Khamis, 4 September 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 04 Sep 2014 11:42 AM PDT

PEJUANG BANGSA


PPS : PAPAN TANDA PPS DITURUNKAN , BARU DAP TAU AKIBATNYA LAWAN POLIS

Posted: 04 Sep 2014 07:58 AM PDT


Apek anak Kit Siang dalam bab menghasut  kaum Cina dalam isu PPS memang gah bercakap   tapi sebenarnya PENAKUT !! 

Kalau betul  PPS ini tidak bersalah seperti kata Guan Eng  , mengapa papan tanda diturunkan ??

POLIS hanya baru cekup ahli bukan lagi pi serbu tempat PPS . 

Jadi , memang betul la PPS ini pertubuhan haram dan salah di sisi undang-undang. 



TERKINI ! PRESIDEN PAS HANTAR 3 NAMA UNTUK MB SELANGOR , TOLAK WAN AZIZAH CALON PR

Posted: 04 Sep 2014 12:27 AM PDT

The STAR melaporkan Hadi Wants Selangor MB Post For PAS . Di antara terjemahan laporan tersebut :
Krisis Menteri Besar Selangor telah mengambil twist baru - PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu. 

Surat dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh akhir September 3 diberikan untuk mengemukakan "lebih daripada dua nama" untuk jawatan berikut pemecatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, menurut sumber-sumber negeri. 

Mereka berkata Hadi secara peribadi menandatangani surat pihak istana, menamakan tiga ahli exco parti dalam pentadbiran negeri sebagai calon. 

Tiga adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus. Ahli PAS lain dalam exco Khalid ialah Dr Halimah Ali. 

Apabila The Star dihubungi seorang pembantu kanan Hadi untuk komen beliau, pembantu itu tidak menafikan surat itu telah dikemukakan, dengan berkata terpulanglah kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu. 

"Ini adalah perkara-perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya. 

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh lain sekutu Pakatan Rakyat - PKR dan DAP - yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya presiden PKR nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan. 

PAS menegaskan bahawa lebih dua nama yang hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana - sumber


**** Adakah PAS akan buat U-TURN sekali lagi ???? 

LUAHAN HATI AHLI DEWAN ULAMAK , PERSOAL ADAKAH PAS LAGI PEGANG AL QURAN & SUNNAH ?

Posted: 03 Sep 2014 05:00 PM PDT




Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. 


Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. 


Amanahkah mereka? 

Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. 


Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. 


Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. 


Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. 


Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka?


 Tepuk dada tanya iman!

* Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

IPOHMALAY

Posted: 04 Sep 2014 09:10 AM PDT

IPOHMALAY


Rancangan pindahkan Makam Rasulullah dikritik umat Islam

Posted: 04 Sep 2014 01:15 AM PDT

Satu kontroversi lagi dicetus oleh puak Wahabi di Arab Saudi yang mewacanakan pemindahan Makam Rasulullah dan mengalihkan ke tempat baru tanpa bernisan bagi kononnya mencegah perbuatan syirik dan pemujaan. 

Ramai rakyat Malaysia dan Indonesia marah dengan rancangan ini malah telah mencetuskan kemarahan umat Syiah dan Sunni di Timur Tengah.

Perbuatan itu yang diusulkan atas alasan yang tidak kukuh langsung dengan rancangan memakamkan semula tanpa nisan dan tanda dikhuatiri menjadi usaha untuk menyekat amalan ziarah ke Makam Rasulullah oleh umat Islam seluruh dunia.



RABU, 03 SEPTEMBER 2014 | 10:16 WIB

Ini Alasan Pemindahan Makam Nabi Muhammad 


TEMPO.COMadinah - Usulan pemindahan makam Nabi Muhammad yang diajukan seorang akademikus Arab Saudi yang belum diketahui namanya membuat dunia terhenyak. Pasalnya, Nabi Muhammad memiliki peranan penting, baik bagi kelompok Syiah ataupun Sunni. (Baca: Makam Nabi Muhammad akan Dipindahkan)

Setiap hari jutaan umat Islam, baik Syiah maupun Sunni, berziarah dan berdoa di sana. Pemindahan makam Nabi Muhammad dari Masjid Nabawi menuju pemakaman al-Baqi yang tak jauh dari Nabawi bisa memicu ketegangan sektarian antara Sunni dan Syiah seperti yang kini telah terjadi di Suriah dan Irak.

Namun demikian, menurut Direktur Yayasan Penelitian Peninggalan Islam Saudi, Dr Irfan al-Alawi, kaum Wahabi yang merupakan cabang dari Sunni menganggap penyembahan dan penyucian "benda", termasuk makam, sebagai praktek syirik.

Ia menduga pemindahan makam dimaksudkan untuk mencegah perbuatan syirik atau penyembahan berhala. "Memang, jemaah yang mengunjungi Kubah Hijau, tempat makam Nabi Muhammad berada, akan menoleh ke pemakaman dan berdoa," tutur al-Alawi kepada The Independent, Senin, 1 September 2014.

Dengan alasan dan cara lebih ekstrim, hal serupa sudah lebih dulu dilakukan pada makam Nabi Yusuf di Kota Mosul, Irak, pada akhir Juli lalu. Militan Negara Islam Irak dan Suriah (ISIS) yang menguasai wilayah tersebut menganggap menziarahi makam termasuk penyembahan berhala. Oleh karena itu, mereka kemudian menghancurkannya. (Baca:Militan ISIS Ledakkan Makam Nabi Yunus)

Bahkan, ISIS bersumpah akan menghancurkan Kabah jika mereka berhasil menguasai Arab Saudi dan mencapai Mekah. Mereka menyatakan Kabah menyebabkan seseorang "menyembah batu selain Allah". (Baca: ISIS Bersumpah Hancurkan Kabah Jika Kuasai Mekah). Menanggapi kerasnya paham dan tindakan ISIS itu, pemerintah Arab Saudi telah menyerukan bahwa kelompok itu merupakan musuh nomor satu umat Islam.

Dd i n b u n g a

Posted: 04 Sep 2014 07:20 AM PDT

Dd i n b u n g a


DS AHMAD HUSNI ULAR YANG MENYUSUP AKAR TIDAK HILANG BISANYA

Posted: 04 Sep 2014 01:12 AM PDT

TERBAEK!!!

MINGGU LEPAS TERLIHAT KELIBAT SEORANG PEMIMPIN NEGARA DI STESYEN KERETAPI IPOH.

 MEMANG MENJADI BUALAN DAN PENGETAHUAN RAKYAT YANG BERHORMAT SEORANG INI MEMANG RENDAH DIRI, PERAMAH,SENANG DIDEKATI, RAJIN, JUJUR, AMANAH, BLA, BLA, BLA LAGI.

SEPERTI BIASA DS AHMAD HUSNI, WALAU BERSTATUS MENTERI KEWANGAN KEDUA DAN AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN AKAN MENAIKI KERETAPI UNTUK BALIK KE KAWASAN BELIAU BAGI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN KERETAPI JUGA UNTUK PULANG SEMULA KE KL UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MENTERI KEWANGAN KEDUA.

BAGI BELIAU SETIDAK TIDAKNYA IA MENJADI ASPIRASI KEPADA RAKYAT BAHAWA KERETAPI JUGA SATU PENGANGKUTAN YANG STANDARDNYA TINGGI, SELESA MALAH BELIAU DAPAT BERTEMU DENGAN RAMAI PENUMPANG LAIN SAMBIL BERSALAM DAN BERTEGUR SAPA.

MELAMBAI TANDA SELAMAT TINGGAL KEPADA PETUGAS KTM DAN ORANG RAMAI

TIADA KELAS TERTENTU, DUDUK BERSAMA DENGAN ORANG RAMAI

ALERGIK AKAN KANAK - KANAK, BELIAU AKAN MENDUKUNG ATAU MENGUSIK USIK KANAK - KANAK KECIL.

SEMPAT MELAWAT RAKAN DI HOSPITAL KPJ

BAK KATA PEPATAH ULAR SEBISA MANA PUN JIKA MENYUSUP AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA,

PEMIMPIN SEKIRANYA BEGINI CARA DAN KEHIDUPANNYA TENTUNYA BARISAN NASIONAL DAN UMNO DISUKAI RAMAI.



bumiyang

Posted: 04 Sep 2014 03:27 AM PDT

bumiyang


Nik Abduh Sekolahkan Anwar dan Guan Eng??? Memang Patut pun....

Posted: 03 Sep 2014 05:30 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 04 Sep 2014 01:44 AM PDT

Belantan

Posted: 03 Sep 2014 11:29 PM PDT

Belantan


Krisis MB Selangor - Jangan ingkar titah sultan?

Posted: 03 Sep 2014 11:21 AM PDT


Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim terus berani memperlihatkan 'wajahnya' yang sebenar apabila enggan akur kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, sikap yang ditunjukkan oleh Anwar itu secara tidak langsung menggambarkan pemimpin itu yang tidak menghormati titah sultan walaupun sebelum ini telah dititahkan untuk mencadangkan lebih daripada dua nama untuk mengisi jawatan tersebut.

"Sultan Selangor telah bertitah dan kita sebagai rakyat wajib menghormati dan mematuhinya. Apa yang diperintahkan itu sepatutnya dipatuhi namun itu yang sebaliknya berlaku dalam krisis Menteri Besar Selangor ini apabila PKR tetap mencalonkan hanya satu nama.


"Jika kita tahu menghormati mahkamah mengapa begitu sukar untuk menghormati institusi raja? Usah mengaku warganegara Malaysia jika tidak mahu berpegang kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita PKR Wilayah Persekutuan, Felicia Ling semalam yang mendesak Anwar melucutkan segala keistimewaan sebagai Melayu jika masih berdegil tidak mahu mematuhi titah baginda melalui ucapannya pada Himpunan Gelombang Merah Kuning di Stadium Kota Raja Klang, Selangor Sabtu lalu.

Felicia dalam ucapannya yang dipetik daripada rakaman video di laman Facebook 'Rojak Malaya' itu turut menyifatkan keputusan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai amalan politik boneka.


Dalam pada itu, Ramlah berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu tidak wajar dan perlu dihentikan segera kerana seolah-olah cuba memperjuangkan agenda tersendiri berbanding kepentingan negara.

"Tidak puas 'bergaduh' dengan rakyat dan musuh politik, kini cuba mengingkari sultan pula demi kepentingan sendiri. Sikap biadab ini tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Jayum Jawan yakin kemelut pemilihan Menteri Besar yang baharu itu dapat diselesaikan dengan baik oleh Sultan Sharafuddin.

"Baginda berhak meminta lebih daripada dua nama berikutan pakatan pembangkang bukanlah sebuah pakatan yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) dan tidak wajar untuk kita mengenepikan titah baginda.

"Namun saya amat percaya baginda dapat menangani perkara ini dengan baik sekali demi memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara dan pengurusan pentadbiran kembali berjalan lancar," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Nasrudin terus serang amalan nepotisme Anwar?

Posted: 03 Sep 2014 12:55 AM PDT


'Perang' antara Anwar Ibrahim dengan kelompok ulama dalam Pas berikutan amalan nepotisme Ketua Pembangkang itu yang tetap mahu isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor tidak mampu diselindungkan lagi.

Meskipun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu pemimpin ulama Pas berhenti menyindir dan menyinggung pe­rasaannya, tetapi nampaknya suara Anwar seperti sudah tidak laku lagi, sekali gus menggambarkan hubung­an antara PKR dengan Pas ibarat retak menanti belah'.

Ini berikutan tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang secara berterusan 'menyerang' Anwar dengan kritikan pedas selepas mempersoal apakah nepotisme tidak terpakai ke atas Ketua Pembangkang dalam isu mahukan isteri sendiri menjadi menteri besar.

Terbaru, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh secara lantang berkata, rakyat Selangor kini menjadi mangsa kerana terpaksa menanggung resah akibat krisis ciptaan seseorang yang mempunyai keinginan politik sukar difahami, dipercayai ditujukan kepada Anwar.


"Ramai pihak resah dengan krisis yang berlaku di Selangor. Namun apa boleh buat, ia adalah krisis ciptaan sendiri. Maka beban krisis ini terpaksa didepani, sementara rakyat (pula) kian muak dengan apa yang berlaku.

"Lebih malang, ada yang rela berlakunya snap election asal cita-cita dan matlamat politiknya tercapai. Kepen­tingan dan kedamaian rakyat dipertaruhkan hanya kerana keinginan politik yang sukar difahami.

"Saya di sini turut berdoa agar krisis ini segera tamat agar kepen­tingan negeri dan rakyat tidak terus diperjudikan," kata Nasrudin menerusi Facebooknya selang beberapa jam selepas Anwar memintanya berhenti membuat kenyataan yang menyindir dan menyinggung perasaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas itu turut membidas pendirian Anwar yang hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor meskipun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu setiap parti pakatan pembangkang mencadangkan dua nama.

Anwar pula dalam kenyataan balasnya terhadap Nasrudin dipetik sebagai berkata: "Sebagai seorang yang mempamerkan (imej) tokoh agama, maka haruslah komennya berlandaskan etika dan akhlak yang tidak dengan maksud untuk menyindir, menyinggung atau menghina sesiapa."

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 03 Sep 2014 11:19 PM PDT

The Unspinners


PAS cadangkan nama PAS dan TSKI?

Posted: 03 Sep 2014 09:23 PM PDT




AIDCNews – 3/9/14 – Facebooker pro PAS, Tulangbesi Malaysiawaves mendakwa parti itu telah menghantar tiga nama di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon Menteri Besar.

"Maklumat Tulang Besi dapat Presiden PAS telah tanda tangan surat kepada Istana yang menamakan tiga Adun PAS.

"Betul-betul berlawanan dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat, mesyuarat Pakatan Rakyat serta apa-apa keputusan parti.

"Walaupun ada usaha dari Mustafa Ali untuk tarik surat tersebut, tapi gagal," dakwanya.


Namun, Tulangbesi Malaysiawaves kemudiannya membuat pembetulan bahawa tiga ADUN itu adalah dua dari PAS dan satu lagi mencalonkan semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.

Baca sepenuh di AIDC SINI

Istana terima KIPAS? Terencat akal si Saifuddin Nasusyon ...

Posted: 03 Sep 2014 07:29 PM PDT



Kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution atau sebutannya Saifuddin Nasusyon amat pelik, malah macam si dunggu tak faham bahasa. Baca dahulu ...

KENYATAAN MEDIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. 

KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

3 September 2014

P/s : Kalau Tuanku dah minta lagi 2 nama, ia bukan bermakna DYMM Tuanku Sultan terima Azizah tapi Tuanku tidak terima nama Azizah. Siapa nak terima MB yang jadi boneka dan perlu arahan orang lain untuk buat keputusan tapi mesti MB yang boleh buat keputusan? 

Hanya orang terencat akal saja faham surat istana sebagai Tuanku tak tolak Azizah. Penyokong PKR yang setuju dengan anak Pak Nasusyon sah sama terencat!

Hanya Wanita UMNO saja yang "excellent", lain "problem"

Posted: 03 Sep 2014 05:30 PM PDT


UMNO sedang mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian di seluruh negara selepas peringkat wanita, pemuda dan puteri selesai. Pemimpin di peringkat Majlis Kerja Tertinggi UMNO antara yang merasmikan Bahagian.

UMNO sedang mengalami '7 perkara' yang menjadi semakin biasa dan ini boleh menjejaskan kekuatannya dan lebih penting "message" yang tersirat...

1) Kegagalan menubuhkan sayap pemuda di cawangan.
2) Kegagalan pemuda mengadakan mesyuarat agung cawangan..
3) Kegagalan menubuhkan sayap puteri di cawangan
4) Hampir 50% ketidakdatangan perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.
5) 1-2% kegagalan cawangan mengadakan mesyuarat agung cawangan kerana masalah teknikal, paling popular tak cukup korum dan cawangan sudah tidak berfungsi.
6) 20-35% ketidakhadhiran Perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian.
7) Kebiasaannya 50% perwakilan akan berkurangan atau tidak hadhir semula selepas pukul 2.oo ptg.

Hanya wanita di peringkat cawangan dan bahagian sahaja yang masih kekal excellent.

Jika ini berlaku di Johor, kubu kuat UMNO, bagaimana di bahagian lain.
(Sumber Whats App)

Selesai Pemuda di Pahang sebelum memandai komen hal orang

Posted: 03 Sep 2014 08:55 AM PDT


KJ Ketua Yang Gagal, Kemelut Pemuda UMNO Pahang Makin Panas
Musim mesyuarat perwakilan peringkat bahagian yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan masalah yang melanda Pemuda UMNO Negeri Pahang masih berpanjangan tanpa penyelesaian.

Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya memainkan peranan menyelesaikan isu ini masih berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha yang meyakinkan mahu menyelesaikan isu tersebut.

Walaupun Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin menyedari bahawa kemelut ini mungkin menjejaskan nama baik Perdana Manteri, Najib Razak yang tapak politiknya adalah Pahang tetapi mereka masih berdiam diri untuk mendamaikan isu yang sudah lama berlarutan ini.

Jika dulu Kumpulan 11 yang dianggotai oleh 11 Ketua-ketua Pemuda Bahagian hanya memprotes perlantikan Ketua Pemuda UMNO negeri, Shahruddin Ahmad yang dilantik oleh KJ melalui sidang akhbar dan pertemuan sesama mereka saja, namun kini ianya sudah dibawa ke peringkat akar umbi pula.

Beberapa Pemuda UMNO bahagian yang sudah mengadakan mesyuarat perwakilannya sehingga semalam meluluskan usul sebulat suara hilang kepercayaan serta menolak perlantikan Shahrudin yang dibuat oleh KJ itu.

Antara bahagian yang meluluskan usul itu ialah Temerloh, Paya Besar, Indera Mahkota, Kuantan, Raub manakala mesyuarat Pemuda Pekan yang tidak dihadiri oleh Shahrudin turut meluluskan usul yang sama.

Pemuda bahagian Bera dan Kuala Krau pula mempertikaikan Pemuda UMNO negeri kerana gagal mengadakan mesyuaratnya sejak hampir setahun yang lalu manakala Ketua Pemuda Cameron Highland mengambil pendirian tidak mahu menghadiri mesyuarat dan memboikotnya selagi kemelut ini tidak diselesaikan.

Selain mengemukakan usul menolak perlantikan dan hilang kepercayaan kepada Ketua Pemuda negeri serta menuntut Pemuda UMNO Malaysia turun padang menyelesailan isu ini, terdapat juga Pemuda UMNO bahagian yang meluluskan usul hilang kepercayaan kepada KJ sendiri sepertimana yang diluluskan oleh Pemuda Indera Mahkota.

Yang lebih menarik dan merupakan tamparan kepada KJ ialah mesyuarat Pemuda Pekan yang dipimpin oleh Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pahang yang dipertikaikan itu, turut juga meluluskan usul menolak kepimpinannya. Shahruddin bagaimanapun tidak hadir dalam mesyuarat yang meluluskan usul itu secara sebulat suara.

Dalam masa yang sama, semua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang, kecuali Bentong dan Lipis, turut memuntut pembelaan dan mempersoalkan kesalahan teknikal dan penggantungan yang dikenakan terhadap Ketua Pemuda Indera Mahkota, Mohamad Faiz Hashim dan Ketua Pemuda Maran, Saiful Anuar Mokhtar tanpa sebab yang kukuh kecuali hanya disebabkan kelantangan mempertikaikan kepimpinan KJ.

Dengan senario yang berlaku dalam mesyuarat Pemuda UMNO Pahang ini, bukan saja kemelutnya berterusan tanpa ada usaha di peringkat pimpinan Pemuda Malaysia mencari jalan penyelesaian, bahkan juga memperlihatkan kegagalan KJ sebagai ketua menangani masalah yang timbul.

Sejak hampir setahun lalu, meskipun menyedari ada bantahan daripada kumpulan majoriti terhadap Ketua Pemuda Negeri yang dilantiknya dan Pemuda negeri Pahang sendiri gagal mengadakan mesyuarat serta menubuhkan jawatankuasanya, KJ hanya berdiam diri dan membiarkan saja masalah itu terus berlaku.

Malah sebagai usaha menakut-nakutkan dan memberi amaran, dua Ketua Pemuda bahagian telah digantung keahlian tanpa diberitahu apa kesalahan mereka, tanpa bela diri dan tanpa sebarang perbicaraan.

Kegagalan menangani masalah yang melanda Pemuda UMNO Pahang yang kini sudah menjadi topik yang semakin merata di peringkat akar umbi negeri itu, apa pun helah dan alasan daripada mencari penyelesaian mengenainya, adalah satu lagi bukti kegagalan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama deretan isu lain yang sudah banyak diperkatakan sebelum ini, KJ adalah pemimpin yang gagal sebenarnya. (SH 01/09/2014)

Masjid diguna untuk persoal kedudukan Islam, melayu dan raya?

Posted: 03 Sep 2014 05:00 AM PDT


Guna masjid untuk persoalkan kedudukan melayu, islam dan raja dalam perlembagaan?

Pasti akan kata perlu positif dan terbuka untuk dengar dahulu. Bagi yang tidak tahu siapa penceramah, itu boleh difaham tapi Moderator pro pembangkang, syahredzan adalah peguam muda liberal dan satu saja yang betul faham iaitu prof Shamrahayu.

Namun, beliau sudah menarik diri ...


Kedudukan ugama dan melayu/bumiputera bukan untuk dipersoalkan. Berikut adalah perkara perkara yg tidak boleh dipersoalkan spt mana diwartakan dalam perlembagaan persekutuan:

Perkara 161 e

A. Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi persekutuan

B. Kedudukan istimewa raja-raja melayu dan Bumiputra serta Pribumi Sabah dan Sarawak

C. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

D. Persoalkan hal ehwal kerakyatan.

Perkara 149

Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dn keselamatan awam

Perkara 150

Pengihstiharan darurat


Lebih baik dibatalkan saja ...


Bar Council defend disruption of law and order

Posted: 03 Sep 2014 02:08 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PEGUAM ATAS GERAKAN POLIS

Press Release

Malaysia Must Not Become an Authoritarian State

Answer: Malaysia Must Not Become an Anarchy and Chaos State

The Malaysian Bar is heavily critical of the recent spate of arrests under the Societies Act 1966 and prosecutions under the Sedition Act 1948 and Penal Code.  The raft of arrests and prosecutions of individuals lately shows that we are undergoing an intense period of oppression against citizenry and regression in the rule of law marked by the aggressive curtailment of rights and fundamental liberties under our Federal Constitution.

These individuals are being charged for allegedly criticising or insulting political parties and critiquing or making comments, albeit adverse ones, with respect to court judgments.  These are clearly not offences that are envisaged by, and that are within the ambit of, either the Sedition Act 1948 or the Penal Code.

Answer: They broke the law so they must face the hands of the law. Where is it wrong for the police to charge offenders? 

The due process of law has been taken. Lawyers, presumably the professional ones, can play their role in the court to take the responsibility to give them a fair hearing BUT not to fight the system as this statement is showing.


In order for legal decisions to stand the test of time, they must survive the test of public scrutiny.  Only then can they be seen as sound judgments that will serve to govern our conduct and direct our actions.  In no way should criticism of court decisions, or how they came to be made, be viewed as seditious by virtue of being an affront to the administration of justice.

Answer: Who is the public? The few Bar Council members or lawyers? Or the equally few liberal activists?

The public are seldom misguided by the few who abused the advantage of knowledge to misguide their opinion. Sometimes the public is provoked by sentiment thus losing any rationale understanding of the issue. 

One avanue that has been relatively successful and undergone through the test of times is to have opur representatives speak in the Dewan Rakyat or Dewan Negara or Dewan Undangan negeri.   

The Malaysian Bar is particularly appalled with the charges that have been brought todayagainst Associate Professor Azmi Sharom of Universiti Malaya.  His comments about the Perak constitutional crisis of 2009 are wholly within the purview of academic freedom and public discourse.   This cannot, by any stretch of the imagination, constitute sedition.

Answer: Azmi Shahrom does not speak as academician should do but instead of being factual, he seldom speak with insult and malicious intent. His presence in public discourse is not based on academic but personal opinion not based on law.

Likewise, we reiterate that questioning the exercise of discretion should not be seen as being disrespectful to those to whom that discretion has been given, but a legitimate examination of the proper exercise of that discretion as permitted by law.

Answer: Is it legitimate examination when it is done in such a manner as to promote political agenda or to arouse hate amongst attendee or create chaos and public disorder? 






 
Secondly, our Federal Constitution gives to the state government jurisdiction over the administration of local government, which conceivably includes the creation of volunteer groups to assist with local administration.  The members of the Pasukan Petugas Sukarela ("PPS") are volunteers recruited from the community by the state government.  Any question over the legality of such groups should be settled by way of federal-state government discussion, and not by the arrest and detention, and the threat of arrest and detention, of members of such volunteer groups.

Even if there is a dispute as to the legitimacy of the PPS, whether under the Societies Act 1966 or otherwise, there appeared to be no imminent threat to national security, public safety or order that necessitated the police and Federal Reserve Unit to descend upon them in the manner that they did.  The arrest of members of the PPS immediately after their participation, at the invitation of the Penang State Government, in the Merdeka Day parade in Penang was therefore an unnecessary, unreasonable and disproportionate use of police powers and discretion.

Power and discretion are conferred by legislation on the premise or presumption that they are to be exercised properly based on intelligence and common sense.  It appears that neither of these criteria was present.  It gives rise to the impression that the police are arbitrarily exercising their powers merely because they believe they can do so with impunity.  This is an abuse of power and process.


Answer: All organisation involved in public safety and security are under the scrunity of the Police or Home Ministry. The constitution does not accord power to state on security matter as it falls under the Federal list in Schedule 9 of the Constitution.

Is PPS a society? No. Is it a public agency? No. Is it a neighbourhood watch group registered with police? No.

Does Bar Council now the law?

PPS has a membership of 10,000. They are under a stubborn and combative Chief Minister. That itself makes them a threat as they have the ability and capability to undermine police!

In that light, the threat by the Inspector General of Police to investigate and possibly to charge people who criticise or allegedly disrespect him on Twitter is seen as an intimidation of members of the public, and is another example of a wholly inappropriate response.


Answer: Under the law, disrupting a civil servant to carry out their duty is unlawful. Does the Bar Council know the law?

The Prime Minister once famously declared that the days of "government knows best" are over.  Yet the actions by the authorities in recent days to detain, arrest and/or prosecute individuals who have been perceived to have challenged or questioned the authorities, deny the very humility that that declaration presupposes.

The Malaysian Bar calls upon the authorities to cease acting in a repressive and oppressive manner.  These recent events have made a mockery of the 57 years of independence that we have just celebrated.  Malaysia must not become an authoritarian state.

Christopher Leong
President
Malaysian Bar

Answer: The time for "government knows best" is also over. So does for bar Council in matters of law. The public wants peace and order. They want back ISA and is against abolishment of Sedition Law. The majority will speak.

The Government cannot only listen to few bar Council members who is supposed to make lawyers a truly professional and law abiding society but have become opponent of the law.  Government must hear from the majority!!!!

Dulu tak sebut PPS agensi kerajaan, Guan Eng berhelah untuk tujuan jahat

Posted: 02 Sep 2014 11:00 PM PDT


Kisah bermula 2 minggu sudah apabila terdapat satu kes anggota PPS memukul seorang aktivis cina di Farlim. Kes itu mendapat liputan luas daripada media sosial dan mendapat perhatian ketua polis negara apabila ramai pihak membuat laporan polis. Difahamkan sudah ada 35 laporon polis.

Maka Guan Eng mulakan game untuk menyelamatkan PPS dengan berkata bahawa PPS ini adalah agency bawah kerajaan negeri.


Kalau dilihat balik video youtube di atas, Guan Eng berkata PERTUBUHAN PPS tapi tidak pula menyebut AGENCY KERAJAAN NEGERI, Tidak salah polis tangkap PPS menggunakan akta pertubuhan.


Hanya menunjukkan Lim Guan Eng cuba berdolak dalih untuk menyelamatkan punggung PPS dari terkena tindakan. Dengan 9,000 ahli rasa tertipu apabila pukul 1 malam baru Guan Eng bantu keluarkan ahli PPS yang ditangkap.


Satu lagi yang Guan Eng kantoi adalah bila pada ambang 31 ogos, seorang individu membaling molotov cocktail di rumah Guan Eng. Dia dijadualkan untuk berada di Butterworth dalam sambutan ambang kemerdekaan anjuran Federal Goverment tidak muncul tapi kebetulan ke dia berada DI RUMAH!

Guan Eng menunggu molotov meletup di rumahnya ...



Lihat pengawal sudah berada di pintu pagar depan dan molotov terbang dari udara landing betul2 sebelah sebuah kereta dan pengawal itu bergegas hendak keluar tetapi beliau patah balik dan menendang molotov ke tepi.

MENGAPA?? Sebab jika beliau keluar beliau sempat menangkap individu yang membaling molotov itu dan semuanya akan terbongkar kerana "pesta" ini adalah ANJURAN KETUA MENTERI SENDIRI utk meraih simpati rakyat UNTUK KEESOKAN Harinya.


Ok...pada pagi 31 ogos Ketua Menteri sudah dapat point yang rumahnya di baling molotov tetapi beliau hadhir seperti biasa ke padang kota dan masih berdegil untuk PPS meneruskan perbarisan kawat...selepas habis kawat terus kesemua 153 org PPS di tahan.

Guan Eng hanya bermain politik apabila sekali lagi menarik simpati rakyat terhadapnya walhal ini semua sudah di rancang teliti oleh beliau.


Kemarin ketua menteri cuba memberikan imbuhan rm10,000 kepada sesiapa saja yang boleh menangkap pembaling molotov di rumahnya. Mana mungkin individu itu di tangkap sebabnya dia dari kalangan DAP juga. Mungkin dari kalangan PPS sendiri. Lihat kronology ini :-
  • PPS pukul orang
  • Guan eng pertahan PPS
  • Laporan polis di buat
  • Tan Sri Khalid menyatakan PPS Haram
  • Guan Eng kata PPS bawah kerajaan negeri
  • Tan Sri Khalid kata akan tangkap PPS jika beroperasi
  • Guan Eng beri kata kata semangat kepada anggota PPS di komtar
  • MOLOTOV MELETUP malam merdeka
  • PPS di tahan selepas perbarisan merdeka
  • Raih simpati rakyat
  • Menawarkan wang rm10k jika dapat tangkap individu berkenaan.
Ini semua game Guan Eng ....




DARUL EHSAN TODAY

Posted: 03 Sep 2014 11:14 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


PPS Kantoi Urine Test, Guan Eng Cuba Bodohkan Jabatan Narkotik PDRM.

Posted: 03 Sep 2014 10:00 PM PDT


Lim guan eng mengatakan 11 orang penagih berlesen (PPS) yang kantoi urine test hari tu mereka bukanlah penagih dadah seperti yang di dakwa oleh pihak polis, urine test mereka positif dadah pasal mereka mengabil ubat-ubatan cina.

Kini sudah sah la, ubat-ubatan cina mengandungi metaphetamine, syabu, kokin dan pelbagai lagi jenis dadah yang di kategorikan merbahaya...

Jadi aku minta, kerajaan tolong haramkan ubat-ubatan cina, kerana lepas nie, kalau mat pet kehabisan stok dadah, mereka akan beralih untuk stim dengan ubat-ubat cina, so tak ada maknanya kerajaan berhabis jutaan ringgit nak benteras penyalah gunaan dadah, kerana ubat-ubatan cina juga mempunyai dadah yang sama level dengan yang di giankan oleh mat pet.

Lu ingat polis bodoh ka...?

Langkah Anwar Untuk Hapuskan Kuasa Raja-Raja Melayu...

Posted: 03 Sep 2014 07:00 PM PDT


Baca kenyataan media yang di keluarkan oleh pkr semalam, 

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Apa yang kita paham dari kenyataan su agung pkr ini ialah, aku tak kira istana nak lebih dari dua nama ke, istana nak sepuluh nama sekalipun, kami berkeras nak kan juga wan azizah jadi mb selangor, sedangkan sebelum ini sultan melalui istana telah memaklumkan bahawa tuanku tidak mahu menteri besar remote control.


Takan ayat sebegini kurang ajar pun orang melayu tok-tok tak paham lagi kot, aku rasa budak darjah enam pun paham apa yang sultan mintak, aku nampak mereka sengaja nak mencabar arahan sultan.

Sekiranya sekali lagi sultan menolak nama si sepat kering tu, sudah tentu anwar dan barua-baruanya bersekali dengan dap akan membelasah sultan, kononnya sultan cuba campur tangan isu pentadbiran selangor, padahal sultan dah bagi option "minta lebih dari dua nama" kenapa pkr masih lagi menghantar satu nama? cukup simple permintaan sultan, kalau benda simple macam nie pun depa tak paham, macam mana nak tadbir negeri?

Apa dia ingat posisi dia sebagai KETUM PKR dah cukup hebat?

Ini akan mereka jadikan point untuk membelasah sultan dan institusi raja-raja melayu.. untuk lebih paham "langkah anwar untuk hapuskan kuasa raja-raja melayu" klik sini

Panglima Perang Cyber

Posted: 03 Sep 2014 11:04 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Dap Akan Diharamkan ROS Punca Serangan Terhadap Menteri @KdnPutrajaya @Zahid_Hamidi ???

Posted: 03 Sep 2014 08:33 AM PDT


Baca artikel ini yang mendedahkan kembali kes DAP dengan pemilihannya yang boleh menjadi punca parti mereka boleh diharamkan.

Kekecohan sama juga berlaku pada PKR yang hingga kini masih belum selesai dan menjadi perhatian ramai.

Jika Umno pernah diharamkan ekoran krisis Team A Team B 1988 maka tiada sebab DAP tidak boleh diharamkan!

Menyerang dan mahu saman ROS ialah tindakan samseng DAP untuk menutup segala tahi busuk kelemahan parti mereka yang begitu suci dipotretkan di mata minda rakyat.

Kegagalan DAP juga tidak mengejutkan kerana Pakatan Rakyat juga hingga kini masih gagal didaftarkan seperti Barisan Nasional!

Maka jangan menyerang DS Zahid Hamidi dalam hal ini kerana akhir sekali rakyat akan makin jelas nampak permainan licik dap untuk menutup kesilapan mereka yang boleh membawa kepada pengharaman parti tersebut.

Tiada siapa pun kebal dari Perlembagaan dan kerana itu penguatkuasaan adalah langkah tepat untuk mengajar mana-mana pihak yang berani menjadikan Perlembagaan sebagai mainan apabila mereka mendapat sokongan padu para peguam yang sealiran dengan mereka.


Baca dan mohon sebarkan 



Umum tahu DAP bergelumang dengan isu dalaman. Antara isu paling teruk ada lah Isu pemilihan anggota kerja pusat nya (CEC).

Pada awal keputusan dikatakan masalah sistem komputer yang menyebabkan salah perkiraan undi, namun lama kelamaan terbukti bahawa bukan sistem komputer yang bermasalah , tetapi ada cubaan mahu manipulasi keputusan.

Keputusan yang mahu dikeluarkan dari pemilihan ada lah supaya calon yang bersesuaian dengan kepimpinan Kit Siang dan Guan Eng sahaja yang konon nya mahu dipilih.

Sehingga kini DAP masih belum selesaikan lagi isu ini, dan amat merisaukan juga apa bila ROS sebagai pendaftar pertubuhan agak perlahan sedikit dengan isu DAP ini.

Sebagai kepimpinan haram DAP melahirkan perkara haram juga seperti PPS. Puak yang akur kepada kehendak Guan Eng dan DAP ini terlahir dari kepimpinan belum pasti DAP akibat ROS ,masih belum ambil tindakan lagi.

Sebagai parti yang kesahihan nya belum pasti, DAP juga menjaid partner didalam sebuah Pakatan yang juga belum didaftar ia iu Pakatan Rakyat.

Pendek kata sesuatau yang haram telah melibatkan diri nya dengan yang haram juga , selain melahirkan yang haram seperti PPS.

Rakyat amat menunggu akan tindakan tegas dari pendaftar pertubuhan seperti ROS supaya segera mengambil tindakan dan tidak menunggu masa yang lama kerana DAP bukan satu pertubuhan biasa tetapi mempunyai agenda yang bersar, ia itu mahu memerintah negara melalui tindak tanduk dan helah nya.

Mana mungkin sesuatu yang haram boleh memerintah negara, maka jawapan akan tetap di nanti, ia itu bila kah DAP akan diharamkan oleh ROS.


http://www.malaysia-instinct.net/2014/09/bila-dap-nak-diharamkan.html?m=1


Sent from my iPhone

Kenapa Pasukan Peronda Sukarela Haram | MYKMU.NET

Posted: 03 Sep 2014 06:08 AM PDT

Kenapa Pasukan Peronda Sukarela Haram

Oleh Salleh Buang

SEPERTI dijangka dari awal lagi, isu penahanan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) pada 31 Ogos lalu terus hangat diperkatakan, terutama sekali setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka dengannya mengenai penubuhan PPS itu.

Guan Eng secara terbuka mengecam tindakan polis menahan anggota PPS itu, sambil menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai menyalahgunakan kuasa. Beliau turut bertanya apakah pihak polis akan turut menahannya sama seperti polis menahan Exco yang menjaga hal ehwal PPS, iaitu Phee Boon Poh?

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, memberitahu bahawa polis sedang memburu saki baki anggota PPS yang dianggarkan berjumlah lebih 9,000 orang.

Rahim mendedahkan bahawa 11 anggota PPS dari 156 orang yang ditahan polis pada 31 Ogos itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau – antaranya melibatkan jenayah cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah Akta Kastam dan kesalahan di bawah Ordinan Darurat 1969.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan kerajaan Pulau Pinang membubarkan PPS kerana badan itu merupakan satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Satu entiti haram

Justeru pada sambutan Hari Kemerdekaan lalu, Polis menahan 156 anggota PPS semasa mereka mengambil bahagian dalam perayaan Merdeka di peringkat negeri Pulau Pinang. Menjelaskan rasional tindakan polis itu, Khalid menyatakan bahawa PPS dianggap satu entiti haram di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Guan Eng sebaliknya mempertahankan bahawa PPS adalah satu organisasi yang sah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Selama empat tahun PPS tidak berdepan dengan apa-apa masalah dari pihak polis kecuali satu dua insiden, di mana tindakan tatatertib telah pun diambil oleh kerajaan negeri dan mereka yang bersalah telah pun dihukum.

Sehari sebelumnya, pada 30 Ogos, Guan Eng menegaskan bahawa anggota PPS akan tetap mengambil bahagian dalam perayaan sambutan Merdeka itu, walaupun telah diberi amaran oleh polis bahawa sesiapa sahaja dalam kalangan anggota PPS yang menyertai perarakan itu akan ditangkap.

Di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, satu pertubuhan itu menjadi pertubuhan haram (unlawful society) sekiranya ia tidak didaftarkan di bawah Seksyen 7.

Mengikut Seksyen 2, istilah "pertubuhan" diberi takrif yang luas, meliputi antara lain "kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan tujuh orang ahli atau lebih, tidak kira apa pun sifat atau matlamatnya, sama ada sementara atau berkekalan", tetapi tidak termasuk beberapa entiti yang disebutkan secara nyata dalam seksyen itu.

Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 – boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali. Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 – boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 – boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman.

Baca seterusnya :




Sent from my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 03 Sep 2014 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


OLEH KERANA HAJI HADI & PRO-ULAMA DEGIL, KUMPULAN ANWARISTA PAS TUBUH PasMA DIKETUAI HUSAM MUSA

Posted: 03 Sep 2014 08:58 PM PDT

Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan PasMa. – Gambar The Malaysian Insider, 3 September, 2014.
Penubuhan satu kumpulan 100 ahli PAS yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Kota Baru, Kelantan pada Ahad mula diberi perhatian.
Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider penubuhan kumpulan itu bertujuan untuk menghalang PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan UMNO.
"Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul," kata salah seorang penggerak utamanya yang tidak mahu dikenali kerana dakwanya kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.
Lapor The Malaysian Insider inisiatif penubuhan PasMa bermula selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos bahawa beliau mahu bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.
"The Malaysian Insider melaporkan minggu lepas Hadi mencadangkan PAS, UMNO dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.
"Bagaimanapun, setiausaha politik Presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan itu dan menegaskan tiada perbincangan dilakukan di antara Azmin dan Hadi. The Malaysian Insider mempertahankan laporan awalnya itu," lapor portal itu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, PasMa akan mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS perlu kekal dalam PR dan menolak UMNO.
"Majlis penerangan pertama akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September dan akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura Ahmad Awang," lapor The Malaysian Insider.
Portal itu turut mendakwa terdapat khabar angin yang mula tersebar baru-baru ini kononnya seorang pemimpin kanan PAS membawa tiga ADUN PKR Selangor bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Mesyuarat itu bertujuan membuka jalan kerjasama antara tiga Adun PKR itu dengan PAS dan UMNO bagi membentuk kerajaan baru di Selangor," lapornya lagi.
Semalam Husam dalam kenyataannya berkata, matlamat utama UMNO dalam kerjasama ini adalah untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan pilihan raya baru dilakukan.
"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.
Blogger pro ulama, Roslan SMS mempertikai sejauh manakah kebenaran fakta usaha kerajasama PAS dan UMNO.
"Laporan yang sama menyebut bahawa Naib Presiden PAS Husam Musa baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor antara PAS, UMNO dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipelopori kumpulan Tan Sri Muhyuddin Yassin. Kumpulan Muhyuddin itu dikatakan mahu mempengaruhi satu institusi tertentu dalam PAS.
"Benarkah ada usaha demikian atau adakah ini semata-mata pelancaran satu serangan politik adu-domba jahat mahu menjatuhkan pimpinan tertentu dan menyerang institusi tertentu dalam PAS sebagaimana disentuh Husam itu ?," soalnya.
Beliau turut mempertikai PasMa mengundang Husam, Mujahid dan Ahmad Awang sebagai panelis untuk program penerangan kumpulan itu.
"PasMa mengikut laporan The Malaysian Insider di atas bakal mengundang Husam, Mujahid dan Ahmad Awang, apakah agenda mereka ini?
"Saya melihat hanya kerana ada usaha mahu menyemak dan menilai semula tahaluf siyasi dalam PR (bukan keluar PR pun) maka ada puak-puak tertentu termasuklah bertaraf pimpinan menjadi "panas punggung" lantas terus mencetuskan angkara sehingga bersedia bukan hanya merobah haluan bahtera malah sanggup merobohkan yang ada dan membina bahtera baru!
"Presiden PAS perlu dilekeh dan dicalar-balarkan imejnya, institusi ulamak yang kuat mendukungnya juga perlu diperlakukan sama, biar bahtera PAS baru yang lebih liberal, moderat dapat dibina. Kalau perlu dihantu-hantukan ahli-ahli PAS dengan kisah kerjasama UMNO semata-mata untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan ahli-ahli PAS terhadap Presiden dan institusi ulamak, mereka akan lakukan malah telah pun dimulakan.
"Apa akan jadi pada PAS nanti?," soalnya lagi.
Laman PAS, tranungkite.net pula melaporkan PasMa kini sedang mengerakkan satu kumpulan blogger (blog) dan facebooker (facebook dan whatsapp) untuk menyerang kumpulan ulama yang dilabelkan sebagai kumpulan konservatif.
Selain itu, matlamat penubuhan kumpulan ini adalah untuk menjatuhkan imej Abdul Hadi sebagai Presiden PAS.
"Pertubuhan ini memberikan sasaran untuk menghalang PAS meninggalkan PR dan membesarkan momokan PAS akan bekerjasama dengan UMNO bagi tujuan rakyat bawahan yang pro Pakatan Rakyat akan merasai curiga kepada kumpulan atau groups ulama dan mereka yang berkecenderungan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat," dedahnya.

ISU MB SELANGOR SEMAKIN KUSUT: PAS HANTAR 3 NAMA, PKR DIMINTA HANTAR 2 NAMA

Posted: 03 Sep 2014 05:00 PM PDT

Facebooker pro PAS, Tulangbesi Malaysiawaves mendakwa parti itu telah menghantar tiga nama di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari partinya sendiri untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon Menteri Besar.
"Maklumat Tulang Besi dapat Presiden PAS telah tanda tangan surat kepada Istana yang menamakan tiga Adun PAS.
"Betul-betul berlawanan dengan keputusan mesyuarat PAS Pusat, mesyuarat Pakatan Rakyat serta apa-apa keputusan parti.
"Walaupun ada usaha dari Mustafa Ali untuk tarik surat tersebut, tapi gagal," dakwanya.
Namun, Tulangbesi Malaysiawaves kemudiannya membuat pembetulan bahawa tiga ADUN itu adalah dua dari PAS dan satu lagi mencalonkan semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.
"Surat menamakan tiga calon – dua dari PAS dan seorang lagi adalah Khalid Ibrahim.
"Hujjah mengekalkan Khalid Ibrahim adalah diberitahu kepada Tuanku, Khalid mendapat semula kepercayaan Dewan Undangan Negeri.
"Formula yang dipakai adalah: PAS (15) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim = 28 kerusi. Oleh kerana Speaker tidak boleh mengundi maka mereka mempunyai majoriti 1 undi. Khalid Ibrahim akan kekal memimpin kerajaan perpaduang PAS + UMNO + Khalid Ibrahim
"Minta Hasnul dan Saari dilindungi sebab mereka mungkin diculik. Tak salah ambil langkah berjaga.
"Presiden masih mahu mempertahankan kepimpinan Khalid Ibrahim dan masih mahu menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO dan BN." dakwanya.
Dalam masa sama Tulangbesi Malaysiawaves tidak dapat mengesahkan sejauh manakah kebenaran maklumat yang disebarkannya itu.
"Tidak pasti maklumat ni benar atau tidak. Sekadar khabar sahaja," dakwanya lagi.
Semalam, bnbbc.my mendedahkan satu sumber memberitahu portal itu bahawa PAS telah menghantar tiga nama ADUN dari kalangan partinya sendiri sebagai MB Selangor yang baharu.
"Difahamkan, nama tiga ADUN PAS Selangor turut disebut-sebut dihantar kepada PAS Pusat bagi diputuskan pimpinan parti.
"Mereka adalah ADUN Cempaka yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Iskandar Abd Samad, Exco yang juga ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Khairi serta ADUN Meru, Dr Rani Osman, " lapornya.
Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya hari ini berkata pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa sehingga Menteri Besar Selangor yang baharu dilantik.
SULTAN ARAH PKR DUA NAMA
PKR menerima surat daripada pihak Istana sebentar tadi memperingatkan agar lebih dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk dicalon sebagai menteri besar.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan media memaklumkan parti itu menerima surat jawapan dari pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar yang baharu.
Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.
Bagaimanapun, surat istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor.
PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, begitu juga dengan sekutu mereka DAP.
Hanya PAS dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.
Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

KELUHAN AHLI DEWAN ULAMA PAS, ADAKAH KITA SUDAH MEMBELAKANGKAN AL-QURAN & SUNNAH?

Posted: 03 Sep 2014 03:40 AM PDT

Isu dua ADUN PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua ADUN tersebut.
Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti ADUN tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 ADUN menyokong telah bertambah menjadi 30 ADUN. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 ADUN termasuk 13 ADUN PAS dan 12 ADUN Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.
Kenyataan terbuka
Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua ADUN yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.
Sudahlah perbincangan di aplikasi WhatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?
Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?
Arahan dan restu
Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua ADUN itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!
Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?
Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.
Konsensus Nasional
Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?
Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.
Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?
Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!
* Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

PAKAR UNDANG-UNDANG SARAN AZIZ BARI BELAJAR SEMULA BAB PERLEMBAGAAN

Posted: 03 Sep 2014 12:02 AM PDT

Cara Betul Membaca Perlembagaan – Jawapan Kepada Aziz Bari

Berikut merupakan terjemahan kepada sebuah sanggahan yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama Seademon. Ia sebagai sanggahan kepada kenyataan Aziz Bari yang cuba memberikan gambaran salah kepada Hak Kuasa Sultan Selangor di dalam menentukan jawatan Menteri Besar.
Terjemahan disediakan dengan kerjasama Perkhidmatan Terjemahan OKU somethink.diffferent@gmail.com. Berikut terjemahan kepada artikel bertajuk 'Masquerade' oleh Seademon.
Pertama sekali, saya kurang pasti siapa yang memberikan gelaran "Pakar Perlembagaan" kepada Professor Aziz Bari. Walaupun pada hakikatnya beliau pernah mengajar di fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, ianya tidak bermakna bahawa gelaran tersebut bersesuaian dengan dirinya. Ianya umpama kita secara semberono menganggap bahawa setiap orang tentera sebagai pakar pemusnah. Walau bagaimanapun, semua orang tentunya sedar bahawa beliau sememangnya mempunyai kecenderungan politik berpihak kepada Pakatan Rakyat, terutamanya PKR.
Mungkin ramai juga sudah memberikan respon kepada Aziz Bari terhadap dakwaan yang dibuatnya bahawa Sultan Selangor tidak mempunyai hak untuk meminta lebih nama untuk dipilih sebagai Menteri Besar. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dengan artikel yang bertajuk 'Pakar: Sultan TiadaKuasa Minta Banyak Nama' (27hb Ogos, 2014). Dalam kenyataannya, Aziz Bari mendakwa dalam sistem berparlimen, kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap dewan undangan negeri (DUN) dan bukannya terhadap Sultan.
Beliau menambah lagi bahawa Sultan hanya perlu bersetuju untuk melantik calon yang mempunyai sokongan majoriti ADUN  sebagai Menteri Besar.
'Sokongan majoriti' katanya kepada Malaysiakini 'ialah satu-satunya kriteria yang diperlukan untuk melantik Menteri Besar, makanya Sultan tidak mempunyai hak untuk meminta lebih nama dengan adanya sokongan majoriti.'
Mungkinkah, 'Pakar Perlembagaan' kita tidak tahu-menahu tentang latar belakang sejarah Perlembagaan. Raja-Raja Melayu mungkin mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, namun sistem kita tidak sama langsung dengan sistem Beraja Westminster yang diamalkan di England. Di England, sistem beraja digunapakai semula dengan permahsyuran Raja Charles II oleh Parlimen setelah Oliver Cromwell gagal menjadikan England sebagai sebuah republik dengan terbunuhnya Raja Charles I.
Di England juga, semua undang-undang diluluskan di Parlimen tanpa perlu mendapat perkenan Permaisuri (ataupun perkenan Raja, jika Pemerintah England ketika itu merupakan seorang lelaki). Keduanya ialah berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendapatan yang diwarisi oleh Penguasa di Lancaster atau Penguasa di Cornwall.
Ketiganya, berkenaan dengan perkara-perkara yang membabitkan harta benda milik peribadi Raja dan kerabatnya, dan akhir sekali berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan 'kepentingan peribadi' Raja itu sendiri.
Untuk memahami peranan Raja-Raja Melayu di Malaysia, kita haruslah menoleh sedikit ke belakang dan melihat kepada sejarah pembentukkan negara ini. Kerajaan kita sebenarnya telah melakukan satu kesalahan besar apabila cuba memupuk semangat  kebangsaan kepada setiap warganya dengan cara yang salah.
Tentunya cara yang paling mudah untuk berbuat demikian ialah dengan mengatakan bahawa kita telah dijajah oleh British dan kita akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan daripada mereka-ini mungkin benar bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Hakikatnya apabila Tanah Melayu 'merdeka', hanya Pulau Pinang dan Melaka memilih untuk memasuki semula Tanah Melayu manakala Singapura kekal sebagai sebuah negeri jajahan British.
Keberadaan British di Tanah Melayu sebenarnya bertitik-tolak dengan beberapa perjanjian yang dibuat mereka dengan Raja-Raja Melayu. Penasihat British dilantik dan digajikan Sultan, yang melantik mereka untuk mentadbir negeri bagi pihak Sultan. Mereka mentadbir hampir kesemua hal ehwal negeri kecuali apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Agama Islam dan juga Adat Istiadat Melayu, yang kekal menjadi kuasa mutlak pihak Sultan.
Pada tahun 1957  apabila British telah pulang, peranan ini seterusnya digalas oleh Menteri Besar bersama-sama dengan exco kerajaan negeri yang dibentuk melalui proses pilihanraya. Namun kuasa esekutif masih kekal sebagai hak milik mutlak Sultan. Ini diperincikan oleh Artikel 181 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan:
'Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah mereka masing-masing sebagaimana telah ada dan dinikmati hingga sekarang adalah tidak tersentuh.'
Perkara yang sama juga dinukilkan oleh Mark R Gillen daripada fakulti undang-undang Universiti Victoria (Gillen 1994:7) Memetik kata-kata ke bawah Duli Yang Maha Mulia al Marhum Sultan Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara:
'adalah silap jika kita berpendapat bahawa peranan seseorang Raja, sama seperti seorang Presiden, terhad hanya kepada apa yang tertulis di dalam Perlembagaan, Peranan seorang Raja sebenarnya jauh melangkau peruntukkan perlembagaan' (Azlan Shah, 1986:89)
Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Aziz Bari yang mendakwa bahawa kerajaan negeri hanya  bertanggungjawab ke atas DUN dan bukannya kepada Sultan, saya ingin meningatkan beliau bahawa Artikel 50 Perlembagaan Negeri Selangor, 1959 menyatakan dengan jelas bahawa:
"The executive authority of the State shall be vested in His Highness and exercisable, unless otherwise provided by the Federal Constitution or this Constitution, by him or by the State Executive Council or any member of the State Executive Council authorised by the State Executive Council, by  executive functions may by law be conferred on other persons or authorities."
Hakikatnya kita tidak boleh menubuhkan sesebuah kerajaan tanpa perkenan Sultan; oleh sebab itulah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis harus mengangkat sumpah taat setia dihadapan Sultan untuk mentadbir Negeri bagi pihak Sultan.
Berbalik kepada dakwaan yang dibuat oleh Aziz Bari bahawa Sultan harus melantik Menteri Besar yang mendapat sokongan majoriti DUN, saya mencadangkan supaya beliau pergi semula ke tempat beliau mula belajar undang-undang dan minta dipulangkan duitnya.
Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan dengan jelas pada Artikel 51 dan 53(2) bahawa perlantikkan Menteri Besar ialah tertaluk kepada budi bicara mutlak Sultan. Susuk yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar ialah seseorang, YANG PADA PENDAPAT BAGINDA SULTAN mendapat sokongan majoriti DUN. Oleh itu perkenan Duli Yang Maha Mulia yang meminta supaya disediakan lebih daripada dua nama daripada setiap parti politik yang mendapat sokongan majoriti DUN.
Perkara yang sama telah berlaku di Terengganu apabila UMNO yang, pada ketika itu, mahukan Idris Jusoh untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas Pilihanraya Umum 2008 tetapi tidak mendapat perkenan Sultan yang tetap mahukan beliau digantikan dengan Ahmad Said.
Keterangan di atas cuba memperincikan sebuah proses demokrasi di mana pihak Sultan mempunyai hak untuk memilih sesiapa saja untuk mengepalai Dewan Undangan Negeri kerajaannya untuk mentadbir bagi pihak Baginda Sultan. Apa yang tidak demokratik ialah apabila Rafizi Ramli memberikan arahan kepada semua ADUN PKR kecuali Wan Azizah dan Azmin Ali untuk terus menarik diri sekiranya mereka dipilih sebagai calon bagi jawatan Menteri Besar oleh pihak parti lain.
Ini merupakan satu proses untuk memilih kerajaan negeri UNTUK RAKYAT dan bukannya untuk PKR. Rafizi sepatutnya mengunci mulut dan bersembunyi di belakang bosnya, manakala Aziz Bari pula sepatutnya meminta semula yuran pembelajaran undang-undang yang dibayarnya dulu dan mula mencari sebuah sekolah undang-undang yang lebih baik dan hentikan segera sebarang bentuk penipuan - bangkit.info

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 03 Sep 2014 09:34 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


SEBARKAN...

Posted: 03 Sep 2014 06:35 PM PDT

PPS POLIS DAP KE ????? APA ITU PPS..SEBARKAN

Posted: 03 Sep 2014 09:49 AM PDT

LANGKAH PERTAMA ANWAR MAHU REPUBLIKKAN MALAYSIA ?

Posted: 03 Sep 2014 04:07 AM PDT

MANGKUK HAYUN.

Posted: 02 Sep 2014 11:53 PM PDT

KEHANCORAN PAS BERMULA : PASMA..PARTI SERPIHAN PAS PRO ANWAR SUDAH DITUBUHKAN...SIAPA KEPALA ????

Posted: 02 Sep 2014 11:36 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 03 Sep 2014 09:31 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


DAP Tentu Tidak Mahu Baca Kenyataan Ini

Posted: 03 Sep 2014 03:16 PM PDT

Pelajar Baru UiTM Ini Biadap, Kutuk UiTM Di Twitter

Posted: 03 Sep 2014 06:11 AM PDT




Shah Alam, seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial twitternya.
Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.
"Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i'll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!", kata pelajar yang dikenali dengan username @mieruuzairis yang juga dipercayai mendapat tawaran pengajian perubatan UiTM (baca lanjut)

Khalid Ibrahim Akan Umum Wan Azizah Sebagai MB Yang Baru? #MBCrisis

Posted: 02 Sep 2014 09:59 PM PDT


Benarkah begitu? Sama sama kita nantikan pengumuman dari Khalid Ibrahim (baca lanjut)

JURI RAKYAT

Posted: 03 Sep 2014 07:30 PM PDT

JURI RAKYAT


7 Foto bugil artis Hollywood hebohkan dunia maya pekan ini

Posted: 03 Sep 2014 07:28 PM PDT

Di awal September ini, jagat maya dihebohkan banyaknya foto bugil para selebritis Hollywood.

Foto ini sendiri beredar luas melalui jejaring sosial, terlebih Twitter. Beberapa artis yang mendapati foto bugilnya telah beredar luas sudah memberikan respon dari mengelak jika foto tersebut palsu dan bahkan beberapa mengakui jika foto tersebut asli dan akan melakukan tindakan hukum dengan menuntut sang penyebar foto pribadi mereka tersebut.

Deretan foto bugil para artis ini sendiri ternyata berasal dari ulah hacker yang berhasil membobol akun-akun iCloud dan smartphone para artis Hollywood.

Siapa saja artis yang menjadi korban peretasan sehingga foto untuk konsumsi pribadi mereka ini beredar luas di dunia maya? Berikut 7 Foto Bugil Artis Hollywood Menghebohkan hasil Ulah Hacker,dikutip dari Merdeka:
1. Jennifer Lawrence

jurirakyat.com Jennifer Lawrence diketahui menjadi salah satu korban penyebaran foto pribadi oleh orang tak bertanggung jawab.
Seperti dilaporkan Buzzfeed, foto panas dari Jennifer Lawrence mulai dipajang di message board 4chan. Dalam waktu singkat, gambar-gambar tersebut langsung tersebar luas dan jadi konsumsi banyak orang.
Ada beberapa foto Jennifer yang tersebar yang mana salah satunya adalah ketika bintang Hunger Games ini berpose topless.
 
2. Selena Gomez
jurirakyat.com-Foto seksi Selena Gomez juga menjadi salah satu yang berhasil disebar oleh si pelaku setelah berhasil meretas akun iCloud kekasih Justin Bieber ini.
Dari foto seksi Selena Gomez yang tengah bertelanjang dada tersebut, memang terlihat ada ciri fisik yang sama dengan yang dimiliki Selena.
Sampai saat ini pun masih belum ada tanggapan resmi dari Selena Gomez terkait foto panasnya yang tersebar di dunia maya tersebut.
3. Demi Lovato
jurirakyat.com - Demi Lovato juga menjadi salah satu selebriti Hollywood yang ramai dibicarakan di awal September terkait foto syurnya yang tersebar ke dunia maya.
Kejadian tersebut bermula ketika akun Twitter kekasih Demi Lovato, Wilmer Valderrama, dibajak. Setelah itu, sejumlah foto bugil Demi pun langsung beredar di dunia maya. Ada beberapa foto yang beredar di jagat maya yang mana salah satunya menunjukkan Demi dalam keadaan topless.
4. Ariana Grande
jurirakyat.com - Ariana Grande, salah satu penyanyi muda yang baru saja mengeluarkan album terbarunya ini juga sempat digegerkan karena foto dirinya yang tak memakai sehelai benang di tubuhnya beredar di dunia maya.
Setelah ramai dibicarakan, pihak Ariana Grande akhirnya memberikan tanggapan dan menyebutkan jika foto tersebut hanya rekaan saja dan bukan foto asli penyanyi dengan tembang hits 'Problem' ini.
5. Kate Upton
jurirakyat.com - Kate Upton, salah satu model seksi asal Amerika Serikat ini juga menjadi salah satu korban pembobolan akun iCloud yang menyebabkan foto toplessnya beredar luas di internet.
Kate yang sering menjadi model cover majalah dewasa ini terlihat tengah menutupi aset pribadinya dengan kedua tangannya.
6. Scarlett Johansson
jurirakyat.com-Scarlett Johansson juga menjadi salah satu korban aksi hacker yang berhasil mendapatkan foto bugilnya yang dia simpan di dalam smartphone miliknya.
Ada beberapa gambar hot Scarlett yang tersebar di dunia maya. Salah satunya adalah ketika dirinya melakukan selfie di atas kamar tidur dengan keadaan tanpa busana.
Beberapa tahun yang lalu, Scarlett pun pernah terjerat kasus pencurian data pribadi yang membuat beberapa foto tak senonohnya beredar di dunia maya.
7. Kourtney Kardashian
jurirakyat.com-Kourtney Kardashian mengunggah sebuah foto yang membuat heboh dunia maya melalui media sosial miliknya. Dalam foto tersebut Bagaimana tidak, dia berpose tanpa sehelai benang pun menutupi tubuhnya.
Kourtney sendiri menjelaskan jika foto bugil yang diunggahnya tersebut terinspirasi dari anggota keluarga Kardashian yang sempat melakoni pose serupa yaitu Kris Jenner.

10 Grup Band Indonesia dengan Gaji Termahal

Posted: 03 Sep 2014 09:48 AM PDT

1.Ungu : 400-500 Jt/ show

2.Peterpan : 350 Jt/ show

3.Nidji : 250 Jt/ show

4.Samsons : 90-100 Jt/ show

5.Letto : 80-90 Jt/ show

6.Kangen Band : 75-80 Jt/ show

7.The Rock : 70-75 Jt/ show

8.Gigi : 60-70 Jt/ show

9.Agnes Monica : 50-60 Jt/ show

10.Drive : 45-50 Jt/ show

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 03 Sep 2014 03:14 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Penyanyi dangdut wanita maut kemalangan

Posted: 03 Sep 2014 09:45 AM PDT

Khabar duka menyelimuti dunia musik dangdut Indonesia. Penyanyi dangdut seksi Rere Gocing, hari ini, Rabu (3/9) dikhabarkan telah meninggal dunia akibat kemalangan di wilayah Pemanukan, Jawa Barat. Khabar tersebut tersebar baru-baru ini melalui BBM yang beredar dari teman-teman pelantun lagu Alay itu.

"Innalillahi wainaillaihi rojiun. Telah meninggal dunia artist Rere Gocing hari ini akibat kecelakaan mobil di Pemanukan. Semoga amal ibadah alm diterima di sisi Allah Swt. dan Dilapangkan Kuburnya Aamiin yra..O:)," tulis si pemilik mesej tersebut yang mengaku mendapat informasi dari KZM Management, Rabu (3/9).

BBM kabar duka tersebut diperkuat dengan broadcast lain yang mengaku dari sumber yang berbeza. BBM kedua bersumber dari pengurus Rere Gocing sendiri.

Tentera Pangkat Sarjan Gantung Diri Di Wangsa Maju

Posted: 03 Sep 2014 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pagi ini.

Menurut laporan, mayat mangsa ditemui oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal daripada cawangan selenggaraan yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan rumah kosong di kawasan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Zuraidi Mohamad berusia sekitar 30-an, masih lengkap berpakaian uniform ketika ditemui tergantung di siling ruang tamu rumah tersebut.

Saksi kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan siasatan awal mendapati mangsa bertugas di Kem Sungai Besi. Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.

--Ultra News

Tubuh habuan nafsu ayah kandung sejak tingkatan 1

Posted: 02 Sep 2014 10:31 PM PDT

JERTIH - Harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

"Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu," katanya.

Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Suami gila seks bagi alasan bodoh benar Bangla setubuh isterinya

Posted: 02 Sep 2014 09:19 PM PDT

GOMBAK: Seorang suami yang mempunyai nafsu binatang tergamak memaksa isterinya yang sedang sarat mengandung sembilan bulan melakukan hubungan seks dengan lelaki warga Bangladesh.

Difahamkan suspek berusia 34 tahun itu melakukan perbuatan kejam berkenaan bagi mendapatkan keseronokan serta merangsang nafsunya sendiri.

Suspek akan menonton perbuatan zina itu sebelum menyetubuhi pula isterinya di rumahnya terletak di Kepong.

Sumber polis berkata, wanita malang itu yang berusia 26 tahun akhirnya bertindak melarikan diri jam 10.30 malam Ahad lalu sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kelmarin.

"Mangsa yang tidak mahu mengikut kehendak gila suaminya tekad melarikan diri ke rumah rakannya.

"Berdasarkan keterangan diambil, mangsa mendakwa dipaksa beberapa kali oleh suami untuk melakukan perbuatan keji itu di rumah mereka," katanya.

Menurutnya, suami mangsa turut merakam video aksi hubungan seks isterinya dengan lelaki Bangladesh yang juga rakan suspek.

- Harian Metro

Kerabat diraja dilihat cari cincin ratusan ribu untuk artis wanita...

Posted: 02 Sep 2014 08:28 PM PDT

Sudah menjadi kebiasaan dunia selebriti apabila dikaitkan dengan golongan VVIP atau kerabar diRaja.

Malah Murai Batu tak hairan jika ada sesetengah selebriti wanita yang terjun ke dalam bidang seni semata-mata untuk menarik perhatian golongan ini supaya dijadikan isteri atau paling tidak pun teman wanita.

Terbaru Murai Batu difahamkan ada kerabat diRaja yang telah berkunjung ke sebuah butik barangan kemas mewah antarabangsa di Pavilion untuk bertanyakan berkenaan sebentuk cincin berlian bagi dihadiahkan kepada kekasih hatinya.

Khabarnya, kerabat diRaja itu sangat simple orangnya dan beliau tidak memerlukan pengiring yang ramai untuk menemaninya membeli-belah, sekali pun untuk masuk ke butik barangan kemas berkenaan.

Daripada info yang Murai Batu dengar, kerabat itu sangat ringkas dan datang ke butik berkenaan dengan hanya menyarungkan seluar denim dan kasut jenis loafer.

Khabarnya, pemuda yang hanya ditemani seorang pengiring atau pembantu itu telah bertanyakan tentang sebentuk cincin berlian yang khabarnya bernilai ratusan ribu ringgit.

Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana Murai Batu tahu bahawa cincin yang dicari oleh kerabat itu ditujukan untuk seorang selebriti wanita popular?

Jawapan Mura Batu senang saja, kalau tak ada angin, bagaimana pokok bisa bergoyang?

Untunglah nasib selebriti wanita terkenal itu. Sudahlah cantik, ada kekasih yang sudi menghadiahkan dengan sebentuk cincin berjenama mewah. Pasti ramai wanita di luar sana yang akan makan hati.

Mungkin juga cincin yang dicari itu merupakan cincin melamar atau bertunang kerana kejadian itu berlaku sebelum Ramadhan lalu lagi.

Murai Batu: Tak pernah ada jejaka yang teringin belanja Murai Batu makan di tempat mahal.

Aksi Seks Pelajar Sekolah “Terlampau” Ala “Call Girl”

Posted: 02 Sep 2014 07:01 PM PDT

APA yang anda saksikan dalam filem-filem barat berhubung seks bebas di kalangan pelajar kolej kini sudah berlaku di Sabah, namun lebih meremangkan bulu roma kerana melibatkan pelajar sekolah menengah yang berusia 15 hingga 18 tahun.

Krew Sabahkini.net yang menjalankan pemantauan terhadap suspek 'Pelajar Terlampau' SM St Mary di Menara MPS terkejut apabila mendapati seorang penuntut SM St Mary sedang bertengkar dengan seorang penuntut daripada SM Sung Siew Sandakan.

"Kau itu pandai bikin anak saja, tak mau bertanggung jawab langsung," kata seorang penuntut bumiputera bernama Maria (bukan nama sebenar) yang masih berbajusekolah berlogo SM St Mary di satu sudut dekat tangga kecemasan level 9, MenaraMPS.

"Bukan gua sorang hantam sama lu. Bukan gua suruh lu bunting. Kalau tak mau anak,pigi cucilah, Kasi buang sana klinik (gugurkan) pu**mak!. Duit gua boleh kasi ma…"ujar teman lelakinya yang juga sebagai 'Pegawai Perhubungan Pelanggan' (PRO).

Krew Sabahkini.Net yang menjalankan intipan mendapati penuntut perempuan yang menjadikan 'Pelacuran' sebagai kerja 'Part-Time' bagi mencari sumber dana untuk berfoya-foya hujung minggu setelah dihantar PRO menemui pelanggan kaya dan pegawai kerajaan dengan menggunakan beberapa buah teksi yang ditempah khas oleh sindiket berkenaan yang diketuai 'Mike' (bukan nama sebenar) anak seorang ternama.

Sesuatu yang amat memeranjatkan, tidak ada klinik swasta yang boleh bertahan di Sandakan tanpa menjalankan kegiatan pengguguran secara haram dan sebahagian besar pelanggannya adakan 'Pelajar Terlampau', namun Penguatkuasa Kementerian Kesihatan yang turut bersubahat menyebabkan kegiatan pelacuran amatur ini sukardibendung.

Kebanyakan klinik mengenakan caj antara RM500 hingga Rm1,000 bagi setiap pengguguran haram yang dilakukan dan klinik mendapat pulangan yang lebih menguntungkan, jika janin yang digugurkan dijual kepada sindiket haram yang membeli janin untuk perusahaan kosmetik dan pengusaha sup janin haram yang semakin berleluasa di Sandakan yang mendapat jolokan 'China Town'.

Menurut maklumat salah seorang pemandu teksi, beliau sudah empat tahun menghantar ramai pelajar perempuan yang ditempah melalui PRO terutama ke rumah mewah atauke hotel di sekitar bandar Sandakan, terutama pada hujung minggu.

"Mereka bayar lumayan kerana saya terpaksa tunggu sehingga selesai dan hantar balik,"ujar Samsuddin (bukan nama sebenar) yang mengakui menerima antara RM30 hingga RM50 bagi bagi jarak perjalanan biasa yang dikenakan tambang antara RM5 hinggaRM7.

Amat melucukan kata Samsuddin, beliau turut melanggan 'Pelajar Terlampau' yangdihantarnya; di dalam teksi yang dilencongkan ke Tanah Kuburan Cina kerana tidak tahan dengan kecantikan dan godaan pelajar tersebut sebelum dihantar menemui pelanggan di sebuah hotel terkemuka di Sandakan.

"Setelah berpakaian dan bermekap kita tidak sedar mereka adalah pelajar tingkat 3atau 4. Kita benar-benar tergoda. Boleh tahan. Bukan lelakilah kalau tidak gian melihat perangai mereka," ujar Samsuddin yang mengakui masih bujang kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk mendirikan rumah tangga.

Sabahkini.Net tidak berniat memalukan SM St Mary, SM Sung Siew atau Jabatan Pendidikan Sabah di atas kegiatan yang tidak bermoral ini, namun terpaksa mendedahkan nama sekolah setelah mendapati para pelajar ini benar-benar bersekolah di kedua buah sekolah berkenaan.

Semoga dengan pendedahan ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kedua-duasekolah ini akan lebih aktif dan membantu anak-anak dan pelajar yang terlajak dengan Sindiket Pelacuran ini menjalankan pemulihan dan menumpukan lebih banyakmasa bersama keluarga.

Sumber

Pasangan 'comolot' tanda semangat kesukanan cam gampang!

Posted: 02 Sep 2014 06:01 PM PDT

Orang zaman sekarang bercinta bagai dah berlaki bini. Bukan nak tuduh, tapi makin banyak gambar-gambar yang tersebar terutamanya gambar-gambar mereka bercumbuan dan berpeluk-pelukan.

Contoh terbaru, dua orang dalam gambar di atas yang merasakan diri mereka comel dengan memakai jersi bola dari dua pasukan yang berbeza.

Yang pasal jersi bola tu tak apa, tapi siap ada gambar bercumbu-cumbuan lagi. Mungkin nak tunjuk yang mereka ni walaupun berbeza pendapat tapi tetap sayang menyayangi.

Tak ada siapa pun kisah korang tu sokong pasukan mana. Lagi orang menyampah adalah - SiakapKeli.com

'Ketua Polis Negara ingat dia Lembu Suci?' - Guan Eng

Posted: 02 Sep 2014 05:45 PM PDT

Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau bukan maksum atau "lembu suci" yang tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Jika Khalid meletakkan usaha dalam membanteras jenayah dan penjenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat.

Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya tetapi sebaliknya bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya.

Menggunakan undang-undang jenayah menentang musuh ketika Khalid mempunyai sumber penuh pada kedudukan beliau sebagai ketua polis negara, akan meletakkan pengkritiknya dalam kedudukan yang tidak adil dan tidak sama rata.

Apakah Khalid akan berjuang secara adil dengan membawa kepada mahkamah sivil terhadap mereka yang beliau dakwa memfitnah beliau?

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin meminta mengesahkan dakwaan Timbalan Komander Kanan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi bahawa sebelas daripada 156 ahli unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan mempunyai rekod jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, dadah, kesalahan berkaitan kongsi gelap dan juga bunuh.

Begitu juga, mereka yang air kencing diuji positif mungkin disebabkan oleh ubat yang diambil untuk penyakit.

Pendirian anti-PPS

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga akan berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat apa-apa laporan polis atau tuduhan terhadap 11 anggota ini ketika mereka melaksanakan peranan mereka secara sukarela dalam PPS.

Jika tidak, adalah tidak adil kepada keseluruhan PPS yang terdiri daripada 9,000 orang dengan maklumat yang didakwa sebagai latar belakang beberapa ahli.

Apakah perlu untuk 120,000 anggota polis juga didakwa hanya kerana tindakan beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan C4, menyebabkan kematian tahanan, jenayah kejam seperti rompakan atau menyalahgunakan kuasa mereka dengan terlibat dalam rasuah?

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tiada anggota PPS akan dilindungi jika mereka melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan akan tertakluk penuh kepada undang-undang.

Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik yang telah dilakukan PPS, khususnya membantu orang ramai dan polis untuk menjalankan sukarela polis komuniti.

Malangnya media yang dikawal BN, termasuk beberapa dalam akhbar Cina, telah menerima pakai pendirian BN yang anti-PPS.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengulangi bahawa PPS tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada pihak polis terhadap PPS secara keseluruhan.

'Lapor terus pada saya'

Jika terdapat sebarang aduan sebegini, aduan ini seharusnya dimaklumkan oleh pihak polis kepada ahli exco negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh atau diri saya.

Adalah dikesali apabila media yang dikawal BN yang sama ini telah memutar-belit isu PPS menjadi isu politik untuk menekan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan PPS untuk menyediakan bantuan kecemasan dalam kemalangan, perkhidmatan kecemasan dan menyelamat dan juga sebagai tindak balas kepada seruan oleh pihak polis untuk mengukuhkan polis komuniti bagi memerangi jenayah.

Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan badan seperti itu mengikut cara yang sama penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau JKKK(P) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan.

Berikutan penangkapan 156 dan sementara menunggu sebutan kes di mahkamah berhubung penangkapan mereka, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa semua ahli PPS akan "direhatkan" daripada menjalankan kerja-kerja sukarela dan tidak memakai jaket seragam mereka.

Keputusan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati kedaulatan undang-undang dan keputusan oleh mahkamah.

Sementara itu kita berharap polis akan menangani kebimbangan awam tanpa kehadiran polis komuniti, dan menguruskan kemalangan dan perkhidmatan menyelamat kecemasan tanpa kerja sukarela daripada 9,002 anggota PPS.

Kerajaan negeri Pulau Pinang terus komited untuk Pulau Pinang yang lebih selamat dan mengekalkan status Pulau Pinang sebagai negeri yang paling selamat di Malaysia.

PDRM bukan milik Ketua Polis Negara - Zuraida

Posted: 02 Sep 2014 05:35 PM PDT

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai askar peribadinya "menyerang" pembangkang dan pihak yang menentangnya.

Merujuk kepada kes tahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, ahli Parlimen Ampang itu berkata, tindakan mengugut untuk menyerbu rumah jika mereka enggan menyerah diri merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan tidak masuk akal.

Begitu juga dengan kes pengguna akaun Twitter, Victor Wong dan Nasrul yang disiasat Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) walaupun permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap Khalid.

"Kawalan ketat dengan menindas pihak yang menentang kerajaan pusat mengulangi sejarah Operasi Lalang.
"KPN perlu diingatkan PDRM bukan askar peribadi sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan Khalid melampau apabila menganggap PPS sebagai haram, sedangkan mana-mana pertubuhan yang haram perlu mendapat pengisytiharan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu seperti Hindraf.

Katanya, Khalid perlu membuktikan sama ada PPS cuba mendaftar dengan RoS tetapi permohonannya ditolak.

"KPN perlu sedar beliau adalah penjawat awam dan perlu mengutamakan kepentingan awam. Kuasa polis tidak boleh digunakan untuk menekan orang awam," katanya.

Katanya, tidak ada sebab melabelkan PPS haram apabila sukarelawan itu sering membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum membuat rondaan kawasan.

Beliau berkata, PPS tidak ditubuhkan kerajaan negeri jika PDRM bertindak cekap membanteras jenayah dalam komuniti mereka.

"Disebabkan semangat komuniti dan prihatin yang ditunjukkan anggota PPS, kadar jenayah di Pulau Pinang menurun," katanya.

Seramai 154 anggota PPS ditahan pagi Ahad selepas menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang kerana ingkar dengan arahan polis selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan RoS.

Tindakan itu menimbulkan reaksi negatif orang ramai termasuk pengguna sosial Twitter yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.

Khalid kemudian mengarahkan PCIRC di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menyiasat pihak yang membuat kenyataan biadap tersebut.

"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN'" katanya dalam jawapan balas pengguna Twitter Nasrul Omar (@ennasrul).

Khalid yang menggunakan akaun Twitter @KBAB51 juga memetik satu lagi tweet yang dianggap menyakitkan hati di mana beliau dibandingkan dengan komander Nazi, Henrich Himmler.

Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) menulis: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).

Khalid menjawab tweet tersebut dengan menulis: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."

Viktor Wong kemudian menulis: "Hello both @PDRMsia @KBAB51, I am retracting the suggestion on the bastardization and apologize to you and all your members of the force" (saya menarik balik cadangan mengenai 'bastardization' dan meminta maaf kepada anda dan semua anggota pasukan anda).

Namun, Khalid bertegas untuk meneruskan siasatan terhadap kedua-dua mereka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan 1948.

"Tiada maaf baginya. Tindakan akan diteruskan," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 2 September, 2014. - The Malaysia Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan