Sabtu, 5 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Oct 2013 07:34 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Sistem Pendaftaran Pesakit di Malaysia Masih Ketinggalan Zaman!

Posted: 03 Oct 2013 10:36 PM PDT

Sistem Pendaftaran Pesakit di Malaysia Perlu Canggih Dan Efisen

Gambar Hiasan Pusat  Kesihatan Brunei

Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan satu konsep sistem baru Bru-HIMS (Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan) Satu Pesakit Satu Rekod di mana data perubatan pesakit direkodkan daripada semua hospital, perkhidmatan pesakit luar, pusat-pusat rawatan dan klinik kerajaan dikumpulkan ke dalam satu Rekod Elektronik pesakit. Setiap orang di negara ini akan mempunyai Rekod Elektronik pesakit yang mengandungi sejarah-sejarah perubatan yang komprehensif mereka termasuk maklumat mengenai ubat-ubatan yang diberikan dan pemeriksaan yang dilakukan.

Projek Bru-HIMS ialah projek ICT Kementerian Kesihatan di mana semua pengurusan data pesakit dikendalikan secara elektronik melalui penggunaan Rekod Elektronik Pesakit. Projek ini bukan sahaja akan menggantikan sistem-sistem berkomputer yang telah lalu tetapi juga ditambah lagi dengan sistem-sistem lain yang menjadikan Sistem Bru-HIMS sebagai sistem yang mengintigrasikan pengurusan maklumat-maklumat pesakit di perkhidmatan-perkhidmatan perubatan dan kesihatan.

Kalau dibandingkan dengan Brunei Darussalam nampaknya Malaysia agak ketinggalan dalam pengurusan data-data pesakit dan juga sistem pendaftaran di hospital-hospital kerajaan. Hampir semua hospital di Malaysia masih lagi mengguna cara lama dalam pengambilan data-data serta maklumat pesakit. Bukan saja  lambat dan kurang efisen tapi menyebabkan penyakit pesakit sukar dikesan pada peringkat awal.  Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap akan memudahkan pihak hospital mengesan dan mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Bukan itu saja bahkan orang awam tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan setelah segala maklumat mereka ada dalam sistem di talian.

Dengan adanya data dan maklumat yang lengkap tentang setiap pesakit, ini akan memudahkan pihak Kementerian Kesihatan mengesan serta memberi rawatan intensif kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan berdasarkan rekod yang diperolehi dari maklumat setiap pesakit.  Dengan adanya sistem data dalam talian, ini  akan memudahkan urusan pendaftaran serta pesakit akan mudah dirawat semasa berlaku kecemasan. Ini adalah salah satu cara terbaik dan lebih efisen bagi pihak kementerian kesihatan mengambil insentif dalam urusan pendaftaran orang awam yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan atau swasta.

Kita mengesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan perlu menaik taraf cara pendaftaran pesakit dengan melaksanakan Sistem Maklumat Kesihatan dan Sistem Pengurusan yang berkonsepkan Satu Pesakit Satu Rekod seperti yang digunakan oleh kerajaan Brunei Darussalam.

Kita harap pihak Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula sistem pentadbiran dan dapat melaksanakan program yang bersistematik ini ke seluruh negara untuk memudahkan tugas kakitangan hospital dan orang awam dapat berurusan dengan cepat tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Patient Registration System in Malaysia needs to be Sophisticated and Efficient

Brunei Darussalam has introduced a new system concept Bru-HIMS (Healthcare Information and Management Systems) One Patient One Record in which the patient's medical data recorded from all hospitals, outpatient services, treatment centers and government clinics are grouped into a single Electronic Patient Record. Every person in this country will have a Patient Electronic Records containing of their comprehensive medical history including information about medications given and screening done.

Bru-HIMS project is the Ministry of Health ICT projects in which all patient data management handled electronically through the use of Electronic Patient Record. This project will not only replace the computer systems of the past but also added with other systems that make system- Bru-HIMS as the integration of systems management in the patient information and medical services health.

Compared with Brunei Darussalam, Malaysia seems to lag behind in the patient data management and registration system in government hospitals. Almost all hospitals in Malaysia are still using the old way of taking data and patient information. Not only slow and less efficient but cause patient's illness is difficult to detect at an early stage. With the availability of complete data and information that will enable the hospital to detect and identify illnesses faced by the patients. Not only that but also people need not to queue to get treatment after all their information in the online system.

With the availability of complete data and information about each patient, this will enable the Ministry of Health to detect and provide intensive treatment to patients that require emergency treatment based on records obtained from each patient's information. With the availability of online data system, this will facilitate patient registration and easily treated during emergency. This is one of the best and more efficient way for the ministry of health to take the incentives in the public registration who need treatment in government hospitals or private.

We urge the Malaysian government through the Ministry of Health need to upgrade the way of patient enrollment by implementing Health Information Systems and Management Systems concept of One Patient One Record as used by the government of Brunei Darussalam.

We hope the Ministry of Health can review the administrative system and to implement a systematic program to the rest of the country to facilitate the work of the hospital staff and the public can deal quickly without having to wait too long to seek treatment.

Jasindaily Online

Posted: 04 Oct 2013 09:36 AM PDT

Jasindaily Online


Menara Taning Sari Terhenti 45 Minit

Posted: 04 Oct 2013 05:31 AM PDT


2 Okt. - Seramai 15 penumpang yang menaiki Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini berdepan detik cemas apabila menara berputar setinggi 110 meter itu terhenti hampir 45 minit akibat berlaku kerosakan malam tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 malam itu, ketika pengunjung termasuk empat kanak-kanak sedang menikmati pemandangan bandar raya Melaka sewaktu menara berputar itu mula turun.

Walau bagaimanapun, pada ketinggian 60 meter secara tiba-tiba menara berputar itu terhenti menyebabkan kesemua pengunjung terperangkap selama 45 minit.
baca lagi

APA PENILAIAN ANDA BERKAITAN LAPORAN INI ??

Posted: 03 Oct 2013 08:54 PM PDT


Tindakan 'Gentleman' ADUN PAS ... Terbaik ..

Posted: 03 Oct 2013 08:47 PM PDT

Lima anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang DAP hari ini bertindak keluar daripada persidangan DUN Melaka ke-13 kerana membantah keputusan Speaker DUN Datuk Othman Muhamad mengarahkan Lai Keun Ban (DAP-Kota Laksamana) keluar dewan. 
 
Bagaimanapun tindakan mereka tidak disertai seorang lagi ADUN pembangkang Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru), kerana enggan berganjak dari tempat duduknya dan kekal di dalam dewan meneruskan sesi soal jawab pada persidangan itu. Tindakan Dr Md Khalid mendapat pujian Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron (BN-Sungai Udang) yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'gentleman' kerana kekal berada di dalam dewan untuk meneruskan persidangan dan berbincang masalah rakyat di dalam dewan itu secara berdepan.
 
baca lagi

KHIDMAT MERU

Posted: 04 Oct 2013 09:11 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB Dr. Abd Rani Osman menziarahi kubur Allahyarham Ust Ghazali Hj Sirat

Posted: 04 Oct 2013 02:17 AM PDT






Tanah perkuburan Sg Sireh Selat Klang(selepas solat jumaat)

YB Dr. Abd Rani Osman memberi tazkirah,khutbah dan mengimamkan solat jumaat hari ini

Posted: 04 Oct 2013 02:01 AM PDT



Masjid Jmiul Hasaniah Sg Pinang

YB Dr. Abd Rani Osman bersama Ketua Kampong Meru Hj Thaifor Hj Noor

Posted: 04 Oct 2013 01:51 AM PDT


Menerima kunjungan dan sesi interview tentang kemajuan kampung dari pelajar Unisel di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Posted: 05 Oct 2013 01:22 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013

Posted: 04 Oct 2013 02:29 AM PDT

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan
Perwakilan Puteri UMNO Cawangan


Assalamualaikum w.b.t

Y. Bhg. Saudari,
NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013


Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 12hb Oktober 2013 Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Hotel Flamingo Ampang

Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.


Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.

'Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu'

Yang Benar,

(ZALENA JAAPAR)
Pen Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa


s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah
3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa
4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha