Sabtu, 25 Januari 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 24 Jan 2014 07:11 PM PST

Anwar Ibrahim


[PROGRAM] Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

Posted: 24 Jan 2014 02:33 AM PST

ATURCARA LAWATAN YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KE SABAH

TARIKH           

MASA

PROGRAM

25/1/2014

               4.00 Petang Majlis penerangan isu-isu semasa bersama YB Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran MPN PKR dan Cabang PKR Kota Belud.Tempat: Perkarangan rumah mantan YB Datuk Yapin Gimpoton, Kg. Taginambur Jaya, Kota Belud

 

 

 

26/1/2014

                  9.30 Pagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah bertemakan "Nabi Muhammad SAW Rahmatan Lil Alamin (Rahmat Bagi Seluruh Alam)" Tempat: Perkarangan Pejabat Perhubungan PKR Sabah, Jln Lintas, Kepayan.

 

 

 

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Is Time Running Out for Najib?

Posted: 23 Jan 2014 10:52 PM PST

Asia Sentinel

Mahathir and his allies want to set a date for Malaysia's prime minister to move out

Forces aligned with former Prime Minister Mahathir Mohamad appear to be attempting push embattled Malaysian Premier Najib Tun Razak into giving a time frame for his eventual departure from office and naming a successor, sources in Kuala Lumpur say.

The sources say that successor could be hard-line Home Affairs Minister Ahmad Zahid Hamidi, 61, who was once an ally of opposition leader Anwar Ibrahim when Anwar was still in Mahathir's government. Zahid is third in line for succession and his rise would bypass Muhyiddin Yassin, the current deputy president of UMNO and deputy prime minister, who is 66. Muhyiddin has said he will retire soon.

The scenario, the sources say, is similar to that forced upon Najib's immediate predecessor, Abdullah Ahmad Badawi, who was pushed to name Najib and come up with a timeline in 2008 after the Barisan's disastrous political showing in general elections. At that time, the ruling coalition lost its two-thirds majority in parliament for the first time in history. The campaign to push out Badawi lasted from the May 2008 election until April 2009, when Najib took office.

Although Mahathir left office as prime minister in 2003, he has kept up a constant barrage of criticism about the way the country has been run, quitting UMNO near the end of Badawi's reign in supposed outrage over party politics. He reawakened with force after the 2013 general election, charging that Najib's election strategy of reaching out to the country's 40 percent of minority voters was a mistake.

Najib is also under growing public pressure because of rising prices due to the withdrawal of subsidies and other reasons, not least of which is dissatisfaction with the ostentatious behavior of his wife, Rosmah Mansor. He has also been widely criticized for being out of touch with the rakyat, or citizenry. He was ridiculed for saying that while some prices had gone up, the price of "kangkong [water spinach] has fallen but why don't they praise the government?"

The drumbeat of anger over corruption in UMNO also continues, with the Mahathir forces alleging that vote-buying was used to deny Mahathir's politician son Mukhriz Mahathir a top position in last September's UMNO party elections.

An increasing number of Mahathir's long-time allies, including former New Straits Times editor in chief A. Kadir Jasin and Zainuddin Maidin, the former information minister, have called for the prime minister to take the 88-year-old Mahathir back into government as a "minister mentor" akin to what Lee Kuan Yew did in Singapore from 2004 to 2011 before ostensibly retiring from politics. Former Finance Minister Daim Zainuddin, another Mahathir ally, has also made public statements disparaging Najib's premiership.

Mukhriz on Sunday gave an interview to the Malay-language newspaper Berita Harian, saying that "Defeat [in the next general election] is a real possibility if Prime Minister Datuk Seri Najib Razak continues with his present policy of correct but unpopular decisions, especially on issues concerning the rising cost of living,”

Mukhriz was subsequently slapped down publicly by Tengku Adnan Tenku Mansor, the UMNO secretary general, and told to use party channels to express his concerns.

Some sources in Kuala Lumpur say the move to return Mahathir to government is unlikely to succeed. One UMNO source aligned with the Mahathir wing of the party, said the real game is getting Najib to move along.

"The ball is in Najib’s court," he said. "If he prefers war, he will get it."

Zahid Hamidi has been regarded as something of a loose cannon. Once a close Anwar ally, Zahid was arrested and held in prison along with Anwar in 1998. However, he later returned to UMNO saying Anwar had impelled him to raise allegations of cronyism and nepotism in the party.

Since becoming home affairs minister, he has issued a number of incendiary statements against opponents who were unhappy with the political system after the Barisan lost the popular vote but held onto its majority in parliament.

He has threatened to crack down on opposition leaders, dissent and crime. During a speech in Malacca, he was recorded as saying police should "shoot to kill" gangsters in a campaign to cut down violent crime. He has also become a lightning rod for making racially inflammatory remarks that have alienated the Chinese and Indian minority.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 24 Jan 2014 11:57 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


CheguBard tak tutup pintu tandingi pemilihan PKR

Posted: 24 Jan 2014 02:14 AM PST

dipetik dari Free Malaysia Today.

Saya tidak katakan saya tidak berminat untuk bertanding dalam pemilihan nanti.
PETALING JAYA: Akhir-akhir ini nama pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dilihat lebih sinonim dengan NGO itu berbanding PKR sendiri.

Badrul yang lebih dikenali dengan nama CheguBard berkata ini kerana beliau selesa bergerak di bawah SAMM untuk merealisasikan impiannya mendekatkan anak muda dengan politik.
"Bagi saya, peranan saya dalam politik ialah untuk memberi kecelikan politik kepada kelompok muda.
"Saya selesa berbuat demikian melalui SAMM dan dalam parti pun saya lakukan perkara yang sama," katanya apabila dihubungi FMT.
Beliau bagaimanapun tidak terus menutup pintu untuk bertanding dalam pemilihan PKR akan datang.
"Buat masa ini saya selesa dengan gerak kerja saya dalam parti dan SAMM sendiri.
"Saya tidak katakan saya tidak berminat untuk bertanding dalam pemilihan nanti, cuma macam saya katakan saya selesa dengan kerja sekarang," katanya yang pernah bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai isu 'pertelingkahan' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tmbalan Presiden PKR Azmin Ali, CheguBard berkata ianya hanya akan menguntungkan rakyat Selangor.
"Tak ada masalah tegur-menegur dalam memperbaiki apa juga urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saya rasa tiada masalah dan saya yakin di Selangor, dah sampai tahap politik matang.
"Mereka bukannya berebut tanah atau saham. Mereka bergaduh soal PKNS, soal pengurusan yang terbaik untuk negeri. Dari senyap-senyap di belakang, lebih baik mereka bergaduh terang-terang," tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, mungkin perkara ini pelik di mata orang awam kerana jarang-jarang ia berlaku.
"Saya tak nampak parti itu berpecah kepada dua kem sebab PKR, sebagai parti yang matang, pertembungan idea tu perkara biasa.
"Saya percaya semua kakitangan kerajaan negeri akan terus berkhidmat dengan baik, cuma kegusaran orang ramai tentu wujud sebab jarang perkara ini berlaku," tambahnya lagi.

Daim ramal BN kalah pilihanraya

Posted: 24 Jan 2014 02:10 AM PST

dipetik dari Free Malaysia Today.

Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap
ALOR STAR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Menurut beliau, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya umum akan datang.
"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang," kata beliau dalam satu majlis anjuran Umno Bahagian Merbok di sini Sabtu lalu.
Beliau yang juga bekas ahli parlimen Merbok menambah tol tidak perlu dinaikkan sebaliknya mengkaji semula perjanjian konsesi untuk melanjutkan tempoh masa.
"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya lagi.
Daim mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patiut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.
Beliau berpendapat kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi kenaikan harga barang.
Tambahan pula katanya, menteri gagal menjelaskan isu ini kepada rakyat yang menyebabkan rakyat lebih marah kepada kerajaan.
"Najib selaku Menteri Kewanagn tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara," katanya lagi.
Beliau yang juga bekas Bendahari Umno mendakwa ketika negara di landa banjir, Najib dan lain-lain menteri bercuti di luar negara.
"BN masih kuat kerana sokongan orang Melayu di luar bandar. Sepatutnya orang Melayu yang perlu mendapat manfaat daripada kerajaan," saran beliau.
Daim mendakwa perbelanjaan besar dalkam perkara-perkara mengambil hati kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan Najib kerana orang Cina tidak akan menyokong BN.
Sepatutnya, tambah beliau, Najib menjaga orang Melayu.
"Najib terlalu mengikut kehendak para penasihatnya dalam menentukan dasar yang merugikan orang Melayu sendiri," tegasnya lagi.

Rafizi gesa belia kahwin sebelum GST dikuatkuasa

Posted: 24 Jan 2014 02:05 AM PST

PETALING JAYA 24 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa golongan belia yang mahu mendirikan rumah tangga agar berbuat demikian sebelum April 2015 apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Rafizi dipetik oleh portal negeri Selangorku berkata, kos perkahwinan akan meningkat kerana belanja kenduri dan jamuan majlis perkahwinan akan meningkat akibat GST.
Beliau dilaporkan memberitahu demikian taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Ahli parlimen Pandan itu menambah, peningkatan kos termasuklah penyediaan makanan secara katering, sewa dewan, sewa khemah dan khidmat jurugambar.
Katanya, pelaksanaan GST tidak akan dapat dielak oleh penyedia perkhidmatan majlis kerana mereka terpaksa mendaftarkan syarikat mereka dengan kerajaan untuk membayar cukai.
Langkah itu katanya membolehkan syarikat itu menuntut kredit GST daripada kerajaan.
"Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan.
"Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga," kata Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58580

Harta Taib Mahmud lebih RM60 bilion, bila nak siasat?

Posted: 24 Jan 2014 01:58 AM PST

KUCHING 24 JAN: Angkatan Muda KEADILAN Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang berjumlah lebih RM60 bilion.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, ratusan laporan polis dan SPRM dibuat, namun tiada satu pun siasatan dan tindakan diambil.
"Jika benar kedua-dau jabatan itu badan bebas rasuah dan berintegriti, maka mereka harus bertindak segera," kata Zulhaidah dalam kenyataan.
Sebelum ini, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng, 39, mendedahkan anak lelaki Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.
Perkara itu diketahui ketika pendengaran tuntutan harta sepencarian isteri Bekir, Shahnaz A Majid dalam tuntutan perkahwinan RM100 juta, ekoran penceraian mereka.
zulhaidah_suboh
Kata Zulhaidah (gambar) kekayaan keluarga Taib tidak mungkin diperolehi tanpa manipulasi hasil bumi selama 30 tahun oleh kedudukan Ketua Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia itu.

"Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.
"Pendedahan demi pendedahan dibuat Sarawak Report berkenaan Taib Mahmud dan keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas.
"Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil negeri.
"Sebaliknya kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi kantung dan perut keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara," kata Zulhaidah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58560

Diskriminasi wanita bertudung tindakan tak berperlembagaan

Posted: 24 Jan 2014 01:57 AM PST


Marinatasha Isnariah Mustapar
Diskriminasi terhadap wanita yang memakai tudung adalah tindakan yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak boleh diterima, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk insiden menimpa Marinatasha, seorang penyanyi wanita bertudung yang diarah berhenti dari membuat persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah 18 Januari lalu,
"Sebelum ini pernah terjadi kes seorang guru yang diarah untuk membuka tudung semasa mengajar oleh lembaga pengurusan sekolah.
"Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, menyebut tentang hak setiap orang untuk menganuti dan mengamalkan agamanya.
"Ini tindakan diskriminasi dan melanggar hak individu seseorang untuk mengamalkan agamanya," kata Surendran dalam kenyataan.
Surendran turut menjelaskan Perkara 16 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia berhubung hak peribadi seseorang untuk mengamalkan agamanya selain Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai larangan diskriminasi kerana setiap manusia adalah sama rata di sisi undang-undang.
"Hak ini adalah mutlak dan tidak boleh diubah dan dipertikaikan oleh semua orang dan badan-badan yang berkaitan termasuk sektor swasta.
"Diskriminasi ini adalah tindakan yang terang-terangan melanggar hak asasi manusia yang boleh memudaratkan kepada wanita Islam lain untuk bertudung.
"Negara kita yang berbilang kaum dan agama perlu diterima dan difahami dari konteks keagamaannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
'Semua pihak termasuk sektor awam dan swasta wajar menghargai, menghormati dan mengiktiraf hak mereka," kata Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58536

Program Semasa

Posted: 24 Jan 2014 01:50 AM PST


Tiada ulasan:

Catat Ulasan