ago has destroyed the house. 

According to him, there are only two family members in the house during the incident. Fortunately, no untoward incidents happen to the occupant only furniture items and two motorcycle destroyed caught by fire because could not be saved. He has also sought assistance from charitable bodies to ease the burden he bear, but there is no assistance received yet. 


We have given some assistance and daily essentials to ease the burden on his family. Now he had to stay at his mother's house at the kampung Luak while waiting for the construction of their new home to be rebuilt. 

We urge the government to immediately extend assistance to Idros families to rebuild their destroyed home so that they can start a better life. 

We also urges the relevant authorities to carry out the trust with honesty, sincerity in giving to every citizen regardless of race, religion and political affiliation. Cooperation with the authorities to resolve the problem and ease the burden of the people regardless of skin color is very much appreciated.

Jasindaily Online

Posted: 22 Sep 2014 09:33 AM PDT

Jasindaily Online


Isu Cabar Presiden : Beli Tak Semestinya Guna Wang

Posted: 22 Sep 2014 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Istilah beli yang digunakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dua Adun PAS di Selangor, tidak semestinya bermaksud dibayar dengan duit. Sebaliknya ia hanya berbentuk kiasan merujuk kepada tindakan adun terbabit yang tidak merujuk pimpinan parti terlebih dahulu untuk menyertai rancangan politik parti lain. "Bila sebut beli tak semestinya bayar dengan duit. "Beli maruah diri, beli sokongan tanpa merujuk parti terlebih dahulu. Semua ini kiasan kepada beli," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Presiden PAS membuktikan dua Adun PAS terbabit telah dibeli. Ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PSS Pusat ke-60 kelmarin, Tuan Guru Abdul Hadi berkata PKR tidak patut membeli dan mencuri dua wakil PAS untuk menjayakan rancangan politik mereka.

 "Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? "Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada," tegasnya. Beliau merujuk kepada tindakan dua Adun PAS yang menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa merujuk kepimpinan parti. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, dua Adun terbabit sepatutnya merujuk parti sebelum membuat sesuatu keputusan besar yang boleh memberi kesan kepada parti. "Apa salahnya rujuk kepada parti atau hadir dalam pertemuan untuk penjelasan. "Namun apa yang berlaku, berlakunya ia," katanya.

Isu SD : Saari Sungip Cabar Tuan Guru Presiden

Posted: 22 Sep 2014 01:03 AM PDT

SHAH ALAM – Adun Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti beliau dibeli oleh PKR untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Malah beliau turut mengulangi pendirian sedia dipecat daripada parti sekiranya Abdul Hadi mempunyai bukti beliau berbuat demikian dan bersedia dibawa ke muka pengadilan sekiranya terlibat dalam politik wang. "Saya tak tahu apa maksud 'broker', 'barua', dicuri dan dibeli. Jadi Pas perlu jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini 'broker' atau 'barua' dan dibeli. "Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit? 


 "Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar. Kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 semalam, Abdul Hadi mengkritik tindakan PKR dan DAP kerana mencuri dua Adun parti itu demi menjayakan misi 'Langkah Kajang' seterusnya merebut jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau mendakwa ada pihak yang menjadi 'broker' dan 'barua' dengan mencuri Adun parti itu di Selangor dan tindakan tersebut seolah-olah mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin dalam PR. 

 Sementara itu, Saari berkata, Abdul Hadi sepatutnya membawa perkara itu kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran dalam muktamar. "Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli Pas ,maka saya terimalah," ujarnya. Bagaimanapun, usaha Sinar Harian mendapatkan Adun Morib, Hasnul Baharudin tidak berjaya apabila beliau gagal dihubungi untuk mendapat penjelasan berhubung isu sama./Sinar 

Selamat Tinggal Tan Sri Khalid ... Jasamu Sentiasa Dikenang Rakyat Selangor

Posted: 22 Sep 2014 01:02 AM PDT

Pertama kali saya mendengar pidato Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ketika kempen pilihan raya umum ke 12 pada 2008, di Bandar Tun Razak dan saya dapati ucapan beliau membosankan. Ramai yang datang tetapi seolah tidak diperdulikan sangat apabila beliau seolah tergagap dan sukar difahami maksud ucapan beliau. Saya ketika itu membuat tugasan sebagai pelajar kolej meminta untuk memubual beliau selama lima minit, dan reaksi awal saya terus berubah. Walaupun saya telah lupa apa isi temubual itu, namun saya ingat jawapan beliau satu persatu jauh lebih baik dan meyakinkan berbanding ketika berucap di hadapan ratusan hadirin di atas pentas. Sebulan kemudian, beliau dilantik menjadi menteri besar Selangor dan saya meneruskan pengajian. Hampir dua tahun selepas itu, saya terjun ke dunia kewartawanan dan ditugaskan membuat liputan aktiviti kerajaan negeri Selangor. 


 Hari ini merupakan hari terakhir Khalid bertugas sebagai menteri besar dan pastinya satu perubahan dirasakan khususnya bagi warga media di sini. Khalid sebelum ini pernah menyatakan betapa beliau mahu meninggalkan legasi pentadbirannya sebelum turun dari kerusi menteri besar. Selepas menandatangani perjanjian induk yang membawa kembali syarikat pembekalan air kepada negeri Selangor, Khalid dilihat menghabiskan hari-harinya dalam kerja-kerja "santai". Tanpa protokol, karenah Beliau turut kelihatan lebih ceria selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada sultan Selangor dua minggu lalu. Sabtu lalu, Khalid menghadiri acara perayaan pesta menuai Jepun, "Bon Odori" terakhir beliau sebagai menteri besar di Stadium Panasonic, Shah Alam dan beliau tetap seperti kali pertama pada 2008 - acara yang diakui beliau sebagai sentiasa membuatnya tersenyum dan ceria. Beliau turun di tengah-tengah bersama menari mengelilingi bulatan dengan senyuman lebar tanpa sebarang kawalan keselamatan, sesuatu yang dilakukan saban tahun setiap kali perayaan ini tiba. Khalid merupakan sosok yang amat berbeza sekiranya dikenali dengan rapat dan secara peribadi, bukan daripada pandangan politik. Malah wartawan khususnya dari biro Shah Alam dan Selangor mendapati beliau mudah mesra dan sentiasa bersedia bertemu dan menjawab setiap persoalan yang ditujukan tanpa kerenah keselamatan dan protokol yang ketat. 

 Beliau yang sering dilihat bersama kakitangan pejabat menteri besar dan seorang "bodyguard" yang mesra tidak menghalang langsung ketika melihat media menuju ke arahnya, kecuali bulan lalu, tatkala krisis ini memuncak. Saya melihat ramai wartawan yang mengenali Khalid berasa sedih dan marah apabila beliau dipecat dan dikritik hebat oleh pimpinan PKR sepanjang Ogos lalu. Beberapa wartawan meluahkan kebimbangan pentadbiran Selangor bakal berubah berikutan ketidakyakinan kepada pengganti beliau, baik dari PKR atau PAS. 'Umpama dua sahabat' Semalam, beliau mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah ke kejohanan golf Selangor Masters dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Selepas menyampaikan hadiah, sultan dan Khalid, berbual panjang di sudut khemah jamuan, dengan perbualan yang agak peribadi, dan amat santai sekali. Mereka kelihatan umpama dua sahabat yang berbual di kedai makan selepas penat bekerja. Khalid dilihat agak jauh dari PKR namun sepanjang enam tahun pentadbirannya, beliau dihormati mereka yang pernah bekerja dengannya. 

 Jolokan "kedekut" sinonim dengan beliau oleh kedua pengkritik dan pemujinya. Dari satu sudut, beliau dilihat amat berhati-hati dalam membelanjakan wang negeri, dan dari satu sudut lagi, beliau dilihat seperti tidak mahu membantu mengembangkan agenda pimpinan tertinggi parti. Namun beberapa orang-orang beliau, sama ada baru atau sudah lama bekerja dengannya, mampu memberi kerjasama dan mempertahankan beliau. Beberapa bulan lalu, seorang pengerusi GLC Selangor yang bukan berlatar belakangkan politik, meluahkan kebimbangan kepada saya terhadap perkembangan yang berlaku ketika itu. Menurut beliau cara kerja Khalid yang teliti tidak pernah diterima beliau dari seorang ahli politik sepanjang lebih 20 tahun pengalamannya. Penampilan serabut Walaupun terkenal sebagai tokoh koporat yang mewah, penampilan Khalid dilihat berbeza dengan rakan kontemporarinya. 

 Adalah menjadi perkara biasa apabila Khalid keluar dari bilik mesyuarat, beliau dikepung media dengan rambut dan pakaian yang kurang kemas. Bagaimanapun penampilan "serabut' Khalid itu nampaknya menjadikan beliau seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat. Saya masih ingat lagi seorang makcik yang terkesima apabila melihat Khalid bersahaja membeli stokin di pasaraya Giant sewaktu acara pemberian baucer "Jom Shopping" warga emas tahun lalu. Makcik tersebut yang kebetulan berdiri di sebelah saya, secara spontan melahirkan kekaguman kerana seorang Tan Sri yang membeli pakaian di tempat yang sama dengan beliau. Dan ini bukanlah gimik politik kerana beliau memang begitu. Namun yang kurang diketahui umum ialah minat Khalid dengan karya sastera khususnya sajak. Pada tahun 2012, ketika majlis menganugerahkan pengikritafan kepada Datuk A. Samad Said sebagai "Sasterawan Tamu" negeri Selangor, Khalid membaca ucapan yang amat panjang diselang-selikan dengan petikan-petikan sajak.

 Walaupun agak lambat dan kurang lancar, kesungguhan beliau membaca menimbulkan kelucuan dan kekaguman mengenali sudut itu. Masalah Khalid Bagaimanapun tidak dapat dinafikan beberapa polisi Khalid tetap menjadi kritikan orang ramai khususnya dalam menangani infrasturktur asas seperti jalan raya dan masalah kutipan sampah. Beliau turut dikritik kerana didakwa terlalu lambat bertindak dalam beberapa isu dan kerenah birokrasi yang keterlaluan, khususnya dalam pemberian dana Selangorku. Malah cara beliau meminggirkan ketuanya dalam bidang politik, dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat sendiri dan sudah dijangka bakal menjurus Khalid ke laluan sukar seperti yang berlaku sekarang. Dan ia turut membuka jalan kepada sebuah politik nilai, daripada politik kelompok, yang hanya setia kepada sosok tertentu dalam aliran politik. Pemergian Khalid tidak bermakna beliau akan terus hilang dari mewarnai politik Malaysia. Beliau kini merupakan seorang ADUN dan ahli Parlimen Bebas.Selamat jalan Tan Sri.

Khalid Ibrahim : MB Selangor Yang Terbaik

Posted: 22 Sep 2014 12:58 AM PDT

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah salah seorang menteri besar terbaik di Selangor, kata Exco Iskandar Abdul Samad. Beliau yang juga ADUN Cempaka berkata Selangor sebagai "amat bertuah" kerana mendapat menteri besar seperti Khalid sepanjang enam tahun ini. "Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid, yang telah menjalankan tugas dengan baik. "Saya melihat dia antara Menteri besar terbaik yang pernah Selangor dapat," katanya ketika ditemui media di lobi bangunan SUK hari ini. Hari ini merupakan hari terakhir Khalid menamatkan tugasnya selepas kemelut beberapa bulan di mana pada kemuncaknya beliau dipecat PKR.


 Khalid yang hadir hari ini dengan wajah ceria menyatakan akan membuat sidang media terakhir beliau petang ini. Satu jamuan perpisahan di pejabatnya akan turut dijalankan petang ini. Iskandar dilaporkan sebagai salah seorang calon yang ditemubual Istana untuk menggantikan Khalid. Sementara itu, seorang lagi Exco Selangor, Sallehen Mukhyi mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana memberi tunjuk ajar selepas dilantik sebagai exco awal tahun lalu. "Dia (Khalid) telah menunjukkan pimpinan yang baik, berintegriti, sukar untuk dicari ganti. Jadi kita kehilangan seorang tokoh yang besar di Selangor," katanya.

Tahniah KSN : Ikon Membaca Kebangsaan

Posted: 21 Sep 2014 06:41 PM PDT

         PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, sekali gus menjadi penjawat awam pertama yang menerima anugerah itu. Ia diumumkan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood pada majlis pelancaran program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Putrajaya:'Take A Break...Read@Putrajaya' di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ali . Ikon Membaca Kebangsaan merupakan anugerah inisiatif Perpustakaan Negara sejak 2009 bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda. Ketika ditemui pemberita, Ali berkata selain membaca buku ilmiah seperti ekonomi dan kepimpinan untuk mendapatkan idea-idea baharu, beliau turut memilih bahan bacaan ringan untuk melapangkan fikiran.


 "Saya suka membaca. Saya baca semua buku ilmiah dan buku menghiburkan hati termasuk buku kartun dan fiksyen," katanya. Meskipun sibuk dengan tugasan memastikan kelicinan dan pengurusan pentadbiran negara berjalan lancar, katanya beliau senantiasa memastikan dapat meluangkan masa untuk membaca. "Berapa banyak buku (yang dibaca) bergantung pada saiz buku dan ada antaranya ambil masa sebulan untuk habis. Tetapi, saya berharap untuk membaca lebih banyak lagi buku, setiap kali saya tengok buku, saya akan beli dan baca," kata Ali. Tokoh yang turut menerima anugerah sama sebelum ini ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh dan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Terdahulu, dalam ucapannya semasa melancarkan program itu, Ali berkata membaca bukan sahaja perlu dipupuk dalam setiap individu, malahan harus melibatkan anggota keluarga atau kenalan rapat. 

 "Selaku seorang bapa atau ketua keluarga, saya sering meletakkan budaya membaca sebagai satu keutamaan dalam proses mendidik anak-anak dari awal sehingga kini," katanya. Pada program itu, Ali turut melancarkan 'Library on wheels', iaitu perpustakaan mini yang disediakan dalam bas-bas awam di Putrajaya, yang merupakan inisiatif terbaru hasil usaha sama Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd, Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai agensi kerajaan. - Bernama

MB Baru Selangor : Siapa Pilihan Sultan Selangor ?

Posted: 21 Sep 2014 06:39 PM PDT

SOALAN yang sering bermain di fikiran setiap rakyat Selangor, iaitu siapa menteri besar yang baharu, akan terjawab hari ini, apabila pihak istana dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung nama pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengumuman ini dibuat sehari sebelum istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, 10 pagi esok. Ini juga memberi maksud bahawa tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sejak lima tahun akan tamat dan diteruskan oleh calon yang baharu. Sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memaklumkan, Abdul Khalid mengakhiri tugasnya hari ini sebelum Majlis Angkat Sumpah menteri besar baharu, 23 September ini. "Pejabat Menteri Besar juga dalam proses pengosongan. Tan Sri pun akan pergi bercuti dalam tempoh terdekat ini," katanya. 


 Difahamkan, hari ini Abdul Khalid akan menganjurkan jamuan ringkas untuk meraikan pengundurannya di lobi Bangunan SUK pada jam 4 petang. Sementara itu, sehingga semalam, pemerhati politik masih belum dapat mengenal pasti siapa yang akan menjadi pilihan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dilantik mengisi jawatan tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semalam, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dilihat memberi sedikit sebanyak jawapan kepada soalan cepu emas ini. PKR sejak daripada awal bertegas mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menjadi menteri besar baharu menggantikan Abdul Khalid dan semalam sekali lagi parti itu menerusi Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail sekali menegaskan perkara tersebut. Beberapa pemerhati politik berpendapat kerusi menteri besar ini bakal diisi oleh calon dari Pas, berikutan tindakan parti itu menghantar beberapa nama kepada sultan untuk dipertimbangkan. 

 Peluang Pas nampak lebih cerah apabila sultan tidak pernah dukacita dengan parti tersebut dalam proses pemilihan calon ini, berbeza dengan rakan PR yang lain yang dianggap 'derhaka titah baginda'. Antara nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad. Selain beliau, dua exco lain iaitu Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Salehen Muhyi. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak boleh diketepikan, tambahan pula kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR. Sinar Harian difahamkan, Azmin antara calon dipanggil istana untuk ditemuduga menjadi menteri besar, selain beliau, terdapat beberapa calon lain yang turut dipanggil istana iaitu Iskandar dan Ahmad Yunus. 

 Antara ketiga-tiga calon ini, Azmin dilihat lebih berpotensi dipilih kerana beliau pernah mendapat sokongan Pas untuk jadi menteri besar. Nama Wan Azizah langsung tidak dipanggil sekali gus mengetepikan Presiden PKR itu untuk kerusi paling panas tersebut. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam kenyataan melalui laman Facebook rasmi PKR menafikan laporan portal berita bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Azmin menjadi Menteri Besar Selangor. Segala persoalan ini hanya akan terjawab hari ini apabila pihak istana akan membuat pengumuman penting ini secara rasmi. Sesiapa pun dilantik mestilah mempunyai kebolehan dalam memimpin. Paling penting mesti kelihatan bersih dari segi moral dan integriti.Sama-sama kita nantikan.

KHIDMAT MERU

Posted: 22 Sep 2014 09:01 AM PDT

KHIDMAT MERU


Melawat beberapa pesakit dari Meru.

Posted: 21 Sep 2014 10:10 PM PDT




Yb Dr Rani alhamdulillah sempat melawat beberapa pesakit dari Meru yg dimasukkan ke Hospital Klang dan Hospital Kpj Shah Alam sambil memberi sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan mereka.

Mr Lim Chong Teng dan isteri.

Posted: 21 Sep 2014 10:08 PM PDT






Mr Lim Chong Teng dan isteri menghargai kunjungan Yb Meru kerumah mereka dan mengucapkan ribuan terima kasih keatas sumbangan wang, ubatan dan makanan yg diberikan.

Sempat melayati dua jenazah di Kg Bukit Kapar .

Posted: 21 Sep 2014 09:44 PM PDT








Yb GST ( Geng Songkok Tinggi ) sempat melayati dua jenazah di Kg Bukit Kapar sebelum memulakan tugas di Pusat Khidmat Masyarakat pagi ini. Yb berpesan kpd ahli2 keluarga kedua2 jenazah agar menghadapinya dgn penuh kesabaran dan ojo kelalen senantiasa membaca Al Quran walau satu muka sehari dan bersedekah walau sedikit serta berniat memberi ganjaran perbuatan amal itu utk ibu bapa yg telah mendahului kita kealam kubur. Jasa dan penhorbanan keduanya dalam membesarkan dan mendidik kita mana mungkin dibalas sepenuhnya.
Hanya Allah dapat mengampunkan kesalahan dan kelemahan mereka. Semoga Allah merahmati mereka dialam barzakh dan hari akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan