Jumaat, 13 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 13 Jun 2014 02:11 AM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Piala Dunia : Brazil catat kemenangan sulung

Posted: 12 Jun 2014 05:48 PM PDT

SAO PAULO: Budak poster Brazil, Neymar meledakkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan
j
aringan ketiga yang menghadiahkan tuan rumah kemenangan dramatik 3-1 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia, Kumpulan A di Corinthians Arena.

Begitupun, jaringan kedua peribadi bintang Barcelona itu pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan.

Apa pun, jaringan pertama Neymar yang dianggap bintang harapan tuan rumah pada minit ke-29 jelas menjadi pencetus utama kebangkitan Brazil selepas Croatia terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri Marcelo pada minit ke-11.

Selain menjadi gol pertama Piala Dunia kali ini, Marcelo yang juga tonggak gergasi Sepanyol, Real Madrid turut merakamkan rekod apabila bergelar pemain pertama dari Brazil yang meledak jaringan sendiri sepanjang kempen Piala Dunia.

Jentera pertahanan Brazil nampak goyah apabila Ivica Olic mudah berjaya melepasi beberapa pertahanan lawan termasuk kapten, Thiago Silva, sebelum melepaskan sepakan lintang rendah yang dikuis Nikica Jelavic sebelum Marcelo menampannya ke gawang sendiri membuatkan penjaga gol, Julio Cesar sekadar terpaku.

Namun, hasil gerakan cantik bersama Oscar, Neymar kembali mencetus riuh penyokong juara dunia lima kali itu menerusi gol pertamanya apabila rembatan rendah dari jarak 25 meter gagal dibaca penjaga gol, Stipe Pletikosa.
Dan ketika Croatia terdesak memburu jaringan penyamaan, Oscar yang juga bintang Chelsea menampilkan magisnya apabila dengan mudah memperdaya tiga pemain lawan sebelum melepaskan rembatan yang tepat ke gawang lawan pada minit terakhir perlawanan.

Dua gol Neymar pada perlawanan kali ini menambah jumlah jaringannya buat Brazil kepada 33 dalam 50 penampilan.

Kemenangan turut meredakan sedikit ketegangan yang melanda negara Amerika Selatan itu sebelum kejohanan terulung itu bermula apabila berlaku beberapa siri rusuhan keganasan yang membantah wang yang digunakan kerajaan bagi menganjurkan Piala Dunia. - Reuters

Jasindaily Online

Posted: 12 Jun 2014 10:09 AM PDT

Jasindaily Online


HIMPUNAN MEGA 1K MUSLIMAT MELAKA

Posted: 12 Jun 2014 02:49 AM PDT



Isu Tapak Bazar Ramadhan Taman Chempaka Melaka

Posted: 12 Jun 2014 02:11 AM PDT


BIAR GAMBAR BERBICARA

Posted: 12 Jun 2014 01:25 AM PDT


Salahuddin, Dr Syed Azman bakal iringi Presiden pulang

Posted: 12 Jun 2014 01:23 AM PDT

ISTANBUL: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad kini berada di istanbul menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ustaz Abdul Hadi kini semakin pulih dan dinasihati berehat oleh doktor sementara menunggu urusan kepulangan ke tanah air di waktu yang terdekat. Salahuddin memaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Dr Syed Azman kini sedang menguruskan urusan perjalanan pulang Ustaz Abdul Hadi ke tanah air. Sementara itu Presiden PAS terus di kunjungi pelbagai pihak termasuk wakil Kerajaan Turki dan gerakan Islam Timur Tengah yang amat prihatin terhadap kesihatan beliau. 


Salahuddin bagi pihak PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik yang tidak henti-henti mendokan kesihatan Ustaz Abdul Hadi. "Begitu juga dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Istanbul yang sentiasa prihatin terhadap kesihatan Presiden PAS," ujar beliau. Salahuddin juga menyeru ahli dan penyokong PAS agar sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tuan Guru Presiden agar selamat pulang ke tanah air. Ustaz Abdul Hadi sebelum ini menerima rawatan di Hospital Medipol Universite Hastanesi, dekat sini selama seminggu akibat komplikasi jantung dan paru-paru berair. 

Beliau dibenarkan keluar wad 7 Jun lalu. Tuan Guru Presiden berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM). Doktor menasihatkan beliau berehat sebelum pulang ke Malaysia. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan