Khamis, 12 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 12 Jun 2014 12:27 AM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Kutipan Dana Kebajikan PAS Kubang Pasu Sempana Ramadhan

Posted: 11 Jun 2014 06:55 PM PDT

Sebagai persediaan bagi menyambut Ramadhan pada tahun ini, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kubang Pasu telah melancarkan kutipan Dana Kebajikan PAS bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Dana yang disalurkan insyaAllah akan disampaikan kepada fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak yatim, orang sakit, warga emas dan semua yang memerlukan.


Bagi tujuan itu, sesiapa yang berhajat untuk sama-sama menanam saham akhirat boleh hubungi saya atau hubungi Setiausaha PAS Kawasan Kubang Pasu-Haji Mohd Zuki Bin Abu.

Program Ceramah Istiqbal Ramadhan

Posted: 11 Jun 2014 06:01 PM PDT

Ceramah Istiqbal Ramadhan - Ust. Abd. Ghani (AJK Dewan Ulamak Negeri Kedah) - Selasa 10 / 6 / 2014 Di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu.


















Kunyit herba berkhasiat

Posted: 11 Jun 2014 06:45 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Kajian menunjukkan kunyit dapat mencegah kita daripada pelbagai penyakit. Kita sering mengambil mudah apabila menyebut tentang khasiat kunyit kerana mungkin bahan ini sering kita temui di dapur.

Di Malaysia terdapat beberapa spesies kunyit liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga), temu emas (Curcuma zeodoria), temu putih (Curcuma auriantica), temu hitam (Curcuma aerugtinosa) dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).

Lazimnya, kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Masyarakat kampung menggunakan perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga untuk menyembuhkan bengkak hati. Tidak ketinggalan, kunyit berserta ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia daripada kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.

Di sebalik keistimewaan kunyit sebagai bahan masakan, pakar-pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi perhatian tentang kehebatan herba ini.

Tahukan anda keistimewaan kunyit terletak pada ekstrak pigmennya yang memberikan warna kuning kepada kunyit?

Pengerusi Inisiatif Global untuk Sistem Tradisional Kesihatan (GIFTS), Oxford, United Kingdom, Prof. Gerard Bodeker berkata, kunyit diperakui oleh pakar dan hospital ternama di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.

Katanya, pigmen yang begitu besar khasiatnya dan berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit dikenali sebagai curcumin.

"Curcumin ialah bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ia juga dikenali sebagai bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden.

"Sebiji pil daripada ekstrak curcumin seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit. Pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas turut mendapati, curcumin ada anti oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas dan menjadi punca kepada penyakit barah," jelasnya.

Tambah beliau, radikal bebas ialah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel dalam badan. Justeru, curcumin yang mengandungi komponen bioaktif polyphenol dapat membantu mencegah tanda awal barah.

Junta Thailand mansuhkan perintah berkurung di 20 wilayah

Posted: 11 Jun 2014 06:38 AM PDT

BANGKOK - Junta tentera Thailand memansuhkan perintah berkurung lewat malam di lebih 20
wilayah, tetapi perintah itu kekal di Bangkok dan 50 wilayah lain.

Pengumuman itu dikeluarkan semalam bagi memudahkan rutin harian orang ramai dan disebabkan keadaan wilayah-wilayah tersebut aman.

Perintah berkurung itu juga telah dikurangkan dari tujuh jam ke empat jam, selain perintah itu dimansuhkan di beberapa wilayah yang terkenal dengan kedatangan pelancong luar.

Kerajaan tentera Thailand mengeluarkan perintah berkurung di kesemua 77 wilayah pada 22 Mei lalu selepas rampasan kuasa tentera dilaksanakan ke atas kerajaan bagi mengembalikan keamanan daripada konflik politik negara ini. - AP

Fakta menarik Piala Thomas

Posted: 11 Jun 2014 06:35 AM PDT

KEJOHANAN Piala Thomas adalah pertandingan utama badminton peringkat antarabangsa bagi
berpasukan lelaki yang dinamakan sempena nama bekas Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Sir George Alan Thomas.

Kejohanan pertama yang berlangsung pada 1949 di Queen's Hall, Preston, England telah dimenangi Malaya yang menewaskan Denmark 8-1.

Mulai 1984, kejohanan itu telah diadakan dua tahun sekali berbanding tiga tahun sekali sebelumnya dan format pertandingan juga ditukar kepada lima perlawanan sahaja berbanding sembilan sebelum ini iaitu tiga perseorangan dan dua beregu.

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai kejohanan itu yang diadakan di Stadium Siri Fort, New Delhi, India, baru-baru ini.

- RASHID PERNAH RANGKUL KEJUARAAN

Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, 46, adalah salah seorang pemain yang bertanggungjawab membantu Malaysia merangkul Piala Thomas terakhir pada 1992 dengan menundukkan Indonesia 3-2.

Pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Rashid sebagai pemain perseorangan pertama telah mengalahkan lawannya dari Indonesia, Ardy Wiranata.

Turut sama menyumbang bakti ketika itu ialah adik beradik beliau, Razif dan Datuk Seri Jalani Sidek selain Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang dan Kwan Yok Meng. Kejayaan itu dikatakan berpunca daripada semangat berpasukan dan tidak mudah patah semangat, sesuai dengan lagu rasmi pasukan iaitu iaitu 'Fikirkan Boleh' walaupun Malaysia tidak dianggap pasukan yang kuat.
Beliau turut bertanding ketika Malaysia menjadi naib juara piala berkenaan pada 1988, 1990 dan 1994.

- NASIB PARK JOO BONG

Kemenangan Jepun cukup bermakna buat Ketua Jurulatihnya, Park Joo Bong, 50. Ini kerana sepanjang zamannya, beliau adalah pasukan beregu handalan Korea Selatan. Beliau tidak pernah mendakap trofi keagungan badminton dunia itu.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Jurulatih Malaysia dari 2000 hingga 2003. Pada 2002, beliau berjaya membantu Malaysia menjadi naib juara Piala Thomas.

Joo Bong hampir kembali ke pangkuan Malaysia pada awal 2013 sebagai pengarah kejurulatihan sebelum membuat pusingan U pada saat akhir selepas menerima tawaran lanjutan kontrak hingga 2016 daripada Persatuan Badminton Jepun.

- JURULATIH MALAYSIA

Kejayaan Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas 2014 adalah hasil bimbingan majoriti jurulatih tempatan.

Selain Rashid, jurulatih perseorangan ialah Tey Seu Bok, Wong Tat Meng manakala jurulatih beregu ialah Pang Cheh Chang, Rosman Razak, Tan Kim Her dan Jeremy Gan.

Bekas pemain badminton Indonesia, Hendrawan turut membantu melatih perseorangan negara.
Ini berbeza ketika merangkul Piala Thomas pada 1992 yang menyaksikan jurulatih terdiri daripada gandingan anak tempatan dan asing.

Ketua Jurulatih ketika itu ialah legenda badminton negara, Datuk P. Punch Gunalan manakala jurulatih pula adalah dari China iaitu Han Jian, Chen Changjie dan Yang Yang.

- PERLU MENUNGGU 24 TAHUN

Kekalahan kepada Jepun menyebabkan Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi atau 24 tahun sejak 1992 untuk mencuba nasib sekali lagi.

Jika Malaysia dapat merangkul Piala Thomas pada 2016, ia adalah rekod yang lebih baik berbanding penantian 25 tahun sejak 1967 untuk menang semula pada 1992.

- KEJUARAAN PERTAMA JEPUN

Kejayaan menjadi juara Piala Thomas 2014 adalah kali pertama bagi Jepun. Dalam tempoh 65 tahun piala itu dipertandingkan, ia hanya dimenangi oleh tiga negara secara bergilir-gilir iaitu Indonesia (13 kali), China (sembilan) dan Malaysia (lima).

Kemampuan Jepun untuk mencipta 'tsunami' sudah dijangka lebih awal apabila menewaskan China 3-0 pada aksi separuh akhir walaupun negara itu mempunyai rekod cemerlang menjadi juara lima kali berturut-turut sehingga 2012.

Turut kecundang dibaham tsunami ialah jaguh nombor dua dunia, Chen Long, 25, serta jaguh nombor enam dunia, Du Pengyu, 26.

Kejayaan Jepun itu adalah sesuatu yang menakjubkan memandangkan badminton bukan sukan popular di negara itu.

- BARISAN PEMAIN MUDA JEPUN

Pemain yang membawa kejayaan kepada negara matahari terbit itu majoriti berusia 25 tahun dan ke bawah.

Antara pemain yang berusia 25 tahun ialah Takuma Ueda yang mengalahkan Liew Daren, 27, dari Malaysia dalam perlawanan penentuan dan jaguh nombor empat dunia, Kenichi Tago yang telah mengalahkan Chen Long.

Seorang lagi ialah juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2012, Kento Momota yang telah mengalahkan Du Pengyu yang baru berusia 19 tahun.

Individu yang bertanggungjawab menggilap bakat Momota ialah jurulatih remaja Kelab Badminton Nihong dari Malaysia, Izuan Ibrahim.

- PERLAWANAN TERAKHIR CHONG WEI

Jika Malaysia meletakkan harapan untuk mendakap Piala Thomas pada 2016, ia tidak boleh bergantung harap kepada jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, 32, yang dijangka tidak bertanding. Dalam perlawanan akhir kali ini, Chong Wei telah mengalahkan Tago 21-12, 21-16.
Ketiadaan beliau sudah pasti memalapkan harapan Malaysia kerana rata-rata ranking pemain pelapis jauh ketinggalan seperti Daren yang kini pada kedudukan ke-66 terbaik dunia.

Yang berada dalam senarai 10 terbaik dunia hanyalah beregu lelaki negara, Thien How Hoon dan Wee Kiong Tan iaitu ranking ketujuh dan beregu campuran Malaysia, Peng Soon Chan dan Liu Ying Goh pada kedudukan kelapan terbaik dunia.

- NAIB JUARA KALI KESEMBILAN

Walaupun kalah, Malaysia boleh berbangga kerana dapat menjadi naib juara untuk kali kesembilan iaitu paling banyak. Malaysia juga pernah menjadi naib juara pada 2002, 1998, 1994, 1990, 1988, 1976, 1970 dan 1958. Denmark pula menjadi naib juara sebanyak lapan kali, diikuti Indonesia (lima), China (dua), Korea Selatan (dua), Thailand (satu) dan Amerika Syarikat (satu).

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Jun 2014 10:51 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Program Menyantuni Orang Asli

Posted: 10 Jun 2014 11:09 PM PDT




Orang Asli memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah awal Negeri Sembilan khususnya di Rembau. Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama beberapa persatuan dan individu akan mengadakan program kebajikan dan dakwah di beberapa penempatan Orang Asli.

Antara sumbangan yang diperlukan semasa program ini ialah Telekung, Baju Melayu, Kain Pelikat, Sejadah, Al Quran, Muqaddam, Rehal, Buah Kurma serta Barangan Makanan Asas.

Kepada mereka yang ingin menjayakan program ini sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau akaun BSN, No Akaun 0511229000158159

Rembau Hari Ini

Posted: 11 Jun 2014 08:22 PM PDT

Rembau Hari Ini


Program Menyantuni Orang Asli

Posted: 10 Jun 2014 11:11 PM PDT




Orang Asli memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah awal Negeri Sembilan khususnya di Rembau. Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama beberapa persatuan dan individu akan mengadakan program kebajikan dan dakwah di beberapa penempatan Orang Asli.

Antara sumbangan yang diperlukan semasa program ini ialah Telekung, Baju Melayu, Kain Pelikat, Sejadah, Al Quran, Muqaddam, Rehal, Buah Kurma serta Barangan Makanan Asas.

Kepada mereka yang ingin menjayakan program ini sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau akaun BSN, No Akaun 0511229000158159

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Jun 2014 11:32 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Menyantuni Orang Asli

Posted: 10 Jun 2014 11:10 PM PDT




Orang Asli memainkan peranan yang amat penting dalam sejarah awal Negeri Sembilan khususnya di Rembau. Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama beberapa persatuan dan individu akan mengadakan program kebajikan dan dakwah di beberapa penempatan Orang Asli.

Antara sumbangan yang diperlukan semasa program ini ialah Telekung, Baju Melayu, Kain Pelikat, Sejadah, Al Quran, Muqaddam, Rehal, Buah Kurma serta Barangan Makanan Asas.

Kepada mereka yang ingin menjayakan program ini sila hubungi Tn Hj Rozmal bin Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau) tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com atau PM FB : Rozmal

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau akaun BSN, No Akaun 0511229000158159

KHIDMAT MERU

Posted: 11 Jun 2014 11:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


Memberi motivasi berlandaskan Al Quran dan Al Hadith.

Posted: 10 Jun 2014 07:14 PM PDT







Pengerusi Skim Mikrokredit Selangor, Yb Dr Rani Osman memberi motivasi berlandaskan Al Quran dan Al Hadith kepada seramai 57 orang sadik yg meminjam dari Skimsel.
Mereka terdiri dari Cawangan Kuala Selangor dan program motivasi yg diadakan selama 2 hari di Kem Banyu Manis Kg Bukit Kerayong itu memang cukup berbaloi dan bersantai. Setakat ini jumlah sadiq yg telah mendapat manafaat dari Skimsel adalah seramai 9115 orang dan 85 % daripadanya adalah berbangsa Melayu. Ini jelas bercanggah dgn tohmahan pihak tertentu yg mengatakan bahawa skim ini menguntungkan orang bukan Melayu dan kepentingan orang Melayu di ketepikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan