Isnin, 28 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


RAKYAT MARHAEN

Posted: 28 Jan 2013 09:10 PM PST

RAKYAT MARHAEN


BINI AKU......JANGAN GELAK AH..!!!!

Posted: 28 Jan 2013 08:19 PM PST


Tamrin Tempelak Barua Umno

Posted: 28 Jan 2013 06:43 PM PST

Semalam anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba, Tamrin menempelak para barua Umno yang tidak habis menakut-nakut orang Melayu khasnya di kampung dengan menimbulkan cerita-cerita yang tidak masuk akal kerana terdesak untuk menang dalam pilihan raya.


Tamrin sedang menyampaikan ceramah.
Kata Tamrin, Umno menerusi agensinya sanggup memperbodoh-bodohkan orang Melayu sampai sanggup menengelamkan fakta yang ada di depan mata mereka.

Misal kata beliau, boleh agen Umno bercerita kepada orang Melayu kampung sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi di Pulau Pinang negeri itu akan terus menjadi milik Cina, hari ini pun dakwa mereka DAP sudah berkuasa apabila Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Dengan nada lelucoh Tamrin menyebut satu persatu bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini; katanya KM Pulau Pinang pertama ialah Wong Pow Nee (1957 - 1969) ialah seorang berbangsa Bugis, yang kedua Lim Chong Eu (1969 - 1990) soorang berbangsa Jawa, ketiga Koh Tsu Khoon (1990 - 2008) berbangsa Bajau.

"Hanya kini baru Lim Guan Eng baru berbangsa Cina," sinis Tamrin.


"Saya hairan dengan Umno dan agen-agennya ini masakan buta sejarah begitu teruk sekali," katanya sambil disorak oleh para hadirin. Tamrin membuat senikal itu semasa berceramah di Padang Bola Rejang Setapak malam tadi. Tambah beliau lagi memang patut kalau kita hantarkan mereka ini ke sekolah semula dari Tadika hingga ke IPTA untuk mengenalkan mereka dengan sejarah dan fakta-fakta yang direkod.

Tambah beliau lagi, Umno dan agennya boleh memberi tahu apa saja yang tak tersaul dek akal kepada orang ramai, tetapi orang tidak akan mempercayainya. "Umno boleh mengadu dombakan rakyat, membuat fitnah dan sebagainya, tetapi rakyat akan menolaknya, percayalah tuan-tuan, kerana rakyat sudah naik muak," kata Tamrin lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pendidikan : Perniagaan TERBESAR KAPITALIS

Posted: 28 Jan 2013 06:36 PM PST

Manusia kini di era DUNIA KAPITALIS telah dididik untuk "BEKERJA" bukan untuk MEMAHAMI DIRI MEREKA SENDIRI ataupun HAKIKAT KEJADIAN...Malah majoriti manusia yang mengajar dalam sistem pendidikan KAPITALIS tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar iaitu pengetahuan mengenai ALLAH.

PENGETAHUAN yang sebenar adalah "PERCUMA"...Sebaliknya apabila bayaran dikenakan ..anda hanya akan memperolehi maklumat apabila anda ada wang sahaja..tetapi kebanyakan pengetahuan tersebut tidak berguna langsung.Maklumat yang berguna ditakrif sebagai maklumat yang membawa kepada pengetahuan sebenar.Yang sebaliknya pula adalah pengetahuan yang tidak berguna atau sia-sia.

Mereka yang memiliki pengetahuan sebenar akan sama-sama berkongsi tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana mereka tahu pengetahuan itu bukan milik mereka yang boleh dijual beli.Mereka juga sedar bahawa pengetahuan mereka adalah anugerah Ilahi yang telah diberikan kepada mereka kerana mereka mahukanya dan ALLAH memberikannya...bukan kerana mereka membelinya.Bayaran yang diperlukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sebenar ialah dengan menyembah ALLAH ,bertakwa kepadaNYA dan bertawakkal kepadaNya.Sebenarnya pengetahuan itu diberi dengan sifat Maha Pemurah ALLAH jika itu yang ALLAH mahukan...Manusia tidak akan memperolehi ilmu tersebut dengan mencarinya ..tetapi hanya dengan mecari seseorang akan mendapatkanya..

Firman ALLAH didalam Al-Qur'an:

"Bertawakalah kepadaKu dan Aku akan memberikanmu pengetahuan"

dan;

"Ingatilah Aku dan Aku akan mengingatimu"

dan;

"Bertanyalah dan Aku akan menjawab"
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: UMNO@BN guna Islam, Melayu isu kempen PRU

Posted: 28 Jan 2013 06:34 PM PST


Anwar: Pihak lawan guna Islam, Melayu isu kempen PRU
Anwar (tengah) duduk dalam ribuan orang ramai yang hadir pada Program Jelajah Rakyat di Pekan Pasir Besar, malam kelmarin.
 
GEMAS – Isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen yang kuat digunakan pihak lawan dalam usaha menghalang pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Justeru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan kepimpinan PR dengan dibantu penyokong perlu kuat melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar, kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat Keadilan, Pas, DAP kita ikhtiar, akhirnya kita bertawakal kepada ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH beri kita ukhwah," katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh mesyuarat PR sebelum ini, tidak pernah terdengar suara-suara dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam sekiranya menang dalam PRU13

Read More / Baca Lagi >>

Tentera berdisiplin mesti tolak amalan rasuah

Posted: 28 Jan 2013 06:33 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan: Sebagai pasukan keselamatan berdisiplin, anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan dan pencen pasti tidak suka amalan rasuah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Sebab itu kita (KEADILAN) menentang amalan rasuah kerajaan Umno BN. Semua orang tahu tentang rasuah kapal selam Scorpene.
"Anggota tentera adalah dari kalangan mereka yang berdisiplin. KEADILAN memang mahukan sokongan dan undi (tentera) kerana kita menentang rasuah untuk memperbetulkan keadaan.
"Kita yang mengundi dan memilih kerajaan. Pilihan di tangan kita. Moga diberikan kekuatan," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Karnival KEADILAN Setiawangsa dengan kerjasama Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), semalam.
Program itu dimeriahkan dengan persembahan kugiran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula sejak pagi.
Petang pula diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara veteran tentera, Pahlawan FC dengan Anjung Neo FC, terdiri anggota tentera yang masih berkhidmat dari Markas Besar Kementerian Pertahanan dan kem-kem sekitar ibu kota.
Penaung Pahlawan, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, program yang julung kali diadakan Pahlawan itu akan terus dianjur ke seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting

Posted: 28 Jan 2013 06:31 PM PST

Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.

Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.

"Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?"

Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, "kerana Haji Lah Geting".

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon  hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.


"Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.

"Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru," ujar Ali Lizon.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Melayu akan selamat, kecuali Awang Selamat!

Posted: 28 Jan 2013 05:15 PM PST

Oleh LIM HONG SIANG 

MANUSIA ditakdirkan untuk berdepan dengan deadline, sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.  Namun pengarang berdepan dengan deadline berkali-kali, bergantung kepada kala terbitannya.  Lebih-lebih lagi, zaman internet memaksa pengarang terbitan bercetak memetik berita sedekat deadline yang mungkin, kerana antara kandungan dengan pembaca, dijarakkan pula dengan tempoh pencetakan dan pengedaran

Kepantasan maklumat pada zaman sekarang ada kalanya membeliakkan mata kita.  Boleh jadi sesuatu isu itu telah dingin di ruang awam internet, apabila ia sampai ke tangan pembaca dalam keadaan kertas akhbar itu masih hangat. 
Situasi sedemikian bukan "jurang generasi" antara dua zaman, tetapi "jurang maklumat" yang mendalam antara dua komuniti dalam satu negara.

Sememangnya manusia tidak mahu ketinggalan.  Kalaupun gagal mendepani zaman, setidak-tidaknya kita cuba seiiring dengan zaman.  Ironinya kerajaan yang berslogankan "1Malaysia" sengaja "menstrukturkan" jurang maklumat tersebut, memisahkan 1Malaysia kepada dua dunia yang berbeza. 
Ia mudah difahami, kerana seandainya masyarakat Malaysia mendepani zaman, maka Mahathir Mohamad akan digulingkan sebelum Suharto.  Kalau Malaysia seiiring zaman maka Umno akan dilanda gelombang Arab Spring.  Hakikatnya, demi seorang individu bernama Mahathir dan sebuah parti politik bergelar Umno, 1Malaysia terus ketinggalan dalam arus perubahan yang menderas di merata-rata dunia.

Pengulangan isu = Masyarakat tidak maju
Maka Ahmad Lutfi Othman, selaku Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, memikul tugas untuk merapatkan jurang maklumat yang sengaja distrukturkan dalam masyarakat kita. 
Bagi saya tugas ini terlalu berat untuk digalas dengan satu susuk badan yang sentiasa keuzuran.  Dan ini membuatkan saya mengkagumi kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi segala-galanya, dan beliau telah berjaya melakukannya.

Read More / Baca Lagi >>

Imagine no Ibrahim Ali

Posted: 28 Jan 2013 05:12 PM PST

The are some who appear to be on a sacrilegious crusade to drown this nation in bloodshed for what is hailed as a sacrosanct cause.

Imagine there's no heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people living for today
Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people living life in peace
Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people sharing all the world
The above are excerpts from John Lennon's masterpiece titled "Imagine". During his solo career, Lennon had strained his vocal chords to promote peace, making him an icon of the anti-war movement.
Ironically, Lennon met a violent end when he was shot four times on Dec 8, 1980. The next day, his wife issued a statement, which read: "…John loved and prayed for the human race. Please pray the
same for him."
Perhaps if he was still alive, Lennon might pray with extra zeal for Malaysians and even consider penning an additional verse for his song, which would read:
Imagine no Ibrahim Alis,
No Perkasas and no dementia
Without bigotry and bullies
Living peacefully in Malaysia…
There are some who appear to be on a sacrilegious crusade to drown this nation in bloodshed for what is hailed as a sacrosanct cause.
These are people, who, in the name of their religion, or rather the votes that it can entice, spew hatred and sow the seeds of discord, doing all that is antithetical to the teachings of their faith – peace, love, compassion and tolerance.
Under the guise of protecting their faith, these opportunists are in fact doing a disservice to their respective beliefs.
Being a witness to these unravelling shenanigans, one cannot be faulted for thinking that this nation is regressing fast in terms of race-relations.
Read More / Baca Lagi >>

Police marching to BN beat

Posted: 28 Jan 2013 05:11 PM PST

The public perception is growing that the authorities are all 'partners in crime' by concealing the truth about the many deaths in police custody.
 
 
Prime Minister Najib Tun Razak reaffirmed at the World Economic Forum in Davos, Switzerland, recently that Malaysia is committed towards becoming a developed nation by 2020.
Painting a cosy picture of a progressive nation, the premier conveniently swept the alarming truth under the carpet – that of police brutality having reached pandemic status in the country.
The rakyat, meanwhile, is worried, angry and frustrated because the federal government continues to belittle the importance of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).
Eight years ago, a 634-page report by the Royal Commission of Inquiry into the police force, headed by a former judge, revealed that the police were brutal, inept and the most corrupt among the government departments.
Between 1999 and 2003, there were 5,726 formal complaints of corruption involving the police force and it was recommended that the police force be monitored by an independent watchdog.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM Dakwa Syarikat Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati?

Posted: 28 Jan 2013 05:10 PM PST

Chegubard
SHAH ALAM, 29 JAN: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) memberitahu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.
Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.
Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SMMM, Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.
Justeru, Chegu Bard dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.
"Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.
"Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

Perangkap pendapatan pertengahan menjadikan memiliki rumah hampir mustahil

Posted: 28 Jan 2013 05:08 PM PST

GEORGE TOWN, 29 Jan — Bagi yang miskin, mereka mempunyai rumah kos rendah dikawal kerajaan, yang kaya pula boleh memilih apa sahaja hartanah mereka sukai, akan tetapi, golongan berpendapatan pertengahan tertinggal untuk menyewa, ataupun membeli rumah di kawasan jauh, jika ingin memiliki rumah.
Laporan Pasaran Hartanah 2012 menunjukkan, harga hartanah di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kota Kinabalu berada di luar kemampuan golongan berpendapatan pertengahan yang menerima RM4,000 ke bawah, mendorong kerajaan persekutuan untuk tampil dengan beberapa skim perumahan berpatutan.
Harga hartanah di bandar-bandar utama berada di luar kemampuan golongan berpendapatan pertengahan yang menerima RM4,000 ke bawah. — Gambar fail
Di Kuala Lumpur, rumah setingkat di Taman Tun Dr Ismail atau Lucky Garden berharga di atas RM730,000 akan tetapi jenis sama di daerah Petaling yang berdekatan berharga di bawah RM378,000. Penyelesaiannya, menurut ejen hartanah dan ahli jawatankuasa International Real Estate Federation (Fiabci) Michael Geh, adalah untuk pembeli rumah berpotensi melihat lebih jauh ke pinggir.
"Apa yang kita ada sekarang adalah perangkap pendapatan pertengahan bagi yang mendapat gaji purata di mana mereka tidak layak untuk perumahan kos rendah dan tidak mampu memiliki sebuah rumah selesa dalam kawasan bandar," katanya.
Harga hartanah kukuh dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan banyak kawasan bandar mengalami kenaikan harga hartanah manakala harga hartanah yang baru dilancarkan berharga melebihi tanda setengah juta, menurut Statistik Laporan Pasaran Hartanah.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Samad: Pakatan tetap pertahan kuasa politik orang Melayu

Posted: 28 Jan 2013 05:07 PM PST


Khalid Samad
HULU SELANGOR - Walaupun terdapat dakwaan bahawa kaum Melayu berpecah kebelakangan ini khususnya sejak 2008, Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan terhakis sama sekali jika perikatan muda itu menguasai Kerajaan Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad berkata, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, sebahagian kerusi Melayu ditandingi oleh Pas dan sebahagiannya PKR, tetapi hanya sebilangan dimiliki DAP.

"Sebenarnya kerusi Melayu (dalam PR) tetap sama.

"Kerusi Melayu yang Umno tandingi (dalam kerusi Parlimen) lebih kurang 132. Jumlah kerusi Melayu dalam PR tetap sama. Maka, walaupun tidak dikuasai oleh satu parti jumlah kerusi Melayu tetap sama," katanya.

Menurutnya, jika bilangan kerusi Melayu terbahagi dua maka, tidak wujud penguasaan diktator seperti yang didakwa berlaku dalam Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari

Posted: 28 Jan 2013 04:46 PM PST


Anthony Loke SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.

"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.

"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat keputusan PSC.

"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan) pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

'Tindakan Majlis Syura Pas sudah dijangka dan tepat tapi kelewatan'

Posted: 28 Jan 2013 04:38 PM PST


Prof Dr Jayum Jawan SHAH ALAM – Penganalis politik berpendapat keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai satu keputusan yang tepat, namun agak kelewatan.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Jayum Jawan berkata, kemungkinan Majlis Syura sudah tidak nampak sebarang jalan lalu mengambil langkah untuk memecat Nasharuddin sebagai jalan terbaik.

"Mana-mana parti politik di Malaysia pun, kalau mempunyai ahli yang sudah tidak lagi sealiran, mereka pastinya tidak mempunyai pilihan lain selain menyingkirkan ahlinya itu.

"Cuma dalam hal ini, Majlis Syura bertindak lewat, itu sahaja dan keputusan itu juga sudah boleh dijangkakan malah tidaklah mengejutkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Kelmarin, Sinar Harian Online melaporkan Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharudin Mat Isa yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pertemuan TG Nik Aziz, Bishop buktikan dua agama boleh berbincang

Posted: 28 Jan 2013 04:16 PM PST


BAYAN BARU: Pertemuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel semalam membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik Aziz dan Sebastian Josef bertentang mata, berbual mengenai pengunaan kalimah Allah dan sebagainya merupakan permulaan sessi untuk pengenalan dialog sekiranya ada pihak ingin melaksanakan kerja mulia itu.

"Itulah kerja Rassullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada dalam Islam.

"Saya juga harap selepas ini ada pertemuan yang lebih erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Walaupun pertemuan itu terlalu ringkas namun katanya, kedua-duanya begitu teruja kerana masing-masing pertama kali bertemu serta berharap ianya akan berulang lagi demi memastikan kehidupan di dunia ini berada dalam keamanan dan kemakmuran.
Read More / Baca Lagi >>

Jentera kerajaan, termasuk SB, melilau masuk kampung kempen BN

Posted: 28 Jan 2013 04:15 PM PST


Penampilan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tetap tidak berubah, sama seperti gayanya semasa  menteri kabinet dahulu; kemas dan rapi, masih dengan bow tie, ramah dan ceria.

Ketika berkunjung ke Jabatan Pengarang Harakah, petang 21 Januari lalu, tujuan asalnya hanya untuk "melawat rakan-rakan wartawan", selain bertemu Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS selepas itu.

"Boleh saya melawat pejabat Harakah, nak tengok kawan-kawan di sana bekerja?" suaranya jelas di hujung talian semasa saya makan tengahari Khamis 17 Januari. Tentunya hajat beliau amat saya alu-alukan.

Kadir ternyata cukup mesra, mudah diajak berbicara dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap media, khususnya akhbar alternatif seperti Harakah. Tidak lama berada di dalam bilik saya, dia mahu melihat lebih dekat karyawan Harakah bertugas.

Agak segan saya menunjukkan bilik operasi kami yang tidak tersusun, apatah lagi ramai bercuti dan bertugas di luar pejabat, tetapi Kadir tetap bersemangat, dan saya kira ia mampu untuk memberi galakan dan dorongan kepada teman-teman yang lain. Baginya, Harakah mempunyai peranan dan tanggungjawab besar-kritikal berdepan PRU13.

"Sepanjang menjelajah seluruh negara dan turut berceramah di atas pentas PAS, saya terharu melihat komitmen tinggi penyokong dan aktivis akar umbinya. Dah lama mereka terseksa. Saya bertemu dengan ramai pemimpin PAS yang berbakat besar, berketrampilan dan berkebolehan," katanya sambil menjamah "jemput-jemput" yang disifatkannya paling enak pernah ditemuinya.
Read More / Baca Lagi >>

Bongkar Rahsia UMNO part 4 ( ada cerita Dato Hamidah)

Posted: 28 Jan 2013 04:08 PM PST

Bongkar Rahsia UMNO part 3 ( ada cerita Dato Hamidah)

Posted: 28 Jan 2013 04:08 PM PST

Bongkar Rahsia UMNO part 2 ( ada cerita Dato Hamidah)

Posted: 28 Jan 2013 04:07 PM PST

Bongkar Rahsia UMNO part 1

Posted: 28 Jan 2013 04:06 PM PST

Anwar Ibrahim: Kami Menang Untuk Tadbir Dengan Adil Bela Nasib Rakyat

Posted: 28 Jan 2013 03:41 PM PST

Anwar Ibrahim: Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu & Islam Di Negara Ini

Posted: 28 Jan 2013 03:38 PM PST

Perjuangan DSAI Untuk Mempertahankan Rakyat & Memerdekakan Rakyat

Posted: 28 Jan 2013 03:36 PM PST

AMARAN Rakyat Malaysia kepada Pendatang Asing

Posted: 28 Jan 2013 07:59 AM PST

Menjawab isu 'perang saraf' Umno mengenai DAP

Posted: 28 Jan 2013 06:32 AM PST

Oleh Zulkifli Yahaya
ADA beberapa persoalan menarik dicetuskan Umno di kalangan masyarakat Melayu dalam usaha mengelirukan mereka agar tidak menyokong PAS. Persoalan dilontarkan isu semenangnya isu perang saraf yang dijalankan oleh Umno secara berperancangan. Ia dikatakan strategi yang diatur oleh Biro Tata Negara, hasil rumusan meja bulat para pemikir mereka; bagaimana mahu menguasai minda orang Melayu agar terus menyokong Umno-BN dalam PRU13.

Isu tersebut dianggap berkesan kerana agak dekat di hati orang Melayu Islam. Orang Melayu luar bandar atau kalangan mereka yang tidak terdedah dengan maklumat kedua, tidak pelik jika termakan dengan propaganda perang saraf yang bersifat rasis itu. Peliknya segelintir yang berpendidikan seperti guru dan pensyarah juga boleh termakan dakyah songsang Umno dan golongan ini antara yang turut berkempen memanjangkannya. Maka ia perlu diberi penjelasan. 1.PAS sanggup berkawan dengan DAP kafir harbi tapi tak mahu kerjasama dengan Umno yang sebangsa seagama
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 28 Jan 2013 09:04 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO cybertrooper Umno MAKAN DUIT

Posted: 28 Jan 2013 04:01 PM PST








PAIP AIR ADA, AIR TIADA...INI KALILAH

Posted: 28 Jan 2013 03:11 PM PST





KULIAH

Posted: 28 Jan 2013 08:27 AM PST


Rafizi gempur Parlimen Zahid Hamidi, dedah penyelewengan LTAT

Posted: 28 Jan 2013 08:09 AM PST

Rafizi gempur Parlimen Zahid Hamidi, dedah penyelewengan LTAT

(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.
"Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.
"Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh," tulis Rafizi pada twitternya hari ini.

Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya.
Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi.
Rafizi semalam turut menolak keras laporan mendakwa beliau memohon maaf kepada Zahid dalam laman facebooknya.

"Kenyataan palsu dan berniat jahat itu dirancang laman pro-Umno dengan tujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.

"Saya menafikan sepenuhnya kenyataan maaf dan tetap dengan pendirian membawa perkara ini ke mahkamah.
"Saya tidak akan berganjak membawa isu salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," katanya pada kenyataan.


Rafizi berkata, tindakan menggodam akaun dan laman pro-Pakatan Rakyat, termasuk laman web dan facebook pimpinan Pakatan berpunca kegagalan Umno BN berdepan pendedahan memalukan.
"Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari selepas laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
"Saya mengutuk muslihat dan tipu helah yang digunakan cybertrooper Umno kerana tidak beretika," tegasnya.

Tukar Tiub

Posted: 28 Jan 2013 07:07 PM PST

Tukar Tiub


NAJIB BUKAN SAJE TAKUT PADA ROSMAH - NAJIB JUGA BANGANG

Posted: 28 Jan 2013 05:00 PM PST




Pengguguran Nasharuddin 


Bermotif Politik - PMTerkini


KUALA LUMPUR: 
Tindakan PAS menggugurkan 
bekas timbalan   presiden parti itu, 
Nasharuddin Mat Isa daripada
Majlis Syura dilihat bermotif politik, 
kata  Najib  Razak.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... BANGANG MAT MONGOL INI... kah kah kah..
kah kah kah..MEMANG BERMOTIFKAN POLITIK... kah kah kah..
woit..INGAT BERMOTIFKAN TETEK ROSMAH KE?... kah kah kah
kah kah kah..INGAT BERMOTIFKAN LEMBU SAHARIZAT?... kah kah kah..
woit... BODOH... NASHA KENA BUANG KERANA DIA NAK BUAT KERAJAAN PERPADUANG...kah kah kah

-----

LAGI KUTUKAN TERHADAP FAK WA FAK WEE

Posted: 28 Jan 2013 06:12 AM PST



TUHAN BULAN

PENCERAHAN PEMBACA MENOLAK FAK WA FAK WEE

Mufti Huruharasanasini, kalau nak berpetua...agak-agakla! Aku tak pernah jumpa pulak Islam atau syahadah seseorang boleh gugur kerana kata orang kafir boleh guna nama Allah! 

Kalau bagi kebenaran secara bertulis kepada kristian guna nama Allah seperti di Sabah oleh Menteri dan semua pegawai KDN tu tak jatuh Kafir ke? Ke guane? Tak yah jadi muftilah....kalau petua macam ni, buat penat je ngko kena lutu dek penjengok blog!

 Takde Klas la lu! Kalau nak jadi mufti, biarlah dengan harga diri dan keikhlasan yang tidak dijual beli atau berpilih-pilih! Baru je ngko suruh TGHadiAwang tari balik amanat kafir, dan sekarang ngko pulak yang kafirkan orang? Pening betul mufti ni! on ONLINE DENGAN ALLAH
Publish | Delete | Spam
sizzly7761
on 1/28/13

 ADA PATONG DALAM KAABAH
Alahahai... Aku sokong sangat kenyataan Haramsani ini. Maka semua arab2 ditimur tengah itu, semenjak zaman nabi lagi, adalah KAFIR kerana membiarkan pihak lain guna kalimah Allah sampai sekarang! Betul tak Haramsani?

 Bapa nabi adalah Abdullah ('Hamba Allah') Ibni Ab Mutalib. Nama "Allah" telah digunakan sebelum kedatangan nabi lagi, iaitu gelaran untuk 'Tuhan Bulan' ("Moon God") kepada arab2 jahilliah, yg mempunyai tiga 'anak perempuan' iaitu 'al Laat', 'al Uzza' & 'Al Manaat' yg mana patung2 berhala mereka terletak di dalam Kaabah pada waktu itu. 

"(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" [53:19] "Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?" [53:20] Jgn buta sejarah, wahai kaum melayuku yg telah ditololkan oleh haramjadah2 ini. Maka, ~ "Berwaspadalah dengan yang selalu on ONLINE DENGAN ALLAH
Anonymous
on 1/27/13

 DIA BUKAN TUHAN
Sapa Harus Sanasini nak menghukum orang lain kafir? Dia bukan Tuhan. Dia belum tentu masuk syurga kalau terus mengkafir orang lain. Kenapa dia tidak mengkafir Penyimpan Botol Besar yang sah manusia yang munafiq dan Fasiq? 

Dei, Tok peti!janganlah perangai macam ular dalam semak, kalau RajaGopal melaga-laga pipi dengan betina kafir kau buat senyap je! Celaka lu punya manusia!!!!!! Inilah contoh manusia yang kononya menjaga islam tapi sebenarnya menjual agama untuk kepentingan dunia.Porahlah lu. cakap bahasa arab pun tak pandai, berlagak nak jadi mufti.Podah!!!!! on ONLINE DENGAN ALLAH
December 07, 2012

----------

GAMBAR GAMBAR EROTIK MERUNTUN JIWA

Posted: 28 Jan 2013 05:00 AM PST



LIHAT DAN DENGAR
dan 
ketawalah 
KAH KAH KAH
melihat gambar gambar erotik ini
kah kah kah
GAMBAR NAJIB DI KLIA
berita telah gempar
najib telah meninggalkan
suaminya rosmah
dirumah sakit luzzane switzerland
pasal itu tak ada muka dalan gambar
kah kah kah

NAK BUAT MACAM MANA
sudah nasib badan
kah kah kah

KESAH KESAH DARI SANDAKAN

Posted: 27 Jan 2013 10:00 PM PST


 KOTA INDAH 
DI KELILINGI OLEH
WARGA MISKIN 
PAGI INI
awal pagi telah sarapan
terus menapak ke pasar

aku beli tuna udang bawal puteh
ampai ampai belacan 
juga sandakan ini terkenal
dengan udnag kering
maka aku beli udang kering dan bilios kering
dipasar ada juga bilis basah

ditepi pasar aku di hampiri anak muda
mereka mahu menjual rokok seludup
kemudian mereka berbisik yang mereka
ada jual telor penyu - 2.50 sebutir
aku rasa harganya terlalu mahal - aku menolak

kemudian aku dihampiri seoang anak muda
membawa majalah porno
dibahu aku barangan pasar
dan mata aku sedang merayau rayau
mencari yang pelik dari sandakan
pasti aku TIDAK tertarik dengan majalah porno
hairan jam belum lagi 9:00 pagi
telah ada yang cuba nasib menjual majalh porno
mereka kurang arif
air mani malam tadi masih belum kering kah kah kah

KELMARIN GAGAL KE PULAU
kelmarin tak jadi ke pulau
angin dan pmbak besar
kecewa kerana gagal menghasut
orang pulau

petang pergi menghasut
kampong bahagia
tepi laut tepi kilang minyak sawit
tak jauuh dari tempat simpanan gas
kerana sebelum kampong bahagia ialah kampong gas

disni warga pilipina tinggal
mereka datang zaman perang
mereka pelarian asal
tak sangkut paut denan kes tipu kad pengenalan

mereka telah hampir 40 tahun tinggal di sabah

KAMPONG BAHAGIA

KAMPONG BAHAGIA
sesiapa yang sampai ke kampong ini
jika tidak merasa simpati
kepada keadaan kehidupan mereka disini
maka sosk itu adalah  bukan manusia
atau penyokong  tegar united malays national organisation

tidak ada perkataan
yang dapat menggambar
apa yang saya lihat
yang muncul di hati
hanya kemarahan

maka INI KALI LAAAH
slogan dari sabah cukup tepat

INI KALI LAH
TUKAR

PETANG INI PULANG
petang ini akan pulang 
haha hahah
sandakan adalah satu kota 
yang wajib dilawati dalam satu kehidupan
cantik bersih dan tepi laut

kota di tepi lereng bukit
kota pelabuhan ini
20 atau 30 tahun dari hari ini
pasti akan hilang kekampongan  nya
hilang badi tarikan

atau jika ditinggal oleh pembangunan 
makan koat ini akan terus menjadi
kota daya tarikan
bukit yang memagari sandakan
adalah penyelamat kota ini

MAKANAN
saya berikan C- untuk kota ini
malam tadi mencari restoran china dalam bandar TAK ADA
yang ada restoran india
gagal gagal


MENUNGGU GAMBAR 10,000 - MENUNGGU TURHAN

Posted: 27 Jan 2013 09:00 PM PST




ANEE INI ADA DATANG TAK?
kalau tak ada di klia
maknanya sambutan
tak jadi
kah kah kah
10,000 berhimpun sambut Najib di KLIA


Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri Kabinet dan orang kenamaan hari ini membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Najib  Razak.

Kehadiran mereka bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri yang  mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza Selasa lalu sebelum menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ADA LAGI BENDA NI... kah kah kah..

kah kah kah... MESTI MAHAL BELANJA KUMPUL ORANG.... kah kah kah..

woit... HARI SENIN TAK KERJA KE?.... kah kah kah

kah kah kah... INI MACAM TRIK MADEY... kah kah kah

kah kah kah...SURUH KAKI BODEK BUAT KERJA...kah kah kah...

kah kah kah ...SAMBUT  MADEY PULANG DARI AFRIKA....kah kah kah...

kah kah kah...JADI WIRA DUNIA KETIGA.... kah kah kah...

kah kah kah... LEPAS ITU MADEY KENA TIBAI....kah kah kah...

kah kah kah..KALI INI  MAT MONGOL PULAK.... kah kah kah...

woit.... MANA GAMBAR 10,000 ITU.... kah kah kah


ADA 10,000
MACAM INI TAK?
kah kah kah




-------

PEMBACA KELIHATAN LEBIH CERAH DARI MUFTI

Posted: 27 Jan 2013 08:30 PM PST


APA FATWA MUFTI 
TEHADAP RAIS YATIM
SEORANG PEROGOL



 HARAM SANI ATAU HARUS SANI
Harussani ni sudah melampau dan murtad daripada agama Islam. Rasul Allah (saw) sendiri tidak melarang orang-orang Kristian dan Yahudi daripada menggunakan kalimah Allah. 

Jadi dengan mengeluarkan fatwa yang bodoh macam ini Harussani telah mendakwa Rasul Allah murtad kerana didalam Al Quran kita dapat baca bagaimana orang-orang Yahudi dan Kristian juga menggunakan kalimah Allah dan Rasul Allah tidak menghalang mereka kerana mereka menggunakan kalimah ini sebelum Rasul Allah dilahirkan. 

Sila baca Surah At-Tauba 9:30 didalam bahasa Arab: وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ on ANAK YANG HILANG - HATI YANG LUKA
Bukti Harussani Murtad
on 1/27/13

ZAKAR RIA IALAH HAPPY PENIS
Kalau Mufti Perak Harussani Zakaria ini seorang Islam, mengapakah ayahnya menggunakan nama Yahudi? Adakah bapa Harussani seorang Yahudi? Zakaria bukan nama Arab.

 Kalau tak percaya cuba tanya semua pakar bahasa Arab. Nama Zakaria tidak ada makna didalam bahasa Arab kerana ia adalah kalimah Hebrew atau Ibrani iaitu bahasa orang-orang Israel dan bukannya kalimah Arab.

Maksud Zakaria didalam bahasa orang Yahudi ialah "YAHweh has remembered." Tak percaya sila soal lebai Google atau lebai Wikipedia yang jauh lebih pandai daripada Mufti Berak cangkung makan free ini. on ONLINE DENGAN ALLAH
TAN SRI HARUS INSANE
on 1/27/13

KALIMAH TUHAN DARI AGAMA HINDU
T(uh)an Sri Harussani ini adalah seekor penjual agama dirajah Gopal yang amat bangang, kejam, pengacau, samseng, pengganas & sukakan huru-hara. Kononnya dialah yang paling baik, paling Islam. Orang lain yang berbeza pendapat semuanya tidak Islam. 

Kalimah T(uh)an Sri adalah kalimah agama Hindu. Gelaran Sri digunakan untuk dewa-dewi agama Hindu. Contoh: Tuhan Sri Devi, Tuhan Sri Lakshmi, Tuhan Sri Vishnu, Tuan Sri Krishna. Jadi terbuktilah orang yang gila pangkat macam Harussani ini sudah murtad daripada Islam.

 Kerana lebih cintakan Rajah Gopal daripada Allah SWT, Harussani sanggup menggunakan kalimah-kalimah agama Hindu dan menyembah Rajah Gopal sebagai Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Agong. Kesimpulan: Harussani adalah seorang Sami agama Hindu. on ONLINE DENGAN ALLAH


--------

DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Jan 2013 03:25 PM PST

DIALOG RAKYAT


MB Perak: Awasi kes sabotaj parti

Posted: 27 Jan 2013 04:19 PM PST

NORMAWATI ADNAN

MB Perak: Awasi kes sabotaj parti
Zambry teruja ketika menyapa seorang kanak-kanak yang hadir memeriahkan program Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Komuniti 1Malaysia.
 
TAIPING – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti, namun pihaknya melihat ia bukan sesuatu yang serius.

Belaiu berkata, Barisan Nasional (BN) Negeri telah membuat persiapan awal termasuk perjumpaan dan perbincangan bersama semua barisan kepimpinan parti bagi memastikan peletakan calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berjalan lancar.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, secara keseluruhannya, semua ahli parti termasuk parti kompenan menunjukkan semangat tinggi apabila tidak lagi mempersoalkan siapa calon yang bertanding, sebaliknya bersedia menyokong pencalonan yang dapat memberi kemenangan kepada BN.

"Setiap kali pilihan raya, kita bukanlah menjangkakan (sabotaj dalaman), mungkin akan ada, tetapi saya tidak melihat ia sebagai perkara serius.

"Proses perbinca-ngan dan saling bertukar pandangan ini sudah dibuat sekian lama, jadi soal sabotaj dalaman ini bagi saya tidak berlaku dalam konteks BN Perak," katanya kepada media selepas merasmikan program Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Komuniti 1Malaysia di Kompleks Rakan Muda Kamunting, di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai kerusi mengundi Parlimen Taiping, Zambry yakin BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada DAP.

"Saya sangat positif, melihat kepada sambutan dan gerak kerja yang dilakukan semua pihak menunjukkan kita berada dalam keadaan cukup baik," katanya.

Isu Nasha: Pas yakin tidak terjejas

Posted: 27 Jan 2013 04:17 PM PST

RUZY ADILA IDRIS

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.

"Ini adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau (Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Majlis Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya.

Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.

Sebelum ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.

Katanya, disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.

"Siapa calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas... tunggulah," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang,  Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.

"Maaf ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.

"Keputusan mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Sinar Harian Online turut cuba mendapatkan respons Nasharudin berhubung perkara ini tetapi gagal.

SYABAS Guna Dana Awam Untuk Kepentingan Sendiri

Posted: 27 Jan 2013 04:14 PM PST


Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 08

SHAH ALAM  : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

"Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

"Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

"Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat

Posted: 27 Jan 2013 04:07 PM PST


MB PC Songkok 01

CHERAS : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.
Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

"Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?

"Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan.
Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak.

Pengawal Kunci Air Antara Penerima Penghargaan Maulidur Rasul

Posted: 27 Jan 2013 04:05 PM PST


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KLANG,: Dua petugas Pengawal Kunci Air Sungai Bertik, Sungai Udang dan Kampung Delek menerima Penghargaan Jasamu Tetap Dikenang Sepanjang Zaman dalam Sambutan Maulidur Rasul 1434/2013 Peringkat DUN Selat Klang di sini.

Pengawal Kunci Air Sungai Udang dan Kampung Delek, Hasanuddin Selamat dan Pengawal Kunci Air Sungai Bertik, Mohd Nazri Jailani merupakan antara 51 penerima penghargaan sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Penghargaan tersebut diberikan atas peranan dan jasa besar yang dimainkan mereka bagi mengelak banjir besar melanda kampung-kampung sekitar Sungai Udang dan Sungai Bertik.

Demikian menurut Dr Halimah Ali ketika menyampaikan ucapannya di majlis sambutan yang diadakan di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek di sini.

"Kalau tidak kerana mereka, tentu kita masyarakat di sini kerap hadapi banjir, oleh itu jasa mereka sangat besar," kata beliau yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Sementara itu Nazir Masjid Nurul Amin, Basir Bakar yang turut menerima penghargaan berkata, menganggap penghargaan yang diterimanya itu sebagai pendorong untuk beliau lebih bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat Kampung Delek.

"Terima kasih kerana berikan sumbangan ini, sesungguhnya tugas yang saya jalankan adalah amanah dari Allah dan masyarakat kampung ini," kata Basir.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Manakala Pengerusi Surau Hj Mokhtar, Mokhtar Ahmad pula memberitahu, penghargaan yang diterimanya menjadikan beliau lebih bersemangat untuk menegakkan syiar Islam di Selat Klang.

Dalam majlis itu seramai 51 orang yang terdiri daripada Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Siak, Bilal, Bilal Jenazah dan Pengawal Kunci Air dari seluruh Dun Selat Klang diberikan penghargaan.

Sebelum itu, dianggarkan hampir dua ribu penduduk Kampung Delek dan kampung-kampung berhampiran hadir dalam majlis sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 'Ya Rasullullah, Kami Sayang dan Taat Padamu'.

Majlis itu dimulakan dengan perarakkan 914 perserta dari 31 kontingen badan bukan kerajaan (NGO), sekolah, masjid dan surau dari seluruh Selat Klang sejauh hampir dua Kilometer sebelum berakhir di perkarangan Masjid Nurul Amin.

Dalam majlis tersebut pelbagai program menarik turut diadakan seperti program Adik dan Al-Quran Bersama Ustaz Zamri 'Mantop' atau nama sebenarnya Zamri Zainuddin, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Bicara Ilmu oleh Ustaz Dr Zulkifli, Marhaban dan lain-lain lagi.

Keluarga Sugumar tuntut anggota polis dikena hukuman setimpal

Posted: 27 Jan 2013 04:04 PM PST

Oleh: Aliff Fikri

KAJANG 26 Jan: Keluarga Sugumar Cheliah mendesak anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan mangsa di Taman Seri Nanding, Hulu Langat dikenakan hukuman setimpal.

Dalam kejadian petang 23 Januari lalu, Sugumar dikejar 4 anggota polis sebelum mangsa dibelasah  dalam keadaan tangan bergari.

Sepupu mangsa, Ananthakannan berkata, tindakan Hospital Serdang enggan membenarkan keluarga masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman membuktikan wujud komplot terancang dalam kes tersebut.

"Kita yakin polis telah bekerjasama dengan pihak hospital untuk menyembunyikan kenyataan sebenar agar anggotanya terlepas dari hukuman dan hidup bebas.

"Saya juga tidak mempercayai dakwaan pihak hospital yang menyatakan Sigumar mati kerana serangan jantung.

"Ia tidak logik sama sekali. Mengapa ketika beliau mati terdapat beberapa kesan calar ditubuhnya dan mengapa beliau mati dalam keadaan tergari? Ini perlu dijawab," katanya ditemui di depan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Bapa saudara mangsa, A Kuppusamy pula kesal dengan tindakan polis terhadap mangsa yang ternyata tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Adakah begini caranya anggota polis menjalankan kerja?.

"Inikah dia polis yang digambarkan mesra rakyat sehingga sanggup membelasah anak saudara saya sampai mati?.

"Saya sama sekali tidak boleh menerima dengan apa yang berlaku, polis yang terlibat perlu dihukum dan dikenakan tindakan segera," katanya.

Muhyiddin ‘puas hati dengan persediaan BN Sarawak’

Posted: 27 Jan 2013 03:56 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dan yakin dengan persediaan jentera pilihan raya parti komponen BN di negeri ini, kata Setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi.

Beliau berkata keyakinan tersebut dizahirkan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, selepas mendengar taklimat tertutup lebih dua jam dengan pemimpin BN negeri, di sini, semalam.

"Dalam taklimat tadi semua parti komponen senada menyatakan telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa sahaja.

"Semua parti telah memberikan angka-angka dan statistik yang diperlukan, kita yakin boleh menang dengan begitu baik dalam pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas taklimat tertutup itu.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari ke negeri itu.

Mengulas mengenai senarai akhir calon, Rundi berkata perkara tersebut tidak dibincangkan sebaliknya lebih tertumpu kepada kesiapsiagaan BN negeri bagi menghadapi PRU ke-13.

Sementara itu, Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut menyuarakan keyakinan bahawa BN akan memperolehi majoriti mudah dua pertiga pada PRU nanti.

"Secara umumnya, saya yakin akan ada hasil yang baik pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dengan parti komponen BN menyandang 29 kerusi manakala dua oleh parti DAP. – Bernama

Akhirnya Mahathir juga akan mengkafankan Umno!

Posted: 27 Jan 2013 03:47 PM PST



 Oleh DR KHAIRUDDIN ABD MALIK

Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013.Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah).

Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.

Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.

Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.

Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak.Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.

Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.

Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.

Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.

Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.

Kezaliman tak mungkin berterusan. Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan.
Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.

Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ?
Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.

Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.

DUNIACACAMARBA

Posted: 28 Jan 2013 03:23 PM PST

DUNIACACAMARBA


Aksi Nik Aziz dan Karpal Singh Bikin UMNO Terkedu

Posted: 28 Jan 2013 05:43 AM PST


[SH] SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.

Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.

Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.

Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009 mencatat satu sejarah baru politik negara.

Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni. 

Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani.



P/s: Terbaik. yang pasti UMNO terkedu!




Nasharuddin Tiada dalam Senarai Calon PRU & Digugur Sebagai Ahli Majlis Syura; Mengapa Zambry, Najib, Hassan JATI Pula yang Kecewa???

Posted: 28 Jan 2013 05:32 AM PST


Nasharuddin Tidak Tersenarai Sebagai Calon PAS - Nik Aziz

[Bernama] KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.

Nasharuddin pada Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong PAS akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar PAS.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, Isnin.

Beliau berkata bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya. 


Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik - PM

[Bernama] KUALA LUMPUR: Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.

Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.

"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.

"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya. 


Hasan Ali: Lucut Nasha 'gembirakan' parasit dalam Pas

[SH] SHAH ALAM – Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan 'parasit' dalam parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa, berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

"Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

"... keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah tertunai," dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura, Hasan turut mendakwa pimpinan parasit juga tidak menyenangi tindakan Nasharudin apabila beliau telah mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama PR.

Dakwanya lagi, ketidakpuasan mereka membuak lagi apabila melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah dan Palestin sambil melabelkannya sebagai pro-Umno.

"Saya yakin selepas ini, Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli Pas.

"...kedudukan beliau kini lebih lemah daripada saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu itu adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Lajnah Politik dan mewakili Pas dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor," jelasnya yang dipecat awal tahun lalu.

Beliau menambah, berita mengenai pengguguran itu tidak memeranjatkan malah, usaha untuk menjatuhkan karier politik Nasharudin dakwanya telah bermula sejak beliau kecundang dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar 2011.

"Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pimpinan Pas terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh dan campur tangan dalam urusan kepimpinan Pas," dakwanya.

"Penyingkiran Nasharudin juga menjadi satu kerugian besar buat Pas apabila ramai pemimpin parti itu masih tidak setanding dan tidak mempunyai kualiti yang sama sepertinya. Beliau boleh diletakkan di kerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia sama ada di Timur ataupun Barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia," katanya.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan berita itu dan menyatakan keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan badan itu.

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti yang diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Karpal dalam isu hudud.


Laporan lain oleh SH:



P/s: Bersungguh-sungguh UMNO membela Nasharuddin. Cuma kalau nak luah rasa kecewa, mahu membela Nasha, lihatlah fakta dan sebab dia dipecat. Jangan melulu!

Kalau rasa Nasha, pemimpin yang penting dan berwibawa, apa kata BN mencalonkannya dalam PRU13 nanti?





Biaqpila

Posted: 28 Jan 2013 03:21 PM PST

Biaqpila


Pesta dadah artis seberang

Posted: 28 Jan 2013 02:00 PM PST


Selebriti muda terkenal Indonesia Raffi Ahmad ditangkap pegawai Badan Dadah Kebangsaan (BNN) pagi semalam di rumahnya bersama beberapa rakan artis lain.

Pengarah Tindakan Dadah BNN, Beny Mamoto memberitahu pemberita mengenai penangkapan pelakon filem berkenaan di rumahnya di Jakarta Selatan.

"Raffi Ahmad ditangkap bersama tiga lagi rakan yang lain," kata Benny. Beliau berkata, pengacara rancangan 'Dahsyat' stesen televisyen RCTI bersama tiga rakannya itu kini sedang menjalani ujian air kencing. "Selepas selesai siasatan, pihak kami berjanji akan memberikan maklumat terperinci kepada umum melalui media," katanya.

Berdasar maklumat dalam kalangan pemberita, beberapa selebriti berkumpul di rumah Raffi sejak Sabtu lalu, sebelum pegawai BNN datang memeriksa dan menemui puluhan pil Ecstasy.

Ketua Perhubungan Awam BNN Sumirat Dwiyanto mengesahkan pegawai BNN melakukan pemeriksaan mengejut di rumah seorang selebriti di Jakarta Selatan pagi tadi, namun tidak mendedahkan siapa yang ditangkap. Sementara itu BERNAMA melaporkan dari Jakarta, artis popular Indonesia Irwansyah (gambar) dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi semalam. Mereka ditangkap sepasukan anggota BNN yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat awam. Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam. Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.


MK


BONGKAR! SYABAS Guna RM700 juta Bukan Baiki Paip, Tapi Beli Kereta & Baiki Rumah Pejabat

Posted: 27 Jan 2013 11:41 PM PST

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

“Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

“Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya,” katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

“Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

pencacai-semalaysia


ALHUSSEYN

Posted: 28 Jan 2013 03:08 PM PST

ALHUSSEYN


Beruk Sarkis dengan songkok hitamnya....

Posted: 28 Jan 2013 10:54 AM PST

Aku terasa kesian bila lihat dua Hasan bersongkok hitam kat rancangan Helo Malaysia malam tadi. 

Mereka berdua ni dah macam beruk sarkis sahaja. Terpaksa buat apa sahaja yang  boleh menyebabkan tuan-tuan mereka gembira. Kalau tidak, mereka tak dapat pisang!

Tak habis-habis menghentam PAS.Dua Hasan bersongkok hitam - Hasan Ali dan Hasan Basri - masih terus berdendam dgn PAS kerana ditendang keluar dari parti. PAS dah bagi peluang untuk mamat ni merayu, tapi diorang ni yang sombong cakap tak akan merayu. 


PAS terpaksa pecat Hasan Ali kerana melanggar disiplin parti. Mamat ni mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat. Apabila Presiden PAS, TGHA arahkan orang-orang PAS keluar menyokong perhimpunan perbicaraan sodomi Anwar, si Mamat ni pula arahkan orang supaya jgn pergi! 

Banyak lagi perkara-perkara bangang yg Mamat ni buat yang bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat.Hasan Basri tu terlebihlah lagi bangangnya.Dia hanya pak turut kpd Hasan Ali tu sahaja… 

Bila dah kena tendang si Mamat ni marahkan pula kat Anwar. Tuduh PAS sudah diresapii anasir Anwarinas…PAS sudah menyeleweng dari perjuangan dan entah apa benda lagi Mamat tu tuduh pada PAS. 

Apa jenis Mamat nih! Dia mengadu untuk menagih simpati orang dalam tv tadi kononnya orang PAS tak pernah ambil kisah mengenainya.Dia kata tidak ada siapa pun dari kalangan PAS yang datang menjenguknya untuk bertanya khabar setelah dia kena tendang…macam-macamlah dia bersungut …. 

Mamat ni dah lupa yang dia sanggup buat tak tahu dalam rumah, tak buka pintu dan tak jawap salam orang yang datang ke rumahnya … 

Naib ketua dewan ulamak PAS, Dr Mahfodz Mohamed, seorang yang sangat rapat dengan Mamat ni  dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama pernah memberitahu kita : 

 "Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk. 

PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulama yang menjadi penentu kepada hala tuju parti. Majlis itu berkuasa sepenuhnya terhadap parti. PAS bukan ditentukan oleh individu baik Muryidul 'Am, Presiden atau Ketua Ulama.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 28 Jan 2013 03:03 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Apa Aktiviti MB Selangor Malam Ni? Tidur Ke?

Posted: 28 Jan 2013 05:31 AM PST

http://d3j5vwomefv46c.cloudfront.net/photos/large/723904945.jpg?key=1024768&Expires=1359380690&Key-Pair-Id=APKAIYVGSUJFNRFZBBTA&Signature=qTG8UlRMdAcqhbtxn2CNXaR-o2D2y0P4NKalOMA8Ngm2RvOO7OucOUt5daVqY-pN2Zv~WJksNqdkS4HEhzInulf5su3a-t67KxPyhX5EkQKLZED~-KZjC5QKiZOLm~uy8U-RaTx2WHk~ZKaU28c8BrWSNzEH8BxEU0f~jofCfTs_

Hadir pada majlis ramah mesra komuniti Sarawak di Sunway Cheras.

 http://d3j5vwomefv46c.cloudfront.net/photos/large/723868493.jpg?key=1024768&Expires=1359380696&Key-Pair-Id=APKAIYVGSUJFNRFZBBTA&Signature=MpsOUibx-wRD~kOJsjb2XUDmRMnKq8qP0DvmXRYYMJjLdCCz2AKIaBLP13QwaGkVo-IuiwP9PytfoRiPXWbVwAc2OGOImPyBlH999Dlbezj4u-EoAr5nYrvD3R~zNVERVv7N95lcF2RJAgpW5wMzd5Cke8j-4PIFMsa3T4eZmNU_

 http://d3j5vwomefv46c.cloudfront.net/photos/large/723901909.jpg?key=1024768&Expires=1359380638&Key-Pair-Id=APKAIYVGSUJFNRFZBBTA&Signature=bIkZ-XUZDDypyVJyTHxUQxnTfp8ZrwTvXYoV56jfjMcY1dgmviCRu~DEWfdP73jnE61cfq3Ru3WNzOEmHBbx4JnCgGrpFL7HSA9DCIGCwwIDfQxcqvMSInOygh3CPSXR0LKCbdJ1dASoBY3DLiqJ8iwMk9whPva~eBIwVWiujHE_

Mengedarkan limau di pasar malam Taman Len Seng.

Kartun Ahli Palimen Bachok

Posted: 28 Jan 2013 05:03 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/71812_458263990907348_885101688_n.jpg

ustaz kan selalu sibuk ikut belakang najib rosmah

Nik Aziz: Nasharuddin tidak tersenarai calon Pas

Posted: 28 Jan 2013 02:56 AM PST



KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.

Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong Pas akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.

Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar Pas.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.

Beliau berkata, bukan semua anggota parti itu "pak turut".

Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya. - Bernama

TG Nik Aziz Bersama 2 Cicit Kembar Terbaru

Posted: 27 Jan 2013 11:23 PM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/150928_10200373886372067_1751611891_n.jpg

Rizal Tahir

Renungan penuh kasih sayang seorang moyang kepada cicitnya. TGNA bersama cicit sulungnya yang dilahirkan kembar (kedua-duanya puteri), berusia lapan hari.

-gambar ni dirakamkan di rumah TGNA pagi tadi (28 Januari 2013), selepas TGNA sampai dari Pulau Pinang.

Terkini! Gambar TG Nik Aziz Berjumpa Dengan Bishop Sebastian Di Pulau Pinang

Posted: 27 Jan 2013 06:40 PM PST


This one's from me to you: Tok Guru presents Bishop Sebastian with a mouth-watering cake

This one's from me to you: Tok Guru presents Bishop Sebastian with a mouth-watering cake
It may have been Nik Aziz's 82nd birthday on Sunday, but it was the octogenarian who handed over a cake to the Bishop of the Penang Diocese, which covers Penang, Kedah, Perlis, Perak and Kelantan. On the cake was inscribed the simple words: Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas.

Cake diplomacy: A sweet touch indeed
Cake diplomacy: A sweet touch indeed
Though Nik Aziz had a full schedule in Penang, he cancelled another appointment to make sure he could meet Sebastian at short notice. Looking frail, the Tok Guru said he now finds it difficult to stand air-conditioning and even rain. But sunshine is always welcome, he said, his face brightening up.
Though Tok Guru tires easily – he has a pacemaker – his aides say he perks up when the occasion demands such as when addressing a large ceramah. And on this occasion, he was clearly looking forward to meeting the Bishop.

"I will pray for your health," Bishop Sebastian assures Tok Guru.
"I will pray for your health," Bishop Sebastian assures Tok Guru.

Nik Aziz touched on the importance of kerohanian (spirituality) – which the Bishop wholeheartedly agreed to – and lamented the excessive materialism in today's culture.

The Tok Guru also pointed out that Islam honours the prophets, including Jesus. In Kelantan, there were many images of Buddha.

Bishop Sebastian expressed concern about Tok Guru's health and said he would pray for him: "The nation needs your spiritual example," he said.

Tok Guru expressed regret that people had created a controversy over religious matters. Bishop Sebastian concurred saying that that wasted energy could be better spent looking for missing children, for instance.
Later, when posing for a group photo, Nik Aziz joked, "I don't know what the mainstream media is going to say about my meeting with you!"

Mujahid, Nik Aziz, Sebastian and Francis and Marie Jeanne
Mujahid Yusof Rawa, Nik Aziz, Sebastian Francis and Sr Marie Jeanne

The closed-door meeting was held on an auspicious date for the Pas spiritual leader for several reasons: It was his birthday; it was the first time he had witnessed a Thaipusam celebration in Penang (and met Karpal at his residence in the process). He also received news that he is now a great-grandfather twice over – newborn twins. (He has 10 children and 52 grandchildren – that's a lot of birthdays to keep track of!)
Earlier, he had laid the foundation stone for a minaret at a mosque in Batu Uban, which was built around 1710, well before Francis Light set foot in Penang in 1786.

And it was the first time he was meeting Bishop Sebastian. When told that the Penang Diocese includes Kelantan, Nik Aziz immediately invited Sebastian to drop by at his residence in the East Coast state.
After about 30 minutes, Nik Aziz appeared to tire and he requested Mujahid to take his place at a large ceramah scheduled for Sunday night.

The meeting was held at Nik Aziz's suite in a hotel in Penang. Also present in the Pas team were Parit Buntar MP Mujahid Yusof Rawa, who had just returned from a dialogue at Fatima Church in Kangar, and Tasik Gelugor Pas information chief Abdul Rahman Kasim as well as close aides of Tok Guru.

Bishop Sebastian was accompanied by Sister Marie Jeanne of the Little Sisters of the Poor and Arokiadass, newly appointed to take charge of inter-religious dialogue in the Penang Diocese.

From left: Abdul Rahman, Arokiadass, Mujahid, Nik Aziz, Sebastian and Marie Jeanne

From left: Abdul Rahman, Arokiadass, Mujahid, Nik Aziz, Sebastian and Marie Jeanne
This quiet and dignified encounter was the perfect riposte to the bigots who are trying to divide and rule the people.

http://anilnetto.com/religion-and-ethnicity/christianity/tok-guru-nik-aziz-meets-bishop-sebastian-francis/

YAB Tuan Guru mengunjungi YAB Dato Seri Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di kediamannya.

Posted: 27 Jan 2013 06:37 PM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/150932_548133805206277_1939718907_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/550013_548133768539614_1222930113_n.jpg

Zam Zamani Mohd Zain

YAB Tuan Guru mengunjungi YAB Dato Seri Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah di kediamannya.

Gambar TG Nik Aziz Berjumpa Dengan Bishop Sebastian

Posted: 27 Jan 2013 03:53 PM PST

On a day when a threat of Bible-burning by unknown bigots fizzled out, Pas spiritual leader Nik Aziz hosted a friendly private meeting with Catholic Bishop Sebastian Francis.

This one’s from me to you: Tok Guru presents Bishop Sebastian with a mouth-watering cake

It may have been Nik Aziz’s 82nd birthday on Sunday, but it was the octogenarian who handed over a cake to the Bishop of the Penang Diocese, which covers Penang, Kedah, Perlis, Perak and Kelantan. On the cake was inscribed the simple words: Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas.

SELANJUTNYA...

http://anilnetto.com/religion-and-ethnicity/christianity/tok-guru-nik-aziz-meets-bishop-sebastian-francis/

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 28 Jan 2013 01:33 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PEMIMPIN UMNO MEMANG DARI GOLONGAN " TIDAK BIJAK "

Posted: 27 Jan 2013 04:56 PM PST

PENYAPU SIAL

Posted: 28 Jan 2013 01:23 PM PST

PENYAPU SIAL


dah lah gaji buta pengerusinya RM 5 juta setahun kini SYABAS Guna RM700 juta untuk Beli Kereta & Baiki Rumah Pejabat dan bukan baiki paip....memang dah melampau,,,,!!!!

Posted: 28 Jan 2013 03:06 AM PST

hidup tak berkat ...rembat duit rakyat rm 5 juta setahun...selalu ponteng mesyuarat...inilah padahnya....masih tak sedar sedar lagi

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa  telah  mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

Tiga tahun lepas, Syabas telah  belanjakan  hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.Jadi duit rakyat  telah digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya..

Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.Maka itu,tindakan Kerajaan Negeri Selangaor tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi..???

Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

 

 

penyapu sial

 

 

Pernah Rasullulah S.A.W memesen kita sebelum agar kita jangan beri jawatan kepada mereka yang tidak layak memegangnya. Sekarang nampak sudah logiknya kenapa Rasullulah memesen sedemikian. Pastikan PRU nanti parti UMNO ditumbangkan agar kita dapat bubarkan syarikat SYABAS dan digantikan kepada mereka yang pakar dalam bidangnya serta memastikan orang bodoh dalam SYABAS ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kalau didapati terlibat dalam Rasuah.

Muslimeen United

Posted: 28 Jan 2013 01:13 PM PST

Muslimeen United


Isu Kalimah "Allah": Harussani "Kafirkan" Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari?

Posted: 27 Jan 2013 04:30 PM PST


Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. - Bernama



Use of Bahasa Bible is fine, says ulama


PETALING JAYA: The usage of Bahasa Malaysia Bible is perfectly fine both in the eyes of Islam and the Federal Constitution, said Umno ulama Fathul Bari Mat Jahya.

He said people must not confuse the fact that a language did not represent a particular religion.

"Arabic is the original language used in the Al-Quran. But Prophet Muhammad had never stopped or forbade others in using Arabic to spread their own religions," he said.

Fathul said although the Federal Constitution forbade the preaching of other religions to Muslims, the AlKitab (Bible) did not contravene its spirit.

"It should only be for Christians.

If the Bahasa Malaysia Bible is not used to preach to Muslims, then there is nothing wrong," he said.

Fathul said it was also perfectly acceptable for Christians to use the word "Allah".

"However, I made it very clear that this can only be used in a Christian context, and not to mislead Muslims," he said, adding that most Islamic scholars in the Middle East thought the same as well.

PAS ulama council chief Datuk Harun Taib said Christians should not be denied the right to use the Bible in Bahasa Malaysia as it was the country's national language.

"Will the faith of Muslims be affected by a translation of the Bible? No, it is just a Bible read by Christians, that is all. Why must there be any opposition?" he told an online news portal yesterday.

Harun also said Christians could use the word "Allah" as long as it was within the confines of their religion.

"If Christians want to use the term 'Allah' for their God no problem. If they are convinced that 'Allah' is their God, let them be," he said, explaining that this was different from Islam's 'Allah s.a.w'.

It was also reported that PKR information chief Dr Muhammad Nur Manuty said Muslims need not worry about the use of the word "Allah" and the Bahasa Malaysia Bible.

"This is the right of religion and Bahasa Malaysia is the official language of the country so we cannot restrict other religions, including Christians from using it," he said, urging Muslims to be more open-minded and not take matters in their own hands.

Malaysian Ulama Association president Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir had earlier agreed that everyone should be allowed to read and worship in the language of their choice.

He had said that even the Quran had been translated into many languages such as Chinese, and that every person had the right to use Bahasa Malaysia.

However, he added that "Allah" should be exclusive for Muslims.

-TheStar

Gambar Sambutan Hangat Pengundi Kawasan Pak Lah Terhadap TGNA

Posted: 27 Jan 2013 04:28 PM PST


Tuan Guru Nik Aziz memberi ucapan dan membaca doa


  Pengunjung yang hadir
Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200 seorang..


Tuan Guru Nik Aziz merasmikan van bergerak PAS Kawasan Kepala Batas dan di serbu oleh penduduk      Kepala Batas.. untuk melihat tuan guru lebih dekat lagi
Konvoi motosikal mengiringi ketibaan Tuan Guru Nik Aziz
Gambar ~ apa khabar orang kampung

TG Nik Aziz sambut harilahir di rumah Karpal Singh

Posted: 27 Jan 2013 04:26 PM PST


JELUTONG: Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

(Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini)

TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone.

Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya. -Hrkh

Addin

Posted: 28 Jan 2013 11:09 AM PST

Addin


Respon Terbaru Ustaz Nasha Berkenaan Pemecatan Beliau

Posted: 28 Jan 2013 08:00 AM PST

Aku ambil cerita nie kt Amenoworld, sebenarnya aku nak ulas sikit berkenaan Nasharudin Mat Isa yang telah dipecat dari Majlis Syura Ulama Pas, tapi untuk pengetahuan beliau masih Ahli Pas.

Kes Nasharudin Mat Isa ini berbeza sikit dengan kes Hassan Akidah kerana beliau di pecat terus daripada Ahli. Nasharudin Mat Isa, mempersoalkan kenapa beliau tidak tahu tentang pemecatan dan hanya mengetahui perkara ini melalui media massa.

Bagi aku lah macam mana beliau hendak diberitahu sedangkan segala tingkah laku beliau tidak lagi bersama jemaah tetapi bersama dengan gerakan lawan. Adakah ini adab seorang berjemaah mendahului hal peribadi daripada jemaah.

Kita tidak nafikan jasa Nasharudin Mat Isa dalam gerakan Islam tiada tolak bandingnya, tetapi tindak tanduk beliau kebelakangan ini menafikan hak Presiden dan tidak memaklumkan kepada Jemaah dan selalu memberi kelebihan kepada musuh, adakah ini akhlak seorang pejuang, beliau meletakkan kefahaman tentang berjemaah lebih rendah daripada AJK Cawangan.

Adakah dengan melawat Palestin itu dikira sebagai seorang pejuang tulen. Di manakah kamu sewaktu umat Islam diserang?.

Sebenarnya pemecatan Nasharudin Mat Isa sudah lama diusulkan oleh peringkat akar umbi tapi Presiden masih sayangkan beliau memandangkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden dan merupakan Ahli Parlimen Bachok.

Bagi aku lah sebelum Nasharudin Mat Isa hendak menyalahkan jemaah tengok diri sendiri dulu bak kata pepatah cermin diri sendiri dahulu. Berikut penjelasan beliau melalui sms..
Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa


Iklan C (ii)






Rupanya Ramai Yang Belum Akil Baligh Sambut Najib Pulang Dari Gaza

Posted: 28 Jan 2013 05:53 AM PST


Heboh satu dunia yang dihebohkan oleh media milik dan kawalan UMNO/BN terutamanya BERNAMA, UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3, RTM kononnya hampir 10,000 rakyat sambut kepulangan Najib dan Rosmah dar Gaza sampai nada yang menobatkan Najib sebagai WIRA ISLAM yang cukup gagah berani tidak takut mati.

Pergi ketempat yang aman tidak waktu kena serangan Israel dianggap sebagai wira paling berani...Ajak berdebat dengan DSAI pasal isu semasa yang menghantui rakyat seperti ekonomi dan politik langsung tergigit lidah takut menikus nak terima cabaran.

Rupa-rupanya yang sambut beliau terdiri dari mereka yang belum akil baliq.. Belum boleh pun mengundi...Sepasang suami isteri bawa tidak kurang 3 hingga 4 anak-anak mereka.

Untuk pengetahuan.. sehingga kini gambar yang mampu membuktikan seramai 10,000 orang sambut Najib dan Rosmah belum ada dimuat naikkan samada oleh media lidah biawak rasmi UMNO maupun blogger-blogger pro UMNO...BELUM ADA!!!!




Iklan C (ii)






Panas!! Pemuda Sabah Pengsan Di Belasah Polis, Kembarnya Di Simbah Air Panas

Posted: 28 Jan 2013 02:08 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Jan: Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur."Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka," kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.Belakang Nazrul melecur akibat disimbah air panas oleh polis".

Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu."Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat."Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

"Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta," tegasnya.Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis. ~keadilandaily




Iklan C (ii)







Anwar Bersila Santai Bersama Orang Ramai Di Jelajah Merdeka Rakyat Pasir Besar, N. Sembilan

Posted: 28 Jan 2013 12:11 AM PST


GEMAS 28 Jan: Konsep wasatiyyah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menggambarkan keperibadian pemimpin Islam kerana kaedah pelaksanaannya bertentangan syiar Islam dan amalan Rasullullah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wasatiyyah yang menjadi ungkapan politik Umno dijadikan umpan Najib untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, diguna untuk menzalimi rakyat."Tengok pemimpin Islam, pukul orang, bunuh orang. Nak tengok rasuah, tengoklah pemimpin Islam.

Cakap dengan angkuh, ambil balak (pun) pemimpin Islam. Surat khabar Islam (kerjanya) fitnah orang. Utusan Malaysia, bapak segala fitnah di Malaysia. Siapa punya, Melayu punya."Melayu mana, Melayu Islam, siapa ketua, Najib! Wasatiyyah apa, wasatiyyah fitnah yang dipertahankan.

Ini bukan soal politik, tapi soal hukum, soal akhlak, tapi jika tanya ustaz Umno inilah wasatiyyah (namanya)," katanya depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, di sini malam tadi.

Anwar berkata, tempoh beliau dipenjara lapan tahun hanya ujian kecil jika dibandingkan perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam.Beliau mengimbas kembali perjuangan Rasullullah yang penuh onak duri berhadapan puak penentang Islam."Ada orang cakap, kamu dah solat hajat, tapi kenapa tidak menang lagi…punyalah jahil. Nabi pun ambil masa 13 tahun, sehingga luka pipinya. Nabi itu kekasih Allah, manusia terulung.

Jadi sebab itu menghadapi ujian kita kena sabar, ujian ini macam-macam, wang ringgit, ugutan dan sebagainya," katanya."Saya masuk penjara lapan tahun. Bila masuk penjara jangan ingat kita besar. Semasa zaman Rasulullah, ada sahabat bertanya siapa yang paling banyak terima ujian, Rasulullah jawab para nabi. Ini derita kecil. Kata Tok Guru, ini ujian untuk jadi baik," sambung beliau disambut tepukan hadirin.

Katanya, hasil wasatiyyah Umno BN itu patut menjadi contoh kepada bukan Islam, tetapi berlaku sebaliknya."Politik boleh dibuat dengan lakaran kata-kata. Boleh berjanji dan kata kami akan pertahankan pentadbiran bersih daripada kotor, banteras rasuah tapi rasuah juga.

Wasatiyah tapi tidak ada kesederhanaan dalam apa cara sekalipun," katanya."Wasatiyyah ini umat yang seimbang, (yakni) menjaga keseimbangan dan tahu menjaga nilai hidup. Tahu prinsip keadilan, tidak melampau serta zalim. Kalau itu dilakukan, orang bukan Islam akan hormat kita," ujar Anwar.

Terdahulu, beliau menerima memorandum daripada lima wakil kawasan Felda sekitar Gemas antaranya, Felda Jempol, Lui, Jelai, Kepis dan Palong berhubung masalah penanaman semula kelapa sawit. ~keadilandaily



Iklan C (ii)






Gempar!! Pusat Judi Berhampiran Rumah Exco Agama

Posted: 27 Jan 2013 07:55 PM PST


ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66,ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi.

"Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri."Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian," katanya.

Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda.Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi.

"Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi."Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa," ujarnya.

Tambahnya, seolah-olah ada 'kuasa yang kuat' mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak 'bermain wayang' dan berharap diambil tindakan segera.Din Abu Bakar Muhammad, 50, dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah."Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu.

"Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat.    "Adun kami Exco agama, anak peneroka sini.

Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama," tegasnya. Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad,  yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun.

"Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di  Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah."Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga.

Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu," ujarnya.Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu. ~harakahdaily





Iklan C (ii)






Irwansyah, Isteri Di Tahan Sertai Pesta Dadah

Posted: 27 Jan 2013 06:43 PM PST

JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.   

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.   Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.   Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.   

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.  

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.  ~bernama





Iklan C (ii)






Berita Gembira Ni Pasti Menyakitkan Hati Pencacai Umno..

Posted: 27 Jan 2013 04:47 PM PST

SHAH ALAM - Di sebalik laporan bahawa kedua-dua mereka bertembung dalam isu hukum hudud dan bagi menyatakan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat (PR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengunjungi rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh di Jelutong, Pulau Pinang.Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berada dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas di negeri itu.Ia dilihat sebagai pertemuan bersemuka kedua selepas konvensyen nasional PR tahun 2009 di Shah Alam dan juga ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara 12 Januari lalu.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, Pas dan PKR.Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal."Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya dipetik Harakah Daily.Pada konvensyen 19 Disember 2009, Nik Aziz menyifatkan "di dada Karpal Singh ada bulan" dengan merujuk kepada lambang Pas adalah bulan, pada jaket khas dikenakan pemimpin DAP itu.Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama PR.

Sebelum Nik Aziz berucap, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen 2009  mencatat satu sejarah baru politik negara.Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam."Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. 

Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.  Sebaliknya hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani. ~sinar harian




Iklan C (ii)






Gambar Sambutan Hangat Pengundi Kawasan Pak Lah Terhadap TGNA

Posted: 27 Jan 2013 04:37 PM PST


Tuan Guru Nik Aziz memberi ucapan dan membaca doa




  Pengunjung yang hadir

Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200 seorang..




Tuan Guru Nik Aziz merasmikan van bergerak PAS Kawasan Kepala Batas dan di serbu oleh penduduk      Kepala Batas.. untuk melihat tuan guru lebih dekat lagi

Konvoi motosikal mengiringi ketibaan Tuan Guru Nik Aziz





Gambar ~ apa khabar orang kampung






Iklan C (ii)






pemuda cheh

Posted: 28 Jan 2013 09:40 AM PST

pemuda cheh


Nasha digugur

Posted: 27 Jan 2013 05:39 PM PST


Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya dalam badan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Gaza.
Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman berita itu berkata: "Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.
Nasharudin pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

Teka-teki mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.

Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 28 Jan 2013 09:31 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Wow. Lama tak dengar Cerita Awek nih ...?

Posted: 28 Jan 2013 05:15 AM PST

Lama tak dengar Cerita Awek nih ...?
Dot dot com ...?

Anak Sungai Derhaka

Posted: 28 Jan 2013 09:25 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Video Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit tersebar.. Saksikan!!

Posted: 28 Jan 2013 07:25 AM PST


Cybertrooper UMNO adalah kumpulan IT ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibiayai oleh UMNO untuk berkeliaran dalam Facebook dan Blog.

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis "pasukan" yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya.

Antara tugas mereka ialah membin blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO, menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB

Menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada.

Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB.

Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi.

Dan mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO.

Mereka dibayar oleh UMNO..


Mereka diajar dan dididik oleh UMNO dengan duit. Ada duit kerja jalan. Tak ada duit, boleh jalan. Kalau bagi sikit, kerja sikit. Kalau bayar tinggi, kerja tanpa henti.

Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.

Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu "like" akan dibayar, jika banyak "like" maka besarlah bayarannya.

Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.

Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka "berjaya" wujudkan fitnah dan mendapat "like" dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.

Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?

Tetapi sampai bila UMO boleh bayar mereka? Sampai bila cybertrooper ini boleh terima upah yang sikit dan tidak berbaloi? Pastinya mereka akan bergaduh kerana dunia….bergaduh kerana duit….





Video-video episod seterusnya sila lihat di ( SINI )

Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis.. (Video Inside)

Posted: 28 Jan 2013 03:44 AM PST


Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

"Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka," kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.


"Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

"Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

"Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

"Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta," tegasnya. Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis ~ Keadilandaily

Berikut adalah rakaman CCTV dari tempat kejadian.. rakaman agak kurang memuaskan kerana rakaman tersebut dilakukan melalui telefon bimbit dari screen rakaman CCTV.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan rakaman asal yang lebih jelas gagal kerana usaha mengambil semula rakaman CCTV tersebut dihalang oleh pemilik cybercafe yang bimbang tindakan akan diambil terhadapnya.

Rakaman menunjukkan kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2013, sekitar pukul 2:30 petang.

  

Sumber video : SINI

Pacak bendera PAS pun kena tampar?.. apa punya gila orang UMNO ni?..

Posted: 28 Jan 2013 12:04 AM PST

Bagi yang biasa berhujah dengan macai-macai UMNO kategori penyokong tegar jenis membabi buta anda pasti akan menyaksikan dua fenomena ini berlaku jika macai tersebut kalah atau gagal untuk mempertahankan hujahnya.

Di laman forum maki hamun dan perkataan-perkataan lucah akan dihamburkan kepada anda oleh macai yang kalah berhujah itu.

Manakala jika ianya dilakukan dialam nyata pula (berhujah secara berhadapan) diugut untuk ditampar atau dipukul atau apa saja yang seangkatan dengannya pasti akan kedengaran bila macai tersebut gagal mempertahankan hujahnya..

Dan kini budaya ganas macai-macai UMNO itu tidak lagi terbatas ketika berhujah, kita telah menyaksikan berbagai jenis keganasan yang dilakukan oleh macai-macai UMNO terhadap Pakatan Rakyat baik melibatkan harta atau ketika ceramah diadakan.

Di Johor baru-baru ini dilaporkan kira-kira 80 bendera PAS dan KeAdilan telah diconteng dengan lambang Salib oleh macai-macai UMNO.. sila baca di ( SINI ).

Laporan oleh sebuah akhbar ini juga melaporkan ianya berlaku di Johor juga yang mana orang-orang Melayu di situ telah dinobatkan sebagai Melayu paling miskin di Malaysia.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas baru-baru ini menyatakan perkara tersebut dalam satu kenyataan yang boleh di baca di ( SINI )

Insiden terbaru ini membuktikan kepada kita bahawa baik pemimpin mahupun macai-macai UMNO, mereka sedang kepanasan takut hilang kuasa..

Dalam insiden ini seorang petugas PAS mendakwa beliau telah ditampar hingga menyebabkannya cedera di pipi kiri dan bibir hanya kerana memacakkan bendera PAS..


Sumber gambar : SINI

Ali Rustam pun sudah terikut perangai Blogger UMNO..

Posted: 27 Jan 2013 07:39 PM PST


PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.

Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.

~ Harakahdaily

Hantar Memo bantah Pusat Judi tapi Pemimpin UMNO tak peduli.. Akhirnya penduduk adakan demonstrasi..

Posted: 27 Jan 2013 04:30 PM PST


Jika perkara ini berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat baik Pulau Pinang, Kelantan, Kedah ataupun Selangor maka riuh rendahlah pencacai-pencacai UMNO memainkan di blog mereka..

Malangnya ia tidak berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tetapi ianya telah berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Meskipun memorandum telah dihantar kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO, bantahan ini dipandang sepi oleh mereka walaupun ianya akan mengundang gejala sosial... mungkin ada diantara mereka punya kepentingan..

Sehari dua yang lalu seorang pembaca mengirimkan e-mail yang disertakan dengan gambar-gambar memo tersebut..

Assalammualaikum w.b.t kpd ASD

Saya ingin memohon kpd semua utk mengwar2warkan isu kewujudan hiburan haram dan perjudian di daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Saya mendapat maklumat ini di papan kenyataan Masjid As-Syakirin Maran ketika Solat Jumaat minggu lepas 18 Januari 2013.

Sewaktu sy membaca memo ini, saya terdengar perbualan dua orang jemaah tentang isu ini yg turut sama membaca memo itu dan mereka sangat tidak berpuas hati dengan apa yg berlaku. Komen mereka perkara seperti inilah yg sebenarnya merosakkan orang Islam dan orang2 Melayu terutama golongan muda.

Jika saya tidak salah, tempat pusat judi ini berkemungkinan di kawasan Tong Kiat yg berhampiran dengan kawasan Kuala Sentul. Pengesahan lanjut perlu didapatkan tentang lokasi sebenar pusat kegiatan haram ini.

Jika dapat dilhat kepada senarai memo tersebut dihantar, ianya dihantar kepada Menteri Keselataman Dalam Negeri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Besar Pahang, Ketua Polis Pahang.

Dan ianya juga telah dihantar kepada pihak berautoriti yang berada di daerah Maran seperti Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Hj. Ismail, ADUN Kawasan Luit, YB Dato' Hj. Ahmad Munawar, ADUN Kawasan Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza, ADUN Kawasan Jengka, YB Wan Salman, YH Dato' Pegawai Daerah Maran dan Ketua Polis Daerah Maran.

Pengumuman telah dibuat oleh pihak masjid sebelum Solat Jumaat bagi memohon jemaah sama2 mengerjakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat.

Saya tidak mendapat maklumat bilakah memorandum bantahan tersebut dihantar dan ditandatangani. Diharap maklumat ini dapat disebarkan dan dikongsikan agar dapat membuka mata pihak2 berwajib untuk mengambil tindakan sepatutnyer.

Dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yg membarah sekarang ni, adalah amat wajar perkara2 seperti ini diperangi habis-habisan.

Yang Benar,
Anak Maran

Ini adalah memorandum yang dimaksudkan beliau..


Oleh kerana memorandum tidak dipedulikan satu demonstrasi telah diadakan..


ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 28 Jan 2013 09:17 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


KRISTEN LEBIH MULIYA ISLAM?

Posted: 27 Jan 2013 07:19 PM PST

Seorang pendakwah Kristian merayu agar masyarakat agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible.

BS Poh yang pernah ditahan ISA atas kegiatan keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian untuk menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka.

"Orang lain tidak boleh memaksa kita mengugurkan kalimah Allah. Kita sendiri yang perlu memilih untuk tidak menggunakannya," katanya.
Katanya orang Kristian boleh berbuat demikian berdasarkan keyakinan ke atas kesusilaan dalam tindakan berkenaan.

"Kebebasan hati nurani ialah kebenaran yang berharga. Hanya Tuhan sahaja yang paling mengetahui mengenai hati nurani manusia," katanya.

Tambahnya, orang Kristian sudahpun berjuang dan memenangi hak untuk menggunakan kalimah Allah namun masih wujud usaha untuk menghalang penganut berkenaan daripada menggunakannya.

"Masalah ini sudah berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk menggunakan hak guna (kalimah Allah?," soalnya lagi dengan memetik beberapa bait ayat daripada Bible.

Tambahnya, penganut Kristian juga kini tertekan dengan isu yang berlarutan itu.

"Jadi bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya.

Katanya, orang Kristian juga perlu menilai isu berkenaan dari segi alasan dalam kitab, alasan teologi dan juga linguistik.

[Baca berita penuh]

Askamakalikada

Posted: 28 Jan 2013 09:17 AM PST

Askamakalikada


OGHANG NEGHORI DAH MULO MELUAT

Posted: 28 Jan 2013 06:05 AM PST

Tak do tulang nak tulang,
Ado tulang nak lomang,
Tak pulang nak pulang,
Dah pulang tercongang congang,
Nak monang dah boghi monang (54 tahun),
Dah monang jadi bangang!

(nukilan Zaman Bujang - pengulas Malaysiakini)

Al Ikram

Posted: 28 Jan 2013 09:02 AM PST

Al Ikram


TIADA MAAF DARI ZAHID, LAWAN DI MAHKAMAH

Posted: 27 Jan 2013 07:46 PM PST

KRAI Utara

Posted: 28 Jan 2013 07:47 AM PST

KRAI Utara


Wow! Gadis dituduh mencuri dipukul, pakaian dilucut

Posted: 28 Jan 2013 12:37 AM PST

myMetro
Kuching: Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.“Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.

Penyokong PR tumpah air mata angkara perbuatan Nik Aziz Nik Mat

Posted: 27 Jan 2013 08:33 PM PST

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka."Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku."Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok  menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."

PENOREH GETAH

Posted: 28 Jan 2013 07:23 AM PST

PENOREH GETAH


PENAFIAN RAFIZI KES RASUAH

Posted: 28 Jan 2013 12:18 AM PST

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Sumber Sini

Pahang Daily Online

Posted: 28 Jan 2013 07:21 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: Video Eksklusif, Pelangai Mundur Triang Maju, Bukti Pemimpin UMNO BN "Cakap Tak Serupa Bikin" !!

Posted: 28 Jan 2013 05:37 AM PST

Sesuatu yang amat menghairankan rakyat Pahang sekarang ialah isu berkenaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang yang diwakili oleh YB Leong Ngah Ngah dari parti DAP kini jauh lebih maju dari DUN  Pelangai yang merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sendiri. Ramai yang tertanya-tanya kenapa DUN yang diwakili MB begitu mundur dari DUN yang diwakili oleh pembangkang sejak lima penggal yang lalu. Tempoh yang sama diambil untuk menjadi Wakil Rakyat, malahan Adnan dipercayai lebih lama lagi tapi kawasan beliau begitu mundur hingga ke hari ini. Bahkan dipercayai kini institusi kewangan hatta Bank Simpanan Nasional (BSN) sekali pun gagal disediakan oleh Adnan untuk rakyat di DUN Pelangai. Itu belum termasuk lain-lain kemudahan yang sepatutnya ada. Kesukaran berurusan dengan bank menyebabkan penduduk Pelangai terpaksa ke pekan Karak yang terletak hampir 40 kilometer dari kawasan terbabit. Ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Kemajuan DUN Triang di bawah DAP lebih jauh dari apa yang disangka. Dalam sibuk-sibuk pembangkang diserang bertalu-talu, rupa-rupanya hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Bukankah ini tidak masuk dek akal kita. Fikirkan, dan buatlah tindakan untuk mengubah nasib dan masa depan anda sekarang. Ikuti video eksklusif produksi orangkacamata studio "Pelangai Mundur Triang Maju" ini.


[Kenapa kawasan MB boleh mundur?. Apa yang beliau lakukan selama ini?. Sudahlah banyak kawasan Hutan Simpan Kemasul kini dicerobohi oleh "orang dalam" yang dipercayai ada hubungan langsung dengan MB Pahang itu. Kini terdedah pula kemunduran kawasan terbabit. Ini menunjukkan pemimpin UMNO BN sebenarnya "cakap tak serupa bikin". Sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak dalam isu air di Pahang selama ini. Berkokok di sana sini untuk menyelesaikan masalah air di tempat lain, tapi rakyat di negeri sendiri masih menderita masalah air yang tidak berkesudahan. Oleh itu, apakah rakyat boleh termakan lagi dengan omongan "janji ditepati" dan "rakyat didahulukan" seperti yang dicanang-canangkan oleh mereka selama ini. Oleh itu rakyat Pahang perlu bersedia untuk melakukan perubahan jika tidak mahu diri mereka terus diperkotak-katikkan oleh kerajaan sedia ada sekarang. Rakyat diarahkan ikut undang-undang dalam semua hal, tetapi mereka dengan rakus merompak hasil kekayaan negeri sewenang-wenang. Apakah kita mahu terus biarkan semua ini berlaku di depan mata kita gamaknya?. Selamatkan Pahang !!].

Isu Air "Aduan Rakyat TV3" Malukan Najib Di Pahang, Terbukti Kerajaan UMNO BN Cakap Tak Serupa Bikin

Posted: 27 Jan 2013 10:12 AM PST

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) sekali lagu dimalukan apabila video panas isu air di negeri Pahang kini tersebar meluas di laman sembang sosial Facebook. Video yang turut menyiarkan laporan isu air Pahang terbitan eksklusif TV3 itu sungguh mengejutkan ramai pihak terutamanya rakyat Kelantan dan Selangor yang sering dikatakan menjadi mangsa isu air. Walhal apa yang berlaku di Pahang lebih teruk lagi daripada apa yang disangka. Video berdurasi 4.08 minit itu memaparkan ucapan Najib ketika program  "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat" di Pasir Mas berkenaan janji-janjinya untuk memulihkan isu air di Kelantan jika rakyat memberi mandat kepada BN untuk memerintah negeri itu selepas PRU-13 ini nanti. Paparan ucapan Najib itu diikuti dengan pendedahan isu air yang melibatkan para peneroka Felda di Gugusan Bera di negeri Pahang sendiri. Masalah yang menimpa seluruh kawasan Felda Kumai, Mayam, Purun dan Bukit Mendi itu sudah berlarutan sejak 34 tahun lalu sebenarnya. Namun hingga kini ia masih belum diselesaikan oleh kerajaan UMNO BN biarpun selepas lebih 50 tahun memerintah negara ini. TV3 dipercayai menerbitkan segmen tersebut untuk program "Aduan Rakyat" kira-kira tiga tahun yang lalu (selepas PRU-12). Namun, dipercayai hingga kini masalah ini masih gagal diselesaikan oleh kerajaan. Bahkan lebih mengecewakan penduduk ialah Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sudah setahun dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), namun masalah yang dihadapi penduduk masih tidak berkesudahan. Isu ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan para peneroka di Gugusan Bera (Wilayah Mempaga), malah ia turut melibatkan ribuan penduduk di kawasan Felda yang lain seperti di Gugusan Jengka, Keratong dan lain-lain lagi. Pendek kata isu air di Pahang ini sebenarnya lebih teruk daripada apa yang digambarkan, cuma media arus perdana cuba menyembunyikannya dari pengetahuan rakyat.


[Mujurlah video terbitan TV3 ini terlepas pandang dan kini menjadi senjata utama buat Pakatan Rakyat menyerang UMNO BN terutamanya PM Najib Razak dalam isu air. Barulah rakyat Malaysia seluruh dunia sedar bahawa UMNO BN selama ini "cakap tak serupa bikin" dan hanya "berjanji untuk meraih undi semata-mata" setiap kali pilihanraya, sedangkan isu gagal diatasi sampai hari ini. Jika di Kelantan dan Selangor dikatakan ada isu air sepatutnya rakyat tidak hairan kerana ia negeri pembangkang. Peruntukan untuk mengatasi isu tersebut telah disekat dan dinafikan. Maka itulah ia terjadi, namun anehnya di negeri BN yang punyai banyak peruntukan dan sumber kewangan itu pun isu air masih tidak boleh diselesaikan. Apakah ini namanya "rakyat didahulukan"?. Maka itu, rakyat harus sedar dengan permainan politik sempit mereka ini. Usahlah terus terpedaya dengan segala janji-janji manis mereka menjelang PRU-13. Akhirnya kelak rakyat yang akan jadi mangsa dan menanggung derita sebenarnya. Ubah sebelum parah!].

Sila klik >>> Isu Air, PM Najib Di Gesa Dahulukan Rakyat Pahang

.

Posted: 28 Jan 2013 03:12 AM PST

.


Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin

Posted: 27 Jan 2013 10:59 PM PST

RENUNGAN                                                                                                                     

Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.

Najib melalui satu jalan di Gaza.
Najib menamakan lawatan ke Gaza sebagai lawatan kemanusiaan, untuk melihatan kesangsaraan umat muslim di sana yang diserang oleh Israel. Lawatan Najib adalah pertama kali dan dicatatkan sebagai satu sejarah buat dirinya dan Malaysia, kerana menjadi perdana menteri pertama melawat bumi Gaza.

Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa 'kemanusiaannya' dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah.

Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel.  Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin?

Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat.

Tidak kisah apakah sejarah atau tidak, tetapi apa yang hendak ditafsirkan dan diambil apakah hikmah di sebalik kunjungan Najib itu bagi rakyat Palestin khasnya. Apakah ia akan membuka ruang damai baru di sana. Apakah tindakan selanjut Malaysia dalam membawa damai di Palestin. Kalau pemergian itu hanya untuk merakam gambar di bumi Palestin untuk dijadikan poster pilihan raya ia tidak akan direkodkan sebagai jihad oleh Allah.

Umum tahu pemergian Najib dikecam oleh presiden Palestin, Mahmood Abbas kerana Najib tidak sampai ke Tebing Barat, bandar atau pejabat parti Mahmood, Fatah. Mahmood lantas menyifatkan tanpa Najib sampai ke Tebing Barat sebagai datang untuk memecahkan rakyat Palestin. Pertikaian itu menyebabkan orang juga akan bertanya untuk apa sebenarnya Najib ke Gaza.

Bagaimana pun tuduhan Mahmood itu dinafikan oleh Najib. Ketidaksampaiannya ke Tebing Barat kerana beliau tidak ada jaminan untuk terbang ke sana. Ruang udara di Tebing Barat tidak seaman ruang udara di Gaza. Ada munasabah dan logik juga alasan Najib itu. Najib tidak mahu memikul risiko yang belum tentu kesannya menguntungkan dirinya. Soal itu ia adalah persepsi dan pendapat Mahmood.

Bagi rakyat Malaysia pula apa yang boleh dipelajari dengan kunjungan PM itu. Ini penting agar wang negara yang dibelanjakan untuk kunjuungan Najib bersama Rosmah Mansor itu tidak berlapuk begitu saja. Apakah harapan Najib berdoa untuk perdamaian di antara dua pihak yang memperjuangkan pembebasan Palestin, Fatah dan Hammas dapat diterjemahkan sebagai harapan Najib untuk Malaysia juga?

Najib mungkin faham sewaktu dia melontarkan harapan dan bermunajat demikian di Gaza negara juga didalam keadaan tidak damai. Bahawa dua puak di buminya juga sedang bertelagah dan bergomol di antara satu sama lain. Bahawa keadaanya sendiri juga dalam terumbang ambing kerana di sini juga ada manusia berwatakan Israel.

Umno parti Melayu yang diketuai oleh Najib sedang berbalah dengan PAS dan PKR parti Islam dan multi racial. Mereka saling berbalah untuk merampas kuasa dari Umno. Najib tidak terlupa itu dan akan terlupa walaupun ke mana beliau pergi. Apa lagi pemergiannya ke Gaza itu dalam mencari kekuatan untuk diri dan partinya juga. Beliau pasti ingat kerana dari satu sisi kunjungan beliau ke Gaza itu juga untuk memberi gambaran beliau seorang concern kepada soal perpaduan dan keselamatan.

Justeru kalau benar begitu sekembalinya Najib dari melawat muzium penderitaan manusia itu, beliau harus melalukan sesuatu ke atas negaranya sendiri. Najib harus merawat keadaan kaum dan negaranya kini yang makin tenat. Kalau Najib menyeru dan berdoa agar Fatah dan Hamas bersatu demi Palestin maka beliau juga harus berdoa dan berusaha untuk keselamatan bangsa dan negaranya. Keinsafan Najib mengenai apa yang dilihat itu akan mempengaruhi dirinya. Sepatut begitu.

Dalam konteks ini saya sebagai salah seorang warga negara ini amat berharap kunjungan dan kesedaran Najib atas apa yang terjadi di Palestin itu akan membawa beliau dan insafi juga terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Pergaduhan di antara Umno degan PAS dan PKR adalah satu bentuk peperangan dan bakal mezahirkan kesengsaraan di negara ini. Tidak mustahil nasib umat Melayu di negara ini juga akan jadi seperti rakyat Palestin akibat peperangan pilihan raya.

Maka Najib harus sedar dan damaikan perbalahan ini. Najib harus mengajak semua orang melupai akan perebutan kuasa secara rakus dan kejam yang berlaku hari ini sambil memandang jauh ke depan meramal apa yang akan berlaku selepas peperangan kelak. Najib harus melihat di sana ada bunga-bunga api. Pilihan raya adalah bentuk peperangan di zaman moden ini. Ia tetap juga akan memberi kesan kepada rakyat negara ini. Bahkan peperangan menerusi pilihan raya lagi menyakitkian daripada peperangan secara fizikal.

Hari ini Umno menjaja ke seluruh penjuru tanah air kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini akan dikuasai oleh orang Cina (DAP). Agama Islam tidak lagi akan bebas kerana agama Kristian akan megambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu juga akan terancam. Walaupun itu adalah propoganda tetapi itulah antara kesengsaraan-kesengsaraan yang dibayangi oleh Umno dengan tujuan menakut-nakutkan hati orang Melayu.

Jadi kalau Umno sudah merasai akan kesengsaraan itu Umno dan Najib kena bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Najib dan Umno harus melakukan sesuatu untuk menghindarinya.  Caranya ialah Umno bersatu dengan PAS dan PKR sekali. Apa dimaksudkan di sinilah ialah Umno yang pure Melayu bergabung dengan PAS yang pure Melayu dan PKR yang sebahagiannya pure Melayu. Kenapa tidak diusahakan ke arah itu?  Apakah tidak ada formula ini dalam minda Najib kerana beliau dan Umno itu tamak haloba? Umno bukan lahir dari wahyu nabi.

Justeru apabila Najib enggan dan angkuh menolak persatuan bersama Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim, menunjukkan apa dibayangkan Najib itu adalah propagnda saja. Bahawa petaka-petaka yang dibayangkan Najib itu yang kemudian dijaja oleh NGO 'penarik upah tarik kereta tidak jelas ansuran' itu hanya rekaan semata-mata. Ia hanya ilusi bukan satu realiti.

Pernahkah kita mendengar Najib menyeru dan bersabda ke arah persatuan dan kerjasama? Pernah kita dengar Najib mengudang para pemimpin Melayu lain untuk berbincang mencari helah untuk bersama? Tidak dan tidak. Ini menunjukkan bayangan kesangsaraan yang dijaja itu tidak benar sama sekali. Dalam pada itu keenggan Umno mengambil inesiatif untuk memperkasakan Melayu itu juga menjelaskan kegoaan Umno dan Najib.

Bertolak dari keadaan itu semua orang Melayu yang celit harus memahami kedudukan hari ini. Memahami bahawa laungan kesengsaraan yang bakal dialami Melayu sekiranya Umno tewas hanya ilusi dan kegerunan dari mereka yang berdosa sahaja. Janganlah mudah mempercayai kepada psywar yang ditaboo oleh Umno. Iya akan dapat diterima benar sekiranya Najib sedia melangkah ke mari dan menghulurkan salam perdamaian dengan Melayu sesama Melayu. Selagi Najib enggan psywar itu hanyalah umpan semata-mata.

Mengenai lawatan Nik Aziz ke Pulai Pinang akan diulas selepas ini. [wm.kl.2:33 pm 28/01/13]

Rafizi Tunggu Zahid Di Mahkamah

Posted: 27 Jan 2013 04:38 AM PST

KENYATAAN                                                                                                                     

Pengarah Pusat Strategi PKR Rafizi Ramli menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mohon maaf kepada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan sekejap tadi, Rafizi menjelaskan beliau tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini - saman oleh Zahid - diteruskan di mahkamah dan dia tidak akan berganjak.

"Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia," tegas Rafizi.

Rafizi membuat kenyataan itu apabila beredar berita bohong di blog pro UBN kononnya beliau membuat kenyataan mohon maaf kepada Ahmad Zahid Hamidi ekoran ura-ura Zahid hendak menyamannya kerana mendedahkan penyalahgunaan wang kementerian pertahanan.


Berikut adalah kenyataan penuh Rafizi:

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013 [wm.kl.8:34 pm 27/01/13]

MiLo SuaM

Posted: 28 Jan 2013 01:34 AM PST

MiLo SuaM


Laman Web Azmin Ali pula kena godam (hacked)!

Posted: 27 Jan 2013 04:52 PM PST

SEMALAM heboh mengenai laman facebook milik Rafizi Ramli, digodam dan menyiarkan permohonan maaf beliau kepada Zahid Hamidi. Bagaimanapun, Rafizi kemudiannya menafikan permohonan maaf tersebut dan menjelaskan bahawa akaun beliau telah digodam (hacked) rujuk sini ~ Malaysiakini

Kali ini nampaknya laman sesawang rasmi milik Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pula berjaya digodam (Hacked). Namun hacker (penggodam) meninggalkan mesej seolah-olah dia/mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat yang mahu menunjukkan terdapat kelemahan sistem keselamatan pada website tersebut.



Penggodam yang memperkenalkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army, meninggalkan mesej memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Rakyat terhadap keselamatan laman web dan serangan cyber pihak lawan dari Barisan Nasional yang lebih canggih dan berkepakaran tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Dari pengamatan gua, barangkali serangan ini sudah dimulakan sejak malam tadi. Sila ke laman web tersebut sebelum pihak admin memperbaiki kesan serangan tersebut. klik sini azminali.com


ReJaM© "Bahang pilihanraya semakin dirasai... "

Kelab Greenboc

Posted: 28 Jan 2013 01:22 AM PST

Kelab Greenboc


Pemuda Sabah Pengsan Dibelasah Polis, Kembarnya Disimbah Air Panas

Posted: 28 Jan 2013 01:01 AM PST

Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Gambar: Belakang Nazrul melecur akibat disimbah air panas oleh polis

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

"Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka," kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.

"Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

"Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

"Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

"Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta," tegasnya.

Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis. -KD

PRU13, Masa Terbaik Untuk Pakatan Rakyat Kuasai Putrajaya

Posted: 28 Jan 2013 12:29 AM PST


Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang keemasan untuk menguasai dan mengambilalih Putrajaya daripada Umno-BN dalam Pilhan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan rakyat kuat ketika ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, PR seharusnya menggunakan kesempatan yang ada kerana Umno-BN ternyata tidak dalam kedudukan selesa berikutan pilhan raya perlu diadakan dalam tempoh terdekat.

"Ini adalah peluang terbaik bagi PR untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya. Kalau kita melepaskannya, lima tahun kita akan menyesal dan kita tak tahu sama ada suasana seperti ini, boleh kita wujudkan kembali.

"Sekarang ini masyarakat bersama kita. Kita yakin himpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur.Kata seorang profesor matematik yang kita yakin dia lebih bijak dari Rais Yatim. Anggaran dia 700,000. Kita yakin inilah jumlah yang sebenarnya.

"Maksudnya di sini sekarang adalah waktu terbaik untuk satu perubahan," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilihan raya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tegasnya, apa yang perlu dilakukan PR ketika ini adalah memaklumkan kepada rakyat bahawa segala masalah berlaku seperti isu air di Selangor adalah dirancang demi memastikan kemenangan Umno-BN.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad berkata, PRU13 kali ini adalah medan di mana Umno-BN terpaksa melawan kebangkitan seluruh rakyat.

"Inilah pilihan raya yang menjanjikan satu perubahan besar untuk sebuah kerajaan yang paling lama memerintah di muka bumi ini.

"Dia sudah terlalu banyak melakukan kesilapan lalu bukan saja PR tetapi seluruh rakyat bangkit untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN bersama dengan beberapa NGO seperti Anti-Lynas, Royalti, GMI dan yang lain," ujarnya.

Menang MAHARAJA LAWAK Edisi PALESTIN? En.N Disambut Meriah!

Posted: 27 Jan 2013 10:33 PM PST


Bernama melaporkan: Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri kabinet dan orang kenamaan membanjiri Kompleks Bunga Raya bagi menyambut dan menunjukkan sokongan kepada PM yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza dan menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa bertulis "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".


(Tetapi) Kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA menyebut "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan PM Malaysia ke Gaza"

Dan menambah "kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin".

Kerajaan Malaysia akan diminta memberi penjelasan dari pemerintah Palestin dalam masa terdekat.

Pejuang Umat?? Wira Negara?? Haha...pa yang En.N sumbangkan di sana?

You called that brave?? then everyone on this planet is brave..agak lawak

Tak ada alasan yang munasabah nak disambut sebagai wira dan tak ada apa-apa pencapaian luar biasa yang nak dibanggakan pun.. sebaliknya kena bagi penjelasan kepada pemerintah Palestin...boleh tahan lawak tu..

Ko tolak pemerhati antarabangsa dalam proses pilihanraya dengan alasan 'campur tangan asing dalam hala ehwal negara' tapi ko sendiri campur tangan dalam hala ehwal negara lain?? memang lawak...

So...dari segi lawak mungkin ianya boleh dibanggakan. -keramatunderground

Ulasan GB

Yang ni apa cerita? Bernama dan media pencacai tak siar pun!

Langat 2: Kenyataan Muhyiddin Langgar Undang-undang & Perlu Didakwa Di Mahkamah

Posted: 27 Jan 2013 07:18 PM PST

Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

"Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?

"Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak. -selangorku

Ulasan GB

Kenyataan Muhyiddin untuk meneruskan projek Langat 2 jelas menunjukkan bahawa beliau JAHIL undang-undang malah beliau boleh didakwa kerana membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

Sudah acapkali pemimpin UMNO BN telah melakukan kerja-kerja tidak mengikut Undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti kes merampas hak royalti rakyat Kelantan dan seumpamanya.

Ianya tidak boleh dibiarkan lagi. Perlanggaran terhadap konsep "federalism"atas apa jua alasan tidak boleh terus-terusan dibiarkan dinodai oleh Kerajaan UMNO BN dan tindakan undang-undang perlu diambil untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa oleh UMNO BN.

Dia Tergantung 12 Jam Cari Kambingnya

Posted: 27 Jan 2013 04:11 PM PST


Selayang : Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.

"Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.

"Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil," katanya. -hm

Ulasan GB
,br>Ada pengajaran besar di sebalik kejadian itu. Fikir-fikirkan!

SYABAS Guna RM700 juta Bukan Baiki Paip, Tapi Beli Kereta & Baiki Rumah Pejabat

Posted: 27 Jan 2013 07:31 AM PST

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

"Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

"Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

"Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.

PEKASAM Dah Kecut, Tak Jadi Bakar Bible

Posted: 27 Jan 2013 05:05 AM PST

Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.

Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media.

"Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.

Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.

Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan.

"Sebagai (ketua polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya menggesa semua pihat agar tidak membangkitkan isu keagamaan dan kebudayaan yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi. -mk


Perkasa tidak berhasrat mahu bakar Injil lagi


KUALA LUMPUR, 27 Jan — Selepas bantahan dari orang ramai mengenai ugutan membakar kitab Injil minggu lalu, kumpulan Melayu berhaluan kanan Perkasa berkata mereka tidak lagi mahu membakar buku suci itu.

"Kami tidak bercadang lagi untuk bakar (kitab Injil)," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

"Kami tak pernah bercadang untuk anjurkan (bakar kitab Injil)," katanya lagi.

Minggu lalu, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam membakar kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" atau sebarang kalimah Arab.

Ugutan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin bukan Islam, terutamanya ahli politik dan agamawan, yang mengatakan pemimpin berhaluan kanan itu menimbulkan kebencian di kalangan agama dari kalangan dua agama terbesar dianuti di negara ini.

Pada Selasa lalu, seorang paderi dari Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap dakwaan edaran risalah mengatakan pesta membakar kitab Injil berlangsung di Butterworth, yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Tetapi menurut The Star Online, tiada siapa yang menghadiri pesta tersebut.

Syed Hassan berkata beliau mengetahui perkara ini, tetapi ahli Perkasa tidak ada niat untuk menghadiri pesta tersebut.

"Ahli Perkasa tidak mendapat sebarang risalah, jadi saya rasa itu cuma khabar angin untuk membakar kebencian selepas kenyataan Datuk Ibrahim Ali," katanya lagi.

Beliau menegaskan kenyataan Ibrahim cuma "amaran awal" untuk semua mengambil isu "Allah" secara serius.

Syed Hassan juga melaporkan semalam Perkasa mungkin akan mengadakan rundingan meja bulat dengan gereja tempatan untuk membincangkan kenyataan Ibrahim.

Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengecewakan pemimpin gereja dengan mengeluarkan khutbah Jumaat lalu yang menyeru umat Islam berhati-hati dengan "musuh Islam" yang cuba mengelirukan umat Islam bahawa semua agama berkongsi Tuhan yang sama. Pemimpin Islam dan Kristian saling bertikam lidah berkenaan isu kalimah "Allah", yang didakwa ekslusif untuk Tuhan umat Islam.

Sebuah gereja dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada 2009 bahawa umat Islam tidak mempunyai hak ekslusif ke atas perkataan "Allah".

Debat mengenai isu ini dibangkitkan semula bulan lalu selepas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang, menyeru agar Putrajaya membatalkan semula pengharaman kitab Injil berbahasa Malaysia di sebelah Borneo Malaysia.

Sebuah kumpulan gereja Sabah berkata kebebasan bumiputera Kristian diserang, dan mengatakan majoriti penganut tersebut datang dari negeri tersebut dan menggunakan bahasa Malaysia.

Kumpulan Buddha pula menyeru Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah kalimah "Allah" ini.
-TMI

Blog-list Malaysia

Posted: 28 Jan 2013 01:06 AM PST

Blog-list Malaysia


Kalimah Allah : NGO Selar Sikap Bacul Nik Abduh.

Posted: 28 Jan 2013 12:24 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Jan - Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih mempertahankan keputusan rakan di dalam pakatan disifatkan sebagai 'bacul' dalam memperjuangkan Islam.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Mohamad Abduh jelas memperlihatkan parti ini takut untuk memperjuangkan Islam dan sanggup menggadaikannya.


"Kenyataan ini juga menggambarkan bahawa DPP sanggup menggadaikan apa sahaja yang selama ini diperjuangkan oleh oleh mereka semata-mata untuk menjaga hati rakan dalam pakatan terutama dalam isu yang seharusnya dipertahankan oleh mereka.

"Selain itu, kenyataan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Terutama apabila Majlis Syura Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh untuk umat Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.

Sebelum ini, Nik Mohamad Abduh membuat pengakuan bahawa parti itu tidak boleh memaksa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menerima keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah membuktikan Pas bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Menurut Wan Khairul, kenyataan tersebut menunjukkan sayap parti itu 'baculdan dayus' dan langsung tidak memikirkan kesan serta impak kepada masyarakat.

"Sepatutnya kita mengharapkan pendirian tegas dari DPP berhubung isu ini agar rakan-rakan dalan pakatan tidak lagi mempermainkan isu sensitif dan banyak menimbulkan kekeliruan," katanya.

http://www.klpos.com/politik/38722-kalimah-allah--ngo-selar-sikap-bacul-nik-abduh


Kaku Dan Terkedu Umno..

Posted: 27 Jan 2013 10:37 PM PST

(PENUH KECERIAAN ... Tg Nik Aziz memotong kek harijadinya ke 82 di rumah Karpal Singh dengan diperhatikan keluarganya)

KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.


Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.

Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.

Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."


Fitnah Paling Bodoh Dari Ali Rustam

Posted: 27 Jan 2013 07:58 PM PST

PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah


Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16352-ali-rustam-fitnah-pakatan


PANAS - Empat Buah Pusat Judi Depan Rumah Exco Agama

Posted: 27 Jan 2013 07:04 PM PST

ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.


Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66,ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi.

"Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri."Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian," katanya.

Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda.Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi.

"Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi."Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa," ujarnya.

Tambahnya, seolah-olah ada 'kuasa yang kuat' mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak 'bermain wayang' dan berharap diambil tindakan segera.Din Abu Bakar Muhammad, 50, dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah."Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu.

"Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat. "Adun kami Exco agama, anak peneroka sini.

Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama," tegasnya. Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad, yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun.

"Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah."Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga.

Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu," ujarnya.Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu.

~harakahdaily


MB Selangor 'Luku Kepala' Muhyiddin..

Posted: 27 Jan 2013 05:13 PM PST

Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.


Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

"Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?

"Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.

Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak.

-selangorku


VIDEO PANAS - Penyokong Kelantan Dihalau Dari Stadium Larkin

Posted: 27 Jan 2013 09:05 AM PST

DIHALAU Hanya Gara-Gara Memakai JERSEY KELANTAN (Jersey Red Warriors) Di Stadium | Beliau ni DIHALAU keluar dari STADIUM hanya kerana memakai Jersey KELANTAN (Jersey Red Warriors). Menurut maklumat, kejadian ni berlaku di STADIUM LARKIN, JOHOR. Betul ke berita yang Abe dapat ni? Macam ni pun ada ke? Macam xley terima dek akal la rasanya... Grrrrrrr...

Kalau kena HALAU sebab takda tiket ke, bolehlah jugak AKAL ni terima... Kalau mcam ni, lepas ni baik takyah adakan acara sukan kalau semuanya nak TIMBULKAN PERBALAHAN. Huhuhhuhu...



Insiden memalukan di Malaysia apabila penyokong Johor mengherdik, menghina & mencaci seorang rakyat Kelantan yang juga membayar tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. Beliau diherdik hanya kerana memakai jersi keramat , The Red Warrior.


Tiada tatasusila warga Johor yang sebelum ini taksub menghentam rakyat Kelantan ketika bertandang ke Kota Bharu. Namun kali ini , sudah boleh beza siapa yang lebih zalim dalam menghormati tetapi. Beliau bukan setakat dimaki, tetapi di halau keluar dari Stadium Larkin.

Jika inilah anda melayan tetamu bolasepak, insyallah bolasepak jugalah yang akan menghancurkan apa saja yang kamu banggakan.

queachmad


Kepulangan 'Wira Negara Gaza' Disambut Meriah

Posted: 27 Jan 2013 06:19 AM PST













Rafizi kata akaun Facebook digodam, nafi mohon maaf

Posted: 27 Jan 2013 04:23 AM PST

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan bahawa beliau membuat permohonan maaf kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook hari ini.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Rafizi berkata kenyataan palsu tersebut dimuatkan di laman Facebook beliau yang didakwa digodam.

"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

"Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat," kata Rafizi.

Kenyataan yang dimuatkan di Facebook tersebut, antara lainnya menyebut bahawa beliau berasa sangat bersalah atas tulisan bertarikh 29 Disember 2012 di blognya, bertajuk 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'.

Rafizi berkata kenyataan berkenaan dimuatkan di Facebook kerana pihak berkenaan berbuat demikian kerana tidak dapat lagi berdepan dengan pendedahan yang memalukan pemimpin BN.

Rafizi juga mendakwa, laman Facebook timbalan presiden parti Azmin Ali turut menjadi sasaran.