Khamis, 8 Mei 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 May 2014 09:53 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ

Posted: 07 May 2014 01:21 AM PDT


Rembau Hari Ini

Posted: 07 May 2014 07:39 PM PDT

Rembau Hari Ini


Orang Cina turut mempertahankan kerajaan Melayu Melaka

Posted: 07 May 2014 01:18 AM PDT




Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan

Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis menyerang Melaka.

Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang, dibunuh atau dipenjara.

Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.

Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China. Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato Lubok China.

Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk China.

(Ingat Melaka saja ada tertanam harta karun, di Rembau pun banyak tertanam harta karun, akan tetapi untuk kita umat Islam harta yang lebih bernilai dari harta karun tersebut ialah Al Quran dan As Sunnah)

Jasindaily Online

Posted: 07 May 2014 09:15 AM PDT

Jasindaily Online


Takziah buat keluarga Pak Cik Jamal Mini Parlimen

Posted: 07 May 2014 04:26 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kematian Pakcik Jamal atau Jamal Muhammad, merupakan satu kehilangan besar kepada parti itu.Jamal, 75, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Beliau tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menghubungi Harakahdaily berkata, jasa dan pengorbanan yang diberikan Allahyarham kepada parti amat besar terutamanya dalam menaikkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Pakcik Jamal dan semoga rohnya dirahmati Allah Taala."Ini merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara, banyak jasa yang telah beliau berikan kepada kita terutamanya dalam program-program Pasti di peringkat awal sehinggakan Pasti dikenali dan diterima oleh orang ramai," jelasnya.

Tambah beliau lagi, Allahyarham Pakcik Jamal merupakan tokoh selebriti televisyen yang terawal menyertai PAS dan banyak pandangan serta sumbangan diberikan."Banyak jasanya, beliau popular sewaktu program Mini Parlimen RTM pada tahun 80-an dan mereka yang menyertai program tersebut ada yang memegang jawatan tinggi.

"Dari awal lagi beliau memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin, sumbangan yang tidak dapat dinilai apatah kejayaan yang dimiliki oleh mereka yang menyertainya," sambung beliau.Mahfuz yang berharap agar seluruh keluarga Pakcik Jamal dapat menempuhi dugaan atas kehilangan individu yang disayangi yang turut dirasai oleh rakyat negara ini. 

Polis pernah setuju laksana hudud - Presiden PAS

Posted: 07 May 2014 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR:Pihak polis didakwa pernah menyatakan kesediaan jika Undang-undang Jenayah Syariah mahu dilaksanakan di negara ini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ketika isu itu timbul pada tahun 70-an, ketua polis negara pada masa itu Tun Hanif Omar menyatakan pihaknya bersedia jika undang-undang itu dilaksana."Saya masih ingat lagi satu seminar yang diadakan di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) melibatkan professor Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abas. Saya juga hadir dalam seminar itu. 

"Pada masa itu timbul kefahaman tentang undang-undang jenayah syariah sehingga ketua polis negara pada masa itu Tun Hanif Omar memberitahu polis tidak ada masalah untuk melaksanakan undang-undang syariah islam," katanya dalam temubual bersama Harakahdaily semalam.

Sejarah panjang
Perjuangan melaksanakan hukum syariah ini kata beliau bermula sejak zaman awal kemerdekaan negara lagi selepas pendakwah yang datang ke Malaysia membawa islam yang sempurna.

Malah bukti kewujudan undang-undang ini katanya boleh dilihat dengan warisan sejarah iaitu Batu Bersurat di Terengganu, dan undang-undang jenayah negeri Melaka yang tersimpan dalam sejarah dan diamalkan sehinggalah kedatangan penjajah pada 1511. "Saya sempat bersama orang tua yang pernah menyaksikan undang-undang hudud dilaksanakan di Terengganu dan mereka menerima bagaimana wujudnya keamanaan semasa syariat itu dilaksanakan.

"Dan hilangnya kuasa syariah di Terengganu pada tahun 1928, kerana jatuhnya kerajaan. Bagi Terengganu mereka berusaha selama 80 tahun," katanya lagi.

Selepas itu kata Ustaz Hadi, isu tersebut timbul semula pada sekitar tahun 50-an namun mendapat cemuhan daripada Masyarakat yang ketika itu terpengaruh dengan fahaman sekular yang menyerap masuk dalam pentadbiran, pendidikan dan media.

Sehingga kata beliau, ada yang mencemuh, 'kalau laksanakan hukum Islam ini maka ramailah yang kena potong tangan, ramailah yang akan cacat'. 

"Maka ketika itu berlaku pertembungan dalam masyarakat Islam itu sendiri sehingga mereka-reka cerita menimbulkan kafir mengkafir ketika itu. 

"Sepatutnya penjelasan bukannya isu kafir-mengkafir," kata beliau.

Kemudian daripada itu, PAS menyertai kerajaan campuran bersama BN pada 1974. 

Ketika itu PAS katanya telah berusaha memperkenalkan Islam khusus dalam undang-undang jenayah sehinggalah ditendang keluar 1978.

Umno tak hadir

Selepas PAS menang kali kedua di Kelantan pada tahun 1990, PAS sekali lagi berbincang untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dan berjaya menggubalnya melibatkan qisas dan takzir. Menurut beliau, sebelum dilulus di Kelantan melalui Dewan Undangan Negeri (Dun), terlebih dahulu dianjurkan satu seminar untuk didedahkan kepada umum dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46 di Hotel Concord tahun 1993.

"Kita menjemput parti-parti politik, kerajaan dan pembangkang, NGO Islam dan bukan Islam. Umno tidak hadir. Dan berlaku dialog dalam seminar itu. Saya dan Almarhum Haron Taib ditugaskan untuk membentangkan draf rang undang-undang itu," kata beliau.

"Kita menerima pandangan-pandangan, kritikan dan berbagai-bagai, kita menjawab semua persoalan dan hujah yang dikemukakan dan kita buat semula kepada jawatankuasa ini. Maka akhirnya setelah dikemaskini maka diluluskan dalam DUN Kelantan, saya difahamkan Tuanku Sulatan Kelantan tandantangani kelulusan cuma tidak digazetkan," katanya.

Langkah sama katanya dibuat di Terengganu selepas PAS menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999."Akhirnya kita lulus di DUN Terngganu dan Tuanku Sultan Terengganu tandatangan dan digazetkan pada 1 Ramadan. Malaangnya PAS tidak menang di Terengganu pada 2004," jelasnya.


Sambut baik tapi hati-hati
Menurut beliau lagi, Isu hudud tidak wajar menjadi isu politik kenara ianya adalah tanggungjawab orang Islam.

Mengulas sambutan baik Umno setakat ini, beliau berkata PAS menerimanya secara positif namun tetap perlu berhati-hati.Tegasnya, Umno yang menguasi kerajaan pusat perlu menggunakan segala kemudahan untuk memberi ruang kepada Kelantan bagi membolehkan undang-undang Islam ini dapat dilaksanakan.

"Isu ini adalah isu orang Islam, dan orang bukan islam jangan rasa bimbang dan rasa takut kerana ini berkait dengan orang Islam sahaja. "Adapun orang bukan Islam sepatutnya tunggu, lihat dan faham. Kita bersedia untuk memberi penjelasan," katanya.

Menurut Ustaz Hadi lagi, undang-undang syariah kini satu keperluan kerana negara sedang menghadapi gejala jenayah yang sangat parah, khususnya jenyah yang berat dan tidak ada kehebatan undang-undang boleh membendungnya. 

"Kehebatan undang-undang kena ada, malangnya kita dapati tidak ada kehebatan undang-undang, penjenayah tidak takut. Jadi perlu kepada satu undang-undang yang mendidik penjenayah supaya gerun. 

"Dan perlu difahami konsep undang-undang jenayah Islam ialah mendidik masyarakat bukan menghukum masyarakat. 

"Oleh sebab itu, konsep kehakiman Islamnya seorang hakim mesti mencari jalan untuk membebaskan orang yang dituduh, bukan hendak hukum semata-mata," katanya.

Beliau juga turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mempolemikkan isu hudud ini sehingga melupakan penentangan terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 07 May 2014 07:32 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


HIMPUNAN 501 @ DATARAN MERDEKA : KAMI BERHIMPUN TANDA SOKONGAN UNTUK MEMBANTAH GST.

Posted: 07 May 2014 12:37 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan