Selasa, 2 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Sep 2014 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Apakah lepas ini segala misi bantuan kemanusiaan perlu permit polis?

Posted: 01 Sep 2014 07:46 AM PDT


Mungkinkah lepas ni kalau Unit Amal nak tolong orang sesat dalam hutan, tolong mangsa kemalangan, tolong mendirikan rumah keluarga daif, tolong mendirikan gerai untuk peniaga kecil yang miskin akan memerlukan permit polis serta perlu daftar dengan pelbagai agensi kerajaan?

Sila layari laman web Unit Amal Negeri Sembilan dan Jabatan Amal Negeri Sembilan sebagai tanda sokongan anda terhadap kerja-kerja sukarela Unit/Jabatan Amal

Selepas PPS, giliran Unit Amal PAS, kata Zahid Hamidi

1 Sep 2014 - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan beliau pasti polis akan mengambil tindakan terhadap pasukan Unit Amal PAS seperti yang dilakukan kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

Menteri dalam negeri itu berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap pasukan sukarela parti Islam itu.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid di Kuala Lumpur hari ini.

Pasukan Unit Amal PAS sering membantu menjaga keselamatan dan lalu lintas dalam program dianjurkan parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR).

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Zahid, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa menteri dalam negeri itu memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran.

"Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi.

"Begitu juga semasa ceramah PAS, apabila kita menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Zahid perlu meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal yang beroperasi sejak 20 tahun lalu.

Buat laporan polis, PAS Kawasan Nilai tak wujud !

Posted: 31 Aug 2014 11:13 PM PDT


Harap PAS Kawasan Seremban atau Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban dapat membuat laporan polis atas kenyataan akhbar Utusan Malaysia yang salah ini. Mana ada PAS Kawasan Nilai ! Juga semak samada Zaidi Zainal Abidin ini adalah ahli PAS mana-mana cawangan di Negeri Sembilan, jika tidak sila buat laporan polis terhadap Zaidi Zainal Abidin ini !

Jangan jadi boneka PKR, DAP

Utusan Malaysia , SEREMBAN 31 Ogos 2014 - Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan