Isnin, 18 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Aug 2014 11:04 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


PAS calon Wan Azizah, Azmin ganti Khalid

Posted: 17 Aug 2014 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon
iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Aug 2014 09:14 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kemeriahan dan keakraban Majlis Jamuan Raya DUN Kota

Posted: 17 Aug 2014 04:06 PM PDT


Antara yang hadir pada Majlis Jamuan Raya DUN Kota pada 16 Ogos ialah Ustaz Nor Azman Mohamad Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, Nazree Yunus Ketua AMK N.Sembilan, Ramlan Roes EXCO AMK Pusat, Abang Yusof Tapar Ketua Cabang PKR Rembau, Iskandar Ketua Pemuda PAS Tampin, Sahrizal Ketua Pemuda PAS Rembau, Rozmal Malakan Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau dan Hassan Tamby Naib Yang Dipertua PAS Rembau serta Sdr Izamri Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan.

Lagi gambar-gambar sekitar majlis di http://pasn9kota.blogspot.com

Rembau Hari Ini

Posted: 17 Aug 2014 07:14 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kemeriahan dan keakraban Majlis Jamuan Raya DUN Kota

Posted: 17 Aug 2014 04:04 PM PDT


Antara yang hadir pada Majlis Jamuan Raya DUN Kota pada 16 Ogos ialah Ustaz Nor Azman Mohamad Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, Nazree Yunus Ketua AMK N.Sembilan, Ramlan Roes EXCO AMK Pusat, Abang Yusof Tapar Ketua Cabang PKR Rembau, Iskandar Ketua Pemuda PAS Tampin, Sahrizal Ketua Pemuda PAS Rembau, Rozmal Malakan Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau dan Hassan Tamby Naib Yang Dipertua PAS Rembau serta Sdr Izamri Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan.

Lagi gambar-gambar sekitar majlis di http://pasn9kota.blogspot.com

MADRASAH AZ ZAKIRIN , REMBAU

Posted: 17 Aug 2014 07:14 AM PDT


Madrasah Az Zakirin , Kg Padang Besar, Chengkau, Rembau Negeri Sembilan

Sistem pengajian pondok tradisional yang unik. Mengajar pelajar survival hidup, berdikari, jati diri, bergantung hanya kepada ALLAH, tidak mengejar habuan dunia.

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Zakaria bin Talib melalui tel atau Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129

Tiada ulasan:

Catat Ulasan