Sabtu, 13 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 12 Sep 2014 09:05 AM PDT

Jasindaily Online


Kumpulan Tentera Amerika Berlatih Di Kelantan dan Terengganu

Posted: 12 Sep 2014 06:33 AM PDT

Kehadiran sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia. Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota tentera AS itu adalah dari pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii. 

 "Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," kata kenyataan itu. Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan menyertai Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula esok hingga 26 Sept. Menurut kenyataan itu, Eksesais Keris Strike merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen. Eksesais Keris Strike dijalankan sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

 "Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu. Tentera Darat berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran mengenai kehadiran tentera AS seperti mana yang telah tersebar di kebanyakan media sosial tempatan. - Bernama

PENDIDIK Gesa Tubuh JK Siasat Kebocoran Ketas UPSR

Posted: 12 Sep 2014 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK) mendesak kerajaan mewujuddkan satu Jawatankuasa Bebas bagi menyiasat kes soalan Sains dan Bahasa Inggeris 1 & 2 UPSR yang bocor. Presidennya, Normala Sudirman berkata pihaknya berasa kesal dan dukacita terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)  dan Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) atas insiden tersebut. "Satu Suruhanjaya Bebas perlu dibentuk seberapa segera untuk menyiasat insiden yang berlaku agar kejadian yang sama tidak akan berulang pada peperiksaan yang lain seperti SPM ,STPM atau PT3."


 "Kita mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat perkara ini secara terperinci dan mengheret pihak yang bertanggungjawab membocorkan soalan UPSR ini ke muka pengadilan. "Hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi pengajaran kepada semua agar bersifat telus, berintegriti dan jujur  dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam bidang pendidikan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, implikasi yang berlaku adalah peperiksaan bagi matapelajaran tersebut telah ditangguh dan ditunda ke tarikh 30 September 2014 iaitu lebih dari dua minggu atau 20 hari dari tarikh asal. Apa yang pasti ujarnya, peristiwa ini telah mencalar imej KPM dan integriti LPM  sehingga akan timbul keraguan di kalangan ibu bapa, pelajar, warga pendidik dan masyarakat bagaimana ianya boleh berlaku sedangkan UPSR adalah konotasi kata bagi Ujian Pelajaran Sekolah Rendah bagi anak- anak yang berusia 12 tahun. 

 Turut dipersoalkan, di mana letaknya kejujuran dan sifat amanah yang ada pada 'orang dalam' yang diberi mandat untuk membuat soalan dan menggubal dasar jika perkara yang melibatkan anak- anak berusia 12 tahun  bagi UPSR di sekolah rendah pun boleh berlaku. Katanya, sudah pasti ia suatu peristiwa yang amat memalukan dan mencalar imej Kementerian Pendidikan Malaysia dalam persada pendidikan negara. "Selain daripada peristiwa ini menjadi suatu sejarah dan titik hitam bagi calon UPSR tahun 2014 yang jumlahnya lebih dari 40,000 orang di seluruh Malaysia ini, ianya sudah pasti menyebabkan  mereka berasa kecewa dan secara tidak langsung faktor ini sedikit sebanyak telah menjejaskan emosi pelajar dan motivasi anak–anak UPSR. 

 "Berkemungkinan besar  juga motivasi diri akan menurun kerana mereka terpaksa menjalani peperiksaan bagi 3 kertas matapelajaran tersebut pada 30 September 2014 sedangkan sepatutnya peperiksaan UPSR yang bermula pada 9 hingga 11 September 2014 sepatutnya, telah tamat pada hari Khamis hari ini," tegas beliau lagi. Tambahnya, bukan setakat itu sahaja malahan perancangan bercuti dan dan mood merdeka selepas menghadapi  peperiksaan UPSR yang sepatutnya tamat pasti tergendala. Beban implikasi insiden ini turut dirasai warga pendidik yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan dan pihak sekolah yang akan menyebabkan berlakunya pertambahan tugas kepada mereka. "Semoga insiden yang berlaku tidak melemahkan semangat warga pendidik, ibu bapa dan pelajar untuk terus berperanan dalam menyumbang dan mencurah bakti sebagai rakyat Malaysia," tegas beliau.

Isu Ketas UPSR Bocor : Pengarah LPM Digantung Tugas

Posted: 12 Sep 2014 05:55 AM PDT

VIENTIANE: Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu. 


 "Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau. Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat. Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu. Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 Sept. Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan. 

 Ketika ditanya berapa lama tempoh penggantungan tersebut, Muhyiddin berkata ia bergantung kepada pihak-pihak berkaitan menyempurnakan siasatan masing-masing. Timbalan Perdana Menteri berkata beliau faham perasaan marah masih membara dalam kalangan ibu bapa dan rakyat dengan apa yang berlaku dan kementerian perlu bertindak segera. Muhyiddin menyifatkan mereka yang melakukan perkara itu sebagai tidak beramanah dan pengkhianat. Mengulas lanjut tentang penggantungan itu, beliau berpendapat pengarah perlu menanggung risikonya kerana kebocoran itu bukan perkara kecil. 

 Insiden seumpama itu, katanya, boleh menjejaskan nilai sijil peperiksaan dan pihak kementerian tidak boleh berkompromi dalam soal itu. Muhyiddin juga berkata individu yang melakukannya tidak memikirkan kesan perbuatan keji mereka yang menjurus kepada hampir setengah juta murid terpaksa menduduki peperiksaan bagi dua kertas itu pada 30 Sept. - Bernama

Wan Rosdi Calon PR Dun N01 Pengkalan Kubor

Posted: 11 Sep 2014 04:04 PM PDT

TUMPAT: Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam misi merampas Dun Pengkalan Kubor yang dikuasai Umno sejak 2004. Pemilihan beliau diumumkan oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis malam ini. "Sudah lama orang ramai hendak tahu. Calon PR, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang tidak asing daripada kita. Katanya, Wan Rosdi ada pengalaman dalam masyarakat dan insya Allah akan berjaya menawan semula Dun Pengkalan Kubor. "Kerja-kerja wakil rakyat sudah jadi rutin baginya," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.


 Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri,  Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar. Wan Rosdi merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984. Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980). 

 Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah. Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua  Muslimat PAS Tanah Merah. Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Julai 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak. 

Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan master di UiTM, Wan Shakikah lepasan ijazah USIM. Wan Mohd Shafiq (Ijazah Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia) dan Wan Najibah lepasan ijazah USIM. Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal Tumpat ketika peringkat awal diwujudkan. Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan. Kegiatannya dalam parti bermula sebagai ahli jawatankuasa Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Tumpat. Selepas pilihan raya umum 1999 Wan Rosdi bertugas sebagai setiausaha Adun Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad. 

 Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan. Dan mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat. Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik sebagai Penyelia Dun Pengkalan Kubor sejak 2009. Beliau juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan ahli majlis Majlis Daerah Tumpat pada 1997-2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan