Sabtu, 19 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 19 Jan 2013 01:29 PM PST

Apa Yang Tersirat


Pampasan buruh paksa: Jepun minta pihak buat dakwaan palsu dikenakan tindakan

Posted: 18 Jan 2013 10:08 PM PST

IPOH: Kerajaan Jepun meminta Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak membuat dakwaan palsu berhubung pembayaran pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa di Thailand ketika Perang Dunia Kedua dahulu. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan negara kuasa besar itu kepada Malaysia. 

Katanya, tindakaan pihak tidak terbabit termasuk memalsukan memo dikeluarkan seorang pegawai Perbendaharaan yang sudah berpencen berhubung pembayaran pampasan itu sedangkan ia tidak benar, mencalar imej negara. 

"Mengenai memo itu kita sudah buat laporan polis dan kita harap polis mengambil tindakan dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kaunter Servis Barisan Nasional (BN) Tambun di Pejabat UMNO Bahagian Tambun di sini, hari ini.

THE FLYING KICK

Posted: 19 Jan 2013 01:02 PM PST

THE FLYING KICK


SEMINAR NUSANTARA: PUAK PAS TAKKAN MAHU DENGAR ILMU SELAIN ILMU USTAZ PAS SAHAJA!!!

Posted: 19 Jan 2013 07:15 AM PST

MAMAT HARAMJADAH YANG BELASAH BUDAK UMUR TIGA TAHUN INI HANYA DIHUKUM PENJARA KURANG SETAHUN!!!

Posted: 19 Jan 2013 06:18 AM PST

KARPAL SINGH TEGASKAN KEPADA PENGIKUT PAS, MEREKA HANYALAH ANJING KURAP YANG PERLU MENURUT PERINTAH DAP!!!

Posted: 19 Jan 2013 05:00 AM PST

BAGERO NIZAR MERENG! MAU MAIN PUSING-PUSING HA?

Posted: 19 Jan 2013 03:18 AM PST

GILIRAN CHEGU BARD PULA NAK BUAT HIMPUNAN NAK LAWAN PAS!!!

Posted: 19 Jan 2013 01:18 AM PST

PENYOKONG PAS PUN MENYAMPAH DENGAN ZAIRIL KHIR JOHARI ATAU NAMA SEBENARNYA CHRISTOPHER HOWARD LIM!!!

Posted: 18 Jan 2013 11:30 PM PST

BANGANG SUNGGUHLAH BILA KATA, TAK SOKONG UMNO, TAK SEMESTINYA MELAYU BERPECAH!!!

Posted: 18 Jan 2013 10:25 PM PST

WAJAH PENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR MELAYU DI PULAU PINANG, DIDEDAHKAN!!!

Posted: 18 Jan 2013 07:00 PM PST

HARUN TAIB TIDAK AKAN TINGGALKAN PAS... JADI, BERHENTILAH BERHARAP!!!

Posted: 18 Jan 2013 05:56 PM PST

waadat

Posted: 19 Jan 2013 01:02 PM PST

waadat


Selesaikah isu kalimah Allah?

Posted: 18 Jan 2013 05:41 PM PST


"Tuhan Alah boleh tolong" kata seorang apek pada kawan Demang semasa Demang remaja dulu.

Rakan tersebut seronok bercampur kagum mendengar kata-kata tersebut.

"Apek tu pun percaya pada Allah." komen teman sebaya Demang itu.

Dalam kesah lain, seorang wanita yang risau suaminya curang telah menemui seorang sami siam.

Setelah berbual maka sami tersebut pun tahu bahawa wanita itu adalah jiran datuk Demang.

Maka kata sami itu:

"awat tak minta tolong dengan ustaz hamid aja? Kawan sekolah aku dulu tu. Dia boleh minta doa. Tuhan dia nombor satu. Tuhan aku nombor dua."

Ustaz Hamid yang dimaksudkan ialah pengasas minyak morhabshi dan kesah tersebut diceritakan sendiri oleh beliau pada Demang beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia. (alfatehah).

Ketika Demang mengambil kertas Tamadun Islam & Tamadun Asia di universiti, kami juga belajar tentang agama lain termasuk Hindu. Antara yang disebut oleh pensyarah ialah peringkat tertinggi dalam agama tersebut turut mengakui tuhan hanya satu.

Demang perturunkan 3 kesah di atas ketika isu 'penggunaan kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain' sedang mereda.

Demang anggap ia sudah hampir selesai berikutan ketetapan Majlis Syura PAS bahawa penggunaan kalimah Allah bagi merujuk tuhan agama lain tidak dibenarkan.

Apa kaitan dengan tiga kesah tadi? Barangkali ia tiada kaitan secara langsung kerana yang tadi berkaitan kekuasaan Allah manakala isu sekarang berkaitan perkongsian nama tuhan.

Sebenarnya dari segi iktikad atau tanggapan, sesiapa sahaja berhak mengatakan bahawa Allah adalah tuhan mereka walaupun mereka tidak mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Masalah yang timbul sekarang ialah nama tuhan agama lain dan pemahamannya hendak ditoleransikan bagi menimbul tanggapan tuhan mereka sama dengan tuhan orang Islam.

Isu ini bukanlah kerisauan tanpa sebab. Sudah ada usaha untuk menyebarkan kristian kepada anak-anak ummat Islam melalui penggunaan kalimah Allah secara wewenang.

Salah satu modus operandi misionari kristian ialah mengedarkan bahan bercetak mengandungi kesah teladan yang menarik minat anak-anak. Di situ dimasukkan nama Allah menyebabkan anak-anak menyangka ia adalah keluaran pihak Islam. Di celah-celah itulah diselitkan pemesongan-pemesongan yang sukar dikesan.

Pentingnya keputusan PAS dalam isu ini ialah kerana agak ramai penyokong parti tersebut sudah mula berfikir secara liberal tentang akidah dan ketuhanan. Lihat sahaja di FB dan blog mereka.

Bimbang nanti akan ada pula yang menganggap semua agama sama sahaja sebab mempunyai tuhan yang satu iaitu Allah.

Fahaman ini jika bergabung dengan ajaran syiah yang mencurigai kerasulan Muhammad SAW akan merosakkan terus akidah ummat Islam.

Cuma perlu kita sedar ialah larangan penggunaan nama Allah dalam bahan bercetak tidak sesukar cabaran di internet.

Jika mahu risau, risau lah sekarang.

DIMENSI

Posted: 19 Jan 2013 11:21 AM PST

DIMENSI


Omegay: Karpal wilcha strike again!..Konfem Wally slipau pusing satu round lagi! kehkehkeh

Posted: 19 Jan 2013 03:45 AM PST


Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menyeru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas.

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas." - Bernama

p/s: karpal sahkan guan siyal eng tetap dengan pendiriannye bahwa kalimah allah patut di benarkan di gunapakai oleh orang bukan islam dalam bible..bermakna dap memang keras kepala seterusnya membantah akan titah sultan agar polemik ini di hentikan!..pas ingat musibah tak datang lagi kat diorang kehkehkeh >XD

baca lagi di sini...jijan plak jadi bahan!

Omegay: Pas janji tolak melayu dan gadai islam selepas 10 tahun?

Posted: 19 Jan 2013 02:26 AM PST


Sama ada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara nanti, mahupun kepimpinan sedia masih kekal, Pas Kelantan membayangkan dalam jangka 10 tahun ini perdana menteri masih kekal dalam kalangan orang Melayu.

Bagi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun tersebut orang Melayu tidak akan menerima orang bukan Melayu untuk memegang jawatan utama  itu.

Mohd Amar berkata, hal ini kerana sensitiviti orang Melayu yang sekian lama dibina dengan semangat agama dan semangat bangsa sejak azalinya lagi.

"Sebab itu tidak akan diterima, sebab itu juga DAP tidak mahu menjadi perdana menteri. Ini kerana mereka memahami psikologi politik orang Melayu," katanya kepada media semalam selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Katanya, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di negara ini kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat perkara itu daripada menjadi kenyataan.

Dalam isu sama, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah menegaskan, pihaknya tidak mempertikaikan peruntukkan perlembagaan yang sedia ada dalam soal tersebut.

"Ini memang termaktub dalam perlembagaan, tidak sebut syarat siapa yang boleh menjadi perdana menteri. Cuma terkandung sesiapa ahli dewan yang mendapat kepercayaan majoriti daripada orang lain boleh dilantik untuk jawatan itu.

"Perlembagaan jelas tidak halang Cina, India mahupun Kadazan menjadi perdana menteri," katanya.

Ditanya sama ada perlembagaan itu akan dikekalkan sekiranya PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Amar menjelaskan, perkara itu masih belum dibincangkan dan soal itu tidak berbangkit.

Semalam, beliau turut menyempurnakan pelepasan Konvoi R peringkat Kota Bharu bermula dari Dataran Ilmu dan berakhir di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh. - SH

semua orang tahu sebelum dapat kuasa pas awal2 lagi dah gadai islam dan benar dap tak berminat pegang jawatan pm dalam 10 tahun akan datang kerana dap lebey selesa bergerak di sebalik tabir...dap dah lama paham teori politik orang melayu macam pas sehingga pas boleh di pulas2..pas bleh pulas dap?

pas lidah bercabang....pas boleh tukar prinsip parti macam tukar baju. pas teruja nak tengok malaysia di tadbir oleh orang bukan melayu dan bukan beragama islam..orait kita lihat senario di mana pakatan menang pru13 dalam 10 tahun akan datang..

pas kata dap tak 'berminat' dengan jawatan pm tapi pas tak berani tanya kenape dap masih nak letak calon pru. adakah dap saje suka2 masuk bertanding? apekah benar dap tak kisah berabis wang pertaruhan hanye kerana nak tengok pas menang dalam pru? adakah dap akan biarkan pas menang besar sedangkan dap berjaya mempengaruhi pengundi bukan islam dan pas plak terpaksa sujud di kaki dap untuk raih pengundi bukan islam?

nah mau tak mau pas kena gak dengar cakap dap. pun begitu dap masih enggan tunjuk kan belang sebenar selagi perlembagaan dan dasar belum di ubah. cukup ler setakat dap hantar sekor hulubalang pakai kerusi roda. itu pun pas dah kecut telow!. 

kalau tidak dapat ubah sepenuh dapat sebahagian pun jadi ler. ini tugas anuwar. hanya anuwar yang tau macam mane perlembagaan akan di gubal mengikut kehendak buku jinggay.

dap akan membiarkan anuwar masuk jarum. pelesit anuwarinas di gunakan untuk membuka jalan. perlu di ingat nisbah pengikut lebai anwarinas di kata kan melebihi kelompok ulama. sudah tentu ini akan memberikan kuasa tawar menawar yakni berpihak kepada pkr dan dap.

maka dengan sendirinya kumpulan ulama terpaksa akur oleh kerna terikat pada perjanjian buku jinggay yang telah pun di persetujui bersama sebelum ni. sudah pasti rase kesal dan bersalah akan meyelubungi golongan ulama biarpun dalam hati mereka berat nak mengakuinya

tahun pertama pemerintahan tak banyak perlembagaan atau dasar akan di tukar. maklum lerr kerajaan masih baru dan PR tak mahu kejutkan rakyat dengan dasar2 terkejut!..namun perlembagaan dan dasar tetap di tukar seperti mana termaktub dalam buku jinggay

dan dalam masa seploh tahun mendatang sedikit demi sedikit perlembagaan akan di tukar sehingga lah rakyat biasa macam kita termasuk lembu2 pas tak sedar apa yang akan berlaku dan peristiwa seterusnya akan menjadi duri dalam daging bagi umat islam khususnya orang2 melayu

masa tu menangis air mata darah pun dah tak guna >:D

Omegay - Fadzli belum rase 'nikmat' kubor lagi..camne dia tau melayu tak berpecah?

Posted: 18 Jan 2013 08:48 PM PST


Masyarakat Melayu di Malaysia tidak akan berpecah sebagaimana yang didakwa Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, masyarakat Melayu masih teguh dan tidak akan berpecah antara satu sama lain.

"Melayu menolak Umno sahaja, tetapi bukannya berpecah belah, mereka akan tetap bersatu walaupun tidak menyokong Umno," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas isu bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa orang Melayu kini tidak bersatu dan tidak memilih kerajaan apabila keadaan semakin buruk bila menjelang Pilihan Raya Umum ke13 (PRU-13).

Menurutnya, masyarakat Melayu menolak kepimpinan Umno disebabkan oleh pemimpin parti tersebut yang tidak membela hak-hak rakyat.

Beliau berkata, pemimpin yang betul-betul menjaga hak rakyat tidak akan melepaskan tanggungjawabnya di saat rakyat betul-betul memerlukannya sebagai pembela hak mereka tidak kira dari segi pendidikan, ekonomi dan juga pembangunan negara.

"Itulah beza antara Umno dan Pas, mereka (Umno) mengamalkan budaya nasionalisme tetapi kami (Pas) mengajak masyarakat ke arah perpaduan Islam.

"Beliau (Mahathir) sudah nampak yang sokongan orang Melayu terhadap Umno semakin menipis, maka inilah caranya untuk beliau tarik balik sokongan tersebut.

"Dan dalam masa yang sama beliau cuba untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu kononnya orang Melayu akan pupus tidak lama lagi dengan alasan tidak menyokong kerajaan," katanya.

Fadzli berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu juga boleh membuatkan masyarakat makin hilang kepercayaan kepada pemimpin yang mana kini sedang melanda Umno sendiri.

"Mereka (rakyat) sudah sedar tentang banyak perkara terutamanya kebajikan yang semakin tidak terjaga, maka jangan salahkan mereka jika sokongan semakin berkurangan, itulah hakikat yang perlu diterima pihak lawan dengan apa yang telah dilakukan," katanya. - SH

ye kerrrr melayu/islam tak berpecah??...mungkin dia tak rasa bangga jika zuriat melayu yang baru lahir terus otomatik jadi orang islam. dia hanya pandang tinggi kepada orang melayu macam anuwar..azmin..hj hadi...wally slipau yang sanggup bergolok nak gadai islam kepada orang kafir..dia juga mungkin bangga bangsa melayu dapat zuriat dari yang bukan muhrim. dewasa nanti mereka bebas memilih agama apa yang mereka nak anuti.

bermakna cikgu non dah menipu. mahfuz rase dia perlu menyembah kaki fadzli untuk saman cikgu non sebagaimana dia menyembah di kaki najib supaya menyaman deepak?? jika umno mengajak pas memupuk ke arah perpaduan di anggap sinis oleh pemimpin pas..bermakna pas sedang tertawakan diri sendiri apabile budaya ala2 nasionalisma yang di terap oleh pas melalui amanat haji hadi antaranya penyebab solat 2 imam..sanggup bina surau ala2 mi segera berdekatan dari mesjid yang di bina oleh kerajaan...tak mengaku saudara kandung sendiri...tak mengaku mak bapak sendiri...tak makan sembelihan orang umno...tanam jenazah depan rumah...tak rela menjalinkan silaturahim melalui perkahwinan dengan orang umno adalah agenda perpaduan mengikut acuan pas!

pas menidakkan kenyataan saksi bekas ahli pas sendiri yang telah mengalami serta menceritakan kisah sebenar mengenai kesan amanat setan haji hadi yang di tanggung selama ini.

perbuatan penganut pas menyonglap duit tabung..koperasi dan merampok tabung hak waris memali wajar di anggap halal. mangsa pula di jadikan sebagai kambing hitam yang perlu di korban untuk capai ketakwaan bagi penganut pas!. 

jelas sekali pas masih fobia dan resah terhadap komen berfakta ayahanda tun. bukan ker fadzli patut merenung sedalam2nya dengan apa yang telah terjadi dalam pas sejak kebelakangan ni

fadzli tak perlu takut menghadapi kenyataan bahwa penyokong pas semakin hilang kepercayaan akan kewibawaan pemimpin mereka sendiri. jika mereka berasakan memang ada satu kuasa pelesit sedang bermaharajalela memporakperandakan pas dari dalaman. maka menjadi tanggungjawab ulama pas seperti haron taib..ust nasha dan yang sama waktu dengannya membersihkan pas dari pelesit2 tersebut!..tak payah nak tuding jari ke pihak yang lain yang tiada kaitan

hakikatnya pas yang sebenarnya telah menekan butang kehancuran seluruh umat!..sendri bikin kalut sendri tanggung lerr huhuhu >:]

Omegay: Mahfuz rayu menyembah najib saman deepak >XD

Posted: 18 Jan 2013 06:30 PM PST


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan perundangan ke atas Deepak Jaikishan susulan kenyataan beliau berkenaan dengan usahawan itu semalam.

"PM harus ambil tindakan saman kerana tidak cukup hanya sekadar kata, 'apa yang dikatakan Deepak itu benar' dan tidak ada kewibawaan... ini kerana apa yang dikatakan Deepak melibatkan pemimpin negara," kata Mahfuz hari ini.

Mahfuz berkata demikian susulan kenyataan Najib malam tadi, menyangkal dakwaan Deepak sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2008.

Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.

"Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini.

Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan akuan bersumpah Balasubramaniam.

Mahfuz berkata, beliau berpandangan bahawa Najib mengenali Deepak, sebab itu mengatakan ahli perniagaan itu bukan seorang yang berwibawa.

"Oleh itu, saya mencadangkan kepada Datuk Seri Najib agar mengambil tindakan saman ke atas Deepak," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz juga berkata, Pas bersedia bertemu dengan Deepak bagi mendengar permintaannya untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi.

Katanya, beliau bersedia untuk meluangkan masa selama dua jam kepada Deepak bagi mendengar "ceritanya."

"Jika sesuai saya akan membawa perkara ini ke Majlis Pimpinan Pakatan untuk dipertimbangkan," kata Mahfuz mengulas mengenai perlindungan yang diminta oleh Deepak sebelum ini.

Kata Mahfuz, memang ada peruntukan dalam undang-undang negara tentang perlindungan sebagai saksi.

"Deepak ada menyebut mengenai orang-orang kenamaan. Saya sedia menjadi seorang pendengar yang baik, dan saya akan mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Deepak selama dua, saya mahu dia menghubungi saya, dan saya membawa ke Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat hasrat dia untuk mendapatkan perlindungan sebagaimana diminta," katanya. - SH

kehkehkeh sian lak tengok mahfuz ni...mungkin dia takut nama dia tak tercalon...ramai parasit pas yang sibuk nak timbulkan pelbagai fitnah hebat supaya dapat merit untuk di calonkan pru nanti dan mamat nih tak nak terkecuali dalam persaingan sengit..ada takde terpakse ler dia mencelah mak bedah..bukan ape dia sekadar nak cuba nasib...

najib langsung tak amik port pasal mat bangla jual kapet tu sebab dia tau mamat bangla ni saje nak hu ha hu ha..lagi pun kes ni takde kaitan langsung dan tak perlu bersusah payah nak di jawab..pendek kata mamak kapet ni sekadar badut upahan anuwar pandikutti yang cari makan dengan cara paling keji!..

jadi kalau mahfuz ingat dia bley berjaya dengan usaha ala2 mafia nak pedajal najib adalah lbey baik dia lupakan saje..ape kate mahfuz jaga tong sampah depan rumah sebelum kena curi! kehkehkeh >:D



Omegay: Pas - Islam itu bulat..bley di tendang macam bola >XD

Posted: 18 Jan 2013 05:10 PM PST


PAS BUAT ISLAM MACAM BOLA DALAM ISU KALIMAH

Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama. 

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya? - Beruang Biru

PEJUANG BANGSA

Posted: 19 Jan 2013 11:16 AM PST

PEJUANG BANGSA


hot! Penyebar bible di sekolah bakal disiasat polis

Posted: 19 Jan 2013 01:42 AM PST

Kementerian Pelajaran hari ini meminta polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan masyarakat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Wang Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik dakwaan Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail bahawa dua lelaki mengedar Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dua hari lepas.

Sementara itu, beliau meminta DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat ketelusan dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti itu. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hot !! Dr Asri puji jasa Tun Mahathir kepada negara dan orang Melayu

Posted: 18 Jan 2013 11:23 PM PST



Pagi tadi berlangsung Konvensyen Transformasi Ekonomi & Pelajaran Melayu P.Pinang 2013 yang dianjurkan PERKASA di Dewan UITM Prmtg Pauh. Ia dirasmikan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad .

Antara ilmuan di Permatang Pauh yang hadir ialah Dr Asri . Beliau mengikuti dengan teliti ucapan Tun M dan dianggapnya cukup menarik dan bernas. Malah beliau turut memuji dan menghargai jasa negarawan ini kepada bangsa dan negara.








Kerajaan iktiraf tokoh Islam Asia Tenggara

Posted: 18 Jan 2013 10:12 PM PST

Tika ini Seminar Nusantara bertajuk Islam Di Asia Tenggara, Cabaran & Harapan sedang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC yang membariskan ramai ahli panel, ilmuan, tokoh Islam dan ulama terkemuka dari beberapa negara di Asia Tenggara.

Program bercorak ilmu ini merupakan anjuran bersama MyKMU.Net dengan kerjasama Persatuan Generasi Bestari (Bestari), manakala penaja utama ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kira-kira 1,000 orang peserta dari seluruh negara akan berkampung di sini sehingga Ahad nanti untuk sama-sama menelaah dan mengupas hala tuju umat Islam di rantau ini untuk kebaikan bersama.
Seminar Nusantara - PWTC-Dr Sidek Baba-2
Ucaptama seminar ini dimulakan oleh Pensyarah terkemuka dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Sidek bin Baba malam tadi yang antara lainnya menekankan pentingnya umat Islam sama-sama mencari titik temu dalam usaha untuk memantapkan kesatuan ummah.
Beliau juga turut mengulas serba sedikit isu kalimah Allah s.w.t yang sekarang ini masih hangat diperdebatkan sambil menyeru umat Islam khususnya para peserta mengambil iktibar kesan buruk dan akibat penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti yang berlaku di Indonesia.
Seminar Nusantara - PWTC-Dr Sidek Baba-3
Sementara itu sekitar jam 12.30 tengahari nanti Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dijadualkan hadir di PWTC serentak dengan itu akan merasmikan seminar ini di Dewan Tun Abdul Razak 1.
.Sumber: Mykmu.net

KAFA dakwa Komando GGK untuk kawal Johor DT

Posted: 18 Jan 2013 09:58 PM PST

Petaling Jaya: Kehadiran anggota Rejimen ke-21 Grup Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu memang dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sebelum perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT).

Perkara itu disahkan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui 
selepas perlawanan antara FELDA United dan Kelantan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam. 
Bagaimanapun, katanya kehadiran GGK itu sebenarnya dengan tujuan mengiringi pasukan Johor DT, bukan untuk persediaan andai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menyaksikan perlawanan terbabit. 

"Saya ada tanya seorang pegawai GGK berpangkat mejar ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Bharu mengenai tugasan anggota terbabit.

"Mejar itu kata mereka ditugaskan untuk mengiringi pasukan Johor DT. Saya tanya, tak bolehkah iringi tanpa pakaian lengkap tetapi katanya tak boleh. Jadi saya kata okey, saya tak mahu halang.

"Saya juga tanya kepada setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim, siapa kenamaan yang akan hadir dan dia beri enam nama tetapi tiada nama Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor. 

"Pagi perlawanan saya tanya lagi, pun Suhairi jawab hanya kita-kita saja," katanya.

Semalam akhbar melaporkan anggota GGK yang berada di stadium berkenaan, ditugaskan sebagai persediaan langkah keselamatan kerana Sultan Johor dilaporkan akan berangkat menyaksikan perlawanan pada malam itu.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata kehadiran anggota yang berpangkalan di Kem Iskanar, Mersing itu bukan untuk mengawal atau menjaga pasukan Johor DT, sebaliknya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).


Mana suara Anwar Ibrahim bela Melayu P.Pinang ?

Posted: 18 Jan 2013 04:40 PM PST



SEBERANG PERAI: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membelakangkan nasib Melayu Pulau Pinang walaupun bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
 
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sebagai seorang anak jati Pulau Pinang, Anwar dilihat membisu walaupun Melayu di Pulau Pinang berterusan ditindas oleh DAP yang mentadbir negeri itu sejak 2008.
 
"Saya kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sepatutnya datang lihat Melayu Pulau Pinang. Apa yang berlaku hari ini kepada orang Melayu di Pulau Pinang. 
 
"Melayu Pulau Pinang telah ditindas, mana dia suara Anwar Ibrahim ? Nak jadi Perdana Menteri Malaysia (tapi) nak jaga rakyat Melayu Pulau Pinang pun tak boleh. 
 
"Dia tak peduli apa jadi kepada rakyat di Pulau Pinang. Sepatutnya dia tolong, dia bantu rakyat Pualu Pinang. Dia asal daripada Pulau Pinang," kata Musa ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.
 
Menurut beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya takut untuk menegur pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mahu menjaga hati rakan kompenan Pakatan Rakyatnya yang paling dominan itu.
 
"(Sewaktu Anwar) Duduk dalam Umno, kekuatan Umno itu ada, dan kekuatan BN itu boleh bantu orang Melayu..hari ini (Anwar) duduk dalam Pakatan, (dia) takut kepada Guan Eng. 
 
"Anwar hari ini takut kepada Guan Eng, takut kepada DAP dan nak gunakan mereka ini untuk dia jadi Perdana Menteri. Itu sahaja..Bukan soal BN itu rasuah, atau pemimpin Umno itu kotor, bukan. Sebenarnya dia ini gila mahu menjadi Perdana Menteri. Itu sahaja..Dia tidak ada alasan (lain) lagi. Dia tidak akan berani bersuara selagi ada Guan Eng, selagi ada DAP dia takut. Dia nak kepentingan dia, nak jadi Perdana Menteri. Itu sahaja kerja Anwar Ibrahim sekarang ini," ujar beliau.
 
Musa kemudiannya menyifatkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang terlampau banyak bermain politik dan tidak fokus kepada kerja-kerja pentadbiran negeri.
 
Sama seperti di Selangor, pentadbiran Setiausaha Agung DAP itu tegas Musa tidak sudah-sudah menyalahkan BN di atas kelemahan mereka sendiri.
 
"Guan Eng ini dia cakap sahaja..cakap, lepas itu main politik. Sebenarnya dia tak payah cakap banyak (sebaliknya) buat kerja sahaja sebab dia (DAP) kerajaan negeri Pulau Pinang, dia yang memerintah.
 
"Hari ini, apa yang dia buat ialah salahkan BN. Jangan cakap soal BN (kerana) kita pembangkang. Sepatutnya dia buat (kerja) tapi tidak. Apa yang dia buat ialah beri ceramah, maki Umno. Saya nak cabar Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina..letak di kawasan Cina kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.
 
Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk menjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu.
 
Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.
 
Bagaimanapun kira-kira tiga minggu kemudiannya DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal semasa pengiraan undi perwakilan dan menyaksikan kedudukan Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik kepada Guan Eng diangkat ke tangga 20 daripada 39 sebelum ini.
 
Keputusan itu membolehkan Zairil diiktiraf sebagai wakil Melayu DAP tunggal yang menang dalam pemilihan itu.

WARISAN@PAHANG

Posted: 19 Jan 2013 09:40 AM PST

WARISAN@PAHANG


Nik Aziz Permainkan Kalimah Allah..

Posted: 18 Jan 2013 10:20 PM PST


IPOHMALAY

Posted: 19 Jan 2013 09:05 AM PST

IPOHMALAY


"Lepas saja Apau Kayan masuk jadi wilayah Malaysia"

Posted: 19 Jan 2013 12:49 AM PST

Walaupun kerajaan Malaysia menggunakan istilah penyeludup ke atas warga Indonesia di sempadan Sarawak, namun mereka yang dikatakan tidak diambil peduli oleh pemerintah Jakarta terpaksa melakukannya demi untuk meneruskan kehidupan.

Malah mereka menganggap diri mereka sebagai pengemis dan akibat marahnya mereka terhadap pemerintah Jakarta, mereka menyebut, jika tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah mereka, lepaskan sahaja wilayah mereka untuk menjadi sebahagian negara Malaysia.

Penuhi Kebutuhan Sembako, Warga Perbatasan Rela 'Mengemis' ke Malaysia

Robert - detikfinance 
Sabtu, 19/01/2013 13:09 WIB 
Samarinda - Masyarakat yang tinggal di perbatasan Apau Kayan, Kabupaten Malinau, Kalimantan Timur, dengan Long Busang, Sarawak, Malaysia, harus rela meminta kebutuhan sembako ke Malaysia, disebabkan tidak mudah mendapatkan kebutuhan serupa dari dalam negeri.


Bahkan sebagian besar bahan kebutuhan pokok, yang disubsidi pemerintah Malaysia, ikut dinikmati oleh masyarakat Apau Kayan di perbatasan. Barangnya antara lain gula pasir, minyak goreng, garam hingga tepung.



"Ini fakta, tidak bisa dipungkiri atau pun dibantah. Sebagian besar barang kebutuhan yang dijual di Apau Kayan yang memiliki 4 Kecamatan, asalnya dari Malaysia," kata salah seorang tokoh masyarakat Apau Kayan, Ibau Ala, dalam perbincangan bersama wartawan saat berada di Samarinda, Kalimantan Timur, Sabtu (19/1/2013).



Keberadaan Ibau Ala di Samarinda, menyusul ketiadaan angkutan pesawat penerbangan perintis ke Long Ampung, Apau Kayan, Malinau, sejak 1 Januari 2013 lalu hingga saat ini.



Menurut Ibau, banyak penyebab yang mengakibatkan masyarakat Apau Kayan, harus rela meminta dan membeli kebutuhan sembako dari Malaysia. Selain biaya angkutan barang penerbangan perintis yang disubsidi pemerintah pusat melalui Kementerian Perhubungan belum banyak membantu masyarakat, juga disebabkan wilayah Malaysia yang bisa ditembus dengan jalan darat meski harus melalui 'jalan tikus'.



"Masyarakat Apau Kayan dapat sembako itu dari kamp sebuah perusahaan perkayuan milik Malaysia. Tidak perlu malu, untuk urusan perut, kita rela beli sembako ke Malaysia. Sembako subsidi pemerintah Malaysia, kita juga ikut menikmati," ujar Ibau.



"Mau bagaimana lagi, tarif angkutan barang di pesawat perintis berkapasitas 12 seat saja sudah Rp 30.000 per Kg. Akses jalan darat ke ibu kota Kabupaten Malinau, tidak tembus. Kami semua di sini, petani. Bukan pengusaha," tegasnya.



Masih di Apau Kayan, dominan berseliweran kendaraan roda empat dan roda dua bernomor pelat wilayah kepolisian Malaysia. Pemandangan itu, menurut dia, tidaklah mengherankan bagi masyarakat Apau Kayan, meski Apau Kayan sendiri berada di wilayah provinsi Kalimantan Timur.



"Paling dekat dengan Sarawak (Malaysia) adalah Desa Beta'oh di Kecamatan Kayan Hulu. Bahan bakar minyak, juga termasuk yang disubsidi pemerintah Malaysia. Kami di Apau Kayan, memang beli mahal dari Malaysia Rp 23.000 perliternya.," sebut Ibau.



"Pemerintah Malaysia sebenarnya juga marah, setelah tahu kami di Indonesia, ikut menikmati kebutuhan sembako subsidi mereka. Ada beberapa akses jalan menuju Sarawak, yang diputus pemerintah Malaysia. Tapi kami tetap berusaha mendapatkan sembako itu," terang Sonda, warga Apau Kayan lainnya.



Sejauh ini, sambung Sonda, pemerintah terlihat lebih fokus memperhatikan Pulau Sebatik, di Kabupaten Nunukan, yang juga berada di perbatasan. Namun demikian, di Sebatik, warga setempat masih bisa mendapatkan pasokan sembako dari transportasi laut.



"Masalah perbatasan bukan hanya di Sebatik. Kami di Apau Kayan, tidak akan menutup mata kalau kami masih istilahnya menyusu ke Malaysia, terutama soal sembako," ungkapnya.



"Kami mengharapkan pemerintah pusat melalui APBN, menambah subsidi angkutan barang. Keluhan kami ini sudah berulang-ulang kali disampaikan. Kalau kami tidak diperhatikan soal sulitnya sembako dari dalam negeri sendiri, lepas saja Apau Kayan masuk jadi wilayah Malaysia," tegasnya.



"Pemuda-pemuda di Apau Kayan saja, sebagian besar bekerja di perusahaan-perusahan yang ada di Sarawak (Malaysia). Biasanya setelah bekerja 1-2 tahun, pulang ke kampung, memiliki keterampilan yang bisa digunakan untuk membangun kampung," tutupnya.

UiTM Lendu Trending Di Twitter Akibat Kes Histeria

Posted: 18 Jan 2013 10:40 AM PST

Kekecohan berlaku di Twitter berkait kerasukan dan histeria yang berlaku di UiTM Lendu, Melaka. Berbagai khabar tersebar antaranya individu yang dirasuk melompat dan terbang dalam gelap malam. Kekecohan ini membuatkan #UiTMLendu menjadi trending di Twitter.

Selain itu juga tersebar gambar kononnya ada penampakan gadis menari tarian ulik mayang di latar dalam sekeping foto.



Kejadian ini juga dirakamkan melalui penulisan sebuah blog yang menceritakan detik kisah yang berlaku di UiTM Lendu.

JANUARY 18, 2013 BY RUZANNA ANIZA 
Day Eighteen 
It's been so scary here in Lendu. Every night there'd be a few cases of stolen items and people kena rasuk, and pukau. 
The stolen items part is creepy. First you'd be entering your room and you would think everything is fine. And then you'll start to realise that one thing is missing. And then two things have gone missing, then you realise that almost everything valuable is missing from your room. 
And finally you'll find a note saying this: "Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.", which roughly translated means "Await my presence/arrival at the other colleges.". Oh by the way, here, we call dorms 'Kolej/College'. Four places have been attacked so far. All with the same note. Bacaan lanjut di SINI  
Ringkasan dari kisah empunya cerita, kejadian ini seperti dilakukan oleh segelintir manusia atau individu dengan menggunakan ilmu hitam bagi mencetuskan ketakutan kepada pelajar di sana.

Namun apa yang lebih pelik, oleh kerana terlalu membaca kes-kes histeria yang sedang berlaku di UiTM Lendu, datang pula perkhabaran kejadian serupa sedang menimpa sekumpulan pelajar-pelajar di UiTM Seri Iskandar.

Sehingga entry ini ditulis, katanya kejadian histeria masih berleluasa di dua UiTM ini.

Politik Harian

Posted: 19 Jan 2013 03:32 AM PST

Politik Harian


Harussani Tegur Azmin Jangan Memandai-Mandai Bercakap Hal Kalimah Allah

Posted: 19 Jan 2013 01:00 AM PST


PKR hanya mengutamakan kepentingan politik kerana tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali harus menyerahkan aspek berkaitan agama, terutama kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab berkenaan kepada ulama dan bukannya bersikap memandai-mandai menolak keputusan Majlis Syura PAS.

Hormati Majlis Syura

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, pemimpin politik bukan ulama seperti Azmin tidak boleh mengetepikan keputusan Majlis Syura PAS itu, sebaliknya harus menghormatinya bukan untuk kepentingan politik, malah yang lebih penting ialah untuk memelihara akidah umat Islam.

Beliau berkata, Majlis Syura PAS sudah memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu, sekali gus membatalkan pandangan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum itu dilaporkan bersetuju supaya kalimah Allah boleh digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh diterjemahkan dalam semua bahasa.

"Saya baru kembali dari menunaikan umrah semalam (kelmarin). Saya berdoa di depan Kaabah supaya Islam di negara ini terpelihara dan begitu juga dengan umatnya.

"Apa-apa perkara berkaitan agama, serahkan kepada ulama. Azmin jangan memandai-mandai bercakap hal berkaitan kalimah Allah. Apa perasaan kita kalau satu hari nanti kita tengok ada lambang salib diletakkan pada kalimah Allah?

"Jangan main-main dengan kalimah Allah. Saya bimbang kalau perkara ini tidak dibendung akan menyebabkan pertelingkahan agama di negara kita," katanya kepada BH semalam.

Beliau mengulas kenyataan Azmin kelmarin yang mendakwa mewakili keputusan semua pemimpin pakatan pembangkang berdasarkan kenyataan Abdul Hadi yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh menterjemahkannya.

Azmin memberi alasan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu sepakat bersetuju kalimah Allah boleh digunakan orang bukan Islam tetapi tidak boleh menterjemahkannya dan Majlis Syura hanyalah satu organisasi dalam PAS, sekali gus tidak menggambarkan keputusan pemimpin pakatan pembangkang.

Tak hormati Majlis Syura

Ketua Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya, berkata: "PAS harus meneliti semula kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang. PKR sama sekali tidak akan menghormati pendapat ilmuwan Islam dalam PAS kerana yang lebih penting bagi parti itu ialah menang pilihan raya," – BH

Penyokong PAS Pening... Pemimpin Flip Flop

Posted: 19 Jan 2013 01:00 AM PST


Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti. Seterusnya klik pada tajuk entri....



Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?

HKR #KL112- Kurang Sokongan Kaum Cina , Bukti Tolak Kepimpinan Melayu PR!

Posted: 18 Jan 2013 11:00 PM PST


Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Keadaan luar biasa itu jauh berbeza bila dibandingkan dengan penyertaan besar mereka semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada April 2012 yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan di mana hampir separuh pesertanya adalah keturunan Cina.

Mungkinkah benar majoriti masyarakat Cina kini sudah beralih arah setelah menyedari pakatan pembangkang, PR hanyalah satu kerjasama longgar yang berpaut pada dahan rapuh yang tidak menjamin perubahan yang lebih baik berbanding BN?

Persoalan ini menarik perhatian ramai kerana senario selepas PRU 12 2008, menyaksikan majoriti pengundi Cina dilihat lebih dekat dengan PR dan mereka dianggap sebagai aset utama yang membolehkan PR membina kekuatannya untuk berdepan dengan BN.

Bila mana HKR #KL112 yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memperlihatkan senario berbeza di mana amat ketara kurangnya penglibatan orang Cina dari DAP dan PKR, ia tidak hanya menyebabkan khalayak umum tercenggang kehairanan malah dikalangan pimpinan PR sendiri garu kepala kepeningan.

Untuk merungkai persoalan ini, kompilasi info dari beberapa sumber dalaman PR yang menggariskan ringkasan faktor penyebab kegagalan HKR #KL112 menarik penglibatan besar orang Cina mungkin boleh memberi gambaran sebenar kenapa berlakunya keadaan sedemikian.

Pertama, kejadian 'silap pengiraan' undi semasa pemilihan CEC DAP seperti diumumkan pada minggu pertama tahun 2013 nyata memberi impak besar dalam menggugat kepercayaan masyarakat Cina terhadap integriti dan kredibiliti PR khususnya DAP.

Kedua, beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2013, PR melalui NGO proksinya yang didominasi penyonong Cina DAP dan PKR telah melancarkan kempen Mogok Lapar Anti Lynas yang kemudiannya menjadi bahan lawak orang ramai apabila peserta dan penganjurnya makan senyap-senyap di lobi hotel dan restoran berhampiran.

Ketiga, penglibatan ramai anggota keluarga dan saudara mara terdekat dalam kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS dilihat oleh khalayak umum khasnya bagi majoriti orang Cina adalah amalan yang tidak sihat yang boleh memudaratkan negara.

Manakala faktor keempat dan paling besar impaknya ialah ketidaksediaan Cina DAP dan Cina PKR untuk mengiktiraf penglibatan utama PAS dalam menggerakkan HKR #KL112.

Pada mereka, kepimpinan Ambiga dalam menjayakan Bersih 3.0 dilihat lebih meyakinkan hala tujunya berbanding HKR #KL112 yang diketuai pemimpin kanan PAS, Mat Sabu yang bercampur baur dan kabur matlamat penganjurannya.

Ini merupakan manifestasi ketidakyakinan orang Cina DAP & PKR terhadap kemampuan PAS untuk mengetuai dan mengurus tadbir sesuatu program besar atau lebih tepat lagi ia adalah signal dan bukti penolakan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.

Justeru itu, suka atau tidak, pahit atau kelat sekalipun, PAS terpaksa menerima hakikat kedudukannya dalam PR akan kekal sebagai keldai tunggangan selagi ramai orang Cina dalam DAP dan PKR meragui keupayaannya dan menolak kepimpinan orang Melayu dalam menentukan arah tuju PR.

Rosmah Mansor - Saya Bersumpah... Saya Tiada Cincin Itu

Posted: 18 Jan 2013 08:00 PM PST


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang. Seterusnya klik pada tajuk entri....



Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung... memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Rosmah berkata, beliau akan terus bertahan demi kepentingan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Wacana Pra-PRU13: Populariti Najib Menonjol Berbandaing Anwar Ibrahim

Posted: 18 Jan 2013 06:00 PM PST


Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang.

Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin.

Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus).

Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH di sini semalam.


Populariti Anwar menurun


Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator.

Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu.

Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

Sumber: BH

JOZAN Juara Maharaja Lawak Mega 2012 #maharajalawakmega #Jozan

Posted: 18 Jan 2013 08:17 AM PST


Gempak… memang pecah perut menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2012! Mantap!!! Ummpphhh!!! Seterusnya klik pada tajuk entri....



5 finalis yang meneruskan perjuangan mereka memburu gelaran Juara Maharaja Lawak Mega 2012 di Johor Bahru, akhirnya terjawab!! JB Peace yooo!

Kumpulan JOZAN dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Malam ni gua layan… Maharaja Lawak bro… rileks dari cerita politik…

Kemeriahan penyokong kumpulan pelawak masing-masing membuatkan pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega penuh gemilang!

Inilah budaya sihat yang perlu disematkan kedalam jiwa anak muda… Jangan ikuti contoh tak baik seperti mengikuti demontrasi haram, buat huruhara dijalanan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai! Peace yoooooooo!

Naib Juara : JAMBU menerima hadiah wang tunai 250K
Tempat ketiga : SHIRO menerima hadiah wang tunai 150K
Tempat keempat : BOBOI menerima hadiah wang tunai 50K
Tempat kelima : SAYWHO menerima hadiah wang tunai 15K


Wulan Guritno ko memang ngetop!

Tolak Majlis Syura Ulama... Ternyata Kuasa Tertinggi Pakatan Pembangkang Adalah DAP

Posted: 18 Jan 2013 06:00 AM PST


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya. Seterusnya klik pada tajuk entri....



Nampaknya, 'bola' kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin.

Facebook Anti Patrick Teoh Gesa Patrick Teoh Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia!

Posted: 18 Jan 2013 05:00 AM PST


Kebiadapan pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh menghina Islam masih hangat diperkatakan ramai sekalipun Patrick yang juga adalah penyokong kuat PR telah pun memohon maaf di atas keterlanjurannya.

Namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan cara Patrick Teoh memohon maaf nampak tidak ikhlas.... Lantas tertubuhnya facebook Anti Patrick Teoh URL: https://www.facebook.com/AntiPatrickTeoh

Petikan dari Page Anti Patrick Teoh: "Kami Mengutuk Sekeras-kerasnya Penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh terhadap Agama Islam. Juga Menuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia Amnya dan Umat Islam Khasnya"...

bumiyang

Posted: 19 Jan 2013 03:19 AM PST

bumiyang


Sah PRU 13 Akhir Bulan Mac 2013 ???

Posted: 19 Jan 2013 02:44 AM PST

Cuma 3 Orang Melayu dlm Senarai 20 Terkaya di Malaysia - DAP Dah Dengki? ??

Posted: 18 Jan 2013 05:46 PM PST

tunku

Posted: 19 Jan 2013 03:02 AM PST

tunku


PR Still Approve The Decision To Allow Kalimah Allah In Bible

Posted: 18 Jan 2013 08:00 AM PST

PKR's Vice President, Mohamed Azmin Ali today stressed that Pakatan Rakyat's (PR) policy regarding the kalimah Allah issue which was solved back in January 4, 2010 is still the same until now despite of the situation where PAS Syura Council decided otherwise on January 8, 2013. It seems like it is now turn for Syura Council to respond. That is, if they have the guts to defend Allah's name from being trampled by the Christians and Pluralists. Applying kalimah Allah for other religion would bring to two big issues, confusion among Muslims which could lead to apostasy, and syirik. Both of the issues can be considered as a huge catastrophe towards Muslims. That is why, it is not too much to urge any Muslim who are not disturbed by this, to reflect themselves whether they have been good Muslims or otherwise. The stand took by Pakatan Rakyat like what was announced by Azmin would be as the following: 1. It is proven that PAS Syura Council do not have any place in Pakatan Rakyat. 2. It is confirmed thast PKR practices plural understanding. 3. The Christians deliberately challenges Islam. 4. Pakatan Rakyat's highest power is DAP. PR's excuse saying that Syura Council's decision only applies to PAS members is seen as an insult towards all Muslim because it is simply irrelevant. This is because the ones who wants to use kalimah Allah in the Bible are not PAS members, it's the Christians, which is being fought by DAP. Thus, why would the decision apply to PAS members? It seems like the nightmare is upon us where as PAS works hard to get to Putrajaya, everything starts to crumble. When PAS proudly announce that they are Islam, their statements and actions automatically reflects Islam. That is why their actions of making a lot of U-turns and giving up on things, only show their weakness, and that is seen as part of Islam's weakness. From there, can't we all see that the person who is seen as a Grand Ulama, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, who seems very respectful, does not even mean a thing in the eyes of kafir? It is not too late for Muslims to rise up. However, this is only possible if all Muslims stand united. Even though we are in a country led by an Islamic government, do the strength of the government still depend on Muslims that are behind it. It would hard for an Islamic government to defend Islam without getting any support from Muslims. Please stop lying to yourselves with hudud or Islamic state just to reject those Muslim leaders. Stop letting our mind from being polluted with those evil Ulama. May Allah save us all from all of the bad things out there. Amin.

IS SABAH RCI A TRAP FOR BN?

Posted: 18 Jan 2013 04:08 AM PST

Is the Sabah RCI a necessity? After all, whoever they are, they are already citizens of Malaysia just like the other races in Peninsular who came here some years ago or before Independence and given citizenship.
Or is it the oppositions' game to 'inject' further hatred and erode credibility to Barisan Nasional (BN), a trap that BN and Najib Tu Razak fell into?
Looking at the case now, the testimonies thus far given, all of them point towards BN's and former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's purported ploy to increase voters for BN.
Thus far, the inquiry gives an ugly and bad picture of ruling BN government as if the ruling coalition had been manipulating to win.
However, can trust and take the testimonies of the four witnesses without first determine their credibility and authenticity of their testimonies.
The reason is simply that the four had spent time under detention for extortion – extorting money from these foreigners whose blue identity cards were ready to be given out.
The witnesses called are those NRD officers who were released after being detained under Internal Security Act (ISA) for taking bribes in giving out the citizenships to Filipinas.
They are Kee Dzulkifly, Asli Sidup, Alcop Damsah @ Yakup Damsah, Nasit Sungip and their boss Ramli Kamaruddin were detained under the ISA for detained for their role in a syndicate to extort money from the approved immigrants before issuing them the blue ICs.
One wonders are these the only witnesses the RCI will call or the commission will be calling more as the credibility of the four witnesses are questionable in every aspect.
And the opposition, especially Anwar Ibrahim's stooges are already making statements that the RCI would eventually point finger to Anwar…pre-empting as though the RCI is BN's tool to shoot at Anwar.
What the oppositions are doing now is another psychological warfare aimed at pumping into the minds of voters that BN has been manipulating, the allegations the oppositions have been pumping to the minds of voters since 2008.
Without credible witnesses, RCI will reveal more of 'twisted truth' to hammer the 'twisted testimonies' with witnesses whose credibility are questionable, whose testimonies are also questionable because they revealed names of those who had passed away, whose intentions are questionable as they were detained before for extorting.
In short, the witnesses are untrustworthy and for the oppositions, they do not care about this because they know the voters want to hear 'juicy things' regardless the truths.
It's the perception game and the oppositions are good in this as they have already done that in 2008…but they forgot that the political thoughts of voters have change since then.

RAPERA ..

Posted: 19 Jan 2013 01:45 AM PST

RAPERA ..


Listen Listen Listen !

Posted: 18 Jan 2013 03:50 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 19 Jan 2013 01:32 AM PST

Taipingmali (tm)


Budi Hikayat Hina Nabi Muhammad SAW?

Posted: 19 Jan 2013 12:27 AM PST

Diterbitkan pada 19/11/2012
Budi Hikayat atau Hasmi Hashim penulis lirik bagi lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF telah dengan biadapnya mempertikai tindakan umat Islam untuk mempertahankan Nabi Muhammad SAW dan menyatakan bahawa mempertahankan Nabi merupakan satu konsep kenabian yang salah. Seorang lagi pemimpin PKR yang mengamalkan Islam yang liberal.
Apakah mereka ini Syiah ?

Isu Kerakyatan Sabah

Posted: 18 Jan 2013 04:35 PM PST

Tuduhan pembangkang yang memainkan isu pendatang asing Sabah diberikan Kad Pengenalan hanyalah bersifat anti Melayu dan Perkauman.

Isu ini sudah lama dimainkan oleh pembangkang terutama Dap.

Dap yang ramai terdiri dari orang Cina sepatutnya tak payah lah bising-bising nanti orang buka pekung tentang kedatangan cina ke Borneo akan menyebabkan cina Sabah dan Sarawak malu sendiri.

Orang Pas dan Pkr pun usahlah dok melalak dalam soal ini sebab Ketua Pemuda Pas Sabah sendiri pun asalnya dari Indon. Dr Badrol Amin orang kuat Pkr yang baru-baru kahwin dengan klien kaunselingnya pun berasal dari Indon dan akhirnya mendapat taraf kerakyatan.

Teringat lagi tuduhan pembangkang kononnya kerajaan telah memberi banyak kad pengenalan kepada warga Pakistan (Pakistan Kapet) di Sabah semata-mata untuk memenangkan BN. Tuduhan ditujukan kepada Abdul Gafur Salleh.

Sebenarnya sesiapa sahaja yang berada di Malaysia boleh diberikan taraf warganegara atau kerakyatan jika mereka memenuhi syarat.

Apa salahnya orang Filipinos yang sudah berzaman duduk di Sabah diberikan taraf warga negara? Apa salahnya keturunan Ilanun yang hidup atas air laut diberikan IC?

Malah kaum Kadazan juga ramai yang berasal dari Tanah Besar Cina seratus peratus mendapat taraf warga negara.

Di Sabah, Sarawak dan Kalimantan sememangnya terdapat ramai pendatang asing terutama orang Cina.

Mereka datang sejak Sabah dan Sarawak diperintah oleh Inggeris lagi. Di Kalimantan Barat, Tengah dan Kalimantan Timur kebanjiran kaum Cina dari keturunan Hakka ialah kerana bijih timah.

Di Sarawak kebanjiran pendatang asing adalah diasaskan oleh Kapitan Wong Nai Siong. Beliau telah menulis surat kepada Rajah Brooke untuk membawa masuk orang Cina keturunan Foochow yang beragama Christian untuk menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa pembunuhan conflict agama di Tanah Besar Cina.

Akibatnya sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan 1963 jumlah kedatangan orang cina melebihi jumlah penduduk peribumi Sarawak terutama di kawasan pinggir laut. Mereka datang dan menetap di dalam kawasan pedalaman dan hidup sebagai pekebun atau petani dan sebahagian besar sebagai peniaga, nelayan dan sebagainya.

Bagaimanapun hari ini kesemua pendatang Foochow, Hakka ini kini mendapat taraf warga negara dan mendominasi bandar-bandar besar di Kota Kinabalu, Sibu, Kuching, Miri dan di Kalimantan Barat pula mereka mendominasi daerah Pontianak, Singkawang dan beberapa daerah kecil yang lain.

Isu kad pengenalan tak payah lah dijadikan isu politik pembangkang kerana ramai pembangkang adalah majority asalnya pendatang asing.

Kenapa nak jadikan filipinos Sabah sebagai modal politik pembangkang. Anwar Ibrahim sendiri jika didedahkan identiti keturunannya tak ada setitik pun darah keturunan Melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Projek IC (myKmu)

Posted: 18 Jan 2013 04:02 PM PST

Suruhanjaya  Diraja atau RCI dalam bahasa Inggeris ini, ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

Maksud jalan buntu, saksi yang nak dibawa sudah meninggal dunia, dokumen berkaitan mungkin telah musnah lama dahulu, 'bukti' tidak boleh disahkan dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam hal ini adalah RCI yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah dan sama ada wujud kegiatan memalsukan dokumen kewarganegaraan untuk membolehkan warga asing, tanpa dokumen yang sah, diterima menjadi rakyat negara ini semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi kerajaan.

Itu initipatinya, sebab warganegara asing yang diberi taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang (secara sah), bukanlah satu perkara pelik, tapi perkara lumrah yang berlaku di mana-mana negara dalam dunia.

Pendek kata, pemberian kewarganegaraan mengikut prosedur undang-undang, bukanlah satu isu sehingga nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Cuma sekarang, penulis lihat media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini.

Antaranya yang boleh penulis kenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for it, Megat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya.  Tapi bab secara sah dan mengikut undang-undang itu diletak diakhir sekali, bab mengaku beri kewarganegaraan itu diletak di depan.

Begitulah permainannya.

Banyak di antara tajuk yang penulis sebutkan di atas itu dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut.  Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini.  Penulis lihat kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

Along the way, datang pemimpin pembangkang macam Azmin mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.  

Penulis melihat Azmin sudah dapat mengagak dari halatuju perbicaraan RCI ini sekarang, madunya, si Anwar Ibrahim akan terlibat dan terkait tidak berapa lama lagi; sesuatu yang tidak pernah dijangka Pakatan haram ini dulu, sebab itu Azmin guna pendekatan preemptive strike  (serang dulu sebelum kena serang) dengan menuduh Mahathir macam-macam.

Rileksla Min, prosiding tengah jalan lagi.

Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini.  Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.

Dalam hal ini bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Sudah tentu orang itu sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya, dan saksi berkenaan hanya ada air liur sebagai modal bercakap.

Semua ini bagaimanapun tidak menghalang pembangkang dari mempolitikkan perkara ini lebih awal seperti permainan yang cuba disampaikan Malaysian Insider sekarang.

Apa yang penulis nak katakan, inilah modal terbaru  puak-puak ini sekarang, setelah kegagalan HKR Sabtu minggu lepas yang menyaksikan lebih kurang 45,000 orang sahaja yang datang, jauh lebih kurang dari sasaran 1 juta orang seperti yang sering didendangkan.

mykmu.net
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’

Posted: 18 Jan 2013 03:36 PM PST

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.

Nampaknya, 'bola' kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS BUAT ISLAM MACAM BOLA DALAM ISU KALIMAH

Posted: 18 Jan 2013 08:47 AM PST

Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 19 Jan 2013 01:31 AM PST

Sahabat-Gunung


Jangan Khianati Perjuangan GPMS

Posted: 18 Jan 2013 10:12 PM PST

Hebat, panas dan mendidih ... Apa dah jadi dengan Pemilihan MBM tahun nie, nampaknya betul-betul panas dengan wujudnya 'Kumpulan GPMS' yang mahu menguasai badan induk belia tersebut.

Kumpulan yang diketuai Presiden GPMS, Jais Abd Karim yang menamakan dirinya sebagai calon wahyu Pegawai Perdana Menteri disertai pegawai PM sendiri, Dato' Irmohizam Ibrahim yang dijadualkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, namun berita terkini tersebar bahawa Irmo telah pun menarik diri dari bertanding.... Tahniah Irmo, ko buat keputusan yang terbaik.

Kesian kat kawan aku si Irmo nie...

Banyak sangat tanggungjawab yang dipikulnya...

Presiden Majis Belia Selangor

Naib Presiden GPMS Pusat (Kalau tak silap)

Timbalan Pengerusi GPMS Selangor

Presiden Pengakap Pusat ....

Banyak tu beb....

Berbalik soal pemilihan MBM, apa sebenarnya niat Jais untuk menerajui MBM. Siapa dibelakangnya untuk beliau bertanding Presiden MBM.

Benarkah BTN di belakang Jais-Irmohizam?

Apa tujuan BTN sebenarnya?

Jais antara penyebab Azan Ismail lompat parti hingga jadi MP Indera Mahkota ... Apa kaitannya.

Apa cerita sebenarnya dengan 'Wang Pos' GPMS yang dikaitkan dengan Jais. Katanya, mantan Presiden, Suhaimi Ibrahim cukup kenal masak dengan isu Wang Pos - Jais nie....

Berapa ramai plak nama-nama dari GPMS yang diserahkan kepada PM untuk dipilih sebagai calon BN pada PRU13 nie .... Errrmmm.

Banyak lagi akan didedahkan rakan blogger... Apa kata kita minta blogger Sanggah Tok Janggut untuk ceritakan plak kaitan BTN dalam kumpulan Jais-Irmohizam nie....

Jom layan .....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jom Lelong Untuk GAZA .......

Posted: 18 Jan 2013 09:45 AM PST



Beberapa artis popular sanggup melelong barangan peribadi untuk didermakan ke dalam Tabung Gaza bagi membantu meringankan beban dan keperitan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis.

Antaranya Joe Wings yang sanggup menjual gitar kesayanggan, manakala Jaafar Onn akan melelong koleksi peribadi yang sudah tentu amat berharga bagi pelakon/penyanyi itu.

Selain Joe Wings dan Jaafar Onn, artis lain yang menyertai program Jom Lelong Untuk Gaza yang diadakan di Kompleks Kraftangan Malaysia, di Jalan Conlay, Ahad ini ialah Lisdawati, Zack Zaidi, Dafi dan Marsha AF.

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program itu dianjurkan bersama oleh syarikat Ushine Health & Beauty, Pertubuhan Kelab Wanita, CDL & Kelab Masakan MYCAT dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Katanya, pogram ini turut disokong oleh NGO yang lain seperti Perdasama, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, GPMS Unisel dan UiTM dan lain-lain lagi.

"Kami menganjurkan program ini atas dasar persaudaraan Islam selain simpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin di Gaza. Sasaran kita adalah untuk mengutip sebanyak RM30,000 untuk disumbangkan ke Tabung Gaza," katanya pada sidang media, semalam.

Selain itu, beberapa kartunis popular yang bernaung di bawah konsortium Cartoonist At Work (CAW) akan membuat demonstrasi kartun disamping persembahan nyanyian dan deklamasi puisi berunsur kemanusiaan dan perjuangan daripada Gapena.

"Aktiviti ini akan memberi pendedahan sebenar keganasan yang berlaku terhadap muslim di Palestin dan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat terhadap isu Palestin dan Gaza," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang.

Selain lelongan artis, antara aktiviti yang akan dijalankan bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petrang itu ialah booth jualan pre-loved, Jumble Sales, Jualan Lelongan VIP.

Cina Kurang Hadir, Bukti Tolak Kepimpinan Melayu

Posted: 18 Jan 2013 08:30 AM PST


Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara.

Keadaan luar biasa itu jauh berbeza bila dibandingkan dengan penyertaan besar mereka semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada April 2012 yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan di mana hampir separuh pesertanya adalah keturunan Cina.

Mungkinkah benar majoriti masyarakat Cina kini sudah beralih arah setelah menyedari pakatan pembangkang, PR hanyalah satu kerjasama longgar yang berpaut pada dahan rapuh yang tidak menjamin perubahan yang lebih baik berbanding BN?

Persoalan ini menarik perhatian ramai kerana senario selepas PRU 12 2008, menyaksikan majoriti pengundi Cina dilihat lebih dekat dengan PR dan mereka dianggap sebagai aset utama yang membolehkan PR membina kekuatannya untuk berdepan dengan BN.

Bila mana HKR #KL112 yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memperlihatkan senario berbeza di mana amat ketara kurangnya penglibatan orang Cina dari DAP dan PKR, ia tidak hanya menyebabkan khalayak umum tercenggang kehairanan malah dikalangan pimpinan PR sendiri garu kepala kepeningan.

Untuk merungkai persoalan ini, kompilasi info dari beberapa sumber dalaman PR yang menggariskan ringkasan faktor penyebab kegagalan HKR #KL112 menarik penglibatan besar orang Cina mungkin boleh memberi gambaran sebenar kenapa berlakunya keadaan sedemikian.

Pertama, kejadian 'silap pengiraan' undi semasa pemilihan CEC DAP seperti diumumkan pada minggu pertama tahun 2013 nyata memberi impak besar dalam menggugat kepercayaan masyarakat Cina terhadap integriti dan kredibiliti PR khususnya DAP.

Kedua, beberapa hari sebelum menjelang tahun baru 2013, PR melalui NGO proksinya yang didominasi penyonong Cina DAP dan PKR telah melancarkan kempen Mogok Lapar Anti Lynas yang kemudiannya menjadi bahan lawak orang ramai apabila peserta dan penganjurnya makan senyap-senyap di lobi hotel dan restoran berhampiran.

Ketiga, penglibatan ramai anggota keluarga dan saudara mara terdekat dalam kepimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS dilihat oleh khalayak umum khasnya bagi majoriti orang Cina adalah amalan yang tidak sihat yang boleh memudaratkan negara.

Manakala faktor keempat dan paling besar impaknya ialah ketidaksediaan Cina DAP dan Cina PKR untuk mengiktiraf penglibatan utama PAS dalam menggerakkan HKR #KL112.

Pada mereka, kepimpinan Ambiga dalam menjayakan Bersih 3.0 dilihat lebih meyakinkan hala tujunya berbanding HKR #KL112 yang diketuai pemimpin kanan PAS, Mat Sabu yang bercampur baur dan kabur matlamat penganjurannya.

Ini merupakan manifestasi ketidakyakinan orang Cina DAP & PKR terhadap kemampuan PAS untuk mengetuai dan mengurus tadbir sesuatu program besar atau lebih tepat lagi ia adalah signal dan bukti penolakan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.

Justeru itu, suka atau tidak, pahit atau kelat sekalipun, PAS terpaksa menerima hakikat kedudukannya dalam PR akan kekal sebagai keldai tunggangan selagi ramai orang Cina dalam DAP dan PKR meragui keupayaannya dan menolak kepimpinan orang Melayu dalam menentukan arah tuju PR.

PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’

Posted: 18 Jan 2013 07:45 AM PST



Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya. 

Nampaknya, 'bola' kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas.  Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.  

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri.  Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam. 

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya. 

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:   

1.       Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2.       Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3.       Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4.       Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali. 

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP.  Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS? 

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini.  Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam.  Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam. 

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam. 

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir.  Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar.   Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka. 

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar?  Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?   

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan.   Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu.   Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya.  Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu. 

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi. 

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur.  Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan.   Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu. 

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri.  Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara.   Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam. 

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan.  Amin.  

Tun M Jadi MAT REMPIT .... Steady ....

Posted: 18 Jan 2013 06:59 AM PST


Pic nie dari FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad …

Cayalah Tun M! Cuba Superbike Prototype buatan Malaysia…. 


Maharaja Lawak Mega 2012: Siapa Pilihan Anda?

Posted: 18 Jan 2013 05:45 AM PST



Siapa agaknya yang menjadi pilihan….







SAYWHO: Adakah Saywho akan melakukan kejutan dan seterusnya membanggakan tanah seberang?





JAMBU: mempamerkan persembahan konsisten sejak awal lagi... Turut menjadi pilihan untuk menjadi juara.... Tauke orang Johor... Adakah ini akan menjadi faktor kemenangan Jambu? Nantikan!



JOZAN: Aku yakin ramai yang akan memilih Jozan sebagai juara Maharaja Lawak Mega edisi ini... Adakah tekaan anda tepat?


SHIRO: Ada peminat SHIRO? ........ Antara kumpulan yang mampu melakukan kejutan malam ini. Ramai juga penyokong mereka.


BOBOI !!! Gandingan mantap mereka berjaya mengekalkan mereka hingga ke akhir. Bagaimana corak persembahan mereka malam ini? Dapatkah mereka mencuit hati peminat? Go Boboi!


Sahabat-Gunung pilih .......... B O B O I

Jom Lelong Untuk Gaza

Posted: 18 Jan 2013 05:15 AM PST



Jom Lelong Untuk GAZA: Ayuh datang beramai-ramai sambil membeli dan menderma, moga sumbangan dan penglibatan anda mampu meringankan beban Penduduk Palestin di GAZA.

Pas Buat ISLAM Macam Bola Dalam Isu Kalimah Allah

Posted: 18 Jan 2013 04:30 AM PST


Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?

Sengsara Buat Rakyat Tapi Kerajaan Selangor Cuba Tangguk Untung Politik

Posted: 18 Jan 2013 03:53 AM PST


Kerajaan Selangor digesa tidak terus bermain politik melampau dengan menjadikan rakyat mangsa dalam isu kemelut air di negeri ini sebaliknya serius untuk mencari jalan penyelasaian agar isu ini tidak berpanjangan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa berkata sejak awal krisis air ini berlaku kerajaan Selangor hanya tahu menuding jari menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedangkan faktanya jelas amaran tentang krisis ini telah dimaklumkan sejak beberapa tahun yang lalu.

"Jelas dan rakyat sedia maklum bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya masalah air yang dihadapi rakyat kerana kerajaan negeri sendiri menguasai Syabas dengan pegangan 30% saham dalam Syabas yang diwakili oleh anak syarikat mereka, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Kumpulan Perangsang.

"Tetapi apa yang kita kesalkan hari ini, pakatan pembangkang terutama Kerajaan Selangor hanya menjadikan isu sebagai peluang untuk memanipulasi fakta dengan menyatakan Syabas sebagai beg penumbuk," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambah beliau lagi kerajaan Selangor jelas  tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tetapi menjadikan rakyat bahan politik untuk agenda mereka menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

"Jika kita lihat hari ini, ramai ibu-ibu tua, ataupun orang-orang tua yang terpaksa turun naik membawa baldi semata-mata untuk mendapatkan air.

"Ini harus dilihat sebagai serius oleh kerajaan negeri kerana banyak janji-janji yang dijanjikan kepada rakyat, jadi jika janji keperluan asas ini pun tak mampu mereka tangani dengan baik, macam mana mereka nak tunaikan banyak lagi janji-janji mereka sebelum ini", katanya.

Justeru beliau menyeru agar rakyat terutama pengundi di negeri ini agar membakulsampahkan sahaja segala manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini kerana pakatan pembangkang sendiri menyatakan bahawa  manifesto itu bukan janji.  Kalau ia bukan janji maka nyatalah manifesto pembangkang hanyalah gula-gula pilihan raya semata-mata kerana akhirnya janji-janji itu akan hanya tinggal janji kosong", ujarnya.

oyabun

Posted: 18 Jan 2013 11:40 PM PST

oyabun


Tanah di Selangor : Tindakan kerajaan PKR kenakan premium tinggi tak bertanggungjawab!

Posted: 18 Jan 2013 06:16 AM PST



Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengenakan kadar premium tanah kediaman yang tinggi kepada rakyat di negeri itu disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Malah, bayaran RM1,000 yang dikenakan di bawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian (SPKP) sejak Jun lalu juga tidak menguntungkan rakyat apabila mereka tidak berhak sepenuhnya ke atas tanah berkenaan sekiranya keseluruhan premium tidak dibayar.

Sebelum ini, PKR telah menguar-uarkan membantu untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengenakan premium tanah yang rendah namun, semua itu hanyalah janji palsu. Kadar premium tanah yang ditetapkan oleh kerajaan PKR itu meliputi seluruh Selangor. Dua pilihan diberikan sama ada, membayar premium mengikut formula yang ditetapkan oleh kerajaan PKR atau bayaran RM1,000 menerusi SPKP.

Bagaimanapun, di bawah skim berkenaan, pemilik tidak boleh membuat pinjaman menerusi bank selagi tidak menjelaskan premium tanah manakala pindah milik tanah hanya boleh ditukarkan kepada warisnya!

Sebelum ini, kerajaan PKR Selangor telah memperkenalkan SPKP yang mula dilaksanakan awal Jun lalu bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel. Bagaimanapun, kita mendapati rakyat perlu menjelaskan bayaran premium yang tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah sebelum sah menjadi pemilik hartanah.

Ini berbeza dengan apa yang ditetapkan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih rendah, PKR ternyata lebih mementingkan keuntungan.

Sebagai contoh, premium untuk tempoh pegangan selama 60 tahun yang ditetapkan kerajaan BN hanya RM2,500 bagi keluasan tanah 464 meter persegi berbanding RM75,000 yang ditetapkan kerajaan PKR. Bagi tempoh pegangan 99 tahun pula premium yang ditetapkan BN sebanyak RM12,500 manakala PKR menetapkan sebanyak RM123,750!

Pembohongan yang dilakukan kerajaan PKR perlu didedahkan agar semua rakyat tidak terpedaya dengan taktik kotor mereka. Mereka dilihat beria-ia menyediakan pilihan kedua kepada rakyat dengan mengenakan bayaran RM1,000 tetapi tidak pula menjelaskan syarat-syarat yang terkandung.

Justeru, ramai rakyat tidak tahu mereka sebenarnya diperdaya dengan taktik pemilikan tanah melalui bayaran SPKP namun, hakikatnya mereka tidak berhak ke atas tanah tersebut! Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Jan 2013 11:39 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PKR TETAP DENGAN MEMBENARKAN KRISTIAN GUNA ALLAH #PAS #DAP #PKR

Posted: 18 Jan 2013 11:00 PM PST


Empat hari selepas Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan bukan Islam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan sebaliknya yang didakwa mewakili keputusan semua pimpinan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, kesepakatan berhubung isu itu diputuskan mesyuarat Majlis Presiden pakatan berkenaan yang diadakan 8 Januari lalu, sekali gus tidak timbul isu percanggahan kerana Majlis Syura PAS hanyalah satu organisasi dalam parti berkenaan, bukan menggambarkan keputusan pimpinan pakatan pembangkang.

Pendirian konsisten 
Azmin berkata, pendirian PKR dan pakatan pembangkang berhubung isu kalimah Allah adalah tuntas, konsisten dan tidak berubah, justeru dianggap sudah selesai.
Beliau juga mendakwa, pada mesyuarat 8 Januari itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan pendirian partinya bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tertentu.



"Sememangnya ia (pendirian PAS) tuntas dengan pendirian mereka pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Mesyuarat Majlis Syura PAS, Ahad lalu, memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Sayap tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, Ahad lalu, dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat.

Azmin berkata, pakatan pembangkang terikat dengan dasar bersama dan andai ditakdirkan mereka berjaya ke Putrajaya, sudah tentu dasar yang dilaksanakan ialah yang sudah dipersetujui.
Katanya, dasar berkaitan kalimah Allah jelas dan ditegaskan pucuk pimpinan PAS, sekali gus PKR akan berpegang pada pendirian yang dibuat secara kolektif dalam Majlis Presiden pakatan berkenaan

ANWAR, LIBERAL & ISRAEL : THE LINKAGE

Posted: 18 Jan 2013 07:18 PM PST



Garapan yang menarik ditulis oleh muhammad lutfi AIDC sila hayati dan dalami

Berbanding penyataan para politikus di Malaysia, nada DS Anwar Ibrahimlah yang paling 'lunak' apabila berkaitangan dengan isu-isu sensitif di Malaysia. Misalnya, dalam satu wawancara program TV di Australia, beliau menyatakan bahawa kita tidak berhak memaksa orang Islam daripada murtad. Ketika itu, isu murtad yang hangat diperkatakan ialah isu Lina Joy.

Kemudian, nada yang liberal juga pernah beliau utarakan apabila isu tentang lesbianisme dan homoseksualisme dibangkitkan. Malah, komennya adalah satu petanda jelas bahawa beliau menyokong hak homoseksualisme dan lesbianisme – satu penyataan yang bagi saya, sangat selari dengan kehendak dan dasar luar Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Obama sekarang ini.
Dan nada liberal beliau itu, nampaknya kini menjadi lebih hangat apabila beliau memberikan satu penyataan yang dibaca oleh ramai orang sebagai pro-Israel. Dalam konteks sejarah politikus beragama Islam di Malaysia, saya kira, beliau menjadi orang pertama yang memecah tembok dengan menjadi politikus pertama membuat sokongan terbuka kepada kewujudan Israel sebagai negara berdaulat. Oposisi politiknya, seperti Tun Mahathir, biarpun dikaitkan dengan pelbagai isu yang lebih bobrok, kelihatannya mempunyai pandangan yang konsisten dan tidak berubah, apabila menyentuh isu Israel.

Hal ini menimbulkan satu persoalan besar, khususnya kepada saya, dalam menimbang kembali posisi DS Anwar Ibrahim. Secara peribadi, sejak beliau membuat kenyataan yang agak 'transedental' dan berbau faham 'kesatuan agama-agama' dengan memetik dan mentafsir secara polos puisi Rumi di Sekolah Ekonomi London pada Mac 2010 – saya sangat kritikal dengan beliau.

Memang, ada pandangan yang menyatakan bahawa penyataan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim telah dimanipulasi. Misalnya, ada sumber yang menyatakan kenyataan Anwar itu dipetik sebahagian sahaja. Menurut sumber itu, DS Anwar Ibrahim menyokong Israel dengan syarat Israel membebaskan tanah Palestin. Isu inilah yang ingin saya kupas.

Jika sumber ini benar, dan berlakunya manipulasi terhadap penyataannya, apakah tindakan Anwar Ibrahim boleh diterima. Baiklah, mari kita fikirkan logika di sebalik penyataan ini. Harus disedari, Israel adalah sebuah negara haram, yang kewujudannya di dunia ini lahir akibat tindakan Inggeris. Para Yahudi dibawa secara beramai-ramai ke sana, dan sehingga kini, kawasan Israel sudah lebih besar dari tanah Palestin. Jadi, jika Israel membebaskan Palestin sekalipun, penyataan Anwar itu tidak boleh ditanggapi secara positif, akibat konteks negara Israel tersebut. Selain itu, jika Israel membebaskan Palestin, adakah Israel akan memberikan kembali hak dan tanah yang dijajah, yang kini dibangunkan bangunan dan kawasan tempat tinggal kepada rakyat Palestin?

Jelasnya, atas pertimbangan apapun, tindakan Anwar itu tidak boleh diterima, biarpun memang berlaku manipulasi oleh pihak tertentu. Jika memang benar Israel akan membebaskan Palestin, dan Anwar menyokongnya, bukankah yang disokong oleh Anwar itu masih sebuah negara haram?
Biar saya analogikan begini. Pada suatu hari, terdapat orang asing yang datang ke kampung saya dan tinggal di tanah saya dengan menggunakan kekerasan. Dari hari ke hari, orang asing itu mula menduduki tanah saya sedikit demi sedikit, sehingga tanah saya menjadi lebih kecil daripada tanahnya. Saya melawan dengan apa sahaja yang ada. Namun, puluhan tahun setelah perlawanan itu, akhirnya ada seorang lelaki yang datang dan memberi ucapan begini kepada orang asing yang merampas tanah saya:

"Saya akan menyokong anda jika anda membebaskan dan membiarkan mereka hidup di atas tanah mereka sendiri."

Jika anda jadi saya, apakah saya bersetuju, dan menerima hakikat bahawa tanah saya itu, ialah tanah orang asing itu?

Sendiri fikirlah.
Wallahualam.

NAMA ASAL ZAIRIL : CHRISTOPHER ROSS LIM

Posted: 18 Jan 2013 03:43 PM PST


Nama Sebenar
Tarikh Daftar 
Tarikh Pinda 
Nama Baru
Nama Ibu Sebenar
Nama Ayah
Sebenar
Negara Asal Lahir
Christopher Ross Lim

21.4.1997
23.6.1997
Zairil Khir Johari
Christine Lim @ Rose Christine Abdullah@Rose
Christine Khir Johari
Howard Lim
(Singapore)
Hawai, Amerika
Syarikat


Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku beliau anak Cina Totok, istilah Cina di Indonesia disebut Cina Totok!  Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP (setelah kesilapan Suruhanjaya Pilihanraya DAP).

Prosedur yang ada sekarang ialah, Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari!

Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnnya dia anak Melayu? 

Zairil mengundi di Bangkok Lane di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera!

Artikel selanjutnya, apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Nantikan artikel seterusnya...

Selamat berhari minggu.




Wajah Pengedar Bible Di Pulau Pinang Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS Sebagai Parti Islam?

Posted: 18 Jan 2013 06:30 AM PST



Seperti yg di janjikan admin semalam inilah gambar pengedar bible di hadapan sek men jelutong pulau pinang.adakah kita masih mahu menunggu lagi..jangan tunggu lagi ACT NOW! Jangan kita perjudikan masa depan anak cucu kita dan Agama Islam.

Sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=197203227091167&set=a.141264379351719.42629.139656542845836&type=1&ref=nf

*MyMassa harap lebih ramai lagi sedar mengenai ancaman Kristianisasi yang kali ini telah dilakukan secara terbuka.


Ustaz Fathul Bari Kahwin Lari? Blogger Pembangkang Lupa Macam Mana Rupanya Perkahwinan Anwar Ibrahim.

Posted: 18 Jan 2013 04:30 AM PST

MyMassa rasa video ni mungkin pembaca dah tengok kat blog lain yang terlebih dahulu mendedahkan perkara ini.


Cuma bila blogger pembangkang cuba serang ulama UMNO dengan isu KAHWIN LARI, MyMassa nak tanya mereka balik. Blogger pembangkang tahu tak macam mana Anwar dan Wan Azizah kahwin?



Daripada blogger pembangkang dok fitnah Ulama UMNO, lebih baik diorg tanya Anwar Ibrahim sendiri sama ada Pak Sheikh ni kahwin lari ke tak.

*Sekurang-kurangnya Ustaz Fathul Bari bukan macam Badrul Amin, bawak lari bini orang sampai kantoi khalwat.


PANAS! Tiket Rahsia Anwar Ibrahim Menuju Putrajaya Terbongkar.

Posted: 18 Jan 2013 02:30 AM PST

Inilah tiket rahsia Anwar Ibrahim untuk menuju ke Putrajaya.


MyMassa jumpa tiket ni kat FB.

Kalau PAS yang selalu laungkan MENUJU PUTRAJAYA pun boleh pakai tiket ni.



Tapi jangan lupa yang PAS juga yang nak gadai Putrajaya satu masa dulu.



*Sesiapa sahaja boleh menuju Putrajaya. Tiada sekatan atau halangan. Jadi kenapa itu pun nak jadi slogan pembangkang? Cuba la guna slogan yang lebih konsisten macam Menuju NEGARA ISLAM. Baru ok.

#LISTEN #LISTEN #LISTER PATRICK TEOH DAPAT LESEN HINA ISLAM?

Posted: 18 Jan 2013 12:44 AM PST



Sedang Malaysia digegarkan oleh isu kalimah Allah yang dibangkitkan Joseph Lim Guan Eng untuk Kristian Malaysia dibenarkan menggunakan "Allah" untuk merujuk tuhan mereka, tempoh hari Patrick Teoh terang terangan menghina Islam.

Sedarkah anda Patrick kini mendapat sokongan serta dorongan yang kuat dari Lim Guan Eng, dan Patrick sendiri acapkali hadir dalam acara-acara DAP seperti yang didedahkan Helen Ang

http://helenang.wordpress.com/2013/01/16/patrick-teoh-digalakkan-bertanding-dalam-pru-oleh-hannah-yeoh/

Persoalannya, mungkinkah ini satu permainan ataupun boleh dikatakan strategi DAP untuk menguji solidariti serta menjangkau keutuhan umat Islam di Malaysia? Mencucuk, mengacah, serta menghina Islam terang-terangan, dengan cara yang demikian pemikir-pemikir politik DAP mampu menjangka kekuatan sokongan umat Islam secara keseluruhannya.

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 18 Jan 2013 11:35 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


AMANAT : HASAN ALI YAKIN 'HADI SEDANG MENANGIS'

Posted: 18 Jan 2013 01:59 AM PST

Belantan

Posted: 18 Jan 2013 11:32 PM PST

Belantan


Demi satu undi politik, PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’?

Posted: 18 Jan 2013 09:59 PM PST



Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.

Nampaknya, 'bola' kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural

3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar. Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan. Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu. Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri. Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin.

Suara Politik
Belantan

Nasib Melayu dibumi Melayu, bumi dipijak tetapi milik orang!

Posted: 18 Jan 2013 04:10 PM PST

Orang Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.

Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.

Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.

Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.

Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.

Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.

'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.

Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.

Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu.

"Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.

"Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.

Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.

Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.

"DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara.

"Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.

Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

"Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.

"Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.

Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.

"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak.

"Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.

Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.

"Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.

"Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi.

"Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.

"Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.

Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).

"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.

Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri.

"Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.

"Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.









Suara Politik
Belantan

Kaum bukan Cina berdepan risiko terpinggir?

Posted: 18 Jan 2013 08:16 AM PST



Rakyat bukan berketurunan Cina di negara ini berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Disember lalu menunjukkan parti itu tidak memberi pertimbangan kepada kaum-kaum lain.

Sebaliknya, menurut beliau, hampir semua anggota CEC DAP terdiri daripada kaum Cina.

"DAP dikatakan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan Melayu, Cina dan India. Mereka kata akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman.

"Namun hakikatnya, apabila mereka berkuasa maka kemungkinan ini berlaku akan terjadi," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.


Yang turut hadir bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan penulis politik, Tan Sri Abdullah Ahmad sebagai moderator program berkenaan.

Berhubung masa depan orang Melayu sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr. Mahathir memberitahu, nasib mereka tidak akan menjadi lebih baik berbanding sekarang.

Jelas beliau, dalam senario itu, walaupun segelintir ahli Parlimen pembangkang berketurunan Melayu, mereka dikhuatiri tidak akan memberi pertimbangan kepada keperluan dan kepentingan kaum sendiri.

"Kita dapat lihat di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Menteri Besar pada masa itu, Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas terpaksa ikut telunjuk orang lain.

"Dia tahu nasibnya bergantung kepada undi. Kalau orang tak sokong dia takut, kerana itu dia ikut apa sahaja yang ditunjuk kepadanya," ujarnya.


Kata Dr. Mahathir, situasi sama akan berlaku sekiranya orang Melayu masih lagi tidak sedar dan terlalu mengikut perasaan.

Dalam sidang akhbar selepas program itu, ketika ditanya tentang siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing tanpa izin di Sabah berkaitan pemberian status kerakyatan kepada warga asing yang didakwa berlaku di bawah pentadbirannya dahulu, Dr. Mahathir menjelaskan, mereka berhak menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.

Katanya, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, beliau bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Suara Politik
Belantan

Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah - Matthew 14:33.?

Posted: 18 Jan 2013 05:05 AM PST



Saranan Lim Guan Eng (dia Kristiankah?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T yang semudah ini pun mereka boleh memberi pendapat yang salah?

Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan menjadi kalimah "Allah S.W.T."?

Mari penulis tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Penulis sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health - (John 3:16).

"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).

"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah" (Matthew 14:33).

Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakkan"?

Atau mereka ini sanggup menggadai kesucian agama demi kepentingan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam? Bertaubatlah dan mohon keampunan-Nya. Guan Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bible tidak akan menanggung apa-apa.

Sebaliknya, orang Islam di bawah pimpinan sesetengah ulama dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka. Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.

Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai anak? Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau "Lord".

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan kita.

Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Pas berjaya diperalat DAP dalam hal ehwal Melayu, Islam?

Posted: 18 Jan 2013 02:08 AM PST



Apa yang ketara sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan dan berjaya memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, pengaruh DAP dalam pakatan itu adalah jauh lebih besar daripada bilangan kerusi DUN dan Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 12.

Di Pulau Pinang, kuasa DAP adalah total dan anggapan bahawa Lim Guan Eng adalah 'tokong' di negeri itu merupakan satu ungkapan yang sungguh tepat.

Di Selangor, Exco dari DAP berpengaruh begitu kuat sehingga Menteri Besar dari PKR kelihatan seperti toothless (tak bergigi) dalam isu-isu tertentu, termasuk yang melibatkan hal ehwal Melayu dan Islam.

Malahan ia memaksa Pas mengorbankan pegawai kanan parti yang memegang jawatan Exco Kanan, atas desakan DAP.

Apa yang jelas selama hampir lima tahun DAP berdamping dengan PKR dan Pas, parti itu telah dapat mengenali kelemahan-kelemahan mereka.

Mereka tahu Pas khasnya sanggup berkompromi mengenai perjuangan untuk mewujudkan negara Islam asalkan Pakatan Rakyat berkuasa.

Mereka juga tahu Pas sedia berkompromi dalam hal-hal lain seperti pelaksanaan hukum hudud, dan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

DAP juga menggalak dan menyokong sepenuhnya PKR memeluk dan menyebarkan ideologi sekular, liberal dan pluralisme, walaupun kebelakangan ini ia sendiri menunjukkan kecenderungan mendokong agama Kristian.

Lebih dari segalanya kedua-dua DAP tahu PKR dan Pas kini terbelenggu dengan keghairahan untuk menakluk Putrajaya, tidak kira siapa yang menjadi 'pasangan tidur sebantal'.

Antara dua parti PR itu, Pas mengalami pergolakan yang lebih besar. Golongan sekular dalam parti itu yang mendapat inspirasi dari luar parti, kini mendominasi parti, sementara golongan ulamanya kini semacam terpinggir.

Pas juga dilanda krisis kepimpinan kerana ia telah begitu lama berpegang kepada ketaksuban kepada pemimpin tertentu dan tidak lagi mengamalkan mesyuwarah dan muzakarah seperti di zaman kegemilangannya.

Bahkan boleh dikatakan Pas telah mencapai satu peringkat spiritual dictatorship yang mengetepikan keagungan ilmu dan pandangan orang ramai.

Lebih menyedih dan membahayakan, strategi DAP mengeksploitasi kelemahan-kelemahan PKR dan Pas, telah menimbulkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.

DAP tentu merasa begitu berpuas hati mendengar fatwa kepimpinan Pas yang berulang kali menghalalkan parti itu sebagai sahabat Islam sementara UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Islam dalam BN.

DAP tentu juga tersenyum lebar dengan tindakan Pas 'mendoakan' kejatuhan UMNO dan BN yang merupakan tikaman runcing bambu yang sungguh memilukan ke atas perpaduan Melayu dan Islam.

Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam menyedari musibah besar yang berlaku ke atas perpaduan mereka angkara tindak-tanduk dan permainan politik DAP dan kuda-kuda tunggangan mereka, PKR dan Pas.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

Posted: 18 Jan 2013 11:27 PM PST

sekupangdua


POLIS SEBAGAI KHADAM, NAJIB RASUAH, FITNAH, KRONI, PEMBAZIR DANZALIM

Posted: 17 Jan 2013 11:40 PM PST


Mulut Jelabai Nizar ni tak serik-serik lagi, sesedap mulut jer dia nie nak hina dan caci, tal dapat nak salahkan kalau dah otak lutut yang dia pakai, tapi kena ingat dia jer ker yang boleh ngutuk orang sesuka bapak dia? kalau bercakap dengan lembu tak apa ini yang dibahasakan Orang yang bernyawa tu! kali nie sekupang nak bajasakan pada simeroyan nie...   

Tengok jer ler apa yang dia kata pada laman twitter malaun nie, nampak benor komunisnya dia, tak reti ker apa erti kemerdekaan dan orang yang dilembukan meroyan nie kata lebih hebat? Kenapa nak perlekehkan kemerdekaan yang kita kecapi yang kita perolehi aman sampai sekarang, dari miker hingga anak miker pun belajornya bantuan kerajaan. jangan miker samakan engineer Lift ni dengan politik yang macam lift turun dan naik. itupun ikut button yang kena tekan.

Apa ke tenggingnya miker nie, yang menuntut kemerdekaan nie semuanya sanggup gadaikan nyawa demi kemerdekaan generasi terutama anak bangsa, pertahankan Islam (cer tengok pekara 3 perlembagaan! jgn ler rujuk buku lucah jingga) dan sampai hari nie yang miker rasa nikmatnya keamanan, yang miker lembukan tu miker nak kata lebih baik dari ERTI KEMERDEKAAN?  cer periksa lutut miker tu dan semak kamus otak posisinya dimana?

Yang ditunjukan jantan betina, yang tak menutup aurat, yang salah perilaku, rosak akidah, sembahyang berlain kiblat dalam satu tempat miker nak kata hebat dari kemerdekaan? ishhh kalau miker hidup zaman tu pun, pakat tak harapler berani duduk kat stadium merdeka tu, apalagi kalau nak berperang dengan komunis kawan baik miker tu, mau terkencing kot! berapa kali miker angkat senapang dan tembak komunis yang membunuh rakyat malaysia? memang miker cukup menghina pejuang yang memerdeka kan negara dengan sanggup korban kan nyawa dema sendiri


Nie satu lagi yang miker nak kata Ds Najib rasuah, zalim, fitnah, dan lain-lain, amboi sedap mulut miker jer macam celabai ngutuk orang, Dah ler dengan Sultan Perak miker menderhaka. Sultan Johor Miker caci, Komunis miker kata hero dan paling getek orang perak kat miker sampai sanggup pegi jumpa orang jepun kat sini demi nak memburukan negara, ater berapa duit yang miker peronah sedekah kat persatuan perajurit atau mangsa perang? tak kan sebab dema miker sedekah pulak marah benor tak tunjuk dalam paper atau TV?

Usah nak fitnah orang, setakat nuduh orang nie dah memang pekara Haram Jadah dalam ceramah korang, elok ler tu samapi penyokong miker sendiri meninggal dunia pun miker buat tak kisah, yang penting maki hamun dan caci yang diutamakan, tu sebab Allah tunjukan kejadian macam nie ( KLIK)  kalau dah bebal nie memang payah nak putihkan hatinya

Jangan sibuk pasai orang, pasai miker tu yang belum selesai, elok ler jelaskan pada rakyat pasai tanah PAS 10,526 ekar yang boleh buat banglo 80,000 untuk rakyat, jawab dulu nasib PAS yang usahakan tanah bila diserahkan kat orang lain, apa lebihnya sedara miker tu sampai tanah sebesor Putrajaya boleh lepas ketangan sepupu miker? dema udah bersunat ker?  Mungkin uri dema tanam disitu ker? 


Ni satu lagi... Miker sesedap mulut kata POLIS nie khadam? yang miker tak sedor bapak segala khadam tu miker ler pada Bapa 13 mei miker?  Miker ingat orang dah lupa apa yang miker buat tambah menghina POLIS sebelum nie? Bersimh dah membuktikan bila salah satu tuntutan ialah hapuskan Undi POS? tak belajor atau pun memang miker jenis bengap, undi pos tu ler undi diantara undi tentera, polis dan sebagainya, miker nafikan hak dema mengundi, miker jer ker rakyat negara nie? dema bukan? 

itu pun dah baik ler dema tu tak belasah orang macam miker, kalau teman ler yang dinafikan hak mengundi sebaliknya bertugas mengawai komer, tok sah cakap ler... dah ler sebelum nie miker hina angkatan tentera laut lumut (KLIK) , hari nie boleh miker gelor dema khadam pulak! memang meroyan miker makin kuat elok ler tetemaih miker ni tang dahi, makan ubat yop, meroyan miker ni makin kuat, dema udah getek benor dengan miker.

Teman cabor miker, kali nie bertanding lagi di Pasir Panjang, pakat tau ler langit tinggi rendah, miker ingat miker banyak penyokong, tunggu ler pakat terlingkup ler miker nanti, hehehe tapi rasanya tentu dah miker cabut cari tempat lain... biasaler yang selalu mulut celabai nie bukan nyimpan telor... amik ko!!!

The Unspinners

Posted: 18 Jan 2013 11:14 PM PST

The Unspinners


Macam Anwar, Lajim hanya nak jadi KM Sabah

Posted: 18 Jan 2013 11:00 PM PST

Bible Melayu disebar ke sekolah di Penang!

Posted: 18 Jan 2013 07:00 PM PST

Proud of Najib

Posted: 18 Jan 2013 05:00 PM PST

Tun M gempur Permatang Pauh esok!

Posted: 18 Jan 2013 04:30 AM PST

Hari 32 Hadi: Politik Hadi merudum ... baik minta maaf

Posted: 18 Jan 2013 01:29 AM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 18 Jan 2013 11:08 PM PST

Panglima Perang Cyber


Wan Ji Tuduh Sultan Selangor Seleweng Islam - Satu Lagi Cubaan Hina Sultan !!!

Posted: 18 Jan 2013 10:00 PM PST

  1. Anda lihat dan nilai sendiri kebiadapan penganut Anwarinas tegar ini. Malah terdapat 2 panelis yang bertaraf USTAZ iaitu Imam Muda Asyraf dan Wan Ji. Antara kehebatan Wan Ji-


    Video penuh telah kami perolehi,dan akan didedahkan jika penafian dibuat oleh pihak berkaitan. Cuma jika dedah semua takut ada ahli panel tak leh cari makan! Cuma jangan kata konspirasi UMNO,Ciptaan UMNO atau semua kerja UMNO keran kenyataan ini dikeluarkan dalam keadaan sedar dengan niat bela Izzah dan malikan UMNO! Wallahualam..

baca lagi

http://www.kerismalaya.com/2013/01/sesat-adun-kajang-murtadkan-umno-cina.html?m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

Lagi Kisah Bawani di UUM Dikata Agen Parti Sokong Komunis

Posted: 18 Jan 2013 04:53 AM PST

Bawani: Satu Lagi Agen PR Terkantoi


Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi.
Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang.
Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal.
Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Tidak mengapa, itu hak Bawani.
Namun, rakyat sering memandang sinis terhadap PSM kerana PSM adalah dari Parti Komunis Malaya (PKM). Apabila pihak komunis mula berundur, PKM mula beroperasi melalui parti-parti politik, terutamanya, DAP, dimana rakyat dapat lihat pendirian mereka terhadap Hak Melayu, Institusi Diraja, Islam sebagai agama rasmi, dan sebagainya.
Pada 13 Mei 1969, puak komunis ini telah membuat serangan terhadap musuh mereka - kaum Melayu, kerajaan dan islam. Namun, tindakan mereka gagal. Kegagalan mereka telah membawa kepada pecahan parti tersebut kepada beberapa tempat seperti Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan kesatuan pekerja.
Kemudian, pecahan-pecahan ini disatukan semula dan dikenali sebagai Parti Sosialis Malaysia. Bagaimanapun, pendaftaran parti ini tidak dibenarkan pada tahun 1998 oleh kerana kaitan mereka dengan komunisme. Jadi, mereka bertanding di bawah DAP bagi pilihanraya 1999, dan di bawah PKR pada pilihanraya 2004. Berjaya mengambil kesempatan akibat daripada kepimpinan yang lemah pada masa itu, PSM akhirnya berjaya bertanding secara rasmi di bawah nama parti itu sendiri pada tahun 2008.
Jadi, itulah Bawani. Segala apa yang dipersoalkan tentang Cuba, Argentina, Denmark, Finland, Sri Lanka dan Turki tentang pendidikan percuma hanyalah salah satu cara untuk memburuk-burukkan Malaysia. Kerana jika Bawani benar-benar tahu akan keadaan sebenar di negara-negara tersebut di mana rakyat terpaksa dikenakan cukai yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan percuma, dia tidak akan menimbulkan isu tersebut.
Motif Bawani? Prejudis, Publisiti, Kebencian dan Kuasa. Mudah.
Dengan sikap prejudis dan kebencian yang membuak-buak, mungkin Bawani terlepas pandang akan hak eksklusif yang dapat dinikmati oleh kaumnya di negara ini, atau hak untuk berkongsi kuasa di kabinet, atau peluang untuk menguasai ekonomi lebih daripada kaum Melayu sendiri, dan juga cuti awam khas bagi perayaan agamanya, segalanya di Malaysia.

MyMassa | RCI KENA SIASAT SIAPA DALANG BAWA PENDATANG PELAMPAU KRISTIAN PAPUA NEW GUINEA, TORAJA & SOLOMON KE SABAH

Posted: 18 Jan 2013 01:47 AM PST

CI - SIASAT SIAPA DALANG BAWA PENDATANG PAPUA NEW GUINEA, TORAJA & SOLOMON KE SABAH


WAJAH ORANG-ORANG DARI KEPULAUAN SOLOMON SEMAKIN RAMAI DI SABAH

Ramai di kalangan kita hanya kenal Keningau kerana Ribut Greg yang menghancurkan bukan sahaja harta benda tetapi beribu-ribu nyawa. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Pelampau-Pelampau Kristian yang dinaungi oleh Institute Devolopment For Sabah (IDS) yang diketuai Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika itu dengan dibantu oleh NGO-NGO Yahudi seperti NDI dan KF di German telah membawa masuk orang-orang Kristian di Keningau khususnya.

Di sebuah petempatan ulu, berdekatan kawasan Ribut Greg di Keningau, mereka ketika itu turut dibantu oleh Gereja-Gereja di Sabah yang kebetulannya kerajaannya juga diketuai oleh seorang Kristian, telah membawa masuk orang-orang Timor (dipanggil Om) dari Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Orang-Orang Toraja dari Sulawesi Utara yang beragama Kristian dengan tujuan untuk menjadikan negeri Sabah negeri Kristian dan agama Kristian menjadi agama Rasmi negeri Sabah.


baca lagi di

http://mymassa.blogspot.com/2013/01/rci-siasat-siapa-dalang-bawa-pendatang.html?m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 18 Jan 2013 11:07 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Anwar Menangis Baca Kenyataan Ini...

Posted: 18 Jan 2013 06:00 PM PST


Berbulu je anwar bila himpunan kl 112 jadi tak ubah macam ceramah perdana, anwar lebih berbulu bila pihak polis tak buat roadblock pada hari itu...

Plan nak buat provokasi terhadap polis tak menjadi, plan nak huru-harakan kuala lumpur tak jadi, plan nak tumbuk polis tak jadi...

Tahniah PDRM... anda memang cool...

Terbaik Dari Tun Mahathir...

Posted: 18 Jan 2013 12:30 AM PST


Antara jawapan tun m ketika di gasak oleh wartawan mengenai isu pemberian kerakyatan di sabah (RCI) yang di mainkan oleh oleh pembangkang terutama DAP.

" Zaman Tunku dulu sejuta warga asing diberi taraf kewarganegaraan di Semenanjung, kenapa itu boleh ? "

Beranikah kit siang, tony pua, karpal dan lain-lain pemimpin pembangkang yang mana datuk, nenek, mak atau bapak mereka dulu dapat kerakyatan di zaman tunku abdul rahman menyanggah apa yang tun m cakap tu...???

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 18 Jan 2013 09:34 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Ustaz Kazim Nak Boh Penyepak Kat Ngeh Koo Ham

Posted: 18 Jan 2013 06:30 PM PST

Kalimah Allah : Orang PAS Kena Dengar Video Ustaz Kazim Ini

Posted: 18 Jan 2013 03:00 PM PST

Dua Lelaki Ini Dicari Kerana Mengedar Bible Di Pulau Pinang

Posted: 18 Jan 2013 09:46 AM PST


Dua lelaki ini sedang mengedar bible kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang pada 17-1-2013 jam 12.30 tengah hari. Apakah sudah ada gerakan terancang di Pulau Pinang untuk  mengedarkan bible kepada orang Melayu?  Jika benar ada gerakan sebegini, ianya perlu dicegah dengan peruntukan undang undang yang sedia ada. Hormatilah Perlembagaan Persekutuan dan jangan rosakkan perpaduan yang sedia utuh di negara ini dengan tindakan tindakan sebegini. 

Dato Seri @NajibRazak Beri Signal PRU13 Sudah Makin Hampir

Posted: 18 Jan 2013 04:00 AM PST

Video Hasan Ali Tempelak Hadi Awang

Posted: 18 Jan 2013 01:29 AM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 18 Jan 2013 09:24 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BORANG KAJI SELIDIK KRISTIAN PULAU PINANG DIDEDAHKAN.

Posted: 18 Jan 2013 11:21 AM PST

PATRICK TEOH MAKAHAI ...

Posted: 18 Jan 2013 08:08 AM PST

FITNAH MELAMPAU ! USTAZ FATHUL BARI BERZINA DENGAN WANITA KAFIR, KATA BLOGER PAKATAN !

Posted: 18 Jan 2013 06:41 AM PST

r b f

Posted: 18 Jan 2013 07:08 PM PST

r b f


RCI: Tiba-Tiba Azmin Ali Panas Punggung...

Posted: 17 Jan 2013 07:09 PM PST


Sekarang sedang berlangsung siasatan Suruhanjaya Di Raja bagi isu pendatang asing di Sabah. Seperti yang kita semua sedia maklum, beberapa hari kebelakangan ini keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi banyak yang terkena kepada pihak kerajaan BN.

Apa lagi ???

Bersorak-sarailah juak-juak pembangkang menghentam BN dan Umno....

Tup....tup....tiba-tiba sahaja semalam si lelaki jamban PKR, Azmin Ali bersuara menyatakan ada percubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dalam penyiasatan yang sedang berlangsung.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.


"Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Pelik kan ???

Tiba-tiba Azmin mula terasa panas bontot.....

Kenapa hah ?

Hanya dia dan Anwar yang tahu kenapa mereka gelabah.....

Sebelum nama Anwar Ibrahim dan namanya keluar adalah lebih baik dia beritahu awal-awal bahawa nama Anwar akan dikaitkan. Bila keluar nama mereka nanti, maka cepat-cepatlah dijawab itu semua fitnah....fitnah....fitnah....

Min....kalau tak makan cili jangan bimbang  pedasnya tidak akan terasa.....

Anda juga boleh membacanya di sini

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 18 Jan 2013 03:55 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ANWAR ARAH AZMIN SELESAIKAN ISU KALIMAH ALLAH...

Posted: 18 Jan 2013 07:16 AM PST

Jika berdasarkan isu mutakhir, nampak jelas pakatan pembangkang tidak mungkin menang dan mengambilalih Putrajaya. 

Terlalu banyak isu-isu yang melingkari pembangkang yang memberikan tendangan penalti kepada BN.

2 keputusan bertentangan yang dibuat oleh PAS dalam menangani isu yang sama sangat mengaibkan, bukan saja PAS, malah turut mengaibkan umat dan kesucian agama Islam seluruhnya.

Tidak pernah kita sangka PAS yang dipimpin oleh para ulamak boleh tersilap langkah dalam soal asas yang hanya melibatkan "nama khas kepada tuhan Muhammad saw".

Bagaimana PAS mahu diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah kerajaan di dalam negara yang bersifat majmuk kepercayaan dan etniknya, jika dalam isu nama Allah pun mereka sudah "menduakan" fatwa. Ada kemungkinan tindakan PAS ini juga boleh jatuh kepada "menduakan tuhan". Nauzubillah.

Adakah 2 keputusan yang dibuat oleh PAS ini ada niat atau maksud tersirat yang selain dari niat kerana Allah? 

Jika bukan kerana Allah, pastilah keputusan ini dibuat untuk kepentingan politik.

Fatwa Presiden Hadi bertujuan untuk memancing undi pengundi bukan Islam, manakala fatwa yang dikeluarkan oleh majlis syura pula adalah bertujuan untuk memastikan pengundi Islam tidak lari dari PAS.

Itu sebab Presiden Hadi tak buat sidang akhbar selepas mengumumkan fatwa nama Allah boleh dikongsi oleh agama lain. Nik Aziz dan Harun Din yang memimpin Majlis Syura PAS pun lari ikut pintu belakang dan hanya meninggalkan kenyataan akhbar yang melarang nama Allah dikongsi oleh agama lain.

Ke dua-dua pihak pimpinan tertinggi PAS tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas 2 fatwa berbeza yang mereka sendiri buat. 

Amat ketara sekali, soal "ikhlas, jujur atau niat berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana agama Allah" bukanlah perhitungan utama mereka. Perhitungan mereka hanyalah, bagaimana mereka boleh mengaut undi tambahan dari bukan Islam dan pada masa yang sama mereka tidak mahu pengundi Islam hilang kepercayaan terhadap mereka.

Tindakan PAS mengeluarkan 2 fatwa yang berbeza dalam menangani permasalahan yang sama ini adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi dari Presiden Hadi dan seluruh kepimpinan PAS supaya menyuruh umat Islam dan para pengikutnya berpegang kepada Fatwa larangan berkongsi nama Allah yang diputuskan oleh syura PAS. Tiada juga pengumuman rasmi dari Presiden Hadi untuk menarik kembali fatwa membenarkan perkongsian nama Allah yang dibuat sebelumnya.

Tidak tergambar bagaimana besarnya dosa para ulamak ini kepada Allah dan rasul yang telah mewariskan amanah menjaga agama ini kepada mereka apabila mereka terus membiarkan umat Islam di Malaysia berada di dalam kekeliruan di antara kebenaran dan kebatilan. 

Tidak tergambar juga betapa besarnya "dosa terbitan terkumpul" yang bakal ditanggung oleh ulamak PAS hasil dari dosa-dosa yang dilakukan oleh umat Islam yang berpecah dan bermusuh di antara sesama mereka akibat dari fatwa-fatwa menyesatkan yang dikeluarkan oleh ulamak PAS.

SEKALI LAGI TUN M HINA ALMARHUM TUNKU!!!

Posted: 17 Jan 2013 04:49 PM PST

Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

"Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

"Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.

ULASAN LANJUT jurublog...

Jika ada sesiapa kalangan pembangkang yang asyik main isu Kad Pengenalan Sabah yang boleh jawab hujah Tun M ini, dipersilakan dengan segala hormatnya....

Jawaban Tun M ini elok ditujukan khas kepada bekas-bekas pendatang asing dan keturunannya yang telah mendapat status warganegara secara "enblock" hasil dari apa yang dikatakan "ketidakadilan" Tunku Abd Rahman seperti yang disebut oleh Tun M.

Anak cucu cicit bekas pendatang asing inilah yang "paling tidak suka" dan "tidak bersetuju" dengan program "ala Tunku Abd Rahman" yang telah diulangi oleh kerajaan Mahathir, khas untuk rakyat Selatan Filipina dan Indonesia yang bermastautin di Sabah sejak puluhan tahun sebelumnya.

Tun M memberi taraf kerakyatan kepada bangsa yang serumpun, se agama dan se budaya dengan rakyat negara ini, tapi Tunku Abd Rahman memberi kerakyatan kepada bangsa asing yang langsung tiada kena mengena dengan rakyat Tanah Melayu.

Tunku Abd Rahman telah memberi kerakyatan kepada bangsa asing ini hingga pada satu masa warganegara baru ini hampir menyamai jumlah penduduk asal Tanah Melayu. Tun M hanya memberi setakat seratus ribu kerakyatan kepada pemastautin Sabah.

Tunku Abd Rahman memberi kerakyatan kepada bangsa asing walaupun bangsa asing ini hanya datang ke Tanah Melayu se hari sebelum merdeka. Tun M hanya memberi kerakyatan kepada bangsa asing yang sudah berpuluh tahun bermastautin di Sabah.

Kenapa tidak tuduh Tunku Abd Rahman beri sejuta kerakyatan kepada bangsa asing kerana mahukan undi mereka? Kenapa tuduh Tun M beri kerakyatan hanya bertujuan untuk dapat undi? 

Bagaimana pula mereka yang diberi kerakyatan oleh Tun M ini dikatakan pastimengundi BN, sedangkan sejuta orang yang diberi kerakyatan oleh Tunku sebelum ini majoritinya bertindak mengundi pembangkang? 

Bukan saja mengundi pembangkang, malah mereka juga turut memimpin gerakan parti pembangkang dan diberi peluang bergiat di atas nama demokrasi. Malah, jika rakyat menyokong, mereka boleh menjadi kerajaan menggantikan parti Tunku Abd Rahman yang telah memberikan "kerakyatan overnight" kepada mereka. 

Ada anak bekas pendatang asing di Sabah ini turut berpeluang bertanding di Semenanjung atas tiket pembangkang. Antaranya Ustad Badrul Amin kaunselor.