Selasa, 1 Julai 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 30 Jun 2014 11:15 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Tidak semudah itu mendapat kemaafan penduduk Memali

Posted: 30 Jun 2014 05:14 PM PDT

Oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ungkapan tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada menteri besar Kedah kerana julung-julung kali menteri besar Kedah daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali. Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allahyarham Ibrahim Libya sebagai "bughah" atau penderhaka.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah bersama Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim; Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Tajudin; Datuk Rawi; YB Aminuddin dan Adun Bayu Datuk Azmi hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada Memali juga diberikan bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi Umno melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suatu ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam Parlimen beberapa kali.

Normalisasi bukan suatu usaha yang mudah tambah pula jika ia dilakukan tanpa keikhlasan dan konsisten. Lihat sahaja konsep normalisasi Jepun terhadap China dan Korea yang sehingga kini masih belum berjaya 100% kerana bisa dan luka lama penyiksaan, jenayah perang kerajaan Jepun belum boleh dimaafkan oleh rakyat dua negara berkenaan.

Normaliasi boleh kelihatan berpura-pura atau wayang jika hubungan mesra hanya melalui media cetak dan media elektronik. Misalnya lagu Jepun dikatakan popular di Korea menandakan rakyat Korea memaafkan kerajaan Jepun. Pastilah konsep ini salah dan tidak tepat dengan kondisi sebenar.
Sehingga kini tiada ungkapan rasmi kerajaan BN memohon maaf kepada penduduk Kampung Memali dan PAS khususnya yang dipalit dengan tuduhan penderhaka, komunis, pengganas dan penganut ajaran sesat.

Jika dalam hal pemecatan Tun Salleh Abbas oleh Tun Mahathir, kerajaan boleh memohon maaf, mengapa dalam hal kes Memali, kerajaan mendiamkan diri. Adakah dengan mengumpan bantuan Umno-BN harapkan kemaafan daripada penduduk kampung berkenaan?

Hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Tun Musa Hitam pula mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya di China sebagaimana diberitakan sebelum ini dan ia jelas Umno dan BN adalah kerajaan pembohong.

Pembohongan ini dilakukan kerana Umno bukan ingin menghapuskan ajaran sesat sepertimana mereka perangi Tuhan Harun, Nabi Abd Kahar dan lain-lain, sebaliknya mereka menyasarkan PAS yang menjadi tunjang Madrasah Memali dan fahaman politik utama penduduk Memali.

Sebelum ini Tan Sri Musa mendedahkan perkara ini dalam "Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang" anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Semua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihebahkan juga sebagai pengikut ajaran Komunis (rujuk luahan memoir isteri Ibrahim Libya).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai "Operasi Angkara atau Operasi Hapus". Walaupun ribuan pamplet bughah disebar seluruh Kedah menuduh pengikut Allayarham sebagai penderhaka, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim tetap menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. Adakah itu petanda seorang penderhaka sultan?

KDN melarang media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran.

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong penuh saranan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.

Kata Mat Zain sebelum ini jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa kejadian dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.

* Penulis adalah ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

KHIDMAT MERU

Posted: 30 Jun 2014 09:42 AM PDT

KHIDMAT MERU


Program Gotong Royong.

Posted: 29 Jun 2014 06:51 PM PDT









Setiap Hari Sabtu dan Ahad pd Bulan Ramadhan digunakan oleh AjK2 Surau di DUN Meru utk mengadakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk dan mengagihkannya dikalangan penduduk persekitaran selepas waktu asar.
Yb Meru sempat berkunjung ke dua buah surau ia itu di Surau Riadhus Sholihin di Jln Sebaya dan di surau Taman Sri Cerakah dan Yb diberikan peluang mengagihkan bubur lambuk kpd penduduk disitu.

Program Jasa Mu Di Kenang.

Posted: 29 Jun 2014 06:41 PM PDT











Yb GST meraikan lebih dari 155 orang pimpinan veteran Pas seluruh Selangor yg dijemput dlm Program Jasa Mu Di Kenang.
Program tersebut diadakan di Dewan Rumah Exco Seksyen 7 Shah Alam.
Merekalah yang sebenarnya yg telah merintis jalan perjuangan Pas yg penuh berliku dan penuh dgn pancaroba.

Program Halaqah Ramadhan.

Posted: 29 Jun 2014 06:37 PM PDT







Program Halaqah Ramadhan anjuran TV 9 yg diadakan di Masjid As Syariff Pekan Meru mendapat sambutan yg cukup baik dari masyarakat Islam di Meru dan persekitarannya.
Peluang keemasan ini diambil oleh ahli ahli panel program tersebut utk memberi pencerahan yg berguna bagaimana para para sahabat menghayati puasa mereka yg sebenarnya dan kita sepatutnya mewarisi amalan mulia mereka ini sehingga nyawa berpisah dari badan insyaAllah.

Usrah gabungan muslimat.

Posted: 29 Jun 2014 06:34 PM PDT





YDP Pas Kawasan Kapar Yb Dr Rani dlm kelapangan masa yg ada diminta utk.memberi taujihat party dalam usrah gabungan muslimat.
Dalam usrah tersebut muslimat diberi peluang seluas-luasnya utk mengemukakan pelbagai soalan mengenai Pas, tahalluf siyasi dgn PR dan Pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan