Selasa, 5 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


RAKYAT MARHAEN

Posted: 05 Feb 2013 09:08 PM PST

RAKYAT MARHAEN


PRU13 : Utamakan masa depan 28 juta rakyat Malaysia daripada fikir nasib Najib atau BN

Posted: 05 Feb 2013 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Datuk Seri Najib Razak dianggap Perdana Menteri yang tidak mampu membuat keputusan sebab itu sehingga kini beliau masih teragak-agak dan gagal menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, selama mentadbir negara, Najib sudah mencipta dua rekod buruk dan adakah dia akan mencipta dua lagi rekod buruk menjelang PRU-13 nanti.
Katanya, Najib menjadi Perdana Menteri paling lama memerintah tanpa mandat rakyat iaitu hampir tiga tahun 10 bulan iaitu lebih lama daripada Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hussein Onn dan bapa beliau sendiri, Tun Abdul Razak.
"Najib juga mencipta rekod buruk kedua iaitu Parlimen di bawahnya berjalan untuk satu penggal yang paling lama selepas "tsunami politik" pada PRU 8 Mac 2008 dan kini tinggal satu bulan tiga hari daripada ulang tahun ke-5 PRU-12 itu.

"Secara umumnya ramai berpendapat bahawa Parlimen mesti dibubarkan lima tahun selepas PRU sebelumnya, iaitu "308" pada 2008 untuk penggal ke-12 Parlimen. Menurut Perlembagaan, lima tahun penggal Parlimen mula dikira dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu 28 April, 2008 dan bukannya daripada tarikh PRU pada 8 Mac 2008. Ini bermakna jangka hayat lima tahun  Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada 27 April 2013, ketika Parlimen akan terbubar dengan sendiri dengan pilihan raya umum bakal diadakan 60 hari tanpa memerlukan Perdana Menteri menghadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen," katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 65 Hari ke PRU-13, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Mari kita MenTalqinkan UMNO dan BN

Posted: 05 Feb 2013 07:32 PM PST

Kita biarkan Muhyidin melalak sana sini. Dia kata menawan kembali Pulau Pinang bukanlah perkara yang mustahil. Hendak menyedap hati sendiri dan pendengar, boleh lah. "kita ada pasukan yang boleh mentadbir Pulau Pinang lebih baik". Benar- kamu sudah memerintah Pulau Pinang lama sebelum Guan Eng jadi KM. apa yang dicapai oleh pasukan kamu? Orang Melayu merempat, berniaga tidak teratur, kontrak2 kerajaan disapu semua oleh gerombolan UMNO.
Kita biarkan Najib susun batu bata surau sana dan sini. Sambil itu boleh bercakap mengenai wasathiyah. Kalaulah wasathiyah menjadi panduan dan pedoman hidup UMNO, kita tidak ada skendal pembelian scorpene, tidak ada puspahanas, tidak ada skendel NFC dan puluhan lagi kes samun dan rompak harta benda rakyat. Fakta nya, konsep wasathiyah itu hanya dipakai untuk menjual bangsa Melayu. Bangsa Melayu ini mudah dihamba-abdikan pemikiran mereka sehingga berfikiran kalau UMNO tidak ada dalam hidup mereka, maka dunia orang Melayu akan hancur lebur.
Read More / Baca Lagi >>

ANAK KECIL MAIN API, BUMI DIPIJAK MILIK KRONI

Posted: 05 Feb 2013 07:02 PM PST

Meratapi kehancuran negara yg dilakukan oleh UMNO/BN

Anggota Syura Ulama Juga Perlu Berpuasa

Posted: 05 Feb 2013 06:55 PM PST

Beberapa orang pemimpin PAS tidak faham-faham dan terus bercakap mengenai isu-isu yang tidak sepatutnya mereka sebut dan perpanjangkan kali. Saya tidak tahu apakah mereka mempunyai pandangan dan ada 'fatwa' tersendiri di dalam hal ini maka isu-isu yang tidak relevan dan boleh menyerabutkan kepala ahli itu terus diungkapkan.

Atau pun mereka merasakan perlu berbuat begitu kerana boleh menonjolkan diri mereka didalam akhbar? Iyalah saat hendak pilihan raya mesti iklan diri? Saya hendak merujuk langsung kepada isu bekas timbalan presiden PAS yang digugurkan dari Majlis Syura Ulamak dan isu kalimah Allah. Kenapa masih terus bercakap mengenai 'dia itu'.

Saya rasa setiausaha Majlis Dewan Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh tidak akan dikecam ahli kalau dia tidak bercakap mengenai 'dia tu'. Ahli mungkin akan merasa lega dan tidak serabut perut dengan jawaban demi jawaban dan ulasan demi ulasan beliau kepada media massa. Apakah Nik Zawawi Nik Salleh sudah terikat dengan apa-apa kontrek dengan media massa untuk terus menjawab dan memberi ulasan mengenai dua isu itu?

Saya memerhati cara Nik Zawawi melayan media berhubung dua isu ini, kalimah Allah dan dia tu kurang bijak dan tidak berpengalaman. Satu masa dia katakan isu kalimah Allah sudah ditutup, di masa lain dia buka lagi. Yang terus dibuka ialah isu mengenai 'dia tu'. Saya juga konfius sejauh mana kematangan politik dewan syura ulama. Sepatutnya apabila mereka mengambil keputusan menggurkan orang itu, dewan itu sudah bersedia menghadapi risikonya.
Read More / Baca Lagi >>

PKR: Dasar Pendidikan Negara perlu diubah

Posted: 05 Feb 2013 06:51 PM PST


Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - Dasar Pendidikan Negara perlu diubah secara berperingkat dengan mengurangkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelajar cemerlang perlu diberi peluang belajar di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

Menurutnya, mereka boleh belajar di luar negara di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

"Kita perlu menjadikan IPT tempatan sebagai pilihan pertama kepada pelajar cemerlang.

"Pengurangan penghantaran pelajar ke luar negara dapat menjimatkan wang. Secara tidak langsung, peruntukan tersebut dapat melaksanakan pendidikan dan menyumbang kepada dasar pendidikan percuma di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di forum yang bertajuk Adakah Malaysia Bersedia Untuk Pendidikan Percuma? di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Terdesak : Gangnam untuk tarik pengundi muda hadir program Najib...

Posted: 05 Feb 2013 06:49 PM PST

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) dianggap terdesak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk menarik pengundi muda hingga sanggup menggunakan apa sahaja kaedah, termasuk membawa masuk artis K-Pop yang menjadi kegilaan ramai.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, ini membuktikan pimpinan BN menyedari orang muda tidak lagi percaya kepada mereka.

"Saya anggap ini usaha terakhir BN yang terdesak," katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan billboard Himpunan Kebangkitan Rakyat # KL112 di Bulatan Tok Adam di sini, kelmarin.  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai artis Korea, Psy yang mencetuskan fenomena dengan lagu dan tarian Gangnam Style yang akan dijemput mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang minggu depan.
Difahamkan, Psy meminta bayaran RM2.3 juta untuk persembahan di Malaysia.Sebuah syarikat swasta gergasi mengakui menaja konsert  itu.

Psy, atau nama sebenarnya Park Jae-Sang, merupakan artis paling sensasi dari Korea Selatan dikatakan akan membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang yang dijangka menarik 50,000 penonton.
Read More / Baca Lagi >>

Persembahan Psy: BN khianati artis tempatan

Posted: 05 Feb 2013 06:46 PM PST



 
Di saat kelembapan industri muzik Malaysia sejak lebih sedekad, langkah mengundang penyanyi luar, Park Jae-sang atau dikenali sebagai "Psy" untuk membuat persembahan percuma di Pulau Pinang sempena majlis rumah terbuka Gong Xi Fa Chai dengan bayaran lebih RM1 juta tak lain adalah satu bentuk pengkhianatan kepada industri muzik, penyanyi dan artis tempatan.

Biar apapun alasan atau pihak mana sekalipun yang dikononnya membayar, mengundang artis sepopular Psy untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina kali ini yang akan pula melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tak lain diyakini sebagai usaha memancing sokongan undi khususnya golongan muda menjelang Pilihanraya Umum.

Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis persoal harga jualan saham FGV dalam Tradewinds..?

Posted: 05 Feb 2013 06:44 PM PST

Keputusan Felda Global Ventures (FGV) untuk menjual 20 peratus kepentingannya dalam syarikat tersenarai Tradewinds (M) Sdn Bhd  pada harga RM9.30 sesaham tidak mencerminkan nilai sebenar pegangan, yang menurut penganalisis, sepatutnya  lebih tinggi.

Walaupun Tradewinds tidak dinilai tinggi di pasaran, tetapi urusniaga persendirian aset yang sama kepada mereka yang dipegang oleh Tradewides, yang dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar al-Bukhary, memberi cerita yang berbeza.

Sebagai contoh, penganalisis berkata Tradewinds Plantation - anak syarikat yang 73 peratus milik Tradewinds sahaja memiliki lebih 150,000 hektar tanah.

"Tanah perladangan di Malaysia diurusniaga setinggi RM20,000 sehektar," kata seorang penganalisis yang biasa dengan sektor perladangan.

Tradewinds juga memiliki kepentingan majoriti dalam Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan memegang aset dalam industri gula.
Read More / Baca Lagi >>

SPR Kantoi Lagi : Kajian dapati individu 100 tahun didaftar pengundi baru

Posted: 05 Feb 2013 06:42 PM PST

azlanBagi kira-kira 160 rakyat Malaysia, mereka belum terlalu tua untuk mencuba sesuatu yang baru, termasuk mendaftar sebagai pengundi selepas menyambut ulang tahun mereka ke-90.

Satu kajian yang dilakukan oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati lebih 160 orang yang berumur 90 dan ke atas, termasuk beberapa orang yang berusia 100 tahun, telah mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum lepas.

Dalam siri laporan yang diterbitkan di blognya, Merap berkata terdapat 143 warga emas berusia 90 dan ke atas dan termasuk beberapa orang berusia 100 tahun,  ditambah ke dalam daftar pemilih antara pilihan raya umum 2008 dan suku ketiga 2011.

Menurutnya, Merap mendapati walaupun terdapat usaha
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengeluarkan pemilih yang meninggal dunia, tetapi seolah-olah terdapat satu usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk terus mendaftar mereka yang tidak mungkin masih hidup.

Senarai itu termasuk seorang pengundi wanita berusia 103 tahun yang telah didaftarkan oleh sebuah agensi kerajaan pada tahun 2011.

Bagaimanapun satu semakan bulan lepas mendedahkan nama pengundi ini, Piah Nyat, telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

"Walaupun mungkin pengundi ini telah meninggal dunia sejak pendaftarannya, ia lebih berkemungkinan pengundi ini sudah meninggal dunia pada masa pendaftaran dibuat," kata Merap.
Read More / Baca Lagi >>

Don’t cave in to bullies

Posted: 05 Feb 2013 06:41 PM PST

The citizens of Malaysia have been brought up under what can be labelled as a 'culture of fear to change'.

To the Malay community, Umno leaders are saying that if Pakatan Rakyat wins the 13th general election, DAP will control everything and Christianity will come to the fore because PAS is DAP's lackey and PAS is powerless to stop DAP.
To the Chinese, MCA leaders are saying that if Pakatan wins the 13th general election, hudud will be implemented and the stock market will plunge causing the nation's economy to be badly affected and this is all due to PAS.
An English daily on Feb 2 reported MCA president Dr Chua Soi Lek as saying that PAS, the dominant partner in Pakatan, had little or no interest in the economy.
The unethical manner of giving different messages to different communities is the old "divide and rule" strategy practised by Barisan Nasional since the dawn of time and which has till now proven to be very effective in maintaining BN as the federal power.
But as people become more educated and are able to think, BN feels that its power is under threat.
The advent of the Internet and social media has enabled ideas to be exchanged and has helped create a thinking society. That is the reason why modern technology can be an effective weapon against the archaic methods of BN's strategy as people can compare notes and discuss and therefore BN's duplicity is revealed.
The people's movement for justice and democracy is a story that had been told since civilisation began. Although Malaysia is a young nation, Malaysians must learn fast to reject those who govern badly.
The rogues, however, will try their utmost to hoodwink the rakyat by using scare tactics to coerce the rakyat into submission by creating a zombie society.
Scare tactics
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: We Have Crazy Fools Dictating Our Students Listen Listen Listen

Posted: 05 Feb 2013 06:28 PM PST

Anwar Ibrahim: It's Time We Stand Up & Be Counted, Change This Rotten Racist Corrupt Government

Posted: 05 Feb 2013 06:27 PM PST

黄德: 烧厂只是愤怒比喻!

Posted: 05 Feb 2013 06:26 PM PST

Dun Kelantan : Husam bongkar perbuatan jahat Kesedar terhadap peneroka

Posted: 05 Feb 2013 06:24 PM PST

Syaitan menjerit : "Kami tak nak Mazlan Alimaaaaan!"

Posted: 05 Feb 2013 04:17 PM PST

Najib, Liow cop out on Pornthip, pass buck to IGP: Sugumar's family to stage protest

Posted: 05 Feb 2013 04:15 PM PST

Najib, Liow cop out on Pornthip, pass buck to IGP: Sugumar's family to stage protestIn what appears to be a cop-out by embattled Prime Minister Najib Razak and his Cabinet colleague Liow Tiong Lai, the family of security guard C Sugumar have been told to refer to the Inspector General of Police their appeal to bring in renowned Thai pathologist Dr Pornthip Rojanasunan to conduct a second post-mortem on their dead son.
"The deputy director-general of the health ministry has just replied to on our request for Dr Pornthip. They want us to ask the IGP for permission. It's the passing of the buck game and the family is very upset," Latheefa Koya, one of the lawyers acting for Sugumar's family, told Malaysia Chronicle.
Indeed, Sugumar's mother plans to lead a group of friends and relatives to protest at Liow's office in Putrajaya on Wednesday at 2pm.
According to eye-witnesses, Sugumar was chased down by the police, handcuffed, beaten and smeared with turmeric. However, the post-mortem ordered by the police and conducted by the government's Serdang Hospital had found Sugumar died of a heart attack. This had led his family into suspecting a cover-up and to demand for a second autopsy by a neutral doctor.
Passing the buck while Sugumar waits for last rites
Liow, the Health Minister and also deputy MCA president, has come under fire over several incidents including being accused of trying to cover up for the police when they fired tear gas into the compound the Tung Shin Hospital in Kuala Lumpur during the Bersih 2.0 rally in 2011, and for splurging tens of thousands on the car number plate WWW15.
Now, with the 13th general election due to be called within the next few weeks, few are surprised at Liow's rush to push the 'hot potato' over to the IGP. The same goes for Prime Minister Najib Razak, who had publicly assigned the case to Liow's attention last week in an attempt to defuse public anger at Sugumar's death.
Read More / Baca Lagi >>

WHO 'JOLOK' WHO? 28mil M'sians put on hold due to your indecision - Kit Siang slams Najib

Posted: 05 Feb 2013 04:14 PM PST

Datuk Seri Najib Razak said last Saturday that he knew when to see the Yang di Pertuan Agong to ask for the dissolution of Parliament and there is no need to "jolok" (pester) him on when the 13th general elections will be held.
WHO 'JOLOK' WHO? 28mil M'sians put on hold due to your indecision - Kit Siang slams NajibIt is not the Prime Minister who is being "jolok" about the dissolution of Parliament, but 28 million Malaysians who had been "jolok" by Najib in the past two years to be on "13GE mode" – all because Najib is the most  indecisive, hesitant  and flip-flop Prime Minister in Malaysian history.
Already, Najib has established two dubious political records as Prime Minister.
The question is whether he would establish another two more dubious political records by the time the 13GE is finally held.
Longest PM without mandate of his own
Najib is already the longest Prime Minister without an elected mandate of his own – close to three years and10 months, longer than four Prime Ministers before him, namely Tun Abdullah, Tun Mahathir, Tun Hussein and his father Tun Razak before they sought a mandate of their own after taking over the mantle of premiership.
Najib has also established a second dubious record as PM – with the Parliament during  his term  serving out its longest tenure.  The last general elections of the "political tsunami" fame was held on 8th March 2008, which is one month and three days away from its 5th anniversary.
It is generally thought that Parliament must be dissolved five years after the previous general elections, i.e. "308" of 2008 for the current 12th Parliament.
But this is not the case, as under the Constitution, Parliament's five-year tenure is calculated from the date of its  first meeting, i.e. on April 28, 2008 and not from the previous polling date of March 8, 2008. This means that the five-year life of the  present 12th Parliament will only end on April 27, 2013, when Parliament will stand automatically dissolved with general elections to be held within 60 days without the need for the Prime Minister to meet the Yang di Pertuan Agong to dissolve Parliament.
Will Najib set a third dubious record – with the 12th Parliament exceeding its  five-year natural term beyond March 8, 2013, having to rely on the constitutional definition of Parliament's five-year tenure, which would make this the first time in Parliament history in 55 years!
Last Umno PM of Malaysia?
Read More / Baca Lagi >>

Deepak bertemu Mahfuz hari ini

Posted: 05 Feb 2013 04:11 PM PST


KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan akan bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan permohonan imuniti beliau kepada Pakatan Rakyat.

Pertemuan secara terbuka di depan wartawan ini akan diadakan jam 11 pagi ini di Pejabat Agung PAS.

Jika pertemuan ini berjalan lancar dan persetujuan dicapai, Deepak akan bergerak sepenuhnya untuk mendedahkan segala maklumat yang beliau tahu mengenai pelbagai penyelewengan.

Deepak adalah bekas rakan perniagaan isteri Perdana Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebuah buku bertajuk The Black Rose beredar di dunia internet yang dikatakan ditulis oleh beliau namun ketika dihubungi beliau enggan mengesahkan itu buku tulisannya.
Read More / Baca Lagi >>

Hegemoni dan penyakit kuku besi

Posted: 05 Feb 2013 04:04 PM PST

Oleh Muhammad Nazreen

Konsep "hegemoni" dibangunkan oleh seorang pemikir Marxis Itali bernama Antonio Gramsci dalam bukunya The Prison Notebook yang ditulis semasa beliau berada dalam tahanan rejim fasis Mussolini sekitar tahun 1928. Malah, karya yang dihasilkan beliau ini menjadi rujukan banyak ahli-ahli akademi untuk memahami teori politik abad ke 19.
Hegemoni, yang dibangunkan Gramsci merujuk kepada dominasi halus golongan pemerintah terhadap subjek pemerintahan mereka. Jadi, rakyat yang menjadi subjek pemerintah ini bukan sahaja dikawal secara langsung tetapi sebenarnya berada dimanipulasi secara sedar tanpa pula menyedari bahawa pemikiran mereka dimanipulasi.
Akhirnya, kawalan dan dominasi golongan pemerintah ini menjadi sebahagian daripada budaya kita tanpa kita sedari. Hegemoni ini kawalan yang bersifat menyeluruh meliputi asas sosial, ekonomi dan politik. Rakyat secara tidak sedar bahawa mengiyakan kebenaran pihak pemerintah. Kendatipun, tindakan golongan pemerintah 'status quo' ini bercanggah dengan alamiah manusia sejagat.
Penjajahan budaya
Penjajahan kebudayaan ini adalah hal yang nyata. Malah, penyakit ini merebak di dalam masyarakat kita. Misalnya, Dr. Mahathir Mohamad bersungguh-sungguh memperkenalkan visi dan wawasan 2020 secara paksa menurut autoriti (baca:kuasa). Tanpa sedar, kita gagal bersikap kritikal dengan mengakui kelemahan dasar ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tanjung Agas belum buat, Najib janji Gebeng pula

Posted: 05 Feb 2013 04:01 PM PST


KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana.
Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.

Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.

"Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

Read More / Baca Lagi >>

Rafizi Ramli : Taukeh syabas gaji RM17.5 juta tapi masalah air tak boleh selesai…

Posted: 05 Feb 2013 03:56 PM PST

JOM TOLAK PAKATAN BERTUKAR MENJADI JOM TOLAK UMNO/BN!!!!!

Posted: 05 Feb 2013 03:51 PM PST

LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI....MISI TAWAN SELANGOR SUDAH MENJADI MISI MIMPI!!!!!!

Ceramah anjuran PERKASA dengan kerjasama JATI di Taman Cempaka Sari 3, Jalan Hj Sirat Klang malam tadi dengan pencaramah-penceramah "hebat" dari JATI Ustaz Hassan Basri dan Exco Pemuda UMNO merangkap Ketua Unit Pemidato Pemuda UMNO dan Ahli Pemikir JASA, Lokman Adam atas tajuk JOM TOLAK PAKATAN telah menjadi JOM TOLAK UMNO/BN.

SEMENJAK ISA SAMAD MENJADI PENGERUSI FELDA, SAMSENG-SAMSENG UMNO BERMAHARAJALELA MENGGANAS DI CERAMAH ANJURAN ANAK!!!!!!

Posted: 05 Feb 2013 03:47 PM PST



Ceramah ANAK disekat lagi!

Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur.Ketua Polis Daerah Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yg membuat benteng menghalang Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, Ketua Polis Daerah (OCPD) dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalulintas bukan menghalau samseng jalanan!
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Syura boleh timbang jika Nasha rayu

Posted: 05 Feb 2013 03:44 PM PST


SHAH ALAM - Majlis Syura Pas sedia untuk berbincang dan menimbang semula pelucutan jawatan bekas anggotanya, Nasharudin Mat Isa sekiranya pemimpin itu membuat rayuan berhubung keputusan 13 Januari lalu.
Nik Zawawi Nik Salleh Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas sentiasa terbuka ke arah itu dan Nasharudin boleh berbuat demikian kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.

"Kita sangat-sangat terbuka. Tak ada masalah. Bagi Ustaz Nasha, beliau boleh merayu... tak ada masalah.

"Kalau dia hantar surat, kita akan mesyuarat, kita akan bincanglah macam mana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin enggan mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Pas menimbang semula pelucutan Nasha sebagai anggota Majlis Syura.

Ujarnya, perkara itu sepatutnya dirujuk kepada Majlis Syura memandangkan keputusan itu dibuat oleh majlis berkenaan.

Hadi berkata, Ahli Parlimen Bachok itu masih boleh kekal sebagai ahli Pas berdasarkan penilaian yang dibuat parti itu ke atasnya meskipun beliau digugurkan dari Majlis Syura.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

Posted: 05 Feb 2013 03:41 PM PST


RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.
Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.
Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.
Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar Tiub

Posted: 05 Feb 2013 07:51 PM PST

Tukar Tiub


SEMUA AGAMA MEMBAWA PENCERAHAN - PENGANUTNYA YANG PALAT

Posted: 05 Feb 2013 07:49 PM PST



SEMUA AGAMA 
MEMBAWA PENCERAHAN
semua agama
MENJANJIKAN KESEJAHTERAAN


  PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB
INGAT kata Karl Marx, AGAMA itu adalah candu bagi masyarakat! Tidak kira apa agama baik yang kuno mahupun yang terkini semuanya memang mengajar manusia berbuat baik di atas planet ini tapi agama itupun adalah citaan manusia oleh kerana tiada pengetahuan untuk memahami misterinya kehidupan manusia itu sendiri yang telah wujud sejak 100,000 tahun dulu sedangkan alam sejagat sudah wujud 13.7 bilion tahun.

 Ilmu sains membuka asal usul manusia tapi manusia masih tak yakin dengan sains apabila emosinya terjerat dalam paradigma 'faith'/akidah yang dibawa oleh manusia itu sendiri. 

Pengetahuan sains timbul lewat daripada ajaran agama yang telah berjaya menjerat minda manusia sebagai candu dan amat sulit manusia boleh buang candu itu selagi ada kelompok yang nak menguasai manusia untuk kepentingan kuasanya. 

Maka wujud nonsense syurga, bidadari,seks tak terhingga di syurga, air susu/anggur mengalir di syurga dan bermacam-macam nonsense lain digunakan untuk memujuk manusia ke syurga dan lupakan on SEMUA AGAMA MEMBAWA KEBENARAN - HANYA PENGANUT YANG MEMBAWA KESESATAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/5/13
HARI BERSEJARAH
UNTUK TANAH MELAYU

----

PEKERJA DI KLIA - BERSEDIA - RAMAI ORANG JAHAT AKAN CUBA LARI

Posted: 05 Feb 2013 07:40 PM PST


TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA


Ketirisan wang cukup untuk beri 


pendidikan percuma – Anwar »

Unisel


SHAH ALAM 5 Feb: Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan…

Feb 5 2013 /  / Read More »

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... DUIT YANG SELAMAT DARI KETIRISAN  BUKAN  UNTUK INI SAJE.... kah kah kah..

kah kah kah...DUIT INI ADA LEBIH  UNTUK MEMENJARAKAN MADEY SELAMA 30 TAHUN... kah kah kah..

kah kah kah...ADA LEBIH UNTUK JADIKAN BUKIT GENTING  WILAYAH HOSPITAL... kah kah kah..

kah kah kah..ADA LEBIH UNTUK TANGAP NAJIB DAN DI HANTAR KE PARIS... kah kah kah..

woit...HANYA  DUIT INI TAK CUKUP UNTUK SLIMKAN ROSMAH MANSOR.... kah kah kah

------

BEKAS GEROMBOLAN KINI MENENTANG GEROMBOLAN

Posted: 05 Feb 2013 05:00 PM PST


 TIPU PILIHAN RAYA
KITA TURUN JALAN RAYA

Undi tidak percaya kepada Najib





KUALA LUMPUR: Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini.

Mohd Soberi Shafii (gambar), bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, kegagalan Najib mentadbir negara dan Umno memalukan seluruh ahli Umno.

"Bila Najib ke Kelantan baru-baru ini sekali lagi Najib memalukan Umno apabila membuat janji yang telah dibuat oleh Pak Lah sebelum ini," kata Soberi.

Menurut Soberi, akibat kesilapan  yang dilakukan oleh Najib kini menyebabkan Umno dan BN diambang kekalahan yang memalukan dalam sejarah negara.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JANGAN LAH  UNDI TAK PERCAYA INI BERLAKU... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU ADA UNDI TAK PERCAYA... MAT MONGOL AKAN SELAMAT.... kah kah kah...

woit...LEBIH BAIK MACAM SEKARANG.... kah kah kah...

kah kah kah...MAT MONGOL SEDANG BERNAFAS DALAM LUMPUR...kah kah kah


---------

KULIAH POLITIK : KUASA DAN KUASA

Posted: 05 Feb 2013 04:30 PM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB

ini baru ceramah
sudah di serang

apakah samseng
united malays national organisation
akan berdiam diri 
tak membuat apa apa
membenarkan
pakatan rakyat ambil alih putra jaya?

nak masuk kawasan felda kena serang
hanya nak buat ceramah
bukan nak tangkap isa samad

bayangkan 
nak ambil alih putra jaya  boleh dengan senang?

senang tanpa halangan?



Gangguan samseng: Ceramah dihenti untuk 


keselamatan


KUALA LUMPUR:Mazlan berkata, 

akibat gangguan melampau itu, 

pihak penganjur membuat 

keputusan menghentikan ceramah serta 

merta bagi menjamin keselamatan orang 

ramai yang hadir.


MUKA
PENYERANG

--------

PENIPUAN TERUS BERJALAN - BERSEDIA KE JALAN RAYA

Posted: 05 Feb 2013 07:00 AM PST


BUKAN SAYU ANCAMAN
HANYA SATU JANJI
 KOMENTAR TUKAR TIUB

amat jelas 
penipuan terus dirancang
penipuan terus berjalan
penipuan untuk memastikan
united malays national oprganisation menang

rakyat sokong pakatan rakyat
tapi mustahil pakatan rakyat 
akan dapat ambil alih putrajaya
bukan kerana tak ada sokong

tapi kerana undi tipu

INI KALI KITA LAAAAH
NOTA:
orang ramai sudah faham
hanya menunggu masa 
sesudah pilihan raya
turun ke jalan raya

BERSEDIA KE JALAN RAYA
Merap kesan lebih 100,000 pengundi dengan etnik ganjil
11:11AM Feb 5 2013 
Merap menyatakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".

Satu kajian oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati hampir 12 peratus daripada pengundi di Sabah direkodkan dengan etnik ganjil itu dalam kad pengenalan masing-masing.

Sebahagian daripada kad pengenalan yang dimiliki pengundi ini menjadi pertikaian utama dalam petisyen pilihan raya Likas 1999 di Sabah lebih satu dekad lalu.

Mahkamah berkenaan memutuskan bahawa individu berkenaan mungkin merupakan pengundi hantu yang ditempatkan di kawasan terbabit, namun ia masih kekal dalam daftar pemilih.

Merap dalam tulisan di blognya menyatakan, daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".

Analisis berkenaan mendapati, pengundi seperti itu banyak ditemui di kawasan parlimen Silam, Kimanis, Kalabakan, Libaran, Papar, Tawai, Sipitang, Beaufort dan Putatan dalam daftar pemilih suku pertama 2012 untuk yang membentuk lebih daripada 15 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar.

Walaupun dengan rekod etnik seperti itu, majoriti daripadanya dinyatakan sebagai individu yang dilahirkan di Malaysia, menurut Merap.

Semakan kod negeri dalam kad pengenalan berkenaan seterusnya menunjukkan bahawa lebih 7,000 bangsa Filipina, 5,000 Indonesia dan 2,000 Pakistan dalam senarai itu direkodkan sebagai dilahirkan di Sabah.

"Malah terdapat lima orang (bangsa) Bangladesh dan seorang (bangsa) Burundi dilahirkan di Sabah."


SEMUA BERSEDIA 
KE JALAN RAYA
-------

TANJUNG STYLE MAKIN GHIT

Posted: 05 Feb 2013 06:00 AM PST


BUAR RAMAI
DATANG
DENGAN 
BAJU BAJU INI

TPM: Gesaan LGE pakai baju tertentu 'kerja bodoh'

 
Muhyiddin Yassin menyifatkan gesaan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri, adalah satu perbuatan 'bodoh'.

Katanya Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.
    
Beliau berkata sebagai pemimpin negeri, Lim seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.
    
"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan... mungkin niat dia (Lim) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang hari ini.

HIJAU  TANJUNG STYLE

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TANJUNG STYLE MAIN HOT... kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN LUPA PAKAI BAJU KUNING... kah kah kah..

kah kah akh...JANGAN LUPA PAKAI BAJU MERAH... kah kah kah...

kah kah kah....JANGAN LUPA PAKAI BAJU HIJAU.... kah kah kah

woit..BUAT RAMAI ... TANJUNG STYLE... kah kah kah


DATANG RAMAI RAMAI
BUAT  RAMAI
BUAT TANJUNG STYLE

-----

SELAMAT JALAN KAWAN KU AIMAN - AL -FATIHAH

Posted: 05 Feb 2013 01:22 AM PST



CUTE JAMBU DAN BERGETAH

Mohd Atiff Aiman

malam kelmarin
aku dapat panggilan talipon

'aiman dah mati'
tetiba aiman mati

dulu masa zaman bau bau cafe
budak jambu ni kerja dengan joe kidd
dia banyak peminat
lelaki dan perempuan
semua minat dia

tetiba dia mati

aku gi hospital
tapi mayat dah pindah ke  lagi satu hospital

aiman ini punk rocker
dia ada band
aku pernah beli album solo dia
entah mana aku letak
aku ketawa terbahah bahak
ini lagu klasik
mungkin dia buat lagu ini masa umur dia 13 tahun
entah dah bersunat ke entah belum
tapi dah jadi punk rocker

kemudian dia main band dengan dum dum tak
ini band yang paling aku minat
aku lupa dia ada ke tak ada
masa konsert bersih di stadium kelana jaya
aku sibuk sangat

lepas bau bau cafe tutup 2009
aku tak jumpa dia lagi
geng di annex semua pecah
ada yang jadi penyamun
ada yang jadi pencuri
ada yang jadi perompak
nasib baik tak ada seorang pun dari kami yang jadi ahli politik
kalau ada yang jadi politukus hinalaa bau bau cafe
syukur ...
aiman jadi punk rocker

tetiba aiman mati
awalnya aku diberitahu di kena asma
lepas tu ada cerita barah
tak tahu mana yang betul

malam kelamarin dekat hospital
ramai geng dia datang
semua pakai baju itam
kumpulan dum dum tak juga ada sama

al-fatihah
untuk aiman yang mati muda
kawan dia  semua sedih
kawan dia semua bertafakur
kawan dia semua menitiskan air mati

aiman dah mati

macam  aku tak percaya
kerana dua ari dulu
dia update face book
tetiba dia mati

AL-FATIHAH MON AMI




DENGARI SUARA AIMAN DISINI
https://soundcloud.com/swampyzombiefever
http://swampyzombiefever.blogspot.com/






RIP AIMAN (1989-2013)DUM DUM TAK BAND favourite lu PAK TT:

 One of the DDT's founding member, Aiman who played the drums (since we begin in 2007 until Feb 2010) passed away last night at 9.30 pm. He was hospitalized for six days for having breathing problem and supposed to undergo biopsy today.

 Many friends paid a visit until 1.30 a.m last night at two hospitals in KL city. He's been buried today at Taman Selasih Muslim Cemetary in Gombak this morning. He composed the song 'Merdekakah Kita', as well as many other tunes with bands he fronted; Civil Disorder (before DDT), The FRU, Swampy Zombie Fever and also played drums in M.A.N.

 He's also one of the shitworkers at Ricecooker Shop (DIY music/art shop in KL) for quite some time. He published an issue of Aliens Nations zine with a friend, Hazim. He has also drawn artworks for several gig flyers and covers for his bands' demo CDs. R.I.P, Al-Fatihah Mohd Atiff Aiman. Aiman, seorang cobain-like person. Dia pernah nyatakan hasrat on WILD THINGS NEVER ENDS

------

WILD THINGS NEVER ENDS

Posted: 04 Feb 2013 09:35 PM PST



SELAMAT JALAN MON AMI

DENGARI  LAGU INI
JENERASI  POP  YEAH YEAH
tidak akan lupakan
WILD THING
jenerasi  yang ditarbiah 
oleh john lennon
oleh jagger
oleh kasssim selamat
adalah wild things


Troggs singer Reg Presley dies

The frontman best known for his swaggering vocals on hit single Wild Thing died aged 71 at his home in Hampshire
-----

BUDAK CHINA PAKAI KASUT KULIT BABI

Posted: 04 Feb 2013 08:20 PM PST




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BAGAIMANA DENGAN BUDAK  CHINA INI?... kah kah kah..

kah kah kah...SENGAJA  MEMIJAK GAMBAR PEMIMPIN ISLAM...kah kah kah..

kah kah kah..LAGI PUN KASUT BUDAK INI DARI KULIT BABI...kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA TAKUT AMBIL TINDAKAN...kah kah kah

BILA NAK AMBIL TINDAKAN
Biadab turun gambar PM

tak
Kakitangan MPSP menurunkan kain rentang gambar Najib  di Raja Uda, Butterworth, baru-baru ini.Kakitangan MPSP menurunkan kain rentang gambar Najib di Raja Uda, Butterworth, baru-baru ini.
Georgetown: Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menyifatkan Lim Guan Eng cuba berlagak sebagai diktator, menunjukkan kuasanya yang 'tidak kena tempat'. 

Beliau berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang memandang ringan isu menurunkan kain rentang mempunyai gambar  Najib Razak sebagai tindakan biadab yang langsung tidak menghormati proses demokrasi negara di mana Perdana Menteri adalah dipilih rakyat. 


NOTA:
betul ke baju yang dipakai najib
ialah baju hari kematian
jika ini benar
makan jelas dalam tim najib
dalam kumpulan yang amat rapat dengan najib
ada orang muhyiddin
untuk melakukan sabotaj

NOTA:
ingatkan ibrahim ali
beri duit ang pau dalam
sampul surat puteh
kah kah kah

-----

KALAU HINDU LARANG PERKATAAN BIDADARI MACAM MANA?

Posted: 04 Feb 2013 08:08 PM PST



BUKAN  ANCAMAN
INI JANJI
Add caption

KOMENTAR TUKAR TIUB
banyak konsep agama  yang kita
pakai hari ini berasal dari bahasa sanskrit
ini bahasa indo-aryan yang datang bersama

manusia  melayu mimiliki  konsep agamanya sendiri
kemudian datang agama hindu
kemudian datang agama islam
justeru banyak konsep agama hindu dalam istilah melayu
perkataan AGAMA itu sendiri berasal dari  sanskrit

justeru janganlah kita bangankan orang melayu
jangan kita bodohkan orang melayu
jangan kita takut takut kan orang melayu

memang dah ramai melayu bodoh
memang dah ramai melayu bangang
memang dah ramai melayu takut

bertempur untuk merebut kuasa satu yang baik
bertempur untuk menggulingkan kerajaan haram adalah baik
tapi jangan bodohkan melayu
tapi jangan bangang kan melayu

justeru adalah menjadi jihad 
kita yang memilliki ilmu pengetahuan
para pilologis
para linguistik
para semiotocian
wajib menyatakan tanda dan makna perkataan

adalah tanggung jawab
adalah tugas suci ( suci ini pun dari sanskrit)
untuk para ilmuan membuka minda melayu
untuk sesiapa saja yang jujur 
untuk membawa pencerahan

Haram jika biar bukan Islam persenda takbir      




Kuala Lumpur: Haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah, kata Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad.

Sehubungan itu katanya, umat Islam berkewajipan mengawal pada peringkat awal daripada berlakunya usaha yang boleh memperlekeh dan mempersenda kalimah suci berkenaan.
  
"Sesuatu itu perlu disekat lebih awal lagi, kalau kita penyebab orang mempersenda agama kita, kita berdosa, haram.
  
"Malah, umat Islam dilarang mengutuk sembahan penganut agama lain supaya mereka tidak mengutuk Allah yang kita sembah, jika umat Islam membenarkan Allah dikutuk, kita yang patut dipersalahkan," katanya.

Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menyatakan bukan Islam yang menghadiri majlis dan ceramah parti itu tidak dihalang menyebut Allahuakbar.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991.

"Allahuakbar perlu diucap dengan penuh keimanan, atas kesedaran Allah Maha Agung, sebab itu dalam enakmen dinyatakan Allahuakbar tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam sebagai satu bentuk kawalan supaya tidak disalah erti dan disalah guna," katanya.

Sementara itu, Harussani Zakaria, berkata Allahuakbar hanya boleh dilaungkan oleh orang bukan Islam yang mengakui, memahami dan menerima Islam sebagai agama suci dan benar.

Katanya, mereka yang menyebut kalimah suci itu tetapi enggan mengakui Allah itu Maha Besar dan kebesaran Islam dianggap cuba merendahkan martabat dan kesucian Islam.

"Mungkin penganut agama lain akan lebih dekat dengan Islam jika mengucapkan kalimah suci itu tetapi jika mereka sekadar mempermainkan kalimah itu, tidak dibenarkan dalam Islam.

"Masalahnya bagaimana kita boleh mengetahui sama ada mereka ikhlas menyebut kalimah itu (bagaimanapun) kita perlu bersangka baik," katanya.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... AMBO NAK TANYO.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU HINDU LARANG GUNA PERIKATAAN NERAKA MACAM  MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU HINDU LARANG GUNA PERJKATAAN SYURGA MACAM MANA?.... kah kah kah..

kah kah akh...KALAU HINDU LARANG PERKATAAN PAHALA MACAM MANA?.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU HINDU LARANG PERKATAAN BIDADARI MACAM MANA?.... kah kah kah





---------

SATU LAGI BERITA DARI DARUL RUNTUH

Posted: 04 Feb 2013 07:41 PM PST




MASIH TUNGGU LAPORAN?

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SILA TEKA....kah kah kah..

kah kah kah...PENCAWANG INI DIBUAT OLEH SIAPA?... kah kah kah..

kah kah kah... INI MESTI  KONTREKTOR BUMIPUTERA...kah kah kah...

kah kah kah... DAPAT KONTREK BUKAN KERANA PENGALAMAN...kah kah kah..

kah kah kah..DAPAT KONTREK KERANA GEROMBOLAN... kah kah kah





  • Pencawang TNB meletup, 

  • pekerja kontrak cedera

  • Dalam kejadian kira-kira 2 petang di pencawang TNB Felda Kerteh 3 di Dungun itu, Faqih Aqwa Mansor, 20, dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu melecur di bahagian tangan, kaki dan keseluruhan bahagian belakang badannya.




-----

PERNIAGAAN JUAL BELI AGAMA - MASIH ADA TIPU MENIPU

Posted: 04 Feb 2013 07:30 PM PST





BUKAN AMARAN
SATU JANJI

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...INI BARU BETUL JUAL AGAMA...kah kah kah...

kah kah kah... DUA KALI KENA JUAL... kah kah kah...

kah kah kah...JUAL AGAMA PUN ADA TIPU MENIPU...kah kah kah

Ahli perniagaan Singapura dakwa ditipu agensi umrah dan haji




KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Singapura membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu sebuah agensi pengurusan haji dan umrah tempatan yang dikendalikan seorang wanita.

Pengarah syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Johor Bahru, Jamaluddin Mohammad, 53, mendakwa wanita berkenaan tidak menjelaskan bayaran penerbangan membabitkan seramai 202 jemaah umrah menyebabkan syarikatnya kerugian lebih RM500,000.

Jamaluddin berkata, beliau mengenali wanita itu melalui seorang rakan dan pernah berurusan beberapa kali dengannya dalam urusan jemaah umrah dan haji sejak 2011.

"Namun kali terakhir pada tahun lalu beliau tidak menjelaskan bayaran membabitkan 202 jemaah yang saya kendalikan," katanya.

Beliau yang berasa dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Khamis lalu.  TIEWNAMA

KALAU NAK LIHAT
JUTA JUTA DI JALAN RAYA
SILA TIPU PILIHAN RAYA


--------

ALHUSSEYN

Posted: 05 Feb 2013 03:25 PM PST

ALHUSSEYN


Bantahan menuntut bedah siasat kedua C Sugumaran

Posted: 05 Feb 2013 04:14 AM PST

PETALING JAYA: Satu perhimpunan bantahan mungkin akan diadakan di hadapan Kementerian Kesihatan esok oleh sekumpulan yang menuntut bedah siasat kedua ke atas C Sugumaran, yang didakwa sebagai mangsa pembunuhan polis.

"Kami telah memberikan kerajaan sehingga akhir hari ini untuk bertindak balas terhadap permintaan kami," kata naib presiden PKR N Surendran, yang terlibat sebagai peguam keluarga mangsa. 

"Kita mahu menemui Menteri Kesihatan untuk mendapatkan kelulusan bagi bedah siasat kedua. Tetapi mereka tidak menghubungi kami semula. " 

Sugumaran, seorang pengawal keselamatan 40-year-old, didakwa dipukul hingga mati pada 21 Jan oleh anggota polis dan sekumpulan orang ramai. 

Badannya telah dihantar untuk bedah siasat di Hospital Serdang. Patologi Mohd Azaini Ibrahim berkata dalam laporannya bahawa dia meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Walau bagaimanapun, keluarga Sugumaran yang mempertikaikan laporan itu, mengatakan terdapat saksi menerangkan adanya serangan yang dikatakan dan bateri. 

Pihak polis berusaha untuk mengadakan inkues bertentangan dengan hasrat keluarga mangsa. 

Keluarga mangsa inginkan pakar patologi Thai terkenal, Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat kedua dengan akses kepada kemudahan penuh di hospital kerajaan. 

"Kami menggesa Perdana Menteri dan pihak berkuasa berkaitan yang lain untuk bertindak balas dengan segera kepada permintaan ini kerana pihak keluarga tidak dapat menjalankan upacara terakhir sehingga post-mortem kedua membuat kesimpulan," kata Surendran. 

 Dr Pornthip, pengarah Institut Pusat Sains Forensik di Kementerian Keadilan Thailand, menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila dia memberi keterangan dalam inkues 2010 ke atas kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock. 

Surendran berkata beberapa pemimpin PKR akan mengambil bahagian dalam protes esok.SUMBER

Makhluk Allah yang menakjubkan ....

Posted: 04 Feb 2013 10:00 PM PST

Jom lihat beberapa makhluk ciptaan Allah yang begitu menakjubkan. Betapa seninya ciptaan bentuk dan kilauan warna-warni yang Allah ciptakan untuk mereka. 

Kita terpegun bila melihatkan burung Merak atau burung Cenderawasih ....tetapi rupa-rupanya ada banyak lagi makhluk ciptaan Allah yang menakjubkan kita semua.Antaranya ialah :

Kumbang Emas  yang bersinar dari Costa Rica.

Nuri berkepala helang dari Amazon
 
Penyengat Cuckoo dari Itali 
 
Pepijat Tanglung dari Malaysia
 
Dan yang paling menakjubkan 
diantara makhluk yang menakjubkan, 
tak lekang dek panas, 
tak lekang dek hujan - 
sejak dulu, kini dan selamanya : 


Ketua Pemuda Umno dari Pulau Pinang

Satu dunia iktiraf termasuk Amerika : PAS penyelamat Ummah

Posted: 04 Feb 2013 04:34 PM PST

Inilah yang buat PM Najib terkencing dalam seluarnya! PAS semakin mencipta nama dan diterima oleh rakyat.

Bukan hanya oleh rakyat Malaysia, bahkan oleh dunia. PAS sudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia!

Orang Amerika mulai percaya bahawa PAS adalah penyelamat ummah.Mereka jadikan orang PAS sebagai superhero terbaru mereka menggantikan Superman atau Spiderman ... 



Kalau korang tak caya, korang tengok sendiri aksi orang PAS sebagai superhero terkini dalam klip video berikut.

DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Feb 2013 03:14 PM PST

DIALOG RAKYAT


Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

Posted: 05 Feb 2013 06:34 AM PST

MSO

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN.

Utusan sedia mohon maaf fitnah Azan Ismail

Posted: 05 Feb 2013 06:30 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh sekali lagi ke 18 Februari ini untuk menentukan jumlah bayaran ganti rugi dan permohonan maaf oleh akhbar kawalan Umno itu.

Keputusan kes itu sepatutnya diumum hari ini, tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan tidak hadir.

Bagaimanapun, menurut Azan, Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini, dan akan ditentukan pada tarikh yang ditetapkan.

Azan

"Kita tak mendesak untuk mencapai keputusan cepat, jadi tak apa. Kita tunggu 18 Februari, untuk mengetahui jumlah gantirugi yang Utusan perlu bayar, beserta permohonan maaf yang mereka setuju untuk buat," jelas Azan mengulas penangguhan tersebut, di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.

Azan diwakili peguam, A Vasudevan.

Gobala MC takut hadir lawan Saifuddin di mahkamah

Posted: 05 Feb 2013 06:28 AM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala.

Saifuddin

Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.

"Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.

"IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya," kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily.

Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan.

Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama.

Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.

Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.

Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN.

Menara Warisan 118 tingkat hancurkan legasi sejarah – NGO

Posted: 05 Feb 2013 06:25 AM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju Menara Warisan Merdeka 118 tingkat dikecam kerana enggan mengadakan pertemuan bersama penduduk sekitar sebelum projek dilaksana.

Ekoran itu, NGO Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur menuntut penjelasan projek itu dan menjemput beliau hadir ke majlis pendengaran awam minggu kedua Mac nanti.

Bagaimanapun, Pengerusi PTMN, Ishak Surin berkata, Datuk Bandar tidak profesional kerana enggan bertemu dengan sekretariat PTMN di pejabatnya hari ini.

"Sejak Disember lalu, tiga surat dihantar tetapi langsung tiada respon dan hari ini PTMN hanya bertemu dengan pembantu khas beliau.

"DBKL maklum akan bincangkan perkara ini dan respon akan dimaklumkan segera," ujarnya yang dikenali Cikgu Ishak pada sidang media di lobi DBKL.

menara

Turut hadir Presiden Kumpulan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim; Naib Pengerusi PTMN, Ser Choon Ing dan Victor Chin; Pengerusi Eksekutif Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Tang Ah Chai; Ahli Jawatankuasa PTMN, Jayanath Appadurai; wakil Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Giok (LLG) Ng Yap Hwa dan sekretariat PTMN.

Sebanyak 22 kumpulan bergabung dalam NGO PTMN antaranya Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, Persatuan kwong Siew Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Seniman Paksi Rakyat (Paksi).

MENARA 2

Sementara itu, Thasleem berkata, projek Menara Warisan menghancurkan legasi sejarah tinggalan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

"Empat simbol warisan musnah dalam projek itu seperti Taman Merdeka Negara atau Taman Tunku Abdul Rahman, Stadium Chin Woo, Stadium Merdeka yang digazetkan Warisan Kebangsaan pada 2003 dan Stadium Negara.

"Sepatutnya DBKL dan pemaju adakan rundingan awam sebelum projek dibuat kerana ini bukan sahaja melibatkan bangunan bersejarah tetapi kepentingan penduduk sekitar.

"Kalau di Thailand, tindakan kerajaan membangunkan projek dengan membelakangkan suara rakyat akan menerima nasib dalam pilihan raya. Kita gesa rakyat bangkit untuk ajar pemimpin angkuh yang pentingkan pembangunan," katanya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PTMN berkata, pertemuan dengan pemaju – Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dibuat tidak lama lagi.

Kongres Rakyat Kuala Lumpur pula akan mengadakan referendum 'Bersama Memelihara dan Membangunkan Kuala Lumpur' bagi mengutip respon penduduk mengenai projek ini dan pelancaran tabung dana RM10 bertujuan menggagalkan projek kontroversi itu.

Pakatan jamin beri pendidikan percuma, hapus PTPTN

Posted: 05 Feb 2013 06:23 AM PST

Oleh Ruqayya Rahman
SHAH ALAM : Pakatan Rakyat komited untuk terus memperjuang hak rakyat dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai jaminan mereformasi sistem pendidikan negara.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli optimis Malaysia bukan hanya mampu menyediakan pendidikan percuma, malah kemudahan pendidikan yang kondusif jika perbendaharaan negara diurus tadbir dengan baik.

Rafizi Unisel

"Belanjawan negara harus memberi keutamaan kepada aspek pendidikan dan bantuan perlu disasarkan kepada golongan susah dan miskin," katanya.

Beliau menyampaikan forum bertajuk Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan kepada Malaysia pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013 (KAP 2013) di Universiti Selangor (Unisel), di sini, hari ini.

Antara lain beliau menyentuh keperluan penggubalan dasar yang lebih mengutamakan aspek pendidikan.
Selain itu, hak dan kebajikan pelajar melibatkan isu berkaitan yuran, kos sara hidup, kemudahan pendidikan, kediaman dan pengagihan biasiswa secara terurus turut dikupas Rafizi.

Menjawab pertikaian sesetengah pihak berkaitan kemampuan Malaysia menyediakan pendidikan percuma, Rafizi menjelaskan, RM6.5 bilion yang diperlukan kerajaan bagi menampung penyediaan pendidikan percuma hanyalah sebahagian daripada nilai keuntungan yang diperolehi syarikat-syarikat tol dan lebuhraya.

"Ini sama banyak dengan untung yang diperolehi beberapa kerat tauke tol lebuh raya," katanya.

Terdahulu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali menegaskan, Malaysia mampu untuk batalkan PTPTN dan beri pendidikan percuma.

"Pendapatan negara daripada minyak petrol dan sawit ialah RM150 bilion. Takkan bankrap," katanya yang turut hadir KAP 2013 itu.

Pakatan yakin menang 14 kerusi Parlimen di Johor

Posted: 05 Feb 2013 06:20 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat yakin boleh memenangi sekurang-kurangnya lapan hingga 14 kerusi dari 26 Parlimen di Johor sekaligus menumbangkan kerajaan Umno BN, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.

"Jika Umno BN tidak menipu dalam PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13), kita pasti boleh menang," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang beria-ia menyatakan kononnya negeri itu masih kubu kuat Umno BN berikutan sokongan rakyat tetap kukuh bersama parti itu.

Chua Jui Meng

"Kalau dulu, ya Johor kubu mereka, tetapi kali ini bukan lagi. Rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran Umno. Kos hidup meningkat tetapi pendapatan masih di takuk lama," kata Jui Meng.

"Rakyat nampak dan rasa sendiri, kenaikan kos hidup yang begitu ketara, terutama penduduk di selatan Johor, malah banyak tanah dirampas untuk kroni dan bukan untuk kemudahan rakyat," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan pada 12 Februari ini akan berlangsung forum 'Isu Tanah Johor: Masalah dan Penyelesaiannya' di Hotel Garden, Batu Pahat bermula jam 3 hingga 6.30 petang.

Panelis adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Mereka akan membentangkan kaedah dan pengalaman menguruskan tanah di negeri masing-masing.
Turut menjadi panel, Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim dan Jimmy Phuah, peguam yang sering mewakili penduduk Melayu tertindas kerana tanah dirampas.

"Kita akan ke Nusa Jaya hari ini, untuk menjemput Ghani, supaya hadir dan merasmikan forum tersebut sekaligus mempertahan isu dasar tanah Johor," kata Jui Meng.

"Rakyat yang ada pengalaman dirampas tanah juga dijemput hadir, agar dapat sama-sama bentangkan kepada MB," tambahnya.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)

Posted: 05 Feb 2013 06:15 AM PST

Staff Berita Semasa 
 
Agihan BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)

Pengagihan BR1M 2.0 telah pun dirasmikan dan pengagihan telah pun dimulakan. Yang kami perasan, Di Sarawak sekitar Saratok sudah pun bermula lebih awal. Bermula daripada sekarang ini akan bermulanya musim mengagihkan wang BR1M 2.0 bernilai RM500 & RM250 kepada 7 juta penerima yang "bertuah" itu sehingga berakhirnya bulan Februari 2013.

Dan kepada penerima BR1M 2.0, anda akan menerima surat-surat jemputan seperti DI SINI untuk anda hadir ke majlis penyerahan yang dah ditetapkan di kawasan anda….
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.
Perdana menteri berkata, kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.
"BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.
"Bila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan," katanya
"Ada dakwaan bahawa dengan menguatkuasakan AES kita boleh buat BR1M. Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itupun masih di peringkat kajian," katanya.
Baucer BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) : Bukti BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)

Bagi kami usaha pemberian BR1M 2.0 sangat baik dilakukan dan sepatutnya diteruskan di masa akan datang. Tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu mengambil serius dengan mencari jalan penyelesaian terbaik bagaimana cara untuk mengekang lonjakan kos sara hidup yang menghimpit golongan pertengahan, dan berpendapatan rendah termasuklah isu pemilikan rumah.

Pemberian one off pun ada bagusnya juga untuk cara pengawalan bagi tempoh jangka masa pendek. Dalam pada masa yang sama perbelanjaan bulanan rakyat dan disposable income (pendapatan boleh guna rakyat Malaysia) perlu dipandang dengan serius. Insyaallah….

Video Ucapan Najib Razak Sempena BR1M 2.0

Yang mana ada menghantar permohonan BR1M 2.0 2013 sebelum ini, boleh membuat semakan menerusi link di bawah ini :

=> Semakan BR1M 2.0 2013

Adakah Anda Berjaya Diterima Menerima BR1M 2.0 2013 Kali Ini?
Mana-mana yang berjaya menerima BR1M RM250 (bujang) & RM500 (isi keluarga), anda berpeluang untuk mendapat lebih daripada ini iaitu sekitar RM1000 (SEPERTI DI SINI) untuk BR1M 3.0 dengan syarat, anda mesti menyokong Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Berminat?

Penguatkuasa Islam kenakan sekatan ke atas bukan Islam dalam krisis ‘Allah’, kata MCCBCHST

Posted: 05 Feb 2013 06:10 AM PST


Isu kalimah Allah terus menjadi sumber kontroversi, kali ini menerima kritikan daripada kumpulan antara agama bukan Islam. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR— Kumpulan antara agama bukan Islam menyelar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bekas ketua hakim kerana cuba untuk mengawal hak kumpulan minoriti agama di Malaysia dalam perbalahan isu "Allah", di mana mereka mengatakan ia bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara.

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) memberi maklumbalas berkenaan kenyataan MAIS dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheik Abdul Halim yang melarang kumpulan minoriti agama di Malaysia daripada memanggil tuhan mereka "Allah".

"Ini adalah sama seperti pengenaan sekatan oleh Majlis lslam terhadap orang bukan Islam. Ia juga boleh dilihat sebagai usaha untuk mengawal amalan agama-agama selain Islam oleh sebuah badan atau organisasi lslam," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis tersebut memberi amaran terhadap "amalan tidak sihat" memaksa orang bukan Islam terikat dengan fatwa atau keputusan daripada badan-badan Islam seperti MAIS, sambil berkata ia boleh mencetuskan ketegangan agama.

"Sebarang cubaan untuk mengawal orang bukan Islam atau mengganggu amalan agama bukan Islam oleh mana-mana badan Islam mesti dihentikan serta merta. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini amalan yang tidak sihat dan boleh membawa kepada kesan sosial yang tidak diingini dan meningkatkan ketegangan antara masyarakat," katanya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Tan Hoe Chieow yang juga presiden MCCBCHST dan ketua Taoisme di sini; timbalan presiden Majlis Gurdwara Malaysia Jagir Singh; dan Sing Kan dan Prematilaka KD Serisena untuk agama Buddha dan Rev Thomas Philips untuk agama Kristian; Datuk RS Mohan Shan bagi Hindu.

Kumpulan antara agama bukan Islam itu berkata tiada undang-undang, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, untuk mengenakan hukum atau fatwa ke atas bukan Islam.

Ia menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam telah diletakkan di dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang menghadkan mereka daripada menyebarkandoktrin atau kepercayaan agama mereka kepada orang Islam.

MCCBCHST berkata tiada bukan Islam mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Ia menggesa umat Islam yang tidak bersetuju dengan orang bukan Islam yang mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka "Allah" untuk membaca perlembagaan dengan berhati-hati dan holistik, menunjukkan kepada Artikel 3(4) dan 11(4).

Merujuk kepada Ahmad Fairuz, kumpulan itu berkata ia gagal untuk memahami "bagaimana bekas Ketua Hakim Negara boleh terlepas pandang hakikat bahawa semua enakmen 10 negeri-negeri yang dibuat di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, dan bahawa Perkara 11 (4) hanya menyediakan kawalan 'atau penyebaran apa-apa doktrin atau kepercayaan agama kepada orang yang menganut agama lslam "

"Artikel ini tidak melarang agama lain dari menyebarkan kepada penganut masing - masing.

"Dalam erti kata lain, jika anda tidak menganut atau mengamalkan lslam maka tiada sekatan boleh diletakkan kepada anda tentang bagaimana anda mengamalkan agama anda," kata MCCBCHST, dengan menambah setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama sendiri.

Kumpulan antara agama itu juga berkata Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 telah memutuskan peruntukan dalam enakmen negeri melarang penggunaan perkataan tertentu oleh orang bukan Islam adalah tidak berperlembagaan.

Ia menambah bahawa ia menyokong keputusan bukan Islam untuk terus menggunakan "Allah" merujuk kepada tuhan-tuhan mereka seperti yang terdapat dalam kitab suci mereka.

Perbalahan mengenai "Allah", yang pertama kali meletus sejurus selepas pilihan raya umum 2008, sekali lagi perhatian dalam menjelang Pilihan Raya 2013 dan mengancam keharmonian antara bukan Islam dan masyarakat Melayu-Islam yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia.

Nazri Aziz Mengaku Media Perdana Alat Kerajaan

Posted: 05 Feb 2013 04:38 AM PST


Pilihanraya Eropah 02

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah memaklumkan pengakuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa media perdana di negara ini sememangnya alat kepada kerajaan.

Ahli Jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu Fadime memberitahu Nazri mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan ketika bertemu di parlimen.

"Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya," katanya.

Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Belanda selama dua penggal berkata, perkembangan pergerakan politik di Malaysia semakin lebih baik.

Pilihanraya Eropah 01

"Dalam siri pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, kami dapati perkembangan demokrasi di sini semakin baik.

釘eberapa pergerakan yang berlaku di Malaysia contohnya seperti Bersih, pergerakan memperjuangkan hak alam sekitar dan gerakan dari mahasiswa merupakan perkara yang positif untuk negara.

"Berbanding sepuluh tahun lepas kesedaran perubahan politik ini amat signifikan," kata beliau bersama rakan dalam pemerhati itu Zouhair Amri.

Beliau turut berkata kumpulan itu bersedia untuk menjadi pemerhati antarabangsa dalam PRU-13 dan kini menunggu jemputan daripada Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh menyeru Kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa bagi memantau perjalanan pilihan raya umum ke -13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Katanyan, pemerhati antarabangsa itu juga perlu memasukkan wakil-wakil negara Eropah dan tidak tertakluk kepada wakil pemerhati daripada negara Asia.

"Kerajaan Malaysia tiada alasan membenarkan pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihan raya negara," kata Fuziah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah yang diadakan di sebuah hotel di sini.

PR Sasar Bina 10 IPTA, Sara Hidup Pelajar RM5,000 Setahun

Posted: 05 Feb 2013 04:36 AM PST


Rafizi Ramli Konvensyen Pendidikan Unisel 2013

SHAH ALAM: Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar.

"Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar .

"Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya 'tidak laku' dipasaran," kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia' itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Kalau ada yang menganggap membina menara 100 tingkat dengan belanja RM5 bilion itu sebagai pelaburan, kenapa memberi pendidikan percuma tidak dianggap sebagai pelaburan," kata beliau lagi.

Menurut Rafizi, melaksanakan pendidikan percuma hanya memerlukan RM6.5 bilion setahun termasuk bayaran balik berjumlah RM2 bilion setahun selama 15 tahun kepada PTPTN.

Pada masa ini jumlah hutang PTPTN yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM25.9 bilion.

Konvensyen dua hari yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut menampilkan beberapa ahli akademik dan tokoh muda lain sebagai pembentang kertas kerja.

Antara yang terlibat, mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Undi tidak percaya kepada Najib

Posted: 05 Feb 2013 04:33 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini.

Mohd Soberi Shafii (gambar), bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, kegagalan Najib mentadbir negara dan Umno memalukan seluruh ahli Umno.

"Bila Najib ke Kelantan baru-baru ini sekali lagi Najib memalukan Umno apabila membuat janji yang telah dibuat oleh Pak Lah sebelum ini," kata Soberi.

Menurut Soberi, akibat kesilapan  yang dilakukan oleh Najib kini menyebabkan Umno dan BN diambang kekalahan yang memalukan dalam sejarah negara.

Ketika melawat Kelantan  baru-baru ini, Najib membuat 7 Janji kepada rakyat Kelantan.

Akibat dari janji-janji itu, Najib dan Umno dipermain-mainkan oleh rakyat Kelantan.

Pelbagai pihak menjadikan 7 Janji itu sebagai bahan tulisan masing-masing dengan mempermainkan Najib.

Akibatnya, ahli Umno di Kelantan sendiri merasa malu dengan 7 Janji Najib itu, kata Soberi yang juga bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan.

Bekas polis dakwa AJK Umno seleweng RM500,000

Posted: 05 Feb 2013 04:31 AM PST

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM500,000 geran bantuan oleh kerajaan khusus untuk Tabung Kebajikan dan Pentadbiran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) didakwa diseleweng oleh AJK Umno bahagian di Negeri Sembilan.

Naib Presiden PBPM Nasiruddin Mohamed berkata, penyelewengan itu berlaku sebaik AJK Umno terbabit menjawat jawatan Presiden PBPM yang didapati terlibat dalam pelanggaran fundamental peruntukan undang-undang.

Tambahnya, sejumlah RM200,000 pula didakwa telah dipindahkan ke sebuah syarikat yang beralamat di Klang di mana ia bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan geran tersebut sebagai bayaran komisyen.

Tegasnya, wang tersebut turut disalah guna seperti membuka syarikat, mengadakan majlis makan malam untuk berkempen dan membayar yuran peguam sehingga mencecah ratusan ribu supaya pimpinan terbabit dapat mengekalkan kuasanya melalui mahkamah.

Bukan itu sahaja, katanya, sijil simpanan tetap untuk tabung bangunan PBPM yang berjumlah lebih RM200,000 hilang dan dicairkan sedangkan sijil asal berada dalam simpanan persatuan.

Malangnya, kata beliau walaupun laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sudah dibuat tetapi sehingga hari ini masih tidak ada respons.

"Kita ada lebih 100,000 ahli diluar sana yang mana perlu dijaga kebajikan mereka, malangnya geran yang ada untuk membantu mereka disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

PBPM mendesak agar Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan segera kerana jelas mereka yang terbabit dalam penyelewengan ini menyalahi Undang-undang Pertubuhan Persatuan dan Akta Pertubuhan 1966.

Menurut Nasruddin, isu penyelewengan ini bermula sejak krisi kepimpinan persatuan pada tahun 2005 di mana telah memutar belit fasal-fasal dalam undang-undang tubuh PBPM dan perlembagaan persatuan dijadikan pertaruhan oleh pihak yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, pemimpin terbabit telah membuat pemalsuan tanda tangan semasa mengendalikan mesyuarat agung bagi peringkat negeri Kedah pada 15 Disember 2008 iaitu sebelum berlangsungnya perhimpunan agung pemilihan majlis tertinggi PBPM pada 24 Januari 2009.

Pemimpin Umno terbabit, katanya turut terlibat dalam menghantar dan mengisytiharkan laporan palsu kepada Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan bahawa pemilihan ahli majlis pada Januari 2009 sebagaimana perintah mahkamah.

Sedangkan katanya, semasa melaksanakan perhimpunan agung itu pemimpin berkenaan telah bersubahat dan dengan sengaja gagal mematuhi Undang-undang tubuh serta Akta Pertubuhan 1966.

"Beliau juga terlibat dalam mengatur kehadiran perwakilan haram dari Pulau Pinang untuk mengundi dan memilih beliau sebagai presiden PBPM sedangkan pendaftaran Persatuan Pulau Pinang telah dibubarkan pada 25 Jun 2008," katanya.

Ekoran tindakan itu, jelas Nasruddin Kementerian Dalam Negeri mengambil inisiatif membantu menyelesaikan krisis ini malangnya geran tersebut telah diserahkan kepada pimpinan Umno terbabit yang bertindak pengendali mesyuarat agung di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin: BN sedia hadapi PRU13 pada bila-bila masa

Posted: 05 Feb 2013 04:28 AM PST

SINAR HARIAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja dan parti gabungan itu kini berada dalam keadaan lebih kuat dan kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata BN menjadi bertambah kukuh sejak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan program transformasi dan ini sekali gus telah mengubah persepsi rakyat terhadap BN.

"Program transformasi sudah mula menampakkan hasil, sudah mula digeruni pembangkang. Bantuan yang kita beri telah mula sampai ke akar umbi.

Langkah-langkah itu adalah bantuan kepada semua rakyat...orang Melayu sudah balik sokong BN, orang India juga begitu hebat menyokong...orang Cina juga begitu...orang Asli dan Siam juga semakin meningkat...tidak terkecuali juga di Pulau Pinang.

"Kalau situasi sudah begitu bertambah baik, pandangan dan persepsi masyarakat kepada BN juga sudah berubah... yang kita harus pikul sekarang ini bagaimana nak menterjemahkan perkara itu," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN untuk bekerja lebih keras dan tidak berhenti menjalankan tugas mereka kepada rakyat.

"Kita masih perlu bekerja lebih kuat lagi. Kita tahu kelemahan kita dan kita perlu perbaiki...kita perkukuhkan lagi untuk masa-masa akan datang. Langkah (program transformasi) sebegitu sahaja tidak memadai, rakyat mahu melihat pembaharuan yang dibuat kerajaan BN," katanya.

Muhyiddin menegaskan BN memerlukan komitmen secara total daripada seluruh pemimpin parti dalam memastikan sokongan yang berterusan daripada rakyat, sekali gus menterjemahkannya dalam bentuk undi.

"Perjuangan kita bukan untuk menangkan BN, tetapi untuk membela semua bangsa, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli, mereka memerlukan bantuan kita. Perjuangan kita perjuangan yang suci dan bukan hanya enteng sahaja...memerlukan satu komitmen yang total bukan separuh kesedaran," katanya. - Bernama

Anwar: Pendidikan percuma tanggungjawab pusat

Posted: 05 Feb 2013 04:24 AM PST

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.

Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.

Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.

Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?" - Bernama

Pencawang TNB meletup, pekerja kontrak cedera

Posted: 05 Feb 2013 04:22 AM PST



 
Seorang pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera parah akibat disambar api dalam kejadian letupan di pencawang TNB i Felda Kerteh 3 di Dungun semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Faqih Aqwa Mansor, 20, dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu melecur di bahagian tangan, kaki dan keseluruhan bahagian belakang badannya.

Ketika kejadian dia sedang menjalankan kerja mengecat bangunan pencawang tersebut bersama lima rakannya, kira-kira lima meter dari tempat berlakunya letupan itu.

Rakannya, Syed Mohd Faadil Syed Osman, 19, berkata ketika kejadian dia dan mangsa sedang mengecat di bahagian luar bangunan pencawang manakala tiga lagi rakan mengecat di dalam bangunan.

"Ketika sedang leka mengecat bangunan terbabit saya terdengar satu letupan kuat berlaku dari sebuah pencawang dalam jarak lima meter dari tempat mangsa mengecat dan letupan kuat itu menyebabkan api kuat menyambar sehingga ke belakang bangunan pencawang.

"Mangsa menjerit meminta tolong dalam keadaan api membakar baju dan seluarnya dan saya panik melihat kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, seorang rakan mereka yang berada di belakang bangunan kemudian  menyiram badan mangsa dengan air dari paip berdekatan .

Katanya rakannya itu yang awalnya dihantar ke Hospital Dungun telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan.

"Saya tidak tahu bagaimana pencawang yang berada di luar bangunan itu boleh meletup," katanya.- Bernama

Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas

Posted: 05 Feb 2013 04:17 AM PST

Khairul Azlam Mohamad,




MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing.

Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya.

(Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ)

Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan.

Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

"Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan," ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.

Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama.

Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang.

"Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar.

"Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT," ujarnya.

Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ.

Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu.

Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan.

"Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki," ujarnya.

Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma'ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).

Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.

Bekas menantu menteri didenda bersubahat bernikah tanpa kebenaran

Posted: 05 Feb 2013 03:35 AM PST



 
Bekas menantu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman Shah didenda RM600 atau penjara enam hari jika gagal membayar denda, terhadap pertuduhan bersubahat bernikah tanpa kebenaran tujuh tahun lalu.  

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Rendah Syariah Asrul Azlan Embong pada 30 Januari lalu selepas Dr Raja Badrul Hisham, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Kanan, Salehan Md Yatim memfailkan notis rayuan berhubung hukuman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur hari ini.

Salehan memberitahu pemberita pihaknya berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Dr Raja Badrul Hisham didakwa bernikah dengan Faizah Sidi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah-wilayah Persekutuan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 133 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 kerana bersubahat dengan pasangannya, yang boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan

atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Faizah didenda RM500 atau penjara lima hari jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bernikah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, mengikut Seksyen 40(2) akta sama.

Dr Raja Badrul Hisham dan Faizah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Seri Permaisuri Cheras di sini pada 7 April 2006.

Kedua-dua mereka membayar denda itu.

Dr Raja Badrul Hisham menceraikan Malini Rais pada 10 Ogos 2011. Bernama

Bendera Umno BN di tempat agihan BR1M

Posted: 05 Feb 2013 03:32 AM PST

Bashir Ishak,




KANGAR: Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0  di dua lokasi di Perlis hari ini.

Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Santan.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat.

Penduduk lapor kes pemimpin Umno Tanah Merah ke SPRM

Posted: 05 Feb 2013 03:24 AM PST

Mohd Nor Yahya,

KOTA BHARU: Selepas dua tahun seorang guru yang juga pemimpin Umno didakwa tidak datang mengajar, penduduk Dun Gual Ipoh hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra membuat laporan berkaitan dakwaan salah laku Naib Ketua Bahagian Tanah Merah, Bakri Mustafa.

Wakil penduduk Kampung Bechah Laut, Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 mendakwa Bakri sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, namun tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011.

"Saya diberitahu dia digantikan orang lain yang tidak mempunyai tauliah mengajar di sekolah tersebut.

"Saya dan ramai ibu bapa amat kecewa kerana guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik tidak hadir ke sekolah. Anehnya pihak sekolah seperti bersubahat sama," katanya di sini.

Tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dikejutkan dengan isu seorang guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno di Tanah Merah tidak datang mengajar.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa ketika membangkitkan isu tersebut mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun dua tahun.

"Laporan telah dibuat ibu bapa kepada pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan," katanya.

Raja Ahmad Zulfakar berkata, selepas berita mengenai guru terbabit tersebar luas akhirnya beliau meletak jawatan sebagai guru.

Awang Yusof, 71 juga dari Gual Ipoh berkata, isu mengenai pemimpin Umno berkenaan sudah lama tersebar dalam kalangan penduduk tempatan.

"Saya amat sedih dengan mainan politik sesetengah pihak. Ada yang sanggup menerima gaji haram sedangkan dua tahun tidak mengajar," dakwa beliau.

Sementara itu masyarakat India di Ladang Kerilla turut membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Abdul Aziz atas dakwaan membawa wang tunai sebanyak RM1.2 juta ketika berceramah di ladang itu baru-baru ini.

Devandran a/l Vadiveloo, 34 mendakwa perbuatan pemimpin Umno itu dianggap cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan untuk membela mereka.

"Saya amat terkejut seorang Ketua Bahagian Umno mempunyai wang tunai sebanyak itu," kata beliau.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Semakin ramai dekati PAS walaupun sering ditohmah

Posted: 05 Feb 2013 03:22 AM PST

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Meskipun PAS sering ditohmah sebagai parti pemecah belah masyarakat, mempergunakan Islam, parti sesat dan sebagainya, PAS tetap komited menjalankan kerja-kerja dakwah sejak dahulu lagi.
"Buktinya semakin ramai yang mahu mendekati PAS termasuk kalangan tokoh-tokoh masyarakat, negawaran, sasterawan, cendikiawan, ahli-ahli korporat, selebriti, bekas pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Bahkan, katanya PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang keanggotaannya adalah dari kalangan bukan Islam.

Malangnya, kata beliau bagi golongan yang melontarkan tohmahan terhadap PAS tidak pula menjalankan kerja yang sama iaitu berdakwah kepada masyarakat supaya kenal Islam secara keseluruhannya.

Justeru, tambahnya dalam mendepani pilihanraya umum ke 13, DPPM menyeru supaya petugas PAS tidak melupakan tugasan penting iaitu sebagai juru dakwah kepada masyarakat.

"Dalam hal ini, saya mengajak semua lapisan rakyat mencontohi sikap keterbukaan dan pendakwah sejati yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis  beberapa minggu yang lepas," katanya.

Jelasnya, lawatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat.

Beliau menambah, ruang berkempen adalah peluang keemasan buat petugas PAS bertemu dengan segenap masyarakat bagi menyampaikan risalah Islam.

Justeru, ujarnya DPPM yakin ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali Islam dan PAS secara dekat dan betul kerana dipesongkan oleh  propaganda yang memburukkan PAS di mata mereka.

Katanya, petugas PAS harus menghulurkan salam, bertegur sapa, memberi risalah serta melemparkan senyuman kepada masyarakat.

"Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seterusnya menghayati Islam sepenuhnya seperti yang dihasratkan PAS selama ini," katanya lagi.

Menteri pertahanan kata kajian TI berat sebelah

Posted: 05 Feb 2013 03:20 AM PST

 


 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kaji selidik Transparency International (TI) yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara berisiko rasuah dalam perbelanjaan dan operasi ketenteraan dijalankan secara berat sebelah.

NONEKatanya, hasil kaji selidik berkenaan juga merupakan persepsi oleh organisasi berkenaan yang tidak semestinya benar.

"Kita tak izinkan rasuah dan tidak izinkan perkara yang boleh jejaskan imej negara tetapi itu pandangan mereka. Tidak semestinya benar pandangan mereka.

"Negara mana yang tidak dianggap rasuah? Itu persepsi mereka. Mereka yang tentukan standard.

"Dari awal lagi dari segi kajian telah berat sebelah. Jika kita belajar tentang metodologi kaji selidik, ini adalah metodologi kaji selidik yang berat sebelah," katanya.

Kajian yang dikeluarkan TI-UK itu, seperti dilaporkan pada akhir bulan lalu, menyebut Malaysia mendapat markah D- dan setanding dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan.

Ia merupakan kajian pertama di peringkat global yang dijalankan ke atas risiko rasuah dalam organisasi pertahanan seluruh dunia – dengan mengkategorikan negara terlibat mengikut skala markah A hingga F.

Zahid juga tidak berpuas hati kerana TI-UK tetap melaporkan persepsi sedemikian walaupun kementerian memberi komen dan jawapan sebaliknya sebelum laporan itu diterbitkan.

"Saya melihat laporan itu. Malah sebelum laporan itu dikeluarkan pun saya mendapat peluang untuk memberikan komen.

"Tetapi daripada pengalaman terdahulu, walaupun kita beri komen dan jawapan sebaliknya, tetapi mereka tetap menulis tentang apakah tanggapan mereka tentang sesebuah kementerian.

"Saya telah berbincang supaya satu kenyataan dikeluarkan untuk menyanggah apa yang ditulis mereka," katanya lagi.

Artis: BN patut utama artis tempatan, bukan Psy

Posted: 05 Feb 2013 03:15 AM PST

 
MALAYSIA KINI


 
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil menggesa penganjur konsert BN di Pulau Pinang pada 11 Februari supaya mengutamakan artis tempatan dan bukannya penyanyi pop Korea Psy.

Katanya, peruntukan besar untuk membawa artis rap tersebut sepatutnya disalurkan kepada artis tempatan – sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" yang diuar-uarkan kerajaan.

Pelakon dengan nama gelaran Zed Zaidi itu juga berkata, persembahan oleh artis luar seperti Psy hanya akan menguntungkan kerajaan yang mengaut bayaran cukai hiburan.

"Kemasukkan Psy K-Pop dibiayai oleh syarikat tempatan bukan duit rakyat. Walaupun 2 juta diperuntukkan lebih baik diberi kepada artis Malaysia.

"Artis luar terutama Psy K-Pop, penyanyi memberi kelebihan kepada cukai hiburan negara berbanding pelakon kerana ia cuma persembahan one-off.

"Saya menyarankan pihak-pihak bertanggungjawab perlu berlandaskan 1Malaysia DS @NajibRazak Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc @DrRaisYatim," katanya di Twtter.

Beliau mengulas rancangan BN untuk menampilkan Psy di persembahan sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, kos pembayaraan bagi persembahan ringkas oleh Psy dijangka bernilai RM932,100 hingga RM1,242,800.

BN menjelaskan bahawa penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style" itu ditaja oleh sebuah syarikat swasta.

Najib melukah di tempat yang genting

Posted: 05 Feb 2013 03:12 AM PST

Aspan Alias,


BN sudah mula membahagi-bahagikan Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM buat kali kedua dan inilah dia senjata terakhir UMNO serta BN untuk menentukan hidup matinya parti pemerintah selama 56 tahun itu. Bantuan RM500 itu menjadi kebanggaan Najib dan pimpinan BN kononnya begitu prihatin terhadap rakyat yang susah dan tidak berkemampuan. UMNO terutamanya Najib mengesahkan persepsi ramai yang UMNO sentiasa bergantung kepada kesusahan rakyat dengan menitiskan setitik dua air ke tekak mereka yang dahaga. Najib kini sedang melukah di tempat yang genting dan sempit.

Persoalannya, bagaimana sebuah negara yang telah merdeka selama 56 tahun masih berjuta-juta rakyat yang susah dan terpaksa memberikan bantuan RM500 bila pilihanraya tiba? Kalau lah keadaan sebegini, bagaimana pimpinan kerajaan kita begitu bangga mengaku yang negara kita sudah menghampiri ketahap negara maju? Bagaimana kah wang sejumput itu boleh menukar taraf hidup rakyat keseluruhannya? Inikah dia Program Transformasi Ekonomi Najib dan UMNO? Sampai bila budaya ini akan dilakukan oleh kerajaan dan apakah benar bantuan ini boleh menaikkan pendapatan per kapita rakyat seperti yang di gembar-gemburkan oleh Najib dan UMNO nya?

Itu sebabnya rakyat lebih berkeyakinan cara yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mandat itu adalah cara yang lebih baik, malahan jauh lebih berfaedah dari apa yang di amalkan oleh UMNO dan BN ini. Kalau ditanyakan apakah pandangan pihak pimpinan UMNO tentang bajet 'alternative', PR itu mereka sudah tentu akan menghinanya kerana mereka tidak mahu PR memerintah dan melaksanakan apa yang dihajati oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Saya tidak mahu menyentuh tentang semua yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat setelah diizinkan Tuhan untuk membentuk kerajaan nanti kerana masa dan ruang terlalu suntuk untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Tetapi biarlah saya sentuh dengan ayat dan bahasa yang mudah bagi memudahkan rakyat yang membaca blog ini untuk memahaminya. Pihak UMNO yang bakal menjadi pembangkang ini akan membidas apa yang saya perkatakan ini. Mereka akan memulakan kritikannya terhadap apa yang saya perkatakan ini sebagai tindakan yang akan mengbankrapkan negara dan sebagainya.

Menghapuskan tol lebuhraya yang telah lama seperti lebuhraya Utara Selatan itu sememangnya satu niat yang baik dan boleh terlaksana jika Pakatan ingin melakukannya setelah mendapat mandat rakyat nanti. Lebuhraya yang berharga RM6 billion itu telah mengutip hampir RM30 billion dan tidak ada sebab untuk pihak yang mendapat konsesi itu tidak boleh menurunkan harga tol atau pihak kerajaan memansuhkan kutipan tol itu sama sekali.

Jika janji yang satu ini sahaja terlaksana sudah cukup untuk memberikan keringanan kepada rakyat, malahan lebih jauh berfaedah dari rakyat beratur di tengah panas terik menerima baucer RM500 yang tidak tentu berapa kali kita akan menerimanya. Jika kutipan tol ini dihapuskan satu perjalanan dari Johor ke Perlis sahaja sudah menghampiri 50 peratus dari wang BRIM yang Najib dan UMNO bahagi-bahagikan itu. Jika Pakatan Rakyat memerintah tidak payah berikan wang BRIM ini kerana adalah lebih baik memberikan laluan perjalanan secara percuma kerana perjalanan kita ke utara ke selatan dan balik itu lebih kerap dan faedah secara terus terhadap rakyat itu adalah lebih praktikal untuk kesenangan mereka.

Jika dihapuskan PTPTN pula ia akan lebih memberikan faedah kepada semua keluarga kerana setiap keluarga mesti berbelanja untuk anak-anak mereka belajar sampai ke tahap menara gading. Pengapusan PTPTN ini merupakan satu perkara yang amat menyentuh jiwa dan perasaan semua rakyat kerana keseluruhan rakyat kita menghadapi masalah pembiayaan pelajaran untuk anak-anak mereka. Apa yang susah sangat hendak menghapuskan PTPTN ini seolah-olah PTPTN ini sudah wujud sejak merdeka. PTPTN ini hanya wujud di zaman Dr Mahathir sahaja kerana dalam pentadbiran beliau wang ringgit kerajaan di gunakan untuk membina 'empire' perniagaan kroni dan suku-sakat mereka sahaja. Selain dari itu wang rakyat yang 'bertrillion' telah digunakan untuk melaksanan projek yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat.

Sebelum pemerintahan Dr Mahathir tidak ada pun PTPTN dan semua anak-anak yang pergi belajar ke peringkat universiti semuanya di biayai oleh biasiswa yang puncanya datang dari berbagai pihak. Sehingga pengakhir tujuh puluhan, mahasiswa masih berbincang sesama sendiri bertanyakan biasiswa mana mereka dapat untuk masuk universiti. "You scholarship mana?" itu merupakan soalan popular di antara mahasiswa semasa itu. Jawapannya banyak. Ada yang kata mereka mendapat 'state scholarship', ada yang menjawab 'Bank Bumi Scholarship' atau 'federal scholarship' dan berbagai-bagai lagi.

Semasa itu pendapatan negara tidaklah sebesar mana pun tetapi rakyat mendapat biasiswa dengan mudah. Tetapi di samping menjerit dan mengaku negara kita sebuah negara yang sudah hampir ke tahap negara maju, rakyat tidak dapat lagi biasiswa dan disebaliknya rakyat diberikan pinjaman PTPTN yang akhirnya telah menjerumuskan rakyat yang masih muda terbeban dengan hutang yang bertimbun. Belum pun mendapat pekerjaan hutang sudah menanti dan surat saman pun mula datang berulang kali.

Kita telah mendengar cemuhan dari pihak UMNO dan pimpinannya terhadap cadangan Pakatan Rakyat ini. Berbagai-bagai macam jawapan dikeluarkan untuk meremehkan niat Pakatan Rakyat itu dengan mengungut rakyat yang negara akan menjadi muflis jika Pakatan melaksanakan niat mereka ini. Pimpinan BN selalu meletakkan kemampuan orang lain sama rendahnya dengan tahap kemampuan pihak lain. Mereka menganggap cita-cita Pakatan Rakyat itu tidak praktikal kerana mereka menyamakan kemampuan orang lain dengan kemampuan yang terbatas di kalangan mereka.

Sebenarnya BN bukan tidak mampu melakukan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu, tetapi oleh kerana di dalam BN itu ada elemen rasuah dan ketidak jujuran maka ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Untuk melaksanakan usaha dan niat Pakatan Rakyat itu ia memerlukan usaha gigih tanpa mempunyai unsur rasuah. Jika pemimpin mengamalkan budaya rasuah sesiapa pun yang memimpin itu tidak akan berdaya untuk membuat keputusan yang baik kerana ada kepentingan peribadi.

Di kesebelasan negara Scandinavia dan beberapa negara di Eropah, pelajaran adalah percuma sedangkan negara-negara itu bukannya negara kaya yang dilimpahi dengan penghasilan minyak dan sebagainya. Tetapi oleh kerana kerajaan mereka merupakan kerajaan yang bersih dan tidak berbelanja wang rakyat seperti wang datuk atau nenek mereka, maka dapatlah mereka memberikan pelajaran dan pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang tinggi.

Tetapi di Malaysia ini rakyat sebaliknya terpaksa berkorban kerana kerenah dan sikap pembaziran pemimpin serta keluarga mereka menggunakan kesempatan untuk memberikan tumpuan bagi kepentingan kroni dan keluarga mereka. Maka pemimpin-pemimpin tidak akan memberikan tumpuan untuk memberikan hak rakyat itu. Untuk memberikan hak rakyat itu ia memerlukan pimpinan yang serius serta kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat itu dengan pelan pembangunan untuk mereka (rakyat) yang berkesan.

Kita perlu mengenepikan pemimpin-pemimpin yang terlalu joli dengan wang rakyat tanpa rasa bersalah itu dan kebetulannya pemimpin jenis ini semuanya dari UMNO dan MCA. Budaya bersukaria menggunakan kemudahan dan wang rakyat ini sudah di budayakan dan adalah menjadi dosa yang begitu besar jika rakyat membiarkan perkara ini berterusan berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Umno terpaksa kitar ahli PAS untuk tebang PAS

Posted: 05 Feb 2013 03:11 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam, maka Umno terpaksa mengambil ahli dan bekas ahli PAS yang bermasalah.
"Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka menjadi hulu kapak untuk menebang PAS," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh  Umno lagi.

Katanya, kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang khianat perjuangan PAS.

"Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Majlis Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang," ujarnya kepada Harakahdaily.

Paling menyedihkan sekali, ujarnya tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada di penghujung usia.


Tambahnya, yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat sedangkan Majlis Syura PAS telah meluluskan tahaluf siasi sejak tahun 1986.

"Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?" tanya Idris.

Bagi beliau, alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi menjadi penentang ketika usia di hujung senja.

"Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia boleh dikecapi?" ujarnya lagi.

Gangguan samseng: Ceramah dihenti untuk keselamatan

Posted: 05 Feb 2013 03:09 AM PST

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi. (Gambar dari blog Omak Kau!)

"Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.

"Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.

"Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak," katanya.

Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.

Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.

"Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau," katanya.

Tak sampai 10 jam adu polis

Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman petang semalam.

Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan 'Kembara Oren'.

"Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program yang akan dilakukan," katanya.

DUNIACACAMARBA

Posted: 05 Feb 2013 03:08 PM PST

DUNIACACAMARBA


[Video-Wajib Tonton] Bila Bik Mama Pakai Celana..Papa Jeling Zee Ana...

Posted: 05 Feb 2013 04:00 AM PST








[Video] Isteri Adun Paka Dakwa Jumpa Gambar Mengaibkan dalam Telefon Bimbit Suami

Posted: 04 Feb 2013 10:35 PM PST


Isteri ADUN Paka Dakwa Suaminya Cemar Maruah Keluarga


[BuletinOnline] DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin bin Abdullah, didakwa tidak tahu menjaga maruah dan nama baik keluarga kerana telah mempamirkan 'kisah cintanya' dalam sebuah majalah hiburan pada Disember lalu, menyebabkan anak-anak dan isterinya merasa malu.

Menurut isteri keduanya, Mastura Othman, 46, beliau 'tidak kisah' kalau suaminya berkahwin lagi, namun mestilah bertanggungjawab dan memelihara maruah beliau dan anak-anaknya.

Katanya, beliau mula mengesyakki Ariffin bernikah buat kali ketiga dengan Saidatulnisa Aminuddin, pada bulan Jun tahun lalu, apabila terjumpa gambar 'kemaluan seorang perempuan' dalam telefon tangan milik Ariffin.

"Rahsia terbongkar apabila saya buka telefon suami saya, saya terjumpa gambar kemaluan perempuan, yang dihantar oleh Saidatulnisa, jadi saya tanya suami saya.....siapa perempuan itu?

"Saya desak dia....berkali-kali....akhirnya saya sendiri yang sebut (tanya) apakah dia itu isteri you? (dan dia mengangguk) saya 'check' nombor pengirim dan yang angkat adalah perempuan, nombor telefon Saidatulnisa,"
jelasnya. [lihat video rakaman sidang media Mastura]



Apabila ditanya apakah tuntutan 'cerai' tersebut akan menjejaskan karier politik suaminya, beliau berkata, itu terpulang kepada suaminya, kerana menurutnya, suaminya yang mencetuskan semua masalah yang telah berlaku.

"Itu terpulang kepada dia, dia yang mencipta segala masalah, ini atas kerelaan saya sendiri, saya rasa saya tak perlulah fikir banyak-banyak tentang dia, kita pun dah tua, anak (anak) pun dah besar,"ujarnya kepada pihak media.

Mastura berkata demikian setelah hadir bagi mengemukakan tuntutannya di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, di sini pada Isnin, 4 Februari. [Gambar kanan bawah; artikel terbitan sebuah majalah hiburan yang disifatkan oleh Mastura memalukan dan mencemar maruah keluarganya]

 

Katanya lagi, Ariffin selaku seorang yang berjawatan tinggi sebagai seorang wakil rakyat, seorang yang matang dan telah bercucu, tidak sepatutnya mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.

Beliau berkata keputusan menuntut cerai sebagai isteri yang sah kepada Mohd Ariffin terpaksa dibawa ke mahkamah setelah Ariffin gagal pulang ke rumah dan melafazkan 'talak' secara baik.

"Kali terakhir saya jumpa dia pada 19 Disember dan selepas itu saya bagi (hantar kepada) dia SMS supaya dia datang lafazkan secara baik di rumah, saya tunggu sehingga 22 Januari (tetapi) dia tak datang-datang, jadi saya beritahu dia saya akan buat tuntutan mahkamah,"katanya.

Justeru, walaupun telah berkahwin selama 24 tahun, Mastura berkata, beliau hanyak mahu menuntut cerai dan tidak mahu menuntut apa-apa selain dari itu.

Dalam pendengaran kes kali pertama itu di hadapan Hakim Syari'e Shamsuddin Ngah, Ariffin atau peguamnya gagal menghadirkan diri ke mahkamah.

Oleh itu, Hakim memutuskan kes tersebut ditangguh kepada tarikh 27 Februari akan datang.


P/s: Fuh!!!!


Didakwa Merogol Teman Wanita — Juara Program Hiburan Realiti TV Ditangkap

Posted: 04 Feb 2013 06:09 PM PST


Satu sumber yang dipercayai berkata, suspek yang berusia 20-an telah merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana semalam.

Didakwa oleh teman wanitanya, suspek ditahan pada jam 12 tengahari di Taman Melati setelah wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol tersebut.

Ketika kejadian yang berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari wanita tersebut mendakwa berada di rumah kekasihnya dan ketika itulah dia dirogol.

Sumber turut memberitahu bahawa berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa ketika keluarga suspek tiada di rumah.

Jika suspek didapati bersalah atas dakwaan merogol teman wanita sendiri, beliau boleh dipenjara selama 20 tahun dan juga sebatan.

Penahanan penyanyi itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun enggan mengulas lanjut berkaitan kes ini. -RK

[Gambar Lawak] Debat Laki-Bini, BN Buang Tabiat???

Posted: 04 Feb 2013 04:00 PM PST



Mahu gelak? Gelaklah! Memang lawak!!!

Belum lagi tengok berapa kerat orang menonton debat lawak ini!

Aduhai, kasihan!!!!






Biaqpila

Posted: 05 Feb 2013 03:07 PM PST

Biaqpila


Mengapa Samsung dapat IPP Prai 2.4 bilion?

Posted: 04 Feb 2013 11:52 PM PST


PERHATIAN: Sidang Media SAMM serah laporan penyelewengan projek RM2.47bilion Prai Power Plant (SAMSUNG dapat melalui pintu belakang)

Sidang media akan berlangsung pada 6 Febuari, 11.45pg di SPRM Putrajaya (esok)

!!! Turut akan didedah dan diserahkan bukti kait keluarga PM dan dokumen berkaitan

Jemput semua pengamal media untuk hadir kerana selepas laporan SPRM dibuat, semua dokumen dll akan dilabel 'rahsia'-akta SPRM

Kenyataan Penuh/Asal di sini - [GEMPAR] MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG

anakmudamalaysia.com

PR menang besar PRU13

Posted: 04 Feb 2013 08:18 PM PST


IPOH - Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ramalan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya kelmarin.

Menurutnya, PR Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.

Melalui senarai berkenaan, hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh PR kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN.

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik PR dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Terengganu pula menyaksikan PR dan BN mempunyai kekuatan seimbang selepas Nizar meramalkan PR dan BN masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.

Dalam kenyataan di Twitternya, kelmarin, Mohammad Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada Umno dan BN.

"Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun," katanya.


SH


Kerabu Bersuara ®

Posted: 05 Feb 2013 03:02 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Isu Penari Separuh Bogel, Syabas Anwar!

Posted: 05 Feb 2013 06:57 AM PST

Anwar mahu PKR siasat acara tonjol wanita seksi

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/576/470x275x5916d5a7e706a61351efc17c59dac803.jpg.pagespeed.ic.Ea9nUK_5_u.jpg

Hafiz Yatim

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu ranting parti itu yang didakwa menganjurkan tarian dengan menampilkan wanita berpakaian mengghairahkan.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang patut disokong.

Katanya, PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu didapati tidak sesuai dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.

"Parti ini perlu mendukung nilai yang baik, yang mana ia perlu dipertahankan setiap masa," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan yang akan diambil oleh parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan majlis tersebut.

Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis tersebut dianjurkan satu ranting PKR di Kulim.

Anwar berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama berkaitan pendidikan percuma di Universiti Selangor di Shah Alam.

admin: tolong chek otak orang yang anjur program ni!

Terkini! Gambar Debat Antara Hasan Ali Dan Noh Omar Dihadiri Ribuan Rakyat

Posted: 05 Feb 2013 03:02 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c28.0.843.403/p843x403/529589_10151414693987402_797158862_n.png

Kali pertama mereka berdebat.

Khalayak penuh dengan orang ramai?

Najib yakin tawan Selangor?

Kahkahkahkahkah...

Gila Apa PKR Kulim Anjur Tarian Separuh Bodel?

Posted: 04 Feb 2013 09:44 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/521885_560914093921469_477441441_n.jpg

Mohon Anwar dan pemimpin lain ambil tindakan sewajarnya. Kami di bawah berhempas pulas nak ajak rakyat ke arah kebaikan tetapi ada sesetengah pemimpin langsung tidak hirau sensitiviti orang lain.

Jika benar la.

Kalau dah gila nak menari sangat, masuk BN la!

Haji Hadi Berpakaian Mengalahkan Presiden Umno Semasa Melawat Kebakaran

Posted: 04 Feb 2013 09:39 PM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/486778_10151342517613369_687392389_n.jpg

Ayah chik meninjau keadaan kebakaran asrama bersama polis

Lelaki bermotosikal potong banner Nurul Izzah Anwar!

Posted: 04 Feb 2013 05:55 PM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/14373_4241652330779_718052487_n.jpg

M Fakhrurrazy M Ariff

Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah. Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini. Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau. Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban..

Muslimeen United

Posted: 05 Feb 2013 01:43 PM PST

Muslimeen United


TARIK BALIK PENGANUGERAHAN GELARAN WIRA ISLAM DRP NAJIB

Posted: 05 Feb 2013 01:55 AM PST


UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI/GPMS/MAJLIS BELIA MALAYSIA/JAKIM telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila menobatkan Najib Razak sebagai WIRA ISLAM TERUNGGUL DAN TERHEBAT YANG PALING BERANI dalam dunia sebaik saja menjejakkan kakinya di lapangan terbang sekembali dari lawatan ke Gaza, Palestine baru-baru ini.

Sepatuttnya gelaran itu lebih wajar diberikan kepada Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Asri b Zainul Abidin @ MAZA, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mazlee Malik dan Bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim.

Omakkau berhujah atas dasar ikut hukum akal logik.
1) Najib ke Gaza dengan dieskort tentera dan pengawal-pengawal peribadi ketika aman dengan menggunakan dana dan harta rakyat sedang mereka bertiga pergi kesana dengan duit sendiri tanpa pengawal semasa Gaza masih bergolak.

2)  Najib Razak dan Rosmah Mansor hanya pijak kaki di Gaza tak sampai beberapa jam dan tidak menginap disana sedangkan Dr Maza, Dr Mazlee dan Shahidan Kassim berada disana untuk beberapa hari dan bermalam dan tidur disana.

3)  Najib Razak pergi ketempat-tempat tertentu sahaja yang dipastikan keselamatannya terjamin sedangkan Dr MAZA sampai pergi kerumah pengasas Perjuangan Jihad HAMAS Al Syeikh As- Syahid Ahmad Yassin yang terkorban hasil bedilan roket Israel Laknatullah.

4)  Shahidan Kassim menyampaikan bantuan berupa wang dari koceknya sediri sedangkan Najib Razak keluarkan bantuan yang diambil dari dana Kerajaan.

Jadi siapa yang layak antara Najib Razak dan mereka bertiga untuk diberikan gelaran WIRA ISLAM TERUNGGUL , TERHEBAT DAN PALING BERANI SEKALI DIDALAM DUNIA?

Mohon dan desak UMNO, PERKASA, JATI, PEKIDA, JAKIM, GPMS dan MAJLIS BELIA MALAYSIA supaya tarik balik gelaran WIRA ISLAM yang tidak sewajarnya yang kini menjadi bahan momokkan dan ketawa antarabangsa dari Najib Razak untuk diserahkan kepada mereka bertiga!!!!!... ADA BERANI????...ADA HARGA DIRI????... TAUBAT LAHOM TIDAK AKAN BERANI PUNYA!!!! -Omakkau

[BERGAMBAR] Guru Wanita Mati Kemalangan, Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta!

Posted: 05 Feb 2013 01:51 AM PST



Rawang – Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta -hm


KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.


Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas

Posted: 05 Feb 2013 01:40 AM PST


MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya.

(Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ)

Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan.

Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

"Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan," ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.

Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama.

Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang.

"Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar.

"Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT," ujarnya.

Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ.

Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu.

Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan.

"Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki," ujarnya.

Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma'ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).

Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. -Hrkh

[VIDEO] Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" Di Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap

Posted: 04 Feb 2013 08:03 PM PST



Kuantan – Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.

Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.

Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya.

"Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya.

Pengunjung panik

Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam.

Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ.

Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit.

"Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang," katanya yang bertugas di bahagian jamuan.

Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang.

Berlari selamatkan diri Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu.

Katanya, sebaik sahaja khemah 'terbang' dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan.

"Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu.

Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dilihat menyajikan makanan kepada pengunjung dan peserta My Beautiful Malaysia. -SH

[Apa yang berlaku ini bukanlah kali yang pertama sebenarnya. Cuma kali berbeza apabila kelibat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak hanya berucap secara langsung dari Kuala Lumpur.

Sebelum ini di Padang MPK2 juga berlaku ribut yang cukup dasyat hingga merosakkan banyak booth pameran dan jualan ketika majlis pelancaran hari Koperasi.

Selepas itu satu lagi kejadian ribut disaksikan pula di Taman Gelora dalam acara yang turut melibatkan Najib.

Kini, kali ketiga ia berlaku di bandar Kuantan.

Apakah ia bermakna negeri Pahang bakal tenggelam dek gelombang kebangkitan suara rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya? Malah, Kuantan juga ditenggelami air yang paling teruk dalam sejarah ketika banjir melanda baru-baru.

Mungkinkah "Tsunami Politik" yang sebelum ini tidak melanda Pahang akan menjadi kenyataan kali ini.

Kini, cuma rakyat yang berhak membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama UMNO BN atau membuat perubahan untuk menyelamatkan negeri ini.

Buat pilihan yang tepat dan mungkin ribut yang melanda ada hikmah dan satu petanda jelas angin perubahan akan melanda.

Kini segalanya terletak ditangan rakyat Pahang]
. -PDO


Kerja Kotor SPR Terbongkar Lagi..

Posted: 04 Feb 2013 04:41 PM PST


KUALA LUMPUR 4 Feb: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menuntut penjelasan dan bantahan mengenai tindakan badan itu mendaftar seorang individu sebagai pengundi tanpa pengetahuannya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, individu tersebut tidak tahu menahu namanya didaftarkan sebelum menyedari ketika mahu mendaftarkan nama sebagai daftar pemilih baru-baru ini.

"Beliau tidak tahu namanya sudah didaftarkan. Perkara ini disedari beliau apabila mahu daftar tetapi gagal kerana rekod namanya sudah ada dalam daftar pemilih. Umurnya sudah 35, pilihan raya tahun ini dia mahu mengundi," jelas Tian.

"Hairannya, dia sudah lama menetap di Singapura dan tidak pernah mengundi. Persoalannya siapa yang mengundi untuknya setiap kali pilihan raya," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Kata beliau, pemilih yang didaftar tanpa pengetahuan empunya diri banyak dikesan, namun lepas tangan SPR menyebabkan perkara tersebut berlarutan.

"Ini taktik Umno BN untuk menambahkan bilangan pengundi hantu. Sejauhmana SPR telus dalam kerjanya kerana daftar pemilih masih 'kotor'.

"Untuk kes ini, kita akan jumpa SPR. Individu tersebut juga tidak mahu mengundi di Pulau Pinang kerana beliau kini sudah tinggal di Kuala Lumpur. Jauh untuknya mengundi di sana.

"Kita tak mahu tangguh lagi. Kalau sempat sebelum Tahun Baru Cina kita jumpa SPR. Individu itu kecewa dengan SPR kerana mendapati namanya telah berdaftar," ujarnya melindungi nama individu tersebut untuk keselamatan. ~keadilandaily

[Isu Banner Najib Diturunkan] Perdana Menteri Bukannya Tuhan Malaysia

Posted: 04 Feb 2013 04:38 PM PST


Saya amat terharu apabila membaca artikel dalam Bernama yang menyatakan Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen, memaki Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan bunting dengan gambar Perdana Menteri mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kaum China.

Untuk seorang warga Malaysia berbangsa China, ini tidak perlu diheboh-hebohkan sehingga gambar Najib terdapat di hampir setiap sudut negara ini seolah-olah Najib sudah menjadi satu-satunya tuhan agama baru di Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya, sudah timbulnya, Najib's Cult.

Pada zaman Adolf Hitler, gambar Hitler dipaparkan di seluruh negara Jerman, tetapi akhirnya jatuh juga Empayar yang dikuasai Nazi Jerman. Pada hari ini, Hitler masih diingati tetapi sebagai seorang diktator yang mengancam keamanan dunia.

Kerajaan negeri berhak bertindak waras

Sudah cukup sekiranya Najib berlaku matang dan tidak memerangi rakyat biasa, tidak perlu dipaparkan gambarnya lagi, kecuali kalau muka beliau seperti seorang raja yang kacak seperti Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semasa baginda masih muda.

Pada pendapat saya, Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja berhak menurunkan banner yang berunsurkan kempen BN untuk pilihanraya umum yang akan datang, malah pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) seharusnya mengambil tindakan ke atas Najib kerana sudah mula berkempen dengan dana rakyat sebelum tarikh pilihanraya diisyhtiharkan.

Apabila sebelum ini, gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dipijak-pijak, dan Najib tidak memberi sebarangan komen untuk mengawal perangai ahli-ahli Umno, maka saya percaya Saudara Lim Guan Eng juga tidak perlu memberi sebarang jawapan kerana jelas ternyata dalam Akta Kerajaan Tempatan bahawa banner yang tidak mendapat lesen seharusnya diturunkan.


Ng Yen Yen sebagai ahli pahlimen seharusnya merujuk kepada Akta tersebut dan Najib, sebagai perdana menteri, tidak seharusnya berlagak seolah-olah beliau adalah lebih tinggi daripada undang-undang yang sedia ada.

Dengan ini, saya juga menyeru semua Kerajaan Negeri di bawah Pakatan mengambil tindakan seperti Kerajaan Pulau Pinang untuk memastikan sebarang banner yang tidak mendapat lesen diturunkan sama sekali. Ini adalah kerana Umno seolah-olahnya cuba mengagungkan Najib sehingga ke tahap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang wajahnya pun tidak pernah dipaparkan sebagai bendera di Wisma Putra.

Tidakkah salah di sisi keagamaan?.

Saya juga menanya-nyanyakan kenapa mufti-mufti negara ini tidak menegur Perdana Menteri kerana membenarkan Umno dan BN memaparkan gambarnya di setiap sudut negara ini. Bukankah ini salah di sisi keagamaan? Bekas Perdana Menteri sebelum ini tidak pernah berbuat demikian sehingga gambar mereka dijadikan subjek publisiti, tetapi walaupun mereka sudah meninggal dunia, malah kami masih lagi ingat kepada muka mereka, terutama sekali Bapa Malaysia yang disanjung tinggi sehingga hari ini, YAM Tunku Abdul Rahman.

Begitu juga Ketua Pembangkan, Anwar Ibrahim. Sekiranya bertemu di tepi jalan, tidak seorang pun akan tertanya-tanya, "Ini kah rupanya Anwar Ibrahim (DSAI)?" Ataupun Pak Lah, yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004.

Sebagai rakyat, saya berharap paparan gambar Najib dapat diberhentikan sama sekali. Sekiranya tidak, sebagai rakyat biasa, saya menyeru supaya semua rakyat mengambil tindakan seperti apa yang saya berhak untuk terus mengoyakkan gambar Najib yang dikirimkan sehingga ke rumah tanpa diminta keizinan saya. Kedua-dua surat yang dikatakan dikirimkan oleh Najib ke rumah saya terus masuk dalam tong sampah selepas dikoyak, seperti kebanyakan iklan yang diletakkan dalam peti surat saya.

Tiada bezanya Najib dengan pengiklan yang lain, kerana Najib sudah menjadi satu produk iklan yang saya tidak perlu dalam menyara kehidupan saya.

Cuba faham, jangan angkuh

Yen Yen dan Najib seharusnya faham bahwa rakyat biasa seperti saya sangat muak dengan kempen Barisan Nasional yang sudahpun melampaui batas. Hari-hari di sini dan di sana diberitahu janji ditepati, tetapi keesokan hari pelbagai isu dibangkitkan. Sementara membaca iklan "Janji Ditepati", tayar kereta masuk dalam lubang jalan yang tidak ditampal kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kekurangan bajet.

Wang yang dibelanjakan untuk mencetak banner dan bunting seharusnya digunakan untuk memperbaiki segala kemudahan asasi untuk rakyat, bukannya dibazirkan dengan kempen Barisan Nasional yang pada pendapat saya sudah menjadi semakin songsang.

Kempen ini menelan perbelanjaan yang amat besar dana rakyat. Pada pendapat saya, wang ini seharusnya digunakan untuk membantu fakir-fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk meraikan Tahun Baru China pada tahun ini, ataupun digunakan untuk memperbesarkan Jalan Sungai Palas di Cameron Highlands yang terlalu sempit untuk menampung 2,000 ke 3,000 pelawat setiap hujung minggu sebelum cuti panjang Tahun Baru ini, sebelum malapetaka berlaku. Saya difahamkan bahawa cadangan melebarkan jalan ini sudahpun dibuat sejak Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi bajetnya sehingga kini tidak diperolehi.

Perkara berkenaan dengan keselamatan pelancong-pelancong ke Pusat Teh Boh di Sungai Palas pernah dikemukakan kepada Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan, secara emel, namum tiada sebarang progres (kecuali apa yang dibuat oleh pihak Teh Boh) walaupun sudah hampir dua tahun saya mengikuti perkembangan di Jalan Sungai Palas. Selaku MP Raub dan orang Pahang, Yen Yen seharusnya mengambil berat ke atas sebuah destinasi pelancongan yang berjaya di negeri Pahang.

Dana rakyat, titik peluh rakyat

Dalam sebuah negara demokratik, Najib tidak seharusnya membelanjakan wang rakyat yang besar untuk berkempen sebelum tarikh pilihanraya diishyitiharkan. Perbelanjaan sebesar apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, pada pendapat saya, juga bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada, dan SPRM seharusnya mengawasi kempen yang berat sebelah ini.

Saya ingin mengingatkan kepada Najib dan Ng Yen Yen bahawa salah satu daripada agenda Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 adalah untuk memastikan peluang berkempen adalah diadakan dengan adil untuk kedua-dua pihak, Pembangkang dan Barisan Nasional. Dengan kempen yang sudah dimulakan dengan dana rakyat, ini adalah tidak telus kerana wang kerajaan adalah dari titik peluh rakyat.

Najib dan Yen Yen seharusnya juga sedar bahawa hari ini mereka adalah parti yang membentuk kerajaan tetapi keesokan harinya, mereka mungkin menjadi pembangkang pula. Dalam sebuah negara demokratik, ini tidak mustahil! Jadi jangan terlalu angkuh atau cuba memerangi rakyat sekalian.
-surat FMT



MPSP: Yen Yen mahu kami langgar undang-undang?


Majlis Perbandaran Seberang Perai menyelar menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan menghina pekerja yang menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina perdana menteri di kawasan berkenaan.

Seorang ahli majlisnya, Steven Sim berkata Ng bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Pulau Pinang tetapi juga pekerja MPSP yang hanya menjalankan tugas mereka pada har itu.

"Sebagai seorang menteri, Ng sepatutnya lebih tahu bahawa undang-undang mesti dipatuhi.

Adakah dia bermaksud bahawa tiada apa-apa jika langgar undang-undang, hanya kerana ia melibatkan PM, atau Najib?," soalnya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan bahawa MPSP menurunkan kain rentang dengan gambar Najib itu kerana ia dipasang tanpa mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

"Adakah Ng berkata pekerja itu salah kerana menjalankan tugas? Beliau patut meminta maaf kepada MPSP dan pekerjannya atas kenyataan menghinanya yang mengkritik tugaas rasmi MPSP," katanya.

Sim berkata tindakan sama turut dikenakan ke atas kain rentang haram lain dan tiada kaitan dengan BN atau Najib.

Tambahnya, pekerja MPSP hanya menjalankan tugas biasa mereka di sekitar kawasan Bagan apabila terlibat kain rentang haram yang dinaikkan oleh BN.

Sebanyak 971 kain rentang, termasuk 678 dengan gambar Najib, diturunkan dalam operasi pada hari itu, katanya.
-mk

AKU INGIN BEBAS

Posted: 05 Feb 2013 01:39 PM PST

AKU INGIN BEBAS


JAHANAM STYLE - ARTIS TEMPATAN DIPINGGIRKAN

Posted: 05 Feb 2013 07:48 AM PST


Sebenarnya isu kehadiran Psy ke Malaysia bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan pemerhati politik tetapi turut sama memberi tempias yang sangat kuat terhadap artis-artis tempatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi turut meluahkan pendapatnya menerusi Twitter.

zed zaidi psy

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 05 Feb 2013 01:25 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


UMNO TELAH MENGEMUKAN CALUN-CALUN PRU13

Posted: 04 Feb 2013 11:17 PM PST

PENYAPU SIAL

Posted: 05 Feb 2013 01:02 PM PST

PENYAPU SIAL


goyang gerudi UMNO style...didik umatnya punggah maksiat ikut jejak bapak syaitan yang di kenali

Posted: 05 Feb 2013 09:07 AM PST

tak cukup  pulun  bawa K-POP korea tu sampai perabih BERJUTA pun masih tak cukup... umur dah nak MAMPOS dah pun...... RUMAH KATA PERGI KUBOQ DOK KATA MARI....patutlah seronok ikut islam ciptaan sendiri.....ularmak tersohor fathur  bari dan hassan pundek ali ,nasha nusyuz dan zul kulum mana..???....tak nak tumpang sekaki ke...bior sampai terjulur jubur dan pelir kamu..!!!

jantan di buli bini jadi menteri pula di buli menteri singapura...

Posted: 05 Feb 2013 08:55 AM PST

jantan di buli bini sampai biar bini buat sesuka hati

jantan di buli  bini jadi menteri  di buli menteri  singapura

DALAM perjalanan ke Lapangan Terbang Senai, teksi yang saya bersama-sana Hajjar Hasan dan Insyirah dipotong laju oleh sebuah kereta sporty yang didaftar warga Singapura.

Pemilik teksi sewa marah kerana keretanya dipotong dalam kondisi bahaya.

Terlanjur marah, beliau turun mempertikai pentadbiran kerajaan pusat yang dikuasai oleh Umno Barisan Nasional.

"Pemimpin kita kalau isteri sendiri pun takut dan seringkali dibuli di rumah, rakyat di bawahnya akan terus dibuli oleh Singapura.

"Kereta kita kalau laju, AES (kamera saman automatik 1Malaysia) lah jawabnya.

"Kereta kita diburu oleh JPJ (atau) SPAD. Tapi, kereta Singapura bebas laju di lebuh raya kita tanpa penguatkuasaan.

"Motor (didaftar di Malaysia) yang masuk ke Singapura dikenakan cukai 4 dolar Singapura. Kereta (dari Malaysia) pula dikena cukai 30 dolar Singapura.

"Mengapa kenderaan Malaysia ke Singapura saja yang dikenakan cukai? Mengapa kenderaan dari negara asing itu yang masuk ke negara kita tiap-tiap hari tidak dikenakan cukai perjalanan.

"25,000 motosikal negara masuk ke Singapura tiap-tiap pagi, (maka) Singapura terima pendapatan kira-kira 100,000 dolar Singapura pendapatan cukai tiap-tiap hati. Cukup untuk tampung kos operasi imigresen (Singapura), Malaysia?," tegas pemandu teksi tersebut.

Justeru, beliau berkata, orang yang biasa dibuli, mustahil boleh mencegah rakyat di bawah kekuasaannya dari terus dibuli Singapura.

Malaysia tidak perlu pemimpin yang lemah. Lawan pembuli, tolak pemimpin Umno BN.

Addin

Posted: 05 Feb 2013 11:05 AM PST

Addin


Ustaz Nasha Kini Agen Umno

Posted: 05 Feb 2013 08:23 AM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.

Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.

Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.

"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.

"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.

Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.
  
"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.

"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.

Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.

"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.

Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.

"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.

Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.

Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.

"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.

Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.

Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno
untuk menjadi calon PRU13.

Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.

"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas. ~bernama



Iklan C (ii)



Kantoi!! Akhirnya Nazri Aziz Mengakui Media Perdana Jadi Alat Umno BN

Posted: 05 Feb 2013 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Feb: Jawatankuasa Penilaian Pilihan Raya Muslim Eropah mendedahkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui media arus perdana memang alat untuk kerajaan Umno BN.

Wakil jawatankuasa itu, Drs Fadime Orgu menjelaskan, kenyataan tersebut dinyatakan Nazri ketika pertemuan mereka di Parlimen, tengah hari tadi."Pimpinan pembangkang ketika kami temui hampir semua menyatakan tentang tidak ada kesamarataan media dan pembangkang tidak diberi ruang langsung untuk menjelas agenda mereka dalam media arus perdana terutama menjelang pilihan raya.

"Kami bertanya kepada Nazri, mengapa tidak diberi sebarang liputan kepada pembangkang.Fadime (tengah), bersama Zoulhair dan Fuziah di ibu negara hari ini."Beliau menjawab, Malaysia tidak sama dengan negara lain. 

Media awam arus perdana (TV3,Utusan) sememangnya alat untuk kerajaan," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, petang tadi, ditemani rakannya, Zoulhair Amri.

Menurut Fadime, Nazri juga menyatakan kesudiannya untuk membuat penyelidikan berkenaan proses pilihan raya yang tidak telus."Kami bertanya kepada beliau tentang pendedahan berhubung pilihan raya yang berjalan tidak bersih dan tidak adil.

"Beliau menyatakan bahawa penyelidikan 'akan' diadakan mengenai permasalahan tersebut," kata bekas Ahli Parlimen Belanda itu.Tambahnya, perkembangan beberapa pergerakan di Malaysia semakin lebih baik.

"Dalam siri pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, kami dapati perkembangan demokrasi di sini semakin baik."Beberapa pergerakan yang berlaku di Malaysia contohnya seperti Bersih, pergerakan memperjuangkan hak alam sekitar dan gerakan dari mahasiswa merupakan perkara yang positif untuk negara.

"Kami akan menyiapkan laporan penuh pemerhatian selama tiga hari di Malaysia ini dalam masa beberapa minggu lagi," ujarnya.Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh dan Pengarah Hal Ehwal Parlimen Pejabat Ketua Umum KEADILAN, Abdul Malek Hussin. ~keadilandaily



Iklan C (ii)



Terbaru.. Maahad Tuan Guru Haji Hadi Di Rusila Terbakar

Posted: 05 Feb 2013 02:06 AM PST


Assalamualaikum, Takziah diucapkan kepada semua... pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Insya'Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin.

Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).
Terima Kasih.


Ayah Chik meninjau keadaan kebakaran asrama bersama anggota Polis....




Mohon doa sahabat.. Kebakaran blok B, C dan D sekarang.... Mohon bantuan dan doa semua....

Innalillah..


~ FB



Iklan C (ii)



PKR Buat Kerja Bodoh.. Saksikanlah!!

Posted: 04 Feb 2013 11:57 PM PST


Tiga penari separuh bogel telah dilaporkan dijemput untuk mengadakan persembahan selama tiga jam dalam satu majlis menyambut Tahun Baru Cina oleh PKR Kulim Sabtu lalu..
Persembahan selama tiga jam oleh tiga penari wanita mendedahkan belakang dan perut mereka telah diatur oleh Exco Kerajaan Negeri dan ADUN PKR Kulim Lim Soo Nee untuk menangkis dakwaan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan satu garis panduan menyekat persembahan awam semasa Tahun Baru Cina.

Lim juga menjemput Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk merasmikan acara itu dan menyaksikan sendiri bahawa persembahan panas seperti itu dibenarkan dalam PAS memerintah Kedah.

Tujuannya nampak baik.. tapi bila dilaksanakan ianya nampak sebagai satu kerja bodoh.. Kenapa perlu dilayan kenyataan bintang porno itu?

Mungkin ada yang mengatakan tidak menjadi masaalah bagi PKR untuk menganjurkan persembahan seperti itu kerana PKR merupakan parti yang ahlinya terdiri dari berbilang bangsa..

Tapi.. bangsa apa yang ada dalam PKR mewarisi tarian separuh bogel itu?? ~anaksungaiderhaka



Iklan C (ii)



Kantoi!! Utusan Sedia Minta Maaf Kerana Fitnah MP Indera Mahkota

Posted: 04 Feb 2013 09:38 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Feb: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh sekali lagi ke 18 Februari ini untuk menentukan jumlah bayaran ganti rugi dan permohonan maaf oleh akhbar kawalan Umno itu.

Keputusan kes itu sepatutnya diumum hari ini, tetapi terpaksa ditunda kerana salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan tidak hadir.Bagaimanapun, menurut Azan, Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini, dan akan ditentukan pada tarikh yang ditetapkan.


Kita tak mendesak untuk mencapai keputusan cepat, jadi tak apa. Kita tunggu 18 Februari, untuk mengetahui jumlah gantirugi yang Utusan perlu bayar, beserta permohonan maaf yang mereka setuju untuk buat," jelas Azan mengulas penangguhan tersebut, di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar danUtusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.Azan diwakili peguam, A Vasudevan. ~keadilandaily




Iklan C (ii)



Bekas Pelakon Popular Dapat Pembelaan Dari Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 04 Feb 2013 07:59 PM PST


KUALA LUMPUR 5 FEB : Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong yang kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Setiausaha Persatuan Lawn Bowl Selangor, Hamzah Sajadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor.

Pemberian ini atas dasar tanggungjawab sosial dan prihatin Kerajaan Negeri berkenaan masalah kesihatan yang dialami.

Yahya, 84, mengidap asma dan sakit paru-paru manakala Hamzah mengalami cedera dan koma terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 20 Januari lalu apabila kereta dipandunya dirempuh sebuah lori.

Kemalangan tersebut turut mengorbankan isteri Hamzah, Siti Hamidah Masnan, 50, dan anak perempuannya, Siti Amalina, 15, tercedera dan ditempatkan di HTAR.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri memutuskan menyalurkan bantuan itu pada Disember tahun lalu dan ia adalah satu usaha bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira sama ada anak Selangor atau tidak.

"Kerajaan Selangor hari ini menyumbangkan RM2,000 untuk memastikan keperluan mereka dapat dipenuhi. Nilai duit itu bukanlah isu cuma keprihatinan itu dan secara tidak langsung kita juga berbincang jika ada keperluan lain yang boleh diberikan," katanya selepas lawatan di HKL.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mendoakan agar kedua-dua pesakit ini kembali sembuh dan menjalani hidup seperti sedia kala.

Sementara itu, anak kedua Hamzah, Faid, 26, berkata, dia dan ahli keluarga yang lain berasa sedih dengan kejadian menimpa keluarga mereka terutama kehilangan ibu mereka.

"Saya dan adik beradik lain sama-sama menjaga bapa dan adik kami yang kini menjalani rawatan di hospital. Saya juga berhenti kerja untuk memudahkan saya menjalankan tangungjawab ini.

"Kami bersyukur dengan bantuan diberikan Kerajaan Negeri yang prihatin dengan apa yang berlaku pada keluarga kami," katanya. ~selangorku



Iklan C (ii)



Telok Bakong Online

Posted: 05 Feb 2013 11:03 AM PST

Telok Bakong Online


UMNO KANTOI LAGI...

Posted: 05 Feb 2013 05:34 AM PST


Gambar yang diedit oleh cai cai umno.

Haiiyaaaa. elmet tatak pakai ka...3 lagi naik..

Posted: 04 Feb 2013 11:47 PM PST

Tak Payah Susah Susah Nak Kempen Lagi..HIJRAH BOTA..


Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 05 Feb 2013 09:46 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Wow ... Pakar Strategi Tentera dalam PR ...?

Posted: 05 Feb 2013 05:17 AM PST

Wow ... Strategis Tentera dalam PR ...?
Leftenan Jeneral ...?
Dot, dot dot com ...?

Al Ikram

Posted: 05 Feb 2013 09:35 AM PST

Al Ikram


HARAMJADAH TERUS TIMPA UTUSAN ...

Posted: 04 Feb 2013 08:07 PM PST

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 05 Feb 2013 09:35 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


lebih 100,000 pengundi dengan etnik ganjil

Posted: 04 Feb 2013 09:38 PM PST

Merap menyatakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".

Satu kajian oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati hampir 12 peratus daripada pengundi di Sabah direkodkan dengan etnik ganjil itu dalam kad pengenalan masing-masing.

Sebahagian daripada kad pengenalan yang dimiliki pengundi ini menjadi pertikaian utama dalam petisyen pilihan raya Likas 1999 di Sabah lebih satu dekad lalu.

Mahkamah berkenaan memutuskan bahawa individu berkenaan mungkin merupakan pengundi hantu yang ditempatkan di kawasan terbabit, namun ia masih kekal dalam daftar pemilih.

Merap dalam tulisan di blognya menyatakan, daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".

Analisis berkenaan mendapati, pengundi seperti itu banyak ditemui di kawasan parlimen Silam, Kimanis, Kalabakan, Libaran, Papar, Tawai, Sipitang, Beaufort dan Putatan dalam daftar pemilih suku pertama 2012 untuk yang membentuk lebih daripada 15 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar.

Walaupun dengan rekod etnik seperti itu, majoriti daripadanya dinyatakan sebagai individu yang dilahirkan di Malaysia, menurut Merap.

Semakan kod negeri dalam kad pengenalan berkenaan seterusnya menunjukkan bahawa lebih 7,000 bangsa Filipina, 5,000 Indonesia dan 2,000 Pakistan dalam senarai itu direkodkan sebagai dilahirkan di Sabah.

"Malah terdapat lima orang (bangsa) Bangladesh dan seorang (bangsa) Burundi dilahirkan di Sabah."

[Baca berita penuh]

PAS JADI KAMBING HITAM KDN DAN UMNO?

Posted: 04 Feb 2013 05:08 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.
Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.

"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.

"Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi.

Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi.

Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.

"Mengapa heret kami dalam perbincangan ini?," kata Hadi.

Hadi sebelum ini mengumumkan pendirian PAS bahawa penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam dibenarkan walaupun ia tidak mencapai maksud sebenar Al-Quran.

Penggunaan kalimah Allah itu juga dibenarkan dengan syarat ia tidak disalahguna atau pun bertujuan menghina agama Islam, kata Hadi.
Beliau menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 05 Feb 2013 09:23 AM PST

Anak Sungai Derhaka


PKR Kulim dan kerja bodohnya...

Posted: 04 Feb 2013 10:16 PM PST


Tiga penari separuh bogel telah dilaporkan dijemput untuk mengadakan persembahan selama tiga jam dalam satu majlis menyambut Tahun Baru Cina oleh PKR Kulim Sabtu lalu..

Persembahan selama tiga jam oleh tiga penari wanita mendedahkan belakang dan perut mereka telah diatur oleh Exco Kerajaan Negeri dan ADUN PKR Kulim Lim Soo Nee untuk menangkis dakwaan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan satu garis panduan menyekat persembahan awam semasa Tahun Baru Cina.

Lim juga menjemput Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk merasmikan acara itu dan menyaksikan sendiri bahawa persembahan panas seperti itu dibenarkan dalam PAS memerintah Kedah.

Tujuannya nampak baik sebab cuba membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Kedah tidak menghalang persembahan sebegitu sebagaimana yang di dakwa oleh BN..

Tapi bila dilaksanakan ianya nampak sebagai satu kerja bodoh.. bodoh kerana menganjurkan tarian separuh bogel itu hanya untuk membuktikan kepada MCA bahawa tidak ada larangan yang dikenakan oleh Kerajaan Kedah..

Kenapa perlu dilayan kenyataan dari sebuah parti yang diketuai oleh bintang porno itu?

Mungkin ada yang mengatakan tidak menjadi masaalah bagi PKR untuk menganjurkan persembahan seperti itu kerana PKR merupakan parti yang ahlinya terdiri dari berbilang bangsa..

Tapi.. bangsa apa yang ada dalam PKR mewarisi tarian separuh bogel itu??

The Chinese New Year event organised by PKR in Kulim last Saturday, featuring scantily-clad female dancers, has drawn flak from its own coalition partners DAP and PAS, and invited a probe by the Kedah government.

The three-hour performance by three female dancers baring their backs and bellies was arranged by state executive councillor and PKR Kulim assemblyperson Lim Soo Nee to rebut an earlier allegation that the state government had issued a guideline restricting public performances during Chinese New Year.

Lim also invited MCA president Dr Chua Soi Lek to officiate the event to witness for himself that 'spicy' shows are allowed in PAS-ruled Kedah.

However both DAP Kota Darul Aman assemblyperson Lee Guan Aik and state executive councillor Phahrolrazi Zawawi of PAS told Sin Chew Daily that such a performance was not part of Chinese culture.

Phahrolrazi, who chairs the Kedah local government, public works, water and energy committee, said the performance breached the dress code set by the state government.

He said such 'bikini-like' clothing could appear on the beach and not at a public performance attended by both adults and children.

The state government would investigate the organiser over the incident.

Lee refused to comment on Lim's action but stressed that performers should dress decently as Malaysia is a multiracial country.

He added that another Chinese New Year event organised by the DAP in Alor Setar on Feb 11 would feature performers in decent, traditional costumes ~ Malaysiakini

Kenapa Macai UMNO turunkan banner Nurul Izzah?

Posted: 04 Feb 2013 08:17 PM PST


Semasa Pilihanraya Umum yang lalu, banner Nurul Izzah paling kurang kelihatan.. bukan kerana peruntukan untuk membuatnya kurang..

Tetapi semakin banyak yang dinaikkan semakin banyak yang hilang..

Sebabnya dikhabarkan ramai yang mengambilnya untuk disimpan sebagai kenangan, sebab dia cantik..

Kali ini belumpun pilihanraya, banner Nurul Izzah telah diturunkan.. tetapi bukan diturunkan oleh orang ramai yang meminatinya tetapi oleh maca-macai UMNO...

Kenapa agaknya? 

Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah.

Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan dan demokrasi di tanahair tercinta ini.

Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau.

Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat.

Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban.

Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban..


Rakan FB Nurul Izzah

KRAI Utara

Posted: 05 Feb 2013 08:00 AM PST

KRAI Utara


Fuh, giler: Lelaki bertuah temui muntahan paus bernilai £100 000

Posted: 04 Feb 2013 09:21 PM PST

MORECOMBE – Seorang lelaki Inggeris yang menemukan muntahan ikan paus terkejut ketika tahu penemuan uniknya itu ternyata  berharga sangat mahal. Lelaki itu, Ken Wilman   mengatakan bahawa dia boleh menerima wang sebanyak GBP 100 ribu apabila mau menjual muntahan paus itu.Wilman menemukan temuan unik tersebut ketika berjalan-jalan dengan anjingnya, Madge, di sekitar pantai dekat tempat tinggalnya di Kota Morecombe. Madge yang sedang dia bawa jalan-jalan tiba-tiba berhenti dan mengendus-endus satu bongkahan batu.“Mulanya saya kira itu sebuah bola, namun ketika saya lihat lebih dekat ternyata itu adalah bongkahan batu yang cukup besar,” ujar Wilman, seperti dikutip Sky News,   3/2/2013 . “Madge tidak mau berhenti mengendus batu itu, saat saya cium ternyata batu itu berbau sangat busuk saya pun memaksa Medge untuk meninggalkan batu tersebut dan kembali pulang,” lanjut Wilman.Di rumahnya Wilman masih penasaran dengan temuannya di pantai itu. Saat dia mencari di internet ia menemukan bahawa temuannya tersebut ternyata adalah muntahan ikan paus dan berharga sangat mahal.“Saat saya baca bahawa muntahan paus tersebut bernilai mahal saya langsung kembali ke pantai untuk membawanya ke rumah,” pungkas Wilman.Muntahan paus berharga mahal kerana digunakan sebagai bahan pembuatan parfum ekslusif. Wilman pun mengaku telah dihubungi banyak perusahaan parfum besar yang berminat untuk membeli temuannya itu dengan harga mahal.Wilman yang seorang pengangguran dan orang tua tunggal pun merancang menggunakan hasil penjualan muntahan paus itu untuk bercuti dengan puteranya ke luar negeri. Ia pun tidak lupa memberikan sosej kesukaan Madge sebagai ucapan terima kasih kepada anjing yang membuatnya menemukan muntahan paus tersebut.(AUL)okezone.com

Pahang Daily Online

Posted: 05 Feb 2013 07:51 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: 30 Tahun Menunggu Elektrik Di Negeri PM !!

Posted: 05 Feb 2013 02:20 AM PST


[Apa sudah jadi dengan rakyat negeri Pahang. Dalam sibuk-sibuk Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari negeri ini iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak menjelajah serata negara dengan janji-janji pembangunan, rupanya masih ada rakyat negeri ini yang masih belum menikmati pembangunan seperti yang dicanangkan. Bayangkan, lebih 30 tahun menunggu bekalan elektrik tetapi masih belum berhasil. Apa yang dipaparkan ini sunggu memalukan. Pahang yang diperintah oleh UMNO BN, ternyata gagal membawa pembangunan kepada rakyat. Banyak janji-janji yang dicanangkan sekadar tinggal angan-angan semata-mata. Akhirnya rakyat menjadi mangsa dan tidak diperdulikan selepas mereka menang pilihanraya. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku di negeri PM sebenarnya. Jika ini senario yang berlaku, bagaimana PM boleh menunaikan tujuh janji yang dibuat terhadap rakyat Kelantan andainya mereka memilih BN pada Pilihanraya Umum akan datang?. Amatlah tidak masuk dek akal apabila isu yang sekecil ini gagal ditangani, tiba-tiba mahu menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat. Oleh itu, fikirkanlah dan lakukan perubahan sekarang demi masa depan !!].

Roslan SMS Corner

Posted: 05 Feb 2013 07:46 AM PST

Roslan SMS Corner


Isu kalimah Allah - Jangan bermain api (5/2/13)

Posted: 05 Feb 2013 03:29 AM PST


Saya membaca kenyataan terbaru dari The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) berkenaan isu kalimah "Allah" dengan penuh kebimbangan malah kadangkala mengecewakan.
MCCBCHST mempertikaikan larangan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, (sebenarnya dalam terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Malaysia), dan menganggapnya sebagai suatu usaha untuk membendung dan mengekang hak masyarakat bukan Islam ke atas agama dan kepercayaan mereka. Dalam kenyataan terbaru mereka, disebutkan:

"This unhealthy practice could also lead to unwanted social repercussions and tensions between communities" (Amalan tidak sihat ini, boleh mencetuskan kesan tindakbalas sosial yang tidak dikehendaki dan menyemarakkan ketegangan antara masyarakat).
Adakah bantahan masyarakat Islam Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, dalam kes ini terhadap terjemahan kitab Bible itu suatu amalan yang "tidak sihat"? Adakah kebimbangan terhadap tercetusnya kekeliruan, terhadap terjemahan yang tidak tepat itu sesuatu yang tidak sihat?

Sesungguhnya keenganan pihak tertentu dalam menerima kenyataan, dan bertolak ansur terhadap sesuatu yang jika dibiarkan bakal mengundang masalah yang lebih besarlah itulah sebenarnya punca menyemarakkan ketegangan antara masyarakat.
Saya tidak tahu bila isu ini akan reda. Saya tidak tahu bila semua pihak boleh bertolak-ansur dan memikirkan dari sudut yang lebih besar dan positif.

Masyarakat Islam Malaysia termasuklah istana, pihak berkuasa agama, ahli akademik, parti-parti politik, NGO dan seumpamanya telah bersuara menyatakan kebimbangan mereka. Tiba-tiba menyuarakan kebimbangan itu dianggap amalan yang tidak sihat, sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan, maka saya kira isu ini sudah menjadi terlalu parah dan tidak akan menguntungkan sesiapa.
Kembalilah kepada rasional, kembalilah kepada semangat tolak-ansur dan persefahaman yang telah dibina sekian lama antara masyarakat berbilang kaum di Negara ini malah puluhan tahun sebelum Merdeka lagi.

Kalau kita tidak dapat berbuat demikian, maka isu ini akan membakar perpaduan antara kita dan sampai bila-bila tidak akan reda tetapi semakin bersemarak bahangnya. Cukup-cukuplah.

jiwo kelate

Posted: 05 Feb 2013 07:08 AM PST

jiwo kelate


Buku Pendedahan Deepak Jaikishan

Posted: 05 Feb 2013 07:04 AM PST

image

Cerita DEEPAK JAIKISHAN (Misteri pembunuhan Altantuya Shariibu) terbongkar dengan Deepak membuat pelbagai pemdedahan kepada umum tentang apa yang beliau tahu mengenai keluarga Perdana Menteri khasnya berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Pembaca boleh ikuti pendedahan Deepak ini melalui .Buku yang dinamakan “THE BLACK ROSE” dengan harga RM10 termasuk belanja pos.

Pesanan boleh dibuat melalui email berserta slip bank sebagai bukti bayaran dan alamat sendiri kepada:

panglima.waejo@gmail.com
atau sms kepada 016 2034897.

Bayaran boleh dibuat melalui
1. akaun CIMB No. 1408 1286764 529
2. Akaun Public Bank No. 4-5610252-23
atas nama Wan Mohd Johari


SANGGAHTOKSAGO.COM

Posted: 05 Feb 2013 07:08 AM PST

labun KulupSakah...

Posted: 05 Feb 2013 03:34 AM PST

labun KulupSakah...


mari tibai hantu

Posted: 04 Feb 2013 08:14 PM PST

cukuplah. kami dah penat.penat ditipu
Sabah dah terbongkar kes ic palsu
mahathir dah ngaku
pru lunas 2001 adalah kejayaan besar menangkap hantu
akibatnya saifuddin nasution pkr menang sebab hantu tak boleh masuk
lepas tu anak muda parti dan aktivis di ISAkan
soalsiasat mereka berkisarkan dari mana dapat info kehadiran hantu
bukan seperti tuduhan mereka ada pelancar roket

aku ingat lagi 2007 pru ijok
tika waktu ngundi hampir tamat sorang lelaki gempal bersongkok masuk ke pusat undi
aku lupa di batang berjuntai ke estet, tapi di sekolah
anak2 muda bertanya kau siapa nak masuk
dia terkial2 dan bagi jawapan merapu
kononnya ngo pemantau
sebelum tu di sebuah pusat aku terlihat 3 pemuda pakistan dengan kurta
keluar dari pusat undi
kami terpaku aje

kami menjerit-jerit buat bising memprotes apabila dia masuk
polis tutup pagar halang kami
kami terus menjerit2 sehingga penyokong bn di luar terdiam melihat peristiwa jelas tipu di depan mata
mereka pun tak tahu nak bela macamana
sekurang2nya jeritan-jeritan kami memaksa polis yang pada mulanya membiar sahaja
telah bawa lelaki itu ke dalam patrol car
seorang anak muda kumpulan kami juga masuk dalam kereta menuju balai
jadi saksi

petangnya aku jumpa anak muda ini
dia kata dia blah sebab 4 jam tunggu tiada apa-apa
itulah kegiatan hantu

kami dah penat
cukup masa ditipu
ini kalilah

nampak pendatang mengundi
kita tibai!

.

Posted: 05 Feb 2013 03:23 AM PST

.


Seorang Lagi Bekas Jeneral Akan Sertai PR

Posted: 04 Feb 2013 07:16 PM PST

TERKINI PAGI                                                                                                                  

PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir beres.

PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.

Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman kemasukan itu akan menyusul.

Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.

Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa boleh menyatakan apa-apa bantahan.

Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan menggantikan Umno dan BN. [wm.kl 11:12 am 05/02/13]

Blog-list Malaysia

Posted: 05 Feb 2013 01:37 AM PST

Blog-list Malaysia


PANAS - Blogger Umno Bantai Pengerusi Umno Kedah Sebagai Bebal Dan Bodoh

Posted: 04 Feb 2013 10:35 PM PST

KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah

MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas.

Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut.


MR dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya.

Di dalam ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut.

Kos yang dibina sebanyak RM320 juta ternyata 'not even a single cent from Federal Govement'. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari 'self generated' atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan pinjaman.

Apa yang menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan pusat.

Hujah ini ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan apa-apa juga hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan mereka sedang dianalisa para cerdik pandai dan golongan intelektual.

Lojik akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata.

Begitu juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN sehingga ke lubang cacing.

Hakikatnya KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum rakyat kedah kerana memilih PAS.

Memetik kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa "bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.

Konklusinya di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah. Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.


Syarikat Milik Menteri Bolot Kerja Petronas?

Posted: 04 Feb 2013 06:14 PM PST

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) memonopoli 'trip' pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).STSB yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.


"Contohnya di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi selepas STSB memonopoli 'trip', syarikat itu rugi dan memiliki tiga lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.

"Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus 'trip' dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.

"SAMM juga mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang dan Terengganu," dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.

Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.

"Malangnya bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan," tambah Badrul Hisham.

Beliau berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai Timur diberi keutamaan.

"Monopoli ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika STSB dilanda krisis seperti 'mogok', berapa banyak stesen minyak tidak mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?" soalnya.

"Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB," jelasnya.



Utusan Kalah Lagi Di Mahkamah..

Posted: 04 Feb 2013 04:31 PM PST

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu terhadap keputusan mahkamah tinggi.


Panel hakim yang juga terdiri daripada Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Mah Weng Kwai, memerintahkan Utusan Melayu membayar kos guaman RM20,000 kepada Guan Eng.

"Kami juga telah membaca dan membaca semula rekod rayuan sama seperti hakim mahkamah tinggi yang membaca rayuan, keterangan, hujahan dan kuasa yang ada. Kami sebulat suara menolak rayuan itu dengan kos," kata Zaharah.

Utusan Melayu telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi George Town pada 14 Disember 2011 yang memerintahkan syarikat itu membayar RM200,000 sebagai ganti rugi selepas membenarkan saman fitnah Lim yang difailkan terhadap Utusan Melayu.

Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, menyaman Utusan Melayu kerana memfitnahnya dalam satu artikel bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng merujuk kepada perenggan ketujuh dalam artikel itu yang menurutnya perkataan yang digunakan antara lain memfitnahnya.

Dalam pernyataan pembelaannya, Utusan Melayu, menyatakan bahawa artikel itu disiarkan sebagai respons kepada serangan lisan Guan Eng ke atas akhbar itu semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas pada 19 Disember 2011.

Dalam hujahnya hari ini, peguam Utusan Melayu, Mohana Kumar berkata, Guan Eng telah membangkitkan kemarahan terhadap akhbar itu dan Utusan Melayu mempunyai keistimewaan bersyarat bagi membela diri dengan membalas serangan itu.

- Bernama


PANAS & TERKINI - Mazlan Aliman Dihalang Samseng Umno Di Hulu Selangor

Posted: 04 Feb 2013 07:23 AM PST

TERKINI!! - Sdr.Mazlan Aliman pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ganggu oleh puak2 perkasa dan samseng2 india di ceramah beliau di Sg.Tengi Hulu Selangor! beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan ceramah oleh puak2 ini!

PANAS dari Sg Tengi Hulu Selangor.. Kelibat lembu lembu dan katak katak sedang menghalang jalan menyekat kehadiran Saudara Mazlan Aliman..


Provokasi sedang dilakukan

https://www.facebook.com/profile.php?id=100004615598754


Video - Ribut Kencang Ketika Najib Sedang Berucap

Posted: 04 Feb 2013 05:13 AM PST

KUANTAN - Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.

Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.


Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya. "Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya. Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam.

Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ.

Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit.

"Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang," katanya yang bertugas di bahagian jamuan. Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang.

Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu.

Katanya, sebaik sahaja khemah 'terbang' dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan. "Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang," katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu.

Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dilihat menyajikan makanan kepada pengunjung dan peserta My Beautiful Malaysia.



http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/kakitangan-jpninp-cedera-1.128031


Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji

Posted: 04 Feb 2013 03:45 AM PST

SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat operator loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.

Syarikat operator rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.

"Bayaran Syabas kepada syarikat operator loji ini sangat menekan aliran tunai mereka," kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor hari ini.

Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.

"Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.

"Projek yang diberikan juga biasanya projek yang beri keuntungan lebih besar berbanding kerja yang diperolehi syarikat lain, ini tak adil kepada syarikat kontraktor lain walaupun mereka punyai keupayaan jalankan projek," ujarnya lagi.

Antara syarikat yang disebutkan sebagai anak emas Syabas oleh Dr Dzulkefly termasuklah Mewah Kota Sdn Bhd, Damini Sdn Bhd, Yakin Rantau Sdn Bhd, Kembara Sdn Bhd dan Semarak Niaga Sdn Bhd.

"Sekiranya Kerajaan Negeri ambil alih, kontrak dan bayaran akan dibuat dengan adil dan lebih baik sebab rekod yang ada saya percaya Kerajaan Negeri merupakan 'pay master' yang bagus," kata Dr Dzulkefly yang mengaku dibekalkan maklumat dari sumber dalaman salah sebuah syarikat anak emas terbabit.

http://www.selangorku.com/?p=22557