Rabu, 11 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jun 2014 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Warga emas terkilan, caj RM100 klinik kerajaan tak masuk akal

Posted: 10 Jun 2014 02:49 AM PDT




Warga emas terkilan, caj RM100 klinik kerajaan tak masuk akal
10 Jun 2014

SEREMBAN – Seorang pesara kerajaan mempertikaikan kadar bayaran RM100 dikenakan klinik kerajaan bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebagai syarat perbaharui lesen senjata api, yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

Harun Iderus, 62, berkata, caj itu bukan saja membebankan golongan warga emas sepertinya tetapi tidak masuk akal.

"Jika buat pemeriksaan X-Ray, mungkinlah saya boleh terima lagi. Tapi apabila diminta bayar RM100 untuk pemeriksaan mata, ujian tekanan darah dan berjumpa doktor memang cekik darah.

"Lagi pun saya bukan sahaja pesara kerajaan tapi juga warga emas. Bisanya, jika saya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan saya tidak dikenakan sebarang caj," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini.

Harun berkata, apabila perkara itu dipersoalkan kepada pihak klinik, dia diberitahu caj tersebut telah ditetapkan pihak berkaitan dan mereka hanya mengikut arahan.

Menurutnya, dia difahamkan arahan itu mula berkuat kuasa tahun ini.

"Saya sudah memiliki senjata api sejak tahun 1999 dan sebelum ini kami hanya dikenakan caj RM10 untuk perbaharui lesen.

"Tapi syarat baharu dikenakan kepada mereka berumur 60 tahun ke atas iaitu perlu buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu," katanya yang meminta supaya arahan baharu itu dikaji semula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan