Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 12 Mei 2014 at 1:30 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Kata Pakteh...!!

Posted: 12 May 2014 01:30 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Mesorat Cawangan: Mana perginya denyut nadi rakyat?

Posted: 11 May 2014 05:53 PM PDT

Alhamdulillah
dalam kesibukan menebang buluh, mencari rotan, menjala ikan...sempat juga menghadiri mesyuarat UMNO cawangan pada minggu lalu. Apa yang berlaku dalam mesyuarat biarlah tercatit dalam agenda namun apa yang pakteh ingin kongsikan ialah beberapa perkara penting yang perlu membuka mata banyak pihak.

Ketika membuat ucapan penagguhan, seorang ahli yang tidak ada jawatan di peringkat bahagian, diperingkat negeri apatah lagi diperingkat negara melontarkan satu keluhan berat. Beliau bertanyakan kepada ahli mesyuarat bagaimana Putrajaya dipertahankan dalam PRU13 yang lalu?. Beliau bertanyakan kawasan mana yang memberi undi kepada UMNO/BN agar BN terus bertahan di Putrajaya dan Presiden UMNO terus menjadi Perdana Menteri.

Agak mudah untuk menjawab persoalan ini kerana kebanyakan kawasan kampung yang majoritinya Melayu memberikan undi kepada UMNO/BN. Kawasan yang pesat membangun malah dianggap maju secara jelas menunjukkan  sokongan yang jitu kepada Pembangkang. 

Ahli yang bertanya tadi terus mengutarakan soalan, jika orang kampung yang daif ini yang memberikan undi kepada UMNO/BN, mengapa kini apabila menjadi pemerintah dan bergelar Perdana Menteri, kawasan yang menjadi pembangkang diberikan limpahan kemewahan dan orang kampung dibiarkan melarat?. Beberapa projek mega kerajaan pusat lebih terarah kepada kawasan PR dan orang kampung hanya menelan liur. Secara lebih dekat beliau memberikan contoh SIDAM di Kedah yang dimenangi Pembangkang, menerima projek PRIMA dan sudah pasti ada limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. 

Pertanyaan ahli umno tadi lebih kepada mengadu nasib berkaitan harga getah yang kini sekitar RM2.00 sekilo. Beliau memaklumkan sudah ada keluarga yang tidak memberikan wang saku kepada anak untuk ke sekolah malah beras juga sudah mula dicatu, apatah lagi untuk merasai ikan kembung yang berharga RM12 sekilo...sudah lama ditinggalkan, INILAH DENYUT NADI RAKYAT, bukannya melancarkan projek yang menuntungkan pihak yang menentang. Wang membayar PEMANDU dan KONSULTAN yang bernilai jutaan ringgit itu ada baiknya digunakan untuk menikkan kembali harga getah. 

Beliau juga mengadu malu dengan rakan-rakan dari Pas yang turut memberi undi kepada UMNO dalam PRU13 yang lalu. Mereka seperti mengejek apabila janji BN untuk memakmurkan rakyat kini berlaku sebaliknya. 

P/S: bagi Pakteh...jika ingin merasa denyut nadi rakyat...ketika inilah.....ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan nilai komuditi yang merudum. 

tun faisal dot com

Posted: 12 May 2014 01:12 PM PDT

tun faisal dot com


[Video] #PemilihanPKR Waduh2. Gawat. Ini mau pilih pemimpin atau Ketua Kongsi Gelap?

Posted: 11 May 2014 08:26 PM PDT



Parti yang lahir di jalanan, perangai mereka juga macam samseng jalanan. Parti yang melatih ahli-ahlinya bertindak ganas seperti samseng dan kongsi gelap, akhirnya akan dimusnahkan oleh tindakan ahli-ahlinya yang seperti samseng dan ahli kongsi gelap juga. Malangnya yang ramai Melayu. Walaupun ada yang bertudung dan berkopiah, orang Melayu dalam PKR hanyalah Melayu sosialis dan Melayu pluralis yang tiada hala tuju akidah dan perjuangan Islam dan bangsa yang jelas. Hanya sekumpulan samseng dan ahli kongsi gelap yang keliru tentang matlamat akhir perjuangan, iaitu akhirat..


Gila kuasa... akibat selalu berdemo dan merusuh di jalanan, mereka mungkin ingat lupa yang mereka hadir mesyuarat bukan hadir demo jalanan.... macai oh macai..



Kertas undi palsu?


Pengundi Bangla dan Pengundi Hantu?


Tak perlu hadir mesyuarat. Hanya minta 40,000 Pengundi Bangla mengundi di dalam bilik hotel? Wah... senang kerja.. Mungkin ini yang mereka buat sampai boleh menang kawasan Parlimen dan DUN di negeri-negeri PR semasa PRU13?



Sabak Bernam



Nibong Tebal



Sabak Bernam


Sungai Petani







Klang



Kuala Langat



Petaling Jaya Selatan

waadat

Posted: 12 May 2014 01:11 PM PDT

waadat


Sekolah ganti cuti berganti

Posted: 11 May 2014 06:11 PM PDT

Tahun ini sebagaimana tahun-tahun lalu kita akan ada perayaaan seperti biasa. Ada raya puasa, raya haji, tahun baru cina, thaipusam dan lain-lain.

Walaupun tarikh tepat untuk hari raya aidil fitri sedikit terkucil namun ia pasti datang saban tahun dalam lingkungan tarikh  yang memang diketahui.

Anehnya, Sabtu lepas murid-murid bersekolah ganti kerana cuti hari raya. Memang aneh. Seolah-olah KPM terlupa bahawa setiap tahun ummat islam memerlukan jumlah cuti yang agak selesa.

Dalam kita berkempen keluarga bahagia, kempen ziarah ibu bapa, kempen rapatkan silaturrohim, KPM seolah hilang daripada arus perdana dan sibuk dengan program anti-keluarga.

Malang sungguh apabila institusi yang mendidik manusia terlepas daripada semangat kemanusiaan yang sepatutnya menjadi agenda utama.

Sudah hilangkah nilai budi dan sentuhan nurani penguasa di KPM yang asalnya golongan guru juga?

Susah sangatkah merancang cuti dan persekolahan di Malaysia? Bukankah sudah diperuntukkan jumlah hari persekolahan sekian-sekian dan jumlah hari cuti pula sekian-sekian? Kenapa dikumpulkan terlalu banyak cuti di penghujung tahun sehingga hari raya puasa yang sangat penting itu terpaksa dijimat dengan cuti ganti?

Cuti berganti dan sekolah ganti sememangnya akan menyusahkan banyak pihak. Ia menyentuh dan mengganggu jadual ibubapa, pengusaha bas, pengusaha kantin, dan merosakkan program kemasyarakatan seperti kenduri kendara dan sebagainya.

Orang KPM tak sedarkah semua ini? Atau para pegawainya terlalu lama berada di luar masyarakat atau memang sebelum inipun tidak tahu bercampur dengan masyarakat? Bagaimana orang yang tak faham hidup bermasyarakat berada di tempat kelompok yang menyediakan pendidikan pada anak manusia? Akan jadi apa generasi kita nanti?

Duke of UMNO

Posted: 12 May 2014 01:04 PM PDT

Duke of UMNO


Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri II

Posted: 12 May 2014 05:32 AM PDT


Ini contoh hiburan di zaman Kerajaan PAS untuk rakyat Kedah?

Merujuk kepada "siri bercakap dengan PAS Kedah", artikel ini merupakan jawapan dari sudut pandangan penulis KedahNews.com yang juga merupakan rakyat negeri Kedah berhubung pertikaian bekas Ketua Urusetia Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya, yang melibatkan 20 perkara yang kononnya disifatkan sebagai "kegagalan" Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah.

Berikut adalah sambungan artikel tersebut.

6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.

Persoalan sebenar yang perlu diberikan berkenaan tohmahan ke-6 ini ialah "siapakah yang sepatutnya mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu?". Sekiranya dirujuk kembali tentang pihak yang "kemaruk" kereta baru, pandangan penulis sebagai rakyat negeri Keda lebih tertumpu kepada Exco-Exco Kerajaan PAS Kedah yang terdahulu.

Ini adalah kerana merekalah yang memutuskan untuk membeli kenderaan mewah model Toyota Camry setelah berkuasa sebagai Kerajaan Negeri sebelum ini menggantikan kenderaan rasmi lama, model Proton Perdana Executive.

Meskipun tindakan tersebut dianggap kontroversi ekoran kedudukan Kerajaan PAS Kedah ketika itu yang tidak bijak mencari wang untuk perbendaharaan Kerajaan Negeri, mereka tetap mempertahan keputusan pembelian kenderaan-kenderaan mewah itu untuk kegunaan Exco-Exco.

Kini setelah tidak lagi menjadi Exco, desas-desus dari Wisma Darul Aman menjelaskan bahawa bekas-bekas Exco itu memohon untuk membeli kereta-kereta Toyota Camry yang pernah mereka gunakan itu sebagaimana "privillage" yang mereka nikmati sebagai "bekas Exco".

Pada penulis, Exco-Exco Kerajaan BN Kedah tidaklah kemarukkan kemewahan apabila sanggup untuk memenuhi nafsu serakah bekas-bekas Exco PAS untuk memiliki kereta-kereta mewah yang pernah menjadi "milik sementara" mereka dulu. 

Jadi, sebelum kereta-kereta Toyota Camry itu dijual pada bekas-bekas Exco PAS itu, apalah salahnya jika Kerajaan BN Negeri Kedah bersedia dengan kenderaan baru untuk kegunaan Exco-Exco BN itu? Lagipun, kenderaan baru yang digunakan itu ditempah dari syarikat GLC milik Kerajaan, Proton. 

Salahkah tindakan itu? Dan wajarkah Zulkifli mempertikai pembelian kenderaan-kenderaan baru, Proton Perdana yang dimomokkan sebagai "Hondana" itu? Takkan nak suruh Exco Kerajaan BN Kedah jalan kaki keliling negeri sedangkan bekas Exco PAS gah bersama Toyota Camry?

UNTUK MEMBACA SETERUSNYA, SILA KLIK DI SINI...

Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri I

Posted: 12 May 2014 12:19 AM PDT


Baru-baru ini bekas Pengarah Urusetia Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya menulis di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dengan menyenaraikan 20 perkara yang kononnya disifatkan sebagai kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mentadbir negeri itu.

Mungkin ketandusan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Kedah, penulis mengandaikan senarai tersebut boleh disifatkan "separuh masak" dan teguran yang tidak membina sama sekali.

Justeru itu, sewajarnya penulis menjawab satu persatu tentang 20 perkara yang disenaraikan Zulkifli itu secara adil, berfakta dan tanpa rasa prejudis.

1. GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa

Di atas adalah perkara pertama yang diajukan Zulkifli dalam cubaannya memburukkan nama Kerajaan BN Negeri Kedah di mata rakyat. Dia memberi fokus terhadap masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kononnya tidak ditadbir dengan baik di bawah BN.

Zulkifli mungkin lupa atau pura-pura "hilang ingatan" mengenai beberapa siri demonstrasi yang membabitkan pelajar KUIN atas ketidakpuasan hati mereka dengan urustadbir institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan PAS Kedah dulu. Hasilnya, beberapa orang pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ada pula yang digantung pengajiannya. 

Bukan setakat pelajar saja, malah kakitangan KUIN pun turut mengadakan banyak siri demonstrasi dan berceramah siang malam menceritakan kepincangan pentadbiran KUIN di bawah PAS. Memprotes ekoran periuk nasi mereka yang dizalimi, rayuan yang tidak dilayan oleh "boss-boss" Zulkifli dan rasa tersepit, mereka "berpatah arang" serta menghentam Kerajaan PAS Kedah terang-terangan.

Apakah Zulkifli lupa pada "Bersih KUIN", "BeritaKuin.blogspot.com", para pelajar dan kakitangan KUIN yang memberontak ketika PAS mentadbir Kedah dulu? Sehingga Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung, mereka bertali arus menghentam PAS Kedah. Apakah itu yang dimaksudkan Zulkifli sebagai "PAS meninggalkan KUIN dalam keadaan terbaik"?

Juga jangan lupa dengan hutang RM300 juta peninggalan PAS Kedah kepada Kerajaan BN Kedah untuk membina "kampus tak siap" di Kuala Ketil! Apakah itu akaun terbaik KUIN yang ditinggalkan PAS setelah menjajah Kedah selama 5 tahun kepada BN? 

Rasional para pelajar dan kakitangan KUIN dipindah semula ke kampus asal di Mergong juga disebabkan oleh PAS. Dengan kampus di Kuala Ketil yang hanya Dewan Utama saja yang siap manakala prasarana seperti asrama dan bangunan lain yang "separa siap", apakah wajar kampus itu memulakan operasi penuh?

PAS secara terburu-buru memaksa pelajar dan kakitangan berpindah ke kampus Kuala Ketil sehinggan menimbulkan kemarahan warga KUIN. Untuk menunjuk-nunjuk kononnya kampus itu gah di mata rakyat, PAS sengaja mengadakan majlis konvokesyen KUIN di dewan utama? Itu taktik PAS Kedah untuk mengaburi mata rakyat? Mana masjid KUIN? Mana asrama pelajar? Apakah semua premis di situ sudah memiliki sijil kebenaran beroperasi dari pihak berkuasa? Tolonglah realistik dalam berhujah...

Dan kini mungkin masalah "kerja separuh siap" PAS itu sudah diatasi Kerajaan BN Kedah. Rugilah jika kampus yang "dipaksa bina" PAS itu tidak digunakan. Berhabis sehingga RM300 juta, tiba-tiba tidak digunakan? Sebab itulah Kerajaan BN meminta warga KUIN berpindah ke sana. Logik semudah itu pun bekas Pengarah Urusetia PAS Kedah tidak mampu fikir?

...SETERUSNYA BACA DI SINI

Apa Nurul Izzah buat nihhhh..???!!!

Posted: 11 May 2014 09:35 PM PDT

Ishhhh... Nurul Izzah... tolong la jaga nama baik keluarga sendiri... dah la Papa tu tinggal tunggu masa saja nak "masuk ke dalam"... jangan la buat mama tu pening pulakkkk...!

Udah-udah la apa yang berlaku daam rumahtangga you tu Nurul Izzah... kesian la kat anak-anak, papa mama dan adik-adik tu... jangan malukan depa... kesiannnn...

Apa cerita la Nurul Izzah ni buat perangai macam ni... pressure sangat ke? Ni cuba tengok kat bawah ni apa yang Nurul Izzah ni dah buat...


Cuba klik kat sini...

Awat PAS Marah Sangat Kat Pakcik Nihhh..???!!!

Posted: 11 May 2014 07:19 PM PDT


Hari ni penamaan calon PRK Bukit Gelugor.. tapi heran jugak laa.. awat la PAS marah sangat kat pakcik ni... Mahfuz siap nak rujuk ke lawyer bagai.... hmmmm...

Tu la pakcik... lain kali hati-hati bila masuk PAS... borang pakcik tu taktau la depa proses ke tidak... tapi yang besar kemungkinan ialah DUIT YURAN pakcik tu mungkin depa dah proses dalam kocek depa...

Nak tau kenapa PAS marah sangat kat pakcik tua ni? 
 
Sila rujuk kat sini...

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 May 2014 11:10 AM PDT

PEJUANG BANGSA


MAT SAID MOVE BUAT KEJUTAN KELUAR UMNO , KERAJAAN BN AKAN TUMBANG ?

Posted: 12 May 2014 10:50 AM PDT




Inilah politik ...dok elok-elok berkuasa  pi  letak jawatan MB dan keluar parti UMNO hingga menyebabkan kerajaan BN Terengganu tergantung apabila kerusi DUN dengan PR adalah sama iaitu 15 .

GPB pun tak tahu apa punca pergolakan di Terengganu ini hingga perancangan  #MatSaidMove ini dibuat dan lebih hebat daripada #KajangMove .

Kalau Mat Said dan Adun Ajil isytihar sokong PAS di DUN Terengganu , silap haribulan MB Terengganu malam ini dilantik iaitu Razif akan mencipta sejarah jadi MB paling singkat .  Kerajaan  BN akan tumbang dan tak mustahil Hadi Awang kembali menerajui kerusi MB semula !  





Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.



KENALI HUAN CHENG GUAN , CALON TERBAIK UNTUK PENGUNDI BUKIT GELUGOR

Posted: 12 May 2014 07:56 AM PDT




Saya mengenali Datuk Huan Cheng Guan sekitar tahun 2008 dahulu, ketika itu beliau Naib Presiden GERAKAN tetapi tewas dalam PRU12. Walaupun beliau tewas ketika itu, tetapi belliau telah dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional di Parlimen atas pengalamannya sebagai bekas Wakil Rakyat.
Selepas beliau tewas (2008), kami bersembang pengalaman beliau selama menjadi wakil rakyat dan azamnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Sebagai bekas seorang tentera, ciri-ciri personaliti "smart", menepati janji dan tetap pendirian masih kekal dalam diri beliau.
Sehingga ke hari ini, apabila saya menelefon beliau baru satu dua kali deringan beliau sudah mengangkat telefon, sungguh cepat. Beliau mendengar perbualan kita dengan cermat dan memberi pandangan yang baik.
Beliau adalah bekas tentera laut jika saya tidak silap, pernah berkhidmat di Labuan sebelum bersara dan melibatkan diri dalam politik Pulau Pinang.
Berdasarkan rekod PRU 2004, Datuk Huan Cheng Guan memenangi kerusi parlimen Batu Kawan dengan jumlah undi 17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperolehi 6,552 undi.
Pada tahun yang sama juga di Bukit Gelugor, Karpal hampir tewas dengan memperolehi undi 22,529 undi manakala calon MCA Lim Boo Chang memperolehi 21,268 undi.
Saya berpendapat, pengalaman Datuk Huan Cheng Guan di dalam tentera, kerajaan dan NGO sangat sesuai kepada rakyat di Bukit Gelugor. Saya pasti beliau tidak akan mengecewakan jika terpilih di Bukit Gelugor. - SUMBER-

ANWAR TUDUH GADUH DIATUR GARA-GARA TV3 BERJAYA RAKAM VIDEO KEKECOHAN !!

Posted: 11 May 2014 08:14 PM PDT




Begitulah kalau sudah terdesak. Berbanding mengaku salah dan gagal menguruskan parti dengan baik, Anwar Ibrahim mencari-cari kesalahan orang lain untuk dituding dan kemudian berlepas diri.

Semalam, berita tentang kekecohan proses pemilihan PKR di Selangor yang merupakan negeri terakhir membuat pengundian dan pemilihan, telah disiarkan oleh media massa dan elektronik secara meluas. Tumpuan sudah tentulah kepada TV3 memandangkan TV3 adalah syarikat penyiaran yang saham-sahamnya dikuasai dan dimiliki oleh UMNO. Namun, tidak sahaja TV3, bahkan beberapa rangkaian televisyen yang lain turut menyiarkan kekecohan tersebut.

Anwar Ibrahim yang sudah pun melarikan diri ke luar negara bagi mengelak malu, segera menuding jari ke arah UMNO apabila pendedahan tersebut dibuat. Menurutnya, terdapat 'ASAS KUKUH' pembabitan UMNO dalam semua kekecohan tersebut. Bukti yang diberikannya ialah KEHADIRAN WARTAWAN PENYIAR TV3 di lokasi kejadian.

Hanya kerana disiarkan, maka kesimpulan mudah yang dibuat ialah, semua kekecohan tersebut diatur.

Sebelum ini, para penyokong PKR menuduh polis yang merancang semua kekecohan tersebut menerusi penyusupan anggota-anggota Cawangan Khas bagi memburuk-burukkan PKR. Namun seperti biasa, tiada bukti yang ditampilkan, sebaliknya sekadar tuduhan-tuduhan rambang.



Kekecohan sebenarnya bukanlah bermula di Selangor sahaja. Bahkan meluas di seluruh Malaysia. Sabah mencatatkan kekecohan besar sehinggakan Ansari Abdullah yang merupakan antara penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pernah menjadi calon PRU dan PRK Batu Sapi, digantung keahlian kerana mempersoalkan ketelusan JPP selain mendedahkan tentang penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan puak-puak yang menyokong Lakim Ujim.

Barangkali Anwar Ibrahim yang sedang mencipta skrip baru membabitkan sokongan dif-dif kehormat antarabangsa dalam isu liwat dan hukuman penjaranya, tidak mampu berfikir lagi sehinggakan kebijaksanaannya menipu dan memberikan alasan, terpaksa ditutup dengan alasan yang sebegitu bodoh.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim menyatakan, kekecohan tersebut adalah perkara biasa, memandangkan terdapat ramai ahli-ahli PKR yang belum faham tentang REFORMASI dan sedang menyesuaikan diri dengan sistem pemilihan PKR yang sangat canggih itu!!! -SUMBER-

BATAL HUDUD : HASIL BANTUAN MAT SABU BERJAYA KAMBING HITAMKAN KERAJAAN PUSAT !!

Posted: 11 May 2014 05:30 PM PDT



Signifikannya keputusan PAS batalkan membawa Hudud ke Parlimen diumukan hari ini   sebenarnya telah  kambing hitamkan kerajaan Pusat dengan bebanan untuk menjawab isu ini . Lagi lama keputusan  kajian mengenai perlaksanaan hudud  dibuat Jawatankuasa Teknikal ini , maka ini seronok lah mereka menghentam UMNO dan kerajaan Pusat menolak hukum hudud .


 Memang pintar otak putar belit Mat Sabu dengan menggunakan  jawatankuasa teknikal ditubuhkan untuk PAS melepaskan diri daripada bebanan  isu hudud 


Ini kerana , selepas daripada keputusan ini  ... mereka telah anggap  isu hudud  selesai kepada  DAP  apabila Pas  secara rasminya membatal hasratnya untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat pada Jun ini yang membolehkan Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dilaksanakan di Kelantan 


Ia juga  sekaligus sebagai hadiah untuk sekutu mereka DAP  menghadapi  Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan .

Sebenarnya keputusan PAS batalkan  bentang hudud di Parlimen   ini juga menyerlahkan sikap sebenar pemimpin mereka yang hanya berani menyalak &  tidak pernah konsisten pertahankan prinsip utk menegakkan hukum Allah & syiar Islam.








Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Pas sebentar tadi.

Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

"Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan.

"Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah," katanya yang membacakan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun keputusan untuk menangguhkan pembentangan usul di Parlimen dibuat, namun Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, Pas bertekad untuk memastikan undang-undang hudud terlaksana.

"Terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbincang dengan Kelantan dan Pusat.

"Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah," katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu sudah dimaklumkan kepada rakan sekutu dalam PR, Mat Sabu berkata, pihaknya tidak berbuat demikian.

"Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini," katanya.

Untuk rekod, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu telah mengumumkan kerajaan negeri sudah  bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.

Rang undang-undang itu akan dibawa Ahli Parlimen Pas dari  Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

bumiyang

Posted: 12 May 2014 03:14 AM PDT

bumiyang


Komplen/Fitnah SPR Gagal Wujudkan Pilihanraya Bersih Sebaliknya PKR Gagal Uruskan Pemilihan Dengan Hanya 400 Ribu Ahli???

Posted: 11 May 2014 10:18 PM PDT

Seorang Pemimpin Tajaan Yahudi Berusaha Membebaskan Palestine???

Posted: 09 May 2014 07:40 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 12 May 2014 01:36 AM PDT

Taipingmali (tm)


Ust Azhar Idrus Tegur Nurul Izzah Bonceng Motorsikal Dengan Bukan Mahram

Posted: 11 May 2014 07:46 AM PDT

BN Perjuangkan Nasib Ibu Tunggal Melalui Juwita

Posted: 11 May 2014 05:24 AM PDT





Posted: 10 May 2014 06:03 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah untuk semua individu tanpa mengira lapisan masyarakat dan perbezaan kaum termasuklah golongan wanita yang bergelar ibu tunggal, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, melalui program Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal (Juwita), Pergerakan Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak membantu memperjuangkan nasib golongan terbabit bersandarkan kepada satu payung sahaja.

"Juwita membantu persatuan-persatuan ibu-ibu tunggal di bawah satu payung untuk berjuang dan membela nasib mereka dan memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Juwita: Ratu Hatiku yang turut menyaksikan proses menandatangani memorandum persefahaman antara Juwita dengan tujuh persatuan ibu tunggal kebangsaan di Hotel Primiera, hari ini.

Menurutnya, Juwita akan mengambil perhatian kepada nasib ibu-ibu tunggal melalui perundangan, polisi dan peraturan-peraturan yang ada bagi memastikan sebarang masalah berbangkit dapat diselesaikan.

"Dua KPI utama Juwita kali ini ialah untuk mewujudkan kad insurans kepada golongan ibu-ibu tunggal bagi mendapatkan rawatan kesihatan untuk ahli keluarga mereka serta yang kedua ialah untuk mendapatkan kad diskaun bagi memperoleh potongan bagi harga barangan tertentu terutamanya barangan keperluan harian.

"Dengan pemberian kad diskaun tersebut,ia sedikit sebanyak membolehkan ibu tunggal yang menjadi ketua keluarga mampu menyara hidup keluarga mereka lebih mudah."

Beliau yang juga Yang Dipertua Juwita Kebangsaan turut menjelaskan bahawa pengerusi Juwita telah diwujudkan di 191 pejabat Wanita UMNO bahagian di setiap kawasan Parlimen bagi mendapatkan maklumbalas dan menyampaikan kepada pihak atasan berkaitan masalah-masalah yang ada.

Dalam majlis yang dihadiri lebih 2,000 peserta ini, turut dihadiri oleh wakil usahawan ibu tunggal yang hadir bagi mempromosikan barangan dan produk keluaran mereka.

Juwita adalah satu pertubuhan yang dinaungi oleh Wanita Barisan Nasional dan diuruskan oleh Wanita UMNO dan telah dilancarkan tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Selain itu, Juwita juga berperanan sebagai perantara anatara persatuan ibu tunggal dan gensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi membantu permasalahan yang dihadapi.

Perak Alami Masalah Infrastruktur Telekomunikasi (+senarai main)

Posted: 11 May 2014 04:07 AM PDT

Ahli UMNO Perlu Sedia Berdepan Dengan Halangan Dan Cabaran Untuk Majukan...

Posted: 11 May 2014 04:02 AM PDT





Ahli UMNO Perlu Sedia Berdepan Dengan Halangan Dan Cabaran Untuk Majukan Parti:- DSD Mohd Najib Tun Razak

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menganggap pelbagai cabaran dan halangan akan wujud dalam usaha untuk membangunkan sesebuah parti.

Justeru, beliau menyarankan semua ahli parti itu agar sentiasa sedar perkara itu dan segera memperbaiki kelemahan yang perlu.



 "Tentu sekali kita akan berdepan cabaran dan permasalahan untuk kita terus maju dan membangun.

"Tetapi kita perlu sedar proses pembaharuan, penambahbaikan dan musahabah diri perlu dilakukan sepanjang masa. 




"Ini untuk memastikan UMNO terus kekal relevan dan tetap unggul.

Mohd Najib menambah, dalam berdepan dengan setiap cabaran dan halangan, UMNO perlu melakukan proses transformasi dan adaptasi mengikut citarasa rakyat dan corak persekitaran politik semasa.



Katanya, dengan berbuat demikian, parti itu juga akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang mendatang.



"Kita perlu melakukan proses transformasi dan adaptasi supaya kita semakin hari semakin gagah dan kuat serta dilihat sebagai parti yang sentiasa dinamik," katanya sempena majlis perasmian Rumah UMNO Taiping di Taiping.

Tambahnya lagi,



UMNO tetap mengekalkan prinsip perjuangannya meskipun sudah 68 tahun penubuhannya.

"Prinsip yang kita perjuangkan sejak 68 tahun penubuhan parti UMNO masih kekal dan tidak berubah sehingga hari ini. 




"Pendek kata, menobatkan maruah bangsa, agama dan negara tetap merupakan landasan dan prinsip perjuangan kita sehingga hari ini," ujarnya lagi.



Sementara itu, bangunan dikenali Rumah UMNO Taiping katanya, akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pemimpin tempatan tetapi juga ahli ahli di peringkat akar umbi.



 "Rumah UMNO Taiping ini bukan sahaja boleh dijadikan pejabat dan bilik mesyuarat tetapi juga boleh digunakan sebagai tempat untuk percambahan fikiran serta merangka strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.



 "Di samping itu, ia juga dilihat sebagai aset yang penting di mana kita boleh menggembleng tenaga dan aspirasi untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi PRU-14 nanti," katanya.

9 cabang Pkr di batalkan pengundian mereka, di mana keadilannya?

Posted: 11 May 2014 03:39 AM PDT

11 Mei - Tidak sampai satu jam proses pengundian ditutup kira-kira pukul 5 petang ini, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.

Pembatalan pengundian itu diumumkan kira-kira 4.30 petang ini oleh wakil petugas pemilihan parti itu.

Tindakan sekumpulan lelaki itu difahamkan dilakukan setelah tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan yang mana sebelum itu mereka cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks sukan MPK, Taman Seri Andalas namun dihalang oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang bertugas.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan berkenaan selain bertindak merampas peti undi dan melemparkan ke lantai dewan.

Selain itu, mereka juga bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan yang disediakan untuk para pengundi.

Ekoran kejadian itu, pasukan polis bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan. - UTUSAN ONLINE

Aspirasi Bangsa

Posted: 12 May 2014 01:25 AM PDT

Belantan

Posted: 11 May 2014 11:53 PM PDT

Belantan


Indah khabar dari rupa, macam ini nak perintah negara...!!! Pemilihan 12 cabang PKR Selangor batal?

Posted: 11 May 2014 10:03 PM PDT


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang berlangsung hari ini menyaksikan 12 daripada 22 cabang parti itu terpaksa dibatalkan ekoran bantahan daripada ahli-ahli yang mendakwa prosesnya tidak telus dan wujud unsur-unsur penipuan.

Proses pemilihan Cabang Kuala Selangor memperlihatkan insiden memalukan apabila kawasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu terpaksa dibatalkan.

Pembatalan tersebut diumumkan oleh wakil petugas pemilihan PKR cabang berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang selepas kira-kira 30 pengundi dipercayai penyokong calon ketua cabang, S. Manikavasagam tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus selain wujud­nya unsur-unsur penipuan.

Mereka yang meluru masuk ke pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini sebelum itu mempertikaikan cara Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menguruskan proses pemilihan.

Selain campur tangan wakil calon, mereka juga tidak berpuas hati dengan kertas undi bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang nama seorang calon Naib Ketua AMK Cabang Kuala Selangor, V. Bobi Nath dikatakan tidak disenaraikan sebagai calon.

Bobi Nath ketika ditemui berkata, dia terkejut dengan perkara itu kerana ketika pencalonan namanya disenaraikan sebagai calon bertanding jawatan Naib Ketua AMK PKR Cabang Kuala Selangor.

"Sekarang apabila lihat senarai calon pemilihan hari ini, nama saya tiada, nama saya dipadamkan. Saya ahli PKR, nama saya ada ketika pencalonan. Ini semua tipu, batalkan sahaja pemilihan ini," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menerusi akuan Twitternya hari ini turut mengulas pembatalan pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor dan beliau meminta maaf kepada ahli-ahli selain menyatakan PKR benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh.

Di Kota Raja, situasi sama turut berlaku di PKR Cabang Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan meskipun proses pengundian hampir berakhir pada kira-kira pukul 5 petang berikutan sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Tindakan sekumpulan lelaki itu berikutan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang ber­kenaan dan mereka sebelum itu cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas namun dihalang oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas.

Pembatalan pemilihan PKR Cabang Kota Raja itu diumumkan oleh wakil JPP, Nadarajan K. Raju pada kira-kira pukul 4.30 petang atas alasan peti undi dipecahkan.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan selain bertindak merampas peti undi dan melempar ke lantai.

Di Klang, pemilihan PKR Cabang Klang turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan masing-masing P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot kerana mendakwa tidak telus.

Mereka mendakwa wujud pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di Cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi.

Ekoran dakwaan penukaran senarai calon itu, ketiga-tiga calon terbabit menggesa pemilihan dibatalkan sebelum diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP pada kira-kira pukul 2.10 petang.

Di Sabak Bernam, pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada pukul 1 petang dan 3 petang kerana ekoran ahli-ahli membantah dan tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus dan mempunyai unsur penipuan.

Pada masa sama, pemilihan PKR bagi Cabang Subang, Sepang, Hulu La­ngat, Hulu Selangor, Kapar dan Sela­yang turut dibatalkan atas alasan sama.

Proses pemilihan PKR Cabang Shah Alam turut dibatalkan pada kira-kira pukul 6 petang apabila wujudnya bantahan terhadap proses pengundian yang dikatakan lemah dan tidak telus.

Pembatalan itu dibuat setelah wujudnya rasa tidak puas hati ahli-ahli parti yang mendakwa wujudnya pengundi yang membuang undi melebihi satu kali termasuklah calon Ketua Cabang yang berkempen di kawasan larangan serta kertas undi yang dipinda.

Di Shah Alam, calon Ketua Cabang PKR Shah Alam, Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila Exco tersebut didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung.

Di Kuala Langat, kekecohan turut berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat pada kira-kira pukul 4.55 petang apabila sekumpulan lelaki dipercayai ahli parti menyerbu masuk serta melakukan provokasi ke atas pusat pengundian di Dewan Wawasan Batu 9, Teluk Panglima Garang selain memecahkan peti undi dipercayai tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan.

Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Peta­ling Jaya untuk proses pengiraan.

Suara Politik
Belantan

Calon ketua cabang dakwa MB amal politik wang?

Posted: 11 May 2014 10:34 AM PDT


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor yang berlangsung hari ini disifatkan tidak bersih apabila para pengundi didakwa dipengaruhi oleh politik wang.

Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mendakwa perkara itu berlaku di Jeram apabila calon lawannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi pegawainya memberikan wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundi Menteri Besar itu.

"Saya ada bukti, saya ada rakaman. Mereka (pihak Abdul Khalid) beri duit (kepada ahli). RM30 untuk mengundi jawatan pusat, RM20 untuk mengundi cabang.

"Dulu kita kata BN (Barisan Nasional) main duit, sekarang beliau sendiri yang buat seperti itu. Saya minta JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) supaya mengambil tindakan secepat mungkin," katanya.


Sementara itu Pengawas Pemilihan, Zainal Abidin Abu Samah menunjukan laporan pengawas pemilihan dan notis pembatalan pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor atas sebab-sebab tertentu bertempat di dewan orang ramai Bestari Jaya disini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 May 2014 11:46 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GURU MELAYU TIDAK PATUT DIHALANG MENGAJAR DI SEKOLAH CINA

Posted: 11 May 2014 10:10 PM PDT


Menjelang PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan yang ditandingi oleh calon-calon dari DAP, kesempatan tersebut telah digunakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Melaka untuk membuat satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan guru-guru Melayu.


Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh LEE KHEE YOON, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang.


LEE KHEE YOON merupakan salah seorang pemimpin DAP tempatan.

Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Antara yang dikenali termasuklah:


(1) YANG YIN CHONG - Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka
(2) LIM MENG KING - Setiausaha Dong Zhong Negeri Melaka
(3) LEE YON HUA - Presiden Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Malaysia.
(4) KHOO PAOY TIONG - ADUN Ayer Keroh
(5) GINIE LIM SIEW LIN - Naib Ketua PKR Cabang Alor Gajah
(6) VEERAPAN A/L SUPARMANIAM - ADUN Repah


Dalam tunjuk perasaan itu, kumpulan terbabit telah menaikkan dua sepanduk besar berukuran 2x6 kaki yang mengandungi tulisan dwi-bahasa iaitu Cina dan Melayu. Antara isi kandungan kain rentang tersebut adalah:


(a) KAMI MEMBANTAH GUU YANG TIDAK BERKELAYAKAN BAHASA CINA SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN 1 SMJK PULAU SEBANG.


(b) TETAP MEMBANTAH JABATAN PELAJARAN NEGERI MEAKA MENGHANTAR SEORANG GURU PENOLONG KANAN 1 YANG TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN CINA KE SMJK PULAU SEBANG.


Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.

Menurutnya lagi, disebabkan lebih ramai guru Melayu di sekolah itu, maka seluruh warisan, pendidikan dan kebudayaan serta kesenian orang Cina telah terhakis secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Cina dan seluruh sistem pendidikan Cina apabila secara beransur-ansur menjadikan sekolah-sekolah Cina sebagai sekolah campuran.


Pendapat Pengerusi Dong Zhong Melaka itu dipersetujui oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Lee Khee Yoon yang berkata, LPS SMJK Pulau Sebang berpendirian, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka seharusnya akur dengan tuntutan mereka agar dihantar seorang Guru Penolong Kanan 1 yang beraliran Cina.


Manakala Lee Yoon Hua pula berkata, sekolah-sekolah Cina perlu dipertahankan kerana wujud perjanjian semenjak tahun 1961 manakala demonstrasi yang dilakukan pagi tadi, tidak mempunyai sebarang maksud politik mahupun bertujuan perkauman walaupun yang dinyatakan adalah hak-hak Cina dan tentangan terhadap guru-guru Melayu. Malah dia turut menggesa agar orang Melayu turut bangun menentang dan mempertahankan hak-hak sekolah Cina.
Sependapat dengan Pengerusi Dong Zhong Melaka, Pengerusi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Malaysia itu juga kecewa kerana Kementerian Pelajaran telah beransur-ansur menjadikan SJKC sebagai sekolah campuran.


Hari ini, jam 7:40 pagi tadi, Pengetua Sekolah SMJK Pulau Sebang, TEE KIM THIENG telah mengadakan pertemuan dengan semua guru-guru sekolah. Dalam pertemuan tersebut, Pengetua yang bimbang peruntukan daripada Kementerian Pelajaran disekat, telah memaklumkan bahawa sekolah tidak akan turut serta atau terlibat dengan bantahan Lembaga Pengelola Sekolah di luar pintu pagar sekolah. Sebaliknya, menurut pengetua itu lagi, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengikut segala perancangan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Pertemuan itu turut dihadiri oleh Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof yang dibantah oleh Lembaga Pengelola Sekolah.


Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof telah dihantar ke SMJK Pulau Sebang sebagai Penolong Kanan 1 untuk menggantikan Cikgu Hj. Radzuan bin Kamaruddin yang sudah bersara pada 28 Februari 2014 lalu. Sama seperti Cikgu Radzuan, Cikgu Md. Nor juga tidak fasih berbahasa Cina. Cikgu Md. Nor telah melapor diri untuk memulakan tugas di SMJK Pulau Sebang pada 2 Mei 2014 lalu.


SMJK Pulau Sebang merupakan SEKOLAH BANTUAN MODAL KERAJAAN yang mempunyai 69 orang guru. Terdapat seramai 40 orang guru Melayu, 19 orang Cina dan 9 orang India bertugas di sekolah berkenaan. Pelajar-pelajarnya pula adalah seramai 993 orang dengan pecahannya 72 orang Melayu, 743 orang Cina dan 178 orang India.


http://buletinsengal.blogspot.com/2014/05/ahli-lembaga-pengelola-sekolah-cina.html

AHLI PAS PERTIKAI TANDA-TANGAN HADI TERKETAR-KETAR BERBEZA DENGAN YANG ASAL

Posted: 11 May 2014 08:47 AM PDT

Tandatangan Sebenar Hj. Hadi Awang Kelihatan Lancar

Tandatangannya Terketar-Ketar
Emel ahli PAS : Pertanyaan ahli PAS yang kecewa, kenapa Mat Sabu yang umumkan? Bukankah Hj. Hadi ada di situ selepas mesyuarat? Adakah berlaku Hijack? Rampasan Kuasa? Kudeta?


ANWAR LARI KE LUAR NEGARA, MALU PILHANRAYA PKR MACAM HANTU MELOLONG BERANTAKAN

Posted: 11 May 2014 07:13 AM PDT

Di Sepang - Enam peti undi di pusat pemilihan PKR Cabang Sepang terpaksa dibawa ke PKR pusat untuk kiraan semula. Perkara itu berlaku disebabkan terdapat bantahan daripada calon bertanding berhubung pengiraan yang dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Hanya 946 pengundi daripada 5,851 ahli PKR cabang Sepang keluar mengundi bagi memilih pemimpin di kawasan tersebut.

Di Gombak - Ada orang bagaikan hantu nak menendang. Tindakan calon Ahli Jawatankuasa Cabang Gombak dan beberapa petugas membantu ahli memangkah undi dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menimbulkan kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dan perang mulut di pusat mengundi.

Rentetan kejadian itu menyebabkan seorang ahli naik berang dan cuba menendang peti undi bagi membolehkan pembatalan dibuat dan pemilihan dijalankan semula.

Keadaan itu mencetuskan suasana tegang antara penyokong-penyokong calon dan petugas lain yang mempertikai ketelusan perjalanan proses membuang undi yang dijalankan di Kompleks Muhibbah, Gombak di sini hari ini.


Di Kota  Raja - Malaysakini melaporkan  Antara yang terlibat adalah cabang Kota Raja susulan kejadian melibatkan satu peti undi yang didakwa "dipecahkan" yang menyebabkan satu pergelutan berlaku.

Penyandang ketua cabang tersebut Dr Xavier Jayakumar mendakwa seorang lelaki cuba merampas peti undi tersebut dan menghempaskannya ke lantai menyebabkan kertas undi bertaburan. "Satu pergelutan berlaku tetapi tiada kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, kejadian tersebut belaku pada kira-kira jam 4 petang selepas lebih 1,000 anggota cabang tersebut menunaikan tanggungjawab mereka di sebuah pusat komuniti di Klang. Proses pengundian yang sepatutnya berakhir pada jam 5 petang digantung selepas kejadian itu.

"Sangat sedih sekali kerana perkara ini berlaku... Kami akan membuat laporan pada jawatankuasa pemilihan," katanya. Xavier yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya menegaskan, individu didakwa menghempaskan peti undi tersebut bukan seorang penyokongnya.

Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku dalam cabang PKPR Kota Raja semasa pemilihan kali ini. Anggota cabang tersebut didakwa membaling kerusi ke arah satu sama lain semasa parti itu mula memperkenalkan sistem pemilihan baru pada tahun 2010.

MASA UNTUK SPR PULA KETAWAKAN  ANWAR
Di Kuala Selangor - Dibatalkan kerana Penipuan

Di Sabak Bernam - Dibatalkan kerana tidak telus dan penipuan

Di Hulu Langat - Dibatalkan Tipu Menipu

Di Klang - Dibatalkan Tidak telus dan  menipu

Di Subang - Dibatalkan kerana Menipu

Di Sungai Besar - Dibatalkan Tipu Menipu


Di Sarawak dan di negeri-negeri lain aktiviti tipu-menipu, bayar-membayar undi, sogok-menyogok, aktiviti baling peti undi, aktiviti tendang-menendang jadi bahan ketawa DAP dan rakyat.

Dan paling hebat dalam sejarah Undi Dikira Dalam Bilik Hotel !

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 11 May 2014 11:34 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Hukum Hudud. Tak Sampai 1% Tekanan Yang PAS Terima Berbanding Kerajaan Brunei...

Posted: 11 May 2014 07:00 PM PDT


Siapa yang menentang hudud di malaysia? DAP, PKR dan MCA, UMNO kini sudah menyokong pelaksanaan hukum Allah itu...

Jadi aku tak nampak bertapa hebatnya tekanan yang di terima oleh pas dalam melaksanakan undang-undang syariah itu berbanding dengan tekanan yang cukup-cukup hebat yang di terima oleh kerajaan Brunei...

Setakat pas hilang sokongan cina apalah sangat, masih ramai orang melayu/Islam yang bersama-sama ingin melihat undang-undang syariah itu dilaksanakan sepenuhnya...

Cuba kita lihat brunei, setiap hari DYMM Sultan Hasanal Bolkiah menerima tekanan dari pihak luar yang tidak senang dengan keputusan baginda untuk melaksanakan hudud, tak cukup dengan tekanan dari negara-negara kafir harbi, Baginda turut di hina oleh beberapa stesen penyiaran milik yahudi seperti cnn dan lain-lain...

Baginda sultan tahu akan tekanan yang dia hadapi, malah sekiranya puak-puak ini serius memberi tekanan terhadap brunei, ia mampu menjahanamkan ekonomi negara itu...

Bak kata baginda, "siapakah kita di hadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang-undang ini bukanlah baru di gubal tetapi telah termaktub didalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1400tahun lebih"

Jadi setakat pas di ugut oleh dap dan pkr, pada aku itu celah gigi je, sultan brunei kena ugut lebih hebat dari itu...

Ucapan Tuanku Sultan Brunei klik sini...

VIDEO: Tengok Apa Yang Berlaku Bila Kaldai Pun Nak Berpolitik Juga...

Posted: 11 May 2014 07:51 AM PDT

Bila kaldai atau baghal nak berpolitik, maka inilah terjadi...

Aku tak pasti kat mana kejadian ini berlaku, tapi apa yang nyata ia berlaku di negeri selangor dan semasa pemilihan cabang pkr...

Enjoy...

oyabun

Posted: 11 May 2014 11:24 PM PDT

oyabun


Jangan berselindung, berterus terang sajalah DAP!

Posted: 11 May 2014 11:04 AM PDT


Entah apa mimpi yang menguliti tidur­nya, seorang wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang secara tiba-tiba mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa transgender di negeri itu. 'Tujuannya' bagi membela golongan berkenaan. Juga bagi membuktikan 'kesamarataan' yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Wakil rakyat itu kelihatan bersungguh-sungguh dengan idea tersebut. Khabarnya sudah dipanjangkan kepada kerajaan negeri. Beliau berharap perkara itu dapat dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dua minggu lagi.

'Menariknya' saranan itu muncul di tengah-tengah kehangatan isu penolakan masyarakat terhadap perjuangan Gabu­ngan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Tidak dapat dipastikan apa motif wakil rakyat berkenaan mengutarakan cada­ngan tersebut. Ada beberapa andaian yang boleh ditelah. Satunya jumlah golongan berkenaan semakin meningkat di di Pulau Pinang. Kedua, nasib golongan tersebut di bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai sangat tidak terbela sehingga memerlukan sebuah jawatankuasa khas bagi kumpulan ini.

Mereka mungkin juga dipinggirkan, menerima layanan buruk, sering menjadi mangsa prejudis dan diskriminasi di bawah pemerintahan khalifah sekarang.

Jika cadangan ini diterima, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang mempunyai jawatankuasa khas berhubung transgender, tahniah!

Jawatankuasa ini nanti sudah tentu berfungsi sebagai satu platform rasmi untuk golongan itu.

Bunyinya suci dan sungguh mulia. Platform tersebut akan memperjuangkan isu-isu berkaitan transgender.


Pada peringkat awal mungkin berkisar kepada 'kempen-kempen' bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Pulau Pinang untuk memahami 'kehidupan' golongan ini.

Kempen-kempen 'kesedaran' ini sudah pasti berselang-seli dengan kisah-kisah 'azab dan lara' golongan transgender yang kononnya terpinggir, menjadi mangsa diskriminasi, menerima layanan buruk ma­syarakat, majikan dan di tempat kerja serta pelbagai lagi.

Jangan terkejut, fasa seterusnya akan meneroka bab-bab kesamarataan mengikut definisi dan budaya hidup golongan ini. Antaranya hak mereka untuk berpasangan, mendirikan berumahtangga, berkeluarga dan hak meluahkan jantina palsu masing-masing di khalayak secara terbuka.

Kalaulah ini berlaku, nampaknya sama seperti apa yang sudah berlaku di kebanyakan negara Barat.

Golongan ini bebas berarak di jalan raya memperjuangkan hak-hak di atas. Juga salin tak tumpah dengan wajah perjuangan Comango.

Jadi apa motif sebenar cadangan ini diutarakan. Tidak dapat dipastikan adakah itu satu cadangan yang tulus dan jujur atau sekadar satu lagi provokasi terbaharu. Apa perlunya sebuah jawatankuasa untuk transgender kerana sejak dua penggal memerintah, kerajaan negeri sudah mempunyai satu portfolio khas menjaga hal-ehwal kebajikan rakyat.


Banyak NGO sudah mula bersuara. Mereka melihat saranan itu sebagai melampau, ekstrem dan tidak masuk akal apatah lagi keluar dari mulut seorang wakil rakyat. Sesetengahnya pula melihat saranan ini sebagai percubaan mempromosi budaya songsang secara berselindung.

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) awal-awal lagi sudah menghidu 'bau busuk' di sebalik cadangan tersebut malah menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menentang cadangan ini bukan bermakna menentang golongan transgender, tetapi menentang satu agenda halus sebuah parti politik yang berselindung di sebalik nama kesamarataan.

Wakil-wakil rakyat di Pulau Pinang perlu waras dalam menilai perkara tersebut. Tidak perlulah bersungguh-sungguh sangat. Banyak lagi jawatankuasa lain yang lebih berfaedah boleh ditubuhkan.

Kenapa tidak wujudkan jawatankuasa khas bagi membantu dan membela nasib penduduk-penduduk miskin duduk di kampung-kampung tradisional seper­ti Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan Kampung Tengah.

Sudahkah ditubuhkan jawatankuasa ba­gi membela nasib penjaja-penjaja kecil di sekitar Batu Feringghi, Padang Kota atau di tengah-tengah bandar Georgetown yang sering menjadi mangsa tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.

Apa pula nasib nelayan pantai di Kampung Tanjung Tokong yang terjejas teruk kehidupan mereka akibat kerakusan pembangunan projek-projek jutaan ringgit. Sudahkah ada satu jawatankuasa khas untuk mereka?

Janganlah berselindung di sebalik nama kebajikan, kesamarataan dan hak asasi. Berterus terang sahajalah, kalaupun mahu menyokong Comango.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 11 May 2014 11:23 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Now Everyone Has To Pay RM3 KLIA2 Airport Fees | Wee Choo Keong

Posted: 11 May 2014 07:20 PM PDT

AirAsia imposes RM3.00 airport fees per passenger. Just look at the

AirAsia imposes RM3.00 KLIA2 Airport Fees per passenger.  Cebu Pacific Air, Tiger Air and Malindo Air do not charge such airport fees.

 

Updates on 11-5-2014 @ 1:45 pm:  

AirAsia has said that it has to pass on the charge of RM3.00 KLIA2 Airport Fees to passengers because of MAHB's charges for  aerobridge, check-in system and others.  It was crystal clear that AirAsia was trying hard to pass the blame to MAHB for AirAsia's own imposition of the KLIA2 Airport Fees of RM3.00.  It would appear that the nation has been burdened with endless problematic AirAsia.  Please read below the view of Malindo Air on the AirAsia's KLIA2 Airport Fees of RM3.00.

Malindo Air chief executive officer Chandran Ramamurthy told The Rakyat Post that his airline's prices were all-inclusive and confirmed that the RM3 free, as MAHB had said, was set by AirAsia.  "We don't want to burden our passengers with our operations cost. The airport does not charge RM3 per passenger. AirAsia came up with RM3 based on their own calculations."  For the full report by The Rakyat Post, please read HERE. 

 

Everyone thought that AirAsia is a very powerful airline when it announced that it will stay put in LCCT despite the completion of KLIA2.  Now Everyone Can Laugh Out Loud at the 180 degree u-turn when AirAsia starts to operate at KLIA2 today.



Read more



Sent from my iPhone

Artikel Pelajar Mesir Hukum Sambut Hari Ibu - Berbeza Pandangan @Ustazharidrus

Posted: 11 May 2014 06:04 PM PDT

Petikan artikel : 


Pengharaman sambutan Hari Ibu

Kelompok yang mengharamkan, antaranya ialahSyeikh Muhammad bin Sholih Al-'Utsaimindan  Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Bazyang pernah mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini.

Mereka berpendapat bahawa menyambut Hari Ibu adalah perbuatan bida'ah berdasarkan hadisRasulullah s.a.w. iaitu,

"Barangsiapa yang mengadakan perkara-perkara yang baru dalam urusanku ini (Islam) yang tidak bersumber darinya, maka amalan tersebut akan tertolak".

Justeru, perayaan hari ibu tidak diperbolehkan. Sebarang simbol-simbol yang menggambarkan perayaan seperti pemberian hadiah, bersuka ria juga tidak boleh diadakan.

Pengharusan sambutan Hari Ibu

Bagi kelompok yang mengharuskan pula turut bersetuju bahawa perkara ini ialah perkara yang diada-adakan, namun ia bukanlah bida'ah dalam ibadat tetapi hanyalah bida'ah dalam adat kebiasaan. Antara ulama dalam kelompok ini ialah,

Sheikh Faisal Mawlawi

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) memberi pandangan bahawa dibolehkan untuk menyambut Hari Ibu dengan dua syarat iaitu :

1) sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu

2) sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum syarak iaitu menyamai Aidiladha dan Aidilfitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus syariah.

Dr Muhammad al-Banna

Beliau juga turut berpendapat yang sama dengan tambahan syarat yang lain untuk menyambut Hari Ibu iaitu: 

1) Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.

2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.

3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.

Antara ulama lain yang turut memberi pandangan bahawa menyambut Hari Ibu adalah dibolehkan ialah Dr Muhammad Bakar Ismail, Profesor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif dan Dr 'Abdul Fattah Asyur, juga seorang ulama' al-Azhar.

Manakala, Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama' Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberi pandangan beliau bahawa perayaan Hari Ibu pada suatu tarikh yang dikhususkan adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid'ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka.


Seterusnya :

http://www.perubatan.org/v3/cerna-minda/147-umum/2100-wajarkah-hari-ibu-disambut


Mohon sebarkan...

Pandangan Ust Azhar Idrus dihormati namun ia bukan pandangan majoriti ulama. Harap semua berlapang dada. 

Sent from my iPhone

Reaksi Saari Amri tentang Drummer Ukays Sertai Jihad di Syria

Posted: 11 May 2014 08:17 AM PDT


Jihad

Kuala Lumpur – Dia pernah dikenali kerana menganggotai kumpulan Ukays pada satu ketika dahulu.

Siapa tahu selepas kelibatnya dalam arena seni suara pudar, Akil Zainal atau lebih dikenali Akil beralih arah menceburi perniagaan beruniform di sekitar Bukit Bintang, di ibu negara.

Namanya kembali hangat selepas beberapa gambar yang dimuatnaik di laman media sosial menunjukkan Akil memegang AK-47.

Bagi segelintir peminat Ukays perkembangan itu mengejutkan dan pendedahan laporan akhbar yang mengaitkan kemunculan kumpulan bersenjata yang berjuang menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al Assad di Syria turut membabitkan Akil.

Perkara itu The Rakyat Post panjangkan kepada salah seorang rakannnya yang juga penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir.

Menurutnya, berita terbaru mengenai Akil amat mengejutkan kerana telah lama tidak bersua.

"Saya akui saya tidak terlalu rapat dengan Akil dan dah lama tidak berjumpa dengannya.

"Saya tahu Akil memang di Syria sekarang tetapi saya tidak pasti bila dia pergi dan apa yang dia buat di sana.

"Kali terakhir saya berjumpa dia mungkin dalam enam atau tujuh tahun lalu. Ketika itu dia berniaga di Bukit Bintang" kata Amir.

Amir yang pernah popular dengan beberapa lagu termasuk Di Sana Menanti Di Sini Menunggu mengakui selepas berpecah menyebabkan anggota Ukays kurang berjumpa.

Sementara itu, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Dj Dave berkata pihaknya sedang merangka satu rancangan untuk mengadakan ceramah agama kepada anak seni bagi memberi kesedaran serta menegelak mereka terjebak dengan kumpulan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

"Kami merancang untuk mengadakan ceramah agama bagi golongan seniman bermula Ramadhan ini.

"Jadi dengan cara ini diharap dapat membantu artis supaya lebih dibimbing ke arah jalan yang betul dan boleh bezakan yang benar dan salah.

"Saya nasihatkan kepada golongan artis terutamanya yang mula berjinak untuk belajar agama supaya bergaul dengan orang yang betul-betul membawa syiar Islam yang sebenar, jangan terpedaya dengan mereka yang terlalu janjikan syurga hingga boleh menyesatkan," katanya.

Namun katanya apa yang berlaku kepada Akil mungkin kerana dia salah memilih rakan sehingga membawanya menyertai kumpulan bersenjata di Syria.

"Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku kepada artis kita. Dia mungkin terpengaruh dengan maksud jihad yang sebenar," katanya ketika mengakhiri perbualan telefon.



Panglima : dalam suasana sekarang mempertahan negara lebih utama dari menyertai perjuangan di Syria.

Jihad perlu dipimpin Khalifah Islam dan sekarang kita masih gagal mengembalikan Khalifah selepas Empayar Othmaniyyah runtuh angkara musuh dari dalam.

Harap jangan terpengaruh dengan cerita kita boleh memperolehi jihad dengan mudah. Jihad ekonomi jihad pendidikan juga penting untuk membolehkan kita dihormati.

Yahudi tidak ramai namun mereka menguasai dunia dengan menguasai politik dan ekonomi tanpa perlu meletupkan diri atau jihad sebegini ...


Sent from my iPhone

PAS tidak akan bawa hudud ke Parlimen Jun ini

Posted: 11 May 2014 07:25 AM PDT


pas-tidak-bawa-usul-hudud-di-parlimen

PAS membuat keputusan untuk tidak meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Jenayah Persendirian II atau hudud di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen, Jun ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat, hari ini.

Ianya juga setelah mengambil kira penubuhan jawatankuasa teknikal antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat untuk meneliti cadangan pelaksanaan hudud.

"PAS mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

"Ini bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Persidangan Dewan Rakyat 9 Jun ini hanya berlangsung lapan hari.

Tidak dinyatakan sama ada PAS akan meneruskan cadangan itu pada persidangan Dewan Rakyat pada Oktober dan berakie Disember nanti.

Kenyataan tersebut dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas mesyuarat itu di Ibu Pejabat PAS Pusat, sebentar tadi.

Sebelum ini, PAS Kelantan melalui anggota Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Disember ini.-


http://din.huluselangor.net/?p=50054


Panglima : kenapa mat Sabu baca kenyataan ? kenapa seperti ada sesuatu cuba disembunyikan ? Adakah ada perbedaan PAS Pusat dan Pas Kelantan?

Sent from my iPhone

Video Pergaduhan Pemilihan PKR - Apa Nak Jadi ???

Posted: 11 May 2014 06:23 AM PDT


PKR Kuala Langat

Kuala Langat – Ekoran provokasi yang melampau dan tidak berpuas hati dengan proses pengundian yang dijalankan, satu pergaduhan tercetus antara para penyokong calon yang bertanding ketika pemilihan PKR Cabang Kuala Langat.

Pergaduhan melibatkan antara para penyokong penyandang Ketua Cabang PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga merupakan ahli parlimen Kuala Langat dengan pencabar Radhakrishnan a/l Nallusamy.

Ekoran pergaduhan itu, proses pengundian yang diadakan di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari itu terpaksa dibatalkan.

Abdullah Sani gagal untuk dihubungi, bagi mengulas mengenai kejadian tersebut.

Selain itu difahamkan, proses pengundian di lapan cabang PKR Selangor turut dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan penipuan dan sabotaj.

Cabang-cabang tersebut ialah Subang, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang.

Salah satu cabang bermasalah itu iaitu di Kuala Selangor membabitkan penyertaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang berkenaan.

Abdul Khalid yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdepan tuduhan mengamalkan politik wang sebagai umpang mendapatkan undi dikawasannya.

Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat.


http://www.suara.tv/?p=9649


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 11 May 2014 11:17 PM PDT

The Unspinners


Guan Eng risau DAP terpaksa bertanding menentang bayang-bayangnya

Posted: 11 May 2014 09:28 PM PDT


Ketika menjawab pertanyaan wartawan di hadapan perkarangan Dewan Sri Pinang, Lim Guan eng memperlekehkan BN kerana takut bertanding dalam PRK Bukit Gelugor.

Katanya, dia hairan PM boleh mengaku secara terbuka menghantar proksi dalam PRK dengan berkata PM boleh keluarkan kenyataan BN tidak bertanding tetapi DAP tidak akan menang mudah.

Dia turut juga memperlecehkan BN yang kalau tidak berani lawan, jangan hantar proksi ke PRK ini dan hanya menganggap PRK ini sebagai permainan mereeka. 

Seterusnya dia berkata BN mempermainkan rakyat lalu terus memberi amaran seperti bunyi macam mendiang Karpal Singh, "PRK ini jangan main-main".

Dari kata-katanya hairan kenapa dia tak puashati dengan kemenangan yang sudah pasti. Adakah dia masih dibayangi penurunnan jumlah keluar pengundi cina di PRK Kajang?

Guan ENg seolah-olah tahu bahawa tanpa penglibatan BN, ianya seolah-olah akan membuat cina bertambah jemu dengan DAP.

Pastinya DAP akan lagi bongkak dan angkuh tanpa check and balance dan pengundi cina masih lagi lalai dengan politik benci yang sentiasa dibakar oleh permainan perkauman cina oleh DAP hingga seolah-olah hilang pertimbangan sebbagai warganegara Malaysia.

Entahlah ... Guan ENg menjanjikan warganegara apa untuk kaum Cina Pulau Pinang???


Dilemma Haji Hadi: Hudud atau helah?

Posted: 11 May 2014 07:27 PM PDT






Sempat Haji Hadi angkat tangan bersama-sama calun serta LGE, Haji Hadi dan Wan Azizah.



Entahlah samada ianya akibat ugutan Lim Kit Siang bahawa PR boleh hancur jika PAS terus dengan agenda hudud maka hilanglah angan-angan PAS untuk berkuasa ATAU pun benar-benar PAS serahkan pada Jawatankausa Teknikal untuk kaji balik hudud, pastinya Haji Hadi seronok dapat berada di hari penamaan calun.

Mungkin sempat untuk PAS merasa keseronokan untuk menang satu lagi kemenangan pilihanraya kecil bersama Pakatan Rakyat. Maka berusaha PAS untuk spin demi menjustiifikasikan pendirian baru PAS tentang hudud yang mana pasti mereka tidak kata PAS tak tolak lagi hudud tapi terserah kepada Jawatankausa Teknikal.





AKhirnya Jawatankausa itu akan dipersalahkan juga. Belum apa-apa lagi suara proksi PAS nak mempersalahkan sudah kedengaran.


Katanya ada perjanjian antara PAS dan DAP tentang Hudud.

Yang menjadi bingung di pagi penamaan calun untuk PRK Bukit Gelugur adalah kewujudan ahli PAS yang bertanding mempertahankan agenda hudud PAS dan menuntut hukum hudud untuk Pulau Pinang.












Ke mana agaknya cndong Hadi sekarang?


Usahlah nak kata calun itu ahli UMNO untuk mengelak.

Dengan dua muslimut sebagai mengiringi calun, takkanlah orang UMNO juga??? Wanita atau Puteri UMNO pakai tudung aau rambut berwarna merah menyala atau merah jambu.


Pilih Hadi ... calun PAS atau calun DAP? Hudud atau tak mahu hudud? Perjuangan untuk syurga atau dunia?

Pilih! Pilih! Pilih!
 

SPR jangan lupa DAP parti tak sah

Posted: 11 May 2014 05:01 PM PDT




Kempen Bt Gelugor mula di Alor Setar: Adakah Melayu PAS dan PKR sedar?

Posted: 11 May 2014 05:30 AM PDT


Penamaan calun untuk PRK Bukut Gelugor hanya bermula esuk tapi gerak kerja DAP untuk berkempen sudah bermula dalam satu ceramah oleh Interim DAP kedah di Alor Setar dua hari lepas pada Mei 9hb.

Walaupun hadirin ke ceramah DAP yang diadakan di Dewan Kang Har Tong, Alor Setar hanya dihadiri oleh 100 orang tapi isu-isu yang diperkatakan oleh Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke, Penolongnya, Vincent Wu, penceramah kurang ajar DAP, Hew Kuan Yau, ADUN Derga, Tan Kok Yew dan ADUN Darulaman, Teoh Boon Kok di negeri yang 80% Melayu amat lantang.

Ini hanya mengesahkan sesuatu yang lama dikatakan tentang niat DAP tapi akibat persaingan kausa, Melayu PAS dan PKR sanggup ketepikan kepentingan bangsa dan ummah. UMNO turut mengikut rerntak pembangkang yang direncana DAP.

Tan Kok Yew memulakan serangan dengan menyerang Menteri Besar yang dikatakan masih tidak melakukan perubahan kepada negeri Kedah.



Tetapi perubahan yang dia maksudkan adalah supaya  amalan tanah rizab Melayu yang dijanjikan kepada Melayu untuk memberikan bangsa bukan Melayu menjadi warganegara Tanah Melayu.

Serangan terhadap kontrak sosial itu diteruskan oleh Hew Kuan Yau yang mempersoalkan kerajaan tidak adil kepada pelajar cemerlang 10 A tidak masuk IPTA.

Buat masa ini, pelajar Melayu dan pribumi begitu kurang sekali dapat masuk belajar dalam jurusan yang bernilai tinggi dalam mendpaat kerja baik kerana kemasukan didominasi bukan cina.

Nampaknya DAP yang berkokok tentang keadilan sebenarnya tidak mahu keadilan sosial untuk kaum lain melainkan kaum cina.


Takyahlah nak berlaku jadi Melayu bila isu nampak sangat ditimbulkan oleh cina!!!


Hampir kesemua penceramah menyuarakan penentangan terhadap hukum hudud dan menuduh UMNO memainkan isu hudud dan perkauman selepas PRU13.

Padahal isu hudud ini adalah isu hakcipta terpelihara PAS dan DAP pernah berserirama dengan PAS hingga ada pemimpim PAS percaya DAP setuju dengan perlaksanaan hudud.

ANthony Loke terus dipermainkan permainan persepsi undi majoriti kononnya berpihak kepada Pakatan Rakyat padahal itu bukan cara sistem berparlimen negara ini. Isu ini ditimbulkan untuk meniup rasa curiga terhadap kerajaan seolah-olah persempedanan semula akan dilakukan secara tidak adil.

Hasrat DAP hanya satu iaitu untuk membanyakkan lagi kerusi bandar melebihi kerusi luar bandar supaya memudahkan DAP menguasai negara ini.


GST terus ditimbulkan seolah-olah ianya akan menyusahkan semua rakyat kerana barangan yang  kita beli akan dikenakan 6 peratus. Tapi itu bukan sebenarnya yang dipertahankan oleh Anthony Loke.

Hew pula memutarbelit tujuan diadakan GST dengan berkata negara luar ada GST kerana mereka tidak amal rasuah tidak seperti Malaysia yang banyak rasuah.


Kalau betullah ia menyusahkan rakyat, kenapa sedikit sangat orang cina turun menentang GST? Sebab mereka tahu mereka bersalah!!!


Haiyee perasan ke PAS semua ini???

Calun DAP sanggup lakukan apa saja demi wang

Posted: 11 May 2014 02:30 AM PDT


Pasti dikatakan memberi hak keadilan pada penjenayah.


Ustaz Moden's Weblog

Posted: 11 May 2014 11:00 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


PAS tangguh hasrat bawa Hudud ke Parlimen

Posted: 11 May 2014 08:10 AM PDT


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 May 2014 10:12 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kekecohan Berlaku Pemilihan PKR Sepang

Posted: 11 May 2014 06:42 AM PDT



Unit Amal Kena Marah Pasal Pergaduhan Dalam Pemilihan PKR

Posted: 11 May 2014 12:37 AM PDT



tok gajah

Posted: 11 May 2014 09:57 PM PDT

tok gajah


Tok dah banyak kali kate...........

Posted: 11 May 2014 11:00 AM PDT

(VIDEO) KUALA LANGAT-PEMILIHAN PKR BERTUKAR GANAS @PemilihanPKR @buletintv3


Pemilihan Cabang PKR Kuala Langat kecoh..

Abdullah Sani Ahli Parlimen K.Lgt (calon Ketua Cabang) bila waktu pengundian 10 minit akan tamat tadi arahkan bdk2 Kucing Merah serbu masuk Dewan Wawasan, Kg Medan Sijangkang & terbalikkan kerusi meja serta teraburkan kertas undi.

Seorg lelaki India, Jagathisan a/l Balakrishnan
cedera & telah dihantar ke HTAR.



Pemilihan ini telah digantung

Dollah bertindak kerana dijangka kalah dgn seorg lg calon, Radha yg dilihat meraih undi lebih tinggi setelah penyandang David Chong & seorg lg bekas K.Cabang Norazmi menarik diri di saat akhir.

Pemilihan di 12 Cabang PKR juga kecoh & menerima nasib yg sama


Fakta: Abdullah Sani atau 'nama mesra' nya Dolah Sani memang sukar dicari oleh penduduk Kuala Langat yang mahu mendapatkan pertolongan darinya.

PenangWasabi

Posted: 11 May 2014 09:54 PM PDT

PenangWasabi


Pastikan UMNO sentiasa relevan!

Posted: 11 May 2014 11:19 AM PDT


Berikut ialah transkrip penuh Ruang Bicara Khas Bernama TV Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Perdana Menteri ditemuramah selama sejam oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun UMNO Ke-68.

Datuk Seri, soalan pertama saya adalah UMNO akan merayakan ulang tahun ke-68 pada 11 Mei ini. Kalau UMNO itu manusia, pada usia sebegitu ia dikatakan sudah berumur, kurang tenaga, kurang aktif, dan mungkin semangatnya sudah luntur. Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO pada usia sebegitu?

NAJIB: UMNO masih parti yang berwibawa. Hakikatnya dalam pilihan raya lalu, kita telah berjaya menambah bilangan kerusi. Ini menunjukkan apa pun yang diperkatakan, UMNO masih merupakan parti yang terkuat di tanah air. Ini menunjukkan bahawa perkembangan sebuah parti yang sudah pun usianya mencecah 68 tahun tapi tidak bererti ia semakin lemah atau kurang bertenaga. Namun saya akui (sebagai) sebuah parti, kita mesti lalui transformasi. Kita mesti hadapi cabaran untuk terus jadikan UMNO sebagai parti yang relevan pada setiap zaman.

Berubah atau rebah. Saya ingat lagi kata-kata Datuk Seri apabila mengambil alih teraju (kepimpinan parti). Tetapi masih ada suara-suara sumbang yang mengatakan mereka tidak lihat perubahan ketara dalam UMNO. Mungkin perubahan itu tidak dapat dilihat secara tangible (nyata), mungkin secara sikap dan minda ada perubahan Datuk Seri lihat?

NAJIB: Saya lihat daripada beberapa aspek. Pertama dari segi UMNO, dasar-dasar yang ditunjangi UMNO melalui kerajaan; dasar-dasar ini kita dapat lihat umpamanya UMNO menyokong dasar transformasi negara, UMNO menyokong konsep 1Malaysia dan UMNO juga menyokong segala inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan. Dari segi UMNO itu sendiri, kita telah lakukan perubahan dan pembaharuan di mana kali pertama dalam sejarah parti kita, kita telah dapat melaksanakan apa yang kita katakan pemilihan secara langsung - direct election. Kita tidak lagi bergantung kepada 2,600 perwakilan yang datang ke Kuala Lumpur untuk mengundi kepimpinan parti dari atas sampai ke peringkat Majlis Tertinggi tetapi kita buat pemilihan melalui penyertaan akar umbi 160,000 ahli terlibat dalam proses tersebut. Namun saya akui perubahan dari segi nilai dan budaya perlu makan masa untuk kita membuat perubahan yang lebih mencerminkan apa yang kita patut lakukan dalam konteks persekitaran politik yang baharu. Maknanya yang saya tekankan ialah kita mesti jadi pengamal new politic bukan pengamal the old politic. Ini saya akui memakan masa sebab mengubah mindset manusia, tentu sekali makan masa.

Macam Datuk Seri memperkenalkan cara pemilihan, sudah tentu ia bertujuan mengelakkan politik wang. Tetapi apakah mereka bersedia berubah dari segi minda dan budaya mereka, sanggup transform daripada dulu sanggup beri sogokan untuk dapat sokongan? Apakah mereka tidak lagi berbuat demikian selepas Datuk Seri memperkenalkan cara pemilihan baharu?

NAJIB: Belum sepenuhnya. Saya akui belum sepenuhnya berubah (politik wang) tetapi saya anggap ini sebagai satu perjalanan. Ini mungkin fasa pertama. Lepas ni kita perlu melihat apakah kaedah yang lebih baik dan bagaimana nak ubah mindset atau sikap dan nilai manusia dan pemimpin-pemimpin dalam konteks di peringkat akar umbi. Mereka begitu setia pada parti, mereka berkhidmat untuk parti tetapi saya harap soal pemilihan parti kita menjunjung nilai-nilai yang murni dalam pemilihan.

Ada tak nampak perubahan ke arah lebih baik Datuk Seri?

NAJIB: Ada beberapa aspek nampak lebih baik, tetapi ada aspek yang kita perlu terus lakukan penambahbaikan.

Satu lagi Datuk Seri, mengenai peremajaan parti. Remajakan parti tidak semestinya bermaksud orang lebih muda masuk, tetapi dalam Bahasa Inggeris rejuvenate the party. Pada pilihan raya lepas kita lihat ada lonjakan kerusi bagi pihak UMNO sedangkan untuk rakan-rakan lain kurang mendapat sokongan. Apakah reformasi atau transformasi yang dilakukan itu memberi kesan kepada UMNO dalam pilihan raya lepas?

NAJIB: Sedikit sebanyak sokongan yang bertambah kepada UMNO menunjukkan perubahan yang kita lakukan mendapat sambutan dalam kalangan rakyat tapi sokongan kepada UMNO di kawasan bandar/urban tidak begitu memuaskan lagi.

Jadi langkah kita ke hadapan ialah untuk terus mempertahankan UMNO, kekuatan kita, teras kita di kawasan luar bandar. Tetapi di samping itu kita perlu dilihat sebagai parti yang ada sokongan yang semakin bertambah di kawasan bandar termasuk bandar utama.

Proses peremajaan UMNO itu sendiri, bagaimana Datuk Seri lihat, sudah berjaya atau tidak?

NAJIB: Belum lagi. Saya lihat ini sebagai satu proses. Tak mungkin dalam tempoh masa satu penggal saja atau kurang daripada satu penggal, kita boleh melakukan proses peremajaan dalam UMNO. Tetapi ini bagai satu perjalanan, di mana proses ini mesti berterusan. Jadi, dalam satu penggal ada penggantian dengan pemimpin-pemimpin lebih muda dan baharu dan selanjutnya proses ini akan kita teruskan dan kita perlu mengenal pasti bakat baharu yang boleh kita ketengahkan. Ini mesti merupakan proses yang terancang, bukan proses yang berlaku dengan sendirinya.

Mesti ada usaha yang tersusun supaya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang memang mengiktiraf kepimpinan baharu, intelektual, profesional dan mereka yang mencerminkan, apa yang selalu kita sebutkan, Gen-Y. Kita pun kena merupakan sebuah parti yang sentiasa dapat melakukan proses pembaharuan ini.

Dalam pemilihan yang lepas, ada pihak mengatakan tidak banyak perubahan dari segi muka-muka baharu. Adakah ini suatu yang positif atau negatif kepada Datuk Seri?

NAJIB: Saya melihat bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu yang begitu mengejutkan tetapi kita mesti melakukan continuity dan pembaharuan. Dua unsur ini perlu kita lakukan secara serentak. Maknanya ada pemimpin-pemimpin yang perlu kekal sebab khidmat mereka masih diperlukan. Ada juga pemimpin baharu yang kita ketengahkan, kita naikkan kedudukan mereka dalam kerajaan, dalam parti di mana sumbangan mereka akan lebih meluas lagi. Jadi saya lihat kedua-dua unsur ini perlu berjalan serentak.

Di peringkat akar umbi, bahagian dan cawangan, kelihatan seperti orang-orang itu juga masih menjadi ketua bahagian. Jadi di mana peremajaan itu boleh berlaku kalau mereka masih mahu bertahan walaupun sudah memegang jawatan selama empat, lima penggal?

NAJIB: UMNO merupakan parti demokratik. Jadi hakikatnya kita cuma boleh menggambarkan prinsipnya tapi pada akhirnya terpulang kepada ahli UMNO itu sendiri yang memilih. Tak semestinya mereka kekalkan (semua) pemimpin sedia ada...dan mungkin juga mereka tolak semua. Jadi kalau pemimpin lama masih boleh berkhidmat dan beri sumbangan dan dapat sokongan daripada ahli, mereka akan kekal sebagai pemimpin. Sebaliknya, banyak juga bahagian, lebih kurang 35 peratus ada perubahan kepimpinan dari segi ketua bahagian. Saya lihat ini satu perubahan yang menggalakkan. Kalau satu pertiga berlaku perubahan, mungkin pemilihan akan datang satu pertiga lagi akan berlaku perubahan di bahagian-bahagian, yang belum berlaku perubahan dalam pemilihan yang baharu berlangsung.

Saya nak minta pandangan Datuk Seri sebagai Presiden parti. UMNO memang tak dapat dinafikan parti tertua yang memerintah malah di dunia. UMNO telah banyak berjasa bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi seluruh bangsa di Malaysia. UMNO di bawah Datuk Seri mempunyai pelbagai rancangan yang cantik melalui transformasi, nak bawa negara ke tahap berpendapatan tinggi. Tetapi dalam masa sama dikatakan seperti seorang tua yang tidak dihormati oleh golongan muda. Dikatakan terlalu lama memerintah, ketinggalan zaman. Jadi sebagai presiden, tidakkah Datuk Seri merasa kecil hati atau jauh hati sedangkan Datuk Seri beria-ia memimpin negara ke arah yang dijanjikan?

NAJIB: Pendapat itu mencerminkan keterbukaan dalam masyarakat kita. Sebab masyarakat kita lebih terbuka hari ini berbanding masa-masa lalu. Dan peranan media sosial begitu meluas. Tak pernah pada peringkat yang kita lihat pada hari ini. Jadi kepelbagaian pendapat ini semakin rancak dalam masyarakat kita. Kita mesti akui kita menjurus kepada masyarakat demokratik yang lebih matang. Lebih matang masyarakat kita, lebih kepelbagaian pendapat.

Dari satu segi boleh lihat ini satu perkembangan sihat. Dari satu segi kita sebagai pemimpin kena banyak bersabar. Orang kata apa pun kena terima hakikat bahawa tak ada satu aliran pendapat berbanding dengan masa-masa lalu.

Kepelbagaian merupakan sesuatu yang boleh dikatakan kelaziman dalam masyarakat yang semakin terbuka, yang semakin matang, semakin terdidik. Dan ini satu hakikat yang kita terpaksa terima dalam mana-mana negara, kita lihat perbezaan pendapat dan kritikan itu perkara biasa. Yang penting sekali ialah majoriti. Apakah majoriti menyokong UMNO? Jadi kalau majoriti dalam kalangan yang muda tak sokong UMNO, tak mungkin dapat pertambahan kerusi dalam pilihan raya lalu. Tetapi yang menentang kita, yang tak terima UMNO, pun bilangannya agak besar juga. Yang penting adalah majoriti masih bersama-sama UMNO.

Jadi maksudnya suara-suara yang menentang ini tak semestinya bermaksud UMNO tak bersatu-padu atau lemah? Ini satu demokrasi yang sihat?

NAJIB: Ini satu tanda keadaan zaman hari ini dah berubah dan kita tak boleh nak menutup apa yang berlaku sekarang ini sebab masyarakat kita ini terbuka kepada unsur-unsur globalisasi umpamanya, teknologi, soal kejayaan dalam mendidik anak bangsa. Saya anggap ini kesan-kesan daripada success story UMNO memimpin negara kita.

Tidakkah kebebasan yang terlalu luas ini boleh menyimpang mereka daripada menghargai perjuangan atau bakti budi UMNO kepada mereka?

NAJIB: Saya terima kalau ada perbezaan pendapat tetapi sebagai Perdana Menteri saya pentingkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Sebab itu kita ada kebebasan tetapi ada hadnya. Bukan kebebasan mutlak yang tak ada had peraturan undang-undang sebab ia akan bawa kepada huru-hara. Anarki. Tentu kita tak mahu anarki, kita nak masyarakat yang toleran dari segi perbezaan pendapat. Masyarakat yang terima prinsip demokrasi. Walaupun ada perbezaan pendapat tetapi pendapat majorti akhirnya akan menentukan siapa yang berkuasa. Kalau ada pihak berniat nak membawa kepada pergaduhan, ketidakstabilan dalam negara maka mereka kena hadapi tindakan dari segi undang-undang.

Datuk Seri sebut tentang kesabaran. Secara individu adakah Datuk Seri seorang yang sabar?

NAJIB: Saya sebagai individu, saya kena terima bahawa kita dalam demokrasi yang terbuka. Hakikatnya perbezaan pendapat itu akan jadi satu kelaziman. Kita lihat saja dalam negara-negara yang amal demokrasi lebih lama daripada kita, memang itu perkara yang boleh dikatakan biasa bagi mereka.

Orang menganggap kesabaran Datuk Seri sebagai satu kelemahan untuk bertindak?

NAJIB: Tidak...tidak. Saya tak anggap itu kelemahan. Kalau kita tanya apakah mereka mahu satu keadaan di mana ada saja yang mengeluarkan pendapat kita tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Apakah itu yang kita nak? Tentu sekali majoriti rakyat Malaysia tak mahu keadaan sedemikian. Mereka mahu kita merupakan masyarakat yang ada latitude/ruang untuk keluarkan pendapat walaupun kontra/berbeza. Tapi jangan sampai membawa kemudaratan kepada negara. Ini yang saya nak tekankan.

Ada pihak dalam UMNO sendiri merasakan seolah-olah Datuk Seri ini terlalu penyabar. Tahap toleransi lebih tinggi barangkali. Mereka kata tangkap saja, bimbang kalau dibiarkan jadi benda yang tak elok. Tetapi Datuk Seri kata politik dah berubah, orang lebih demokratik, pendidikan lebih tinggi. Sejauh mana toleransi ini boleh diberikan?

NAJIB: Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahu ruang lebih luas dalam discourse politik tanah air. Mereka tak mahu pendapat mereka terkongkong, mereka tak nak hidup dalam keadaan ketakutan. Kalau kita buat penilaian, tak semua nak balik kepada zaman ISA. Jadi saya lihat ini sebagai satu perkembangan positif. Walaupun ada suara-suara yang nak kita kembali ke zaman ISA tapi kita ada kuasa yang cukup untuk bertindak terhadap sesiapa yang cuba merosakkan keamanan dan keharmonian negara. Ada yang kita ambil tindakan di bawah SOSMA, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Mereka yang tunjuk keinginan lakukan keganasan, kita boleh ambil tindakan di bawah SOSMA. Kita juga masih ada lagi Akta Hasutan di mana kalau cuba sentuh perkara sensitif yang boleh membawa pergaduhan dalam negara kita, menghasut dan sebagainya, tindakan undang-undang boleh diambil tetapi mesti berasaskan kepada prinsip undang-undang. Kita memang ambil tindakan berdasarkan undang-undang negara tetapi bukanlah dengan cara tangkap ikut rasa marah kepada mana-mana individu kita tangkap bawah ISA. Saya percaya kalau buat macam itu lagi ramai orang marah pada kerajaan. Kita perlu lihat di negara-negara Timur Tengah mereka ada undang-undang yang lebih keras daripada kita tetapi apa yang berlaku? Rakyat marah sampai rejim-rejim itu jatuh pada akhirnya.

Tidakkah nanti kesabaran atau toleransi itu memberi gambaran bahawa Datuk Seri bukan seorang yang tegas dan boleh mengakibatkan sokongan orang Melayu kepada UMNO itu merosot?

NAJIB: Tidak...Sokongan pada UMNO itu bertambah kuat (masa) election yang lalu. Hakikatnya kita telah membuktikan sokongan kepada UMNO itu bertambah. Tetapi kita mesti faham bahawa kalau sebaliknya kita ambil tindakan ikut cara dulu, apakah sokongan kita akan berkekalan atau sebaliknya orang semakin marah kepada kerajaan. Ini yang kita mesti menilai.

ISA

Orang mengaitkan pemansuhan ISA kepada keterbukaan. Apakah kalau ISA tiada orang akan terbuka, hentam raja, hentam agama. Bagaimana pandangan Datuk Seri?

NAJIB: Kita kena pilih apa corak masyarakat yang kita kehendaki. Sebagai sebuah kerajaan tentu kita kena mengambil pendapat majoriti. Kita tak boleh ambil pendapat sekumpulan saja. Jadi saya nak tahu apa pendapat majoriti rakyat Malaysia. Apakah kita nak sebuah masyarakat di mana ada ruang kita berbicara politik walaupun ada perbezaan pendapat, atau kita nak satu masyarakat di mana kita ada kuasa mutlak, tak boleh dipersoalkan oleh sesiapa. Kita nak tangkap orang, kita boleh tangkap. Apakah itu yang kita kehendaki? Kita minta rakyat tunjuk jenis corak mana masyarakat yang kita perlukan. Sebagai pemimpin saya bersedia lakukan apa saja yang saya fikirkan terbaik dan saya juga kena menilai penerimaan masyarakat kita. Tetapi apa yang saya dan kerajaan lakukan hari ini, pada pendapat saya adalah yang terbaik untuk negara kita.

Dalam kepelbagaian pendapat ini, Datuk Seri ada Facebook, Twitter dan dalam itu ada juga yang kutuk/ tegur Datuk Seri. Bila melihat itu, apa yang Datuk Seri buat terutama mengenai komen yang negatif?

NAJIB: Tak ada apa-apa reaksi. Saya tolak itu semua. Kalau cakap karut marut, mencaci, mengutuk, saya anggap mereka itu lunatic fringe atau orang ini yang tak ada adab, atau tak rasional. Ada yang kritik secara rasional...kalau kritik secara rasional dan beradab saya terima. Saya cuba nilai kritikan itu ada asas atau tidak. Inilah masyarakat yang kita kehendaki.

Maknanya kita berani terima teguran asalkan dibuat dengan cara ada adabnya. Dan kita mesti dengan segala rasa tawaduk, humility menganggap diri kita bukan tahu segala-galanya. Saya dah kata era kerajaan tahu segala-galanya dah berakhir. Maknanya kita terima kalau pendapat rakyat itu baik, dan ada asasnya. Kerajaan sedia pertimbangkan. Inilah keterbukaan zaman sekarang, ini yang saya rasa dikehendaki masyarakat kita. Sebab kita jangan lupa kita nak menuju sebuah negara maju. Semua orang kata kita nak Malaysia sebagai negara maju. Adakah cara dulu itu sesuai dengan ciri dan nilai sebuah negara maju? Ini yang saya nak tanya.

Selepas 2008 kita lihat percambahan NGO Melayu yang bercorak politikal. Mereka seolah-olah tak mahu menyuarakan kepentingan/hasrat orang Melayu melalui UMNO dan mereka antara yang mahu ISA dikembalikan. Macam mana nak reconcile dengan golongan ini?

NAJIB: Kita mesti faham dalam masyarakat kita ada pelbagai pendapat. Soalannya sama ada suara dia mencerminkan suara majoriti atau tidak. Atau suara sekelompok dalam masyarakat. Inilah yang mesti kita nilai.

Tentang pengkaderan. Adakah proses ini berlaku dan adakah UMNO masih berusaha membentuk pemimpin baharu?

NAJIB: Kita sedang berusaha mencari. Pertama saya nak supaya UMNO beri ruang kepada pemimpin baharu supaya mereka tak rasa kalau masuk dalam UMNO menyusahkan dia, dia terpaksa bekerja di peringkat akar umbi. Sebab sesetengah orang profesional ini dia tak nak terlibat dalam proses di peringkat cawangan dan sebagainya. Ini yang kita perlu beri ruang. Kalau nak lantik sebagai ahli jawatankuasa tambahan, katalah ada 10 ahli jawatankuasa tambahan yang boleh dilantik, apa salahnya kita lantik tiga, empat orang dari kalangan profesional termasuk dari latar belakang ulama, peguam, doktor supaya dalam jawatankuasa ini kita mencerminkan komposisi masyarakat secara keseluruhan tanpa mengetepikan pemimpin-pemimpin akar umbi.

Saya nak minta Datuk Seri simpulkan, kita sambut Hari Raya sebab merayakan kejayaan berpuasa. Jadi 68 tahun UMNO apakah yang dirayakan? Perpaduan, keutuhan atau kepelbagaian dalam UMNO secara khusus?

NAJIB: Kita boleh merayakan sebuah parti yang paling berjaya dalam sistem demokrasi yang terbuka dalam sejarah peradaban manusia. Ini satu keunggulan pada UMNO. Waima kita kata tak ada siapa boleh nafikan hakikat kita parti bukan saja parti tertua tapi parti paling berjaya.

BARISAN NASIONAL

UMNO tak boleh berdiri sendiri. UMNO menang kerusi lebih banyak. Tetapi sementara UMNO naik, rakan-rakan BN menurun. Ada tak formula supaya mereka boleh sama-sama naik?

NAJIB: Ini yang sedang kita fikirkan. Mungkin satu langkah yang boleh kita lakukan ialah supaya kita muncul sebagai Barisan Nasional (BN) lebih lagi dari segi program dan aktiviti kita. Tak ada lah UMNO dengan UMNO, MCA dengan MCA, MIC dengan MIC. Kita perlu kongsi satu platform di mana kita bersama-sama supaya dilihat inilah BN yang sebenarnya. Bukan MCA, MIC, UMNO berasingan. Ini merupakan satu model politik baharu kita boleh fikirkan ke hadapan. Sebab nasib rakan-rakan dalam BN kena fikir juga supaya dapat tambah kekuatan kita secara keseluruhan.

Apa nasihat Datuk Seri kepada pemimpin masyarakat Cina? Apakah perlu kerja lebih keras lagi seperti PRK Kajang? Apa formula terbaik menangi hati pengundi Cina?

NAJIB: Mereka (MCA) tak boleh rasa kecewa. Mesti teruskan usaha untuk yakinkan masyarakat kaum Cina. Kedua, mereka kena tambah engagement mereka dengan kaum Cina. Jelaskan kepada mereka dan di samping itu dengar rintihan dan keluhan kenapa tak sokong kerajaan dan cuba beri jawapan kepada keadaan sebenar supaya tak keliru dengan hasutan atau dakwaan daripada parti pembangkang. Tetapi apa penjelasan kita sebagai wakil kerajaan boleh juga kita terangkan.Mudah-mudahan kekusutan dapat dirungkai melalui engagement dengan pengundi dan masyarakat yang mewakili kaum Cina.

Apakah kemasukan MCA dalam Kabinet akan membantu ke arah itu?

NAJIB: Saya lihat memang MCA perlu sebab dasar-dasar negara kita kalau tak ada input daripada wakil kaum Cina, bila jumpa masyarakat kaum Cina, nampak mereka tak boleh uar-uarkan mereka sebahagian daripada kumpulan yang menggubal dasar-dasar dan keputusan-keputusan negara.

Setahun selepas pilihan raya. Apa analisis awal Datuk Seri mengenai kekuatan parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC?

NAJIB: Ada sikit peningkatan tetapi banyak lagi perlu diusahakan sampaikan kita boleh kata proses pemulihan itu selesai. Belum lagi selesai. Maknanya kita ada tempoh sehingga PRU akan datang. Apa-apa pun mesti faham kita ada time limit dan mesti berusaha sedaya upaya.

PENTADBIRAN NAJIB

UMNO naik jumlah kerusi, tapi BN tetap tidak mendapat mandat dua pertiga. Dalam pada itu, Datuk Seri menghadapi era keterbukaan; kepelbagaian pendapat; cabaran membawa negara ke tahap negara maju, terlalu banyak masalah (yang) kita lihat. Kalau saya, tak sanggup jadi Perdana Menteri. Bagaimanakah dengan keadaan ini Datuk Seri boleh tahan?

NAJIB: Saya lihat kalau kita terima hakikat bahawa dalam demokrasi yang terbuka, apabila kita memiliki dalam 60 peratus daripada bilangan kerusi itu sudah cukup kuat. Umpamanya di United Kingdom (UK), kerajaan Konservatif tak dapat majoriti overall, dia terpaksa berkongsi dengan Liberal baharu dia boleh tubuh kerajaan, tetapi dia masih mampu mentadbir negara dia. Jadi kalau kita punya mindset tidak terlalu terikat dengan faktor dua pertiga itu, seolah-olah dua pertiga itu kayu pengukur yang muktamad.

Tapi kalau kita tidak ada perangkap mental block tersebut saya percaya majoriti yang kita ada ini, kita boleh mentadbir negara kita sebab yang cuma kita tak boleh lakukan adalah perubahan perlembagaan sahaja. Tetapi apa juga dasar dan rang undang-undang kita nak buat, memang kita boleh buat dan kita telah buktikan pun segala-galanya boleh diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang selesa. Jadi ia tidak menggugat kewibawaan pentadbiran kita. Ia masih boleh kita lakukan dengan licin, cuma ia satu mental block saja pada kita. Jadi saya harap kita semua akan beri tumpuan kepada kerja-kerja untuk membangunkan negara.

Dari mana datangnya keberanian itu, adakah daripada ahli pemimpin UMNO, atau pejuang-pejuang UMNO terdahulu atau rakan-rakan dalam Kabinet?

NAJIB: Saya tak rasa tergugat. Saya rasa saya dapat mandat daripada rakyat melalui proses demokrasi yang sihat, yang lebih terbuka dalam sejarah tanah air kita. Maknanya saya rasa ini satu amanah yang perlu saya pikul dan saya beriltizam melakukan dengan penuh semangat dengan bersungguh dan saya hendak serah kepada rakyat menilai bila sampai masanya. Jadi saya tidak rasa gusar, saya akan tetap menjalankan pentadbiran dan kepimpinan mengikut apa yang saya fikirkan terbaik untuk negara.

Masa penggal pertama Datuk Seri ambil alih tampuk pemerintahan negara, pentadbiran Datuk Seri nampak banyak (dasar dan program baharu), 1Malaysia, GTP, ETP, tetapi bila masuk penggal kedua ini banyak pihak rasa tak nampak hala tuju ke mana Datuk Seri nak bawa negara ini? Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Mereka tidak faham, yang pertamanya bila saya meluahkan Gagasan 1Malaysia, ia bukan soal pilihan raya. Ia soal nation building, membina sebuah negara bangsa. Jadi tentu kita nak bina sebuah negara bangsa, takkanlah setiap penggal saya nak keluarkan satu gagasan baharu, apa orang kata ini baru empat tahun, apa dah jadi pada Gagasan 1Malaysia. Soal transformasi, kita dah kata ini menjangkau hingga 2020. Takkan sampai 2014, saya nak kata Wawasan 2020 dah tak ada lagi. Jadi maknanya dengan komitmen dan sokongan yang diberikan kepada saya dalam penggal kedua ini saya akan teruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai, sehingga hasrat kita menjadi negara maju jadi kenyataan. Lepas tahun 2020 barulah kita gantikan dengan visi yang baharu. Apa makna visi, ia menjangkau satu jangka masa yang panjang. Jadi takkanlah dalam tempoh empat tahun kita dah nak ganti dengan visi yang baharu, ini satu pertimbangan yang tidak rasional.

Datuk Seri, saya melihat keadaan sekarang ini seperti "nasi yang sedang ditanak, belum masak lagi tetapi dah ada yang kata mentah, tak menjadi". Yang diperlukan ialah masa, berapa banyak masa yang diperlukan Datuk Seri? 2020 kah?

NAJIB: Saya ambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009. Apa janji saya, janji saya pada rakyat ialah untuk membawa negara jadi negara maju pada 2020. Jadi kita baharu di tahun 2014. Bagi saya tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa apa yang telah kita janji pada rakyat dapat kita penuhi. Kita masih lagi dalam tempoh menghala ke tahun 2020, banyak lagi yang perlu kita lakukan, dan banyak pun yang telah kita capai tetapi banyak lagi yang kita perlu lakukan. Dan kita boleh lihat dari segi ekonomi umpamanya, pencapaian kita boleh dikatakan baik dalam suasana yang tidak menentu. Kita telah capai kadar pertumbuhan yang amat memuaskan 4.7 peratus dan tahun ini insya-Allah kita mungkin boleh dapat tinggi sikit dari itu.

EKONOMI

Masalah tak faham ini, saya lihat dalam soal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun tak difahami, apa masalahnya?

Najib: Mereka tak faham, mereka ingat ini satu percukaian yang baharu. Jadi maknanya satu tambahan beban kepada mereka. Semua orang tak suka pada cukai, jadi bila pembangkang kata bahawa ini satu percukaian yang baharu, semua naik takut, dan secara automatik mereka kata mereka tidak sokong GST walhal GST ini menggantikan percukaian jualan dan perkhidmatan sekarang dan ia satu sistem percukaian yang ganti cukai sedia ada. Kedua; mereka tak faham, kita dah kata banyak barang-barang keperluan dikecualikan, zero rated. Jadi tugas sekarang ialah kita kena senaraikanlah jenis-jenis barang tersebut.

Kebanyakan rakyat dia tak tahu pasal konsolidasi fiskal, dia tak nak tahu pasal defisit negara. Dia nak tahu (harga) nasi lemak dia berapa. Dulu berapa, lepas GST (berapa). Susu bayi macam mana, dulu sebelum dan selepas GST.

Jadi kalau kita boleh huraikan berapa harga sekarang dan lepas GST, jadi rakyat boleh nampaklah GST itu sebenarnya tidak membebankan rakyat. Walaupun saya tidak dapat nafikan kalau kadar inflasi, mungkin ada sedikit peningkatan, tetapi peningkatan itu untuk tahun pertama pelaksanaan GST, lepas itu ia akan balik pada kadar yang biasa.

Dalam TV kita sebut apa itu GST, surat khabar, media elektronik, media baharu, tetapi bila balik kampung orang akan tanya, "saya akan kena ke GST?", pada hal kita dah sebut ikan tak naik, harga tepung, harga minyak masak takkan naik. Tetapi kenapa mereka takut dengan perkataan GST?

Sebab ada orang yang memomok pada mereka bahawa ini satu beban kepada rakyat, satu cukai tambahan kepada rakyat dan sebagainya. Jadi kita kena teruskan, tingkatkan penjelasan kita dan juga keberkesanan penjelasan kita kepada rakyat. Saya lihat sekali dia dengar, dia tak akan faham lagi, kena banyak kali. Rupanya dia kena dengar sesuatu mesej itu banyak kali baharu dia faham.

Betulkah Datuk Seri, orang kata kerajaan buat GST ni kerana kerajaan tak ada duit, dan bila dah ada duit nanti akan bolehkan kerajaan boros berbelanja?

NAJIB: Ini bukan soal kerajaan tak ada duit. Ini ialah untuk menstabilkan punca hasil untuk negara. Jadi bila punca hasil kita bertambah, kita dapat mengurangkan defisit negara, penarafan Malaysia akan bertambah dan kita ada kemampuan yang lebih untuk melaksanakan pelbagai projek dan perkhidmatan kepada rakyat. Kedua, kita boleh jaga juga kebajikan penjawat-penjawat awam dan sebagainya sebab ini semua bergantung kepada punca hasil kita. Hasil kita ini terlalu kecil berbanding dengan jumlah orang yang bekerja. Dan jangan lupa ada juga orang tak membayar cukai yang dikatakan the black economy ini, siapa yang terlibat dalam black economy. Maknanya sesiapa sahaja yang terlibat dalam apa-apa jenis kegiatan, dia akan terpaksa membayar cukai, tetapi cukai ini adil. Orang yang makan gaji tak dapat mengelak, tetapi banyak orang yang buat urusan-urusan perniagaan dan perkhidmatan lain mungkin dapat mengelak daripada membayar cukai ataupun tak bayar cukai sepenuhnya.

Masa kempen pilihan raya umum lepas, Datuk Seri sering melaungkan slogan 'Rakyat Didahulukan'. Tetapi ada gambaran, lepas menang Datuk Seri laksana dasar rasionalisasi subsidi, yang dikatakan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah?

NAJIB: Tidak...rasionalisasi subsidi ini sesuatu yang perlu kita lakukan sebab banyak ketirisan dan pembaziran, misalnya kalau harga minyak yang kita subsidi terlalu tinggi sampai RM23 bilion setahun, banyak ketirisan di situ, banyak orang yang tak sepatutnya (dapat), orang kaya dapat faedah dan sebagainya. Jadi kita ganti dengan bantuan subsidi secara bersasar (direct subsidy), sebab itu kita naikkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bantuan BR1M ini sebenarnya mengimbangi, bila kita naikkan harga minyak. Jadi inilah cara yang kita lakukan. Maknanya bukan subsidi pukal. Kita kurangkan subsidi pukal, tetapi kita bantu rakyat yang layak dan patut dapat melalui subsidi bersasar.

Datuk Seri, pembangkang kata ketirisan itu di pihak kerajaan, kalau boleh dikurangkan ketirisan dan pembaziran di pihak kerajaan, tidak perlu dikurangkan subsidi?

NAJIB: Kita memang perketatkan. Maknanya, Laporan Audit Negara kita ambil tindakan yang serius. Saya dah minta Ketua Setiausaha Negara untuk umumkan apa tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap penyelewengan yang berlaku dan sebagainya. Pembelian kerajaan sekarang ini hampir semua kita buat secara tender. Tak ada direct nego, tapi melalui tender sama ada tender terbuka atau tender terhad, dan kita menilai sesuatu itu supaya harga yang dibeli oleh kerajaan itu harga berpatutan. Maknanya kita lebih berhati-hati dalam soal pembelian kerajaan.

Datuk Seri dikatakan tidak memperjuangkan Bumiputera, tiba-tiba Datuk Seri memperkenalkan dasar memperkasakan bumiputera. Bagaimana setakat ini usaha itu?

NAJIB: Usaha itu berjalan dengan baik, macam-macam program kita buat untuk bumiputera. Kita ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, tiap-tiap bulan kita mesyuarat sekarang ini, dan ucapan saya tahun sudah di Shah Alam itu kita sedang laksanakan, umpama kita tambah peruntukan untuk bantuan pendidikan Mara sebanyak RM500 juta, kita telah melancarkan Skim Superb, kumpulan pertama telah pun dianugerah bantuan kerajaan, kita lancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), jadi semua yang kita telah janjikan, kita tunaikan.

Adakah kerajaan ada alternatif lain jika tidak melaksanakan GST, alternatif lain yang mampu meningkatkan hasil dan kemampuan negara?

NAJIB: Soal GST kita sudah fikir lama, bukan hanya di zaman saya (sejak) zaman dulu lagi. Sebanyak 160 buah negara di dunia dah melaksanakan GST, dan kalau begitu maknanya GST lah pilihan jumlah negara yang terbesar di dunia daripada sistem lain. Maknanya sistem GST lah yang paling telus, progresif dan memberi hasil yang bertambah pada negara.

HUBUNGAN ANTARABANGSA

Datuk Seri, baru-baru ini lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia banyak hasil yang tercapai dan tak lama lagi dengarnya Datuk Seri akan ke China pula. Dalam konstelasi (constellation) (kumpulan) politik antarabangsa, dilihat Malaysia digemari kedua-dua negara kuasa besar ini, banyak faedah yang diperoleh, tetapi banyak juga yang kata Malaysia seolah-olah dikawal oleh negara-negara besar ini?

NAJIB: Tidak. Kita sebagai sebuah negara kita ada prinsip kita, dasar luar kita adalah berdasarkan prinsip. Prinsip kita ialah untuk berbuat baik dengan semua negara berdasar kepada pertimbangan apa yang kita fikirkan patut. Kita bukan negara pak turut, tak pernah, kita ada pendirian kita yang bebas.

Misalnya dalam soal hal rakyat Palestin, kita terus perjuangkan rakyat Palestin. Itu saya beritahu kepada Presiden Obama dan dia tahu pendirian kita. Dalam hal ini kita tak ada kompromi tentang apa yang kita hendak perjuangkan keadilan dan hak rakyat Palestin, kita teruskan. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh ada hubungan strategik dengan Amerika Syarikat.

Pendirian Malaysia tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu tetap yang sama?

NAJIB: Kita mesti sedar bahawa Malaysia ini sebuah negara berdagang yang besar. Nilai dagangan kita total trade 167 peratus berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita, meletakkan Malaysia antara negara yang tertinggi di dunia. Maknanya kalau kita sebahagian daripada rejim perdagangan bebas, menguntungkan negara kita. Kita dapat akses kepada market, mereka yang hendak melabur di Malaysia pun melihat Malaysia ada kelebihan kerana mereka akan suka untuk melabur dalam negara yang ada akses kepada market yang lebih luas. Dia boleh eksport ke Malaysia tanpa dikenakan tarif, ataupun tarif yang rendah, jadi kita ada kelebihan. Sekarang ini ada 12 negara yang terlibat dalam TPPA, tetapi mungkin bertambah kepada 20. Kalau Malaysia terkeluar daripada TPPA, apa implikasinya? Mesti ada kosnya. Kita tidak nampak hari ini kosnya, sebab itu kita perlu menilai penyediaan TPPA kita secara keseluruhan. Di samping kita kena pastikan juga bahawa kita tidak menandatangani sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan kita. Saya tidak kata kita boleh untung semua, tetapi asalkan keuntungan kita itu melebihi apa yang mungkin kita terpaksa lepaskan, asalkan keseluruhannya lebih baik untuk kita.

Akhirnya saya hendak minta Datuk Seri menyampaikan pada rakyat apa yang Datuk Seri harapkan daripada rakyat?

NAJIB: Saya harap mereka memberi peluang kepada kita, maknanya kerajaan yang menerima mandat daripada rakyat. Kita ada mandat untuk tempoh lima tahun, supaya rakyat memberi peluang kepada kerajaan mentadbir negara kita tanpa menimbulkan banyak masalah.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 May 2014 09:27 PM PDT

JURI RAKYAT

Posted: 11 May 2014 07:58 PM PDT

JURI RAKYAT


7 Bagian Tubuh Cewek Yang Sangat Di Sukai Cowok

Posted: 11 May 2014 12:18 PM PDT

Jika kamu pernah mendengar lagu "Rahasia Perempuan" kamu tentu tahu kan yang dimaksud bagian tubuh cewek yang sangat berbisa bila disentuh cowok, tapi kali ini aku tidak akan share dimana bagian tubuh cewek yang sangat berbisa itu?alias jika di sentuh cowok maka bisa bikin cewek ketagihan dan minta disentuh terus pada bagian itu. Jadi yang aku share ini adalah 7 bagian tubuh cewek yang sangat di sukai cowok pada umumnya.

1. WAJAH
Cewek cantik 
Sudah jelas ini bakal mempengaruhi semuanya face is no 1 yang cute yg cakep yang menggoda yang chubby smua dehhh dari tampang emank ude keliatan sifatnya. 

2. PAHA
Sudah pasti juga salah satu bagian ini merupakan salah satu favorit juragan dalam berimajinasi paha yang mulus montok putihdan padat tentu mengundang banyak perhatian! 

3.POSE
Pose atau posisi yg menantang dan menggoda dari kaum hawa juga sangat berpengaruh untuk membangkitkan MR. P juragan yang sudah lama tertidur. Pose tertentu bisa seolah- olah mengundang atau bahkan menawarkan sesuatu. 

4.PUSER
4.PUSER Bagian ini memang di anggap cukup wajar sebatas standart tertentu.Tetapi hal ini tetap saja terkadang menimbulkan hasrat yg sangat memicu kaum hawa jika diperhatikan baik-baik ..hehehe Jadi pengen di elus-elus =) 

5.BELAHAN DADA
Waaaaaaaah ini paling mantab kayanya yaa..yang montok seger dan putih tentunya bikin cowok  pusing klieng2 seolah berontak keluar hahahah.
 
6.BIBIR
Sexy Lips tentu mengundang kaum hawa ingin mencumbunya tak perlu lipstik bnyak-banyak..cukup mainkan lidah atau gigit salah satu bagian bibir pasti deh brr brr 

7. BOKONG
Foto 
bagian yg satu ini juga sangat menggoda..apa lg saat berjalan lembut..uhh sexynya sob.

Inilah Jenis Jamur Yang Bisa Menyala Dalam Kegelapan

Posted: 11 May 2014 03:14 AM PDT

Jamur Yang Menyala

Orang yang tidak tahu mungkin awalnya bakal mengira sebagai hantu saat melihatnya. Jamur tertentu, yang tentu saja hidup di tempat-tempat yang lembab, dapat berpendar dalam kegelapan.Beberapa jenis jamur yang tumbuh di hutan tropis Taman Wisata Nasional Lembah Ribeira, dekat Sao Pulo, Brazil memendarkan cahaya saat sekitarnya gelap. Jamur-jamur tersebut memiliki kemampuan bioluminescent karena reaksi kimia di tubuhnya menghasilkan cahaya berwarna hijau.

Jamur-jamur yang ditemukan di Brazil itu termasuk dalam genus Mycena. Di seluruh dunia terdapat sekitar 500 jenis jamur yang masuk ke dalam genus ini, tapi hanya 33 persen yang memiliki kemampuan bioluminescent.

Ada lebih dari 10 jenis jamur bioluminescent yang baru ditemukan di Brazil sejak 2002, empat di antaranya merupakan spesies yang belum diketahui sebelumnya. Temuan ini merupakan hasil penelitian yang dilakukan Cassius Stevani, profesor kimia dari Universitas Sao Paulo, Dennis Desjardin, profesor ilmu jamur dari Universitas Negeri San Fransisco California, dan Marina Capelari dari Institut Botani Brazil.

"Penemuan ini telah menambah jumlah jamur berpendar, yang diketahui sejak 1970-an, menjadi 30 persen lebih banyak," ujar Stevani.

Jamur Yang Dapat Menyala dalam Kegelapan

Jamur-jamur tersebut memiliki kemampuan bioluminescent karena reaksi kimia di tubuhnya menghasilkan cahaya berwarna hijau.Jamur-jamur yang ditemukan di Brazil itu termasuk dalam genus Mycena. Di seluruh dunia terdapat sekitar 500 jenis jamur yang masuk ke dalam genus ini, tapi hanya 33 persen yang memiliki kemampuan bioluminescent.Ada lebih dari 10 jenis jamur bioluminescent yang baru ditemukan di Brazil sejak 2002, empat di antaranya merupakan spesies yang belum diketahui sebelumnya.

WOW 5 Pemukinan Kuno Ini Dibuat Denengan Cara Di Pahat

Posted: 11 May 2014 02:59 AM PDT

Sejak zaman prasejarah gua telah menjadi tempat bermukim bagi manusia. Artefak-artefak yang ditemukan para arkeolog membuktikan bahwa tempat bernaung pertama yang dimanfaatkan manusia untuk berlindung dari hujan, panas, dan dingin adalah gua.

Seiring dengan perkembangan teknologi, keterampilan manusia dalam membangun pemukiman pun semakin maju. Manusia mulai membuat sendiri rumah mereka sesuai kebutuhan. Gua-gua pun tak lagi menjadi pilihan sebagai tempat bernaung.

Tetapi ada sebagian peradaban yang masih mempertahankan tradisi tinggal di gua. Namun karena pengetahuan mereka dalam bidang arsitektur sudah meningkat jauh, mereka tak lagi mencari gua-gua yang terbentuk secara alami sebagai tempat tinggal. Tebing dan perbukitan dilubangi dan 'dipahat' hingga menjadi tempat yang layak untuk dihuni manusia.

Sekarang pemukiman-pemukiman yang dibuat dengan 'memahat' tebing ini pun sudah banyak yang terbengkalai, digantikan rumah-rumah modern. Situs-situs 'kota gua' seperti Kapadokia dan Guyaju sekarang tinggal menjadi tempat bersejarah dan objek wisata.

Tetapi masih ada beberapa yang masih berfungsi sebagai tempat pemukiman meskipun manusia yang menempatinya semakin berkurang dari hari ke hari.

Berikut ini 5 Pemukiman Kuno Yang Dibangun Dengan Memahat Bukit, dilansir dari Touropia.


1.Guyaju, China


Rumah Kuno


Guyaju disebut-sebut labirin terbesar di China. Pemukiman gua peninggalan zaman kuno ini letaknya ternyata tak jauh dari Kota Beijing, 92 kilometer dari kota tersebut.

Tidak banyak catatan sejarah mengenai Guyaju yang ditemukan, jadi tidak bisa dipastikan sejarah pemukiman tersebut. Tetapi menurut Natural Homes, diperkirakan Guyaju dihuni oleh penduduk dari Suku Xiyi pada masa Dinasti Tang.

Kompleks pemukiman tersebut dibagi menjadi dua desa dengan fasilitas berupa mata air yang terletak di dekat Guyaju. Dibangun di sisi tebing yang menghadap ke kota Zhangshanying. Di dalamnya terdapat lebih dari 110 ruangan dengan arsitektur serba batu.

2.Bamyan, Afghanistan

Rumah Kuno


Bamyan merupakan salah satu situs biara Hindu-Buddha kuno. Letaknya di Provinsi Bamyan, Afghanistan. Nama kota Bamyan berasal dari bahasa Sanskerta yang berarti 'tempat cahaya yang bersinar'.

Struktur paling ikonik dari pemukiman kuno ini adalah dua patung Buddha raksasa yang terukir pada sisi-sisi tebing. Patung Buddha tersebut adalah patung Buddha tertinggi di dunia.

Biara-biara untuk ribuan biksu dipahat tepat di bawah patung raksasa tersebut. Bamyan juga menjadi lokasi ditemukannya sejumlah fresko (lukisan minyak pada dinding gua) tertua di dunia.

Sayangnya situs ini sempat dihancurkan oleh rezim Taliban. Sekarang situs ini difungsikan kembali sebagian untuk pemukiman warga dan sisanya untuk biara.

3.Mesa Verde, Amerika Serikat

Rumah Kuno

Mesa Verde bisa ditemukan di barat daya Colorado, AS. Mesa Verde merupakan situs arkeologi penting yang mewakili kebudayaan penduduk pribumi Amerika. Pemukiman kuno ini dulunya menjadi tempat tinggal suku Anasazi, salah satu suku penduduk asli Amerika.

Kompleks pemukiman yang masuk ke dalam Situs Warisan Dunia UNESCO ini dibuat pada abad 12. Rumah-rumah yang dibangun di lereng tebing ini cukup nyaman pada masanya. Beberapa di antaranya ada yang seluas 150 kamar ukuran normal.

Struktur yang paling menonjol adalah dua bangunan yang disebut Istana Tebing dan Rumah Pohon Cemara.Situs ini sekarang sudah tidak berpenghuni lagi.

Pada abad 14 orang-orang Suku Anasazi sudah meninggalkannya, kemungkinan karena lahan di sekitar pemukiman tersebut yang sudah tidak produktif lagi atau karena invasi dari utara. Tetapi kondisi bangunan-bangunan di sana masih terjaga dengan baik hingga sekarang.

4.Kandovan, Iran

Rumah Kuno

Kandovan ditemukan di Provinsi Azerbaijan timur, Iran. Kandovan adalah desa kuno yang dibangun pada abad 13. Pemukiman kuno ini dipahat pada bukit-bukit batu berbentuk corong yang unik.

Jika dilihat dari jauh seperti sarang-sarang koloni semut berukuran raksasa. Bukit-bukit yang dijadikan pemukiman tersebut terbentuk secara alami dari pasir vulkanik.

Sebagian besar bangunan memiliki dua sampai empat lantai. Lantai dasar biasanya difungsikan sebagai kandang untuk hewan ternak dan peliharaan. Sementara lantai teratas digunakan untuk tempat penyimpanan persediaan.

5.Vardzia, Georgia

Rumah Kuno


Vardzia yang terletak di Georgia selatan merupakan situs biara berbentuk gua yang didirikan pada abad 12. Kompleks pemukiman ini didirikan dengan memahat tebing yang berhadapan dengan ngarai.

Vardzia dibangun pada masa kepemimpinan Ratu Tamar untuk mempertahankan diri dari serangan bangsa Mongol. Karena itulah untuk menjaga keamanan pintu masuk ke dalam kompleks dibuat tersembunyi, berupa lorong rahasia yang ujungnya terletak di dekat Sungai Mtkvari.

Vardzia meliputi kompleks apartemen yang terdiri dari 13 lantai. Setidaknya ada 600 ruangan dalam kompleks tersebut. Fasilitas di situs Vardzia dibangun dengan tata ruangan yang cukup maju.

Selain gereja dan ruang singgasana, di sisi rumah-rumah terdapat ladang-ladang dengan konsep terasering yang diairi dengan sistem irigasi. Sekarang situs ini hanya dihuni dan dikelola oleh beberapa biarawan saja

sumber

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 May 2014 03:10 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Gadis dibelasah kakak selepas adu dinoda abang ipar

Posted: 11 May 2014 04:01 PM PDT

Gambar hiasan
KULIM - Seorang gadis bukan saja menjadi habuan seks abang iparnya, bahkan turut dibelasah kakak sendiri gara-gara dikatakan ingin memusnahkan rumah tangga mereka.

Cerita sedih gadis berusia 24 tahun itu bermula apabila mangsa, kerana tidak tahan dirogol dan diugut lelaki bernafsu binatang itu,mengadu kepada kakaknya. Dia menjangka akan mendapat perlindungan, tetapi sebaliknya kakaknya mempunyai buruk sangka.

Akibatnya, kakaknya membelasahnya dengan lesung batu dan batang paip hingga cedera.

Bukan itu saja, kakaknya turut menuduh gadis malang itu sengaja mereka cerita untuk membusukkan nama suaminya dengan niat mahu menghancurkan rumah tangga mereka sebelum dihalau daripada rumah pasangan tempat dia menumpang itu.

Jurucakap polis berkata, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kulim, mangsa mendakwa kali pertama dirogol abang iparnya adalah pada pagi 2 Jun lalu.

"Dalam kejadian itu, lelaki itu masuk ke dalam biliknya kira-kira jam 11 pagi, menanggalkan pakaian mangsa secara paksa sebelum memperkosanya. Tidak cukup dengan itu suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

"Pada waktu yang lebih kurang sama keesokan harinya, lelaki itu sekali lagi masuk ke bilik mangsa dan melakukan perkara terkutuk itu," katanya.

Menurutnya, selepas dua kali dirogol dan bimbang kejadian itu akan berterusan, mangsa memberanikan diri mengadu kepada kakaknya, 5 Jun lalu.

Gadis itu juga memberitahu ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan polis.

Sambut Hari Ibu 'harus', yang dilarang Islam adalah menderhaka

Posted: 11 May 2014 06:08 AM PDT

KOTA BHARU: Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?.

"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini.

Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.

Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".

Astro Awani

Yang penting kondom, lain-lain tak ada masalah - Zura

Posted: 11 May 2014 05:01 AM PDT

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Jangan ada kondom atau membawanya dalam beg tangan jika mahu selamat dalam sebarang operasi penguatkuasaan. Itu antara tips yang dipraktikkan kebanyakan tukang urut untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan lebih tegas pihak berkuasa.

Tukang urut akan meminta kondom daripada kaunter jika pelanggan mereka mahukan perkhidmatan seks atau menyuruh pelanggan tetap membawa sendiri alat perlindungan seks itu.

Seorang tukang urut di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang yang dikenali sebagai Zura, berkata memang ada operasi pihak berkuasa di spa itu tetapi tindakan tegas hanya dikenakan jika ada terjumpa kondom dalam bilik urut.

"Jika tidak ada kondom, tak ada masalah. Paling tidak pun sekadar tahan sekejap dan ambil nama sebelum dilepaskan semula. Kami di sini pernah kena tangkap tapi dilepaskan dan boleh kerja semula.

"Lesen pusat urut ini tak dibatalkan pun. Jangan risau, tak ada masalah. Penguat kuasa hanya kacau jika ada pelacur warga asing. Di sini, semua orang tempatan," katanya.

Gila! PKR amal 'rasuah' secara terang terangan untuk undi ahli

Posted: 11 May 2014 03:32 AM PDT

Yaakob (kanan) ketika menegur Rodziah yang mengedarkan kuntuman bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh JANATUL FIRDAUS YAACOB
SHAH ALAM - Pemilihan PKR Cabang Shah Alam kecoh apabila Calon Ketua Cabang, menegur lawannya, Rodziah Ismail yang mengedarkan bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, sebentar tadi.

Yaakob yang juga Adun Kota Anggerik tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang disifatkan mengula-gulakan pengundi dengan mengedarkan kuntuman bunga mawar.

Berlaku sedikit pertikaman lidah antara kedua-dua lawan sekutu itu kerana Rodziah menegaskan bahawa bunga berkenaan adalah sebagai hadiah sempena Hari Ibu dan beliau selaku Adun di kawasan berkenaan (Batu Tiga).

Yaakob meminta Rodziah berhenti mengedarkan kuntuman bunga berkenaan namun beliau enggan dan segera mendapatkan pengesahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul.

Menurut Rodziah, Johari membenarkannya mengedarkan bunga berkenaan dengan syarat diberi kepada pengundi yang selesai mengundi dan kebenaran itu disambut sorakan daripada penyokong beliau.

Sebelum itu, penyokong Yaakob tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang masih berada di dalam dewan mengundi dan didakwa menjalankan kempen di dewan mengundi.

Bagaimanapun Rodziah menafikan beliau meneruskan kempen di dalam dewan sebaliknya memberi keutamaan kepada pengundi yang kurang upaya dan uzur untuk melakukan pemilihan terlebih dahulu.

Hudud: PAS tak jadi bentang di parlimen

Posted: 11 May 2014 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Pas sebentar tadi.

Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

"Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan.

"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," katanya.

AKAN MENYUSUL.

Penerbit drama bersiri hantar mesej lucah 'nak jilat'

Posted: 10 May 2014 11:22 PM PDT

Terlopong seketika apabila Sha baca mesej dikirim seorang penerbit terkenal kepada pelakon baru yang menghadiri uji bakat untuk drama bersiri.

Pendatang baru itu memang 'jambu' dan ada potensi untuk diketengahkan. Nak dijadikan cerita, penerbit itu berkenan dengan jejaka berkenaan dan menjanjikan peranan dalam drama baru terbitan syarikat produksinya.

Selepas uji bakat, penerbit itu mula mengirim mesej berbaur nakal. Pengsan membacanya. Jilat? Nak jilat apa pun tak tahulah.

Boleh tahan juga penerbit ini mengayat. Si pelakon baru itu sedia maklum permainan penerbit berkenaan kerana diberi amaran oleh kawannya yang terlebih dulu berkecimpung dalam arena seni.

Dia tak ambil serius mesej nakal itu, sebaliknya menganggap ia sebagai gurauan. Mujur sejenis, kalau lain jantina dah boleh sabit gangguan seksual.

Mungkin betul penerbit itu sekadar mengusik dan tidak ada niat lain, tetapi harap selepas ini lebih berhati-hati kerana perkara sebegini boleh mengundang tanggapan tidak elok kepadanya.

Kalau dibuatnya si penerima mesej ambil serius dan dipanjangkan ke laman sosial, tak ke naya?

Andai itu berlaku, niat bergurau mungkin bertukar mimpi ngeri. Saranan Sha, harap lebih berhati-hati selepas ini. Maklumlah, bukan semua orang boleh terima atau menganggap ia sebagai gurauan.

Sumber

Nurul Izzah sebar fitnah KLIA2 di Twitter

Posted: 10 May 2014 06:33 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah telah mengemaskini status akaun Twitter miliknya yang ditujukan khas kepada penunjuk arah yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) petang tadi.


Beliau telah mempersoalkan penunjuk arah di KLIA2 yang dikatakan tidak mencerminkan jumlah pembinaannya yang memakan belanja mencecah RM5 bilion.



Namun begitu, persoalannya itu kemudian dijawab oleh pihak Malaysia Airports menerusi Twitter rasmi mereka sekaligus menafikan tohmahan Nurul Izzah itu.

Katak Comel mengesyorkan supaya Nurul Izzah menjejakkan kaki terlebih dahulu ke KLIA2 sebelum membuat kesimpulan secara terburu-buru kepada umum.

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 May 2014 02:08 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Maklumbalas Dutch Lady Malaysia Mengenai Penemuan Bendasing Meloyakan Di Dalam Susu Kotak

Posted: 11 May 2014 05:30 AM PDT


Beberapa hari lepas, heboh di dalam laman media sosial berkenaan penemuan bendasing meloyakan berbentuk pepejal di dalam kotak susu keluaran Dutch Lady. Baca pendedahan beliau seperti di atas. Hari ini Dutch Lady Malaysia telah memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan. 

Berdasarkan maklumbalas syarikat berkenaan di laman 'fanpage' syarikat berkenaan di Facebook, pepejal dalam gambar yang tersebar adalah tidak merbahaya dan terhasil daripada penyimpanan yang tidak betul. Menerut syarikat berkenaan, selepas kotak susu dibuka, ia sepatutnya dihabiskan di antara 2-3 hari dan disimpan ditempat yang sejuk dan kering. Baca penjelasan sepenuhnya di bawah.

Apa Cerita 9 Cabang Parti Keluarga Rakan (PKR) Dibatalkan Pemilihan Hari Ini? @chegubard @anwaribrahim @AzminAli

Posted: 11 May 2014 04:11 AM PDT

Apa sudah jadi dengan Parti Keluarga Rakan (PKR)? Hari ini saja di Selangor, sebanyak 9 Cabang iaitu Klang, Sabak Bernam, Subang, Kota Raja, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sungai Besar telah dibatalkan dan diarahkan ditunda pemilihan masing-masing ekoran timbul masalah-masalah seperti berikut.

Pemilihan dan pilhanraya parti sendiri bertaburan dan penuh dengan masalah, lagi PKR ada hati untuk mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengendalikan PRU dan PRK. Betulkan diri sendiri dulu la sebelum mengkritik orang lain. Berikut adalah laporan-laporan daripada Cabang yang dibatalkan pemilihan. Baca dan nilaikan sendiri.

Klang

Pada jam 12.15-12.30 tengahari, di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang telah berlaku pertengkaran mulut rasa tidak puashati antara calon-calon Ketua Cabang iaitu Arayah Ibrahim, Zudin Asmah dan P. Krishnasamy dengan wakil JPP di mana calon minta pengundian hari ini dibatalkan dengan alasan senarai no siri daftar pengundi tidak sama antara senarai yang ada pada calon dengan senarai JPP. Sementera itu bagi calon Ketua Cabang, Yew Boon Lye tidak menghadapi masalah. 

Setelah perbincangan lebih kurang 10 minit dan keputusan tercapai antara JPP dan calon-calon maka kedua-dua belah pihak bersetuju pemilihan diteruskan dan semakan secara manual (8 kaunter) iaitu berpandukan nama dan no KPT bukan berpandukan no. siri buku daftar pengundi. Seramai lebih kurang 300 ahli sahaja dari 700 ahli yang hadir sejak jam 1,000 telah berjaya melaksanakan pembuangan undi.

Pada jam 12.50 tengahari, 3 daripada 4 calon Ketua Cabang (kecuali Yew Boon Lye) masih tidak berpuashati dengan penjelasan JPP dan berkeras meminta proses pengundian dihentikan. Para calon dan penyokong masing-masing seterusnya berkumpul di hadapan pintu masuk utama Kompleks Sukan Pandamaran untuk melakukan 'show force'. Ekoran dari situasi ini, proses pengundian tergendala seketika. Selepas perbincangan awal, pihak JPP membenarkan proses pengundian diteruskan namun calon Ketua Cabang yang tidak berpuashati telah menghalang mana-mana pengundi untuk masuk mengundi.

Pada jam 1.40 petang, pihak JPP belum membuat sebarang keputusan samada untuk meneruskan atau sebaliknya. Sementara itu, dilihat Shariff  Ghaey, calon Tim. Ketua Cabang telah membuat pengumuman dengan membelakangkan JPP memaklumkan bahawa pengundian dibatalkan dan minta semua yang hadir balik. Ekoran itu, sebahagian besar pengundi dilihat mula meninggalkan kawasan dewan. Baki lebih kurang 80 orang yang masih berada di perkarangan dewan. Makluman.

Pada jam 2.08 petang, JPP mengumumkan pengundian dibatalkan dan tarikh pemilihan baru akan dimaklum kelak.

Sabak Bernam

Pada jam 12.20 tengahari, di Sabak Bernam Mini Convention Centre, Sabak Bernam berlaku kekecohan di luar pusat pemilihan antara penyokong yang bermula apabila tindakan jentera kempen Dr. Aziz Bari diketuai oleh Ali bertindak menukar kertas 'chai' yang dipegang oleh pengundi kepada 'chai' Dr. Aziz Bari khususnya pengundi buta huruf.

Selain itu, turut dikesan tindakan Harikumar, Setiausaha Cabang dan penyokongnya yang menukar kertas 'chai' pengundi. Tindakan ini telah menyebabkan berlaku bantahan ahli-ahli yang lain dan pertengkaran mulut.

Pada jam 12.50 tengahari, JPP mengumumkan proses pemilihan dibatalkan atas alasan berlaku unsur penipuan. Pengundi diarahkan keluar dari pusat pengundian. Kesemua calon Ketua Cabang membuat bantahan kepada JPP dan mahukan proses pengundian diteruskan. Walau bagaimanapun, kekecohan terus berlaku dan JPP memaklumkan sekali lagi kepada JPP Pusat seterusnya mengeluarkan arahan supaya pemilihan ditunda ke satu tarikh baru.
    
Subang

Pada jam1.00 petang di Dewan Meranti, Bandar Baru Sg. Buloh, proses pemilihan terpaksa dihentikan kerana seorang individu dilihat memegang peti undi kerana tidak berpuashati dengan proses pengundian, ahli parti mendakwa tiada nama dalam daftar mengundi, dibenarkan mengundi walaupun tidak membawa kad pengenalan, terkesan seorang individu berumur lebih kurang 60 tahun memegang kertas undi AMK. Sepatutnya kertas undi AMK hanya layak kepada golongan muda dan terkesan senarai percalonan @ 'chai' dari kumpulan Sivarasa Rasiah yang diletakkan di setiap meja pembuangan undi.

Kuala Selangor

Pada jam 1.00 petang, JPP yang diketuai oleh Zainal Abidin Abd Samad telah mengumumkan pemilihan dibatalkan kerana terdapat bukti bergambar serta video berkaitan petugas pemilihan yang sepatutnya berkecuali telah membantu pengundi memangkah calon S. Manikavasagam, calon Ketua Cabang. Semua ahli dan pihak media tidak dibenarkan memasuki dewan memandangkan keadaan yang masih tegang.

Ekoran dari perkara ini telah berlaku pertengkaran mulut antara penyokong S. Manikavasagam dengan pihak JPP. Walau bagaimanapun, keadaan dalam dewan kembali tenang dan semua pihak akur. Sebahagian besar ahli telah beredar dan di luar dewan terdapat lebih kurang 50 orang kalangan penyokong Tan Sri Khalid Ibrahim serta S. Manikavasagam yang berkumpul di khemah masing-masing.

Sungai Besar

Pada jam 1.00 petang, proses pemilihan telah ditangguhkan kerana ada bantahan dari Suraimi Sukir, calon Tim. Ketua Cabang yang dapati namanya tiada dalam kertas undi. Terdapat juga aduan / bantahan bahawa calon bertanding dan JPP membantu / tunjuk ajar kepada ahli cara membuang undi yang didakwa terdedah memihak kepada calon tertentu. Pada jam 1.10 petang, Hashim Mohd Amin telah umumkan proses pengundian dibatalkan kerana aduan yang dibuat berasas.



Kemaskini 7.55 PM:

Sepang:

Pemilihan Cabang Sepang bertempat di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang, telah selesai pada 05.30 petang. Bagaimanapun terjadi kekecohan kerana kumpulan pro Ketua Cabang, Borhan Aman Shah, telah mengoyak kertas undi yang akan dikira.


Kota Raja:

Peti undi dipecahkan dan ada yg dibawa lari dalam pemilihan di Cabang Kota Raja oleh gangster.

Duke of UMNO

Posted: 11 May 2014 01:50 PM PDT

Duke of UMNO


Sebab sebenar PAS tak jadi bentang Hudud?

Posted: 11 May 2014 07:16 AM PDT

Apa kena dengan PAS ni pun saya tak faham. Tiba-tiba saja buat U-turn, tak jadi bentang Hudud kat Parlimen. Penat-penat Kerajaan PAS Kelantan buat draf, tiba-tiba Mat Sabu umum PAS tak jadi bentang di Dewan Rakyat...

Mat Sabu bagi alasan kononnya sebab PAS setuju nak join Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan. Kononnya sebab tu la depa tarik jadi bentang. Apa maksud di sebalik keputusan PAS tu?

Antara kemungkinannya ialah...


1. Mungkin draf Hudud yang PAS Kelantan buat tu memang tak sempurna, tak cukup ampuh dan perlu diperbaiki. Maksudnya, PAS Kelantan sendiri tahu hudud depa tu ada kelemahan sebelum ni. Dah tu awat yang depa gatai jugak nak bentang kat Parlimen sebelum ni? Saja?

2. Mungkin Mat Sabu takut ahli PAS tak mau keluar mengundi DAP di PRK Bukit Gelugor. Maklum la... DAP memang bantah Hudud... Saya dengar, orang PAS tak mau keluar mengundi dan ramai gak la yang nak undi BN kali ni pasai meluat abih dah kat DAP...

3. Mat Sabu mungkin nak "beli jiwa" DAP. Dia kan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang... Nak jaga hati Guan Eng ke, Mat Sabu? Mat Sabu takut kat Guan Eng ke? Hadoiiii...

4. Hudud tu sekadat gimik politik PAS... sekadar "alat" untuk raih undi dan sokongan politik. Lepas teruk kena balun dalam meeting, PAS buat U-turn? Lepas tu babitkan jawatankuasa tu sebagai sebab untuk depa buat u-turn? Alasannnn....

5. Pendapat anda?

Cuba tengok kat sini...

Apa Punya Teruk..! Pasal Bunga Ros Pun Mau Gaduh kaaaa..???

Posted: 11 May 2014 05:32 AM PDT

Aiyyaaaa..! Pasal bunga ros pun mau gaduh kaaaa? Pelik betoi.. dah teruk sangat ka? Sampai pasal benda kecik pun nak gaduh ka? Tak boleh bincang elok-elok? Gaduh depan orang ramai pulak tu.. sampai media pun highlight? 

Desperado sangat nak jadi Ketua Cabang? Tu la perangai orang PKR... kemaruk sangat... PAS pun tak macam tu... kan? kan? kan?

Ni cuba baca cerita kat bawah ni... apa pulak kata korang?


SHAH ALAM – Pemilihan PKR Cabang Shah Alam kecoh apabila Calon Ketua Cabang, menegur lawannya, Rodziah Ismail yang mengedarkan bunga di pintu masuk Dewan Teratai, Seksyen 19, sebentar tadi. 
Yaakob yang juga Adun Kota Anggerik tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang disifatkan mengula-gulakan pengundi dengan mengedarkan kuntuman bunga mawar. 
Berlaku sedikit pertikaman lidah antara kedua-dua lawan sekutu itu kerana Rodziah menegaskan bahawa bunga berkenaan adalah sebagai hadiah sempena Hari Ibu dan beliau selaku Adun di kawasan berkenaan (Batu Tiga). 
Yaakob meminta Rodziah berhenti mengedarkan kuntuman bunga berkenaan namun beliau enggan dan segera mendapatkan pengesahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul. 
Menurut Rodziah, Johari membenarkannya mengedarkan bunga berkenaan dengan syarat diberi kepada pengundi yang selesai mengundi dan kebenaran itu disambut sorakan daripada penyokong beliau. 
Sebelum itu, penyokong Yaakob tidak berpuas hati dengan tindakan Rodziah yang masih berada di dalam dewan mengundi dan didakwa menjalankan kempen di dewan mengundi. 
Bagaimanapun Rodziah menafikan beliau meneruskan kempen di dalam dewan sebaliknya memberi keutamaan kepada pengundi yang kurang upaya dan uzur untuk melakukan pemilihan terlebih dahulu. – Sinar Harian Online

MCA Tak Mau Bertanding, Cuba Teka Siapa Wakili BN Agaknya?

Posted: 11 May 2014 12:32 AM PDT

Kalau tak silap saya, esok merupakan hari penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gelugor. PAS calonkan DAP (Ram Karpal) dan esok depa akan berarak berjalan mengiring calon yang mewakili parti yang membantah perlaksanaan hukum Allah...

MCA takmau bertanding. Kononnya depa nak concentrate pasal hudud jugak. Itu alasan depa takmau bertanding. Then? Siapa yang akan bertanding agaknya untuk mewakili BN esok? Tu kita tunggu jer...

Antara yang sebut nak bertanding ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guang. Menariknya, dia tahu dia takkan menang. Tapi dia kata, target dia ialah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 12% undi...kenapa 12%? Sebab dia takmau hilang wang deposit!


Kalau macam tu, baik tak payah bertanding...langsung tak payah bayar deposit, kan? Heh! 

Sorang lagi ialah Mohd Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar. Saya dapat maklumat mengatakan Nabi Bux ni asalnya ialah ahli UMNO, tapi lepas tu dia masuk PAS dan namanya tidak dipotong UMNO dari database. 

Tak sure pasal benda ni...tapi itulah yang saya dengar.. Tapi Nabi Bux ni mengaku ahli PAS Gombak sekarang ni...

"Saya harap PAS akan membenarkan saya bertanding atas tiket parti, jika tidak saya akan bertanding sebagai calon Bebas," itu kenyataan Nabi Bux... sah la dia ahli PAS...kalau tidak, takkan dia harap dapat keizinan PAS untuk bertanding, kan? kan? kan?

Soalnya, PAS ni sengaja sabotaj DAP ke? Nampak gayanya macam cuba nak sabotaj calon DAP... lantak hangpa la labuuu...ada saya kesah?

Lepas tu ada sorang lagi calon nak bertanding. Orang biasa yang pernah bertanding DUN kat Penang dulu, Mohd Yacoob Mohd Noor namanya. Khabarnya dia ni muda lagi... umur pun baru 25 tahun. Tak tahu la apa motif dia nak bertanding kat situ... dia rasa boleh menang jugak la kot....

Ada jugak dengar cerita Penang Front Parti (PFP) nak letak calon depa kat PRK Bukit Gelugor tu.. tapi tak tau sapa.. dan tak sure la khabar tu betul ke tidak... masih lagi kategori khabar angin pada saat-saat akhir macam ni?

Berbalik pada Ram Karpal... ada pulak timbul khabar mengatakan ramai jugak la pemimpin DAP kat Penang yang tak puas hati dia dipilih sebagai calon. Tapi standard pembangkang, depa berani protes kot belakang je laaaa... berdepan tak berani la kot....? heh!

Alasan depa, kalau Ram Karpal jadi calon, depa tuduh kata DAP amalkan kronisme dan sistem "dinasti".. Alaaaa... macam tak biasa...kan? kan? kan? Pakatan Haram memang standard la kronisme & dinasti ni...dalam PKR dan PAS pun serupa jugak laaaa...

Saya pi ke tidak PRK Gelugor kali ni? InsyaAllah, saya tak pi PRK Bukit Gelugor kali ini... Time tu agak busy sikit dengan tugas-tugas kat opis ni...Tapi kalau sempat, insyaAllah saya pi jengok-jengok menyebok kat area tu.. heh! Tapi tak janji laaa...

Transkrip Penuh BERNAMA TV Bersama Perdana Menteri

Posted: 10 May 2014 09:43 PM PDT

Transkrip penuh 'Ruang Bicara Khas BERNAMA TV Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak', sempena Ulang Tahun UMNO Ke-68, hari ini. Perdana Menteri ditemu ramah oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA TV, Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang, Jamaluddin Muhammad.

SOALAN: Datuk Seri, soalan pertama saya adalah UMNO merayakan ulang tahun ke-68 hari ini. Kalau UMNO itu manusia, pada usia sebegitu ia dikatakan sudah berumur, kurang tenaga, kurang aktif, dan mungkin semangatnya sudah luntur. Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO pada usia sebegitu?

DATUK SERI NAJIB RAZAK: UMNO masih parti yang berwibawa. Hakikatnya dalam pilihan raya umum lalu, kita berjaya menambah bilangan kerusi. Ini menunjukkan apa pun yang diperkatakan, UMNO masih merupakan parti yang terkuat di tanah air. Ini menunjukkan bahawa perkembangan sebuah parti yang sudah pun usianya mencecah 68 tahun tapi tidak bererti ia semakin lemah atau kurang bertenaga. Namun saya akui (sebagai) sebuah parti, kita mesti lalui transformasi. Kita mesti hadapi cabaran untuk terus jadikan UMNO sebagai parti yang relevan pada setiap zaman.

 
S: Berubah atau rebah. Saya ingat lagi kata-kata Datuk Seri apabila Datuk Seri mengambil alih teraju (kepimpinan parti). Tapi masih ada suara sumbang yang mengatakan mereka tidak lihat perubahan ketara dalam UMNO. Mungkin perubahan itu tidak dapat dilihat secara tangible (nyata), mungkin secara sikap dan minda ada perubahan Datuk Seri lihat?



J: Saya lihat daripada beberapa aspek. Pertama dari segi UMNO, dasar yang ditunjangi UMNO melalui kerajaan; dasar ini kita dapat lihat umpamanya UMNO menyokong dasar transformasi negara, UMNO menyokong konsep 1Malaysia dan UMNO juga menyokong segala inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan. Dari segi UMNO itu sendiri, kita telah lakukan perubahan dan pembaharuan di mana kali pertama dalam sejarah parti kita, kita telah dapat melaksanakan apa yang kita katakan pemilihan secara langsung – direct election. Kita tak lagi bergantung kepada 2,600 perwakilan yang datang ke Kuala Lumpur untuk mengundi kepimpinan parti dari atas sampai ke peringkat Majlis Tertinggi tapi kita buat pemilihan melalui penyertaan akar umbi 160,000 ahli terlibat dalam proses tersebut. Namun saya akui perubahan dari segi nilai dan budaya perlu makan masa untuk kita membuat perubahan yang lebih mencerminkan apa yang kita patut lakukan dalam konteks persekitaran politik yang baharu. Maknanya yang saya tekankan ialah kita mesti jadi pengamal 'new politic' bukan pengamal the 'old politic'. Ini saya akui memakan masa sebab mengubah mindset manusia tentu sekali makan masa.


S: Macam Datuk Seri memperkenalkan cara pemilihan, sudah tentu ia bertujuan mengelakkan politik wang. Tapi apakah mereka bersedia berubah dari segi minda dan budaya mereka, sanggup transform daripada dulu sanggup beri sogokan untuk dapat sokongan? Tidak lagi berbuat demikian selepas Datuk Seri memperkenalkan cara pemilihan baharu?


J: Belum sepenuhnya. Saya akui belum sepenuhnya lagi tapi ini satu… saya anggap ini sebagai satu perjalanan. Ini mungkin fasa pertama. Lepas ni perlu melihat apakah kaedah yang lebih baik dan bagaimana nak ubah mindset atau sikap dan nilai manusia dan pemimpin dalam konteks di peringkat akar umbi. Mereka begitu setia pada parti, mereka berkhidmat untuk parti. Tapi saya harap soal pemilihan parti kita menjunjung nilai yang murni dalam pemilihan.



S: Ada tak nampak perubahan ke arah lebih baik Datuk Seri?



J: Ada beberapa aspek nampak lebih baik, tapi ada aspek yang kita perlu terus lakukan penambahbaikan.


S: Satu lagi Datuk Seri, mengenai peremajaan parti. Remajakan parti tidak semestinya bermaksud orang lebih muda masuk, tapi dalam bahasa Inggeris rejuvenate the party. Pada pilihan raya lepas kita lihat ada lonjakan kerusi bagi pihak UMNO sedangkan untuk rakan-rakan lain kurang mendapat sokongan. Apakah reformasi atau transformasi yang dilakukan itu memberi kesan kepada UMNO dalam pilihan raya lepas?


J: Sedikit sebanyak sokongan yang bertambah kepada UMNO menunjukkan perubahan yang kita lakukan mendapat sambutan dalam kalangan rakyat tapi sokongan kepada UMNO di kawasan bandar/urban tidak begitu memuaskan lagi. Jadi langkah kita ke hadapan ialah untuk terus mempertahankan UMNO, kekuatan kita, teras kita di kawasan luar bandar. Tetapi di samping itu kita perlu dilihat sebagai parti yang ada sokongan yang semakin bertambah di kawasan bandar termasuk bandar utama.


S: Proses peremajaan UMNO itu sendiri, bagaimana Datuk Seri lihat dah berjaya atau tidak?


J: Belum lagi. Saya lihat ini sebagai satu proses. Tak mungkin dalam tempoh satu penggal saja atau kurang daripada satu penggal, kita boleh melakukan proses peremajaan dalam UMNO. Tapi ini bagai satu perjalanan, di mana proses ini mesti berterusan. Jadi, dalam satu penggal ada penggantian dengan pemimpin lebih muda dan baharu dan selanjutnya proses ini akan kita teruskan dan kita perlu mengenal pasti bakat/talent baharu yang boleh kita ketengahkan. Ini mesti merupakan proses terancang, bukan proses yang berlaku dengan sendirinya. Mesti ada usaha yang tersusun supaya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang memang mengiktiraf kepimpinan baharu, intelektual, profesional dan mereka yang mencerminkan, apa yang selalu kita sebutkan, Gen-Y. Kita pun kena merupakan sebuah parti yang sentiasa dapat melakukan proses pembaharuan ini.


S: Dalam pemilihan yang baru lepas, ada pihak mengatakan tidak banyak perubahan dari segi muka baharu. Adakah ini suatu yang positif atau negatif kepada Datuk Seri?


J: Saya melihat bahawa kita tak boleh melakukan sesuatu yang begitu mengejutkan tapi kita mesti melakukan 'continuity' dan pembaharuan. Dua unsur ini perlu kita lakukan secara serentak. Maknanya ada pemimpin yang perlu kekal sebab khidmat mereka masih diperlukan. Ada juga pemimpin baharu yang kita ketengahkan, kita naikkan kedudukan mereka dalam kerajaan, dalam parti di mana sumbangan mereka akan lebih meluas lagi. Jadi saya lihat kedua-dua unsur ini perlu berjalan serentak.


S: Di peringkat akar umbi, bahagian dan cawangan, kelihatan seperti orang-orang itu juga masih menjadi ketua bahagian. Jadi di mana peremajaan itu boleh berlaku kalau mereka masih mahu bertahan walaupun sudah memegang jawatan selama empat, lima penggal?


J: UMNO merupakan parti demokratik. Jadi hakikatnya kita cuma boleh menggambarkan prinsipnya tapi pada akhirnya terpulang kepada ahli UMNO itu sendiri yang memilih. Tak semestinya mereka kekalkan (semua) pemimpin sedia ada… dan mungkin juga mereka tolak semua. Jadi kalau pemimpin lama masih boleh berkhidmat dan beri sumbangan dan dapat sokongan daripada ahli, mereka akan kekal sebagai pemimpin. Sebaliknya, banyak juga bahagian, lebih kurang 35 peratus ada perubahan kepimpinan dari segi ketua bahagian. Saya lihat ini satu perubahan yang menggalakkan. Kalau 1/3 berlaku perubahan, mungkin pemilihan akan datang 1/3 lagi akan berlaku perubahan di bahagian, yang belum berlaku perubahan dalam pemilihan yang baru berlangsung.


S: Saya nak minta pandangan Datuk Seri sebagai presiden parti. UMNO memang tak dapat dinafikan parti tertua yang memerintah malah di dunia. UMNO telah banyak berjasa kepada bukan saja orang Melayu, tapi seluruh bangsa di Malaysia. UMNO di bawah Datuk Seri mempunyai pelbagai rancangan yang cantik… transformasi, nak bawa negara ke tahap berpendapatan tinggi. Tapi dalam masa sama dikatakan seperti seorang tua yang tidak dihormati oleh golongan muda. Dikatakan terlalu lama memerintah, ketinggalan zaman. Jadi sebagai presiden, tidakkah Datuk Seri merasa kecil hati atau jauh hati sedangkan Datuk Seri beria-ia memimpin negara ke arah yang dijanjikan?


J: Pendapat itu mencerminkan keterbukaan dalam masyarakat kita. Sebab masyarakat kita lebih terbuka hari ini berbanding masa-masa lalu. Dan peranan media sosial begitu meluas. Tak pernah pada peringkat yang kita lihat pada hari ini. Jadi kepelbagaian pendapat ini semakin rancak dalam masyarakat kita. Kita mesti akui kita menjurus kepada masyarakat demokratik yang lebih matang. Lebih matang masyarakat kita, lebih kepelbagaian pendapat. Dari satu segi boleh lihat ini satu perkembangan sihat. Dari satu segi kita sebagai pemimpin kena banyak bersabar. Orang kata apa pun kena terima hakikat bahawa tak ada satu aliran pendapat berbanding dengan masa-masa lalu. Kepelbagaian merupakan sesuatu yang boleh dikatakan kelaziman dalam masyarakat yang semakin terbuka, yang semakin matang, semakin terdidik. Dan ini satu hakikat yang kita terpaksa terima dalam mana-mana negara, kita lihat perbezaan pendapat dan kritikan itu perkara biasa. Yang penting sekali ialah majoriti. Apakah majoriti menyokong UMNO? Jadi kalau majoriti dalam kalangan yang muda tak sokong UMNO, tak mungkin dapat pertambahan kerusi dalam pilihan raya lalu. Tapi yang menentang kita, yang tak terima UMNO, pun bilangannya agak besar juga. Yang penting adalah majoriti masih bersama-sama UMNO.


S: Jadi maksudnya suara-suara yang menentang ini tak semestinya bermaksud UMNO tak bersatu-padu atau lemah? Ini satu demokrasi yang sihat?


J: Ini satu tanda keadaan zaman hari ini dah berubah dan kita tak boleh nak menutup apa yang berlaku sekarang sebab masyarakat kita ini terbuka kepada unsur globalisasi umpamanya teknologi, soal kejayaan dalam mendidik anak bangsa. Saya anggap ini kesan daripada success story UMNO memimpin negara kita.

S: Tidakkah kebebasan yang terlalu luas ini boleh menyimpang mereka daripada menghargai perjuangan atau bakti budi UMNO kepada mereka?


J: Saya terima kalau ada perbezaan pendapat tapi sebagai perdana menteri saya pentingkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Sebab itu kita ada kebebasan, tapi ada hadnya. Bukan kebebasan mutlak yang tak ada had peraturan undang-undang sebab ia akan bawa kepada huru-hara. Anarki. Tentu kita tak mahu anarki, kita nak masyarakat yang toleran dari segi perbezaan pendapat. Masyarakat yang terima prinsip demokrasi. Walaupun ada perbezaan pendapat tapi pendapat majorti akhirnya akan menentukan siapa yang berkuasa. Kalau ada pihak berniat nak membawa kepada pergaduhan, ketidakstabilan dalam negara maka mereka kena hadapi tindakan dari segi undang-undang.


S: Datuk Seri sebut tentang kesabaran. Secara individu adakah Datuk Seri seorang yang sabar?


J: Saya sebagai individu, saya kena terima bahawa kita dalam demokrasi yang terbuka. Hakikatnya perbezaan pendapat itu akan jadi satu kelaziman. Kita lihat saja dalam negara yang amal demokrasi lebih lama daripada kita, memang itu perkara yang boleh dikatakan biasa bagi mereka.


S: Orang menganggap kesabaran Datuk Seri sebagai satu kelemahan untuk bertindak.


J: Tidak…tidak. Saya tak anggap itu kelemahan. Kalau kita tanya apakah mereka mahu satu keadaan di mana ada saja yang mengeluarkan pendapat kita tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Apakah itu yang kita nak? Tentu sekali majoriti rakyat Malaysia tak mahu keadaan sedemikian. Mereka mahu kita merupakan masyarakat yang ada latitude/ruang untuk keluarkan pendapat walaupun kontra/berbeza. Tapi jangan sampai membawa kemudaratan kepada negara. Ini yang saya nak tekankan.

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

S: Ada pihak dalam UMNO sendiri merasakan seolah-olah Datuk Seri ini terlalu penyabar. Tahap toleransi lebih tinggi barangkali. Mereka kata tangkap saja, bimbang kalau dibiarkan jadi benda yang tak elok. Tapi Datuk Seri kata politik dah berubah, orang lebih demokratik, pendidikan lebih tinggi. Sejauh mana toleransi ini boleh diberikan?


J: Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahu ruang lebih luas dalam 'discourse' politik tanah air. Mereka tak mahu pendapat mereka terkongkong, mereka tak nak hidup dalam keadaan ketakutan. Kalau kita buat penilaian, tak semua nak balik kepada zaman ISA. Jadi saya lihat ini sebagai satu perkembangan positif. Walaupun ada suara-suara yang nak kita kembali ke zaman ISA tapi kita ada kuasa yang cukup untuk bertindak terhadap sesiapa yang cuba merosakkan keamanan dan keharmonian negara. Ada yang kita ambil tindakan di bawah SOSMA, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Mereka yang tunjuk keinginan lakukan keganasan, kita boleh ambil tindakan di bawah SOSMA.



Kita juga masih ada lagi Akta Hasutan di mana kalau cuba sentuh perkara sensitif yang boleh membawa pergaduhan dalam negara kita, menghasut dan sebagainya, tindakan undang-undang boleh diambil tapi mesti berasaskan kepada prinsip undang-undang. Kita memang ambil tindakan berdasarkan undang-undang negara tapi bukanlah dengan cara tangkap ikut rasa marah kepada mana-mana individu kita tangkap bawah ISA. Saya percaya kalau buat macam itu lagi ramai orang marah pada kerajaan. Kita perlu lihat di negara Timur Tengah, mereka ada undang-undang yang lebih keras daripada kita tapi apa yang berlaku? Rakyat marah sampai rejim itu jatuh pada akhirnya.


S: Tidakkah nanti kesabaran atau toleransi itu memberi gambaran bahawa Datuk Seri bukan seorang yang tegas dan boleh mengakibatkan sokongan orang Melayu kepada UMNO itu merosot?


J: Tidak… sokongan pada UMNO itu bertambah kuat (masa) 'election' yang lalu. Hakikatnya kita telah membuktikan sokongan kepada UMNO itu bertambah. Tapi kita mesti faham bahawa kalau sebaliknya kita ambil tindakan ikut cara dulu, apakah sokongan kita akan berkekalan atau sebaliknya orang semakin marah kepada kerajaan. Ini yang kita mesti menilai.


S: Orang mengaitkan pemansuhan ISA kepada keterbukaan. Apakah kalau ISA tiada orang akan terbuka… hentam Raja, hentam agama. Bagaimana pandangan Datuk Seri?


J: Kita kena pilih apa corak masyarakat yang kita kehendaki. Sebagai sebuah kerajaan tentu kita kena mengambil pendapat majoriti. Kita tak boleh ambil pendapat sekumpulan saja. Jadi saya nak tahu apa pendapat majoriti rakyat Malaysia. Apakah kita nak sebuah masyarakat di mana ada ruang kita berbicara politik walaupun ada perbezaan pendapat, atau kita nak satu masyarakat di mana kita ada kuasa mutlak, tak boleh dipersoalkan oleh sesiapa. Kita nak tangkap orang, kita boleh tangkap. Apakah itu yang kita kehendaki? Kita minta rakyat tunjuk jenis corak mana masyarakat yang kita perlukan. Sebagai pemimpin saya bersedia lakukan apa saja yang saya fikirkan terbaik dan saya juga kena menilai penerimaan masyarakat kita. Tapi apa yang saya dan kerajaan lakukan hari ini, pada pendapat saya adalah yang terbaik untuk negara kita.


S: Dalam kepelbagaian pendapat ini, Datuk Seri ada Facebook, Twitter dan dalam itu ada juga yang kutuk/ tegur Datuk Seri. Bila melihat itu, apa yang Datuk Seri buat terutama mengenai komen yang negatif?


J: Tak ada apa-apa reaksi. Saya tolak itu semua. Kalau cakap karut marut, mencaci, mengutuk, saya anggap mereka itu lunatic fringe atau orang ni yang tak ada adab, atau tak rasional. Ada yang kritik secara rasional… kalau kritik secara rasional dan beradab saya terima. Saya cuba nilai kritikan itu ada asas atau tidak. Inilah masyarakat yang kita kehendaki. Maknanya kita berani terima teguran asalkan dibuat dengan cara ada adabnya. Dan kita mesti dengan segala rasa tawaduk, 'humility' menganggap diri kita bukan tahu segala-galanya. Saya dah kata era kerajaan tahu segala-galanya dah berakhir. Maknanya kita terima… kalau pendapat rakyat itu baik, dan ada asasnya. Kerajaan sedia pertimbangkan. Inilah keterbukaan zaman sekarang, ini yang saya rasa dikehendaki masyarakat kita. Sebab itu kita jangan lupa kita nak menuju sebuah negara maju. Semua orang kata kita nak Malaysia sebagai negara maju. Adakah cara dulu itu sesuai dengan ciri dan nilai sebuah negara maju? Ini yang saya nak tanya.



S: Selepas 2008 kita lihat percambahan NGO Melayu yang bercorak politikal. Mereka seolah-olah tak mahu menyuarakan kepentingan/hasrat orang Melayu melalui UMNO dan mereka antara yang mahu ISA dikembalikan. Macam mana nak 'reconcile' dengan golongan ini.
J: Kita mesti faham dalam masyarakat kita ada pelbagai pendapat. Soalannya sama ada suara dia mencerminkan suara majoriti atau tidak. Atau suara sekelompok dalam masyarakat. Inilah yang mesti kita nilai.


S: Tentang pengkaderan. Adakah proses ini berlaku dan adakah UMNO masih berusaha bentuk pemimpin baharu?


J: Kita sedang berusaha mencari. Pertama saya nak supaya UMNO beri ruang kepada pemimpin baharu supaya mereka tak rasa kalau masuk dalam UMNO menyusahkan dia, dia terpaksa bekerja di peringkat akar umbi. Sebab sesetengah orang profesional ini dia tak nak terlibat dalam proses di peringkat cawangan dan sebagainya. Ini yang kita perlu beri ruang. Kalau nak lantik sebagai ahli jawatankuasa tambahan, katalah ada 10 ahli jawatankuasa tambahan yang boleh dilantik, apa salahnya kita lantik tiga, empat orang dari kalangan profesional termasuk dari latar belakang ulama, lawyer, doktor supaya dalam jawatankuasa ini kita mencerminkan komposisi masyarakat secara keseluruhan tanpa mengetepikan pemimpin akar umbi.


S: Saya nak minta Datuk Seri simpulkan, kita sambut Hari Raya sebab merayakan kejayaan berpuasa. Jadi 68 tahun UMNO apakah yang dirayakan? Perpaduan, keutuhan atau kepelbagaian dalam UMNO secara khusus?


J: Kita boleh merayakan sebuah parti yang paling berjaya dalam sistem demokrasi yang terbuka dalam sejarah peradaban manusia. Ini satu keunggulan pada UMNO. Waima kita kata tak ada siapa boleh nafikan hakikat kita bukan saja parti tertua tapi parti paling berjaya.


BARISAN NASIONAL (BN)

S: UMNO tak boleh berdiri sendiri. UMNO menang kerusi lebih banyak. Tapi sementara UMNO naik, rakan-rakan BN menurun. Ada tak formula supaya mereka boleh sama-sama naik?


J: Ini yang sedang kita fikirkan. Mungkin satu langkah yang boleh kita lakukan ialah supaya kita muncul sebagai Barisan Nasional lebih lagi dari segi program dan aktiviti kita. Tak ada lah UMNO dengan UMNO, MCA dengan MCA, MIC dengan MIC. Kita perlu kongsi satu platform di mana kita bersama-sama supaya dilihat inilah BN yang sebenarnya. Bukan MCA, MIC, UMNO berasingan. Ini merupakan satu model politik baharu kita boleh fikirkan ke hadapan. Sebab nasib rakan-rakan dalam BN kena fikir juga supaya dapat tambah kekuatan kita secara keseluruhan.


S: Apa nasihat Datuk Seri kepada pemimpin masyarakat Cina. Apakah perlu kerja lebih keras lagi seperti PRK Kajang. Apa formula terbaik menangi hati pengundi Cina?


J: Mereka (MCA) tak boleh rasa kecewa. Mesti teruskan usaha untuk yakinkan masyarakat Cina. Kedua, mereka kena tambah 'engagement' mereka dengan kaum Cina. Jelaskan kepada mereka dan di samping itu dengar rintihan dan keluhan kenapa tak sokong kerajaan dan cuba beri jawapan kepada keadaan sebenar supaya tak keliru dengan hasutan atau dakwaan daripada parti pembangkang. Tapi apa penjelasan kita sebagai wakil kerajaan boleh juga kita terangkan. Mudah-mudahan kekusutan dapat dirungkai melalui engagement dengan pengundi dan masyarakat yang mewakili kaum Cina.


S: Apakah kemasukan MCA dalam Kabinet akan membantu ke arah itu?


Najib: Saya lihat memang MCA perlu sebab dasar negara kita kalau tak ada input daripada wakil kaum Cina, bila jumpa masyarakat kaum Cina, nampak mereka tak boleh war-warkan mereka sebahagian daripada kumpulan yang menggubal dasar dan keputusan negara.



S: Setahun selepas pilihan raya. Apa analisis awal Datuk Seri mengenai kekuatan parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC?



J: Ada sikit peningkatan tapi banyak lagi perlu diusahakan sampaikan kita boleh kata proses pemulihan itu selesai. Belum lagi selesai. Maknanya kita ada tempoh – PRU akan datang. Apa pun mesti faham kita ada time limit dan mesti berusaha sedaya upaya.


PENTADBIRAN NAJIB

S: Parti Datuk Seri (UMNO) naik jumlah kerusi, tapi BN tetap tidak mendapat mandat 2/3. Dalam pada itu, Datuk Seri menghadapi era keterbukaan; kepelbagaian pendapat; cabaran membawa negara ke tahap negara maju… terlalu banyak masalah… kita lihat. Kalau saya, tak sanggup jadi perdana menteri. Bagaimanakah dengan keadaan ini Datuk Seri boleh tahan?


J: Saya lihat kalau kita terima hakikat bahawa dalam demokrasi yang terbuka, apabila kita memiliki dalam 60 peratus daripada bilangan kerusi itu sudah cukup kuat. Umpamanya di UK, kerajaan Konservatif tak dapat majoriti overall, dia terpaksa berkongsi dengan Liberal baru dia boleh tubuh kerajaan, tetapi dia masih mampu mentadbir negara dia. Jadi kalau kita punya mindset tidak terlalu terikat dengan faktor 2/3 itu, seolah-olah 2/3 itu kayu pengukur yang muktamad. Tapi kalau kita tidak ada perangkap 'mental block' tersebut saya percaya majoriti yang kita ada ini, kita boleh mentadbir negara kita sebab yang cuma kita tak boleh lakukan adalah perubahan Perlembagaan sahaja. Tetapi apa juga dasar dan rang undang-undang kita nak buat, memang kita boleh buat dan kita telah buktikan pun segala-galanya boleh diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang selesa. Jadi ia tidak menggugat kewibawaan pentadbiran kita. Ia masih boleh kita lakukan dengan licin, cuma ia satu 'mental block' saja pada kita. Jadi saya harap kita semua akan beri tumpuan kepada kerja untuk membangunkan negara kita.


S: Dari mana datangnya keberanian itu, adakah daripada ahli pemimpin UMNO, atau pejuang-pejuang UMNO terdahulu atau rakan-rakan dalam Kabinet?


J: Saya tak rasa tergugat. Saya rasa saya dapat mandat daripada rakyat melalui proses demokrasi yang sihat, yang lebih terbuka dalam sejarah tanah air kita. Maknanya saya rasa ini satu amanah yang perlu saya pikul dan saya beriltizam melakukan dengan penuh semangat dengan bersungguh dan saya hendak serah kepada rakyat menilai bila sampai masanya. Jadi saya tidak rasa gusar, saya akan tetap menjalankan pentadbiran dan kepimpinan mengikut apa yang saya fikirkan terbaik untuk negara.


S: Masa penggal pertama Datuk Seri ambil alih tampuk pemerintahan negara, pentadbiran Datuk Seri nampak banyak (dasar dan program baharu), 1Malaysia, GTP, ETP… tapi bila masuk penggal kedua ini banyak pihak rasa tak nampak hala tuju ke mana Datuk Seri nak bawa negara ini. Apa komen Datuk Seri?


J: Mereka tidak faham… yang pertamanya bila saya meluahkan Gagasan 1Malaysia, ia bukan soal pilihan raya. Ia soal 'nation building', membina sebuah negara bangsa. Jadi tentu kita nak bina sebuah negara bangsa, takkanlah setiap penggal saya nak keluarkan satu gagasan baharu, apa orang kata ini baru empat tahun, apa dah jadi pada Gagasan 1Malaysia. Soal transformasi, kita dah kata ini menjangkau hingga 2020. Takkan sampai 2014, saya nak kata Wawasan 2020 dah tak ada lagi. Jadi maknanya dengan komitmen dan sokongan yang diberikan kepada saya dalam penggal kedua ini saya akan teruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai, sehingga hasrat kita menjadi negara maju jadi kenyataan. Lepas tahun 2020 barulah kita gantikan dengan visi yang baharu. Apa makna visi… visi menjangkau satu jangka masa yang panjang. Jadi takkanlah dalam tempoh empat tahun kita dah nak ganti dengan visi yang baharu, ini satu pertimbangan yang tidak rasional.


S: Datuk Seri, saya melihat keadaan sekarang ini seperti 'nasi yang sedang ditanak, belum masak lagi tapi dah ada yang kata mentah, tak menjadi'. Yang diperlukan ialah masa, berapa banyak masa yang diperlukan Datuk Seri? 2020 kah?


J: Saya ambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009. Apa janji saya, janji saya pada rakyat ialah untuk membawa negara jadi negara maju pada 2020. Jadi kita baru di tahun 2014. Bagi saya tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa apa yang telah kita janji pada rakyat dapat kita penuhi. Kita masih lagi dalam tempoh menghala ke tahun 2020, banyak lagi yang perlu kita lakukan, dan banyak pun yang telah kita capai tetapi banyak lagi yang kita perlu lakukan. Dan kita boleh lihat dari segi ekonomi umpamanya, pencapaian kita boleh dikatakan baik dalam suasana yang tidak menentu. Kita telah capai kadar pertumbuhan yang amat memuaskan 4.7 peratus dan tahun ini insya-Allah kita mungkin boleh dapat tinggi sikit dari itu.

EKONOMI

S: Masalah tak faham ini, saya lihat dalam soal GST pun tak difahami, apa masalahnya?


J: Mereka tak faham, mereka ingat ini satu percukaian yang baharu. Jadi maknanya satu tambahan beban kepada mereka. Semua orang tak suka pada cukai, jadi bila pembangkang kata bahawa ini satu percukaian yang baharu, semua naik takut, dan secara automatik mereka kata mereka tidak sokong GST walhal GST ini menggantikan percukaian jualan dan perkhidmatan sekarang dan ia satu sistem percukaian yang ganti cukai sedia ada. Kedua; mereka tak faham, kita dah kata banyak barang-barang keperluan dikecualikan, zero rated. Jadi tugas sekarang ialah kita kena senaraikanlah jenis-jenis barang tersebut. Kebanyakan rakyat tak tahu pasal konsolidasi fiskal, dia tak nak tahu pasal defisit negara. Dia nak tahu (harga) nasi lemak dia berapa. Dulu berapa, lepas GST (berapa). Susu bayi macam mana, dulu sebelum dan selepas GST. Jadi kalau kita boleh huraikan berapa harga sekarang dan lepas GST, jadi rakyat boleh nampaklah GST itu sebenarnya tidak membebankan rakyat. Walaupun saya tidak dapat nafikan kalau kadar inflasi, mungkin ada sedikit peningkatan, tetapi peningkatan itu untuk tahun pertama pelaksanaan GST, lepas itu ia akan balik pada kadar yang biasa.


S: Dalam TV kita sebut apa itu GST, surat khabar, media elektronik, media baharu, tapi bila balik kampung orang akan tanya: "Saya akan kena ke GST?", pada hal kita dah sebut ikan tak naik, harga tepung, harga minyak masak takkan naik. Tapi kenapa mereka takut dengan perkataan GST? 

J: Sebab ada orang yang memomok pada mereka bahawa ini satu beban kepada rakyat, satu cukai tambahan kepada rakyat dan sebagainya. Jadi kita kena teruskan, tingkatkan penjelasan kita dan juga keberkesanan penjelasan kita kepada rakyat. Saya lihat sekali dia dengar, dia tak akan faham lagi, kena banyak kali. Rupanya dia kena dengar sesuatu mesej itu banyak kali baru dia faham.

S: Betul ke Datuk Seri, orang kata kerajaan buat GST ni kerana kerajaan tak ada duit, dan bila dah ada duit nanti akan bolehkan kerajaan boros berbelanja?


J: Ini bukan soal kerajaan tak ada duit. Ini ialah untuk menstabilkan punca hasil untuk negara. Jadi bila punca hasil kita bertambah, kita dapat mengurangkan defisit negara, penarafan Malaysia akan bertambah dan kita ada kemampuan yang lebih untuk melaksanakan pelbagai projek dan perkhidmatan kepada rakyat. Kedua, kita boleh jaga juga kebajikan penjawat awam dan sebagainya sebab ini semua bergantung kepada punca hasil kita. Hasil kita ini terlalu kecil berbanding dengan jumlah orang yang bekerja. Dan jangan lupa ada juga orang tak membayar cukai yang dikatakan 'the black economy' ini, siapa yang terlibat dalam black economy. Maknanya sesiapa sahaja yang terlibat dalam apa-apa jenis kegiatan, dia akan terpaksa membayar cukai, tapi cukai ini adil. Orang yang makan gaji tak dapat mengelak, tapi banyak orang yang buat urusan perniagaan dan perkhidmatan lain mungkin dapat mengelak daripada membayar cukai ataupun tak bayar cukai sepenuhnya.


S: Masa kempen pilihan raya umum lepas, Datuk Seri sering melaungkan slogan 'Rakyat Didahulukan'. Tetapi ada gambaran, lepas menang Datuk Seri laksana dasar rasionalisasi subsidi, yang dikatakan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.


J: Tidak… rasionalisasi subsidi ini sesuatu yang perlu kita lakukan sebab banyak ketirisan dan pembaziran, misalnya kalau harga minyak yang kita subsidi terlalu tinggi sampai RM23 bilion setahun, banyak ketirisan di situ, banyak orang yang tak sepatutnya (dapat), orang kaya dapat faedah dan sebagainya. Jadi kita ganti dengan bantuan subsidi secara bersasar (direct subsidy), sebab itu kita naikkan bantuan BR1M. Bantuan BR1M ini sebenarnya mengimbangi, bila kita naikkan harga minyak. Jadi inilah cara yang kita lakukan. Maknanya bukan subsidi pukal. Kita kurangkan subsidi pukal, tetapi kita bantu rakyat yang layak dan patut dapat melalui subsidi bersasar.


S: Datuk Seri, pembangkang kata ketirisan itu di pihak kerajaan, kalau boleh dikurangkan ketirisan dan pembaziran di pihak kerajaan, tidak perlu dikurangkan subsidi?


J: Kita memang perketatkan. Maknanya Laporan Audit Negara kita ambil tindakan yang serius. Saya dah minta Ketua Setiausaha Negara untuk umumkan apa tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap penyelewengan yang berlaku dan sebagainya. Pembelian kerajaan sekarang ini hampir semua kita buat secara tender. Tak ada direct nego, tapi melalui tender sama ada tender terbuka atau tender terhad, dan kita menilai sesuatu itu supaya harga yang dibeli oleh kerajaan itu harga berpatutan. Maknanya kita lebih berhati-hati dalam soal pembelian kerajaan.


S: Datuk Seri dikatakan tidak memperjuangkan Bumiputera, tiba-tiba Datuk Seri memperkenalkan dasar memperkasakan Bumiputera. Bagaimana setakat ini usaha itu?


J: Usaha itu berjalan dengan baik, macam-macam program kita buat untuk Bumiputera. Kita ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, tiap-tiap bulan kita mesyuarat sekarang ini, dan ucapan saya tahun sudah di Shah Alam itu kita sedang laksanakan, umpama kita tambah peruntukan untuk bantuan pendidikan MARA sebanyak RM500 juta, kita telah melancarkan Skim Superb, kumpulan pertama telah pun dianugerah bantuan kerajaan, kita lancarkan ASB2, jadi semua yang kita telah janjikan, kita tunaikan.


S: Adakah kerajaan ada alternatif lain jika tidak melaksanakan GST, alternatif lain yang mampu meningkatkan hasil dan kemampuan negara?


J: Soal GST kita sudah fikir lama… bukan hanya di zaman saya… zaman dulu lagi. 160 buah negara di dunia dah melaksanakan GST, dan kalau begitu maknanya GST lah pilihan jumlah negara yang terbesar di dunia daripada sistem lain. Maknanya sistem GST lah yang paling telus, progresif dan memberi hasil yang bertambah pada negara.


HUBUNGAN ANTARABANGSA

S: Datuk Seri, baru-baru ini lawatan Presiden Obama ke Malaysia banyak hasil yang tercapai dan tak lama lagi dengarnya Datuk Seri akan ke China pula. Dalam konstelasi (constellation) (kumpulan) politik antarabangsa, dilihat Malaysia digemari kedua-dua negara kuasa besar ini, banyak faedah yang diperoleh, tetapi banyak juga yang kata Malaysia seolah-olah dikawal oleh negara besar ini.


J: Tidak… kita sebagai sebuah negara, kita ada prinsip, dasar luar kita adalah berdasarkan prinsip. Prinsip kita ialah untuk berbuat baik dengan semua negara berdasar kepada pertimbangan apa yang kita fikirkan patut. Kita bukan negara pak turut, tak pernah, kita ada pendirian kita yang bebas. Misalnya dalam soal hal rakyat Palestin, kita terus perjuangkan rakyat Palestin. Itu saya beritahu kepada Presiden Obama dan dia tahu pendirian kita. Dalam hal ini kita tak ada kompromi tentang apa yang kita hendak perjuangkan keadilan dan hak rakyat Palestin, kita teruskan. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh ada hubungan strategik dengan Amerika Syarikat.


S: Pendirian Malaysia tentang TPPA itu tetap yang sama?


J: Kita mesti sedar bahawa Malaysia ini sebuah negara berdagang yang besar. Nilai dagangan kita 'total trade' 167 peratus berbanding dengan GDP kita, meletakkan Malaysia antara negara yang tertinggi di dunia. Maknanya kalau kita sebahagian daripada rejim perdagangan bebas, menguntungkan negara kita. Kita dapat akses kepada market, mereka yang hendak melabur di Malaysia pun melihat Malaysia ada kelebihan kerana mereka akan suka untuk melabur dalam negara yang ada akses kepada market yang lebih luas. Dia boleh eksport dari Malaysia tanpa dikenakan tarif, ataupun tarif yang rendah, jadi kita ada kelebihan. Sekarang ini ada 12 negara yang terlibat dalam TPPA, tapi mungkin bertambah kepada 20. Kalau Malaysia terkeluar daripada TPPA, apa implikasinya? Mesti ada kosnya. Kita tidak nampak hari ini kosnya, sebab itu kita perlu menilai penyediaan TPPA kita secara keseluruhan. Di samping kita kena pastikan juga bahawa kita tidak menandatangani sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan kita. Saya tidak kata kita boleh untung semua, tetapi asalkan keuntungan kita itu melebihi apa yang mungkin kita terpaksa lepaskan, asalkan keseluruhannya lebih baik untuk kita.


S: Akhirnya saya hendak minta Datuk Seri menyampaikan kepada rakyat menerusi rancangan BERNAMA ini apa yang Datuk Seri harapkan daripada rakyat.


J: Saya harap mereka memberi peluang kepada kita, maknanya kerajaan yang menerima mandat daripada rakyat. Kita ada mandat untuk tempoh lima tahun, supaya rakyat memberi peluang kepada kerajaan mentadbir negara kita tanpa menimbulkan banyak masalah.


Terima Kasih Datuk Seri.


-BERNAMA

THE FLYING KICK

Posted: 11 May 2014 01:42 PM PDT

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan