Selasa, 26 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Aug 2014 09:22 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Apa nak jadi masjid di Rembau, Ahli Majlis Fatwa pun tersingkir?

Posted: 25 Aug 2014 05:30 PM PDT




Dikhabarkan Dato Baharom yang merupakan Tokoh Maal Hijrah N.Sembilan, Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah N.Sembilan, Bekas Kadi Besar Negeri Sembilan telah tidak disenarai lagi sebagai Pengerusi (Nazir) serta Imam di sebuah masjid di REMBAU ! Jika ini benar, ini bermakna apa lagi nak diharapkan jika ulama begini pun disingkirkan, apalah nak diharapkan masjid-masjid lain yang Pengerusi dan Imam nya yang bukan setanding dengan Dato Baharom ini. Habislah masjid-masjid kita !

Bekas hakim dinobat Tokoh Maal Hijrah N.Sembilan
Sinar Harian 19 Dis 2009

SEREMBAN – Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang pertama, Datuk Baharum Hasbullah, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan bagi 1431H/2009M.

Beliau yang kini Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Fatwa negeri berpendapat anugerah diterima sebagai batu loncatan kepada dirinya dalam usaha menjalankan dakwa secara berterusan.

Menurutnya, selain menjalankan urusan keagamaan, beliau masih aktif menyalurkan sumbangan buah fikiran dalam hal-hal perundangan agama Islam.

Baharum dilahirkan pada 14 Jun 1941, di Kampung Astana Raja, Rembau, dan berkahwin dengan Datin Siti Sawiah Sail.

Beliau pernah bekerja sebagai kadi daerah Port Dickson selama lima tahun dan sebagai Kadi Besar Negeri selama tiga tahun sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Ketua Hakim Syarie yang pertama di negeri ini.

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Aug 2014 07:34 PM PDT

Rembau Hari Ini


Apa nak jadi masjid di Rembau, Ahli Majlis Fatwa pun tersingkir?

Posted: 25 Aug 2014 05:31 PM PDT



Dikhabarkan Dato Baharom yang merupakan Tokoh Maal Hijrah N.Sembilan, Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah N.Sembilan, Bekas Kadi Besar Negeri Sembilan telah tidak disenarai lagi sebagai Pengerusi (Nazir) serta Imam di sebuah masjid di REMBAU ! Jika ini benar, ini bermakna apa lagi nak diharapkan jika ulama begini pun disingkirkan, apalah nak diharapkan masjid-masjid lain yang Pengerusi dan Imam nya yang bukan setanding dengan Dato Baharom ini. Habislah masjid-masjid kita !

Bekas hakim dinobat Tokoh Maal Hijrah N.Sembilan
Sinar Harian 19 Dis 2009

SEREMBAN – Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang pertama, Datuk Baharum Hasbullah, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan bagi 1431H/2009M.

Beliau yang kini Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Fatwa negeri berpendapat anugerah diterima sebagai batu loncatan kepada dirinya dalam usaha menjalankan dakwa secara berterusan.

Menurutnya, selain menjalankan urusan keagamaan, beliau masih aktif menyalurkan sumbangan buah fikiran dalam hal-hal perundangan agama Islam.

Baharum dilahirkan pada 14 Jun 1941, di Kampung Astana Raja, Rembau, dan berkahwin dengan Datin Siti Sawiah Sail.

Beliau pernah bekerja sebagai kadi daerah Port Dickson selama lima tahun dan sebagai Kadi Besar Negeri selama tiga tahun sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Ketua Hakim Syarie yang pertama di negeri ini.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 25 Aug 2014 07:17 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Setahun Lalu ADUN Sura Ziarah Rakan Tunai Haji Sebelum Kembali Bertemu Penciptanya

Posted: 24 Aug 2014 09:33 PM PDT

DUNGUN, 25 Ogos 2014 - Hampir setahun lalu, 24 September 2013, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik mengunjungi rakan sepersekolahannya Haji Zakariah Ali yang akan berangkat untuk menunaikan ibadah haji dan pada pagi semalam, 24 Ogos, 2014 rakannya itu telah kembali ke pangkuan Penciptanya.
Haji Wan Hapandi bersama ADUN Rantau Abang, Haji Alias Harun 
dan wakil Ahli Parlimen Dungun, Haji Embong Abdullah 
ketika menziarah Allahyarham pada 24 September tahun lalu.

Allahyarham Haji Zakariah, 58, merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sura pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu namun tewas kepada calon PAS, Haji Wan Hapandi Wan Nik dengan majoriti 2,957 undi.

Sebelum menceburi bidang politik, Allahyarham merupakan bekas Ketua Sektor Pengurusan Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dan pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

Allahyarham dilantik Pegawai Khas Kepada Menteri Besar pada Ogos tahun lalu.
Menurut Haji Wan Hapandi, berita kematian rakannya itu diketahui pada waktu pagi sebelum beliau bertolak ke Kuala Terengganu untuk mengikuti sesi perbincangan soalan bagi persidangan DUN Terengganu yang dijadualkan pada 23 dan 24 September akan datang.

"Saya mendapat berita kematian beliau, sejurus sebelum bertolak ke Kuala Terengganu, jadi saya bergegas dahulu menziarahi jenazah beliau yang pada masa itu masih berada di kediaman beliau di Kampung Balai Besar, " ujar Haji Wan Hapandi yang sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun bersama Allahyarham sekitar tahun 1969 hingga 1973.

Isteri Allahyarham, Zainon Mohamad, 55, menyedari kematian suaminya yang menghidap penyakit jantung itu semasa mengejutkan Allahyarham untuk solat Subuh kira-kira pukul 5.45 pagi.
"Saya sempat menunaikan solat jenazah beliau yang telah disempurnakan selepas Asar dan penghantaran jenazah ke hospital Dungun sebelum itu dan ke tanah perkuburan menggunakan perkhidmatan Van Jenazah Ahli Parlimen Dungun, " beritahu beliau lagi yang turut memaklumkan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Pasir.

"Saya doakan beliau ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan semoga keluarga beliau bersabar di atas musibah yang menimpa ini, " akhiri beliau.

KHIDMAT MERU

Posted: 25 Aug 2014 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


Sambutan Hari Raya DUN Kota Alam Shah.

Posted: 24 Aug 2014 08:02 PM PDT











Yb Ketua Kumpulan 52 bersama Timbalan Ketua Kumpulan 52 (Yb Ng Swee Lim) dan Yb Ganabathirau meraikan seluuuuuruuh rakyat perbilang kaum.dlm majlis Sambutan Hari Raya DUN Kota Alam Shah.
Selain sumbangan duit hari raya kpd pelbagai kaum tanpa mengira kelainan agama, warna kulit dan fahaman politik, Yb Kota Alam Shah juga menyampaikan sumbangan utk masjid2, surau2 dan Persatuan2 Penduduk di kawasan beliau.
Perkara yg sama dipraktikkan oleh Yb Meru dan Yb Sekinchan di DUN masing2.
Semoga PR dapat diteruskan dan itulah yg diharapkan oleh rakyat seluuuuuruuhnya insyaAllah.

Program Fasa Kedua SMUE.

Posted: 24 Aug 2014 07:39 PM PDT
















Selepas menyempurnakan Program Fasa Kedua SMUE kpd seramai 140 orang pewaris warga emas yg telah meninggal dunia dari Dun Meru, Sg Pinang dan Sementa, Yb GST bergegas pula ke beberapa program Hari Terbuka yang diadakan di Batu Belah dan Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan