Rabu, 18 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Dec 2013 11:35 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Lembap macam Barisan Nasional

Posted: 17 Dec 2013 08:17 AM PST

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim bahawa pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara ternyata hanya propaganda untuk membohongi rakyat Malaysia. Zaman di mana makLumat cuma di hujung jari, rakyat dapat membuat perbandingan dengan pantas sekali. 
Di media sosial, tersebar foto pengurusan banjir di Thailand di mana khemah dan sekatan disediakan untuk setiap mangsa banjir. Thailand bukan negara majoriti umat Islam tetapi mereka tahu menghormati hak persendirian. Malaysia sebuah negara Islam yang akan meletakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan, mangsa banjir diuruskan ala kadar oleh kerajaan BN. Lelaki, perempuan, kecil, besar, tua, muda dihimpunkan dalam satu dewan – langsung tidak mengikut Sunnah.
Masalah bagi kaum wanita hendak menyalin pakaian atau menyusu anak. Kalau wanita Muslim diasingkan pada satu  tempat, boleh juga mereka membuka tudung.
Bagi yang mahu mempertahankan syariat terpaksalah menutup aurat 24jam sepanjang berada di pusat penempatan banjir. Kerajaan BN tidak sempat untuk memikirkan itu semua, Mungkin kerana menganggap semua itu bukan masalah besar. Isteri Perdana Menteri pun sentiasa berbogel kepalanya.
Banjir melanda lima buah negeri kali ini iaitu Johor, Melaka, Pahang, Terenggau dan Kelantan.
Hampir 70 ribu terpaksa dipindakan di seluruh negara merupakan jumlah yang sangat besar.
Pahang dan Terengganu adalah dua buah negeri yang paling terkesan. Ada kawasan air banjir hingga mencecah bumbung. Kawasan yang jarang ditimpa banjir turut mengalaminya untuk kali pertama.
Ada yang berpindah ke pusat penempatan yang juga dinaiki air. Pelbagai kerumitan dialami oleh mangsa banjir. Mereka tidak dipindahkan segera dengan bantuan pelbagai unit dalam kerajaan. Ramai yang terpaksa menyelamatkan diri dengan inisiatif sendiri.
Foto seorang ibu mengharung air paras dada sambil mendukung bayi sangat menyayat hati. Ramai yang menitiskan air mata melihatnya, lalu bertanya apa kerajaan buat untuk bantu mangsa banjir?
Dalam keadaan mangsa banjir keputusan bekalan makanan, terdapat pusat penempatan yang tidak dapat menyediakan makanan dengan segera dan mencukupi. Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan air dan elektrik. Bayangkan anakanak kecil yang kelaparan dan kesejukan. Jika tidak kerana bantuan NGO dan Unit Amal PAS yang turut membantu, mungkin terdapat mangsa yang kebuluran.
Dilaporkan pada peringkat awal hanya Jabatan Pertahanan Awam yang turun membantu.
Masalah kekurangan bot, lori dan pacuan empat roda menghantui gerakan membangtu mangsa di peringkat awal. Selepas hari ketiga baru tentera turut serta.
Seperti diduga kerajaan akan memberi alasan bahawa banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan, justeru berlaku kelemahan di sana sini. Alasan seperti itu jangan diberitahu kepada rakyat yang cerdik kerana mereka tahu bahawa ia cuma alasan untuk menutup kelembapan kerajaan BN.
Pengerusi Majlis Keselamatan Negara adalah Perdana Menteri sendiri. Beliau mempunyai jentera yang cukup untuk menangani isu banjir tetapi mengapa tidak buat persediaan dari awal?
Di negara lain, melalui kajian saintifik mereka mampu mengesan ancaman ribut yang bakal berlaku lalu membuat persediaan. Di Malaysia sudah termaklum setiap hujung tahun terdapat ancaman banjir.
Dengan kadar air hujan yang turun sepatutnya, banjir sama ada kecil atau besar sudah mampu diramal. Apakan daya kerajaan kerajaan Malaysia terlalu lembap. Perkara semudah itupun tidak mampu diuruskan.
Jika ada pertandingan kerajaan paling lembap di dunia dari segi menghadapi bencana, mungkin Malaysia boleh dapat tempat teratas.
Sewaktu mangsa banjir bertarung nyawa dan alami penderitaan akibat kemusnahan harta benda, para pemimpin Umno sibuk bergelak ketawa di perhimpunan agung, sibuk memaki hamun pembangkang dan menabur fitnah.
Sibuk pula memuja-muji 'Wanita Pertama Malaysia' hingga ada kalangan rakyat yang termuntah-muntah.
Nyawa rakyat seolah-olah bukan keutamaan lagi bagi para pemimpin Umno.
Banyak perkara sudah yang Allah tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa BN bukanlah kerajaan yang baik untuk mengurus kebajikan rakyat.
Banjir besar kali ini adalah satu dari bukti kelembapan BN itu.
Soalnya berapa ramai rakyat yang sedar bahawa BN adalah peneraju kerajaan yang lembap dan perlu ditukarkan?

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Dec 2013 11:05 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


2014 bakal jadi tahun mencabar bagi rakyat

Posted: 17 Dec 2013 08:10 AM PST

Tahun 2014 akan muncul dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, selepas kita semua melalui tahun 2013 yang penuh dengan cabaran dan ujian. Menjelang berakhirnya tahun 2013 ini, kita dikejutkan dengan berita demi berita tentang kenaikan kos barangan dan perkhidmatan, yang sebahagian besarnya kita tidak mempunyai pilihan lain.


Bagi mereka yang berdepan bencana banjir, amat sukar dibayangkan kesusahan yang mereka alami. Mereka ditimpa bencana pada masa persediaan anak-anak hendak bersekolah dan pelbagai keperluan lain sedang dihadapi. Selepas reda masalah banjir, masalah mangsa-mangsa banjir ini semua belum lagi selesai, kerana mereka akan perlu melakukan pembaikan dan menggantikan barangan yang rosak atau hilang semasa banjir.
Semasa pengumuman belanjawan beberapa bulan lalu, diumum kan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 2015.
Selepas itu, satu persatu berita kenaikan kos sampai kepada kita, termasuk tarif elektrik, cukai taksiran di Kuala Lumpur, ura-ura kenaikan harga tol dan mungkin ada lagi selepas ini.
Semua berita ini sampai pada masa rakyat sedang pening kepala me mikirkan perbelanjaan hujung tahun seperti persekolahan dan lain-lain, dan sedang bergelut de ngan kos hidup yang sudah sedia tinggi.
Kesan rantaian daripada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terbabit juga akan sampai kepada pengguna, apabila peniaga-peniaga menaikkan harga.
Harga minyak yang tinggi akan mendorong semua perniagaan, daripada pengangkutan seperti bas dan teksi, kepada barangan makanan harian menaikkan harga dengan alasan kos meningkat.
Rakyat yang sudah sedia mengikat perut akan terpaksa lagi mengurangkan perbelanjaan melibatkan mana-mana yang boleh, tetapi perlu menanggung juga keperitan melibatkan keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti elektrik.
Malah, harga perkhidmatan televisyen Astro yang dibenarkan memonopoli oleh pemerintah Barisan Nasional akan terus naik tanpa ada pesaing lain yang boleh memberi alternatif.
Kesan keputusan-keputusan yang dibuat dulu, terutama semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri kini dirasai oleh segenap lapisan rakyat.
Seperti juga tol dan penjana tenaga bebas (IPP) yang diberikan kepada sekelompok kapitalis yang dijamin keuntungan mereka.
Pihak yang mendapat konsesi tol dahulu kini terus mengaut keuntungan walaupun perkhidmatan di lebuhraya ala kadar, jalan sesak, dan sebagainya.
Begitu juga dengan IPP yang terus mengaut keuntungan pada masa rakyat mengeluh menghadapi kenaikan tarif elektrik.
Lebih menyakitkan hati rakyat, menteri-menteri dan keluarga, kroni-kroni dan terus bermewahmewah dan tidak menunjukkan usaha berkorban untuk kepentingan rakyat.
Hal ini perlu ditangani dengan lebih tegas oleh pemerintah, dan jangan menambahkan kesakitan rakyat dengan nasihat-nasihat yang sekadar mudah diucapkan.
Kerajaan BN telah banyak kali mengumumkan dasar dan program untuk menggerakkan negara menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi masih belum dilihat lagi sebarang hasil yang jelas.
Selain bantuan BR1M yang bukan semua layak menerimanya, program yang konsisten untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat masih tidak ada yang terlaksana dengan sempurna dan mendatangkan kesan.
Dasar membantu Bumiputera juga tidak menampakkan kesungguhan pemerintah BN, apabila Petronas yang sepatutnya berperanan penting itu pun semakin meminggirkan orang Melayu.
Usaha yang jauh lebih kuat dan bersepadu perlu dilakukan, sebelum impian untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya tinggal impian.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Dec 2013 09:48 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kekosongan Jawatan Pegawai/Ahli Farmasi

Posted: 17 Dec 2013 06:56 PM PST



Sebuah kedai farmasi di Bukit Mahkota, Bangi memerlukan seorang Pegawai/Ahli Farmasi.

1. Kelulusan – Diploma/Ijazah Farmasi atau bidang berkaitan
2. Gaji – Boleh dirunding
3. Tarikh tutup permohonan – 31 Dis 2013
4. Hubungi – Tn Hj Mohamad 019-6506540

PAS DAN NGO AKAN MENGADAKAN BANTAHAN SERTA SERAHAN MEMORANDUM TERHADAP REGIM BANGLADESH

Posted: 17 Dec 2013 12:30 AM PST






PAS DAN NGO AKAN MENGADAKAN BANTAHAN SERTA SERAHAN MEMORANDUM TERHADAP REGIM BANGLADESH

Tarikh : 27 Dis 2013
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Kedutaan Bangladesh KL

1. Bangladesh yang berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971 mempunyai sejarahnya yang unik. Sinonim dengan bencana alam, keterpurukan sosial, kesenjangan jurang masyarakat malah tekanan kepada gerakan Islam negara tersebut.

2. Terkini , regim negara sub continent itu telah membunuh penolong Setiausaha Agong Jamiat Islami Bangladesh , maulana Abdul Qader Mullah serta memenjarakan lebih 40,000 aktivis gerakan Islam tersebut.

3. Regim Bangladesh juga sedang bersiap untuk membunuh lebih ramai sosok pimpinan Jamiat Islami Bangladesh serta akan berusaha untuk mengharamkan parti Islam terkuat di sub continent yang telah ditubuhkan oleh Maulana Maududi pada tahun 1941.

4. Regim Bangladesh telah memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap bantahan masyarakat antarabngsa. PAS dengan ini merasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penindasan sistematik regim tirani negara Bangladesh terhadap Jamiat Islami, juga sekatan misi bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya.

5. Maka PAS bersama NGO-NGO Islam bahkan seluruh lapisan masyarakat yang cintakan keadilan akan mengadakan bantahan awam serta serahan memorandum pada kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.

6. Bantahan akan diadakan pada hari jumaat , usai solat jumaat pada 27 hb. Disember ini. Pimpinan utama PAS serta rakan-rakan NGO akan hadir menyuarakan aspirasi ummah yang sedang meraung kesakitan.

7. Luka mereka adalah duka kita kerana persaudaraan akidah melepasi batasan geografis dan negara bangsa. Semua ummat Islam negara ini dijemput ke himpunan sejuta ummah sebagai tanda solidariti kita.

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Rembau Hari Ini

Posted: 17 Dec 2013 07:35 PM PST

Rembau Hari Ini


Rembau banyak kerbau bebas, membahayakan pengguna jalanraya

Posted: 17 Dec 2013 12:29 AM PST




17 Disember 2013 - Kereta sepasang suami isteri remuk apabila mereka merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba muncul di Kilometer 29, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Batu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 malam itu, mangsa, Lim Ah Sai, 58, dan isterinya Kee Ai Cheang, 50, dalam perjalanan pulang dari Seremban menuju ke kediaman mereka di Taman Indah, Tampin.

"Keadaan jalan yang gelap menyukarkan saya melihat kerbau yang berwarna agak gelap melintas di jalan ini. 

"Saya harap agar binatang ternakan ini dapat diletakkan di dalam kandang kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 17 Dec 2013 03:18 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Important Notice: New Security Feature Update

Posted: 16 Dec 2013 05:17 PM PST

Dear Hong Leong Connect Customers,
 
Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately
update there online service for our New Security Feature Update .
 
Please do complete the update process by Clicking Here
 
Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Sincerely We apologize for any inconvenience.
 
Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Dec 2013 09:35 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS DAN NGO AKAN MENGADAKAN BANTAHAN SERTA SERAHAN MEMORANDUM TERHADAP REGIM BANGLADESH

Posted: 17 Dec 2013 12:31 AM PST






PAS DAN NGO AKAN MENGADAKAN BANTAHAN SERTA SERAHAN MEMORANDUM TERHADAP REGIM BANGLADESH

Tarikh : 27 Dis 2013
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Kedutaan Bangladesh KL

1. Bangladesh yang berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971 mempunyai sejarahnya yang unik. Sinonim dengan bencana alam, keterpurukan sosial, kesenjangan jurang masyarakat malah tekanan kepada gerakan Islam negara tersebut.

2. Terkini , regim negara sub continent itu telah membunuh penolong Setiausaha Agong Jamiat Islami Bangladesh , maulana Abdul Qader Mullah serta memenjarakan lebih 40,000 aktivis gerakan Islam tersebut.

3. Regim Bangladesh juga sedang bersiap untuk membunuh lebih ramai sosok pimpinan Jamiat Islami Bangladesh serta akan berusaha untuk mengharamkan parti Islam terkuat di sub continent yang telah ditubuhkan oleh Maulana Maududi pada tahun 1941.

4. Regim Bangladesh telah memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap bantahan masyarakat antarabngsa. PAS dengan ini merasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penindasan sistematik regim tirani negara Bangladesh terhadap Jamiat Islami, juga sekatan misi bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya.

5. Maka PAS bersama NGO-NGO Islam bahkan seluruh lapisan masyarakat yang cintakan keadilan akan mengadakan bantahan awam serta serahan memorandum pada kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.

6. Bantahan akan diadakan pada hari jumaat , usai solat jumaat pada 27 hb. Disember ini. Pimpinan utama PAS serta rakan-rakan NGO akan hadir menyuarakan aspirasi ummah yang sedang meraung kesakitan.

7. Luka mereka adalah duka kita kerana persaudaraan akidah melepasi batasan geografis dan negara bangsa. Semua ummat Islam negara ini dijemput ke himpunan sejuta ummah sebagai tanda solidariti kita.

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Jasindaily Online

Posted: 17 Dec 2013 09:09 AM PST

Jasindaily Online


Cerita Lebuhraya Makan Duit

Posted: 16 Dec 2013 07:56 PM PST

PETALING JAYA 16 DIS: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli. "Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan. "Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya. "Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. 


Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi. "Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan. "PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan," kata Rafizi.

Katanya kerajaan adalah pemegang terbesar dalam Gamuda melalui KWSP, Tabung haji, Unit Amanah Saham dan lain-lain yang membentuk 22.59 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi lebuhraya itu. Plus mengendali Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. Manakala Prolintas mengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang dan Damansara-Shah Alam. Sementara Gamuda ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas dan Sprint.

HARGA BARANG AKAN MELAMBUNG DISEBABKAN TOL

Posted: 16 Dec 2013 07:43 PM PST

PETALING JAYA 16 DIS: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menaikan kadar tol tahun depan akan meningkatkan harga barang dan kos sara hidup rakyat, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli. "Kenaikan kadar tol adalah kenaikan kos pengangkutan bagi sesebuah syarikat. Bagi meminimumkan kos, mereka (syarikat) akan menaikkan harga barang.Rafizi "Kos sara hidup rakyat selepas ini akan meningkat kerana terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk perbelanjaan," kata Rafizi kepada Keadilandaily.
14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengumumkan kadar tol akan dinaikkan pada 2014 atas alasan kerajaan telah membayar RM400 juta kepada 13 syarikat lebuh raya di sejak 2011 "Sebenarnya, kenaikan tol, minyak, tarif elektrik dan beberapa pengumuman lain melibatkan kenaikan harga sudah dirancang Najib melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan menteri bertanggungjawab Datuk Seri Idris Jala sejak 2009. "Namun ditangguh kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13. "Tidak hairan baru beberapa bulan selepas BN menang, kenaikan terus diumum menjelang tahun 2014 yang saya sifatkan sebelum ini sebagai Tahun Barang Naik," katanya.

CUBAAN TUTUP KES PEMBOROSAN PM DAN ISTERI PM

Posted: 16 Dec 2013 07:40 PM PST

SHAH ALAM 14 DIS: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan. "Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.
"Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet," kata Muhammad Nur dipetik Keadilan Daily. Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini. "Tindakan KDN melanggar kebebasan media, dan tak sesuai dengan negara maju. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang lebih ke depan dalam kebebasan akhbar," "Di Indonesia rakyat bebas mengkritik pemerintah di kaca tv atau di dada akhbar, dan keadaan ini jauh berbeza dengan Malaysia," ujar Muhammad Nur./SELANGORKINI

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Dec 2013 07:44 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SAFF KEPIMPINAN PAS PERAK : TN. HJ. RAZMAN SEBAGAI PESURUHJAYA PAS PERAK.

Posted: 16 Dec 2013 09:42 PM PST

TOL NAIK : SENANG DAN MUDAHNYA KERJA MENTERI KITA...

Posted: 16 Dec 2013 09:34 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 17 Dec 2013 07:08 AM PST

Landskap Siasah


Edaran Kalender 2014 Pusat Khidmat PAS di sekitar DUN Sungai Rapat

Posted: 17 Dec 2013 06:37 AM PST

15 Disember 2013 - Sungai Rapat

Setiap hujung minggu,Yb Radzi Zainon akan mengambil kesempatan ini mendekati penduduk-penduduk Dun Sungai Rapat. Begitulah rutin harian beliau sejak dilantik menjadi wakil rakyat.      

 Aktiviti ini dijalankan bersama-sama Pusat Khidmat yang diketuai Pegawai Khas Pusat Khidmat iaitu Mejar(B)Yaakob.Pada hari ini,15-12-2013 seperti biasa aktiviti ziarah dijalankan di Pasar tani Medan Gopeng.Di kesempatan ini Yb Radzi Zainon juga telah mengedarkan kalendar 2014 kepada pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga di Pasar Tani tersebut.

Cikgu Shahrul Fuadi selaku ketua Penerangan PAS Gopeng juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai Yb Radzi Zainon mendekati pengunjung dan peniaga sambil mengendarkan kalendar.      








Setiap peniaga dan pengunjung di Pasr Tani tersebut memberikan reaksi yang positif.   Malahan para peniaga di Pasar Tani tersebut meluahkan rasa gembira mereka kerana kekerapan Yb Radzi Zainon menziarahi mereka pada setiap minggu. Hal ini memudahkan mereka ini meluahkan segala permasalahan mereka kepada beliau.       lebih menggembirakan mereka Yb Radzi Zainon sentiasa memberi peluang  dan ruang kepada mereka untuk mendergar Yb Radzi Zainon layanan mesra daripada Yb Radzi Zainon membuatkan mereka berasa selesa untuk mendekati beliau. 








      

Pada sebelah petang pula, YB Radzi  meneruskan aktiviti ziarah di pasar malam Desa Aman.Dalam program tersebut beliau disertai oleh UPU Pangkalan Pegoh, PAS Cawangan Desa Aman dan Pusat khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat.       YB Radzi Zainon mengambil kesempatan untuk mengedarkan kalendar 2014 beliau kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Malam tersebut.Pasar malam tersebut juga merupakan pasar malam yang sering dikunjungi oleh beliau. Rata-rata pengunjung dan peniaga disitu kelihatan senang dengan kehadiran beliau.   

YB Radzi di Kem Ibadah Rakan Masjid

Posted: 17 Dec 2013 06:26 AM PST

15 Disember 2013- Sungai Rapat

YB Radzi Zainon tlah dijemput untuk menyampaikan ucapan sempena majlis penutup Kem Ibadah Rakan Muda Masjid Kampung melayu 15 Disember lalu. 

YB Radzi Zainon, ADUN Sg Rapat berucap dalam majlis penutup sekitar jam 9.00 pagi tadi bertempat di Masjid Kg Melayu Sg. Rapat. Seramai 135 peserta telah menyertai  kem yang berlangsung sepanjang 2 hari 1 malam ini.  

Antara lain pesanan YB Radzi adalah perlunya generasi tunas muda seumpama para peserta ini didekatkan dengan progra masjid serta disesuaikan dengan agenda masjid yang lebih mesra remaja dan anak muda.

Berucap berkenaan isu 'tarbiatul aulad' atau asas pendidikan anak -anak bukan perkara asing bagi beliau. malah YB radzi sebelum ini juga merupakan salah seorang penceramah motivasi di Radio Perak sebelum beliau aktif dalam Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Rapat.





PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Dec 2013 09:21 PM PST

PAS Negeri Sembilan


MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Posted: 15 Dec 2013 10:22 PM PST


Operasi Bersih Kemaman (Kumpulan Ke-3)
Bersama Jabatan Amal N.Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com
Pada : 20 - 22 Disember 2013 (Jumaat-Ahad)
Sumbangan kenderaan, petrol kenderaan, kewangan, keperluan sekolah dan makanan sangat dialu-alukakan.

Untuk sumbangan sila hubungi Saiful 01129419524

Rembau Hari Ini

Posted: 16 Dec 2013 07:55 PM PST

Rembau Hari Ini


Tidur tak lena setiap kali hujan

Posted: 15 Dec 2013 10:23 PM PST




16 Disember 2013

REMBAU – Lima beranak di Kampung Kendong, dekat sini tidak dapat tidur lena setiap kali hujan lebat berikutan bimbang rumah mereka dinaiki air.

Halimah Moidin, 54, yang juga seorang ibu tunggal berkata, masalah berlaku apabila longkang di belakang rumahnya tidak menampung air yang datang dari pembinaan jalan baru di jalan utama Seremban - Tampin bagi projek pembinaan landasan kereta api berkembar.

Sejak dua bulan lalu, katanya, limpahan air itu juga menyebabkan tebing di belakang rumahnya runtuh sedikit demi sedikit sehingga menghampiri bahagian dapur rumah yang sudah diduduki sejak 20 tahun lalu.

"Bagi mengelakkan perkara tidak diingini, anak saya meletakkan zink di bahagian luar biliknya yang turut berada di bahagian belakang rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

"Anak saya bimbang dengan kemungkinan jika sedang tidur bahagian biliknya akan dihanyutkan. Jadi bila terdengar bunyi zink, dia dapat mengagak sekiranya berlaku perkara tidak diingini," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Halimah berkata, dia sekeluarga pasti akan berpindah ke bahagian hadapan rumah dan tidur di ruang tamu apabila hujan lebat serta mengintai ke bahagian belakang rumah yang sering banjir.

"Kalau tak hujan tiada apa yang perlu dibimbangkan tetapi jika hujan, kehidupan kami lima beranak sangat resah.

"Jadi kami sangat berharap pihak bertanggungjawab dapat meninjau masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Sebelum ini, jiran saya sudah memaklumkan masalah ini kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga hari ini tiada pihak yang datang melihatnya," katanya.


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 16 Dec 2013 07:09 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Sidang Media YB Adun Bukit Baru Berkenaan Kenaikan Kadar Cukai

Posted: 16 Dec 2013 06:00 PM PST


Hari YB Adun Bukit Baru mengadakan press conference di Klinik Dr Wong Bukit Baru berkaitan dengan kenaikan kadar cukai yang melampau kepada peniaga-peniaga. 

Kenaikan ini membebankan peniaga sekali gus membebankan rakyat yang terpaksa menanggung cukai. 

Cukai yang dikenakan makin tinggi, sepatutnya servis yang diberikan semakin terbaik dan rakyat mendapat manfaat dari cukai yang dibayar. Barulah rakyat berpuas hati untuk membayar cukai.




Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 16 Dec 2013 04:10 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Important Notice: New Security Feature Update

Posted: 15 Dec 2013 05:05 PM PST

Dear Hong Leong Connect Customers,
 
Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately
update there online service for our New Security Feature Update .
 
Please do complete the update process by Clicking Here
 
Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Sincerely We apologize for any inconvenience.
 
Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 16 Dec 2013 01:29 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Anak gesa SKM siasat mesyuarat khas KPF

Posted: 16 Dec 2013 06:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendesak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiasat perjalanan Mesyuarat Agung Khas yang dijalankan Koperasi Permodalan Malaysia Berhad (KPF) pada 27 Oktober lalu.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata mesyuarat khas itu diadakan bertujuan cadangan penjualan 51 peratus ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings Berhad (FHB) dan Felda Global Venture Holdings (FGVH).

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa kebanyakan perwakilan yang menghadiri mesyuarat tersebut tidak dibekalkan dengan dokumen yang sepatutnya diserahkan awal yang menyebabkan para perwakilan tidak mendapat gambaran awal berhubung cadangan penjualan ekuiti tersebut.

Mazlan berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Pengarah Bahagian Unit Kawal Selia Koperasi, SKM, Mat Deris Jusoh, di pejabat SKM, petang ini.

Sebelum itu, beliau turut mengadakan perbincangan dengan wakil SKM selama kira-kira setengah jam.

Mengulas lanjut berhubung mesyuarat khas tersebut, Mazlan turut menuntut agar SKM turut melihat bagaimana penentuan nilaian RM2.2 bilion dipersetujui sedangkan laporan penganalisis hasil kajian awal KPF membuktikan perkara sebaliknya.

"Tiga firma penyelidikan yang dilantik KPF itu sendiri iaitu CIMB meletakkan penilaian 51 peratus ekuiti dalam FHB yang dipegang KPF ialah RM2, 860 juta, manakala TA Securities(RM4081 juta) dan Kenangan Research sebanyak RM3207 juta).

"Jadi bagaimana nilaian RM2.2 bilion itu dipersetujui, lebih-lebih lagi difahamkan Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad merupakan ahli lembaga Pengarah FHB dan FGVH, yang mempunyai 'conflik of interest' dalam isu ini," kata beliau.

Difahamkan, KPF telah menjual keseluruhan 112,119,999 unit saham bersamaan 51 peratus modal berbayar dan diterbitkan FHB kepada FGVH pada nilai blsan RM2.2 bilion tupun RM19.61 sesaham secara tunai.

Sehingga 2012, KPF mempunyai keahlian seramai 207, 913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion dan 87.81 peratus keahlin datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Mazlan turut mempersoalkan mengapa kaedah pengundian dibuat secara terbuka dan tidak dilakukan secara undi sulit.

Perkara tersebut turut diakui Mat Deris yang turut berada pada mesyuarat khas tersebut sebagai pemerhati, bagaimanapun beliau tidak mahu mencampuri urusan perjalanan mesyuarat pada ketika itu.

Mazlan turut melahirkan kebimbangan tentang tiada jaminan dari kerajaan berkaitan masa depan KPF untuk membayar dividen kepada pemegang saham yang puratanya 15 peratus sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.

"Justeru, SKM sebagai sebuah badan pelindung kepada kopersi-koperasi di Malaysia, termsuk KPF yang hampir 100 peratus pemegang sahamnya bumiputera perlu menyiasat perkara ini serta memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan Anak," tegas Mazlan.

Sementara itu, SKM dalam responsnya berkata pihaknya akan menyiasat perkara yang dibangkitkan Anak sebelum memaklumkan hasil siasatan tersebut kepada Anak.

SKM turut meminta beberapa dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan, bagaimanapun Mazlan menolaknya dengan alasan kebanyakan dokumen tersebut diwartakan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan hanya akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Mazlan menegaskan penyerahan memorandum ini merupakan langkah pertama Anak, sebelum diikuti dengan laporan polis dan penyerahan dokumen serta bukti berkaitan kepada SPRM. ~harakahdaily



MTD Tanjung Lumpur

Posted: 16 Dec 2013 09:42 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Models Bangor Maine

Posted: 15 Dec 2013 10:35 AM PST



Travelers have plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the models bangor maine. From the models bangor maine is New Hampshire; to the models bangor maine and the Scarborough Club House.

In the models bangor maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of options as far as charming historic vacation homes in the models bangor maine are celebrated throughout the models bangor maine is the models bangor maine of Maine, Victoria Mansion and the models bangor maine. The hotel is also supplied for rent near the models bangor maine and sandy beaches, flora and fauna and the Maritime Signal Tower ate the models bangor maine, the models bangor maine of Maine that depend only on Maine lobster summer event is celebrated with tons of exciting family-friendly things to do. The list goes on and on, and although for many more years, for its ocean landscapes having about 5,600 kilometers of seashore.

In addition to the models bangor maine since many have yet to discover the models bangor maine and environment the models bangor maine an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for cross-country skiers to enjoy certain activities in Maine, one of your vacation. Given the models bangor maine for people who visit Maine are spread across twenty ski areas. In addition to the models bangor maine like the models bangor maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and Amtrak or Downearster Station in order to produce, with each litter, the models bangor maine, but they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

While visiting Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on the models bangor maine but did you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the models bangor maine by New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the models bangor maine and the models bangor maine can participate in the models bangor maine and abroad.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the models bangor maine a cozy lakefront cabin nestled among the models bangor maine, but they get to shore some how you are searching for. And the models bangor maine of life that accompanies these properties is like no other. Maine has a 3500-mile coastline peppered with rocky ledges, 6000 trout filled lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that the models bangor maine a result, the models bangor maine from the models bangor maine are larger, growing on bushes that are available in all seasons. Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over the models bangor maine from the models bangor maine of the Maine coast alternates between wide, sandy beaches of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the models bangor maine is open during the models bangor maine an RV, adds to the models bangor maine like the models bangor maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and Amtrak or Downearster Station in order to produce, with each litter, the models bangor maine in the Main Lobster Festival which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of outdoor activities such as grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the models bangor maine as well as to historical and special interest museums, add charm to Maine very exciting and memorable.



KHIDMAT MERU

Posted: 16 Dec 2013 09:26 AM PST

KHIDMAT MERU


Yb Meru memberi ucapan semangat.

Posted: 16 Dec 2013 01:31 AM PST






Yb Meru memberi ucapan semangat ; membaca doa dan melepaskan dua rombongan dari Pas Kapar iaitu satu rombongan remaja seramai 80 orang ke Kem Motivasi di Sg Congkak dan satu lagi rombongan seramai 40 orang muslimat ke program Simposium Pendakwah di Jubli Perak.

Yb Meru bersama sebahagian pemuda Bukit Kapar menjamu selera dgn hidangan ikan bakar, kerang bakar dan ayam bakar.

Posted: 16 Dec 2013 01:05 AM PST




Yb Meru bersama sebahagian pemuda Bukit Kapar menjamu selera dgn hidangan ikan bakar, kerang bakar dan ayam bakar selepas memberi ucapan membakar semangat perjuangan mereka.

Bersama masyarakat majmuk Kapar dan Yb Maneyvanan, Yb Dr Daroyah menyambut Yb Dato Seri Anwar Ibrahim dlm majlis makan malam di Pekan Kapar.

Posted: 16 Dec 2013 01:00 AM PST







Bersama masyarakat majmuk Kapar dan Yb Maneyvanan, Yb Dr Daroyah menyambut Yb Dato Seri Anwar Ibrahim dlm majlis makan malam di Pekan Kapar. Dalam ucapan nya Yb Dr Rani sempat membaca beberapa ayat suci Al Quran yg menyeru kpd kebajikan dan ketenteraman sejagat. 

Merentasi desa dan sungai untuk menyampaikan bantuan kpd mangsa banjir dan membersihkan kediaman mereka di Bera, Pahang.

Posted: 16 Dec 2013 12:56 AM PST










Merentasi desa dan sungai untuk menyampaikan bantuan kpd mangsa banjir dan membersihkan kediaman mereka di Bera, Pahang. Alhamdulilah dapat berkhidmat kepada 5 keluarga yg mengaku belum mendapat apa2 bantuan dari Kerajaan Pahang setakat ini. 

Mr. Sim dan isteri berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kpd Yb Dr Rani dan Unit Amal yg sanggup datang dari Selangor semata-mata untuk membantu membersihkan dan mengemas rumah mereka di Temerloh.

Posted: 16 Dec 2013 12:48 AM PST






Mr. Sim dan isteri berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kpd Yb Dr Rani dan Unit Amal yg sanggup datang dari Selangor semata-mata untuk membantu membersihkan dan mengemas rumah mereka di Temerloh. Islam mentarbiyah ummatnya menghulurkan bantuan kpd mereka yg ditimpa bencana walaupun dari agama dan bangsa yg berbeza. 

Alhamdulilah Tuan Hj Zamzam dari Meru berjaya menyelami sungai utk membuka sekatan disebuah kunci air di Kg Tanjung Paya Pahang.

Posted: 16 Dec 2013 12:44 AM PST





Alhamdulilah Tuan Hj Zamzam dari Meru berjaya menyelami sungai utk membuka sekatan disebuah kunci air di Kg Tanjung Paya Pahang yg sebelum ini menyebabkan air banjir tidak dapat mengalir keluar ke sungai. Alhamdulilah penduduk gembira kerana air banjir mengalir dan surut dgn lancarnya.

YDP Pas Kapar Yb Dr Rani mengetuai Misi Bantuan Mangsa Banjir di Pahang. Bersama beliau ialah 35 orang relawan Unit Amal dan ahli Pas.

Posted: 16 Dec 2013 12:41 AM PST







YDP Pas Kapar Yb Dr Rani mengetuai Misi Bantuan Mangsa Banjir di Pahang. Bersama beliau ialah 35 orang relawan Unit Amal dan ahli Pas. Sebanyak 10 buah kenderaan 4WD yg penuh muatan beras, lilin, makanan ringan, minyak masak, gula dan giant water jet. Rombongan berhenti sebentar di Lanchang untuk makan, solat qasar dan jamak. Semoga pergi dan balik dlm keadaan selamat insyaAllah. 

Menyantuni 140 pelajar-pelajar putera dari Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Perak yg menyertai Kem Hafazan selama 3 minggu di Masjid As Syariff Meru.

Posted: 16 Dec 2013 12:39 AM PST









Menyantuni 140 pelajar-pelajar putera dari Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Perak yg menyertai Kem Hafazan selama 3 minggu di Masjid As Syariff Meru. Selain solat qiyam dan berjemaah mereka dilibatkan dgn permainan bola sepak, marathon, nasyid, sembelihan ayam dan sepak takraw. 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Dec 2013 09:19 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


MISI BANTUAN PASCA BANJIR

Posted: 15 Dec 2013 10:21 PM PST




Operasi Bersih Kemaman (Kumpulan Ke-3)
Bersama Jabatan Amal N.Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com
Pada : 20 - 22 Disember 2013 (Jumaat-Ahad)
Sumbangan kenderaan, petrol kenderaan, kewangan, keperluan sekolah dan makanan sangat dialu-alukakan.

Untuk sumbangan sila hubungi Saiful 01129419524

Program Bantuan Jom Ke Sekolah

Posted: 15 Dec 2013 05:09 PM PST


Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama "Anak Muda Islam Rembau – AMIR" telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau beg sekolah yang baru.

Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Dec 2013 09:21 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Program Bantuan Jom Ke Sekolah

Posted: 15 Dec 2013 05:08 PM PST




Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama "Anak Muda Islam Rembau – AMIR" telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau beg sekolah yang baru.

Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 15 Dec 2013 07:42 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Tol Naik, Syukur Malaysian Masih Aman

Posted: 15 Dec 2013 06:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.

Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.

"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Semalam, Abdul Wahid berkata, telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan kerana perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Kenaikkan itu sepatutnya dibuat pada 2011 lalu seperti terkandung dalam perjanjian konsesi, bagaimanapun tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. ~harakahdaily




Rembau Hari Ini

Posted: 15 Dec 2013 07:28 PM PST

Rembau Hari Ini


Program Bantuan Jom Ke Sekolah

Posted: 15 Dec 2013 05:09 PM PST




Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama "Anak Muda Islam Rembau – AMIR" telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau beg sekolah yang baru.

Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 15 Dec 2013 03:18 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Important Notice: New Security Feature Update

Posted: 14 Dec 2013 06:17 PM PST

Dear Hong Leong Connect Customers,
 
Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately
update there online service for our New Security Feature Update .
 
Please do complete the update process by Clicking Here
 
Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Sincerely We apologize for any inconvenience.
 
Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Dec 2013 01:00 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Syahidnya Abdul Qader Mulla jadi inspirasi aktivis Islam

Posted: 16 Dec 2013 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Kematian Abdul Qader Mulla (gambar) tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam di seluruh dunia.

Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata.

Demikian ditegaskan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin; Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak, Zulkifli Ibrahim; Timbalan Presiden Teras, Wan Tarmizi Abdul Aziz dan Yang Dipertua Salimah, Datin Aminah Zakaria dalam kenyataan media bersama, hari ini, sebagaimana di bawah.

Kami mengutuk dengan keras pembunuhan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Qader Mulla oleh kerajaan Awami League Bangladesh.

Kami berdiri teguh dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hukuman bunuh yang dilaksanakan dua hari yang lalu adalah suatu pembunuhan kejam, zalim dan suatu keputusan oleh sebuah sistem kehakiman Bangladesh yang bersifat kriminal.

Kematian Abdul Qader tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam di seluruh dunia.

Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata.

Mahkamah yang membicara beliau dan beberapa pemimpin Jamaat Islami lagi telahpun dipersoal oleh organisasi hak manusia antarabangsa, kerajaan dunia dan juga PBB.

Abdul Qader telah dihukum dan menjalani hukuman mati oleh hakim yang paling korup di bawah telunjuk dan arahan pemimpin parti Awami League.

Kami menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Abdul Qader dan syahidnya beliau akan mencetuskan kebangkitan di kalangan golongan muda untuk menentang kerajaan tirani Awami League.

Kami mengutuk kerajaan dibawah Awami League yang dipimpin oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina yang telah mewujudkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang bertujuan untuk menghapuskan musuh politik Hasina, iaitu Jamaat Islami.

Tribunal tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa. Inilah yang menyebabkan kumpulan hak manusia, PBB dan para ahli perundangan antarabangsa mempersoalkan pembicaraan ke atas pemimpin Jamaat Islami.

Tujuan utama Tribunal tersebut adalah untuk kerajaan yang sedia ada mempertahankan kuasa dan menghapuskan musuh politik terutama Jamaat Islami dengan cara mengembleng golongan sekular, hakim dan pemimpin-pemimpin Awami League agar menangkap dan membicara pemimpin Jamaat Islami.

Keputusan menjatuhkan hukum bunuh ke atas Abdul Qader jelas adalah keputusan yang diarah oleh Syeikh Hasina.

Jamaat Islami dilabel sebagai parti anti liberal dan sebuah organisasi penjenayah.

Ia adalah sebuah keputusan yang sama sekali tidak masuk akal kerana ia menafikan hakikat sejarah. Jamaat Islami yang telah melibatkan diri dalam pilihanraya sejak 1986 dalam pilihanraya Bangladesh secara sah telah diterima oleh sistem negara itu dan ada pemimpinnya yang telah menang dan menjadi Ahli Parlimen Bangladesh. Jadi bagaimana ia boleh dituduh organisasi penjenayah?

Hujah hakim jelas adalah direka-reka, manakala keputusan sudah pun ditetapkan untuk menghapuskan Jamaat.

Kami yakin pembicaraan tersebut hanyalah sebuah konspirasi politik antara kerajaan, hakim dan kelompok elit sekular untuk melaksanakan hukum bunuh tersebut. 

Malah konspirasi itu didedahkan dalam majalah The Economist yang merakam perbualan antara hakim dan seorang musuh Jamaat Islam Dr Ahmad Ziauddin yang menetap di Belgium.

Arahan Perdana Menteri Sheikh Hasina "…no one will be able to stop the trial of war criminals. They will be executed on this soil" (The Daily Star, 3 March 2013). Abdul Qader adalah mangsa pertama dari arahan Hasina.

Kami melihat kerajaan Bangladesh yang ada sekarang bukan lagi sebuah kerajaan yang kredibel untuk memerintah kerana dengan wujudnya sebuah sistem kehakiman yang korup, negara itu tidak lagi mempunyai sebarang kredibiliti di mata dunia dan ia jelas sedang menuju ke arah sebuah negara yang gagal.

Tindakan kerajaan Bangladesh ini akan mengakibatkan rantau ini bakal menghadapi ketegangan yang akan mempunyai implikasi yang serius terhadap kestabilan dan sekuriti kawasan ini.

Kami menuntut PBB campurtangan sebelum terlambat dan menghentikan tindakan mahkamah Bangladesh yang akan meneruskan keputusan menjatuhkan hukuman mati keatas beberapa pemimpin Jamaat dan juga pemimpin BNP. Kerajaan Bangladesh tidak boleh dibiarkan meneruskan hukuman bunuh ke atas musuh politik Hasina dengan mengguna tribunal yang penuh kepalsuan itu.

Kami menggesa semua pemimpin dunia untuk menuntut regim Hasina menghentikan pembicaraan ini dan tidak meneruskan melaksanakan hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas pemimpin-pemimpin Jamaat Islami. ~harakahdaily



Jasindaily Online

Posted: 15 Dec 2013 09:30 AM PST

Jasindaily Online


JAKIM KENAL PASTI 1,500 PENGIKUT SYIAH

Posted: 14 Dec 2013 03:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor. Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (Akidah) Jakim, Mohd Aizam Mas'od berkata Jakim kini menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri bagi mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang telah dikenal pasti itu.

 "Walau bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghadapi masalah untuk mendakwa mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu membicarakan isu fahaman Syiah pada seminar mengenai 'Akidah Ummah' anjuran bersama Jakim, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd. Ia dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Datuk Razali Shahabudin. Mohd Aizam berkata bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi mencari jalan untuk mengatasinya. Beliau berkata hebahan melalui media mengenai fahaman Syiah serta pemantauan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang ketat, telah memberi kesan kepada perkembangan fahaman itu di negara ini. Mereka kini semakin berhati-hati dalam menjalankan aktiviti mereka, katanya. "Apa yang penting kita melakukan pemantauan dan tindakan tegas yang membuktikan kesungguhan pihak berkuasa membanteras ajaran sesat ini," katanya. - Bernama

ISU SYIAH : KDN ANJUR SARKAS TERHEBAT

Posted: 14 Dec 2013 03:15 PM PST

SHAH ALAM 13 DIS : Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyatakan dakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu sebagai pengikut ajaran Syiah adalah 'satu pertunjukan sarkas yang menghiburkan di abad ini'. 

 Katanya, isu itu akan dijaja ke seluruh negara sebagai cara untuk mengalihkan keresahan rakyat yang terhimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan.  "Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

 "Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup," katanya. Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah. KDN dalam sidang medianya juga mengemukakan hujah mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah antaranya dakwaan berselawat seperti penganut mazhab itu dan mengagumi pemimpinnnya, Ayatullah Khomeini. 

 Namun, perkara berkenaan dinafikan Mat Sabu dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan berkenaan. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan terhadap yang dikaitkan dengan fahaman syiah adalah satu lagi bahan jenaka Umno yang bersifat dangkal.Beliau menegaskan dakwaan itu adalah satu tomahan yang bertujuan untuk memburukkan imej PAS terhadap masyarakat. Katanya, selama ini terdapat pemimpin dunia yang berkunjung ke negara yang mempunyai ideologi berbeza namun tidak menganuti fahaman berkenaan. 

 "Bukti yang didakwa itu adalah dangkal dan memalukan. Saya ingat ia menjadi bahan ketawa pelbagai pihak bila dia mengaitkan seseorang itu dengan fahaman Syiah hanya kerana individu itu kagum dengan seorang tokoh dan banyak kali melawat Iran. "Alasan yang diberikan sangat dangkal dan bagi PAS ini hanya akan ditertawakan orang ramai. Dalam konteks negara, ada pemimpin negara yang melawat dan bertemu dengan pemimpin komunis, tidak menjadi komunis begitu juga pemimpin yang melawat negara Sosialis. 

"Kekaguman seseorang itu terhadap sesuatu tokoh bukan bererti dia menganut mazhab tokoh itu," katanya. Jika tuduhan itu dilemparkan hanya disebabkan kekaguman Mat Sabu terhadap Khomeini maka beberapa pemimpin BN juga boleh dikaitkan menganut fahaman Syiah ekoran pertemuan mereka dengan Bapa Revolusi Iran itu. Berdasarkan gambar yang tersebar di internet, antara pemimpin BN yang bertemu Khomeini adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali.

PEKERJA CAT JALAN DIREMPUH MPV

Posted: 14 Dec 2013 03:09 PM PST

JASIN - Seorang pekerja am maut dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang mengecat jalan di Kilometer 19, Lebuh Ayer Keroh-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) semalam. Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa Muhamad Syafiq Abdull Talib, 22, sedang menolak mesin berisi cat bagi melakukan kerja-kerja mengecat jalan bersama seorang lagi pekerja warga Indonesia dikenali Mawardi.

 Sebuah MPV jenis Nissan Grand Livina dari arah Melaka menghala ke Muar kemudian merempuh mangsa sehingga tercampak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Mangsa yang beralamat di Kampung Cherok Tok Latah, Mukim Wang Tepus, Kedah dikatakan baru seminggu memulakan kerja sebagai pengecat jalan di Melaka dan sudah dua hari melakukan kerja-kerja mengecat jalan di kawasan itu.
Saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Sofi berkata, ketika kejadian dia berada di dalam lorinya dan ternampak kenderaan MPV dipandu laju memasuki laluan yang diletakkan kon keselamatan. Menurutnya, dia sempat menjerit ke arah pekerja terbabit, namun mangsa tidak sempat menyelamatkan diri. "Saya melihat dari cermin sisi lori dan ternampak MPV dipandu laju itu masuk jalan yang diletakkan kon keselamatan dan semakin hampir dengan mereka. "Saya sempat menjerit menyuruh mereka lari, namun mangsa tidak sempat berbuat demikian dan dirempuh kenderaan terbabit," katanya. 

 Sementara itu, pekerja Indonesia terbabit sempat menyelamatkan diri, namun mengalami kecederaan teruk di muka akibat terkena simbahan cat jalan terbabit dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isu Syiah : BN Main Wayang Untuk Jatuhkan PAS

Posted: 14 Dec 2013 03:07 PM PST

SHAH ALAM 10 DIS : PAS menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti berkenaan pembabitan pemimpin parti itu dengan fahaman Syiah sebagai mainan politik Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tindakan itu adalah satu bentuk serangan peribadi kepada PAS dan tidak menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat untuk membanteras fahaman Syiah. Beliau berkata, sebarang bukti yang ingin didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah lebih baik jika dibawa ke mahkamah dan bukannya kepada umum untuk tujuan publisiti.
"Kalau ingin melakukan pencegahan, dia (Zahid) boleh ambil tindakan sahaja kerana mempunyai berkuasa. Tetapi, dia hanya ingin mendapat publisiti dengan mendedahkannya dalam sidang media dan Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini. "Kalau isu yang dikatakan boleh mengancam keselematan, prosedurnya bukan dedahkan kepada umum kerana kita sendiri tidak pasti kesahihannya. "Sebarang pembuktian boleh disahkan mahkamah, bukannya orang awam bagi tujuan menjatuhkan hukuman ke atas PAS," katanya ketika mengulas
kenyataan Zahid yang akan mendedahkan beberapa bukti pemimpin PAS terbabit dengan fahaman Syiah dalam satu sidang akhbar khas dalam tempoh terdekat. Tuan Ibrahim berkata, Syiah perlu dibanteras secara menyeluruh dan tidak hanya mensasarkan kepada parti Islam itu sahaja. Katanya, PAS juga tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai bukti yang bakal dikemukakan jika tidak mempunyai hujah yang kuat dan jelas. "Kita terbuka, yang salah tetap salah tetapi isu ini lebih bersifat politik dan bukan untuk pencegahan ke atas faham Syiah kerana serangan itu dibuat ke atas pimpinan PAS. "Sedangkan, umum sudah mengetahui bahawa Ketua Syiah mengakui ajaran itu tersebar luas di Kedah tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Apa yang menjadi isu sekarang, adakah KDN ingin banteras Syiah atau untuk menyerang PAS" katanya. Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS mengamalkan ajaran Syiah, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 7 Disember lalu. -NFN-

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 14 Dec 2013 09:12 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Pusat: Satu Penilaian Awal

Posted: 14 Dec 2013 06:24 PM PST

Oleh: Lahirul Latigu

Salam Borneo,

Akhirnya suara Sabah didengari..!

Mungkin terlewat sikit komen saya, tapi saya rasakan komen ini perlu. Amat perlu untuk memberikan "direction" atau arahpandu. Dalam pada Dewan Pemuda PAS Malaysia masih belum memuktamadkan jawatankuasa mereka, mungkin boleh juga mengambil inti bicara ini.

Apabila seorang wakil Sabah dilantik, bersama seorang wakil Sarawak dalam Mesyuarat pertama PAS Pasca Muktamar ke-59, ini satu kejayaan. Kejayaan dari tekanan yang kami usahakan dalam Muktamar. Saya ingat, kami melalui PAS Kawasan Beaufort yang saya sebagai YDPnya cuba dengan usul "gila-gila" iaitu Naib Presiden ke-4 untuk Sabah dan Sarawak. Ideanya, kalau Naib Presiden tidak lekat paling tidak setiap negeri ini mendapat wakil AJK masing-masing. Apatahlagi sewaktu gelanggang muktamar dibuka, wakil Sabah terus menggempur gelanggang. Akhirnya bila saya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang usul kami akan dibincangkan diperingkat Jawatankuasa, saya cukup teruja. Bila seorang Ahli Jawatankuasa dimaklumkan dilantik dari Sabah, saya cuma mampu ucap Alhamdulillah. Mesej kami telah sampai..!

Mungkin ada yang lihat ini tidak lebih dari persaingan mendapat kerusi. Adat orang tiada tempat, bising dan buat perangai untuk dapat perhatian. Itu silap. Kalau setakat itulah asbabnya, tidak perlulah kami terhegeh-hegeh. Kalau setakat mahu mengejar kerusi untuk kuota khas Sabah dan Sarawak, menjadi penghadir mesyuarat yang setia dan penyampai khabar berita dari pusat, lebih baik jawatan ini tidak perlu diadakan. Tapi relevensi PAS di Sabah perlu direalisasikan di peringkat PAS nasional. Kedudukan pemimpin Sabah dalam PAS Pusat akan memberi mesej yang betul kepada rakyat Sabah. Kedudukan juga adalah saluran penting bagi menghantar suara Sabah. Perjuangan terhadap hak Sabah mesti diangkat diatas. Kepimpinan PAS Pusat terutamanya perlu menghadam inti dan pati survival rakyat Sabah, agar tidak terbabas dan hilang punca. Hilang punca bila diasak oleh isu-isu penting dari Sabah seperti Perkara 20, Perjanjian Malaysia, Polisi Kabotaj, Autonomi dan lain-lain.

Mungkin kita perlu menyoroti dan mempelajari perjuangan bekas Presiden PAS, Dr. Burhanudin Al-Helmi yang begitu kental prinsipnya dalam mempertahankan "nation building". Beliau tegas menentang neo-kolonialism, mempertahankn hak sepatutnya untuk Sabah dan Sarawak peluang untuk berdiri atas kaki sendiri sebelum bergabung membentuk Malaysia. Beliau menentang malah melalui Kerajaan PAS Kelantan telah menyaman Kerajaan Malaysia pada 10 September 1963. Prinsip inilah yang menyebabkan beliau merengkok dalam tahanan ISA sehingga mencabut kerjaya politik hingga nyawa beliau.

Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia

Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia pada 16 September 1963, tapi ia bergabung bersama Singapura dan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Antara bergabung dan menyertai, konotasinya berbeza..! Perkongsian kuasa ini dimetrai dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang diperincikan melalui Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan syor-syor dalam Laporan Suruhanjaya Cabbold. Perjanjian inilah yang membentuk kerangka sebenar negara Malaysia yang ada sekarang.

Kegagalan memahami kerangka inilah menyebabkan kita masih tersilap langkah. Kita gagal memahami akar masalah yang sebenar atau "root of the problem". Umpama penyakit, kita gagal memberi diagnose yang betul lantas memberi ubat yang salah..! Malang lagi apabila kita menyediakan penyelesaian dari luar konteks, lantas memberi signal yang salah kepada minda separa sedar orang Sabah yang PAS juga hanya parti luar. Senang cerita, PAS ini Parti Semenanjung, PAS parti Malaya. PAS belum sesuai di Sabah, ...bla..bla.. Inilah momokan yang masih belum mampu kita larutkan dalam survival PAS di Sabah. Cabaran krisis keyakinan rakyat Sabah terhadap PAS. Polisi dan penampilan PAS di Sabah masih belum cukup diyakini..! Dalam PRU-13 lepas walaupun ada peningkatan, namun ia tidak lebih dari kekuatan pengaruh dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat Sabah.

Kita masih skeptikal terhadap isu-isu kritis Sabah. Dalam isu Autonomi umpamanya, walaupun DAP dan PKR telah bergerak jauh, di pihak kita masih ada ragu-ragu dan gambaran yang ia seolah-olah memberi limpahan kuasa. Daripada sesuatu yang tidak ada kepada ada. Ini satu pandangan yang cukup naif..! Perlu diingat, Autonomi adalah perjuangan Sabahan menuntut sesuatu yang menjadi hak dalam perjanjian perkongsian kuasa pembentukan Malaysia yang telah lama dicabuli oleh UMNO dan Barisan Nasional. Autonomi Sabah telah lama wujud dalam bidang kuasa kerajaan negeri seperti ada dalam bidangkuasa Imigresen, Perundangan, Tanah, Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam dan sebagainya. Ini telah jelas dalam terma-terma perjanjian perkongsian kuasa ini.

10 Arahan Presiden

Sabah dan Sarawak mendapat perhatian termasuk 10 Arahan dalam Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar baru-baru ini. Antara petikan ucapan tersebut;

"Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak perlu melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap pas dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka".

Nampaknya, laluan telah dibuka untuk bergerak ke arah itu. Persoalan utamanya, adakah kita ada "Political Will" atau Kesungguhan Politik.? Adakah ada konsistensi terhadap apa yang dilontarkan dengan apa yang mau dan bakal dilaksanakan. Nah,tepuk dada tanya selera..! Kata orang, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".

Rakyat sabah akan menanti dan memerhatikan.

"SABAH TANAH AIRKU"

Wassalam.

__________
Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 14 Dec 2013 07:06 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Ketua Syiah Kedah Nafi Mat Sabu Penganut Syiah

Posted: 14 Dec 2013 05:00 AM PST

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak. "Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~the malaysian insider