Selasa, 11 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


KHIDMAT MERU

Posted: 10 Feb 2014 09:38 AM PST

KHIDMAT MERU


Yb Meru mengunjungi Cikgu Alias 74 tahun dan keluarga.

Posted: 09 Feb 2014 07:57 PM PST




Yb Meru mengunjungi Cikgu Alias 74 tahun dan keluarga yg pernah mengajar beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Port Swettenham. Antara pengalaman yg tak dapat dilupai sehingga menjadi wakil rakyat ialah kehebatan Cikgu Alias mendidik beliaudlm berbagai ilmu termasuk ilmu bersilat dan berlakun sebagai Hang Jebat di pentas sekolah pada Hari Guru ketika itu. Ketika Hang Jebat ditikam dlm lakonan itu dan menjerit kesakitan ....ibu Dr Rani menitiskan air mata berderai2 . Sebenarnya walau kita dipulas telinga, dihukum berdiri atas meja atau dirotan oleh guru pada masa sekolah...meninggalkan kesan tarbiyah yg sekarang baru kita faham. Salam hormat Cikgu dan semoga dirahmati Allah didunia dan diakhirat..

Kuliah subuh di Masjid Assyariff Meru.

Posted: 09 Feb 2014 07:47 PM PST



Yb Kumpulan 52 menyampaikan kuliah subuh di Masjid Assyariff Meru. Dr Rani menyampaikan Tafsir Surah Al Qalam Ayat 17 hingga 33 yg menceritakan azab Allah kpd orang2 kaya di Yaman dgn membakar kebun2 tanaman mereka yg luas yg masih diabadikan sampai sekarang sebagai peringatan Allah Rabbul Izzah terhadap mereka yg kaya dan berpengaruh tetapi menghalang hak orang miskin serta tidak menjalankan amanah yg dipikulkan keatas mereka. Naa'uuzubillahi min zaalik.

30 anggota Meru Bikers Club dalam ekspedisi mereka menuju ke Negeri Kelantan.

Posted: 09 Feb 2014 07:42 PM PST





Yb Meru sampaikan tazkirah, membacakan doa dan melepaskan 30 anggota Meru Bikers Club dalam ekspedisi mereka menuju ke Negeri Kelantan. Selain mengembara dan melihat keindahan alam ciptaan Al Khaliq, Yb Kumpulan 52 juga mengingatkan agar mereka hidupkan sunnah Nabi iaitu melakukan solat jamak dan qasar kerana mereka adalah musafirin di jalan Allah. Siiruu ala barakaatillah. 

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Feb 2014 09:28 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda PAS Dungun Pertegas Minta Kerajaan Pertahankan Nasib Nelayan Laut Dalam

Posted: 10 Feb 2014 12:25 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun membantah sekeras-kerasnya cadangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengkaji semula pemberian subsidi kepada nelayan laut dalam kelas C1 dan C2.

Kenyataan menterinya (rujukan: Malasiakini | 9/2/2014) Datuk Seri Ismail Sabri Yaccob boleh ditafsirkan sebagai mem'persembahkan' satu alasan cetek bagi merialisasikan tujuan tersebut.
Disebut berlaku terdapat banyak kes penyelewangan bantuan terhadap pemberian sumbangan tersebut, seolah-olah Datuk Seri Ismail Sabri cuba membuka pekung kementeriannya sendiri. Yang mana kita semua maklum jabatan dibawah kementerian beliau lah yang bertanggungjawab dalam pengagihan subsidi diesel tersebut.
tmp_dsc049641-345621416Adakah dalam dunia yang serba canggih ini, kementerian beliau masih lagi menggunakan sistem secara manual dalam mencari dan merekodkan setiap individu atau syarikat yang terlibat dalam industri menangkap ikan?
Jika benar memang wujub faktor ketidak cekapan dalam sistem di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, amat malang sekali. Ini kerana industri menangkap ikan telah bertapak lama di negara kita disebabkan faktor geografi kita sendiri yang dikelilingi lautan.
Jangan kerana terdapat satu kes yang dikatakan menyeleweng di Besut, Terengganu tetapi masih tahap penyiasatan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui kementerian terus menghukum seluruh pengiat industri tersebut.
Lebih malang lagi, penguasaan sumbangan tenaga dalam industri ini terdiri daripada tenaga anak muda. Yang kita semua maklum ianya diwarisi daripada pekerjaan keluarga. Jika benar penghapusan subsidi diesel ini berlaku, sumber pendapatan mereka turut terjejas.
Turut dirasakan bersama jika kajian ini direalisasikan, kenaikan harga pasaran hasil tangkapan laut. Yang mana, pada masa sekarang pun harga pasaran semasa hasil daripada laut ini amat lah tinggi dan tidak munasabah. Di rekodkan, Negeri Terengganu antara negeri yang paling tinggi kadar jualan runcit hasil tangkapan laut. Di tekankan, jika ia benar-benar berlaku, tidak mustahil makanan berasaskan hasil laut akan menjadi makanan untuk golongan atasan sahaja suatu masa nanti.
Dengan itu, kami daripada DPPKD memohon agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menarik balik kajian semula tersebut dan mencari formula baru bagi membantu golongan terbabit disamping menjaga kebajikan golongan tersebut umumnya, serta rakyat Malaysia amnya.
Sekian,
RAHMAT UNTUK SEMUA
'INFIRU'
Ustaz Muhammad Hanafi bin Abdul Aziz,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.
sumber : buletinonline.net            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan