• Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman (kanan) menerima memorandum daripada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun di Cyberjaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAINPengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman (kanan) menerima memorandum daripada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun di Cyberjaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 1 / 1 
PUTRAJAYA - [VIDEO] Pemuda Umno Malaysia hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan serta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pihak yang menghina agama Islam secara terbuka di laman media sosial, baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan, pihak berkuasa tersebut tidak boleh lagi berdiam diri dan seolah-olah membiarkan perkara itu dilakukan sewenang-wenangnya tanpa tindakan undang-undang sehingga menimbulkan keresahan penganut Islam di negara ini.

"Jika pihak berkuasa itu gagal memberi jawapan dan perkembangan kes ini dalam tempoh seminggu, Pemuda Umno Malaysia tidak teragak-agak untuk mendedahkan senarai kes lain yang masih gagal diselesaikan dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

"Pihak berkuasa juga digesa tidak berlembut dengan individu seperti Kelvin Yip supaya penghinaan melampau terhadap agama Islam oleh individu-individu tidak bertanggungjawab terkawal," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya dan Jabatan Peguam Negara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Selangor Zainuri Zainal dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii.

Memorandum itu mendesak pihak berkuasa tersebut memberi penjelasan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun Facebook, Kelvin Yin dan beberapa individu lain yang telah menghina Islam melalui laman media sosial masing-masing.

Memorandum yang mengandungi empat halaman itu diterima oleh Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman manakala Jabatan Peguam Negara pula diwakili oleh Pengarah Media Komunikasinya, Asmawaar Samat.

Menurut Khairul Azwan, sikap berlembut pihak berkuasa telah mendorong pihak tertentu mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian agama dan kaum hingga menjejaskan kepentingan umum.

"Pada hari ini kelihatan ada pendekatan yang berbeza yang diambil pihak berkuasa yang bertanggungjawab hingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

"Sesetengah insiden ditangani sebaliknya, cukup dengan sekadar permohonan maaf sahaja dan tindakan tidak diambil atau pun proses undang-undang terlalu lambat bergerak," katanya lagi.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/hina-islam-ag-skmm-diberi-kata-dua-1.304971



panglima : syabas para pemuda UMNO yang semakin berani untuk agama Islam dan bangsa Melayu. Harapan rakyat kepada mereka untuk menjadi 'check and balance' kerajaan.

Sekali lagi syabas atas desakan yang dibuat...