Khamis, 24 Julai 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Jul 2014 01:22 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kontinjen Sukan Commonwealth Berarak Berpakaian @MAS Untuk Menghormati Tragedi #MH71

Posted: 23 Jul 2014 05:22 PM PDT




Agak sebak dan amat memilukan apabila kontinjen negara ke Sukan Commonwealth di Glasgow berpakaian rasmi pramugara dan pramugari MAS ketika berarak di acara pembukaan sukan berkenaan pagi tadi. Dengan didahului oleh pelumba basikal negara, Fatehah Mustapa sebagai pemegang bendera Jalur Gemilang yang diturunkan separuh tiang serta kontinjen negara amat segak di dalam perarakan berkenaan. 6 orang 3 lelaki dan 3 perempuan berpakaian seragam penerbangan MAS diikiuti dengan barisan wira dan wirawati Negara berpakaian lengkap baju Melayu dan baju kurung kebangsaan.

Selain berpakaian lengkap seragam pramugara dan pramugari MAS, mereka juga turut memakai lilitan hitam di lengan sebagai menghormati tragedi berkenaan. Kontinjen negara mendapat tepukan dan sorakan hangat tanda sokongan daripada penonton-penonton yang membanjiri stadium berkenaan. Perasmian Sukan Komanwel, Glasgow yang cukup istimewa. Majlis yang dihadiri Queen Elizabeth berhenti dan bertafakur seketika untuk mengingati MH17. Ratu skuasy negara, Nicol David, diberi penghormatan membawa bendera Sukan Komanwel mewakili benua Asia. Semoga permulaan yang baik ini akan menjadi pemangkin kepada prestasi yang cemerlang dari Team Malaysia. Malaysia Boleh!

Apa Yang Tersirat

Posted: 24 Jul 2014 01:19 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Israel Seronok Bunuh Orang Arab-Tun Dr Mahathir

Posted: 24 Jul 2014 07:38 AM PDT

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyembelihan golongan Arab di Semenanjung Gaza oleh tentera Yahudi Zionis menunjukkan golongan itu masih belum mengambil iktibar dari pengalaman getir semasa ditindas Nazi Jerman.

Malah, golongan tersebut bertindak lebih teruk daripada Nazi Jerman, kata Mahathir yang mengutuk kekejaman terbaru rejim Zionis di semenanjung Gaza sejak minggu lalu.

"Ketika Yahudi dianiaya oleh Nazi di Jerman mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Namun penderitaan itu tidak menjadikan mereka memahami betapa siksanya penderitaan itu.

"Sebaliknya, mereka bertindak lebih teruk daripada Nazi, tidak mempedulikan langsung penderitaan dan pembunuhan yang dilakukan pada pihak lain," katanya dalam tulisan terbarunya di blog.

Mahathir berkata, golongan Yahudi itu tidak menghamburkan kemarahan mereka ke atas Jerman dan Eropah tetapi sebaliknya menyerang golongan Arab.

"Tetapi mereka sangat bijak. Membunuh orang Arab lebih mudah dan lebih menyeronokkan," katanya.

Mahathir turut mengutuk golongan Yahudi yang menurutnya bongkak dan penuh dengan tanggapan bahawa mereka lebih baik dari orang lain.

"Orang Yahudi mendakwa mereka adalah golongan yang dipilih oleh Tuhan," katanya yang mendakwa golongan tersebut masih percaya demikian selepas melalui pelbagai bentuk penindasan oleh kumpulan Kristian Eropah.

Bekas perdana menteri itu turut membangkitkan bahawa orang Yahudi juga tergolong dalam kumpulan semitik, seperti orang Arab, namun percaya bahawa hanya mereka tergolong dalam kumpulan tersebut.

"Mereka menuduh semua orang bersikap anti-Semitik jika mereka mengkritik Yahudi atau menuduh mereka membuat apa-apa kesilapan.

"Apa saja yang mereka lakukan, betapa teruk sekalipun jenayah itu, mereka akan menuduh orang yang mengkritik mereka sebagai anti-Semitik.

"Dalam dunia bebas ini, kita boleh menuduh apa-apa sahaja ke atas sesiapa sahaja dan ia akan diterima kerana dianggap sebahagian kebebasan bersuara. Namun, Yahudi langsung tidak boleh dikritik tanpa pengkritik itu dilabel sebagai anti-Semitik.

"Dan banyak negara Eropah menyokong pandangan ini sehingga memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

"Jelas sekali orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai orang yang istimewa hingga berhak mengatasi kutukan atau kritikan," katanya.

Mahathir seterusnya menyenaraikan tindakan kekejaman Israel ke atas Palestin, termasuk pengeboman sekolah dan hospital.

"Nampaknya, mesej yang cuba disampaikan kepada dunia adalah Israel dan warga Israel adalah suci dan sesiapa yang bertindak ke atas mereka akan menerima pada, seratus kali lebih teruk daripada apa yang dialami orang Israel.

"Kesemua perkara yang dilakukan Israel ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, moral, dan hak asasi. Mereka adalah penjenayah dalam kesemua undang-undang dunia bertamadun.

"Tetapi Yahudi Israel melakukan perkara ini tanpa hukuman. Mereka ada seluruh Amerika Syarikat dan Eropah berdiri di belakang mereka. Mereka adalah orang yang dipilih Tuhan dan mengatasi semua undang-undang, kanun moral, atau nilai kemanusiaan," katanya.

Mahathir berkata Israel "raksasa" ciptaan Eropah dan Amerika Syarikat yang menurutnya tidak lagi peduli dengan kemusnahan yang dilakukannya.

"Mereka terus menyokong Israel walaupun orang Israel melakukan penghapusan kaum, membunuh semua orang Arab. Ini adalah cara mereka untuk mendapat keadilan atas layanan ke atas orang Yahudi sebelum ini," katanya

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Jul 2014 11:22 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Semakin kalut , mahasewel belaan PKR pulak tak puas hati tukar MB Selangor

Posted: 24 Jul 2014 03:33 AM PDT



Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak agar tidak menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Datk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebelum mendapat keputusan suara rakyat negeri itu.

Ketua Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Safwan Anang berkata, satu referendum perlu dilaksanakan dengan mengemukakan sebab utama mengapa Menteri Besar negeri tersebut perlu di tukar kepada Presiden parti untuk Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami (Lensa) menyarankan agar dijalankan sebuah referendum rakyat Selangor bagi menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri itu yang sedang berlaku.

"Secara khususnya, pandangan rakyat Selangor harus diambil kira samada mereka bersetuju atau tidak menteri besar di tukar dengan yang baru," katanya pada sidang media di Bangsar sebentar tadi.

Jelas Safwan, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus dengan keputusan untuk menukar Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah tanpa pandangan rakyat Selangor tidak mustahil ia akan menerima nasib yang sama seperti Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah pada satu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Lensa turut mempertikaikan 17 asas perjuangan politik PKR yang ingin membentuk sebuah pemerintahan demokratik serta prinsip perjuangan PR yang dilihat sudah lari dari persimpangan sebenar.

"Demokrasi yang dicanang pemimpin pemimpin pembangkang ini tidak berbeza seperti demokrasi yang dilaungkan oleh pemimpin kerajaan persektuan selama ini.

"Jika Kerajaan Negeri PR terus menerus dengan corak pentadbiran begini maka rakyat boleh melupakan impian untuk menikmati sebuah demokrasi baru dibawah pentadbiran pembangkang," katanya.

Pada Selasa yang lalu selepas Mesyuarat Majlis Pempinan Pusat (MPP) PKR Anwar telah mengumumkan cadangan nama pengganti Khalid adalah Wan Azizah.

Walubagaimanapun Khalid Ibrahim dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya beliau akan kekal mempertahankan jawatnnya itu sehingga habis penggal.

KPN BERI AMARAN JANGAN SEBARKAN MAKLUMAT @PDRMsia PILIH KASIH SIASAT KES

Posted: 23 Jul 2014 07:06 PM PDT






A Piece of My Mind

Posted: 24 Jul 2014 11:20 AM PDT

A Piece of My Mind


Punish PKR, not just Khalid

Posted: 24 Jul 2014 06:11 AM PDT

When I read the Open Letter by Stephen Ng - "Look at the bigger picture, Tan Sri Khalid" on 23 July, I felt that he was not presenting the whole picture to you on Tan Sri Khalid Ibrahim and the politics in Selangor.

Here's one.

In a war of words with Nathaniel Tan recently, Rafizi Ramli tweeted "@rafiziramli: For everyone's record, @natasasi was employed by MB Office on vague contract re media/social media etc. Not surprising 4 all his defence".



Today, Nathaniel Tan is one of the loudest supporters of Khalid Ibrahim.

I don't know what else is shady but as we all know, the deeper you dig, the darker it gets. YB Hannah Yeoh cannot afford to hide and be quiet anymore. SELCAT must act fast or lose credibility.

The other camp in Selangor PKR has its own share of issues also. Look at the facts.

  1. PKR's De Facto Leader is Anwar Ibrahim and his wife Dr Wan Azizah is the Party President. Their daughter is the Vice President of PKR.

  2. Former ADUN Kajang Lee Chin Cheh stepped down for greater good of Pakatan Rakyat but appeared in the candidates sheet in the ongoing PKR Party Elections

  3. PKR's Election began in late April 2014 and till today we have not seen or heard who has won the race to be Deputy President, Vice Presidents and Supreme Council members. (FYI, Indonesia's Presidential Election began on 9th July and on 22nd July, Joko Widodo was announced as the new President)

  4. PKR Supreme Council endorsed Dr Wan Azizah as the new Selangor MB, the wife of Selangor's Economic Advisor

This is no doubt a mockery of our democracy. By now, supporters of Pakatan Rakyat should all be asking this question - is this the party that we know and voted for?

It is still fresh in our memories during the Kajang Move when Rafizi wrote in his blog:

  1. We need radical approach to solving the traffic woes, the pace of affordable public housing has to pick up

  2. There is a need for more rigorous forward planning of water resources in Selangor

  3. We can do better especially with regards to cleanliness and livelihood of the people. We have the potential to be a model state with least potholes in densely populated areas.

Clearly, Pakatan Rakyat is giving Khalid Ibrahim an "F" for his performance as MB with recent issues like KIDEX, water and the BM Bible, just a year after the 13th General Election. His value was downgraded to "junk" when the Pakatan Rakyat leaders begin to blame it all on one individual – Khalid Ibrahim.

But is this the sole responsibility and failure of one man - Khalid Ibrahim? Are we talking about the Selangor State Government which Anwar has been a member of since 2009? And does anyone expect the State Government to perform better with Dr Wan Azizah?

It is just shameful for anyone to even allow PKR to be involved in politics anymore.

This is the time when we say enough is enough. Selangor must call for fresh State Elections. PKR must be punished for poor governance and the prostitution of democracy.

bumiyang

Posted: 24 Jul 2014 03:16 AM PDT

tunku

Posted: 24 Jul 2014 03:03 AM PDT

tunku


#MH17: DPM postpones Pagoh Hari Raya (EID) open house.

Posted: 24 Jul 2014 02:09 AM PDT

The Hari Raya open house organised by the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in Pagoh has been postponed as a mark of respect for the victims, families and friends of MH17.
 
The gathering was originally scheduled for the second day of Syawal, July 29, at Kompleks Sri Pekembar, Pagoh, Johor.

The new date for the open house will be announced at a later time.

The move follows the Malaysian Cabinet's decision to cancel the Cabinet Ministers' Open House at Sri Perdana on the first day of Syawal,

The National level Hari Raya Open House to be held at Dataran Rembau on Aug 17 has also been cancelled.

#MH17: Hari Raya (EID) open house at Sri Perdana cancelled

Posted: 24 Jul 2014 12:18 AM PDT

The Cabinet Ministers' Hari Raya open house at Seri Perdana has been cancelled as mark of respect to the victims of flight MH17 and their families.

The open house is traditionally held on the first day of Syawal.

It is learnt that the decision to call off the event was made at the Cabinet meeting on Thursday.

It is also learnt that the National level Hari Raya Open House to be held at Dataran Rembau on Aug 17 had too been cancelled.

An official announcement on the matter is expected to be made later on Thursday.

Selangor MB crisis: State PAS Youth reiterates support for Khalid

Posted: 23 Jul 2014 10:04 PM PDT


Selangor PAS Youth has reiterated its support for Tan Sri Khalid Ibrahim to continue as Selangor Mentri Besar and urged PKR not to gamble away Selangorians' trust in Pakatan Rakyat.

In a statement on Thursday morning, its youth chief Syarhan Humaizi Abdul Halim concurred with Selangor Pas Commissioner Iskandar Samad who was against PKR's decision to replace Khalid with PKR president and Kajang assemblyman Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"This shows the maturity and responsibility of Selangor Pas to make sure the state administration is stable while taking into account that the main focus of Pakatan is the rakyat (people)," he said.

Syarhan Humaizi added that no one could deny the excellence of Khalid in administrating the state that led to Pakatan's victory in the last general election.

"Any move to replace the Mentri Besar has to be done carefully with the mutual agreement of Pakatan. It also has to take into account the sentiment of every party involved in regards with the state's enactment including the palace," he said.

"Trying to justify that the move will stabilise PKR is not the best excuse in gambling away the rakyat's trust in Pakatan in Selangor and the country."

Syarhan Humaizi also reminded those in the "movement" to oust Khalid not to be hasty as it could be a move that could prove to be "penny wise but pound foolish".

I'll work till I'm no longer MB, Khalid assures Selangor Sultan

Posted: 23 Jul 2014 01:50 PM PDT

Tan Sri Khalid Ibrahim has assured the Selangor Sultan that he will continue to work hard until he is no longer the state Mentri Besar.

"What matters most to the Sultan (Sharafuddin Idris Shah) is the responsible and trustworthy administration of the state, and I told him that I would work until I am no longer Mentri Besar," said Khalid.

Khalid spoke to the media after accompanying the Sultan for the breaking of fast at the Kampung Assam Jawa mosque here on Wednesday night.

Asked if he would step down if the PKR leadership told him to, Khalid said Selangor enactments had to be followed.

On Tuesday, Khalid had said that while he respected the party's decision for him to be replaced by Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, he stressed that "proper steps" had to be taken, in accordance with the state constitution.

Khalid said he would continue to lead the state until official procedures to unseat him were followed.
He was reported saying, "I respect the political decision of  PKR in fielding party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as the candidate for Mentri Besar".

"However, I strictly stand by the state constitution which stipulates specific procedures for the appointment or replacement of the Mentri Besar," said Khalid.

#MH17: Malaysia will give its all to recover victims' remains, says Liow

Posted: 23 Jul 2014 10:00 AM PDT

All available resources of the Malaysian Government and Malaysia Airlines will be dedicated to the recovery of the remaining human remains at the crash site of flight MH17, Datuk Seri Liow Tiong Lai said.

"We urge the search to continue for those who are still missing and pledge to exhaust all efforts to recover all human remains," the Transport Minister said in a statement Wednesday.

Liow added that while it was a relief that the process of identification of bodies can finally begin now they have been brought to the Netherlands, those whose remains have not been found should not be forgotten.

"In the meantime, our priority is to support those who share a common grief while working closely with all governments, international organisations and responsible parties to help guarantee a full and thorough investigation is undertaken," he said.

Liow also said that Malaysia would join the international community to discover the truth behind the incident, not only to help the families to find a closure, but also to prevent such atrocities from happening again and to bring those responsible to justice.

"Our goal now is to unite those who have perished with their families and loved ones as fast as possible while allowing investigators to continue their work at the crash site," he said.

Liow also thanked Dutch Prime Minister Mark Rutte and the government for their support and collaboration in this difficult time.

In an exclusive interview with The Star earlier, Liow said it would be a very tough challenge bringing back the remains of Malaysian victims before Hari Raya, despite the disaster victim identification (DVI) team working as hard as they could.

"We will work hard, we will try our best, but if some of the remains need DNA tests, it will be difficult.

"This is also a detailed investigation which we cannot compromise on because we want to find out the truth," he said.

Liow said he hoped the first batch of bodies could be sent home before Hari Raya, but admitted it would be a very tough challenge because there are just two days left before Friday.
Nine Malaysian DVI experts will assist with the multinational identification process.

#MH17: Two planes with victims' remain arrive in the Netherlands

Posted: 23 Jul 2014 07:37 AM PDT


Two planes, a Dutch army C-130 and an Australian military C-7, carrying 40 bodies arrived at Eindhoven airbase in the Netherlands.

Malaysian Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, Dutch King Willem-Alexander, Queen Maxima, Prime Minister Mark Rutte, bereaved relatives and representatives of the other nations that lost citizens on the flight met the planes.

The arrival of the planes was met with a trumpet salute and a minute's silence.
All church bells in the Netherlands will ring at 1355 GMT (11.55pm Malaysia) in respect for the deceased.

Kembara Politik

Posted: 23 Jul 2014 11:39 PM PDT

Kembara Politik


MB SELANGOR : PAS + UMNO + KHALID BOLEH WUJUDKAN KERAJAAN CAMPURAN YANG STABIL

Posted: 23 Jul 2014 09:00 PM PDT

Kemelut MB masuk fasa baru setelah Dr Wan Azizah telah dinamakan sebagai pengganti Khalid Ibrahim oleh DS Anwar Ibrahim. Perlantikan Wan Azizah dikatakan tidak dipersetujui oleh parti PR yang lain. Pesuruhjaya PAS selangor telah membuat kenyataan yang PAS tidak pernah berstuju perlantikan wan azizah. DAP masih lagi berdiam diri. Khalid Ibrahim pula lantang menyatakan beliau tidak akan berundur dari jawatan MB ini. Khalid Ibrahim dikatakan disokong oleh beberapa ADUN PKR, PAS juga menyatakan sokong Khalid terus menjadi MB. Disebabkan kemaruk kuasa oleh pemimpin PKR terutama DSAI, mereka telah mendahului Sultan selangor dan perlantikan MB. Khabarnya Sultan Selangor juga menyokong Khalid terus menjadi MB sehingga PRU akan datang.

Apa yang berlaku sekarang sebenarnya adalah disebabkan sikap tamakkan kuasa. Sekiranya jawatan MB bertukar tangan, ia akan menghentikan projek loji air langat 2 (projek kerajaan persekutuan). Ini akan memberi masalah kepada Kerajaan persekutuan dan akan merencatkan ekonomi Malaysia
kerana masalah air. UMNO mungkin boleh memainkan peranan dalam membentuk kerajaan campuran di Selangor. UMNO boleh menawarkan kerjasama dengan PAS dan Khalid Ibrahim (beserta ADUN yang menyokongnya) untuk membentuk kerajaan campuran. Mereka boleh membuat tawaran dalam kerajaan campuran ini Khalid terus menjadi MB selangor dan PAS boleh laksanakan hukum hudud (kerana UMNO telah menyatakan sokongan dalam hudud) dan UMNO boleh berada dalam kerajaan Selangor kembali. BN mempunyai 12 kerusi, PAS 15 dan Khalid 1 dan Faekah (sokong khalid) 1 kerusi. Gabungan ini membolehkan mereka mendapat jumlah kerusi paling banyak dalan DUN selangor dan membolehkan untuk menukar kerajaan negeri. Pada pendapat penulis ini adalah "win-win situation", semua pihak mendapat manfaatnya, dan yang paling utama kestabilan politik dapat dipulihkan di Selangor dan hubungan kerajaan negeri dan pusat akan bertambah baik. Ini akan memberi manfaat yang baik kepada rakyat Selangor.

Penulis berharap gabungan ini dapat menjadi kenyataan. Gabungan ini akan meningkatkan imej PAS dan UMNO di mata rakyat selangor yang berbangsa Melayu. Bagaimanapun PAS akan di kritik hebat oleh kaum cina (kaum yang memenangkan PAS di Selangor). Beranikah PAS untuk melakukan ini demi islam dan rakyat selangor? Bagi Khalid dan ADUN yang menyokongnya, ini merupakan penggal terakhir mereka dalam politik PKR kerena selepas ini mereka sudah pasti akan di cantas oleh DSAI. 

Tunggu dan lihat sahaja bagaimana kemelut ini akan berakhir. kemelut antara "orang yang buat kerja VS orang yang gila kuasa"

Belantan

Posted: 23 Jul 2014 11:37 PM PDT

Belantan


#MH17: Kad ucapan Hari Raya di lokasi nahas?

Posted: 23 Jul 2014 04:10 AM PDT


Tak dapat dipastikan daripada siapa dan untuk siapa, tetapi kad ucapan Hari Raya yang ditemui di lokasi nahas MH17, boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa sebak.

Kad ucapan yang masih dalam keadaan baik ini ditemui oleh anggota puak pemberontak. Ketika wartawan The Star membuat liputan di lokasi nahas, dia ditemui anggota pemberontak berkenaan. Sebaik mengetahui wartawan tersebut dari Malaysia, dia menyerahkan kad yang beralamat Malaysia itu kepada wartawan terbabit dan meminta agar kad itu diserahkan kepada penerimanya.

Kad ucapan pengganti diri walau diri tak dapat bersama di Hari Raya. Pastinya kad ini akan menjadi kenangan terakhir yang memilukan buat si penerima. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Suara Politik
Belantan

Malaysia Kutuk Insiden Tembak Jatuh Pesawat MH17!

Posted: 23 Jul 2014 01:49 AM PDT


Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dan ganas oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine, minggu lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kecewa dan marah apabila kawasan tragedi itu tidak dihormati sebagai kawasan larangan, selain kelewatan mengendalikan mayat mangsa kejadian itu.

"Namun demikian, buat masa ini kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti benar-benar sahih diperoleh," katanya ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Najib berkata Malaysia juga menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia supaya mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat dalam kes-kes seumpama itu sebelum ini.

"Tambahan pula, menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas," tegasnya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk pada Khamis lepas.

Najib berkata selain mengalu-alukan siasatan oleh badan bebas antarabangsa, Malaysia juga mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan mengenai punca tragedi yang menimpa pesawat MH17 dapat diselesaikan.

"Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Perdana Menteri menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah menerima secara sebulat suara resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke kawasan kejadian, selain menghentikan serta-merta semua kegiatan ketenteraan di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji tragedi itu dengan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan Malaysia ambil kelak adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Beliau bagaimanapun turut menarik perhatian bahawa persetujuan yang dicapai dengan Alexander Borodai, ketua wilayah lokasi MH17 terhempas, mengenai akses pasukan penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan nahas dan jaminan keselamatan mereka, masih belum tercapai sepenuhnya.

Dalam pada itu, Najib turut menggariskan beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera mengenai insiden itu termasuk sama ada ia benar-benar ditembak dengan peluru berpandu, dalang di sebaliknya dan motif yang sebenarnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa tragedi itu dan keluarga mereka.

"Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di media sosial menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih," katanya.

Najib mengulangi pendiriannya bahawa pergolakan geopolitik tidak menguntungkan sesiapa, malah hanya menyebabkan manusia semakin menderita kerana kehilangan orang tersayang.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada keluarga mangsa tragedi MH17 bahawa kerajaan akan terus menuntut keadilan dan tidak akan berhenti mencari kebenaran walaupun berdepan kesukaran dan kepayahan.

"Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan.

"Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung," katanya.

Najib menyifatkan tragedi MH17 seumpama pembunuhan beramai-ramai dan menuntut pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang serta ketua-ketua parti yang lain, kerana turut mengutuk insiden itu.- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 23 Jul 2014 11:34 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Pembentangan Usul PM @NajibRazak Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS MH17 Di Parlimen Semalam

Posted: 23 Jul 2014 10:22 PM PDT

KUALA LUMPUR - Berikut teks penuh Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada Rabu:
  
Tuan Yang Dipertua,
  
1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.
  
2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.
  
3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.
  
4. Dalam tempoh kurang dua jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.
  
5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.
  
6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.
  
7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengah hari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah dua orang bayi.
  
8. Pihak Malaysia Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
  
Pernyataan Takziah dan Belasungkawa

Tuan Yang Dipertua,
  
9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.
  
10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.

11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni Jalur Gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
  
12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.

Fakta-Fakta Mustahak

Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.
  
14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
  
Belanda   - 192 orang
Malaysia  - 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia - 27 orang
Indonesia - 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom - 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman    - 4 orang
Belgium   - 4 orang
Filipina  - 3 orang
Amerika   - 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada    - 1 orang
New Zealand - 1 orang
  
Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan tiga bayi yang tidak berdosa.
  
Tuan Yang Dipertua,

15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.
  
16. Sebagai contoh, 15 daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.
  
17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan daripada Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara timur Ukraine setiap hari. Malah, dua hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan daripada pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.
  
18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.
  
19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).
  
20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.

21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.

Tuntutan dan Gesaan Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di timur Ukraine.
  
23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadab dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.
  
24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.
  
25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:
  
Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk memastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.
  
Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.
  
26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.
  
27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.

Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.
  
29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.
  
30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

31. Berkait dengan itu, pada Jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.
  
32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telahpun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.
  
33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.
  
Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan

34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.
  
35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, "sometimes we must work quitely in the service of a better outcome" yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.
  
36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.
  
37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:
  
i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki kereta api, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang Syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.
  
ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.
  
iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.

Solidariti dan Perpaduan

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya-Allah.

39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.
  
40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.

41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.
  
42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman.
Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.

Penutup

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.
  
44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?
  
45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.
  
46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.
  
47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?
  
48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.
  
49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.
  
50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.
  
51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan disini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.
  
52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.
  
53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang Dipertua,

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.
  
55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir Ramadan al-Mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.
  
Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
  
Sekian, terima kasih.


 - Bernama

Mari Doakan Mazidul Akmal Yang Telah Diserang Stroke

Posted: 23 Jul 2014 09:38 PM PDT

Photo: Kengkwn... jom sama2 kita doakan kesihatan kepada sahabat kita, Mazidul Akmal Sidek yg sakit kena stroke... Menurut sumber... separuh tempurung kepala dh kena buang... Moga2 Mazidul terus tabah & kembali pulih seperti sedia kala...  In Shaa Allah, Aamiin... Aamiin Ya Robbal Alamin...


Semoga beliau lekas sembuh....Amin

#Repost : Tips Buat 'Air Cond' Dengan Kos Sangat Murah Atasi Musim Panas

Posted: 23 Jul 2014 09:30 PM PDT



'home made air conditioner" @ air cond buatan sendiri :)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman..
Apa khabar anda semua? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi Nya ini. InshaAllah..

Okay, kali ini saya ingin berkongsi tentang cara menghasilkan "home made air conditioner" atau aircond buatan sendiri, hehe..

Di sebabkan cuaca yang agak panas sekarang, ia telah mendorong saya dibantu oleh adik saya untuk menghasilkan kipas ber 'air cond'. Tujuannya tidak lain ialah untuk mendapatkan hembusan angin sejuk seolah olah dihembus oleh angin yang datang dari kipas air cond.

Lagi pun idea ini telah banyak dihasilkan oleh kebanyakan masyarakat di merata tempat di luar negara. Cuba google atau layari youtube dan taip "home made air conditioner".

Cara kerjanya mudah saja iaitu apabila kita onkan pam akuarium, ia akan mengepam air dari dalam bekas ke 'clear hose pipe' dan seterusnya ke tiub kuprum sebelum air itu akan kembali semula ke dalam bekas air. Apabila ais diletakkan di dalam bekas, maka air yang mengalir akan menjadi sejuk seterusnya menyejukkan tiub kuprum. Apabila kipas angin dionkan, ia akan menghembuskan angin sejuk melalui tiub kuprum yang dillingkarkan di depan penutup kipas itu tadi.

Mula-mula kita sediakan bahan2 yang diperlukan, antaranya ialah :

- Kipas angin berdiri (senang nak bawa ke sana ke mari),
- Copper tube @ tiub kuprum saiz 1/4" (untuk kerja2 air cond dan peti sejuk),
- Clear hose pipe,
- Cable tie,
- Bekas (untuk letak air + ais),
- pam akuarium,
- alat tangan seperti playar, cutter dsb.

- Copper tube @ tiub kuprum,

























- Clear hose pipe,






















- Cable ties,



















- pam akuarium,






- Okay, langkah pertama kita lilitkan tiub kuprum tadi mengikut saiz penutup kipas yang akan dipasang nanti.











- Kemudian, letakkan 'cable ties' untuk mengikat tiub kuprum ke penutup kipas.



- Sambungkan 'clear hose pipe' pada ke dua hujung tiub kuprum tadi. Satu untuk air masuk dan satu lagi untuk air keluar.







- Sambungkan 'clear hose pipe' tadi ke pam akuarium dan masukkan air ke dalam bekas.











- Seterusnya masukkan ketulan ais bagi membantu menyejukkan air di dalam bekas yang mana air sejuk ini akan mengalir ke dalam tiub kuprum lalu tiub kuprum yang sejuk tadi akan ditiup oleh kipas angin.










- Sedia untuk diuji.





- Oleh kerana apabila sejuk, tiub kuprum ini akan berpeluh maka air akan menitik ke bawah, jadi plastik terpaksa digunakan untuk melapik punatekan kipas.



- Nah sekarang, anda boleh merasai hembusan angin sejuk daripada kipas ini. :)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
wai bee, Ogos 2013, Keratong 7, Muadzam Shah..


Kenyataan Media KPN @PDRMsia TS Khalid @KBAB51 Tohmahan Liar Terhadap Polis Pinggir Kes Melayu cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Posted: 23 Jul 2014 03:46 AM PDT

Mohon sebarkan

Rusia Dedah Imej Satelit Bongkar Dalang Tembak #MH17 @MAS

Posted: 23 Jul 2014 12:23 AM PDT



Sumber: Pena Minang

Oleh : Cz Fab -Kelindan Lori cum Office Boy-

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tengok ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa memang terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia sekarang dah jadi kambing, kita semua kambing, sebab negara telah dikambinghitam untuk kepentingan kuasa-kuasa besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar-gambar ni adalah milik Ukraine.


Gambar 1:

1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.


Gambar 2, 3 dan 4:

1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.
2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.

Akhir kata: Terasa seperti di ambang WW3.






Video : 

Klik Sini Jika Anda Mahu Saksikan Secara Langsung Sidang Parlimen Melalui @Youtube

Posted: 22 Jul 2014 11:52 PM PDT



Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 23 Jul 2014 11:34 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Edisi Seram : Bila 'Jin' Gila Bersuara.

Posted: 23 Jul 2014 10:17 PM PDT



*Suka hati bapak dia je nak pas kat laki bini.

Apa Kata Macai : Kotak Hitam Ke Kotak Oren?

Posted: 23 Jul 2014 07:54 PM PDT

Apa pendapat pembaca?


*Ada jugak pak pandir di zaman wikipedia ni ek.

#PRAYFORGAZA: 29 TENTERA YAHUDI DAH MAMPOS, 150 LAGI CEDERA PARAH.

Posted: 23 Jul 2014 02:26 AM PDT


Takbir...sehingga berita ini ditulis sudah 29 tentera Yahudi Zionis Israel (IDF) telah terbunuh, seorang hilang dikhuatiri terbunuh dan lebih 150 lagi cedera parah dalam operasi pencerobohan tentera Yahudi di Semenanjung Gaza (Operation Protective Edge).

Foto-foto diatas adalah sebahagian dari tentera yahudi IDF yang terbunuh di tangan para pejuang Palestine.

Akibat tidak mampu bertahan dalam peperangan di daratan, pihak IDF telah menambah lagi 2,000 askar tambahan kebanyakkannya askar-askar muda yang tidak terlatih dan takut mati.

Kebanyakkan kadet-kadet muda tersebut memegang dwi-kewarganegaraan iaitu ramai dari Amerika Syarikat, Perancis dan Russia. 

Tentera-tentera Yahudi dari negara-negara lain termasuk dari Singapura (SDF) juga dikhabarkan akan dihantar ke Israel dalam masa terdekat membantu IDF selain mempelajari perang taktikal memerangi pejuang Palestine. (Eemmmm selain itu untuk apa yer???)

SDF dilatih oleh IDF...takkan takde wakil yang tak pergi Gaza kot? 

Heran juga mengapa IDF memerlukan tentera tambahan sedangkan mereka lengkap bersenjata moden?

Ternyata tentera Yahudi hanya berani jika menyerang dari jarak jauh menggunakan kereta kebal dan pelbagai artileri serta serangan udara atau laut. Tapi mereka amat takut jika berhadapan dengan tentera muslimin Briged Al Qassam dan Briged Saraya Al Quds yang menjadi pahlawan-pahlawan syahid di Gaza.  

Jabatan Negara Amerika dan Pihak Berkuasa Penerbangan Antarabangsa (FAA) telah mengeluarkan amaran larangan terbang kepada semua kapal terbang ke Ben Gurion Airport di Tel Aviv, Israel. 

Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Lufthansa, Germanwing, Austrian Airlines, Swiss Air, KLM dan Air France telah membatalkan penerbangan ke Israel dan sebaliknya.

Pihak Israel juga menghadapi masalah kekurangan darah di hospital-hospital bagi merawat rakyatnya yang tercedera. Ramai terpaksa berlindung di kubu-kubu bawah tanah akibat serangan bertubi tentera Al Qassam dan Saraya Al Quds.

Berikut adalah di antara 30 tentera Yahudi laknatullah yang terkorban sepanjang operasi mereka mengempur Gaza di bulan Ramadhan ini;
  • 1st Lt. Natan Cohen, 23
  • Staff Sgt Eitan Barak, 20
  • 1st Staff Sgt. Jordan Bensemhoun, 22
  • Major Amotz Greenberg, 45
  • Sgt Adev Barsano, 21
  • Lt. Bar Ranav, 21
  • Sgt. Nissim Sean Carmeli, 21
  • Sgt. Max Steinberg, 24
  • Capt. Dmitri Levitas, 26
  • Sgt. First Class (FC) Oded Ben Siva, 22
  • Staff Sgt. Jordan Ben Simon, 22
  • 1st Lt.Yuval Heiman,21
  • Sgt Major Beinisian Kasahun, 39
  • Cadet Naval Goldmacher, 23
  • Staff Sgt. Tal Yifrach, 21
  • Lt Col. Dolev Kidar, 38
  • Staff Sgt Yuval Dagon, 22
  • Sgt FC Sean Mondscein, 19
  • Sgt FC Oren Simch Noach, 22
  • Sgt Ben Itzhak Oanounou, 19
  • Sgt Daniel Pomerontz, 19
  • Sgt. Shachar Tase, 20
  • Sgt Major Omed Shemesh, 27
  • Staff Sgt. Aviter Monshe Torjamin, 20
  • Staff Sgt Eviyatar Turgeman, 20

Kematian Lt Col Dolev Kidar, 38 tahun amat mengejutkan IDF. Beliau adalah antara tentera terbaik dan senior dalam IDF
1st Sgt Daniel Pomerontz, 19 tahun terkorban meninggalkan aweknya yang seksi
Sgt Ben Itzhak Oanounou, 19 tahun; anak keluarga berada yang manja dipaksa jadi tentera IDF
Sgt Oron Shoul, 21 tahun tentera IDF yang masih hilang dan merungsingkan Israel

Sengaja kami dedahkan senarai nama bangkai-bangkai ini supaya kita mengambil ikhtibar bahawa perjuangan suci umat Palestine tidak sia-sia dan sentiasa dibantu oleh Allah swt. Israel tak kuat mana pun.

Sesungguhnya doa-doa kita di setiap malam di Ramadhan ini sentiasa mengiringi perjuangan suci rakyat Palestine.

Justeru teruskan sumbangan kita pada Tabung-Tabung Kemanusiaan Gaza. 

Rakyat Palestine kini mengharapkan doa-doa kita semua.

Mereka juga mengharapkan agar ada negara-negara Islam yang dapat membantu persenjataan mereka kerana pada mereka hanya senjata dan darah sahaja yang dapat mengembalikan maruah mereka. 

Bagi mereka hidup mulia mati syahid.

Apa komen Anwar dan DAP melihat askar-askar yahudi ini mati bergelimpangan???

Panas! Imam Besar Baca Doa Bersama-sama Sami dan Paderi Di Pulau Pinang?

Posted: 23 Jul 2014 12:29 AM PDT


Pendedahan yang dibuat oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdu Hamid Mohamad dalam blog beliau (http://www.tunabdulhamid.my).
Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukann agama Islam sebagai agama Perekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, do'a dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?

Sumber : http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/726-mempertahankan-prlembagaan-sebagai-asas-perpaduan-negara

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Besar Pulau Pinang.

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy (kanan) mengesahkan bahawa ia telah berlaku pada bulan Februari semasa majlis pecah tanah Persatuan India Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan bahawa majlis itu adalah upacara membabitkan pelbagai agama kerana masyarakat India yang menjadi ahli persatuan itu datangnya dari pelbagai latar belakang agama - ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Sikh - yang menghadiri majlis pecah tanah itu.

Pihak persatuan itu, kata Ramasamy, mahu  memastikan majlis itu membabitkan semua orang dari pelbagai agama, termasuk ahli persatuan itu yang beragama Islam.

"Bagi saya, majlis seperti itu seharusnya dipuji kerana ia mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya kerana ia adalah salah satu perkara yang terbaik yang telah berlaku," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/269616

Persoalannya, adakah agama Islam telah disama taraf dengan agama lain di Pulau Pinang? Tidakkah kedudukan agama Islam telah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan?
Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Apa kata Parti Islam Se-Malaysia sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam hal ini?


The Unspinners

Posted: 23 Jul 2014 11:20 PM PDT

The Unspinners


IGP siasat!!! Sim Kwang Yung anak taukeh judi tak tidor lokap ketika reman?

Posted: 23 Jul 2014 10:00 PM PDT


IGP Tan Sri Khalid baru membuat kenyataan memberi amaran bahwa sesiapa yang mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman dan menghasut di sosial media boleh di siasat dan dakwa.




Hari itu, tersebar seorang wanita bernama Sim Kwang Yung di Tawau mengeluarkan kata-kata rasis yang mana menghina pilot MAS MH 17 berbangsa Melayu. Dia juga turut menghina Islam dan orang Melayu di tempat setempatnya.

Pribumi Sabah ngaku diri Melayu?

Kononnya dia tak ngaku FB itu kepunyaannya lalu membuat laporan polis. Seorang Datok yang terkenal sebagai conman peniipu konon nak cover line.


Lalu Unspinners dedahkan Dato ini dan bapak Sim Kwang Yung yang merupakan sebagai taukeh judi haram di tawau. Baca SINI

Kini tersebar di Tawau bahwa Sim hanya datang ke balai untuk siasatan tapi tidak ditahan reman seperti tertera dalam laporan akhbar. Dia datang ke balai untuk disiasat tapi tidak ditahan reman 7 hari seperti dilaporkan akhbar.

Ada saksi memberi tahu Unspinners dan ianya sudah jadi bualan satu Tawau bahawa Sim kelihatan pulang ke rumah dan dipercayai tidor di rumah malam sebelum laporan akhbar itu keluar.

Hal ini serius. Samada polis beri kenyataan palsu atau akbar laporan palsu untuk menutup mata orang ramai.

Oleh sebab hal ini besar dan penting selari dengan amaran IGP, pihak Bukit Aman perlu buat siasatan. Sementang bapak SIm itu taukeh judi, nanti timbul salah persepsi IPD Tawau melindungi judi haram dan ikut arahan taukeh judi haram.

Oh ya ... siasat sekali Dato Sulu penipu Jeffrey Rosman kerana bersekongkol nak cover line dengan menipu.





FB Asrul Samad buat spin bebal tahap budak fail SRP

Posted: 23 Jul 2014 08:43 PM PDT


Cuba google SINI. Warna apa tu black box flight recorder?

Ada pula FB penyokong pembangkang kata rakyat kena tipu?


Rakyat kena tipu atau penulis FB tak baca buku? SRP dulu pass tak?

Baik pencenlah dari nak jadi pejuang siber. Siber buangan boleh lah ... kah kah kah ki ki ki ha ha ha hi hi hi ....

Pemuda UMNO, Perkasa tersilap perkataan lalu diputarbelit media Britain

Posted: 23 Jul 2014 07:00 PM PDT


Pendirian kerajaan adalah untuk tidak menuduh sesiapa sehingga melalui proses siasatan, perundingan dan mahkamah antarabangsa. Mengapa Pemuda tuduh dahulu?

Malah Perkasa pun tersikap bahasa ...


Ukraine dituduh bertanggungjawab dan Rusia dituduh diam kerana bersalah. Padahal pendirian kerajaan adalah tidak menuduh mana-mana pihak.

Pemisah Ukraine yang dipercayai disokong Rusia begitu berkerajsama dan sedia menyerahkan blackbox dan mayat serta terbuka keapda penyiasat antarabangsa.

Rusia juga sudah memberi kenyataan dan bukti-bukti. Baca Anak Sungai Derhaka SINI

Belah Ukraine turut dituntut bukti kerana tape yang diguna untuk tuduh hanya seminit dua. Mana lagi satu dua jam yang lain???

Harap paham dan tahu implikasi setiap perkataan dan ayat yang diguna dalam undang-undang antarabangsa.


Sementara itu, CNN sudah tidak lagi beri liputan kepada MH17 dan amerika sudah mula senyap dari membuat tuduhan melulu. ...

Kenapa ye?

Kenapa Mat Sabu, gajian DAP yang persetujui untuk PAS?

Posted: 23 Jul 2014 10:22 AM PDT


Menurut perkelilingan Utara News, Anwar Ibrahim terbukti berbohong apabila membuat kenyataan bahawa PAS dan DAP telah memberikan persetujuan bagi melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Salehen Mukhyi, PAS masih mengiktiraf
Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar negeri itu dan tidak pernah menyatakan persetujuan untuk Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar.

Ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sedang gila kuasa dan mahu menjadi diktator didalam Pakatan Rakyat.

Adakah kenyataan berikut akan meredekan spekulasi?

--------------------------------

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT SETUJU ISTERI ANWAR IBRAHIM MB SELANGOR

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail isteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN dan hak milik eksklusif Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

 --------------------------------


Menurut sumber dari PKR, terdapat khabar yang mengatakan Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN Selangor jika beliau dipaksa meletakkan jawatan Menteri Besar selepas hari raya puasa ini.

Sumber berkenaan turut menjelaskan bahawa Khalid tidak akan teragak-agak berbuat demikian seandainya Anwar Ibrahim terus berkeras untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru di negeri Selangor.

Hmmm ....

Satu dunia kagum tapi Rafizi juga tak terfikir ....siapa lagi sama bebal?

Posted: 23 Jul 2014 02:00 AM PDT


Satu dunia kagum dengan Dato Najib dan New York Times yang dikuasai Yahudi boleh nyatakan kekaguman terhadap Malaysia, tapi ada seorang rakyat Malaysia masih bebal cuba menafikan.


Dia ingat ini macam projek ambil sampah yang kerajaan Selangor kasi pada kroni-kroni politik.


Pasti ada ramai rakyat malaysia yang tidak membaca bagaimana CNN sudah konar dan Amerika yang sebelum iini bising boleh tersengap.

Malaysia tak perlu nak suap untuk dapatkan kumpulan pemisah bekerjasama. Ini baru permulaan dan banyak lagi kejutan dan kehebatan Dato Najib dalam mengurus hal ini dan Malaysia akan lagi terserlah hingga timbul rasa bangga terhadap Malaysia.

Tunggu lah ....

Tapi banyak dari orang Malaysia hati diselubungi hasad dengki, syak dan waham sentiasa. Otak tak boleh fikir dengan sempurna. Benda jelas pun tak boleh nampak?

Pemisah itu nak terus berjuang untuk bahagian negeri dia dan tuduhan melulu dari semua pihak hanya akan memberi tekanan terhadapnya. Kalau dia tak buat, mestilah dia sedia kerjasama.

Ha ... ada faham kenapa CNN konar termalu dan amerika terdiam sengap????

Satu lagi ....


Apa pasal bebal sangat? Pasal boss bebal????????

Baca Pena Minang SINI

Yang masih tak boleh nampak dan perangai macam lembu India tu elok contohi ostrich untuk gali lubang dan masukkan kepala dalam lubang tu!!!!

Hehehe ... Anwar rupanya yang sama bebal.

oyabun

Posted: 23 Jul 2014 11:14 PM PDT

oyabun


Surat BIADAP Khalid Samad, Sultan Enggan Terima Mengadap?

Posted: 23 Jul 2014 01:17 AM PDT


KERANA SURAT BIADAP.. SULTAN SELANGOR ENGGAN TERIMA KHALID SAMAD MENGADAP.

Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.

Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.

"Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

"Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku," katanya kepada media hari ini.


Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.

Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.

Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.

AGENDAILY 21/7/2014.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 23 Jul 2014 11:10 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Takut Dengan Al-Qassam, Askar israel Terkencing Dalam Seluar...

Posted: 23 Jul 2014 07:00 PM PDT


Tak lah hebat mane pun askar israel nie, punya la takut mereka dengan komando Al-Qassam, sampaikan ada askar israel yang terkencing dalam seluar ketika bertempur...

Hahaha.... patutlah anwar beria-ia nak jaga keselamatan negara israel, pasal rupanya askar-askar israel nie, dia punya pengecut pun boleh tahan juga....

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 23 Jul 2014 09:29 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Wartawan Wall Street Journal Ini Sengaja Buat Rakyat Malaysia Marah Bila Membuat Liputan Tentang #MH17

Posted: 23 Jul 2014 07:36 PM PDT



Bukti Kebodohan Macai Pakatan Rakyat Tentang Nahas #MH17

Posted: 23 Jul 2014 02:42 PM PDT

Kejahilan Nurul Izzah Tentang #MH17 Ditegur

Posted: 23 Jul 2014 05:44 AM PDT

Datuk Seri @NajibRazak Hubungi Jokowi

Posted: 23 Jul 2014 03:41 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak menghubungi Joko Widodo (Jokowi) yang dipilih sebagai Presiden baharu Indonesia, di bangunan Parlimen hari ini.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Jokowi atas kemenangannya itu. Najib kemudiannya turut menghubungi Jusuf Kalla yang dipilih sebagai Naib Presiden republik itu.

Memorandum Penuh Pemuda UMNO Mengenai Nahas #MH17 #PrayForMH17

Posted: 23 Jul 2014 01:00 AM PDT






#MH17 What Happens When The Plane Will Crash? Mother's Regret Over His Son Crash Fear

Posted: 23 Jul 2014 12:00 AM PDT




 The mother of two brothers killed in the MH17 plane crash has spoken of her regret at not taking her youngest son's fears over the flight seriously.

Ten-year-old Miguel Calehr died alongside his older brother Shaka, 19, when the Malaysia Airlines jet came down in Ukraine, close to the border with Russia, last Thursday.

The pair were on their way to Bali for a fun-filled holiday with their grandmother.

Their middle brother Mika, 16, was supposed to be on the flight too, but it was fully booked, and he had to take a seat on a later plane.

At Amsterdam's Schiphol airport just hours before the ill-fated flight took off, bound for Kuala Lumpur, Samira Calehr says Miguel was nervous.

"After entering the passport [line], he came back to me and said 'Mama, I love you. I'm happy to see Oma [grandma], but I'm going to miss you, and what happens when the plane will crash?'

"I said 'Come on, don't be silly, you've been traveling already so many times. Everything's going to be OK.'

It was the sort of pre-flight fear many travelers will be familiar with, brushed off by a casual remark parents all over the world are used to making.

But single mom Calehr says she now wishes she'd paid more attention to his worries: "If I could just turn back time. I didn't listen to him. I don't know, I have no words to say..."

Still stunned by the tragedy which has overtaken her family, she pleads: "Why didn't they take my life? They are still young, they still have a future. Why? Why the children? Why not me?"

Samira's brother Harun told CNN his nephew Mika was being "very brave" -- like his mother and grandmother.

"It comes in waves," he explained. "One minute they're completely distraught and inconsolable, and the other minute they're smiling and reminiscing and talking about the fun things that the boys did: the good things, the fun times, the memories."

Harun said the boys were good students, "they worked hard, they were honest, they were fun to be around." Above all, he said, "they were such a blessing to my sister... they were a joy to her, and the reason for her being."

The boys' grandmother, Yasmine Calehr, said the family was heartbroken: "Everybody is crying, everybody is losing something that belonged to them, but we feel like we have lost ourselves as well."

Harun said they were now focused on ensuring the boys' remains are repatriated to the Netherlands, where they can be given a proper farewell.

"As devastating as this process has been, we would like to have a grave, something to put into a grave... some remains or possibly the bodies intact to come home," he said.

Sole surviving brother Mika Calehr says he has lost his "best friends" but insists the bond he has with Miguel and Shaka will go on beyond the grave.

"It feels like they're already one with me now, " he said. "They're my best friends, they're my brothers, and I feel like they're going to watch over me forever."

Mayat Mangsa #MH17 Sudah Diterbangkan Ke Amsterdam #PrayForMH17

Posted: 22 Jul 2014 11:30 PM PDT


Teks Penuh Usul Tentang Nahas #MH17 Yang Dibentang Dato Seri @NajibRazak

Posted: 22 Jul 2014 10:53 PM PDT

PEMBENTANGAN USUL MENGENAI TRAGEDI MALANG YANG MENIMPA PESAWAT MAS, MH17 PADA 17 JULAI 2014, DI BAWAH PERATURAN 27(3), PERATURAN-PERATURAN MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Muqaddimah

Tuan Yang Dipertua,

1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.

2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.

3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.

4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.

5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.

6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.

7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Pernyataan Takziah dan Belasungkawa

Tuan Yang Dipertua,


9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.

10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.

11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.

Fakta-Fakta Mustahak

Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.

14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang
Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang

Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.
Tuntutan dan Gesaan Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.

23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.

24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.

25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:

Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.

Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.

26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.

27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.
Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.

29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.

30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.

32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan

34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.


35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, "sometimes we must work quietly in the service of a better outcome" yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.

36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.

37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:

i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.

ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.

iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.
Solidariti dan Perpaduan

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.

39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.

40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.

41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.

42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.
Penutup

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.

44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?

45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.

46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.

47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?

48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.

49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.

50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.

51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.

52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.

53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.
Tuan Yang Dipertua,

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.

55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.

​Sekian, terima kasih.

Dato Seri @NajibRazak Diberi Sokongan Oleh Rakyat Di Luar Parlimen #MH17 #PrayForMH17

Posted: 22 Jul 2014 09:54 PM PDT



PenangWasabi

Posted: 23 Jul 2014 09:24 PM PDT

PenangWasabi


MH17: Najib akhirnya jadi 'hero Malaya'!

Posted: 23 Jul 2014 01:28 AM PDT


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukanlah pemimpin paling popular di kalangan rakyat. Biarpun memegang tampuk kepimpinan negara, tetapi semua orang tahu yang Najib mempunyai satu golongan pemerhati yang hanya menanti masa untuk menghentam beliau. Kontroversi yang memalit beliau dan cara kepimpinannya, biarpun tiada kesahihannya, menjadikan Najib mangsa provokasi dan kritikan mereka yang tidak berpuas hati dengan beliau.

Ketika Malaysia dilanda bencana kehilangan pesawat MH370 4 bulan lepas, sekali lagi Najib menjadi mangsa penilaian masyarakat. Beliau dikritik lepas tangan apabila kelibatnya jarang dilihat dalam sidang akhbar, malah beliau dilihat tidak mempunyai idea proaktif untuk sekurang-kurangnya berhadapan dengan kritikan masyarakat dunia. Kenyataan "pesawat berakhir di Lautan Hindi" langsung tak membantu.

Kredibiliti Najib semakin dipersoal. Malah ketika sebuah feri penumpang tenggelam di Korea, Najib juga menjadi mangsa. Ramai yang mengeluarkan kata-kata seperti "Feri karam, Presiden Korea letak jawatan. PM kita masih relax, siap boleh selfie dengan Obama".

Tragedi MH17 memberi signifikan penting dalam suasana konflik politik antarabangsa. Tetapi di Malaysia, salah satu hikmah yang boleh dilihat adalah populariti Najib sebagai PM naik mendadak. Dan ia berlaku atas sebab yang munasabah.

Tatkala pemimpin kuasa dunia yang lain menyalahkan Russia dan presidennya, Vladimir Putin, Malaysia melalui Najib, mengambil pendekatan neutral. Biarpun kebanyakan mangsa bukan warga Malaysia, namun Malaysia punya hak paling besar untuk 'mengamuk', kerana pesawat tersebut milik Malaysia, kerugian dan reputasi buruk terpaksa ditanggung negara kita. Tetapi bukan itu yang berlaku.

Mungkin juga kerana sedar betapa kerdil Malaysia di mata sebuah negara seperti Russia, lantas Malaysia dilihat ramai seolah-olah mengunci mulut. Suara-suara pemimpin dunia mula kedengaran, menyelar Putin dan Russia agar memberi kerjasama. Dan suara Malaysia, akhirnya kedengaran di celah-celah keriuhan itu.

Bukan sebagai major voice, tetapi ianya jauh lebih meyakinkan dan hasilnya, kumpulan pemberontak setuju menyerahkan kotak hitam kepada Malaysia. Hanya kepada Malaysia dan tidak kepada negara lain. Malah pasukan penyiasat yang sebelum ini diberikan ruang yang terhad untuk melakukan siasatan, mula diberi kebebasan untuk meneruskan kerja-kerja siasatan.

Ia terjadi selepas Najib sendiri menghubungi dan berbincang dengan pemimpin puak pemisah Ukraine, Alexander Borodai.

Najib membuktikan lebih baik jadi ubi yang berisi, daripada jadi besi yang kukuh tetapi berkarat.

Akhbar New York Times sendiri memuji cara Najib sebagai 'silent diplomatic' yang disifatkan sebagai sangat berkesan. Pemimpin pembangkang juga tidak ketinggalan meluahkan kekaguman dengan tindakan yang diambil Najib.

Bukan senang nak dapat approval rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia memang terkenal sebagai golongan manusia yang kritikal. Pantang silap sikit, bersedialah untuk tadah telinga dan makan maki hamun rakyat.

Secara peribadi, penulis percaya kejayaan Perdana Menteri memujuk puak pemisah tidak berlaku dalam masa semalaman. Ini adalah hasil keberkesanan hubungan diplomatik dan antarabangsa yang diamalkan Malaysia sejak hampir 60 tahun yang lalu. Ia dibina dengan reputasi yang kukuh, seperti penglibatan Malaysia dalam membantu krisis negara-negara luar seperti Palestin, Kemboja dan Bosnia. Keaktifan Malaysia dalam organisasi seperti NAM (Non Aligned Movement) dan usaha Malaysia dalam memastikan hubungan baik dengan Russia, AS dan China kini menampakkan hasil. Dan terbaru, prinsip neutralisasi Malaysia dalam menangani isu MH17, membawa keyakinan kepada pihak pemberontak betapa Malaysia boleh dipercayai.

Kini, dengan reputasi yang meningkat, rakyat sedang memerhati dengan teliti setiap tindak tanduk Najib selepas ini. Expectation is high, dan rakyat tentu mahu melihat beliau mampu mengambil langkah yang lebih baik dalam menangani isu politik tempatan. Dan kali ini, beliau perlu konsisten kerana seperti yang telah disebutkan tadi, Malaysians can be very hard to impress.

Ini tanggungjawab baru yang perlu dilangsaikan Najib, jika mahu terus jadi hero di hati rakyat Malaysia.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 23 Jul 2014 09:22 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


LAKNATULLAH ZIONIS TAK SEKUAT MANA.

Posted: 23 Jul 2014 09:26 AM PDT

SEBENARNYA NUAR NAK MEDIA TUMPU DIA DAN BUKAN NAJIB.

Posted: 23 Jul 2014 03:07 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 23 Jul 2014 03:06 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pesawat TransAsia Airways Terhempas, 51 Dikhuatiri Terbunuh

Posted: 23 Jul 2014 02:30 PM PDT

TAIPEI: Seramai 51 dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas pada Rabu ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan, menurut laporan agensi berita Taiwan.

Agensi berita CNA berkata, pesawat enjin berkembar turboprip ATR 72 itu terhempas di luar lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan.

Ia berkata, pesawat GE 222 berlepas dari Kaohsiung, bandar kedua terbesar Taiwan pada pukul 5 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Magong, 35 minit kemudian.

Magong terletak di Pulau Penghu di Taiwan. -usatoday.com

Anggota muatnaik status berbaur perkauman ditukar serta-merta - KPN

Posted: 23 Jul 2014 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya memaklumkan seorang anggota polis yang memuat naik status 'paria' telah diambil tindakan tukar serta merta.

Khalid juga memaklumkan, seorang wanita yang memuatnaik status menghina agama, akan turut disiasat.

Sebelum ini, seorang anggota polis dikatakan memberi komen di laman sosial Facebook terhadap isu kuil yang disifatkan menyinggung orang India dengan panggilan 'paria'.

Sementara itu, dalam kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khalid memaklumkan tindakan membuat, mewujud, berkongsi dan memanjangkan maklumat-maklumat yang berbentuk fitnah serta berupaya memarakkan sensitiviti perkauman dan keagamaan, dilihat semakin menjadi-jadi di media sosial.

"Terkini ialah sebaran maklumat berniat jahat yang cuba mencabar kredibiliti kerajaan dan memperlekehkan tindakan PDRM dengan membandingkan bentuk tindakan yang diambil ke atas kes-kes yang melibatkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya, Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam yang dipukul lelaki Cina kerana terlibat dalam kes cubaan ragut dan Alvin Jye Lee kerana isu berbuka puasa dengan bak kut teh.

"Apa yang cuba dibayangkan ialah kerajaan dan PDRM bersikap mementingkan kaum tertentu," jelasnya.

Ujar Khalid, pihaknya ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil ke atas setiap siasatan adalah berbeza antara satu dengan yang lain dan bergantung kepada berbagai aspek siasatan termasuklah dari aspek teknikal yang memakan masa.

"Dalam kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, siasatan dapat dijalankan dengan cepat kerana kerjasama diberikan dengan menyerah diri kepada polis dan mengaku kesalahannya.

"Sementara dalam kes Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam, lelaki yang dirakam sedang menendangnya masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan polis," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, PDRM turut meminta mana-mana anggota masyarakat yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden tersebut untuk menghubungi pihaknya bagi mempercepatkan proses siasatan.

Tambahnya, dalam kes Alvin Tan Jye Lee, siasatan polis telah selesai dan kes ini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Jelasnya, PDRM menjalankan tugas dan tanggungjawabnya berlandaskan prosedur serta undang-undang dan bukannya secara selektif atau atas kepentingan mana-mana kaum atau agama

"Polis ingin menasihati masyarakat agar berhati-hati dan berhemah dalam menggunakan media sosial untuk tujuan berinteraksi dan berkomunikasi.

"Pengguna harus bijak menilai setiap maklumat yang diterima dan tidak ghairah untuk berkongsinya dengan pihak ketiga kerana isu-isu yang sensitif berupaya memecah belahkan perpaduan kaum, menjejaskan ketenteraman awam dan mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.

Tegas Khalid, tindakan menyebar maklumat palsu boleh diambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan jumlah denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/anggota-muatnaik-status-berbaur-perkauman-ditukar-serta-merta-kpn-40549?cp

(Video) Wartawan BBC buat liputan Gaza diserang lelaki Israel

Posted: 23 Jul 2014 06:15 AM PDT

Seorang wartawan BBC siaran berita Bahasa Arab diserang oleh seorang penduduk Israel ketika sedang membuat liputan langsung mengenai ketegangan di Gaza pada Selasa. Kejadian berlaku di Ashkelon, kawasan dalam wilayah Israel yang terletak di utara Gaza.

Wartawan itu, Feras Khatib ketika itu memakai jaket kalis peluru yang tertulis 'Press' sebagai tanda beliau adalah seorang petugas media.

Penyerang itu bagaimanapun cepat-cepat ditolak ke tepi oleh seorang petugas media yang lain.

Jurucakap BBC Bahasa Arab dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Gulf News berkata penyerang itu meninggalkan lokasi selepas kejadian.

Wartawan itu juga dilaporkan tidak cedera dan meneruskan liputannya seperti biasa.
Sementara itu, pejabat stesen berita televisyen Al-Jazeera di Gaza diserang oleh tentera Israel pada Selasa. Mereka kemudian mengosongkan bangunan pejabat mereka itu.

Laporan media menyebut tentera Israel mengesahkan serangan itu tetapi mendakwanya "satu tembakan amaran".

Menteri Luar Israel, Avigdor Leiberman sebelum ini mengeluarkan amaran kepada Al-Jazeera dengan mendakwa laporan stesen berita itu memberi galakan kepada "keganasan".

Pemberontak tembak jatuh 2 jet pejuang Su-25 Ukraine

Posted: 23 Jul 2014 06:00 AM PDT

KIEV: Pemberontak pro-Russia hari ini menembak jatuh dua pesawat pejuang Ukraine hanya beberapa hari selepas pesawat Malaysia Airlines MH17 di tembak jatuh, menurut jurucakap tentera Ukraine.

"Dua jet pejuang Sukhoi Ukraine ditembak jatuh. Nasib juruterbang tidak diketahui," kata Oleksiy Dmytrashkivsky sambil menambah pesawat berkenaan ditembak jatuh kira-kira 25 kilometer dari kawasan MH17 terhempas.

Bagaimanapun, jurucakap tentera kedua menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh di lokasi berbeza.

Katanya, dua juruterbang berjaya menyelamatkan diri dengan payung terjun.

"Hari ini di selatan wilayah Lugansk berhampiran perkampungan Dmytrivka, pejuang pro-Russia menembak dua jet Su-25 dengan sistem peluru berpandu," kata Vladislav Seleznev. - AFP

'Sultan bukan ada kuasa tolak calon MB' - Aziz Bari

Posted: 23 Jul 2014 03:46 AM PDT

Sultan Selangor tidak berkuasa menolak apabila calon menteri besar yang dipilih parti majoriti kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut Aziz perkara sama berlaku di Sarawak apabila ketua menterinya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud digantikan Tan Sri Adenan Satem dan apabila Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

"Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal. Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," kata Aziz mengulas krisis pentadbiran Selangor dan kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

Aziz, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa dan kini dengan Universiti Selangor memberi komen keputusan PKR malam Isnin lalu di mana PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih tugas menteri besar.

Hari ini, pencalonan Wan Azizah dilaporkan telah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat dan perkara itu akan dibawa untuk perbincangan PAS dan DAP.

Menyundal ghairah malam Ramadan

Posted: 23 Jul 2014 01:01 AM PDT

GEORGETOWN - Polis menahan 10 wanita dan lima pondan yang disyaki terbabit aktiviti persundalan dalam operasi di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam operasi bermula 12 tengah malam itu, kumpulan wanita dan pondan terbabit yang berusia antara 20-an dan 30-an dilihat beraksi ghairah, dipercayai untuk memikat pelanggan.

"Apabila menyedari kehadiran polis mereka cuba melarikan diri bagaimanapun kawasan itu telah dikepung," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan dan boleh didakwa kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Beliau berkata, polis akan terus membuat pemantauan bagi membendung kegiatan pelacuran serta persundalan di negeri ini tanpa mengira lokasi sama ada di jalanan mahupun hotel mewah. - Bernama

Anak Tomok bakal muncul dalam rancangan Oprah Winfrey

Posted: 23 Jul 2014 12:28 AM PDT

Satu ketika, zuriat sulung kepada pelantun suara lagu Rindu Terhenti, Tomok pernah menjadi terkenal dek satu video yang kemudian menjadi viral.

Dan baru-baru ini, di laman instagram milik penyanyi itu, dia berkongsi pula satu emel tawaran oleh sebuah produksi antarabangsa untuk menggunakan video yang memaparkan anaknya itu, Arrian Shah Akid.

Bertemu dengan Tomok di sebuah majlis berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini, Tomok memberitahu emel tersebut datang daripada produksi rancangan bersiri Oprah Winfrey.

"Masa dapat emel tu, saya risau juga sebenarnya. Kemudian saya suruh adik saya periksa betul-betul tentang tawaran itu. Jika betul, Alhamdulillah... tetapi jika tidak jadi pun saya tidak kisah," katanya yang memberikan kuasa kepada adiknya untuk menguruskan perkara itu.

Pihak Tomok juga sudah berbalas emel dengan produksi tersebut tentang tujuan sebenar mereka mahu menggunakan salah satu visual yang memaparkan anak kecil itu.

"Perkara ini masih dalam perbincangan. Sebenarnya mereka nak pakai visual ketika majis aqiqah Arrian. Menurut pihak sana, mereka mahu menunjukkan budaya kita.

"Tapi mereka tidaklah mahu pakai keseluruhan visual tersebut, mungkin hanya untuk beberapa saat sahaja bagi menunjukkan budaya orang kita," jelasnya.

Memandangkan video tersebut diambil oleh adiknya, Tomok lebih selesa menyerahkan seluruh proses perbincangan itu kepada adiknya.

"Setakat ini, belum ada lagi bercakap tentang bayaran atau sebagainya," jelasnya.

Menjawab persoalan tentang penampilan anaknya, jelas Tomok, ia adalah untuk membantu mempromosikan budaya tempatan kita.

"Sebelum ini pun, saya tidak pernah membawa anak saya sesi penggambaran tapi yang ini adalah visual yang telah siap. Mereka hanya mahu gunakan sahaja, jadi tak banyak masalah pun," ujarnya.

Jelas Tomok, sejak berumahtangga, dia bersyukur kerana kehidupannya menjadi lebih tenang dan rezekinya semakin mencurah-curah.

"Dulu ada orang kata kalau dah berkahwin, populariti artis akan cepat jatuh. Sebenarnya pandangan itu tidak betul kerana apa yang penting niat kita untuk mencari rezeki dalam industri," jelasnya.

Dapat anak

Bercakap mengenai rezeki, Tomok melahirkan rasa bersyukur kerana raya tahun ini akan bertambah meriah apatah lagi mendapat perkhabaran yang isterinya sedang mengandung anak kedua.

"Saya dah jumpa doktor dan mungkin pertengahan bulan dua atau tiga, 2015 nanti adalah tarikh bersalin.

"Setakat ini, baru tiga minggu lebih mengandung. Alahan isteri sama sahaja macam tahun lepas, muntah-muntah dan alahan lain yang agak kuat juga.

"Itu yang kadang-kadang saya pun sekali terasa mual. Tapi kami dah bersedia, memang dah beli asam banyak-banyak untuk elak mual," jelasnya.

Menurut Tomok, untuk anak kedua itu, isterinya berharap mereka dikurniakan anak perempuan.

"Kalau boleh isteri kata dia mahukan anak perempuan, sedang elok, dapat sepasang. Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk melihat dia dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan sihat, apa jantina pun saya tidak ada masalah," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140723/hi_02/Bakal-tampil-dalam-siri-Oprah-Winfrey#ixzz38H45jdeb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Gadis dakwa dicabul tukang urut ketika meniarap

Posted: 22 Jul 2014 11:01 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
TRIANG - Polis sedang mencari seorang tukang urut lelaki yang dipercayai cuba mencabul kehormatan seorang pelanggannya semasa proses perubatan dijalankan.

Ketua Polis daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, mangsa seorang wanita berusia 19 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 4.20 petang kelmarin.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.30 petang semalam (kelmarin) semasa wanita terbabit mendapatkan rawatan di premis tersebut.

"Mangsa mendakwa tukang urut terbabit cuba mencabul kehormatannya semasa dia dalam keadaan meniarap dalam usaha untuk memulihkan kesakitan pada pinggangnya," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya masih belum menjumpai tukang urut itu selepas menerima laporan kerana lelaki itu dipercayai melarikan diri.

Difahamkan, premis yang menjalankan perkhidmatan perubatan tradisional itu memiliki lesen perniagaan sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda serta sebat atau kedua-duanya sekali.

Scha Alyahya selamat bersalin

Posted: 22 Jul 2014 10:43 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Julai - Pelakon, Scha Alyahya, 31, yang juga isteri kepada Awal Ashaari, 33, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram pada pukul 5.50 petang di Pusat Perubatan Prince Court, di sini semalam.

Awal menerusi laman Instagramnya pada pukul 11.40 pagi tadi telah memuat naik gambar yang menampakkan jarinya digenggam oleh bayi perempuannya dan turut memberitahu bahawa isteri serta anaknya berada dalam keadaan selamat.

``Terima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat yang tidak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami anak-beranak. Hanya Allah sahaja yang membalasnya,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

Setelah dicekup dalam keadaan mengaibkan di hotel...

Posted: 22 Jul 2014 10:01 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang masih berstatus 'suami orang' dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama pasangannya dalam keadaan mengaibkan di sebuah rumah tumpangan.

Manakala pasangannya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi dikenakan denda RM2,950 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman itu diputuskan selepas Rozali Mohd, 37, bersama pasangannya Che Noor Aziemah Che Zainal Abidin, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Rozali yang bekerja sebagai pemandu bersama pasangannya mengaku salah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Tok Jembal, di sini, jam 11.15 malam pada 2 April lalu.

Mengikut fakta kes, satu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah serta dibantu polis di rumah tumpangan berkenaan kira-kira jam 11.15 malam pada 2 April lalu.

Sebaik tiba, penguat kuasa bertindak mengetuk pintu bilik yang diduduki pasangan berkenaan dan pintu dibuka Rozali selepas beberapa kali salam diberikan.

Hasil pemeriksaan terdapat seorang wanita yang memakai singlet dan bertuala bersembunyi di dalam bilik air.

Soal siasat kemudian mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Khanurulhajja Mustaffa di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

#MH17 hidang arak: PKR kesal kenyataan Pemuda PAS Kedah

Posted: 22 Jul 2014 08:31 PM PDT

ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmad kesal dengan kenyataan Pemuda PAS Kedah yang mengaitkan tragedi MH17 dengan "unsur kemurkaan Allah" ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat.

Nik Nazmi - yang juga calon Ketua AMK - menganggap meskipun kenyataan Ketua Peneranganya Ahmad Tarmizi Sulaiman itu dibuat dengan niat yang baik, namun ia memberikan gambaran yang salah terhadap Islam.

"Tanpa mempertikaikan prinsip yang beliau utarakan, agama kita sentiasa menekankan bahawa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita diajar untuk redha menerima takdir termasuk musibah.

"Di dalam menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan – amar ma'aruf nahi munkar – sekalipun, kita patut melakukannya dengan hormat dan tertib apatah lagi pada saat satu tragedi besar dan mengejutkan.

"Ada masa dan tempat yang sesuai untuk semua perkara," katanya yang juga timbalan speaker DUN Selangor.

Dalam kenyataanya semalam, Ahmad Tarmizi berkata tragedi dan musibah yang berlaku itu menuntut kerajaan dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam pesawat MAS.

Malah, katanya hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

#MH17: Hishamuddin Rais puji Najib, pertikai kredibiliti Anwar

Posted: 22 Jul 2014 08:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdiplomasi dengan kumpulan pemisah Ukraine mendapat pujian ramai pihak.

Antaranya, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais yang sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Najib dan Barisan Nasional (BN).

"Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak," katanya dalam satu SMS kepada Astro AWANI.

Hishamuddin turut mengkritik kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.

"Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine memembak MH17. Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.

"Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?" katanya.

Pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian dari parti pembangkang DAP dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.

"DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hishamuddin-rais-puji-kejayaan-najib-40473?cp

Pasukan penyiasat Malaysia terima mayat mangsa #MH17

Posted: 22 Jul 2014 08:01 PM PDT

KHARKIV - UKRAINE. Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.

Kesemua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, jam 12 tengah hari (waktu tempatan).

Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, petugas media rasmi tidak dibenar memasuki kawasan operasi di mana mayat terbabit akan dikenal pasti dan dipindah daripada kereta api yang dilengkapi bilik penyejuk meskipun menunggu lebih enam jam sejak jam 6 pagi.

Seorang pegawai kerajaan Kharkiv berkata kesemua mayat itu dibawa ke pangkalan tentera sebelum dihantar balik ke negara asal.

Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak, lokasi pesawat itu terhempas.

Tapak kemalangan berhampiran Torez adalah kira-kira 300 kilometer dari Kharkiv.

Najib berkata mayat terbabit akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda bersama-sama anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia.

Mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan ke tanah air selepas selesai semua kerja forensik.

Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan. Sembilan pemberita turut menyertai mereka.

Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).

Semalam, pasukan itu turut menerima dua kotak hitam di Donetsk.

Susulan kejayaan mendapatkan mayat serta kotak hitam itu, pasukan penyiasat Malaysia akan memindahkan operasinya ke Belanda dan mereka akan berlepas ke Amsterdam malam ini.

Pesawat MAS Penerbangan MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine yang terletak berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Ia dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab menyebabkan nahas itu. - Bernama

Faekah sindir pencalonan Wan Azizah jadi MB?

Posted: 22 Jul 2014 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Julai - Status pada akaun Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Faekah Husin hari ini seolah-olah meluahkan reaksinya terhadap keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Faekah yakin segala perancangan pihak tertentu untuk mewujudkan suasana porak-peranda tidak akan berhasil sekiranya tidak diizinkan Allah SWT.

"Manusia boleh mencanai, mencorak dan memporak perandakan, namun bila Allah tak izin, Allah tak izinlah. Penghalang hanya penyebab," ujarnya.
Beliau juga seolah-olah menyindir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menulis status 'Ya Allah.. Kau peliharalah puasaku hari ini...' sebagai reaksi terhadap artikel bertajuk 'Langkah Kajang tepat, walau saya derita - Anwar' yang disiarkan blog Warga Marhaen di http://wargamarhaen.blogspot.com hari ini.

Lagi maksiat dalam masjid dirakam CCTV

Posted: 22 Jul 2014 07:01 PM PDT

KUANTAN - Seorang lelaki yang sedang leka mengail duit tabung di Masjid Jamek Beserah di sini kantoi apabila tindak-tanduknya sudah diperhatikan oleh imam dan bilal masjid itu melalui rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kelibat lelaki itu kelihatan memasuki masjid berkenaan sebelum menuju ke bahagian solat wanita.

Bilal masjid, Mohd Irfan Mohd Yusof berkata, ketika kejadian, dia bersama imam, Mohd Hasbi Zainun berada di dalam bilik imam dan memantau rakaman CCTV yang ada.

Menurutnya, melalui rakaman itu, dia melihat lelaki terbabit menggunakan dawai yang bergam untuk mengail duit tabung tersebut.

"Selepas beberapa minit melihat lelaki itu leka membuat kerja tidak bermoral itu, Mohd Hasbi bertindak keluar dari bilik dan menegur lelaki berkenaan.

"Bagaimana pun dia menafikan cuba mencuri duit tabung sebelum kami melihat dawai yang dipegangnya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Irfan berkata, itu merupakan kejadian keempat sepanjang Ramadan namun hanya semalam suspek berjaya ditangkap.

Katanya, mereka bersama empat lagi penduduk kampung sudah dari awal mengawal kawasan masjid kerana yakin suspek akan datang semula untuk mencuri.

"Sebelum ini, kami hanya melihat melalui rakaman CCTV kerana tidak berada di masjid ketika kejadian, tetapi malam semalam, kami memang rancang dari awal.

"Tak sangka dia sanggup mencuri duit tabung masjid terutama pada bulan puasa. Kami menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Beserah untuk siasatan," katanya.

Mohd Irfan berkata, sehubungan itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Beserah.

#MBSelangor: Khalid 'sekolahkan' puak-puak yang rakus kuasa

Posted: 22 Jul 2014 06:41 PM PDT

YAB Menteri Besar Selangor sudah mengeluarkan kenyataan.

Nampak gayanya tidak semudah itu Anwar Ibrahim mahu meletakkan orang rumahnya sebagai Menteri Besar.

Negeri Selangor bukan keluarga Anwar Ibrahim yang punya.

Kemelut #MBSelangor beri kesan ekonomi negeri

Posted: 22 Jul 2014 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR - Krisis kepemimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, bakal memberi kesan negatif kepada ekonomi negeri itu jika tidak ditangani dengan baik.

Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Hasan Harun berkata, akibat krisis itu juga negara akan turut menerima tempias secara tidak langsung memandangkan Selangor adalah cermin negara dalam sektor pelaburan dan perindustrian di negara ini.

"Ia akan memberi masalah pentadbiran kepada kerajaan negeri. Kepimpinan dari segi politik memang penting, tapi pemimpin pun perlu tahu mengenai pentadbiran ekonomi dan kena beri tumpuan sepenuhnya.

"Khalid selama ini terkenal dengan pentadbiran yang baik, malah ketika menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad sedangkan ramai yang melihat (Datin Seri) Wan Azizah hanya akan jadi boneka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (USM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata krisis berkenaan akan mengundang bencana kepada pakatan pembangkang di Selangor kerana sebilangan besar anggota PAS masih belum dapat menerima wanita sebagai pemimpin tertinggi dalam pentadbiran.

"Walaupun PAS setuju Khalid ditukar dengan Wan Azizah belum tentu ia akan berlaku kerana Khalid dah kata awal-awal beliau akan terus jadi menteri besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-14. Jadi nak tak nak pakatan pembangkang kena buat undi tak percaya pada Khalidlah.

"Selain itu, ia perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi sebarang pertukaran membabitkan jawatan tersebut," katanya.

Dalam masa yang sama, Kamarul Zaman berkata langkah yang diambil PKR berhubung keputusan mereka menukar menteri besar boleh dipersoalkan memandangkan parti itu mempunyai kuasa untuk mengarah Khalid menjalankan pentadbiran kerajaan negeri mengikut kehendak parti itu.

"Apa pembaharuan yang boleh Wan Azizah buat di Selangor dalam keadaan beliau langsung tiada pengalaman sebagai pentadbir kerajaan.

"Penggantian ini senang diperleceh sebagai 'marry-to-krasi' atau melantik Wan Azizah atas dasar isteri yang bertentangan dengan apa yang sering dilaksanakan iaitu meritokrasi atau demokrasi," katanya.

Semalam, PKR mencapai kata sepakat untuk memilih Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat atas kapasiti Wan Azizah yang dikatakan mampu menyelesaikan banyak perkara tertangguh di negeri itu.

Anwar dalam masa yang sama berkata perbincangan pelantikan menteri besar baharu masih dibincangkan dengan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan pihaknya tidak pernah memberi persetujuan kepada sekutunya untuk menggantikan Abdul Khalid dengan mana-mana pemimpin.

Iskandar berkata, setakat ini pihaknya belum membuat ketetapan rasmi atau tidak menerima sebarang maklumat daripada kepimpinan Pas Pusat mengenai persetujuan berkaitan usaha menukar menteri besar. - Bernama

Isu #MBSelangor: Zaman 'reformasi' Malaysia berakhir

Posted: 22 Jul 2014 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan isterinya merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mengundang pelbagai kritikan di media sosial.

‎Kebanyakan pendapat dilihat berbaur kritikan berkenaan isu nepotisme dan kronisme yang disifatkan menular dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Kebanyakan komen juga menggunakan #MBSelangor

Menurut sumber, ia termasuk di dalam kategori komen sinikal yang menganggap pengumuman jawatan MB kepada seorang isteri daripada suami bersifat terlalu 'kekeluargaaan'

‎"Kebanyakan mempertikaikan tokoh reformasi tersebut yang dipecat daripada kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 1998 berikutan kritikan beliau terhadap amalan korupsi, nepotisme dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara.

‎"Jika di Indonesia, hari ini adalah permulaan Zaman Orde Baru," katanya.

Pada Isnin, Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor yang baharu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu di ibu pejabat PKR.

Alasan Anwar, Wan Azizah merupakan pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Ketika ditanya apakah maklum balas kem Abdul Khalid terhadap kenyataan Anwar yang meminta MB itu memainkan peranannya bagi membantu pentadbiran Selangor, hanya ini katanya;

"‎Pukul 10 malam ini akan diadakan himpunan Solidariti Untuk Abdul Khalid di kediaman MB."

Keputusan Anwar pada Isnin menandakan khidmat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir dalam masa terdekat.

Selain itu, ia sekali gus menamatkan khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/isu-mb-selangor-zaman-reformasi-malaysia-berakhir-40458?cp

Ezany Kongsi Gambar Isteri Bersama ‘Skandal’ Di Facebook

Posted: 22 Jul 2014 05:01 PM PDT

Boleh dikatakan, kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas tersiar di akhbar utama dan turut dilaporkan Mynewshub semalam.

Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.

Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan 'kes' isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.

Hari ini sahaja, Ezany telah memuat naik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.
Fullscreen capture 7222014 104644 AMskandalbiniezany
Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.
bini ezany2
Tak dinafikan, memang hebat sungguh dugaan yang terpaksa ditempuh Ezany pada bulan mulia ini.

Namun diharapkan dia tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga.

Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan. – MYNEWSHUB.MY



Foto 4 suspek rogol beramai-ramai didedah untuk sebaran

Posted: 22 Jul 2014 04:31 PM PDT

KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

"Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

"Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin," katanya.
Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

"Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan," katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.

Foto Ngeri Lori Rempuh Dua Buah Kereta Di Plaza Tol Kesas

Posted: 22 Jul 2014 04:15 PM PDT

Selasa, 22 Julai – Satu kemalangan telah berlaku petang tadi di lebuhraya Kesas di Plaza Tol Sunway yang melibatkan sebuah loru dan dua kenderaan, Toyota Estima dan sebuah Proton yang menyebabkan kebakaran.

Insiden tersebut di tweet oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, yang menasihatkan pengguna mengelak daripada melalui lebuhraya Kesas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berpunca daripada lori.


Menurut The Star, jurucakap Kesas berkata "Pemandu lori tersebut mungkin hilang kawalan dan merempuh tol dan kedua-dua kereta. Pemandu lori melarikan diri dari tempat kejadian. Manakala kedua dua pemandu kereta berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk dan sudah pulih sekarang."

Pengguna internet dan laman sosial berkongsikan gambar kemalangan yang menyebabkan kesesakan di kedua dua belah laluan.
kesas-accident-fire-4
kesas-accident-fire-3
kesas-accident-fire-5
kesas-accident-fire-2
kesas-accident-fire
SUMBER: Paultan



Hospital Swasta Tak Berhati Perut, Biar Tiga Beranak Terlantar Tepi Jalan

Posted: 22 Jul 2014 04:00 PM PDT

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update.

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.

Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab.

Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah bukak hospital.

Sumber- SiakapKeli.com

Duke of UMNO

Posted: 23 Jul 2014 01:35 PM PDT

Duke of UMNO


ISRAEL LARI PAKAI "SPENDER" DIKEJAR ROKET HAMAS..??? KAH! KAH! KAHHHH..!!!

Posted: 23 Jul 2014 07:03 AM PDT

Hahahahahaaa... betul best! Sampai lari pakai "spender" jer? Teruk betul la rakyat Yahudi Israel ni... kena serang dengan roket-roket Hamas sampai macam tu sekali?

Saya ingat puak-puak Israel ni relaks-relaks ja kat rumah... rupanya kelam-kabut jugak la depa noooo... meniarap sana... meniarap sini... terjun sana... terjun sini..

Pernah dengar "Iron Dome"? 

 

Nampaknya pejuang Hamas kena beri perhatian sikit pasal Iron Dome ni... kan?

APA KE HALNYA MAHFUZ OMAQ NIHHH..? ISHHHH...!!!

Posted: 23 Jul 2014 02:17 AM PDT


Huk aloh Mahfuz... orang sibuk cuba selesaikan masalah... dia pulak sibuk nak berbahas kat parlimen.... adoi la Mahfuz weiii...

Sabar je la dengan pemimpin "kesayangan" PAS Kedah ni... patut pun ramai orang PAS Kedah malu dengan perangai dia... adehhhh...

Tapi tak semua la orang PAS yang malu dengan perangai Mahfuz ni... ada jugak la yang puji dia sebab kehebatan dia berpolitik macam "orang jual ubat kuat"... lagi pun siapa sangka tukang angkat beg kat airport boleh pakai blazzer sikat rambut tepi minyak penuh lepak gebang kosong kat Parlimen...kan? Heh!
  

Ni... cuba baca kat sini ni apa yang Mahfuz sibuk sangat tu...heh!

ABANG LONG RAFI TIBA-TIBA LEBIH GLEMER DARI ABANG LONG FADIL?

Posted: 23 Jul 2014 12:02 AM PDT

Gara-gara belasah budak tak puasa, Abang Long Rafi jadi glemer tiba-tiba di bulan Ramadhan... Hebat bebenor Abang Long Rafi kita ni... glemer abisss...

Tahniah la pada Abang Long Rafi... mungkin pada Abang Long kita ni, dia dah laksanakan "amar makruf nahi mungkar"... 

Ye ke macam tu? Tapi mungkin itu hanya untuk mereka-mereka yang fikir "depa saja betul". Kononnya "dia betulkan orang dengan tangan" laaa.. guna hadis Rasulullah untuk halalkan perbuatannya?



Abang Long... saya respect Abang Long...Abang Long memang kuat. Niat tu dah elok dah.. nak cegah kemungkaran...kan?

Okay..okay... 

Tapi yang tak berapa nak betul tu ialah KAEDAH... Kaedah Abang Long tu tak berapa nak betul pada pandangan saya... Maksud saya, cara Abang Long buat tu tak berapa kena... patutnya Abang Long tak pukul budak tu sampai teruk berdarah-darah macam tu...

Mungkin pada Abang Long kita tu, bila dah belasah budak-budak tu, maka akan selesai masalah. Selesai ke? Budak-budak tu boleh terima ke? Esoknya lepas kena belasah tu diorang puasa tak? 

Cukup la sekadar pelempang sedas dua saja... tak perlu la sampai berdarah-darah macam tu... 

Saya lebih setuju dengan cadangan di sini... kita orang Islam, kan? Bak pesan arwah Ustaz Azizan dulu, "ikut cara Islam" la Abang Long...boleh?

Errr... boleh tegur ke Abang Long kita ni? Jangan la pukul saya pulak lepas ni... adehhhh... peace Abang Long! Peace..!

ADA LAGI YANG MALAS NAK AKUI NAJIB BRILLIANT..?

Posted: 22 Jul 2014 09:35 PM PDT


Kalau baca di sini, ramai yang puji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tak terkejut jika satu dunia puji Najib. Hakikat sifat Najib yang terer tu memang dah lama diketahui... kalau tidak, takkan la Tun M angkat dia dulu..kan?

Ramai yang kata Najib brilliant sebab berjaya settle 3 perkara penting dalam menyelesaikan tragedi MH17. Baru sekarang korang nak sedar?

Hakikat Najib brilliant tu dah lama disedari. Sebelum Najib jadi MB Pahang lagi, ramai yang nampak ketokohan Najib sebagai pemimpin. Lepas dididik Tun M, Najib makin sharp... makin hebat. Tapi biasa laa... bila dah menyinar tu, ramai la yang jelessss...kan?


Antara yang jeles seperti kita maklum laa... Anwar Berahim laaa... siapa lagi, kan? Tu dah obvious sangat la tahap jelesnya... Manakan tidak? Allah lebih memilih Najib jadi PM berbanding dia.. 

Dulu, Anwar dah sebelah kaki dok kat kerusi PM, tapi Allah tarik balik... Najib pulak senang-senang je jadi PM.. tak payah lobi bertanding lawan Pak Lah untuk jadi Presiden UMNO pun...heh! Anwar Berahim lawan Tun M...kan? Heh! Ditimpa tulah kerana derhaka pada mentor...

Sebelum ni jugak, ada la beberapa pihak yang kononnya sokong PM.. sokong UMNO...sokong BN... Tapi boleh dikatakan setiap minggu hentam tindakan PM dan Kerajaan. Isteri PM pun dia hentam. Terpengaruh dengan propaganda Red Bean ke apa, itu saya tak tahu la...

Tapi bila Najib buat sesuatu yang diiktiraf brilliant macam ni, dia langsung tak kata apa. Puji pun tidak, kritik pun tidak. Apa yang dia tahu, dia pertikai itu dan ini.... macam tu ke adil dalam penulisan?

Come on la bro... Kit Siang anak beranak puji PM... kerajaan dari negara-negara maju pun puji PM... tapi "dia" tahu kritik dan hentam PM saja? Heh! Rasional dan matang la sikit bila jadi penganalisis politik ni...kan? Tak rugged la cam tu...heh!

Tapi lantak la kan... brader tu bukannya kena mengena dengan saya pun. Lantak dia la nak puji PM ke.. nak hentam PM ke... tapi at least kita semua dapat nampak la dia punya intention... kononnya sokong PM.. heh! 

Cuma saya cadangkan, jangan la pandang rendah kat blogger yang tulis bahasa Melayu... saya faham la brader pandai cakap omputih..belajar tinggi... obersea bagai... kami ni mengaji takat darjah 5 Anggur saja... tapi kami juga ada maruah diri... at least kami sayangkan bahasa Melayu...heh!

Saya tak mau la sebut siapa... sebagai blogger, saya hormat dia dan saya rasa saya perlu jaga maruah dia. Saya kenal dia dan mungkin dia tak kenal saya.. maklum la... "kasta" kami mungkin berbeza... bukannya layan sangat pun kasta rendah macam kami nihhh... 

Seperkara lagi, jangan fikir blogger berbahasa Melayu ni semuanya haprak, bodoh dan serba tidak tahu. Ada di kalangan kami yang lebih fluent berbahasa Inggeris... cakap je nak pakai slang apa.. UK? US? Utopia? Heh! Cuma mungkin kami lebih memilih untuk menulis dalam Bahasa Melayu... bodoh ke kalau tulis dalam bahasa Melayu ni?

Anyway, tak semua blogger berbahasa Inggeris ni bersifat seperti yang saya kata tu. Hanya seorang dua saja...selebihnya semua okay-okay belaka. Terus terang, saya hormat semua rakan-rakan blogger.. tak kira la english ke tak english... yang pentingnya ialah hormat la yang lain dan jangan suka hina atau gaduh...

Kesimpulannya, jangan jadi macam Anwar Berahim... peratikan sifat-sifat buruk yang ada pada Anwar dan jangan jadi macam dia... ambik sikap yang baik-baik je... sama-sama la kita mencetus dunia blogging yang sihat... blogging pun ibadah jugak...kan? Semuanya bergantung pada niat.... nak hadis ke? heh!  


MEGAMALL GUNA LAMBANG ISRAEL SEMPENA PROMOSI AIDILFITRI..!

Posted: 22 Jul 2014 07:34 PM PDT

Saya tak tahu berapa lama pihak pengurusan Pacific Megamall kat Perai tu tinggal di Malaysia. Saya juga tak tahu sama ada depa warganegara Malaysia atau warganegara asing... 

Tapi yang peliknya, depa tak tahu nak bezakan antara bintang "Star of David" dengan bintang "Rub Al-Hizb".

"Star of David" tu dah jelas sangat lambang Israel... Terpampang kat bendera Israel tu kan? 

 

"Rub Al-Hizb" tu pulak sering digunakan dalam kesenian Islam.. contohnya, kat dalam khat-khat Islam dan juga diaplikasi dalam seni bina berkonsepkan Islam macam bangunan Dayabumi tu...

Tapi Pacific Megamall kat Perai tu guna "Star of David" untuk dijadikan hiasan sempena Hari Raya umat Islam? Hari Raya Fitrah? Apa ke buta sangat ke sampai tak check sebelum dibuat hiasan?

Cucu Tok Selampit

Posted: 23 Jul 2014 01:25 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Apa DS @NajibRazak Dan TS @MuhyiddinYassin Buat Di Tempat Duduk Pembangkang Di Parlimen?

Posted: 23 Jul 2014 03:54 AM PDT




Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kedua-duanya kelihatan berjalan ke bangku sebelah pihak pembangkang di dalam Parlimen hari ini dan berjabat tangan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selepas usul mengenai MH17 sebulat suara diluluskan di Parlimen! 

Walaupun terdapat beberapa kejadian kecil yang mencacatkan perbahasan dewan, namun semangat solidariti yang ditunjukkan oleh semua pihak terutama barisan Ahli Parlimen pembangkang amat CTS puji. Inilah semangat yang kita perlukan untuk membawa Malaysia untuk terus maju ke hadapan. 

Ditambah dengan tindakan terpuji DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin yang merendah diri untuk pergi bersalaman dan bertegur sapa dengan lawan politik mereka benar-benar mempamerkan jiwa negarawan di dalam diri kedua-dua pemimpin berkenaan. Kudos!

Apa Yang Tersirat

Posted: 23 Jul 2014 01:20 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Siapa Pembunuh Kartini Borhan?

Posted: 23 Jul 2014 01:00 AM PDT

Janda muda dan bekas Unduk Ngandau Keningau yang mati dibunuh dirumuhnya di Taman Adika Keningau pada 29 September 2011 Kartini Borhan kini statusnya sebagai pembunuhan tidak bersebab, perkara ini disebabkan suspek utama pembunuhan itu seorang Inspektor Polis Ahmad Rizal Umar, 32 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ahmad Rizal yang merupakan suspek utama direman sejak 14 Mei 2012 diputuskan dibebaskan tanpa memanggilnya untuk membela diri.

Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap suspek, atas sebab tiada fakta yang boleh mendorong pihak mahkamah untuk membuat keputusan untuk memanggil suspek membela diri.

Nasib Ahmad Rizal sebenarnya dibantu dengan kehilangan semua dokumen yang berkaitan siasatan dan fakta di tempat pembunuhan akibat satu kebakaran di Balai polis Keningau. Atas sebab itu, pihak mahkamah tidak dapat membuat keputusan tanpa bukti/fakta untuk dipertimbangkan. 

Keluraga Kartini menganggap kematian arwah hanya Tuhan saja yang mengetahuinya; sebab tiada lagi boleh dilakukan oleh pihaknya. Mahkamah memerlukan fakta yang sahih untuk mensabitkan seseorang; tanpa fakta terlalu sukar untuk membuat keputusan. Apapun kematian Karitini merupakan satu tragedi yang misteri yang menunggu untuk dibongkar bagi mereka yang berminat terhadap keadilan.

Kata Pakteh...!!

Posted: 23 Jul 2014 01:10 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Tahniah DS Najib

Posted: 22 Jul 2014 09:56 PM PDT

Pakteh bersyukur diwaktu Malaysia di asak dari dalam dan luar negara, Pimpinan negara yang Presiden UMNO menjadi terajunya mampu menangani isu dengan baik. DS Najib membuktikan beliau mampu mendepani isu dan boleh menjadi harapan rakyat.

Soal MH17 ini menuntut setiap rakyat bersatu menyokong pihak kerajaan dan itu yang Pakteh lakukan malah sejak dulu...dokongan sokongan Pakteh tetap/jitu kepada UMNO/BN.

Jika dahulu, Anwar inginkan IMF dan Tun Mahathir melaksanakan sebaliknya, kini Anwar mengkritik kerana Malaysia terlalu lantang mengutuk Israel sehingga mungkin itu penyebabnya MH17 menjadi mangsa...DS Najib secara bijak membuat rundingan dengan pihak berkepentingan di Ukrain sehingga tercapai persetujuan.

1999 - 2004, Pakteh pernah berkata PKR akan hancur dan hampir menjadi kenyataan pada 2004. Kini parti itu diambang kerosakan kerana memiliki pemimpin seperti Rafizi.

#MH17
#MH370
#SaveGaza
#SaveForPalestine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan