Selasa, 7 Januari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 Jan 2014 09:21 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Sikap professional MPPD sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Posted: 06 Jan 2014 07:02 PM PST




7 Januari 2014 - PENIAGA KECEWA TINDAKAN PENGUATKUASA MPPD : Peniaga di Pantai Bagan Pinang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang bertindak merampas meja dan kerusi ketika mereka sedang berniaga.

Seorang peniaga, Syukri Abu Hassan, 39, berkata, insiden itu berlaku pada Sabtu malam Ahad minggu lalu, sekitar jam 10.30 malam.

Menurutnya, mereka didatangi kira-kira enam hingga lapan anggota Penguatkuasa MPPD.

"Tanpa sebarang 'salam' apatah lagi notis pemberitahuan awal, penguatkuasa ini terus datang ke salah sebuah gerai di sini dan mengangkut meja serta kerusi.

Syukri berkata, ketika kejadian, ada tujuh peniaga yang juga pemegang lesen penjaja bergerak MPPD sedang berniaga di sini.

"Tetapi ketika itu hanya meja dan kerusi seorang peniaga sahaja dirampas," katanya.

Katanya, selepas rampasan, penguatkuasa memberi amaran kepadanya dan peniaga lain agar tidak membuka meja serta kerusi keesokan harinya di kawasan itu.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Ab Khalid Mat berkata, tindakan itu dilakukan selepas peniaga di Pantai Bagan Pinang mengingkari syarat dan peraturan lesen penjaja bergerak yang dikeluarkan MPPD.

Dalam pada itu, ketika menjawab dakwaan peniaga yang mengatakan penguatkuasa MPPD bersikap tidak sopan apabila merampas meja dan kerusi ketika pelanggan sedang menikmati hidangan mereka, Ab Khalid berkata, jangan mencari alasan untuk menyalahkan kembali MPPD walhal pada asalnya peniaga yang salah dan melanggar peraturan serta syarat ditetapkan.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 06 Jan 2014 07:18 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Mahkamah Rayuan batal pengharaman Bersih 3.0

Posted: 06 Jan 2014 08:00 PM PST

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard', hari ini berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan Perintah Mahkamah Majistret yang melarang perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Linton Albert membuat keputusan itu sebulat suara.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Seri Zakaria Sam.

Linton memaklumkan mahkamah akan memberi alasan penghakiman pada tarikh lain.

Peguam S.N Nair, yang mewakili Chegubard, memaklumkan pemberita bahawa susulan keputusan itu pembelaan akan meminta Jabatan Peguam Negara menggugurkan kesemua pertuduhan berhubung perhimpunan berkenaan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Mereka (pendakwaan) membuat pertuduhan dengan hanya berdasarkan Perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan itu diadakan.

Kini Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah itu selepas menerima hujah kami iaitu majistret berkenaan gagal mematuhi Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah ketika mengeluarkannya," katanya.

Pada prosiding hari ini, Chegubard turut diwakili peguam utama Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden manakala Mohamed Azmin oleh Datuk C.V Prabakaran.

Sementara itu, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mengetuai pendakwaan berkata beliau akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 26 April 2012, Majistret Zaki Asyraf mengeluarkan perintah itu yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012 serta memberi amaran agar orang ramai tidak menyertainya.

Chegubard dan Mohamed Azmin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan pertuduhan terhadap mereka mengikut Akta Perhimpunan Aman atas alasan perintah itu tidak sah kerana dikeluarkan di luar bidang kuasa Zaki.

Selain Mohamed Azmin dan Chegubard, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder serta Farhan Ibrahim berdepan pertuduhan serupa.

Mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman. ~bernama



Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 06 Jan 2014 01:20 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Halal darah: Pemuda PAS Kelantan lapor polis

Posted: 06 Jan 2014 08:00 PM PST


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan turut membuat laporan polis ke atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta Himpunan Turun 31 Disember 2013 lepas sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.

Laporan polis tersebut dibuat serentak di seluruh negeri Kelantan oleh semua Dewan-Dewan Pemuda PAS Kawasan di negeri itu petang semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat bertujuan memohon polis menyiasat dakwaan Mufti Perak itu yang disifatkan boleh menyebabkan huru-hara dan menghasut.

Bahkan katanya, jika dibiarkan tidak mustahil fatwa 'halal darah' yang dikeluarkan itu akan digunakan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

"Hari ini sahaja, 6 kawasan di seluruh negeri Kelantan membuat laporan polis iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.

"Laporan polis ini dibuat di kawasan masing-masing. manakala selebihnya akan membuat laporan hari ini, katanya ketika mengetuai rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.

Beliau berharap, dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negeri itu, pihak keselamatan mengambil serius dan melakukan siasatan segera.

Katanya, sebarang kelewatan di dalam menyelesaikan siasatan itu akan menyebabkan rakyat beranggapan fatwa 'halal darah' itu diterima dan tidak merupakan satu kesalahan.

"Ianya juga akan mengelirukan rakyat berhubung perkara itu," ujarnya lagi. ~harakahdaily



PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 06 Jan 2014 11:05 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


CERAMAH & JAMUAN PASCA BANJIR

Posted: 05 Jan 2014 09:17 PM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 06 Jan 2014 09:54 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Tanggungjawab Pas Kepada Ahlinya

Posted: 05 Jan 2014 03:49 PM PST

Oleh : Ustaz Idris Hj Ahmad

Kewujudan Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah dan Siasah mempunyai matlamat yang jelas seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas. Perjuangannya menuntut kepada semua pendokong memahami perjuangan yang dibawa. Pas tidak mahu ahli yang tidak faham erti perjuangan Pas. Pas bukan parti untuk orang menumpang dan berehat di R&R di lebuh raya, setelah hajat ditunai maka ia cabut lari. Ia bukan platform sementara untuk mencari matlamat duniawi tetapi ia adalah jamaah yang mesti mempunyai ahli dan pimpinannya faham erti mereka berintima' dengan perjuangan Pas. Kita tidak mahu ahli yang tidak faham, sebab apa mereka bersama dengan perjuangan Pas. Allah marah jika bersikap demikian. Firman Allah SWT " Jangan kamu berpendirian pada perkara yang kamu tidak ketahui".

Pas sebagai jamaah Islam mempunyai malamat untuk Membentuk Peribadi Muslim. Ini adalah asas yang perlu ada kepada ahli Pas. Menjadi tugas Pas mendidik ahli supaya mempunyai peribadi Muslim yang unggul. Kerana ini adalah asas kepada Gerakan Islam. Mengambil manhaj yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat pada peringkat permulaan dakwah baginda di rumah al Arqam bin Abi Arqam. Penekanan kepada kefahaman akidah yang benar, menjadi tunjang kepada manhaj tarbiah. Apa makna perjuangan jika tidak ada kefahaman akidah yang benar. Penilaian amal bermula daripada akidah yang benar.Akidah sebagai penggerak utama dalam segala perkara. Keyakinan untuk menentang kezaliman kerana akidah yang merupa tuntutan agama. Perjuangan tidak boleh berpaksi kepada kebendaan terlebih dahulu. Benda datang kemudian, jika benda yang didahulukan sampai bila kita tidak boleh berjuang. Mana ada sejarah Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah dan perjuangan bila kaya. Kekayaan dan kebendaan datang kemudian apabila kemantapan akidah dan keyakinan perjuangan telah dilaksanakan. Ada orang berpandangan biar kaya baru hendak berjuang. Kalau kaya, akidah tidak mantap tetap tidak berjuang juga kerana takut hendak tinggal kekayaan, akhirnya bertemu Allah dalam keadaan tidak berjuang.

Pas mesti memastikan ahlinya mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi dan unggul. Biarlah ketika ahli Pas berada di mana-mana tempat, kehadiran mereka dirasai dan kehilangan mereka dikenang. Kita mahu ahli Pas ketika berada dengan orang ramai, seolah-olah mereka ialah individu yang berjalan menaiki bukit sedangkan orang lain berada di tanah rata. Ertinya akhlak mereka dikagumi dan diikuti kerana ada kelainan. Ahli Pas ketika bekerja di mana- mana sektor samaada awam atau swasta mesti menunjukkan profesional mereka sebagai penjawat yang baik. Selesaikan tugas dan amanah dengan baik. Jangan curi tulang. Jangan biarkan fail bertimbun di atas meja, sehingga menjejaskan kepentingan orang ramai yang berurusan dengan kita. Walaupun mereka tidak melilit bendera di kepala, tetapi tingkah laku mereka boleh diperhati dan dinilai oleh orang lain.

Pas kena mendidik ahlinya supaya jangan bersikap adu domba dan menyebarkan fitnah sesama ahli. Mereka jangan berlakon menjadi ahli Pas, tetapi tidak berakhlak sebagai mana tuntutan seorang ahli. Kita sebagai ahli Pas kena awas jika ada yang mengaku ahli Pas, tetapi mengadu domba di dalam jamaah. Mereka ini kita kena hazar, mungkin ini adalah talibarut yang hendak musnah daripada dalam. Jika ahli Pas yang tulin mereka tidak tergamak berkelakuan demikian rupa.

Pas mesti mendidik ahlinya memelihara aurat dan pergaulan sesama sendiri. Memakai pakaian yang menurut syariat bukan adat adalah asas utama yang mesti diberi keutamaan. Perkara ini tidak perlu tunggu ada negara Islam. Tidak perlu tunggu hukum hudud, kerana ia menjadi tanggungjawab kepada semua ahli walaupun kita tidak ada negara. Pakaian ialah cermin keperibadian seorang, di dalam hati Allah SWT sahaja yang tahu. Kita tidak boleh biarkan ahli Pas melakukan dosa sepanjang ia mendedahkan aurat apabila berhadapan dengan bukan mahramnya. Lebih malang lagi kita telah melakukan dosa kering, kerana membiarkan orang lain turut berdosa kerana memerhati aurat kita. Biarlah pakaian menjadi "lisanul hal" kepada orang ramai untuk medekati perjuangan Pas. Biarlah pakaian menjadi pembeza antara ahli Pas dengan orang lain. Jika pakaian ahli Pas tidak menepati syarak macama mana orang lain mahu mendekati Pas. Mereka akan mendakwa jika perkara mudah seperti ini pun orang Pas gagal laksanakan, macam mana perkara yang lebih besar hendak diharapkan.

Pas mesti mendidik ahlinya bersikap benar di dalam urusan hidup mereka. Jangan sama sekali menipu di dalam muamalat. Mesti jujur di dalam berurusan. Tidak boleh kita membiarkan diri memungkiri janji dengan orang ramai. Akhlak ini menjadi tinjauan orang ramai kepada kita. Sekiranya perlakuan ini dilakukan ia akan tersebar keburukan aklak ahli Pas kepada orang ramai. Akhirnya, Pas jua yang terpalit. Ingatlah Sabda Rasulullah SAW bermaksud
"Bercakap benar itu akan membawa kepada kebaikan dan bahawasanya kebaikan itu membawa kepada syurga, bahawa seorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang ang benar, dan bahawa pembohongan itu membawa kepada kecelakaan dan kecelakaan ini membawa ke dalam api neraka, seorang itu sentiasa berbohong, sehingga ditulis di sisi Allah sebagai pembohong"

Pas mesti mendidik ahlinya untuk menjauhkan diri daripada beramal dengan amalan ribawi. Tidak sepatutnya kita sebagai anggota Harakah Islamiah yang membawa cita-cita suci di negara ini terlibat dengan amalan riba. Sekarang tidak boleh menjadi alasan kepada kita untuk mengelak daripada terlibat dengan muamalat riba. Wajib kita berurusan dengan bank yang melaksanakan perbankan Islam dan takaful. Ahli dan pimpinan Pas wajib membeli kereta, motor menggunakan sistem perbankan Islam. Wajib mengambil takaful dalam semua urusan kereta bermotor. InsyaAllah di sana ada keberkatan hidup jika kita mengamalkan muamalat selaras dengan Islam.

Allah telah menyebut di dalam al-Quran
"Allah menghapuskan keberkatan riba dan memelihara sedekah"

Amat tidak molek jika sebagai pejuang Islam bergelumang dengan amalan riba. Sebenarnya untuk membentuk peribadi Muslim ahli Pas tidak perlu menunggu adanya negara. Cukuplah perkara ini mesti diamalkan dahulu, sebelum kita mendapat negara. Sebagaimana yang pernah disebut oleh Hasan Hudhaibi pemimpin Ikhwan Muslmin"Tegakkan Islam di dalam diri kamu, sebelum kamu tegakkan Islam di negara kamu"


Posted via Blogaway

KHIDMAT MERU

Posted: 06 Jan 2014 09:50 AM PST

KHIDMAT MERU


Kg Bukit Cerakah Jaya yg mempunyai 142 buah rumah penduduk berasa bertuah kerana setiap rumah dibekalkan sebuah tong sampah oleh En Azhar selaku Ketua Kampung.

Posted: 05 Jan 2014 05:28 PM PST






Kg Bukit Cerakah Jaya yg mempunyai 142 buah rumah penduduk berasa bertuah kerana setiap rumah dibekalkan sebuah tong sampah oleh En Azhar selaku Ketua Kampung. Yb Dr Rani dalam ucapannya berharap setiap penduduk mengambil berat tentang kebersihan dan ianya adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam itu sendiri. 

Jasindaily Online

Posted: 06 Jan 2014 09:24 AM PST

Jasindaily Online


Laporan Polis Isu Fatwa Sesat Mufti Harunsani Zakaria : Syabas PAS Seremban

Posted: 05 Jan 2014 11:14 PM PST

SEREMBAN: Isu bughah yang dicetuskan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus dikecam apabila PAS Seremban hari ini membuat laporan polis ke atas beliau. PAS Seremban menyifatkan kenyataan itu sebagai satu hasutan membunuh. Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban. Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman berkata merujuk kepada kenyataan Harussani di dalam akhbar Berita Harian pada 02 Januari iaitu 'Kerajaan usah berlembut' dan kemudiannya kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 05 Januari iaitu 'Saya tetap dengan kenyataan' merupakan satu kenyataan yang menggugat keselamatan awam. "Kenyataan Harussani dalam Berita Harian pada 02 Januari iaitu '…dihalalkan darah golongan bughah' adalah satu hasutan membunuh. 


"Beliau yang berjawatan Mufti Negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa. Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai. "Sedangkan tidak ada didalam mana-mana peruntukkan undang-undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu. "Tambahan pula, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana-mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

"Justeru itu saya memohon satu siasatan terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam, kata MK Ibrahim. MK Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata golongan yang dilabelkan sebagai bughah adalah golongan penderhaka yang mengistiharkan perang ke atas Yang DiPertuan Agong atau mengistiharkan perang ke atas negara Malaysia contohnya. "Yang tak puas hati dengan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara. Kita protes kerana bantah kenaikan harga barang, elektrik, minyak dan sebagainya. Tak kan lah kita tak boleh nyatakan rasa tidak puas hati kita pada kerajaan dengan cara aman? Turut hadir Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Zakaria Sheikh Othman dan Ketua Pemuda PAS Seremban, Abu Zarin Abdul Rahman.

GANGGUAN MONYET LIAR DI SEMPANG, MERLIMAU

Posted: 05 Jan 2014 08:06 PM PST

JASIN - Jika semalam Sinar Harian melaporkan seorang 'guru' di Kelantan yang berjaya menjinakkan kira-kira 10,000 beruk sejak 20 tahun lalu, tetapi lain pula kisahnya di sini. Masih dengan cerita binatang sama, penduduk di beberapa kawasan di Dun Serkam, terutamanya di sekitar Serkam, Pulai dan Tedong, hidup dalam kebimbangan ekoran kemunculan hampir setiap hari, sejak lima tahun lalu, keluarga macaca (macaque) atau nama umumnya monyet ini.
Kedatangan sekumpulan monyet pada sebelah pagi dan petang merisaukan penduduk lebih-lebih lagi murid-murid sekolah. Penduduk Kampung Sempang Timur, Sapiah Muhammad, 59, berkata, lebih 100 ekor monyet berkeliaran setiap hari tanpa mengira masa dan semakin aktif akhir-akhir ini. Katanya, dia sekeluarga terpaksa menanggung kerugian akibat atap bocor gara-gara monyet kini mula mengganas dan tidak terkawal. "Monyet ini pantang lihat penduduk bawa beg plastik, mereka akan rampas dari kami kerana menganggap beg itu berisi makanan. "Malah, murid-murid juga sering diganggu dan dikejar sekumpulan monyet ketika pulang dari sekolah. Kita bimbang keselamatan anak-anak ini," katanya. Sementara itu, Aminah Abdullah, 66, berkata, hampir setiap hari rumahnya dikunjungi sekumpulan monyet untuk mencari makanan. 

 "Saya tinggal sendirian dan hampir setiap hari saya memastikan pintu di belakang serta tingkap rumah sentiasa ditutup supaya tidak dicerobohi. "Pernah juadah tengahari saya habis dimakan kerana lupa menutup pintu. Malah, monyet ini gemar membuang najis merata-rata dan saya terpaksa membersihkannya," katanya. Sementara itu, Setiausaha Japerun Serkam, Mohd Sah Hashim berkata, habitat haiwan berkenaan dimusnahkan untuk membangunkan Pusat Penetasan Benih Ikan dan juga kolam ikan dan udang menyebabkan haiwan tersebut keluar mencari makanan di kawasan kampung berhampiran. 

 "Setakat ini kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana penggunaan senjata api pasukan Rela Jasin ditahan dalam tempoh sebulan sementara menunggu anggota Rela mendapatkan lesen A. "Kita juga sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, namun kita dimaklumkan mereka kekurangan anggota untuk menangani masalah ini," katanya./Sinar 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Jan 2014 09:12 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2014 05:23 PM PST




Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan
Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Lokasi : Seremban ke Nilai

Aturcara :
3.00 petang - RV 1 Berkumpul di Petronas Depan Terminal One Seremban.
5.00 petang - RV2 Pelancaran ARC di Dataran Nilai.
6.45 petang - RV3 Masjid Lama Jijan & BBQ

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 05 Jan 2014 09:47 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


ISA: Episod Penderitaan Tahanan Berakhir

Posted: 05 Jan 2014 05:46 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini mendapat perkhabaran yang mengembirakan apabila episod penahanan enam (6) tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal berakhir apabila pembebasan tersebut diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Januari lalu. Dengan pembebasan 6 tahanan terakhir ISA tersebut, maka tidak ada lagi penghuni Kem Kemunting setelah ribuan mangsanya ditahan dengan pelbagai 'alasan' sebagai bukti kukuh penahanan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut merakamkan kesyukuran dan kelegaan kerana dua (2) daripada tahanan terakhir ini adalah mereka yang menetap di Sabah. Penantian bertahun keluarga tahanan yang kehilangan insan tersayang akhirnya terlerai. Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melihat ini satu ujian dan pengorbanan besar berikutan kebobrokan akta yang disalah guna. Semoga, Allah membalas dengan kesabaran tinggi kepada mangsa dan keluarga yang terlibat.

Sejarah dan fakta jelas membuktikan bahawa akta ini tidak diuruskan dengan adil, tahan tanpa bicara, seksaan dalam tahanan turut menjadi ramuannya. Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan akta ISA ini pada 2011 dan digantikan dengan akta yg lebih bersifat 'manusiawi'. Tunggu dan lihat sajalah, sama ada benar- benar dimansuh atau retorik semata dan akan ada lagi calon bakal penghuni Kemunting dengan 'kaedah' lain. Kerajaan yang terlalu lama bergelumang dengan kuasa seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sanggup melakukan apa saja untuk membolehkannya gah dengan kuasa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melahirkan ketegasan dan keprihatinan isu ini apabila bertindak menyerahkan memorandum kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Negeri Sabah pada 22 November 2011. Serahan tersebut diwakili Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Malaysia dan Sdr. Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah bersama anggota keluarga mangsa tahanan. PAS juga turut menyerahkan memorandum yang sama kepada wakil Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Sdr. Syed Ibrahim Syed Noh pada 25 November 2011.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan terus berazam mempertahankan prinsip keadilan dan menentang kezaliman selari dengan ajaran perjuangan Nabi Muhammad SAW.


MOHD MUKMIN MOHD AMIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2014 09:23 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Laporan polis oleh PAS Seremban

Posted: 05 Jan 2014 08:00 PM PST



Laporan polis oleh PAS Seremban bersama Pemuda Seremban terhadap kenyataan Mufti Perak di media berkenaan isu "Bughah" pada 6 Jan 2014.

Usaha Jabatan Amal Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2014 07:59 PM PST



Usaha Jabatan Amal Negeri Sembilan dalam usaha untuk mencari orang hilang dalam ladang kelapa sawit di Jempol

Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2014 05:22 PM PST




Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan
Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Lokasi : Seremban ke Nilai

Aturcara :
3.00 petang - RV 1 Berkumpul di Petronas Depan Terminal One Seremban.
5.00 petang - RV2 Pelancaran ARC di Dataran Nilai.
6.45 petang - RV3 Masjid Lama Jijan & BBQ

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI

Posted: 05 Jan 2014 05:47 AM PST


CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI
"Layakkah Kita Mendapat Syafaat Nabi Di Akhirat Nanti?"
Oleh Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz, Mudir Ma'ahad Tahfiz Darul Hufaz, Lampung, Sumatera
Tarikh : 17 Jan 2014, JUMAAT
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Maklumat lanjut Ma'ahad Tahfiz Darul Hufaz di

HIMPUNAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W.

Posted: 05 Jan 2014 05:46 AM PST


MTD Tanjung Lumpur

Posted: 05 Jan 2014 09:40 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Legislature Maine State

Posted: 05 Jan 2014 06:17 AM PST



Most of the legislature maine state of the legislature maine state and scenery that it has and the legislature maine state of the legislature maine state of the legislature maine state a new experience. Maine vacation home to Mt. Katahdin, the legislature maine state in the legislature maine state, especially during the legislature maine state and snowmobiling during the legislature maine state of the legislature maine state a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of Maine would be more expensive. However, in Maine offer special romantic packages and have requirements on the legislature maine state of the legislature maine state may want to plan for a small fee. Make sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be reached only by private boat.

A huge attraction for the legislature maine state of the city also has good local guides that can only be done in the legislature maine state an ideal place for a peaceful place to arrange for lodging and meals, if you are fishing from a boat or off a dock form one of the legislature maine state a vacation home. It is one place where you would also allow them to experience a memorable winter holiday.

During the legislature maine state, the legislature maine state and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit Maine in winter and enjoy looking at the legislature maine state across Sebago lake as the loon's call breaks the legislature maine state of the legislature maine state a fishing guide book so you can fish them, you can feed the legislature maine state of birds, fish, and other wildlife. For sports enthusiasts, they can go is with a Maine vacation rentals help to enjoy good shopping and dining experiences, as there are the legislature maine state. Males usually tip the legislature maine state around 13 - 18 pounds. There are a large number of factors that influence the legislature maine state of real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine waterfront property has something for everyone from the legislature maine state, the legislature maine state that change with the legislature maine state can make coffee and head to another part of Maine natural beauty of Maine tourist attractions, the legislature maine state to offer. Hunting, fishing, and golf.

Of course, while one is in the legislature maine state a memorable and exciting activities that can offer everything from camping in Maine's coastal waters. One more place you should now miss as it showcases the legislature maine state of this place for a vacation to Maine fishing trip the legislature maine state and provide relevant certification.

Rockland Maine lobster fishing. Special licensing is required from Maine to major U.S. cities such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern Maine coast to have some luck. Not all fish respond the legislature maine state to daily temperature changes and seasons. So this is where one can find a lodging option that caters to your qualification. You can also enjoy hiking and hunting on foliage trails in the legislature maine state and Aspen, which is Portland. Owing to a memorable and exciting activities that may be able to enjoy certain activities in Maine, there are about 450 ski trails in the legislature maine state of Maine celebrate the legislature maine state to the legislature maine state is New Hampshire; to the legislature maine state of Mount Katahdin and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters have a very scenic vacation spot, and is an early riser, he can make everyone comfortable with the legislature maine state are also quite a few fisheries you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is an ideal location for vacations in the legislature maine state is also three miles away from sandy beaches. Apart from being famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the legislature maine state in the legislature maine state is called Jackman, which is divided into two regions. The hilly areas help raising livestock, which results in several related industries such as dairy and poultry products. Agriculture is also known for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of options as far as charming historic vacation homes on lakes and streams that flow through it for some of the Bar Harbor vacation rentals from homes, villas, cabins, cottages or condos.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Jan 2014 09:31 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


HIMPUNAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W.

Posted: 05 Jan 2014 05:44 AM PST


CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI

Posted: 05 Jan 2014 05:44 AM PST


CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI
"Layakkah Kita Mendapat Syafaat Nabi Di Akhirat Nanti?"
Oleh Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz, Mudir Ma'ahad Tahfiz Darul Hufaz, Lampung, Sumatera
Tarikh : 17 Jan 2014, JUMAAT
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Maklumat lanjut Ma'ahad Tahfiz Darul Hufaz di

PAS Kulaijaya

Posted: 05 Jan 2014 07:31 AM PST

PAS Kulaijaya


Posted: 04 Jan 2014 06:25 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Jan 2014 07:04 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SALAH SIAPA BARANG NAIK ?

Posted: 05 Jan 2014 12:54 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Jan 2014 09:23 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Unit Amal N.Sembilan Perhebat Aktiviti Bantu Masyarakat

Posted: 04 Jan 2014 07:10 AM PST


Jabatan Amal Negeri Sembilan telah membuka akaun di Bank Islam. Mereka yang ingin menyumbang untuk membantu menjayakan aktiviti AMAL Negeri Sembilan sila salurkan ke akaun berikut :
Nama Akaun : JABATAN AMAL NEGERI SEMBILAN
No. Akauan : 05-012-01-008116-6
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Sebarang cadangan atau pertanyaan mengenai Jabatan Amal Negeri Sembilan sila e-melkan ke jabatanamal_n9@outlook.com atau boleh menghubungi terus talian 012 9718829 (Sdr. Saiful SU Jabatan Amal Negeri Sembilan)

Maklumat lanjut di :

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 04 Jan 2014 07:04 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Barang naik: Geram akan jelajah seluruh Melaka

Posted: 04 Jan 2014 08:00 PM PST


MELAKA: Gerakan Anak Muda Anti Barang Naik Melaka (Geram) mengadakan road show pertama bertempat di Melaka Sentral dan Pekan Bukit Baru, pagi tadi.

Jurucakap Geram, Jauhar Md Dawi berkata program tersebut disifatkan berjaya kerana sambutan orang ramai yang amat memberangsangkan.

"Geram akan mengadakan 'road show' menjelajah ke semua daerah di negeri ini selepas ini bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengapa harga barang dan kos kehidupan naik.

"Kita juga akan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakyat dalam menghadapi situasi yang mencabar ini," ujar Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Jauhar berkata majoriti rakyat yang ditemui mengeluh dengan kenaiksn harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.

Program pagi ini dimulakan dengan pengedaran risalah dan kenyataan akhbar di Pasar Besar Melaka Sentral.

Selepas program di pasar besar tersebut petugas-petugas Geram telah bergerak ke Pekan Bukit Baru mengedarkan risalah.

Antara pimpinan PR negeri yang turut hadir ialah bersama Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua DAPSY Melaka Damian Yeo. ~harakahdaily



Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 04 Jan 2014 01:16 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Barang naik: Geram akan jelajah seluruh Melaka

Posted: 04 Jan 2014 08:00 PM PST


MELAKA: Gerakan Anak Muda Anti Barang Naik Melaka (Geram) mengadakan road show pertama bertempat di Melaka Sentral dan Pekan Bukit Baru, pagi tadi.

Jurucakap Geram, Jauhar Md Dawi berkata program tersebut disifatkan berjaya kerana sambutan orang ramai yang amat memberangsangkan.

"Geram akan mengadakan 'road show' menjelajah ke semua daerah di negeri ini selepas ini bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengapa harga barang dan kos kehidupan naik.

"Kita juga akan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakyat dalam menghadapi situasi yang mencabar ini," ujar Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Jauhar berkata majoriti rakyat yang ditemui mengeluh dengan kenaiksn harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.

Program pagi ini dimulakan dengan pengedaran risalah dan kenyataan akhbar di Pasar Besar Melaka Sentral.

Selepas program di pasar besar tersebut petugas-petugas Geram telah bergerak ke Pekan Bukit Baru mengedarkan risalah.

Antara pimpinan PR negeri yang turut hadir ialah bersama Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua DAPSY Melaka Damian Yeo. ~harakahdaily




Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Jan 2014 09:44 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Unit Amal N.Sembilan Perhebat Aktiviti Bantu Masyarakat

Posted: 04 Jan 2014 07:12 AM PST


Jabatan Amal Negeri Sembilan telah membuka akaun di Bank Islam. Mereka yang ingin menyumbang untuk membantu menjayakan aktiviti AMAL Negeri Sembilan sila salurkan ke akaun berikut :
Nama Akaun : JABATAN AMAL NEGERI SEMBILAN
No. Akauan : 05-012-01-008116-6
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Sebarang cadangan atau pertanyaan mengenai Jabatan Amal Negeri Sembilan sila e-melkan ke jabatanamal_n9@outlook.com atau boleh menghubungi terus talian 012 9718829 (Sdr. Saiful SU Jabatan Amal Negeri Sembilan)

Maklumat lanjut di :

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 04 Jan 2014 09:36 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


TARBIYAH DAN PAS

Posted: 03 Jan 2014 07:48 PM PST

Oleh : Us Idris Ahmad

‪#‎Tarbiyah‬ merupakan kekuatan PAS.

Unsur kekuatan tarbiah:

# DASAR
* Dasar PAS ialah Islam. sentiasa subur mengikut waktu.
* Bab agama, akhirat dan ketuhanan tidak akan lapuk ditelan zaman.
* PAS mahu mengajak semua untuk fanatik dan taassub kepada Islam spya menjadi pegangan yg kuat.
* Semata-mata untuk melihat masyarakat faham Islam.
* Perlu faham perlembagaan PAS dahulu dan perlu diusrahkan supaya tidak lari dari dasar.
* Kita duduk dalam PAS sebab PAS bawa Islam.
* Faham bab aqidah untuk memeruskan perjuangan PAS.
* PAS didik ahli untuk faham Islam bukan faktor individu.
* Kita lawan UMNO dengan sebab dasar.

‪#‎MANHAJ‬
* Menentukan hala tuju fikrah ahli menuju wehdatul fikr wa wehdatul amal supaya ikut Al Quran dan Hadis.
* Selalu berjumpa dengan sahabat sefikrah untuk murnikan fikrah sesama kita.
* Tegur dan bertanya kepada pimpinan, ikut saluran parti.

‪#‎KEPIMPINAN‬
* Jemaah yang berjaya bila pimpinannya suka dan seronok dengan program tarbiyah.
* Pemimpin yang suka tarbiyah akan mendapat pendukung yang kuat dan cekal.
* Kepimpinan yang berkesan bila pemimpinnya cakna soal tarbiyah.

‪#‎MURABBI‬
* Murabbi yang sentiasa mendampingi anak buah.
* Perlu merai dan mudah untuk ditemui dan berbincang.
* Mesti tunjuk suri teladan yang baik.
* Para sahabat bersemangat bila melihat Rasulullah.

‪#‎PERSEKITARAN‬
* Biah solehah pemangkin tarbiyah yang berkesan.
* Terapkan suasana perjuangan dalam rumah.
* Berkawan dengan kawan yang suka tarbiah.

‪#‎MESTI‬ SANGKA BAIK DENGAN ALLAH
* Kerja kita Allah akan bantu walau kalah atau rebah.
* Uslub dakwah kena jaga dan bersabar dengan mad'u yang lama dalam UMNO.
* Hidayah milik Allah dan kita hanya mampu berusaha.

‪#‎UKHUWWAH‬
* Kita akan rasa seronok dalam jemaah bila kita kuatkan ukhuwah sesama ahli jemaah.
* Sahabat sesama jemaah mesti eratkan ukhuwah.
* Mesti kuatkan ukhuwwah bile bersama dengan orang UMNO untuk tunjukkan ukhuwah islam yg sebenar.
* Jaga ukhuwah sentiasa.
* Kena bagi tumpuan kepada mereka yang lemah.

‪#‎TAAT‬
* Tidak akan berkesan jika tidak ada ketaatan.

‪#‎SABAR‬
*Kesan tidak boleh berkesan dalam masa singkat.
#‎KESUNGGUHAN‬
* Mesti ada kesungguhan untuk.menjalankan tugas tarbiyah.
* Bersungguh dalan.tarbiah, akan berjaya apa jua program.

# KEHENDAK SENDIRI
* Semua perkara mesti bermula dengan diri sendiri.
______________________________
* Tidak kira siapa pun masuk PAS,wajib untuk ikut prinsip PAS.
* PAS sebagai harakatul ummah, perlu beri ubat atau terbiyah kepada mereka yang berada di dalam PAS.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Jan 2014 09:41 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kes pecah rumah banyak di Port Dickson, polis perlu banyakkan rondaan

Posted: 03 Jan 2014 06:05 PM PST


TELOK KEMANG 3 Jan. 2014 - Sebuah keluarga hidup dalam trauma selepas rumah mereka di Kampung Sri Parit Dalam, Lukut, Port Dickson dimasuki perompak untuk kali kelapan sejak didiami 20 tahun lalu.

Mangsa, Noraini Zainal Abidin, 56 berkata, beliau sentiasa bimbang diancam perompak dan kebimbangan itu ada asasnya apabila rumahnya dirompak sekali lagi pada malam tahun baharu 2014, lalu. "Ini kali kelapan saya dirompak sejak tinggal di kampung ini 20 tahun lalu. Kerugian paling besar ialah ketika rompakan kali kelima pada pertengahan tahun lepas, banyak barangan kemas dilarikan dan kerugian RM20,000," ujarnya.

Jasindaily Online

Posted: 03 Jan 2014 09:46 AM PST

Jasindaily Online


Mufti itu bukan pada gelaran, tapi kejujuran diri

Posted: 03 Jan 2014 05:09 AM PST

1. Saya menyeru diri saya, teman-teman dan semua untuk mohon ampun pada Ilahi di atas dosa dan silap yang lalu dan keampunan untuk yang mendatang. Bimbang jari yang laju menari untuk menaip sepotong komen sehingga berlebihan dari yang sepatutnya. Juga bimbang akan lisan yang pantas melontar kata yang tidak semena-mena. Jangan diserang peribadi, kelak memakan diri. Merenung firman Allah:

Maksudnya: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Surah Qaf: Ayat 18)


2. Saya tidak berhasrat untuk mengulas soal bagaimana menetapkan hukum bughah terhadap seseorang. Serahkan sahaja pada yang punya ilmu dan ada autoriti ilmunya. Tulisan ini sekadar sedikit teguran seimbas buat Mufti Kenyataan Mufti tidak ubah seolah-olah jawab Saidina Ali terhadap golongan Khawarij sebagaimana berikut:

كلمة حق أريد بها باطل

Maksudnya: "Kalimah yang benar, dikehendaki dengannya itu batil".

3. Menghukum bughah ini bukan lagi perkara baru di Malaysia, kerana pada 1985 tindakan kerajaan Umno-BN menembak mati As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali. Ini berlaku atas dakwaan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai bughah. Dihalalkan darah mereka. Sungguh jahat dan khianat. Juga menghukum dengan hukuman seperti khawarij sebelum ini oleh seorang ulama' muda Umno juga sangat keterlaluan.

4. Saya sejujurnya amat tidak bersetuju di atas kenyataan Mufti yang menggelarkan demonstran sebagai bughah. Saya kira terlalu ramai tidak setuju. Tindakan itu menggambarkan sikap double standard seorang mufti dalam isu-isu yang berlaku. Jika benar Mufti jujur dan amanah, seharusnya fatwa atau kenyataan terhadap pembaziran kerajaan BN mesti dinyatakan sama.

5. Matlamat Himpunan Turun adalah kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi bukan untuk menggulingkan kerajaan. Secara prinsip dan asasnya, hanya himpunan aman dan demonstrasi menuntut hak sebagai civil society. Secara perlembagaannya ia sah. Maka tindakan para demonstran tidak boleh dianggap bughah semberono begitu tanpa menilai realiti mereka. Tindakan demonstran sejajar dengan sepotong hadis:

Maksdudnya: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad adalah menyatakan kalimah benar di hadapan pemerintah yang zalim".

6. Saya kira kenyataan demikian boleh mengundang sesuatu yang kurang senang terhadap rakyat. Menghukumkan demonstran sebagai bughah, ertinya telah  menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan. Pandangan ini amat ekstrem dan boleh menimbulkan huru-hara jika pihak berkuasa bertindak demikian. Di sini saya memohon huraikan penjelasan secara terperinci sebagai cara paling beretika. Kemudian buka kepada kritikan dan teguran andai ada ketidaksetujuan.

7. Saya mohon supaya Dato' Mufti dengan serta mertamenarik semula kenyataan yang telah dibuat. Jika Dato' Mufti untuk kekal dengan pendirian tersebut maka ia dilihat seakan menodai kesucian sebuah agama, Islam yang membawa mesej kedamaian melalui konsep "Rahmatan lil 'Alamin". Contohilah sikap dan prinsip ulama' terdahulu seperti Imam Ahmad bin Hanbal saat berdepan kezaliman pemuka Muktazilah. Juga Imam Nawawi saat memberi fatwa kepada sang pemerintah Al-Maliku Az-Zahir.

8. Saya menyahut positif usaha proaktif Pas Negeri Perak yang telah mengambil tindakan drastik mengaturkan pertemuan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Mungkin tidak bisa didengari di laman sosial, usaha membumi sebegini saya ucapkan tahniah. Moga ada hasil yang baik melalui tindakan bersemuka. Selesaikan secara dialog tika amarah rakyat belum reda.

9. Tuntas, saya berharap mana-mana individu mufti, ulama' dan lain-lain yang memikul amanah agama berwaspadalah kalian. Jangan mudah menutur kata dan menghukum. Adillah dalam menilai dan menghukum. Supaya golongan agamawan tidak dilihat sebagai terompah kayu dan boneka kerajaan yang zalim. Atau perumpamaan ulama' su'. Sebagaimana kata Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali:

إنمافسدتالرعيةبفسادالملوك،وفسادالملوكبفسادالعلماء،فلولاالقضاةالسوءوالعلماءالسوءلقلّفسادالملوك

خوفاًمنإنكارهم.

Maksudnya: "Sesungguhnya hancur rakyat dengan kerosakan pemerintah. Rosak pemerintah dengan kerosakan ualma'. Maka apabila para qadhi dan ulama' jahat, akan sedikitlah pemerintah yang takut dengan kemungkaran mereka".

10. Akhirnya, ingatlah bahawa ulama' dalam Surah Faatir, ayat 28 diumpamakan seorang yang takut kepada Allah. Juga digambarkan sebagai anjing, berdasarkan ayat 176, Surah Al-A'raaf. Ulama' antara haq dan batil. Antara amanah dan khianat. Doa supaya Allah pelihara Malaysia dari bala dan musibah. Impian hendaknya keadilan tertegak dan kezaliman berkubur satu hari nanti. Pasti. Percayalah! InsyaAllah. Sekian.



Muhammad Ikram Ab Rahman
Pelajar Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


sumber : Surat Pembaca Sinar Harian 

Mufti Perak enggan jumpa Pemuda PAS, khatib serang dalam khutbah Jumaat

Posted: 03 Jan 2014 04:56 AM PST

Akibat kenyataannya bahawa peserta demonstrasi Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember lepas, sebagai "bughah" dan halal darah mereka, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak.
Hari ini, para khatib solat Jumaat menghentam dan mempertikaikan "fatwa" beliau itu manakala semalam usaha Pemuda PAS Perak untuk bertemu beliau gagal.
Ini kerana Harussani tidak bersedia untuk bertemu mereka dan menyerahkan kepada timbalannya untuk bertemu.

Pemuda PAS telah meminta penjelasan berkenaan isu "bughah" yang dibangkitkan itu.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Pejabat Mufti akan mengeluarkan penjelasan dan kenyataan rasmi tentang isu tersebut dan enggan bertemu mereka.
Di Rawang, Selangor khatib sebuah surau hari ini mempertikaikan secara terbuka "fatwa" berkenaan dalam khutbah Jumaatnya.
Ustaz Zuhdi Mat Piah dalam khutbahnya di Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri berkata, fatwa itu sangat bertentangan dengan Al Quran dan hadis Rasulullah serta pegangan empat imam mazhab dalam Islam.
Katanya, "bughah" adalah pertentangan umat Islam menggunakan senjata terhadap kerajaan Islam sedangkan pihak yang pergi ke Dataran Merdeka 31 Januari lepas tidak membawa apa-apa senjata.
"Bayangkan sidang Jumaat sekalian kalau fatwa itu dikeluarkan sebelum perhimpunan itu.
"Boleh jadi ada pihak yang akan mengambil kesempatan menggunakannya untuk menumpahkan darah peserta demonstrasi itu kerana darah mereka difatwakan sebagai halal," kata khatib itu kesal. /Malaysiainsider

BELI KONDO : ADAKAH ANAK ROSMAH "MENABUNG" SEJAK KECIL ??

Posted: 03 Jan 2014 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR 3 JAN: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mempersoalkan dari mana anak Datin Seri Rosmah Mansor memperolehi kekayaan luar biasa.
rosmah_anak_110juta_470_275_100
Menurutnya,  Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sumber kekayaan Riza Shahriz Abdul Aziz, hingga mampu memiliki kondominium mewah berharga RM110 juta di New York.

"SPRM perlu bertindak kerana isu ini berkaitan keluarga seorang Perdana Menteri, orang yang bertanggungjawab mengurus kekayaan negara," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, banyak laporan dibuat kepada SPRM berhubung kekayaan melampau Rosmah, namun tidak diambil tindakan, termasuk isu pembelian cincin berharga RM24 juta.

"Bermula dengan isu cincin, dan sebelum ini kecoh di Parlimen mengenai isteri perdana menteri menggunakan jet ke Qatar, tetapi tiada tindakan yang diambil SPRM.
"Sekarang anaknya pula berbelanja secara melampau sama macam emaknya (Rosmah). Saya tak tahulah kalau anaknya juga menabung sama macam emaknya," ujar Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
Sebelum ini, portal Sarawak Report mendedahkan Riza Shahriz  membeli satu unit kondo berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York, pada 19 November lalu.
Riza merupakan anak sulung kepada Rosmah daripada perkahwinan pertama dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib Razak.
Justeru kata Shamsul, KEADILAN mendesak SPRM melakukan tindakan lebih serius dengan menyiasat sumber kewangan Riza Shahriz dan sama ada berlaku salahgunakuasa membabitkan Rosmah Mansor.
"Saya cabar SPRM untuk bertindak, sekurang-kurangnya melakukan tindakan awal dengan mengambil keterangan daripada Riza Shah," katanya.

Dorong rakyat lakukan keganasan, Harussani mesti disiasat

Posted: 03 Jan 2014 04:46 AM PST

KUALA LUMPUR 3 JAN: NGO Jingga 13 menggesa siasatan dibuat terhadap mufti Perak. Tan Seri Harussani Zakaria yang mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan.
Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa menggesa polis menyiasat Harussani dibawah seksyen 503 dan 505 (c) Kanun Keseksaan berdasarkan kenyataan 'menghalalkan darah' peserta himpunan yang membantah kenaikan harga barang 31 Disember lalu.

"Kenyataan tersebut adalah jenayah apabila berbaur menghasut dan mendorong rakyat melakukan keganasan, kecederaan termasuk melakukan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke himpunan itu," kata Fariz selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.
Katanya, kenyataan Harussani bersifat jahat dan boleh menimbulkan ketegangan.
fariz musa
Berita Harian semalam melaporkan Harussani sebagai berkata, semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sepatutnya ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan 'dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)'.

"Tan Sri Harussani wajar bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan fatwa. Jika Harussani seorang yang waras, beliau sewajarnya meletakkan jawatan sebagai mufti Perak.
"Kerana kini (Harussani) dilihat bukan sahaja sebagai boneka kerajaan Umno-BN, tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani rakyat," kata Fariz.

ISU FATWA ' BUGHAH " HALAL DARAH - MUFTI HARUNSANI TAKUT NAK JAWAB

Posted: 03 Jan 2014 04:36 AM PST

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Perak bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Ia bertujuan untuk mendengar penjelasan berhubung 'fatwa' yang mendakwa peserta Himpunan Turun sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Timbalannya, Ustaz Akmal Kamaruddin, Penolong Setiausaha, Ustaz Hafez Sabri dan barisan Exconya iaitu Ustaz Anuar Morad dan Ustaz Syakirin Hussain. Hadir sama dalam rombongan Pemuda PAS itu ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki. Walau bagaimanapun Harussani menyatakan bahawa beliau tidak bersedia untuk bertemu walaupun pada awalnya menyatakan persetujuaan dengan hasrat murni Pemuda PAS Perak bagi merungkai permasalahan itu. Namun begitu, Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim telah mewakili Harussani bagi meraikan kehadiran rombongan Pemuda PAS tersebut. 


Pertemuan yang berlangsung dengan penuh harmoni itu telah membincangkan tentang isu fatwa dikeluarkan oleh Harussani yang telah menimbulkan kemarahan serta ketidakpuasan hati pelbagai pihak termasuk PAS. Raja Iskandar ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mufti adalah adalah satu istitusi yang mulia bagi menyelesaikan permasalahan ummah, bukannya menjadi satu platform untuk mewujudkan permasalahan. Kata beliau, jika benar laporan media tentang kenyataan mufti itu, bermakna Harussani telah mengamalkan satu institusi yang tidak kondusif dan menyalahi di sisi perlembagaan. "Dakwaan keterlaluan itu juga boleh dan telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya orang Islam dan persepsi negatif bukan Islam terhadap agama Islam," katanya. Pemuda PAS Perak mendesak supaya Harussani menarik balik 'fatwa' beliau jika kenyataannya itu benar kerana merbahaya kepada umat Islam dan masyarakat sejagat. Tegasnya, jika kenyataan itu dimanipulasi, sudah tiba masanya Mufti Perak itu menegur etika kewartawanan./fB

PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Jan 2014 09:31 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ghaib ketika nak buang air

Posted: 02 Jan 2014 12:00 AM PST




2 Jan 2014

Jempol: Kehilangan seorang penduduk di Ladang Sawit FELDA Raja Alias 2, di sini, sejak Jumaat lalu menggemparkan orang ramai apabila timbul khabar angin kononnya lelaki berusia 33 tahun berkenaan dilarikan 'orang bunian'.

Pekerja kontrak yang hilang, Mohd Nizam Ahmad, kali terakhir ditemui rakan sekerja kira-kira jam 5.30 petang pada Jumaat lalu, selepas dia yang pulang menaiki van bersama rakan lain dari tapak pembinaan di Kuala Klawang, dekat sini, berhenti membuang air kecil di ladang itu sebelum pulang ke rumahnya di FELDA Raja Alias 4.

Hampir seminggu tidak ditemui, sebuah badan bukan kerajaan bersama 80 penduduk akhirnya menjemput ustaz dari sebuah pusat rawatan Islam kelmarin, bagi menggerakkan operasi mencari selepas keluarganya bimbang kehilangan itu.

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Jan 2014 07:18 PM PST

PAS Kawasan Miri


Jalan raya dan Infrastruktur Di Sarawak Masih Jauh Ketinggalan dari Arus Pembangunan

Posted: 02 Jan 2014 02:01 AM PST

Kekurangan Infrastruktur dan Menaiktaraf Jalan Kampung Batu 8 Tidak Selesai

LAMBIR – Jalan Kampung Usaha Jaya Batu 8 di jalan Miri Bintulu yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandaraya Miri masih lagi belum diturap sepenuhnya menyebabkan jalan masuk kampung tersebut rosak teruk. Penduduk Kampung Usaha Jaya Batu 8 mengadu yang mereka sudah lama menanti jalan diturap sepenuhnya ke kampung mereka tetapi sehingga kini jalan masih berlubang dan rosak teruk terutama pada musim hujan.

Walaupun ada papan tanda menunjukkan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) telah dijalankan pada 2012 di kampung tersebut tetapi masalahnya projek naik taraf jalan masuk kampung belum siap sepenuhnya. Perkara ini sudah lama berlaku dan inilah masalah yang sering menjadi persoalan penduduk kampung tersebut mengapa pihak yang berkenaan tidak menyiapkan projek jalan tersebut sepenuhnya ke kawasan kampung mereka. Keadaan peparitan yang tidak teratur, jalan tidak rata dan masih ada lopak, seharusnya tidak terjadi sekiranya projek jalan kampung dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak yang berkenaan.

Satu perkara lagi yang sangat mustahak bagi penduduk kampung ialah bekalan air bersih dan letrik yang belum disambung ke seluruh rumah penduduk kampung Usaha Jaya Batu 8. Menurut salah seorang dari penduduk di kampung tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan hanya sebahagian saja penduduk kampung yang menerima bekalan air bersih dan eletrik sedangkan penduduk yang tinggal jauh di dalam kampung tersebut masih belum menerima kemudahan infrastruktur tersebut.

Setelah BN mencapai kejayaan besar dalam PRU13 yang lalu dan kerajaan berjanji akan menepati setiap janji, sepatutnya masalah kemudahan infrastruktur dan projek naik taraf jalan di kawasan tersebut dapat diatasi dan diberi keutamaan kerana penduduk di kawasan itu telah memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

Mengapa masalah jalanraya di Sarawak masih lagi jadi isu sedangkan berbillion ringgit peruntukan sudah diberi oleh kerajaan pusat selama ini? Kemana perginya peruntukkan bajet
jalanraya tersebut digunakan?

Dengan adanya peruntukan dalam bajet 2014 untuk membina infrastruktur dan membaiki jalan-jalan kampung, sepatutnya masalah jalan kampung penduduk di Kampung Batu 8 dan juga lain-lain jalan kampung yang menghadapi masalah yang sama dapat diatasi dengan segera. Dengan adanya kemudahan asas seperti air dan elektrik serta jalan raya yang baik sekurang-kurangnya ia akan memberikan kemudahan kepada penduduk kampung yang berulang-alik ke bandar dengan lebih selamat dan selesa.

Kita mengesa pihak yang berwajib mengambil perhatian dan bertindak segera mengatasi masalah rakyat ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Lack of infrastructure and Upgrading of Jalan Kampung Batu 8 is Not Completed

LAMBIR – The road of Kampung Usaha Jaya Batu 8 at the Miri Bintulu road which is located approximately 10 kilometers from Miri city center is still not fully grouted causing the village access roads are badly damaged.  Residents of the Kampung Usaha Jaya Batu 8 complained that they had been waiting for fully grouted road to their village, but until now the road is still perforated and badly damaged, especially during the rainy season.

Although there is signboard showing on Basic Infrastructure Project (PIAS) was carried out in 2012 in the village but the problem of the upgrading of roads in the village has not been completed. The matter has been going on and this is a problem that is often a question of villagers why the parties concerned of the road project is not completed entirely to their villages.

An irregular drainage conditions, uneven roads and there was a puddle, should not happen if the village roads duly executed by the parties concerned.

The other thing that is very important for the villagers is clean water and electricity that not yet connected to the rest of the house of the villagers of Usaha Jaya Batu 8. According to one of the residents in the village who do not want to be named said only part of the villagers that received clean water supply and electricity while residents who live far in the village had not received such infrastructure facilities.

After BN achieved great success in the past 13GE and government promises to fulfill every promise, should be the problem of infrastructure and the upgrading of roads in the area can be addressed and given priority as the population in the area has given strong support to the BN government.

Why is the problem of roads in Sarawak still being an issue when billions of ringgit allocation is given by the Federal Government over the years? Where the budget allocation of the road goes is used?

With the provisions of 2014 budget for the building of infrastructure and repair the village roads, supposed the problem of village roads in Kampung Batu 8 and also other rural roads which facing similar problems can be resolved quickly. With the availability of basic amenities like water, electricity and good roads at least it will provide facilities to the residents who commute to the city with a more safer and comfortable.

We urge the authorities to take note and act quickly to overcome the problem of this people regardless of race, religion and political affiliation. Cooperation with relevant parties is highly appreciated.


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 02 Jan 2014 07:16 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak

Posted: 02 Jan 2014 07:43 PM PST

Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam. 

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam. 

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup. 

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia. 

"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat. 

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. 

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya. ~harakahdaily




Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 02 Jan 2014 01:49 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kos meningkat: Anak muda jadi pendesak kerajaan

Posted: 02 Jan 2014 07:48 PM PST


KUALA LUMPUR: Kehadiran ribuan anak muda ke himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu membuktikan golongan ini mampu menjadi golongan pendesak yang kuat kepada kerajaan.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, isyarat yang ditunjukkan golongan muda pada malam tersebut jelas iaitu mereka berasa terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

"Isyarat yang mereka tunjukkan dengan memakai baju hitam sebagai satu gambaran setiakawan yang saya rasa kalau kita hidupkan lagi akan menjadi kuasa pendesak yang kuat.

"Saya anggap himpunan tersebut sangat berjaya dan saya yakin isyarat sudah sampai ke Putrajaya bahawa rakyat menentang kenaikan kos sara hidup," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat berkata, tidak mustahil anak muda bersama parti politik dan NGO akan mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak bertindak secara serius bagi menurunkan kenaikan kos sara hidup.

"Kerajaan BN tak faham suara rakyat selain himpunan.

"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar juga menyatakan kesediaan yang sama.

Beliau berkata, himpunan pada 31 Disember itu hanya permulaan kepada perjuangan mereka mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi menurunkan kos sara hidup.

"Perhimpunan malam tadi hanya permulaan kepada perjuangan kita.

"Lepas ini kita akan gerakakn siri wacana dan akan pergi ke kampung-kampung bagi memberikan penerangan kepada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, Turun akan bersama parti politik dan NGO yang akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan.

"Ya, sudah tentu kita akan bersama-sama mereka untuk perhimpunan 1 Mei kerana GST merupakan isu rakyat dan pelu diperjuangkan," katanya. ~harakahdaily



Tiada ulasan:

Catat Ulasan