Ahad, 10 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 09 Aug 2014 07:24 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Pembakaran Bendera Zionis Yahudi Di Rumah Terbuka ADUN Sura

Posted: 09 Aug 2014 06:27 AM PDT

DUNGUN, 9 Ogos 2014 - Rata-rata di kalangan wakil rakyat mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri bersama rakyat masing-masing.
ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik turut mengadakan majlis tersebut yang berlangsung bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang di perkarangan kediaman beliau, di sini, hari ini.
Di laluan pintu masuk ke perkarangan kediaman beliau diletakkan bendera Israel untuk dipijak oleh para tetamu yang hadir kemudian ianya dibakar sebagai simbolik menunjukkan protes di atas kebiadapan rejim zionis yang melakukan serangan tidak berperikemanusiaan di Gaza.
"Kita menerima baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak Pemuda PAS DUN Sura, supaya bendera rejim zionis diletakkan di laluan masuk ke perkarangan lokasi majlis ini untuk dipijak oleh para tetamu yang hadir seterusnya dibakar sebagai menunjukkan protes terhadap sikap biadap rejim ke atas saudara seIslam di Gaza, "
"Sebelum ini, kita turut menghulurkan sumbangan kewangan yang disalurkan melalui PAS Kawasan Dungun sebagai tanda solidariti terhadap nasib yang menimpa saudara kita di sana, " ujar beliau ketika melayan tetamu yang hadir.
"Di samping kita menyambut Hari Raya sewajarnya kita jangan lupa kepada saudara kita di Gaza yang masih terkepung dengan serangan ganas rejim zionis, kita doakan saudara kita di sana terus diberi kekuatan dan kemenangan oleh Allah S.W.T., insyaAllah, " tambah beliau lagi.
Majlis yang dihadiri oleh lebih tiga ribu orang itu turut dikunjungi oleh Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan isteri serta pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari golongan warga Tionghua.

Golongan kanak-kanak diraikan dengan penyediaan aiskrim percuma dan agihan duit raya.

Acara pembakaran bendera zionis Yahudi dilakukan di waktu puncak majlis dan disempurnakan bersama oleh Ahli Parlimen Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan ADUN Sura sendiri diiringi laungan takbir oleh para hadirin.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 09 Aug 2014 09:29 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Sekitar Majlis Rumah Terbuka YB ADUN Sura

Posted: 09 Aug 2014 07:05 AM PDT

AlhamduliLlah...
(9 Ogos 2014)

Terima kasih diatas kehadiran pengunjung serta penyokong yg telah sudi memeriahkan majlis rumah terbuka YB Adun Sura sebentar tadi.

Kehadiran orang ramai yg sangat padat tadi diharapkan dapat mengundang tautan kasih mesra sesama kita pada penghujung kemeriahan Syawal ini.

Dalam kemeriahan majlis itu, pihak tuan  rumah telah menyediakan beberapa kotak sumbangan bagi tujuan dana kebajikan masyarakat setempat.

Disamping itu juga, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan bagi turut sama meraikan rakan2 penyokong serta pengunjung.

Kehangatan majlis terus ditambah dengan acara simbolik menentang kekejaman zionis Israel terhadap saudara muslim kita di Gaza.

Acara membakar bendera zionis itu telah disempurnakan oleh kedua-dua Yang Berhormat.

Semoga segala sumbangan & dokongan tuan puan menjadikan Islam bertambah kukuh bertapak dibumi Dungun ini.
InsyaaAllah..

Selamat Hari Raya..
Maaf segala salah kurang kami..
 
JazaakumUllahu Khoiran Jazaa'...


Ketua & Saf Kepimpinan Pemuda PAS Dun Sura








Tiada ulasan:

Catat Ulasan