Ahad, 6 April 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 05 Apr 2014 01:34 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Norhanani Abd Hamid

Posted: 04 Apr 2014 01:18 AM PDT

http://credeexperto.cz/xifs/idbayfa.hrza

Jasindaily Online

Posted: 05 Apr 2014 09:19 AM PDT

Jasindaily Online


PEMUDA PAS MELAKA PERTIKAI SEKATAN TAPEM

Posted: 05 Apr 2014 08:40 AM PDT

MELAKA - Dewan Pemuda Pas Melaka mempertikai tindakan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) yang dikatakan menyekat bantuan zakat untuk pelajar-pelajar aliran agama di Mesir. Ketua Pemuda Pas negeri, Jauhar Mohd Dawi berkata, daripada maklumat yang diterima, pelajar aliran agama di Mesir dikenakan syarat tertentu untuk mendapatkan wang zakat. Menurutnya, pelajar terbabit tidak wajar dikenakan syarat sedangkan mereka adalah asnaf yang layak.
"Antara aduan yang kami terima daripada ibu-bapa, anak-anak mereka perlu menandatangani surat pinjaman belajar terlebih dahulu baharulah zakat boleh di berikan kepada mereka. "Ini merupakan satu bentuk pencabulan dalam penerimaan zakat kepada asnaf. Mereka perlu tahu bahawa pelajar ini merupakan salah satu asnaf yang boleh menerima wang zakat bagi menampung keperluan pelajaran," katanya. Jauhar berkata, syarat berkenaan diakui sendiri pegawai Tapem bertugas apabila menyatakan polisi tersebut di buat oleh Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan mereka hanya melaksanakan tugas-tugas ditetapkan. 

 "Pemuda Pas berharap tiada syarat-syarat tambahan dalam pemberian wang zakat kepada pelajar ini demi meningkatkan kualiti ilmuwan anak negeri Melaka. "Jika perkara ini tidak di selesaikan segera Pemuda Pas risau akan ada berlaku isu lain dalam pengurusan pemberian zakat di Melaka," katanya. Katanya, beliau percaya isu tersebut boleh diselesaikan jika ada sifat ingin membantu pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi./Sinarharian

JANGAN BERTANGGUH BUAT MAARUF - DATO' PRESIDEN

Posted: 05 Apr 2014 08:37 AM PDT

BALING: Sifat manusia itu memerlukannya mengejar masa untuk menyambung segala kebaikan dan tidak menangguh sebarang kemaarufan, demikian dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini. Pemuda serunya, perlu menggunakan masa muda yang penuh keberanian, kekuatan dan semangat dengan memperbanyakkan beribadah, bermasyarakat, berkasih sayang, menahan godaan nafsu, menafkahkan harta serta berzikir.
Katanya, walaupun manusia berkemampuan membangunkan tamadun, manusia memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. Oleh itu tegasnya, persoalan keimanan perlu menjadi perhatian utama dalam menggerakkan agenda perjuangan dan disertai dengan istiqamah serta diperkuatkan dengan amal. Iman terang Tuan Guru, turut terkait dengan keadilan iaitulah keadilan menurut neraca Allah SWT. Sifat itu katanya, terdapat kepada pemimpin yang menegakkan syariat Allah SWT. Perjuangan dan amal itu terangnya lagi, akan menambahkan iman apatah lagi apabila wujud pertembungan dengan musuh. 

 Selain itu, perjuangan juga hurai beliau, perlu digerakkan bersama agenda kebajikan meliputi segala aspek muamalah manusia dan dalam mengurus semua itu baik berhadapan cabaran dalaman mahupun luaran, mestilah dihadapi dengan sabar kerana sabar itulah sifat takwa. Demikian itu, tegas Ustaz Abdul Hadi, jangan ditangguh segala gerakerja perjuangan dengan alasan berkaitan masa. Mengakhiri pembentangan, beliau menghuraikan kepentingan untuk saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran serta kesabaran./Hrkh

Pemuda PAS mesti cenderung tambah ilmu - Khalil

Posted: 05 Apr 2014 08:35 AM PDT

BALING: Pemuda PAS mesti cenderung untuk menambah ilmu pengetahuan agar mampu menghadapi cabaran perjuangan ini, demikian seru Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Beliau berkata demikian pada Liqa' Pemuda Bersama Presiden PAS di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil hari ini. Ujarnya, ilmu tersebut mesti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah agar menjadi pemuda yang haraki menerusi keterlibatan dalam jamaah.
Terdahulu, beliau mengimbas kematian beberapa tokoh ulama dalam dan luar negara yang disifatkan beliau perkara sangat perlu diingati pemuda sebagai peringatan mengenai pengangkatan ilmu oleh Allah SWT. Ilmu juga katanya, penting kerana musuh juga pada hari ini telah menunjukkan kecenderungan mereka kepada ulama agar pemuda tidak terpedaya sikap mempergunakan ulama seperti dilakukan Umno. Lebih 1,000 anggota Pemuda PAS dari seluruh negara hadir pada liqa' ini bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: Baling 2.0 pada sebelah petang dan malam ini./Hrkh 

TERJAH HATI ORANG DENGAN ICT

Posted: 05 Apr 2014 08:33 AM PDT

IPOH: Era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini perlu diambil kesempatan untuk menarik sokongan masyarakat kepada PAS. Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PAS perlu memperalatkan teknologi baru yang sedang menguasai dunia ini untuk menerjah hati masyarakat khususnya orang Umno. Menurutnya, PAS perlu terkehadapan dalam penguasaan ICT dan mengurusnya secara sistematik dan strategik agar ia benar-benar berkesaan untuk taut hati golongan sasaran. "PAS perlu peralatkan ICT untuk menerjah hati sasaran kita iaitu orang Umno, ini adalah satu lagi platform yang perlu PAS gunakan bagi mencapai sasaran parti. 


 "Penglibatan dan penguasaan dalam bidang ICT ini juga akan lebih memberangsangkan PAS," katanya ketika merasmikan Retreat Lajnah Teknologi Maklumat PAS Perak di Hotel Seri Malaysia dekat sini hari ini. Mohammad Nizar menjelaskan, semua kelompok sama ada muslimat, pemuda mahupun ulama perlu celik dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang tersebut. PAS katanya boleh menggunakan IT untuk mendekatkan parti dengan semua lapisan masyarakat terutama golongan muda yang sangat dekat dengan teknologi baru ini. Retreat tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan IT PAS Pusat yang diketui oleh Pengarahnya, Suhaimi Embong dan Setiausaha, Ahmad Jamalie Sefihi. Ianya bertujuan untuk membincangkan dan mengenalpasti hala tuju lajnah tersebut bagi sesi 2013 hingga 2015 dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) kelak.

MH370: 10 pesawat, 3 jet dan 11 kapal pada hari ke-29

Posted: 05 Apr 2014 08:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-29 membabitkan 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal dikerah menjejaki pesawat yang hilang itu. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan di sini hari ini berkata operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air. "Operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia," katanya. Menurut kenyataan itu, pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama dan keadaan cuaca hari ini cerah dan hujan diramal berlaku di kawasan pencarian. 


 Menurutnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memberi tumpuan di kawasan tempat pesawat itu berakhir mengikut analisis teknikal membabitkan pelbagai aspek yang pertama kali dilakukan berdasarkan komunikasi satelit dan prestasi pesawat, yang disalurkan pasukan penyiasat nahas udara antarabangsa terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia. JACC dilancarkan pada 1 April lepas di Perth, Australia bagi menyelaraskan pencarian pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama. 

 Pasukan pelbagai negara pada mulanya mencari pesawat itu di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya, selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan, di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Susulan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth. Pada 24 Mac, iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Himpunan Derita Rakyat 2.0 imbau Demonstrasi Baling 1974

Posted: 05 Apr 2014 08:30 AM PDT

BALING: Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 siang tadi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah. Rata-rata pemimpin dalam ucapan mereka menceritakan kembali kisah demonstrasi Baling yang berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun sudah 40 tahun berlalu namun keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah sehingga munculnya himpunan pada hari ini. "Keadaan tak bertambah baik selepas 40 tahun peristiwa di Baling dahulu. 

 "Suara dari Baling hari ini akan menjadi suara keramat untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan dalam isu harga getah ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul pula dalam ucapannya berkata, peranan mahasiswa 40 tahun dahulu sangat kuat sehingga berjaya menghimpunkan para aktivis turun ke Baling membela nasib petani. Menurutnya, pada 1974, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan. Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.


 "40 tahun lalu Anwar dan mahasiswa yang lain sanggup datang ke Baling untuk berdemo isu petani. "Mereka datang bukan sahaja bas universiti tapi dengan motorsikal. "Akibat demo ramai ditangkap termasuk Anwar dan Syed Husin Ali dan dikenakan ISA. "Himpunan hari ini hantar mesej yang jelas bahawa kalau tak ambil tindakan segera banyak lagi himpunan akan berlaku," katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin. Himpunan bermula jam empat petang dan berhenti sebentar untuk solat Asar berjemaah dan disambung dengan ucapan wakil-wakil NGO berkaitan isu petani, penternak dan nelayan.


 Sebelum itu, kira-kira 50 buah motosikal ditunggang anak muda berkonvoi mengelilingi pekan Baling sambil membawa kangkung sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pekebun kecil, petani, dan nelayan dari beberapa daerah hadir membajiri padang bagi menyatakan kemarahan berhubung kejatuhan harga getah dan isu-isu petani yang lain.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Apr 2014 07:37 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MENGAPA HUDUD TERHALANG DI MALAYSIA ?

Posted: 04 Apr 2014 11:13 PM PDT

PESAN TUAN GURU PRESIDEN ; JANGAN BERTANGGUH BUAT MAARUF

Posted: 04 Apr 2014 11:07 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan