Ahad, 13 April 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 12 Apr 2014 07:25 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Mengapa ASNB / Tabung Haji Tidak Mengikut Peraturan Seperti Perbankan?

Posted: 11 Apr 2014 07:46 PM PDT

Peraturan Baru ASNB / Tabung Haji Menyusahkan Pendeposit

Pendeposit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak berpuas hati dengan peraturan baru dan cara-cara pengendalian oleh pihak pengurusan yang menyukarkan pihak ketiga untuk mewakili pelaburan tambahan mereka.

Kalau dulu mudah untuk menambahkan pelaburan atau simpanan tanpa perlu mengisi borang kebenaran wakil bagi pihak ketiga tetapi sekarang ianya semakin rumit dimana pihak ketiga terpaksa mengisi borang kebenaran atau pendeposit sendiri datang ke pejabat untuk menambah pelaburan.

Perkara ini sudah tentu menyulitkan pihak ketiga yang datang dari luar bandar dan juga dari kawasan pedalaman yang terpaksa berulang alik semata-mata untuk mendapatkan surat kuasa serta salinan Mykad pendeposit yang ingin menambahkan simpanan ASNB atau mengemaskini buku akuan pelaburan pihak pendeposit  Kebanyakan mereka yang mewakilkan pihak ketiga terdiri dari golongan warga emas, mereka yang sakit dan sebagainya. Selalunya wakil mereka adalah keluarga mereka sendiri.

Mereka tidak membantah, sekiranya syarat yang ketat dikenakan untuk mengeluarkan wang bagi pihak ketiga yang perlukan surat kuasa serta salinan Mykad tetapi masalahnya kenapa mesti perlu surat kuasa untuk menambah pelaburan dan juga mengemaskinikan buku akaun pelaburan.

Begitu juga dengan Tabung Haji, para pendeposit sekarang sukar untuk mengemaskini buku akaun simpanan pihak ketiga. Mereka perlu datang sendiri ke pejabat Tabung Haji. Terdapat pendeposit mengadu bahawa dia mahu mengemaskini akaun simpanan isterinya juga tidak dibenarkan, sedangkan isterinya lumpuh dan sukar untuk beliau datang ke pejabat hanya semata-mata ingin mengemaskini buku simpanan.

Mengapa tidak mengikut peraturan dan cara pengurusan pihak bank-bank dimana sesiapa saja boleh simpan wang bagi pihak ketiga tanpa perlu surat kebenaran. Sepatutnya pihak ASNB dan juga Tabung Haji tidak perlu surat kebenaran untuk pihak ketiga menyimpan wang kerana ianya hanya menyulit pihak pendeposit. Pihak pengurusan perlu menggunakan sistem dalam talian seperti bank-bank untuk memudahkan semua pihak melabur dan mengemaskinikan akaun simpanan mereka.

Kita harap pihak kerajaan dan pihak pengurusan ASNB dan Tabung Haji mengkaji semula peraturan tersebut kerana ianya lebih menyusahkan para wakil pendeposit yang ingin membantu golongan warga emas dan juga mereka yang sakit untuk datang ke pejabat Pos atau ke Tabung Haji semata-mata untuk melabur dan mengemaskinikan buku pelaburan/Akaun mereka.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula peraturan dan memudahkan para pelabur/pendeposit amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

English version

The New Rules of ASNB / the Tabung Haji Troublesome the depositor

The depositor of Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) is not satisfied with the new rules and the ways handling by the management which makes it difficult for a third party to represent their additional investment.

If previously easy to add an investment or savings without having to fill an authorization form for third-party representative, but now it is more complicated where a third party had to fill in an authorization form or the depositor itself came to the office for the additional investment.
This is of course difficult for a third party to come from rural areas and from remote areas who have to commute just to get a letter of authority and a copy of MyKad of depositors who want to add savings of ASNB or to update investment account books of the depositors. Most of those who delegate the third parties consist of the elderly, those who are sick and so on.  Often their representative is their own families.

They are no objection, if the stringent conditions imposed for the withdrawing money for third party that need a letter of authority as well as a copy of MyKad but the problem is why must have a letter of authority for the additional investment and also update the investment account books.

Similarly, Tabung Haji, depositors now difficult to update the savings account book of third parties. They have to come personally to Tabung Haji office.  There are a depositor complained that he wants to update his wife savings is also not allowed, while his wife paralyzed and difficult for her to come into the office just simply want to update the passbook.
Why not follow the rules and the way the management of banks where anyone can deposit money for a third party without a letter of authorization. Supposed to the ASNB and the Tabung Haji does not need a letter of authorization for third parties to save money because they only encrypt the depositor. The management must use the online system such as banks to facilitate all parties to invest and to update their savings account.

We hope the government and the management of ASNB and the Tabung Haji review the regulations because it is more troublesome for depositor's representatives who want to help the elderly and those who are sick to come to the post office or the Tabung Haji solely to invest and update their investment books / account.

Cooperation with the relevant parties to review the rules and make it easier for investors / depositors is greatly appreciated.


Jasindaily Online

Posted: 12 Apr 2014 09:27 AM PDT

Jasindaily Online


Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran'.

Posted: 11 Apr 2014 05:47 PM PDT

Qari Malaysia, Amirahman Abas muncul johan kategori Tajwid Majlis Tilawah '5th Kuwait International Prize of the Holy Quran' yang berlangsung di Kuwait, mulai 31 Mac hingga semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Amirahman, 31, menerima sijil kemenangan dari Amir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada upacara penutup majlis tilawah itu di Istana Bayan, semalam. Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu juga merupakan naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56, tahun 1434H/2013M. Selain Amirahman, Malaysia turut diwakili Mohammed Khairul Abdul Razaq, 24 dalam kategori Hafazan, menurut kenyataan itu. Sebanyak 140 peserta dari 70 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah itu dengan setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga kategori disediakan iaitu tajwid, qira'at dan hafazan. Upacara perasmian majlis tilawah berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Kuwait Sheikh Jaber Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, pada 31 Mac lepas. -- BERNAMA

Perisikan Rusia Dedah Indentiti Individu Rampas MH370

Posted: 11 Apr 2014 05:46 PM PDT

Perisikan FSB Russia - Perampas MH370 Dikenali Sebagai "Hitch". Siapa "Hitch"? | SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB(HASIL RISIKAN RUSSIA - MH370 DIRAMPAS BUKAN TERHEMPAS - LINK), sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.

 Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak 'melarikan' pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama 'Hitch'. Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu. "Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai 'Hitch'.
"Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan," dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com. Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar."Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan," katanya. Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang 'pakar' yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor. Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.

Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi. Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban."Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan," menurut laporan The Independent. ~mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan