Selasa, 20 Mei 2014

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 19 May 2014 11:38 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Suara Dyana Sofea Adalah Suara DAP @emysamsudin @haryatyhamdzah #PRKTelukIntan #MediaSosialPuteri #BN4TelukIntan

Posted: 19 May 2014 01:47 AM PDT


Penamaan calon dh selesai. 

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu. 31 Mei 2014 - tarikh penentu #PRKTelukIntan .....

Datuk Mah (DM) merupakan calon terbaik.

1. DM : Berpendidikan, berpengalaman, mempunyai track record yg baik. Beliau berpengalaman dlm pembuatan dasar negara & cukup bermanfaat buat pengundi Teluk Intan. Beliau memahami & mengenali sebahagian pengundi di Teluk Intan.

2. Kongsi kuasa - BN mengamalkn konsep kongsi kuasa. Semangat perkongsian kuasa ini adalah ramuan terbaik bg mencorak kepimpinan negara. Kita menjalani kehidupan pelbagai bangsa dengan harmoni & menjadi negara yg berjaya melalui kjsama ini.

3. DAP : pergunakan wanita muda melayu. Mereka pencatur segala agenda Dyana Sofia (DS). Apa yg disuarakan oleh DS adalah suara Lim Kit Siang/ DAP. DS x ubah spt kerbau yg dicucuk hidung... mengikut tuan yg memberi arahan.

DAP secara licik menghakis jati diri "Melayu" melalui pendekatan/ perjuangan chauvenis DAP disuarakn oleh Melayu! Di mana DS, di situ LKS ada... DS dikawal rapat oleh DAP.

4. Perjuangan konsisten vs perjuangan tanpa perpaduan :

Kesepakatan BN yg terjalin sejak sekian lama tidak boleh dnafikan. Komponen parti BN sentiasa bersama2 dlm suka & duka. BN x menawarkan sesuatu yg popular & tidak konsisten.

Manakala kesepakatan PR hanya bersatu dlm mengejar "kuasa". Dlm menangani isu, mereka berbeda2. Termasuk proses pemilihan parti sndiri x terurus dgn baik. Berisiko meletakkan perjuangan begini sebagai penentu masa dpn negara.

5. Si berusia yg bijak vs si muda yg cantik: Fizikal hanya luaran semata2. X perlu terpedaya. . . Nilaikan pd perjuangan, idealogi & kemampuan calon dlm memilih yg terbaik.

Moga Datuk Mah - BN dapat dinobatkan semula oleh pengundi Teluk intan bagi kerusi yg pernah diperolehinya sebelum ini.

Undi BN.. Itu yg terbaik.

Haryaty Hamdzah,
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 19 May 2014 02:35 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


# P78 Teluk Intan : Agenda DAP untuk tutup kemelut dalaman?

Posted: 19 May 2014 08:59 AM PDT


Tindakan DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini merupakan sandiwara semata-mata demi menyelesaikan masalah dalaman parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, isu dalaman parti itu terlalu banyak sehingga terdapat ahli dalam kalangan DAP yang berpuak-puak kerana mahu berebut menjadi wakil rakyat di Teluk Intan.

Oleh demikian katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sanggup menggunakan dakyahnya untuk menyelesaikan kemelut parti itu.

"Rakyat lebih mementingkan perkhidmatan dan pembangunan di Teluk Intan lebih daripada mengambil tahu masalah DAP selain berharap wakil itu nanti mampu memberikan kesinambungan.

"Presiden parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong merupakan calon terbaik Barisan Nasional (BN) kerana pengalaman beliau sendiri yang pernah bertanding dan menjadi wakil rakyat di Teluk Intan," katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Pejabat MCA dan Pusat Khidmat Komuniti Bahagian Bandar Tun Razak.


Beliau mengulas berkenaan langkah DAP yang mengumumkan Dyana, 27, sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan kerana melihatkan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebagai pilihan terbaik untuk parti tersebut mempertahan kerusi Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA dan Gerakan akan bergan­ding bahu dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN selain menasihati pengundi agar tidak terjerat dengan dakyah pembangkang.

"Kita akan memaklumkan kebenaran sebenar kepada rakyat selain memberikan janji yang boleh ditepati untuk berkhidmat di kawasan Teluk Intan.

"Rakyat lebih yakin kepada BN kerana parti ini amat konsisten dalam menunaikan janji dan bukan seperti pembangkang yang gemar beromong kosong termasuk mempunyai pelbagai kerenah," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan