Selasa, 5 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 05 Aug 2014 01:19 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Isu Penganjuran ‘Penang Nude Sports Game’

Posted: 05 Aug 2014 12:25 AM PDT

Kenyataan Media Dwn Pemuda PAS Pulau Pinang isu penganjuran ‘Penang Nude Sports Game’.1. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang amat kesal & membantah keras penganjuran program ‘Penang Nude Sports Game’ yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang seperti yang dipaparkan dalam laman http://vimeo.com/m/97390635. 2. Penang Nude Sports Game’ yang boleh ditonton […]

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 04 Aug 2014 11:19 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Jangan biarkan Pakatan pecah

Posted: 04 Aug 2014 07:51 PM PDT

Oleh  DR MUJAHID YUSOF RAWA

Ramai yang berbincang tentang masa depan Pakatan Rakyat dan pelbagai kontroversi yang menyelubungi keberlangsungan PR.

Sebagai orang kuat mempertahankan perlunya Pakatan Rakyat terus kukuh, saya ingin menegaskan beberapa perkara:


  • Politik Malaysia tidak pernah menyaksikan satu peralihan paradigma politik yang besar berlaku melainkan dengan Pakatan Rakyat apabila politik merentasi kaum benar-benar diterjemahkan dalam peti-peti undi. Pengundi tidak lagi mengecam calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.
  • Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara.
  • Pakatan Rakyat telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.
  • Pakatan Rakyat telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihan raya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo.
  • Pakatan Rakyat adalah penyaring kepada ahli politik yang jatidirinya teruji kerana terpaksa menongkah arus demi perubahan. Ada yang gugur dan ada yang tetap konsisten.
Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.

Saya mengakui Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar ini yang kadangkala ia tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri.

Tetapi saya tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika Pakatan Rakyat berpecah dan terus tiada di persada politik tanah air.

Saya juga ingin menyeru agar seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat agar menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya." (Ar-Ra’ad: 11)

Pakatan Rakyat Harapan Rakyat. Sekian.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan anggota jawatankuasa PAS Pusat

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 04 Aug 2014 07:06 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Saran Polis Pertingkat Rondaan dan Rangka Pelan Bertindak Lebih Berkesan

Posted: 03 Aug 2014 09:58 PM PDT

DUNGUN, 4 Ogos 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nikmeminta pihak polis mempertingkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku kejadian pecah rumah dan kecurian khususnya di bandar Dungun dan sekitarnya.
 
"Kita yakin pihak polis mempunyai rekod lokasi yang kerap berlakunya jenayah pecah rumah ini, berdasarkan rekod yang ada ini kekerapan rondaan di kawasan berkenaan termasuk di premis yang tidak berpenghuni perlu dipertingkatkan seperti di PASTI dan lain-lain premis pendidikan yang tidak menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan, " beliau menyarankan langkah demikian merujuk kejadian kecurian di PASTI As-Syakirin, Tanah Lot di sini.
 "Dan melalui Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) disarankan merangka pelan bertindak yang lebih berkesan untuk mencegah kejadian seumpama ini dari terus berulang, " ujar beliau yang juga merupakan Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun.

Dalam kejadian yang disedari pagi Khamis 31 Julai itu, bahagian bawah yang menempatkan dua kelas PASTI telah digeledah dan pendawaian elektrik telah dicuri, penjenayah dipercayai menceroboh masuk melalui tingkap belakang berdasarkan kesan umpilan penghadang tingkap yang rosak. 

Berikutan kejadian tersebut, tindakan segera pungutan derma kilat telah diusahakan melalui Pemuda PAS DUN Sura dan PAS Cawangan Tanah Lot, memandangkan sesi persekolahan sempena cuti Aidilfitri bermula pada Ahad 3 Ogos. Sejumlah RM6,000 berjaya dipungut untuk menampung kos pendawaian elektrik dan pemasangan grill tingkap. 


"Memandangkan sesi persekolahan bermula 3 Ogos, tindakan segera telah dilakukan untuk keselesaan para pelajar dan guru dan Alhamdulillah dengan inisiatif yang turut diusahakan oleh Pemuda PAS DUN Sura, kerja-kerja baikpulih telah diusahakan, " demikian menurut Ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Haji Mohd Amin Hamid yang turut mengucapkan terima kasih kepada para dermawan di atas sumbangan yang telah diberikan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 04 Aug 2014 01:30 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


72 keluarga dikesan hidap virus Aids di Melaka

Posted: 04 Aug 2014 04:25 AM PDT

ALOR GAJAH: Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus Aids di Melaka.
    
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka.
    
"Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, semalam.
    
Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.
    
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan.
    
Latipah berkata antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone.
    
Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/AIDS yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar.
    
Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut.
    
"Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya.
    
Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain. - Bernama

Harakahdaily

Muslimat Melaka, Adun Bukit Baru rai anak yatim

Posted: 04 Aug 2014 04:21 AM PDT

MELAKA: Bersempena Ramadan yang mulia ini Dewan Muslimat PAS Melaka dan Sekretariat Adun Bukit Baru telah mengadakan majlis meraikan golongan fakir miskin dan anak yatim di sini baru-baru ini sekali gus menyumbangkan barangan keperluan harian serta duit raya kepada mereka.

Program dirasmikan oleh Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim dan turut dihadiri Ketua Muslimat Melaka, Kintan Man serta Ahli Parlimen Bukit Katil, Samsul Iskandar Mat Akin.

Menurut Dr Khalid, masyarakat diharapkan sentiasa prihatin dengan golongan kurang berkemampuan seperti fakir miskin dan anak yatim kerana mereka merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang memerlukan perhatian kita.

"Saya mengalu-alukan sumbangan dalam apa jua bentuk kepada golongan ini kerana mereka perlu dibantu bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka apatah lagi dalam keadaan tekanan kenaikan harga barangan keperluan yang makin meningkat.

"Kita mengharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat meringankan kesusahan mereka dan dapatlah mereka menyambut hari raya yang bakal tiba tidak berapa lagi dalam suasana ceria seperti orang lain," ujar beliau.

Dr Khalid meminta kerajaan tidak menyisihkan golongan ini dalam pemberian bantuan yang sepatutnya kerana masih berlaku penafian bantuan hanya kerana mereka menyokong Pakatan Rakyat khususnya di Melaka.

"Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua rakyat mempunyai hak walaupun berbeza dari segi pandangan mahupun latarbelakang politik kerana ianya dijamin di dalam perlembagaan negara kita.

"Ianya tidak dilaksanakan oleh Umno/BN yang tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat walaupun dipilih oleh rakyat di sesuatu kawasan.

"Walau bagaimanapun kita berusaha dengan sedaya mungkin untuk membantu golongan ini dan terima kasih diucapkan kepada para penderma serta penyumbang  yang diharapkan segala bentuk sumbangan itu diterima Allah sebagai amal jariah kita,"katanya.

Harakah 27 - 29 RAMADAN 1435 / 25 - 27 JULAI 2014

Jasindaily Online

Posted: 04 Aug 2014 09:36 AM PDT

Jasindaily Online


GERAKKAN TENTERA BANTU GAZA : KERAJAAN NEGARA ISLAM BERANI KE??

Posted: 04 Aug 2014 05:49 AM PDT

SHAH ALAM - Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia (LA PPM) hari ini menggesa kerajaan negara Islam menggerakkan tentera masing-masing bagi membantu tentera Hamas yang sedang berjuang di bumi Palestin. Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, umat Islam tidak harus berdiam diri di atas kezaliman Israel telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak berdosa. "Dalam perang Israel-Gaza sejak 8 Julai 2014 lalu, pihak tentera Zionis telah mengorbankan 1,450 warga Palestin manakala hanya 61 orang tentera Israel maut. Bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat terhadap Israel menjadikan rejim itu lebih berkuasa dan membunuh sesuka hati mereka.

 "Jika AS sanggup membekalkan senjata dan tentera kepada Israel mengapa pula negara umat Islam tidak boleh membantu saudaranya sendiri mempertahankan bumi Gaza daripada dibedil?" katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata selama 72 jam antara kedua-dua pihak yang dicabuli oleh Israel hanya 2 jam selepas bermula. "Pencabulan proses gencatan senjata tersebut amat mengecewakan ramai pihak dan ia menandakan rejim Israel tidak patuh dengan perjanjian antarabangsa.

 "Mereka (Israel) bertindak sewenang-wenangnya kerana pemimpin negara umat Islam yang terus berdiam diri membiarkan mereka mengganas dan membunuh hampir sesiapa sahaja di Gaza. Oleh itu, para pemimpin yang mempunyai kuasa wajib bertindak secara tegas dan keras bagi mematikan keegoan memuncak Israel dan Amerika Syarikat," tegasnya lagi. Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar terus berdoa dan dan menghulurkan sumbangan kepada penduduk di tanah Gaza supaya penderitaan mereka dapat dikurangkan.

GAZA BERDARAH : PAS DESAK BUKA SEMPADAN RAFAH

Posted: 04 Aug 2014 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim zionis Israel. Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memberitahu, selain bantuan kewangan, PAS akan terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan bagi memastikan penduduk Gaza mendapat keadilan sewajarnya. Beliau yang ketika ditemui Harakahdaily turut meminta agar Kerajaan Malaysia dan antarabangsa menghentikan urusan dagangan dengan Israel sebagai tanda kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu. "Setakat ini hampir dua ribu telah terkorban dan beratus-ratus mengalami kecedaraan akibat kezaliman yang dilakukan Israel secara berterusan.


 "PAS hari ini menggesa semua pihak sama ada di negara ini ataupun peringkat antarabangsa menghentikan segera hubungan dagang dan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menghukum negara itu," katanya. Beliau yang turut kesal, walaupun Israel telah membedil dan menghancurkan tempat perlindungan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun badan dunia itu gagal memberikan apa-apa tekanan dan bertindak. "PBB sepatutnya menggunakan peranan mereka terhadap apa yang berlaku, badan dunia itu tidak sepatutnya berdiam diri dan tindakan tegas perlu diambil segera. "Dalam pada itu PAS turut kesal dengan negera-negara Islam yang lain terutamanya yang berada di Tanah Arab yang berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza. 

 "Saya turut menggesa agar Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memberi kemudahan kepada penduduk Gaza mendapat bantuan perubatan serta menyelamatkan diri, tindakan Mesir yang menutup pintu sempadan itu menyebabkan bantuan kemanusian gagal diberikan," sambung beliau lagi. Beliau yang turut menekankan PAS di bawah kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang akan terus berusaha bagi memastikan Palestin khususnya penduduk Gaza akan bebas daripada cengkaman zalim zionis Israel.

72 KELUARGA DIKESAN HIDAP AIDS

Posted: 04 Aug 2014 05:38 AM PDT

ALOR GAJAH: Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus Aids di Melaka. Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka. 

 "Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, semalam. Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.


 Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan. Latipah berkata antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone. Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/AIDS yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar.

 Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut. "Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya. Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain. - Bernama

HAMAS TOLAK LAPORAN ISRAEL, BELA MALAYSIA

Posted: 04 Aug 2014 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hamas menafi sekeras-kerasnya laporan media Israel bahawa anggotanya mendapat latihan mengenai cara melakukan serangan melalui payung terjun di Malaysia. Katanya tuduhan tidak berasas itu direka perisik Israel untuk menjejaskan perpaduan dan sokongan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh regim Zionis. "Israel mencipta tuduhan itu sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tenteranya terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita dan golongan tua di Palestin," kata Hamas melalui kenyataan yang tersiar dalam laman sesawang rasminya.Kenyataan dalam bahasa Arab itu diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). 


 Ketika mengulas laporan berita itu semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama ketenteraan dengan Hamas atau pihak lain di Palestin. Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata Malaysia dan Palestin hanya menjalin hubungan dan kerjasama dalam bidang diplomatik, perdagangan dan kebudayaan. "Malaysia juga memberi sokongan besar kepada rakyat Palestin dari segi moral dan melalui bantuan kemanusiaan. Rakyat Malaysia memberi sokongan padu berikutan hubungan yang terjalin sejak sekian lama antara pemimpin Malaysia dan Palestin. "Inilah yang mungkin menyebabkan Israel tidak berpuas hati," katanya. 

 Akhbar dalam talian The Jerusalem Post baru-baru ini memetik seorang anggota Hamas yang ditahan sebagai berkata Malaysia menjadi tempat latihan bagi anggota pasukan itu untuk melakukan penyeludupan dan serangan dari sempadan dengan menggunakan payung terjun. Laporan itu juga memetik tahanan yang didakwa sebagai anggota Hamas itu memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka juga mengikuti latihan tentang cara menculik anggota tentera sebagai persiapan untuk menentang Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Gaza. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan