Sabtu, 28 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 27 Jun 2014 01:03 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Melaka Negeri Maju dengan Sarang Maksiat ? Sindiket Dibantu TONTO ...

Posted: 27 Jun 2014 05:23 AM PDT

Melaka: Sekumpulan tonto yang menaiki beberapa kenderaan dengan beraninya mengekori pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang keluar melakukan operasi sekitar bandar raya ini malam kelmarin.
Kumpulan lelaki itu menunggu di pintu luar pejabat jabatan itu di kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh di sini, sebelum mengekori kenderaan anggota jabatan itu yang dalam perjalanan melakukan serbuan.
Mereka dipercayai cuba mengganggu operasi yang dilakukan selain memberi maklumat kepada pihak tertentu mengenai operasi terbabit.
Timbalan Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hassan berkata, dalam Ops Sayang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Negeri Mohd Sabri Ismail bersama 30 penguatkuasa itu, mereka diekori lima kenderaan tonto sejak keluar dari kompleks KDN.
"Menyedari diekori, pegawai Imigresen cuba mengelirukan tonto dengan memasuki kawasan perumahan, namun mereka berjaya mengekori menggunakan beberapa kereta dipercayai kerana memiliki sistem perhubungan cekap.
"Mereka terus mengekori pasukan serbuan sehinggalah operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya selesai dilakukan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di kompeks KDN, di sini, semalam.
Beliau berkata, dalam operasi bermula jam 12 tengah malam, 12 pelayan pelanggan (GRO) warga asing berjaya dicekup.
"Pihak kami menganggap tangkapan GRO di pusat hiburan itu adalah satu kejayaan bermakna kerana dalam operasi sebelum ini, mereka dapat memboloskan diri. 
"Dalam operasi kali ini, kita mengepung seluruh kawasan menyebabkan mereka gagal melarikan diri. 


Sumber : Harian Metro

Lagi berita :



AYER KEROH - Seramai 26 warga asing termasuk 16 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri dalam empat lokasi berasingan di negeri ini, semalam.

Pemangku Pengarahnya, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, semua GRO yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing cuba melarikan diri apabila pusat hiburan di Melaka Raya diserbu pihak berkuasa.

"Bagaimanapun GRO berusia 20 hingga 30 itu gagal melarikan diri kerana semua pintu masuk dan keluar premis berkenaan sudah dikepung.

"Ada di antara GRO ini cuba bersembunyi di dalam tandas, bagaimanapun anggota kita berjaya menemui mereka," katanya dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Abu Bakar berkata, operasi bermula jam 12 tengah hari kelmarin hingga 4 pagi semalam turut melibatkan serbuan di sebuah hotel bajet di Melaka Raya, pusat perjudian komputer dan sebuah rumah di Bukit Rambai.

Abu Bakar berkata, 10 warga asing berusia 20 hingga 40 tahun terdiri lima warga Indonesia termasuk empat wanita, lima lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar turut ditahan dalam serbuan disertai 32 anggota, termasuk dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) negeri.

"Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 27 Jun 2014 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kempen Tabungan RM5 Ahli PAS Rembau/Paroi/Chembong/Kota/Rantau

Posted: 26 Jun 2014 05:56 PM PDT




Sempena Ramadhan ini PAS Kawasan Rembau melancarkan Kempen Tabungan RM5 untuk ahli PAS di Kawasan Rembau, DUN Paroi, DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau.

Tabungan ini adalah bertujuan untuk menampung pelbagai perbelanjaan aktiviti PAS di kawasan ini khususnya di bulan Ramadhan ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
BANK ISLAM , No akaun: 05-012-01-007334-7
atau MAYBANK , No Akaun : 155126945930

Tiada ulasan:

Catat Ulasan