Ahad, 27 April 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Apr 2014 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dua tahun jambatan runtuh belum dibaiki, sabung nyawa guna titi kayu

Posted: 26 Apr 2014 08:03 PM PDT


27 April 2014 - KUALA PILAH – Penduduk Jalan Sri Bulan, Kampung Padang Lebar, Batu Kikir, dekat sini merayu pihak berkaitan membina semula tebing jambatan konkrit yang runtuh sejak dua tahun lalu.

Penduduk, Daud Mohamad, 57, berkata, jambatan itu merupakan laluan alternatif yang sering digunakan penduduk ke Pekan Lebar, selain untuk pergi bekerja serta menghantar anak-anak ke sekolah berhampiran.

"Sejak ia runtuh, kami mengalami kesukaran untuk ke pusat bandar kerana perlu melalui jarak sejauh lima kilometer dalam masa 15 hingga 20 minit berbanding tiga kilometer sebelum ini yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja," katanya.

Menurutnya, penduduk terpaksa bersabung nyawa guna titi kayu sebagai alternatif untuk menyeberangi kawasan itu.

Rembau Hari Ini

Posted: 26 Apr 2014 07:18 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kilang getah di Kota kena samun

Posted: 26 Apr 2014 03:53 PM PDT


27 April 2014

Rembau: Lapan lelaki mengikat dua pengawal keselamatan sebuah kilang getah di Kota, di sini, sebelum memecahkan peti besi dan melarikan wang tunai RM10,000 milik kilang berkenaan.

Dalam kejadian jam 1 pagi, dua pengawal keselamatan berusia 40-an yang bertugas di pondok keselamatan di pintu masuk utama kilang berkenaan didatangi lapan penjenayah, termasuk dua bersenjatakan parang serta besi.

Menurut sumber, kejadian itu kali kedua menimpa kilang berkenaan selepas kejadian pertama 15 tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan