Rabu, 10 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Sep 2014 09:35 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PAS Rembau sasar RM20,000 untuk bantu mangsa kebakaran di Sabah

Posted: 09 Sep 2014 03:49 PM PDT


Rembau 9 Sept 2014 – Negara dikejutkan lagi dengan satu lagi bencana iaitu kebakaran besar yang melibatkan lebih kurang 100 buah rumah pada 8 September 2014 yang lalu di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut, Tawau, Sabah.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Rembau melalui Lajnah Kebajikan menggesa kepada semua ahli di Rembau supaya dapat memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM5 setiap seorang untuk membantu mangsa kebakaran di Sabah ini.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan ini bolehlah menghubungi Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Rembau, Hj Roni melalui Tel/SMS/Whatsapp di talian 012-2268230 .

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun berikut :
No Akaun : 05012010073347
Nama Akaun : PAS KAWASAN REMBAU
Bank : Bank Islam
Sila nyatakan bayaran untuk : Mangsa Kebakaran

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 09 Sep 2014 07:14 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Santuni Calon Peperiksaan UPSR 2014, Lebih 20 Ribu Calon Menduduki Peperiksaan

Posted: 09 Sep 2014 07:19 AM PDT

DUNGUN, 9 September 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik hari ini hadir sendiri meluangkan masa bertemu calon-calon peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, di sini.
Selain bertemu calon peperiksaan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, beliau turut berkesempatan bersua muka dan memberi kata-kata perangsang kepada calon-calon dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin yang ditempatkan di pusat peperiksaan di sekolah tersebut.
Sementara itu, seramai 472,853 murid menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara, bermula hari ini.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Zakaria Hussin pula berkata seramai 21,791 calon menduduki UPSR di 383 pusat peperiksaan di negeri ini.

Naluri seorang guru yang masih menebal dalam dirinya, mendorong ADUN Sura meninjau suasana hari pertama calon-calon menduduki peperiksaan.

Akhir tahun lalu, seramai lebih 50 orang calon peperiksaan UPSR 2013 dari sekolah sekitar DUN Sura yang memperolehi keputusan cemerlang 5A telah menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura. 

Rembau Hari Ini

Posted: 09 Sep 2014 07:06 PM PDT

Rembau Hari Ini


PAS Rembau sasar RM20,000 untuk bantu mangsa kebakaran di Sabah

Posted: 09 Sep 2014 03:47 PM PDT


Rembau 9 Sept 2014 – Negara dikejutkan lagi dengan satu lagi bencana iaitu kebakaran besar yang melibatkan lebih kurang 100 buah rumah pada 8 September 2014 yang lalu di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut, Tawau, Sabah.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Rembau melalui Lajnah Kebajikan menggesa kepada semua ahli di Rembau supaya dapat memberi sumbangan sekurang-kurangnya RM5 setiap seorang untuk membantu mangsa kebakaran di Sabah ini.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan ini bolehlah menghubungi Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Rembau, Hj Roni melalui Tel/SMS/Whatsapp di talian 012-2268230 .

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun berikut :
No Akaun : 05012010073347
Nama Akaun : PAS KAWASAN REMBAU
Bank : Bank Islam
Sila nyatakan bayaran untuk : Mangsa Kebakaran

Jasindaily Online

Posted: 09 Sep 2014 09:15 AM PDT

Jasindaily Online


Boikot Yahudi Hanya hangat-hangat tahi ayam

Posted: 08 Sep 2014 07:04 PM PDT

SHAH ALAM - Rakyat di negara ini disifatkan tidak konsisten dan hanya hangat-hangat tahi ayam dalam memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel. Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, penindasan rejim Zionis yang sudah mulai reda di Gaza menyebabkan masyarakat kembali membeli barangan yang telah diboikot dahulu. "Masyarakat perlu sedar bahawa Israel tidak akan berhenti daripada terus menjajah bumi Palestin dan tindakan masyarakat yang kembali membeli dan menyokong produk Israel adalah satu tindakan yang mengecewakan. "Untuk membebaskan bumi Palestin, kita memerlukan perjuangan berterusan dalam bentuk sumbangan dan penglibatan dalam kempen boikot," katanya. 


 Menurutnya, kebanyakan masyarakat tersilap dalam mengaplikasikan kempen boikot menyebabkan mereka tidak mampu meneruskannya secara konsisten. "Boikot lebih kepada mewujudkan kesedaran serta kesan jangka panjang selain bertujuan supaya syarikat yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada Israel mengubah polisi mereka itu. "Kerana itu, awal-awal lagi kami telah menyeru kepada masyarakat untuk boikot atas dasar kefahaman dan ilmu, bukannya secara emosi. 

    Apabila boikot guna emosi, perkara sebegini yang berlaku. Sesudah berakhirnya serangan, mereka kembali ambil pendirian untuk tidak boikot," katanya. Katanya lagi, mereka yang sedar akan tanggungjawab memboikot akan dapat memastikan penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza berakhir.

Pasangan Kembar Nyaris Diculik

Posted: 08 Sep 2014 06:19 PM PDT

AYER KEROH - Sepasang kanak-kanak kembar tahun tiga nyaris menjadi mangsa culik setelah diumpan gula-gula dan cuba dibawa lari dua lelaki bermotosikal ketika pulang dari sekolah di Masjid Tanah, pada 3 September lalu. Dalam kejadian jam 1.53 petang itu, Nur Athirah dan Nur Atikah Saiful Raffeei, 9, berjalan pulang ke rumah mereka di Taman Bidara Permai, kira-kira 75 meter dari sekolah. Sebaik tiba di persimpangan berhampiran rumah mereka, dua beradik itu dihampiri dua lelaki menaiki motosikal dan menawarkan gula-gula kepada mereka. Menurut Nur Athirah, dia terdengar seorang daripada lelaki itu menyebut mahu menangkap mereka, mereka menjadi takut dan lari.


 "Mulanya, seorang lelaki itu sebut, 'sekarang tak ada orang, jom kita tangkap budak ini'. Kami takut dan menangis bila dia datang beri gula-gula. "Lepas itu dia bagi tahu kami jangan lari. Ada orang kedai lihat saya lari dan suruh kami selamatkan diri," katanya ketika menceritakan detik cemas itu kepada Pengarah Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz. Sementara itu, bapa tiri mangsa, Dr Ainul Adzellie Hasnul, 42, berkata, ketika kejadian itu, dia baru sahaja sampai ke rumah dan melihat kedua kanak-kanak tersebut menangis ketakutan. "Biasanya ibu mereka akan hantar dan ambil setiap hari tetapi oleh kerana isteri saya kini menunggu masa untuk bersalin di hospital, jadi mereka pulang sendiri. Kawasan di taman ini biasanya ramai orang lalu lalang. Tidak sangka pula kejadian ini berlaku," katanya.

 Dalam pada itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz turut mengingatkan agar pengawal keselamatan sekolah dapat memainkan peranan lebih bagi memastikan keselamatan murid-murid ketika di pekarangan sekolah. "Kalau boleh setiap kanak-kanak dibekalkan wisel supaya dapat meniupnya sekiranya berlaku kejadian seumpama itu bagi mendapatkan perhatian orang ramai," katanya.

KHIDMAT MERU

Posted: 09 Sep 2014 09:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


Pelbagai masaalah dan perancangan.

Posted: 08 Sep 2014 11:13 PM PDT





Mesyuarat JKKK Kg Meru melibatkan Yb Meru, Ahli Majlis, Datuk Ketua Kampung dan AJK JKKK .
Mereka membincangkan pelbagai masaalah dan perancangan pelbagai program dan projek masyarakat di DUN Meru yg melibatkan Pbt dan Pejabat Daerah.
Antara yg menjadi AJK ialah 2 orang berbangsa Cina iaitu Puan Mary Tung Giak Poh dan Mr Chin Kok Fuu.
Mesyuarat berlangsung selama 2 jam dgn pelbagai keputusan yg baik bagi kesejahteraan penduduk pelbagai kaum di Kg Meru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan