Ahad, 6 Julai 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Jul 2014 09:10 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Sumbangan Ramadhan DUN Kota, Rembau

Posted: 05 Jul 2014 06:48 PM PDT


Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan Ramadhan untuk DUN Kota, Rembau sila serahkan kepada ;
Sdr Azman bin Idris 019-6771495
Tn Hj Nasir 012-6920850
Tn Hj Harun 016-3092990

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8

Pakej Aqiqah bersama Pelajar Sekolah Pondok Tradisional

Posted: 05 Jul 2014 06:47 PM PDT


Madrasah Az Zakirin di Rembau menyediakan perkhidmatan Aqiqah seekor kambing beserta jamuan bersama pelajar pondok Madrasah Az Zakirin pada kos RM1,650.

Perkhidmatan aqiqah ini juga disediakan sepanjang Ramadhan ini.

Mereka yang ingin menyertai Program Aqiqah ini sila hubungi 019-2865129 Ustaz Zakaria Talib, Madrasah Az Zakirin, Rembau.

PROMOSI KOMIK DAKWAH

Posted: 05 Jul 2014 06:46 PM PDT


Dapatkan Koleksi Komik Dakwah Siri "MUALLIM" Yang "ORI" terus daripada penerbit PUSTAKA ZAKIRIN.

Untuk tempahan sila hubungi :
Ustaz Zakaria Talib 019-2865129
Pustaka Zakirin, REMBAU

Rembau Hari Ini

Posted: 05 Jul 2014 07:24 PM PDT

Rembau Hari Ini


Sumbangan Ramadhan DUN Kota, Rembau

Posted: 05 Jul 2014 06:57 PM PDT


Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan Ramadhan untuk DUN Kota, Rembau sila serahkan kepada ;
Sdr Azman bin Idris 019-6771495
Tn Hj Nasir 012-6920850
Tn Hj Harun 016-3092990

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8

PROMOSI KOMIK DAKWAH

Posted: 05 Jul 2014 06:56 PM PDT


Dapatkan Koleksi Komik Dakwah Siri "MUALLIM" Yang "ORI" terus daripada penerbit PUSTAKA ZAKIRIN.

Untuk tempahan sila hubungi :
Ustaz Zakaria Talib 019-2865129
Pustaka Zakirin, REMBAU

Pakej Aqiqah bersama Pelajar Sekolah Pondok Tradisional

Posted: 05 Jul 2014 06:55 PM PDT


Madrasah Az Zakirin di Rembau menyediakan perkhidmatan Aqiqah seekor kambing beserta jamuan bersama pelajar pondok Madrasah Az Zakirin pada kos RM1,650.

Perkhidmatan aqiqah ini juga disediakan sepanjang Ramadhan ini.

Mereka yang ingin menyertai Program Aqiqah ini sila hubungi 019-2865129 Ustaz Zakaria Talib, Madrasah Az Zakirin, Rembau.

Landskap Siasah

Posted: 05 Jul 2014 07:25 AM PDT

Landskap Siasah


KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI

Posted: 05 Jul 2014 03:55 AM PDT

KEGAGALAN FIQH DAKWAH KERAJAAN UMNO SEPANJANG RAMADHAN TAHUN INI.
Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah


Rasanya tiada kutukan atau bantahan rasmi dibuat oleh kerajaan Malaysia apabila Kerajaan China yang secara berani cuba menghalang umat Islam Uighur untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Polisi pemerintah Cina, melalui Partai Komunis China (PKC) jelas melanggar Konvensyen Hak Asasi manusia (HAM) tentang kebebasan beragama.

Apalagi HAM itu sudah menjadi piagam PBB yang telah dterimaoleh seluruh negara anggota PBB, termasuk Cina1.
Kerajaan Chinayang cukup antikan Islam sejak zaman berzaman ini tidak boleh menerapkan diskriminasi perkauman dan membatasi kebebasan beragama bagi penduduk minoritas Muslim di Cina, khususnya di Uighur, Xinjiangnamun nasihat pelbagai negara bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Pada Ramadhan tahun ini bersempena bulan yang menguji umat Islam China, telah secara borong melabel semua umat Islam di Uighur sebagai kelompok pemberontak melawan pemerintah. Jika benar mereka pemberontak, mengapa disimpan lagi daerah Xinjiang? Pada pandangan penulis, ia suatu simbol demostrasi bahawa masih ada sample etnik yang engkar dengan fahaman komunisme di simpan untuk ditekan, diseksa sebagai pedoman kepada etnik lain agar terus tunduk dengan rejim zalim mereka.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mempersoal berkenaan Fiqh Dakwah yang gagal dikendalikan oleh kerajaan BN Malaysia.
Dalam hal demostrasi menekan umat Islam yang dilakukan oleh China, tidak adakah sedikit hasrat di pihak kerajaan untuk membuat bantahan baik secara rasmi atau kutukan melalui Parlimen? Pasti ramai yang faham. Kerajaan tidak akan berani tambah-tambah kerajaan kini terpaksa membela 2 ekor Panda untuk meraih perhatian China. Di dalam negara, ideologi komunisme dibantai hebat, hinggakan abu mayat Chin Peng pun ditakuti kerajaan dan penyokong juak UMNO, tetapi tubuh sebenar komunis yang antikan Islam di tanah besar China tidakpula berani ditegur.
Ini menunjukkan kegagalan BN dalam menyeimbangkan polisi luar kerajaan atas nama normalisasi, diplomasi serantau dengan penegasan prinsip dakwah dan siasah yang sebenarnya tiada dalam kamus kerajaan UMNO-BN.
DAP yang dituduh komunis oleh juak-juak peyokong UMNO pula bertindak proaktof mengecam tindakan kerajaan China yang melarang umat Islam negaranya menjalani ibadah puasa kerana ianya bertentangan dengan hak dan kebebasan beragama2.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan menghalang muslim di wilayah Xinjiang berpuasa pada bulan Ramadan ini sekaligus memaksa mereka untuk tidak melakukan salah satu rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi orang Islam.
Mengapa penulis katakan fiqh dakwah-siasah ini tiada dalam kamus kebijakan politik UMNO? Lihat kes seterusnya.


Halang bersedekah lambang kejahilan UMNO
Jika dahulu kenyataan bodoh UMNO berkenaan cawat besi untuk mengelak rogol, juga cadangan picagari percuma untuk penagih dadah mengelakkan HIV kini cadangan pemimpin kerajaan pula untuk menghukum pemberi sedekah.
Baru-baru ini di bulan Ramadhan juga isu berkenaan kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpurmenjadikan pakej jahil UMNO lengkap3!

Bukan sekadar jahil undang-undang iaitu seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah dan jelas idea 'majnun' ini amat bertentang dengan prinsip undang-undang common law Malaysia, malah ia juga jauh bertentangan dengan semangat yang diajar Islam.
Sudahlah hanya NGO yang diberati tanggungjawab membasmi gelandangan, malah ada pihak NGO yang sanggup bermandi embun untuk mengedar makanan demi makanan kepada gelandangan di kota-kota bear negara, pihak kerajaan yang angkuh tidak mahu turun padang ini tergamak cuba menyelesai masalah asasi manusia ini melalui tindakan mendenda. Dalam otak pemimpin UMNO mereka tidak tahu bagaimana perjalanan hidup si gelandangan, mengapa ia terjadi, implikasi jika pengemis dan gelandangan dihumun begitu, malah apa pula reaksi masyarakat Malasia yang terkenal dengan tradisi bersedekah apabila kerajaan UMNO yang dipimpin oleh kaum Melayu ini tergamak mengeluar idea sebegitu rupa?


Pemimpin UMNO tidak lihatkah hadis di bawah?
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril 'alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan pengutusan Jibril 'alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan kerana kesan bertadarus al-Qur'an dengan Jibril 'alaihissalam). Adapun Jibril 'alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril 'alaihissalam) mengajarkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam al-Qur'an (mentasme' dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam itu sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup".(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


Menurut Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani ketika mensyarahkan hadits ini, maksud "sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup" itu ialah betapa pantas dan ringannya tangan Baginda menghulurkan pemberianserta tidak putusnya limpahan kebajikan yang disalurkan oleh Baginda kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.


Juga hadis ini;
Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dan ini;
Daripada Hakim ibn Hizam r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (riwayat al-Bukhari)


Sedangkan si muallaf juga ada peruntukan zakat untuk melembutkan hati mereka dengan Islam, inikan pula si pengemis dan gelandangan yang bukan sahaja kurang makan dan tiada perlindungan malah mereka kurang dari aspek ilmu agama dan kefahaman agama. Bayangkan bagaimana mereka ingin menghadiri kuliah agama di majid dalam keadaan mereka begitu. Lantaran itu penulis menyatakan kemelesetan Fiqh Dakwah berlaku dalam UMNO.
Mengamuk halau Cina di pasar Ramadhan; UMNO buat malu Islam
Awal Julai, gempar apabila sekumpulan petugas yang memakai vest berlogo Umno menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluangatas alsan pihak YB berbangsa Cina ini tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan dianggap menceroboh kawasan bazar4.


Umat Islam yang 'waras' dengan cepat faham bahawa tidak pernah dinyatakan Pasar Ramadhan sebagai pasar ekslusif untuk kaum Islam sahaja. Inilah kejahilan UMNO dalam dakwah di mana ahli-ahli bawahan tidak diberi pendidikan Islam sewajarnya. Boleh dikatakan hampir 100% himpunan dan perjumpaan UMNO sarat dengan isu perkauman sehingga perkauman menjadi kiblat hidup mereka. Tidak kah mereka sedar dengan berinteraksi dengan baik terhadap kaum bukan Islam terutama daripada pemimpin kaum bukan Islam telah mengislamkan ribuan umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW? Mereka ingat Rasulullah berbangsa melayu agaknya.


Hebatnya UMNO adalah ketika berkuasa pun mereka menzalimi manusia apabila tiada kuasa pun (kalah Parlimen Kluang) mereka tetap mengamalkan cara hidup zalim dan tidak bertamadun.
UMNO tuduh pondok sarang militan.
Kes ketiga yang juga berlaku pada bulan Ramadhan adalah kenyataan liar pemimpin wanita UMNO berkenaan isu militan di pondok-pondok. Bekas Senator yang kini Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim cuba mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan. Malah beliau beranggapan pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan pondok mampu melahirkan kumpulan-kumpulan militan5.


Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.Mungkinkah kenyataan Masyitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.


Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahimketika itu. Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada track record baik kerajaan UMNO terhadap institusi pondok.


Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita. Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.
Pemimpin wanita kontroversi ini juga mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis.Bukankah ini juga menampilkan ulama' wanita UMNO juga gering daripada aspek fiqh dakwah? Kenyataan liar sebegini menjauhkan umat Islam daripada Islam malah membatutkan hasrat pihak melayu elit tertentu yang mungkin berhasrat menghantar anak mereka ke pondok-pondok belajar agama.
Kegagalan seterusnya UMNO yang berfahaman Melayu ini juga ditersukan dengan sikap pemimpin parti ini yang terus mendiamkan diri dicelahan isu-isu penindasan umat islam serantau kian parah. Sepanjang Ramadhan ini juga beberapa isu kezaliamn terhadap Islam berlaku selain di China.
Misalnya tidak tersentuhkan pemimpin UMNO mendengar:
  1. Umat Islam di Assam India bersebelahan Myanmar kini juga sedang menghadapi penghapusan Etnik oleh Etnik Bodo. Sumber-sumber pemerintah India mengatakan para penyerang adalah anggota daripada Front Demokratik Nasional Bodoland (NDFB). Mereka telah menyerang umat Islam sebagai balasan kerana umat Islam bangkang calon mereka terhadap calon NDFB dalam pemilihan parlemen India. JAMAAT-e-Islami India telah mengecam keras pemerintah India yang tidak bertindak terhadap pembantaian terhadap umat Islam di negara bagian timur laut Assam. Etnik Bodo juga menganggap umat Islam Assam sebagai pelarian daripada Bangladesh6.
  2. Polisi Myanmar dilaporkan mengepung pemukiman Muslim Mandalay ratusan ekstrimis Budha yang membawa pisau, pedang dan bambu menjelajahi kota pada Jumaat (4/7/2014) dan membunuh dua orang pada awal pekan ini. Menurut angka rasmi, sekitar 240 orang telah maut dan lebih dari 140.000 menjadi pelarian sejak Jun 2012. Korban adalah kaum Muslim Rohingya ysekitar 5 persen dari populasi Myanmar. Kira-kira 300 ekstrimis Buddha berarak dengan kenderaan di Mandalay sambil menyebut mahu membunuh kaum Islam pada Jumaat itu.
  3. Di Sri Langka pula esktrimis etnik Sinhala Buddha dari kumpulan Bodu Bala Sane (BBS) sudah lama melancarkan kempen kebencian ke atas Muslimin di Sri Langka . kemungkinan adanya hubungan antara dua puak di dua negara ini (Myanmar-Sri Langka) yang mempunyai mesej dan mengembangkan sentimen yang sama . Mereka saling berkait dan mempunyai agenda yang sama . Menurut NGO MAPIM selepas delegasi ke India pulang baru -baru ini menyatakan mesej mereka seiringan iaitu kaum Muslimin adalah ancaman kepada agama Buddha. Operasi mensasar rumah , premis perniagaan dan masjid kaum Muslimin secara tidak bertulis sebagai dasar pihak keselamatan yang memberi laluan kepada militan Buddhis untuk melancarkan serangan kepada orang Islam dimana sahaja mereka ditemui. Bukan suatu kebetulan pada 16 hb Jun 2014 itu , insiden di Sri Langka yang menjadi serangan ganas yang mensasar kaum Muslimin termasuk menyerang premis rumah, perniagaan, sekolah dan masjid , begitu juga kejadian yang sama berlaku di Myanmar dimana 5 buah rumah kaum Muslimin dimusnahkan di desa Kone Zaung , bandar Pwint Phyu, kota Magwe, di Myanmar pada jam 8:30 pagi 16 hb Jun.
Inilah antara isu umat Islam yang menguji kesensitifan umat Islam serta kerajaan umat Islam seperti UMNO. Sekiranya bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan insiden menuduh pelajar pondok, menggelar umat Islam sebagai pengganas, diam dengan isu penindasan umat Islam, halang umat Islam bersedekah dan sebagainya ia jelas mencerminkan UMNO tidak memiliki langsung sisa fiqh ad dakwah yang dilaung-laungkan.


Bertam 5 Julai 2014
7 Ramadhan 1435 H



Tiada ulasan:

Catat Ulasan