Isnin, 9 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


BULETIN RAKYAT

Posted: 08 Dec 2013 11:24 AM PST

BULETIN RAKYAT


INISIATIF SAMM DIPUJI DGN SAVE4KUANTAN

Posted: 08 Dec 2013 02:07 AM PST

Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan Berjaya
Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di Kuantan, dengan melancarkan misi bantuan kemanusiaan.
samm1Sebuah lori tiga tan telah dihantar ke Kuantan dengan muatan penuh barangan bantuan berupa makanan dalam tin, air mineral, lampin pakai buang, pakaian terpakai, selimut dan pelbagai keperluan lain.
Berikut adalah kronologi Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan;
6 petang – 8 malam : Barang barang sumbangan mulai sampai di lokasi pengumpulan di Cheras Baru diuruskan oleh Penyelaras Save4Kuantan, Puan Ilyana Rosli. Orang ramai yang mengetahui misi bantuan ini datang menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk. Penderma tergolong daripada orang awam, sektor korperat dan juga artis seni tanahair.
8.30 malam : Hasil sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Cheras Baru dan dimuat-naik ke dalam lori 3 tan. Beberapa pihak lagi minta supaya perjalanan misi bantuan dilewatkan kerana ingin menambah keperluan, namun Pihak Save4Kuantan terpaksa meneruskan perjalanan.
samm29.30 malam : Lori 3 tan sampai di satu lagi tempat pengumpulan bantuan iaitu sebelum masuk ke tol Gombak (karak). Barangan dimuat-naik dan perjalanan diteruskan.
11.30 malam : Misi bantuan melepasi Bentong, sebuah lagi pasukan yang terdiri daripada SAMM Pahang yang diketuai oleh Amirul Syazwan sudah sedia menunggu di lokasi selamat Kuantan.
samm32 pagi : Pasukan Misi Bantuan Save4Kuantan tiba di sebuah lokasi selamat di Sg Isap. Pasukan polis dan bomba sudah bersedia. Difahamkan, pihak polis telah mendapat tahu mengenai misi bantuan yang dikelola oleh SAMM ini lantas menghantar pasukan dan turut membawa pihak bomba.
2.30 pagi : Barangan bantuan perlu dialihkan dari lori 3 tan ke lori bomba kerana lori 3 tan tidak akan mampu mengharungi paras air banjir yang menghalang bantuan masuk ke pusat pemindahan mangsa banjir.
4.00 pagi : Barangan bantuan tiba di kawasan sasaran, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Taman Murni Sg Isap, antara kawasan yang paling teruk ditimpa bencana banjir. Paras air di kawasan tersebut menghampiri 4 kaki.
samm45.00 pagi : Misi selesai apabila barangan diagih mengikut keperluan. Pasukan Save4Kuantan memulakan perjalanan pulang dan pasukan SAMM Pahang bersurai.
Misi penghantaran ini juga merupakan trip kedua dan iAllah akan menyusul trip ketiga di atas inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, sila hubungi 012-6937908 dan untuk sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada nombor di atas).
Selepas ini, misi bantuan juga akan menghala ke kawasan lain. SAMM Kemaman dan SAMM Johor juga sudah bersedia menanti bantuan yang bakal tiba.
SAMM mengucapkan berbesar penghargaan kepada semua penyumbang. SAMM juga sedang merangka misi pasca-banjir bagi menyampaikan bantuan membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami air. Kepada mereka yang ingin menyumbangkan 'pressure-pump' Water Jet adalah amat dialu-alukan.
Sekian,
Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan Save4Kuantan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UCAPAN TERIMAKASIH KPD SEMUA ADUN, EXCO SELANGOR, TAK LUPA PANTAS SELANGOR !!

Posted: 08 Dec 2013 01:31 AM PST


Semua kawasan perlu wujud Rukun Tetangga bagi atasi isu jenayah....

Posted: 07 Dec 2013 11:44 PM PST

shah_alam_mp_khalid_samad









KLANG 8 DIS : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau persatuan penduduk perlu diwujudkan di setiap kawasan untuk menyaksikan keberadaan mereka dalam masyarakat dihormati, sekali gus menjadi rujukan dalam usaha mengekang isu jenayah dan setempat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi membuang tanggapan negatif berhubung tugas dan fungsi KRT itu.
Katanya, KRT diwujudkan supaya menjadi agensi saluran kepada penduduk untuk membawa sebarang masalah atau isu berbangkit.

"Ramai orang anggap, tugas utama KRT membuat rondaan waktu malam. Tetapi penduduk perlu tahu fungsi sebenar KRT yang sebenarnya lebih besar berbanding menjalankan rondaan.
"KRT juga perlu agresif menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis dalam usaha membantu mengekang isu jenayah," katanya pada Majlis Mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Jiran di Taman Summit, di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Yusof dan beberapa pegawai polis dari balai polis Klang.
Khalid berkata, beliau berharap lebih ramai penduduk dan generasi muda menyertai KRT di taman perumahan masing-masing supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan.
"Peruntukan untuk KRT ada daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan kerajaan pusat. Jadi ia boleh digunakan dengan cara yang betul.
"Kekuatan perlu diketengahkan pemimpin KRT dan ia sangat penting kerana setiap aktiviti yang diadakan bertujuan meningkatkan semangat muhibah antara mereka," katanya.

MANGSA BANJIR 40,819 DI 149 PUSAT PERPINDAHAN BANJIR

Posted: 07 Dec 2013 08:57 PM PST

Mangsa banjir di Pahang lebih 40,000 orang


KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan