Rabu, 16 April 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Apr 2014 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Masalah rakyat seluruh N.Sembilan dibincang sehari saja !

Posted: 15 Apr 2014 06:01 AM PDT

Apa nak jadi ni ? Baik tak payah bersidang !

Sidang DUN NS selama satu hari menjadi isu
April 15, 2014

Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-13 yang berlangsung samalam menjadi isu apabila Ketua Pembangkang DUN, Loke Siew Fook (DAP) mempertikaikan kenapa persidangan kali ini hanya berlangsung selama sehari.

"Setahu saya tidak pernah persidangan DUN Negeri Sembilan diadakan sehari.

"Di Selangor persidangan DUN berlangsung selama sembilan hari. Jika kata itu negeri Pakatan Rakyat, maka negeri Melaka (negeri Barisan Nasional) pun mengadakan Persidangan DUN selama tiga hari.

"Sedangkan di DUN Melaka hanya terdapat 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), persidangan berlangsung selama tiga hari.

"Sebaliknya kita mempunyai 36 ADUN, tetapi persidangan hanya berlangsung sehari.

"ADUN hanya diberikan tujuh minit seorang. Bagaimana hendak bawa masalah rakyat ke Persidangan DUN?

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Apr 2014 07:20 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Masalah Pencemaran DI Perumahan Lutong Baru Belum Selesai

Posted: 15 Apr 2014 02:51 AM PDT


Kawasan Perumahan Mesti Bebas Dari Pencemaran Alam Sekitar

MIRI - Kita sebagai penduduk Miri gembira dengan keputusan Kabinet Sarawak yang telah meluluskan pewartaan bekas tapak Piasau Kem, Miri sebagai rizab alam semulajadi pada 3 April 2014 seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh dalam kenyataan akhbar tempatan baru-baru ini.

Pihak kami juga ingin mengucapkan syabas kepada pada semua pihak yang sama-sama berjuang untuk mengekalkan kawasan Piasau Kem yang mempunyai sejarah tersendiri dari dirobohkan terutama yang berkaitan dengan tempat kediaman expatriat dan pekerja Shell dalam operasi minyak dan gas pada masa lalu. Begitu juga kawasan ini tempat burung enggang tinggal dengan aman dan selamat.

Kita harap kawasan tersebut akan terus dijaga dengan baik dan  menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dari luar negara dan dalam negeri untuk melawat Sarawak khususnya bandaraya Miri. Kita juga mengesa pihak kerajaan terus mengekalkan struktur atau tempat bersejarah yang ada di Miri agar khazanah ini menjadi asset yang berguna untuk jadi bahan bersejarah di Sarawak.

Walaupun Miri sedang pesat membangun, tapak-tapak yang bersejarah serta kawasan hidupan haiwan terlindung perlu juga diberi jagaan dan perhatian agar ianya tidak pupus ditelan zaman.
 
Begitu juga kawasan perumahan, perlu diberi perhatian agar sebarang kilang atau logi yang mencemarkan alam sekitar mesti dipindahkan ke tempat lain yang jauh dari kawasan kediaman.

Kita ingin mengambil perhatian pihak kerajaan terutama pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) agar bertindak tegas dan segera agar kilang pembancuh konkrit yang mencemarkan serta mengganggu kehidupan penduduk di kawasan perumahan Lutong baru segera dipindahkan.

Sehingga kini kilang tersebut terus beroperasi dan penduduk perumahan mengadu yang mereka sudah tidak tahan lagi dengan keadaan yang mencemarkan kawasan kediaman mereka. Persoalannya mengapa sehingga kini pihak MBM tidak bertindak menghentikan kilang tersebut dari terus beroperasi dalam kawasan perumahan?

Harap pihak MBM mengambil perhatian kes ini dengan serius dan segera mengarahkan pihak kilang tersebut berpindah ke kawasan yang sudah diluluskan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur ke kawasan di Kuala Baram. Perkara ini sudah lama dilaporkan oleh penduduk setempat tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Kerjasama semua pihak perlu ditingkatkan demi untuk menjaga alam sekitar agar ianya lebih selamat dari sebarang pencemaran. Semoga bandaraya Miri akan terus maju dan lebih selamat untuk tempat kediaman dengan keadaan sekelilingnya bersih, penuh dengan tumbuhan hijau yang menyegarkan serta terus dijaga dari sebarang pencemaran alam sekitar.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

English version

Residential Areas Must be Free from Environmental Pollution

MIRI - We as residents of Miri happy with the decision of the Cabinet of Sarawak which has approved the gazette of the former site of Piasau Camp, Miri as nature reserves on 3 April 2014 as announced by the Minister of Environment Datu Len Talif Salleh in the local press release recently.

We also would like to wish congratulations to all parties that together struggling to maintain Piasau Camp that has its own history from demolished especially those related to Expatriates living quarters and Shell employees in oil and gas operations in the past. Similarly this area is the place of hornbills lived in peaceful and safe.

We hope the area will continue to be well maintained and be one of the tourist attractions from abroad and domestic to visit Sarawak especially the Miri city. We also urge the government to maintain the structure or historical places in Miri so that these treasures be a useful asset to be historical materials in the state.

Although Miri is booming, historic sites and wildlife area of protected animals should also be given the care and attention so that it will not become extinct posterity.

Similarly, residential areas should be aware that any mill or plants that pollute the environment must be removed to other places away from residential areas.

We want to take the attention of the government, especially the Miri City Council (MCC) to act decisively and quickly so that the concrete mixer factory that pollute and disrupt the lives of residents in the Lutong Baru housing immediately moved.

To date, the plant continues to operate and the housing residents complain they are no longer tolerating with the situation that pollute their neighborhoods. The question is why until now the MCC does not act to stop the plant from continuing to operate in residential areas?

Hope the MCC parties take note of this case seriously and immediately ordered the factory moved to the area that has been approved by the Department of Lands and Surveys to Kuala Baram area. This has long been reported by the locals but no action taken by the authorities.

Cooperation of all parties must be increased in order to protect the environment so that it is safe from any contaminants. Hopefully Miri city will continue to advance and safer for residence with clean surroundings, filled with refreshing green plants and continue to be protected from environmental contamination.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Apr 2014 09:46 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


APA itu S.P.I.E.S Selangor?

Posted: 15 Apr 2014 07:53 AM PDT

KEPUTUSAN SPM 2013, di mana Selangor?

Posted: 14 Apr 2014 10:02 PM PDT

Sebanyak 13,970 pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 berjaya memperoleh semua gred A (cemerlang).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 250 calon berbanding keputusan tahun sebelumnya iaitu 13,720 calon.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 405 calon berjaya mendapat gred A (cemerlang tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada tahun 2012," katanya. ...

SELANGOR:
 GRED PURATA SPM 2013 ialah 4.77 berbanding 4.90 tahun 2012
Tahun 2013: 71,801 calon ; layak sijil SPM 60,208
Tahun 2012: 70,578 calon; layak sijil SPM 62,777

Gred Cemerlang( A+, A, A-) 2,606 CALON(3.62%) tahun 2013

Saya menyeru semua pihak berkolaborasi untuk mempastikan pencapaian pelajar Selangor lebih maju ke hadapan. Kerjasama di antara pihak sekolah, PIBG, pimpinan setempat, ALUMNI sekolah, NGO dan semua yang ada ilmu, kemahiran dan sumber. CSR daripada pihak korporat perlu lebih cergas.
Wakil rakyat juga perlu memainkan peranan proaktif bagi mempastikan kecemerlangan bersama ini dicapai.

Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan SPM 2013.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 15 Apr 2014 07:32 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


FAHAM & TOLAK GST : MENGAPA PAS MENENTANG GST ?

Posted: 14 Apr 2014 10:32 PM PDT

TEMASYA SUKAN TAHUNAN PASTI KAWASAN BAGAN DATOH 2014 : MERIAH DAN CERIA SI ANAK-ANAK PASTI !

Posted: 14 Apr 2014 10:22 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan