Selasa, 24 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 23 Jun 2014 01:36 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Video : Isu Pencemaran Air di Jasin

Posted: 23 Jun 2014 01:04 AM PDT



Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memandang berat tentang permasalahan air yang tercemar di Daerah Jasin terutama di Sungai Rambai hingga ke Serkam. 

Kami di beritahu masalah ini sudah hampir berlarutan hampir dua minggu tetapi pada dua hari lepas keadaan ini semakin buruk. Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk sudah membuat aduan kepada YB-YB tetapi malangnya tiada perubahan yang berlaku dan tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh wakil rakyat dan pihak SAMB.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak pihak SAMB perlu memberitahu apa yang berlaku. Sekiranya ada pencemaran di loji penapis air SAMB perlu mengambil langkah yang sewajarnya kerana ianya melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Tindakan seperti notis pemberitahuan dan menutup loji penapis merupakan satu langkah yang perlu jika sekiranya ada masalah air bekalan yang tercemar. 

Di sini saya lampirkan dua gambar dari penduduk yang menunjukan bahawa bekalan air yang di dapati tercemar. Gambar pertama menunjukkan kertas PH menyatakan nilai kualiti air kepada bacaan asid dan gambar kedua air teh tarik yang di buat menjadi berkeladak berbeza dengan keadaan biasa.

DPPNM berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dalam isu ini. Jangan apabila sudah berlaku sesuatu yang besar baru ingin ambil tindakan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
Jauhar Muhammad Dawi


*Penulis juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil




Guru PASTI adalah Duta PAS

Posted: 23 Jun 2014 12:51 AM PDT


MELAKA: Konvokesyen Perguruan Pasti Malaysia
kali ke-8 telah berlangsung dengan jayanya di D'Village Resort Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini dan dirasmikan oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik. 

Dalam ucapan perasmiannya Dato' Abu Bakar Chik
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada guru-guru Pasti di atas penganugerahan Konvokesyen Guru Pasti Malaysia
ini kerana ia mengangkat martabat para guru Pasti setanding dengan profesion keguruan lain.

"Sebab itu guru-guru Pasti tak boleh lari dari PAS, mereka adalah duta PAS, mereka dilihat masyarakat, baiknya mereka baiklah PAS, buruk mereka buruklah PAS, maka saya minta semua jagalah keperibadian
Islam. 

"Gelombang untuk bangunkan masyarakat ini mesti dilakukan secara serius dan ia mesti digerakkan oleh semua anggota PAS. 

"Institusi Pasti adalah institusi besar yang sedang capai standard dunia. Insya-Allah Pasti akan memimpin pelaksanaan pendidikan Islam di Malaysia," ujarnya. Beliau turut mengalu-alukan cadangan Pasti ingin menubuhkan sekolah rendah berpusat kerana ianya satu keperluan di dalam masyarakat yang telah melihat kejayaan pengurusan Pasti secara yang bersistematik.

"PAS sangat menitikberatkan soal pendidikan dan tarbiah dalam perjuangannya kerana ia akan memantapkan asas dan dasar perjuangan agar tidak melencong daripada matlamat perjuangan.

"Saya amat berharap sistem pendidikan Pasti akan sentiasa melahirkan generasi umat terbilang yang menjunjung Islam di masa hadapan dan merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di semua peringkat," katanya.

Pada majlis tersebut dua orang guru Pasti terpilih menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato' Abu Bakar Chik iaitu Nadhrah Abdul Samad penerima Anugerah Presiden dan Rusnani Husain penerima Anugerah Ketua Pengarah Pasti.








Harakah keluaran 22 – 24 SYAABAN 1435 / 20 – 22 JUN 2014

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Jun 2014 09:12 AM PDT

KHIDMAT MERU


Romba Nandri.

Posted: 23 Jun 2014 12:54 AM PDT






En Mohan mewakili keluarga mendiang ayah mertua nya En Renganathan A/L Thirumalai mengucapkan Romba Nandri atau berbanyak terima kasih kpd Yb Dr Rani yg walaupun difahamkan mempunyai 8 program masyarakat yg padat pd hari Ahad semalam namun sempat singgah utk menziarahi mendiang walaupun sekejap.
Bagi keluarganya, kunjungan itu cukup berkesan dan bermakna.
Yb Dr Rani menegaskan Rasulullah saw mengajar ummatnya menghormati jenazah walaupun di kalangan orang Yahudi. WaAllahu 'Alam.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Posted: 23 Jun 2014 12:45 AM PDT







YB GST menceriakan lagi Program Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan yg diadakan di ruang legar Kompleks PKNS Shah Alam.
Selain forum agama , penjualan barang2 makanan ringan juga diadakan dan tabung derma diletak untuk menyumbang kpd Maahad Tahfiz.
 

Jemputan majlis dari non muslim.

Posted: 23 Jun 2014 12:42 AM PDT









Yb GST tidak pernah menolak jemputan dari kaum non muslims utk merasmikan atau memberi ceramah di dalam majlis2 mereka kerana disitulah peluang keemasan yg beliau gunakan untuk menjelaskan kpd mereka konsep dan ajaran murni agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw yg sebenarnya.
Dan respons yg didapati melalui majlis penerangan dan dailog tersebut Alhamdulillsh cukup positif dan menggalakkan.
Sejak 2008 seramai 27 orang India , Tamil dan Nepal yg menganut agama Islam di Meru.
Tiada paksaan dlm agama.

Seminar PERHIJAM.

Posted: 23 Jun 2014 12:34 AM PDT








YB GST memberi pencerahan tentang.Medicine in Islam kpd seramai 220 orang peserta Seminar PERHIJAM dari seluuuruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
PERHIJAM adalah singkatan Persatuan Perubatan Islam Hijam Malaysia dan President nya ialah Dr Abdul Halim dan mereka fokus kpd perubatan secara berbekam yg memang menjadi amalan sunnah Nabi Muhammad saw sendiri.

Memantau kawasan2 pembuangan sampah di taman2 dan melawat kerja2 penurapan jalan.

Posted: 23 Jun 2014 12:31 AM PDT










Selepas sarapan bersama rskyat di warung, Dr Rani memantau kawasan2 pembuangan sampah di taman2 dan melawat kerja2 penurapan jalan yg berjalan lancar di Meru.
Yb Kumpulan 52 ini tidak berasa malu utk bertanyakan dan berkongsi pandangan bersama pekerja2 pengangkut sampah itu sendiri mahupun dgn penyapu jalan utk kebaikan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan