Khamis, 13 Mac 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Mar 2014 09:10 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Sekeluarga ketakutan diganggu api misteri

Posted: 12 Mar 2014 02:55 AM PDT



Ada sesiapa yang boleh bantu keluarga ini, terutamanya pengamal perubatan Islam?

Sekeluarga ketakutan diganggu api misteri
11 Mac 2014

SEREMBAN - Sebuah keluarga di Taman Permai Fasa 3, dekat sini hidup dalam ketakutan dan keresahan selepas diserang api misteri dan disusuli beberapa kejadian aneh sejak pertengahan Februari lalu.

Sinar Harian berkesempatan menyaksikan sendiri api misteri itu beberapa kali semasa melakukan tinjauan ke rumah dihuni mangsa, E Sivavartheni, 27, bersama empat ahli keluarga lain, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Tidak sampai setengah jam di rumah berkenaan, Sinar Harian sudah dikejutkan apabila api misteri itu muncul tiba-tiba lalu menyambar lipatan selimut dalam bilik hadapan, menyebabkan semua yang ada di situ tergamam sebelum bertindak memadamkannya.

Belum sempat menyambung perbualan dengan Sivavartheni, sekali lagi seisi rumah dikejutkan dengan api misteri terbabit, di mana kali ini menjadi sasaran adalah kalendar di bahagian dapur dan bilik tengah secara berturut-turut.

Tidak cukup dengan itu, beberapa barang lain turut menjadi mangsa api misteri tersebut, namun kami terpaksa tabahkan hati dan cuba untuk tidak mengendahkannya bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada penghuni rumah.

Menurut Sivavartheni, masalah itu mula menghantui keluarganya sejak 22 Februari lalu dan terus berlarutan hingga ke hari ini, tanpa sebarang penyelesaian.


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 12 Mar 2014 07:20 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Misteri MH370 bertukar jadi tekanan kepada Najib

Posted: 12 Mar 2014 09:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut penulis Shahbudin Husin, ini kerana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing,

Menurutnya, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan berbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.

"Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat," tulis beliau di dalam blognya. ~harakahdaily

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Mar 2014 09:13 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Krisis MH370 Beri Gambaran Pimpinan Negara Kita

Posted: 11 Mar 2014 10:38 PM PDT

Delegasi kumpulan kerjasama yang dihantar kerajaan China ke Malaysia dengan 13 orang terdiri daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam bertemu Pasukan Siasatan Malaysia di Hotel Sama-Sama, Putrajaya.
Kegagalan urus krisis MH370 dedah keupayaan kepimpinan Malaysia, kata penganalisis

malaysian Insider/admin


Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.

Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan "tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan" mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.


Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.

"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .

"Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan  budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."

"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan 'kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu'," kata Kessler.

"Itulah cara mereka bertindak sejak sekian lama dan mereka mula menyedari ia tidak lagi berkesan. "

"Hanya pada beberapa tahun kebelakangan ini terdapat gerakan ke arah pilihan raya lebih kompetitif, di beberapa daerah , yang memberi kelebihan untuk bercakap secara terbuka.

"Kerajaan kurang dalam memberi mesej yang jelas, diburukkan lagi dengan beberapa  petunjuk palsu mengenai  lokasi pesawat berada dan persoalan mengenai penyelarasan, memberi risiko imejnya di peringkat antarabangsa," kata laporan itu.

Kebanyakan akhbar dan rangkaian televisyen di Malaysia dikawal oleh kerajaan secara langsung atau tidak langsung.

Dan Najib, 60, masih belum membuat sebarang usaha untuk menggantikan Akta Hasutan dengan undang-undang yang akan melindungi kebebasan bersuara dan dalam masa yang sama menghalang hasutan terhadap kebencian agama atau etnik, kata agensi berita itu.

Undang-undang  yang diwujudkan sejak 1948 semasa Malaysia berada di bawah kawalan British, mengenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun bagi perkataan dianggap menghasut, termasuk "membangkitkan rasa tidak puas hati" terhadap kerajaan.

MAS, sebuah syarikat di bawah kawalan kerajaan dalam satu kenyataan semalam berkata akan "terus bersikap telus dalam berkomunikasi dengan masyarakat umum melalui media" berhubung semua perkara yang melibatkan pesawat MH370.

Pencarian besar-besaran terhadap kehilangan pesawat itu tidak banyak yang boleh dilakukan dengan tiadanya panggilan atau isyarat kecemasan, cuaca buruk atau tanda lain mengapa pesawat itu boleh lenyap begitu sahaja pada fasa yang paling selamat sesuatu penerbangan.

Rondaan udara untuk hari kelima dengan pesawat dan kapal memenuhi kedua-dua belah perairan Semenanjung Malaysia selepas gagal mencari serpihan sepanjang laluan jet .

Penemuan dua penumpang menaiki penerbangan yang hilang menggunakan pasport curi menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan imigresen Malaysia, kata laporan Bloomberg .

"Pihak Malaysia tidak boleh mengelak daripada tanggungjawabnya," kata Global Times, sebuah akhbar yang dikawal kerajaan Cina dalam ruangan editorial pada 10 Mac.

"Tindakan awal Malaysia tidak cukup pantas. Terdapat kelemahan dalam tugas MAS dan pihak berkuasa keselamatan."

Berhadapan dengan tekanan daripada keluarga 153 warga China yang menaiki pesawat, jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang untuk hari kedua semalam menyedari  kekurang kemajuan dalam operasi mencari Boeing Co 777-200.

"Kami sekali lagi meminta dan menggesa pihak Malaysia meningkat dan mengukuhkan usaha  menyelamat dan mencari," Qin kepada pemberita di Beijing.

"Kerajaan China juga berhadapan dengan banyak tekanan," kata Xu Liping, fellow kanan di Institut Strategi  Antarabangsa, Akademi Sains Sosial China di Beijing. Rakyat biasa di China berasa siasatan "tidak dilakukan secara profesional. "

Hubungan antara Malaysia dan China mungkin tidak akan terjejas, dia berkata , memetik perbualan telefon antara Perdana Menteri China Li Keqiang dan Najib pada 8 Mac mengenai kehilangan pesawat. "Bahagian ini tiada sebarang halangan."

China menyumbang RM8.262 bilion eksport Malaysia pada bulan Januari, jumlah kedua terbesar selepas Singapura. Malaysia meluluskan ASS$920 juta pelaburan asing dari China dalam sektor pembuatan pada 2013, meningkat daripada AS$646 juta tahun sebelumnya, mengikut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia .

Kerajaan Najib mempunyai rancangan 10 tahun berjumlah RM1.4 trilion 10 tahun untuk membina jalan raya, pelabuhan dan kilang utiliti untuk menjadikan status Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020.

Difahamkan Najib tidak mahu isu berprofil tinggi dalam situasi seperti ini mencemarkan personaliti berhati-hati beliau, menurut Joseph Liow, dekan bersekutu di S. Rajaratnam School of International Studies di Singapura.

"Beliau bukan jenis individu yang akan berhadapan dengan kamera tanpa ada sebarang kemajuan substantif dalam penyiasatan itu," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bloomberg.

"Hisham sangat berbeza daripada sepupunya. Dia seseorang yang tidak tidak selesa dengan perhatian," katanya  merujuk kepada Hishammuddin.

Hishammuddin, 52, menjadi pemangku menteri sejak pilihan raya umum Mei lalu. Beliau tidak memegang jawatan itu secara rasmi kerana terdapatnya gabungan dalaman yang menganggap ia dimiliki oleh parti tertentu dalam kabinet.

Pemimpin Asia yang lain berhadapan dengan persoalan kerana  tidak bertindak balas terhadap krisis serta-merta. Presiden Filipina Benigno Aquino dikritik kerana mengambil masa dua hari melawat mangsa Taufan Super Haiyan tahun lepas.

Begitu juga bekas Perdana Menteri China, Wen Jiabao, apabila mengambil masa lebih dua minggu untuk melawat tapak ribut salji terburuk di negara itu dalam tempoh 50 tahun pada 2008.

Di Amerika Syarikat, Presiden George W. Bush dikritik kerana cara beliau mengendalikan kerosakan yang disebabkan taufan Katrina pada 2005 selepas beliau tetap meneruskan percutian di saat New Orleans ditenggelami air.

Beliau memendekan percutiannya sebanyak dua hari untuk meninjau kerosakan dari udara, yang merupakan "kesilapan besar " kerana ia membuatkan beliau kelihatan "asing dan bersikap tidak peduli. "

Najib perlu memastikan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaannya sedang melakukan segala yang termampu, kata Vishnu Varathan, seorang pakar ekonomi di Mizuho Bank Ltd, Singapura.

"Apa yang boleh dilakukan adalah perdana menteri mewakilkan setiausaha pengangkutan untuk mencari pesawat dan melantik  seorang lagi individu bertanggungjawab bagi menyiasat pelanggaran keselamatan dan seorang lagi bagi mengendalikan hubungan antarabangsa," kata beliau yang dipetik oleh Bloomberg.

"Ia tidak mudah untuk menyampaikan semua yang berlaku dan kerajaan perlu mengetengahkan perkara-perkara ini. "

Apa yang jelas, imej yang diberi oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan sedang bergelut untuk berkomunikasi dengan berkesan. MAS mengeluarkan tiga versi kenyataan akhbar semalam untuk membetulkan beberapa kesilapan. Satu daripada adalah mengenai perkataan "expensive" (mahal) bagi operasi menyelamat, yang sebenarnya adalah "extensive" (memperluaskan).

"Terdapat beberapa isu besar – ketelusan, perkongsian maklumat, persoalan berkaitan keselamatan," kata Bridget Welsh, seorang profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura .

"Mereka tidak berjaya mengawal perbincangan dan masalahnya ialah mereka tidak berjaya meyakinkan. Semua orang ingin mendapat kebaikan daripada keraguan yang timbul tetapi ini adalah berkaitan krisis kredibiliti pentadbiran."

Najib menangguhkan lawatan ke Mauritius, mengikut agensi berita Bernama. Beliau juga bertemu keluarga anak-anak kapal yang hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kata pejabat akhbarnya di Twitter pada 8 Mac.

"Saya memberi jaminan kami akan melakukan segala yang boleh mengikut kemampuan kita," Najib berkata di Twitter pada 9 Mac.

"Kami mengucapkan terima kasih atas doa anda, bantuan dan semangat perpaduan."

Pejabat Najib mengajukan pertanyaan mengenai kebimbangan China berkenaan pengendalian kejadian itu kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, dipilih sebagai naib presiden Umno pada bulan Oktober, meletakkan beliau sebagai calon pengganti Najib. Beliau adalah anak saudara perdana menteri Malaysia kedua ini iaitu bapa Najib, Abdul Razak Hussein.

"Kekurangan pengalaman, sesiapa sahaja akan diuji," kata ini Welsh. "Ini adalah ujian Hisham, dan ujian kerajaan Najib."

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui Malaysia melalui krisis kewangan Asia 1998, "seorang pemimpin yang kuat," kata Liow RSIS.

Dr Mahathir bertindak dengan kawalan modal apabila pelabur melarikan diri dari Asia semasa krisis ekonomi. Beliau memanggil jutawan kewangan George Soros "penyangak" yang cuba memusnahkan pertumbuhan melalui serangan spekulatif ke atas mata wang. – 12 Mac, 2014.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 12 Mar 2014 07:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TUN M BERUNDUR DARI PROTON ?

Posted: 11 Mar 2014 10:03 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan