Ahad, 22 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Jun 2014 09:20 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1435 HIJRAH

Posted: 21 Jun 2014 08:52 PM PDT


Adalah dimaklumkan PAS Kawasan Rembau sempena bulan Ramadhan ini sekali lagi akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1435 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan seperti tahun-tahun yang sebelum ini.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas makanan seperti gula, susu, tepung dan sebagainya serta sumbangan kewangan untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Hj Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.comatau PM FB : Rozmal

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
BANK ISLAM , No akaun: 05-012-01-007334-7

atau MAYBANK , No Akaun : 155126945930

Jasindaily Online

Posted: 21 Jun 2014 09:29 AM PDT

Jasindaily Online


AIR TERCEMAR DI MELAKA : MINTA SAMB JAWAB

Posted: 21 Jun 2014 02:54 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memandang berat tentang permasalahan air yang tercemar di Daerah Jasin terutama di Sungai Rambai hingga ke Serkam. Kami di beritahu masalah ini sudah hampir berlarutan hampir dua minggu tetapi pada dua hari lepas keadaan ini semakin buruk. Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk sudah membuat aduan kepada YB-YB tetapi malangnya tiada perubahan yang berlaku dan tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh wakil rakyat dan pihak SAMB.



Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendesak pihak SAMB perlu memberitahu apa yang berlaku. Sekiranya ada pencemaran di loji penapis air SAMB perlu mengambil langkah yang sewajarnya kerana ianya melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Tindakan seperti notis pemberitahuan dan menutup loji penapis merupakan satu langkah yang perlu jika sekiranya ada masalah air bekalan yang tercemar.





Di sini saya lampirkan dua gambar dari penduduk yang menunjukan bahawa bekalan air yang di dapati tercemar. Gambar pertama menunjukkan kertas PH menyatakan nilai kualiti air kepada bacaan asid dan gambar kedua air teh tarik yang di buat menjadi berkeladak berbeza dengan keadaan biasa. DPPNM berharap Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dalam isu ini. Jangan apabila sudah berlaku sesuatu yang besar baru ingin ambil tindakan. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka Jauhar Muhammad Dawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan