Rabu, 27 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 26 Aug 2014 07:04 PM PDT

Rembau Hari Ini


Bolehkah Ibadah Korban Untuk Mereka Yang Telah Meninggal Dunia?

Posted: 26 Aug 2014 03:53 PM PDT



Tidak boleh. Ibadah korban adalah untuk mereka yang masih hidup, akan tetapi pahala ibadah korban tersebut boleh kita niatkan untuk disedekahkan pahalanya untuk mereka yang telah meninggal dunia seperti untuk arwah ayah dan sebagainya. (Ustaz Dato Arshad Abd Samad)

PROGRAM KORBAN PERDANA DUN KOTA (REMBAU)

PAS DUN Kota akan mengadakan Program Ibadah Korban Perdana 1435 H.

Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam program ini kos untuk sebahagian daging korban lembu termasuk kos pengurusan ialah RM450.

Agihan daging korban ini boleh dibuat sendiri oleh peserta korban atau diserahkan kepada pihak penganjur untuk diagihkan kepada penduduk kampung serta penduduk di kawasan perumahan kos rendah serta kawasan perumahan rakyat termiskin di sekitar Rembau.

Buat masa ini pihak penganjur hanya menghadkan 5 ekor lembu. Sekiranya permintaan menggalakkan bilangan haiwan korban ini akan ditambah lagi.

Kepada mereka yang ingin menyertai ibadah korban ini sila hubungi Penasihat Program Hj Rozmal bin Malakan Tel/SMS/Whatsapp 012-2267406

Jasindaily Online

Posted: 26 Aug 2014 09:13 AM PDT

Jasindaily Online


Isu MAS : PAS Sambut Baik Perubahan MAS

Posted: 26 Aug 2014 12:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik saranan agar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membuat perubahan secara menyeluruh dalam perkhidmatannya dan bukan hanya tertumpu kepada menghentikan penjualan arak dan pakaian menutup aurat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS melalui ahli parlimen mereka telah beberapa kali membangkitkan soal itu sebelum ini dan terbaru ketika insiden kehilangan pesawat MH370 sejak Mac lalu. "Perkara ini sudah lama kita ketengahkan, namum kerajaan hanya mengatakan ia akan dimaklumkan kepada pihak MAS.


 "Perkara ini harus diputuskan oleh kerajaan untuk MAS akur kepada segala gesaan selama ini," kata beliau kepada Harakahdaily. Namun beliau turut mengingatkan perubahan yang dilakukan MAS bukan hanya tertumpu kepada dua perkara sahaja tetapi secara keseluruhan termasuk pengurusan. "Sudah sampai masa MAS membuat perubahan secara keseluruhan, jika ingin melihat berlandaskan Islam dan syarak perubahan pengurusan perlu dilakukan terutamanya perbelanjaan.

 "Siasatan serta kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk kita mengetahui setiap kelemahan di dalam MAS dan ini sebagai usaha mengembalikan imej MAS yang baharu," kata beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, lebih besar yang harus diselesaikan adalah soal rasuah serta penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.

Konvoi Jelajah Merdeka bergerak ke Selatan

Posted: 26 Aug 2014 12:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Konvoi Jelajah Kemerdekaan SeMalaysia hari ini memasuki fasa kedua apabila mula bergerak ke arah selatan, iaitu ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pelepasan konvoi fasa kedua ini disempurnakan Pengarah Program Jelajah, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, di Masjid Putra, Putrajaya, pagi tadi. Konvoi ini turut membawa akhbar Harakah dengan sisipan Fikrah edisi Merdeka, untuk diedar di 'chek point' sepanjang laluan. Konvoi jelajah fasa kedua ini bergerak ke destinasi pertama di Seremban dan menemui Syeikh Zaki Syeikh Ahmad, yang merupakan anak kepada Almarhum Mufti Pertama Negeri Sembilan dan Malaysia, Allahyarham Syeikh Ahmad Syeikh Muhammah yang membacakan doa semasa Majlis Pengisytiharan Kemerdekaan 1957 oleh Tengku Abdul Rahman Al Haj di Kuala Lumpur. 


 Seterusnya, peserta konvoi bergerak ke Linggi bagi menziarahi makam Tuan Guru Sheikh Muhmmad Said Linggi dan Sheikh Ahmad, sebelum ke Naning bagi menziarahi Makam Dol Said. Menurut salah seorang peserta jelajah, Aidy Idzham Ismail sebelum ke Melaka, peserta jelajah akan bermalam di Seremban terlebih dahulu. Jelajah seterusnya akan ke Melaka keesokan harinya dengan melawat Masjid Tengjera, yang merupakan masjid tertua di Tanah Melayu, sebelum bergerak ke Johor. Konvoi yang sudah memasuki hari kesembilan itu dipenuhi dengan program yang diatur bersama PAS negeri atau kawasan-kawasan, antaranya pertemuan dengan anak muda bagi mendedahkan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan negara di kalangan ulama. 


Program jelajah ini dianjurkan bagi mencungkil peranan tokoh-tokoh agama yang terlibat dalam perjuangan memerdekakan negara, yang tidak pernah disebutkan di dalam buku-buku Sejarah. Dalam masa sama, ia juga menjadi medan untuk bertemu anak muda di negeri yang disinggah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berasal dari negeri mereka sendiri. Sebelum ini, jelajah tujuh ahli ARC ini berjaya menjelajah dengan motorsikal berkuasa besar ke Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah yang termasuk dalam siri jelajah pertama. Konvoi ini bermula 18 Ogos lalu, di Temerloh, Pahang. Penjelajahan ini akan menemui kemuncaknya di Kelab Sultan Sulaiman, pada malam merdeka, 30 Ogos 2014. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menyambut kumpulan konvoi berkenaan pada hari tersebut.

Sambutan Kemerdekaan Tiada Sambutan

Posted: 26 Aug 2014 12:01 AM PDT

BANDARAYA MELAKA - Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan masih belum begitu dirasai oleh kebanyakan penduduk meskipun detik 31 Ogos hanya berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi mendapati sambutan dalam kalangan premis peniaga awam agak dingin dengan hanya beberapa premis mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang tetapi kebanyakannya tidak mengendahkannya. Rata-rata di sekitar bandar raya Melaka dan lokasi lain terutama di kampung-kampung, jika diperhatikan sambutannya masih agak suram. Cuma kelihatan pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, balai polis dan bangunan rasmi sahaja yang begitu giat menghiasi persekitaran mereka dengan Jalur Gemilang. Turut meluahkan kekesalan, penduduk, Mohd Taufik Khalil, 29, yang merasakan penerimaan masyarakat terhadap sambutan bulan kemerdekaan saban tahun semakin pudar.


 "Kalau dulu begitu meriah dengan Jalur Gemilang di sana sini bahkan pihak swasta turut menaja Jalur Gemilang atau mengagihkannya di tempat strategik, tetapi sekarang ini perkara itu tidak kelihatan atau ada pun nampak macam segan-segan atau suam-suam kuku sahaja. "Adakah kerana kekurangan bajet yang menyebabkan perkara ini berlaku atau semakin lunturkah semangat patriotik?," katanya. Bagi Mohamad Sani Bidin, 45, berkata, sambutan bulan kemerdekaan dilihat semakin hambar dalam kalangan masyarakat malah ramai yang sudah tidak mahu ambil tahu.

 "Semua golongan patut peka kepada perkara ini yang merupakan elemen mustahak dalam kestabilan sesuatu negara dan bangsa. "Bas, teksi atau kenderaan awam lain masih segan hendak mengibarkan Jalur Gemilang, apatah lagi kenderaan persendirian. "Cuma, saya memuji pihak Jabatan Pendidikan Negeri yang saban tahun menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan untuk menanam semangat cintakan negara. Inilah yang dikehendaki kerana anak-anak perlu dididik perkara penting ini," katanya./Sinar 

Gaza Berdarah : Zionis Bedil Masjid Malaysia Di Gaza

Posted: 26 Aug 2014 12:00 AM PDT



SUNGAI PETANI - Tiga roket dilancarkan ke sebuah masjid yang menjadi lambang penyatuan rakyat Malaysia-Gaza dalam kejadian terbaharu yang berlaku lebih kurang jam 11.30 malam kelmarin (waktu tempatan). Laporan terbaharu diterima Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyebut masjid terbabit, Masjid Umar Abdul Aziz di Beit Hanoun menjadi sasaran terbaharu setelah 123 masjid dibedil rejim Zionis sejak 

pertempuran tercetus pada 8 Julai lalu. Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, masjid bernilai RM1.9 juta itu adalah masjid berkembar dengan Masjid Al-Falah, Subang Jaya dan didirikan hasil sumbangan rakyat Malaysia. "Kita mendapat berita Masjid Umar Abdul Aziz hancur keseluruhannya. "Masjid itu baru sahaja dirasmikan pada Mei 2013 oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh," katanya. Katanya, apa yang lebih istimewa, seramai 73 rakyat Malaysia dibawa ke sana semasa perasmian masjid itu yang dibina dalam tempoh 10 bulan oleh 12 tenaga kerja. Dalam pada itu, katanya, sebuah lagi masjid iaitu Masjid An-Nasr mengalami kerosakan manakala sebuah surau hancur akibat dibom. "Kita masih belum mengetahui nasib enam masjid lagi, kita harapkan kesemua sembilan masjid yang dibina hasil daripada sumbangan penduduk Malaysia melalui Mapim dilindungi ALLAH SWT," katanya. Mohd Azmi berkata, kemusnahan Masjid Umar Abdul Aziz menunjukkan isyarat jelas Israel kepada Malaysia kerana mereka seolajh-olah sengaja memusnahkan batu petanda yang mengeratkan hubungan Malaysia-Gaza. "Masjid ini adalah yang tercantik, Ismail Haniyeh sendiri mengagumi kecantikannya serta pembinaannya yang luas mampu memuatkan 5,000 jemaah. Seluruh penduduk Gaza menganggap ia lambang penyatuan Malaysia dan Palestin. "Kemusnahan ini menunjukkan Zionis langsung tidak menghormati institusi keagamaan sehingga menjadi sasaran setiap hari," katanya. Menurutnya, kekejaman Israel itu bagaimanapun tidak menggugat pendirian Malaysia malah Mapim sendiri akan terus membantu penduduk Palestin. "Mapim akan menghantar mesej keras kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia kerana sasaran kini ditujukan kepada masjid yang dibina rakyat Malaysia. "Ia petanda jelas Israel yang ditujukan kepada Malaysia kerana kita sering menghantar misi kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza," katanya. Wakil Mapim dari Gaza, Majd Fathi, 25, berkata, pada sebelah petang hari yang sama kelmarin, sebuah pangsapuri 14 tingkat, Al Zafer 14 di Gaza City dibom, hanya tiga minit selepas Israel memberi amaran. "Walaupun penduduk cuba menyelamatkan diri, tetapi 12 mangsa terbunuh manakala ramai yang cedera akibat kejadian," katanya.

JUAL BURGER BANTU PALESTIN

Posted: 25 Aug 2014 11:50 PM PDT

MERLIMAU - Sebanyak 200 burger dijual bagi tujuan mengutip dana membantu rakyat Palestin di Pasar Malam Merlimau. Penyelaras program, Jazlee Pit berkata, ini merupakan inisiatif yang pertama kali diadakan Perkasa Parlimen Jasin dan mendapat sambutan menggalakkan sehinggakan burger amal tersebut habis dijual dalam tempoh 20 minit. Menurutnya, secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penderitaan rakyat Palestin yang dianiaya
oleh Yahudi Zionis biarpun lokasinya hanya di pasar malam. "Menyedari pasar malam sebagai lokasi tumpuan kita bersepakat menjual burger Amal Gaza yang disediakan tiga pemuda tempatan. "Walaupun nampak ringkas namun ramai yang datang membeli burger tersebut termasuk masyarakat dari pelbagai peringkat dan agama," katanya. 

 Jazlee Pit berkata demikian ketika Program Jualan Amal Burger Gaza anjuran Wira Perkasa Parlimen Jasin di Pasar Malam Merlimau. Jelas Jazlee, selain jualan burger, sehelai bendera Israel telah diletakkan di kawasan lalu lalang pengunjung bagi tujuan dipijak tanda kebencian rakyat ke atas perbuatan Israel yg amat kejam. Selain itu, menurutnya sumbangan itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk disampaikan kepada rakyat di Semenanjung Gaza. "Walaupun terdapat beberapa pihak yang mengambil kesempatan menipu Tabung Gaza namun kita meyakinkan penderma wang sumbangan itu disalurkan ke pihak berkenaan dan tidak berasa sangsi. "Daripada sokongan yang kita terima, membuktikan mereka percaya dan yakin dengan Perkasa Jasin supaya dana itu bukan setakat dikumpulkan tapi disalurkan kepada rakyat Palestin," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan