Selasa, 31 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 30 Dec 2013 09:40 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Himpunan TURUN: Pemuda PAS Sabah Sedia TURUN

Posted: 30 Dec 2013 03:09 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia berhubung satu himpunan aman Gerakan Turun Kos Sara Hidup Rakyat atau singkatannya TURUN yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

Apa yang menarik, kebimbangan beberapa kelompok tertentu yang mengaitkan himpunan tersebut sebagai cubaan untuk 'menggulingkan kerajaan' adalah bersifat daif dan dangkal yang boleh diibaratkan seperti 'bodoh sombong'. Apa yang jelas, taraf hidup rakyat semakin hari semakin meningkat. Ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang dan keperluan termasuk barangan keperluan harian, elektrik, dan sebagainya.

Inilah salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan pemimpin ke atas rakyat. Dalam pada negara mengalami ketirisan perbelanjaan yang besar, mereka bermewah dengan penganjuran dan aktiviti yang membazir. Akibatnya, rakyat sama ada yang berpendapatan tinggi mahupun rendah diperah semahu-mahunya untuk mengembalikan keseimbangan ekonomi negara. Rakyat dinafikan peluang untuk menikmati kehidupan yang selesa dan makmur, rakyat disogok dengan alasan pelbagai cara termasuklah kononnya hendak men'transformasi'kan kualiti perkhidmatan.

Adalah disini, sebagai cabang dalam Parti Islam Se-Malaysia yang mendokong aspirasi Negara Berkebajikan dan Keadilan Untuk Semua, maka Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melaungkan nada yang sama dengan perjuangan rakyat dan anak muda dalam himpunan TURUN.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut dimaklumkan bahawa Himpunan TURUN juga bakal diadakan di Sabah dan mengarahkan seluruh ahli pemuda sama ada di peringkat kawasan dan cawangan di seluruh Sabah untuk turun beramai-ramai di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu dan memakai pakaian hitam.

Perlu ditegaskan, himpunan ini bukan dirancang untuk menggulingkan kerajaan dan kita juga tidak ada masa untuk tujuan tersebut. Himpunan ini bagi menunjukkan solidariti PAS terhadap rakyat Sabah yang sememangnya sudah lama sengsara akibat dasar dan perintah yang menzalimi.

Kebebasan berhimpun adalah hak yang diperuntukkan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebagai rakyat yang menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan kami percaya ruang ini harus digunakan sepenuhnya bagi mempertegaskan suara penentangan terhadap kenaikan harga barang yang menindas penghidupan rakyat negara tercinta ini.


Oleh:
LAHIRUL LATIGU
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Dec 2013 07:27 PM PST

PAS Kawasan Miri


Banjir Kilat Teruk Berlaku Di Sekitar Pekan Niah

Posted: 30 Dec 2013 01:28 AM PST

Sistem Peparitan Tidak Sempurna Antara Punca  Banjir Kilat

SIBUTI - Hujan lebat yang berterusan menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan rendah di sekitar Pekan Niah. Air naik dari sungai berdekatan menyebabkan sistem perparitan tersumbat sebelum air melimpah ke hampir semua jalan utama ke pekan Niah.

Kesesakan teruk berlaku sepanjang laluan utama di sekitar kawasan Institut Memandu Batu Niah akibat banjir kilat. Begitu juga jalan masuk ke Masjid Al-Jabbar Niah terkena banjir kilat menyebabkan penduduk Muslim sukar untuk mengerjakan solat sekiranya air banjir terus melimpah di kawasan masjid tersebut.

Antara kawasan-kawasan lain yang berhadapan dengan banjir kilat di Niah dan Bekenu adalah kawasan Saeh yang melibatkan beberapa buah rumah panjang dan kampung Kelulit dan beberapa kampung di tebing Sungai Sibuti.

Jalan masuk terputus di beberapa rumah panjang di Niah akibat limpahan dari air sungai naik dan jalan masuk ke Rh Ngindang dan kawasan sekitarnya juga terputus hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. Masalah banjir kilat menyebabkan jalan terputus dan  menyekat penduduk dari rumah-rumah panjang tersebut untuk keluar mendapatkan bekalan harian khasnya makanan dari pekan Niah dan Sepupok. Sebahagian besar penduduk di beberapa buah rumah panjang berkenaan tidak mempunyai perahu kerana sudah bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan jalan darat.

Kita mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera memberi bantuan yang sewajarnya kepada penduduk yang terlibat kena banjir.

Antara punca banjir kilat ialah air sungai pasang tinggi tidak dapat mengalir terus ke laut apabila bertembung dengan air hujan lebat. Ini akan mengakibatkan banjir berlaku khususnya di kawasan rendah berhampiran laut.  Pembangunan pesat tidak terkawal dengan baik, Infrastruktur saliran tidak mencukupi, pembinaan yang menghalang aliran sungai seperti pembinaan jalan tidak mengikut speksifikasi. Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur, penyenggaraan sistem perparitan yang tidak sempurna adalah antara punca kejadian banjir kilat berlaku.

Antara cadangan yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan untuk mengatasi banjir kilat berulang ialah dengan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian banjir serta merancang langkah-langkah yang paling berkesan untuk mengatasinya. Mengendalikan program kesedaran awam seperti kempen-kempen kebersihan dan jangan membuang sampah merata tempat terutama ke dalam parit dan sungai. Membina parit yang lebih sempurna agar ianya memudahkan air hujan mengalir ke luar sungai dengan mudah dan lancar.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah banjir kilat dengan segera sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Improper Drainage System among Causes of Flash Flooding

SIBUTI - Continuous heavy rains causing flash floods occur in some low-lying areas around the town of Niah. Water rises from the nearby river causing clogging of the drainage system before the water overflows into almost all the main roads into Niah town.

Congestion occurs along the main routes in the vicinity of The Driving Institute Batu Niah due to flash floods.  Similarly, the entrance to the Masjid Al-Jabbar Niah affected by flash floods causing the Muslim population difficult to pray when flood waters continue to overflow in the area of the mosque.

Among other areas that faced with flash floods in Niah and Bekenu is Saeh area that involves several longhouses and Kelulit village and several villages at the Sibuti River banks.
Access road cut off at some longhouses in Niah due to overflow of river water rises and the entrance to the Rh Ngindang and its surrounding area also cut off only passable by heavy vehicles. Flash floods causing the road cut off and restricting the population of the long houses to get out daily supplies especially the food from the Niah town and Sepupok. Most of the populations in several longhouses do not have a boat because it is entirely dependent on road transport.
We urge the government and those concerned immediately provide assistance to the affected population due to flooding.
Among the causes of flash floods is high tide water cannot flow directly into the sea when collides with heavy rainfall. This will result flooding occurs, especially at low-lying areas near the sea. The uncontrolled of rapid development, inadequate drainage infrastructure, and the construction that prevents the flow of the river such as the road construction is not in accordance with specifications. Garbage disposal irregular, maintenance of inadequate drainage system is the causes of the flash floods occur.
Among the recommendations should be considered by the government to overcome the recurring floods by conducting a detailed study to identify the causes flood and planning the steps the most effective way to overcome it. Public awareness programs such as cleanliness campaigns and do not throw trash all over the place especially in drains and rivers. Build a better drainage so that it facilitates the flow of rain water out of the river easily and smoothly.
Cooperation with the parties concerned to overcome flash floods immediately is highly appreciated.



Rembau Hari Ini

Posted: 30 Dec 2013 07:08 PM PST

Rembau Hari Ini


Batu nisan tercabut, bersepah

Posted: 29 Dec 2013 08:26 PM PST


30 Disember 2013

SEREMBAN - Bukan saja terbiar dengan rumput yang semakin panjang, malah ada antara batu nisan telah tercabut serta bersepah.

Itulah permandangan yang dapat dilihat di kawasan perkuburan Islam Kampung Baru Paroi, dekat sini yang didakwa semakin terbiar.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kawasan kubur di kampung berkenaan yang dilihat seakan-akan tidak terurus.

"Selain itu, di sekeliling kawasan perkuburan ini juga kelihatan tidak terurus dengan daun-daun kering yang terbiar dan rumput pula semakin panjang," katanya.

Berikutan itu, beliau meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk mencari jalan  memelihara semula kawasan perkuburan terbabit.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 30 Dec 2013 11:36 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Posted: 30 Dec 2013 12:34 AM PST


Kabinet PAS Kelantan Sessi 2013/2015

Posted: 30 Dec 2013 12:31 AM PST

YAB Ustaz Dato Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan di dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dengan persetujuan mesyuarat telah mengumumkan perlantikan-perlantikan sebagaimana berikut :

Timbalan Pesuruhjaya (1) : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya (2) : YB Dato Dr Johari Mat
Timbalan Pesuruhjaya (3) : YB Dato Haji Husam Musa
Setiausaha : YB Tuan Haji Zulkifli Mamat
Pen. Setiausaha (1) : Tuan Haji Nasir bin Daud
Pen. Setiausaha (2) : Ustaz Asri Mohd Zain
Bendahari : YB Dato Haji Hanifa Ahmad
Pengarah Pilihanraya : YB Dato Haji Takiyuddin Hassan
Ketua penerangan : YB Dato Haji Nasaruddin Daud

AJK Badan Perhubungan :
1. YB Dato Dr Fadzli Hassan
2. Ybrs Wan Nik Wan Yussof
3. YB Dato Haji Abdullah Mat Nawi
4. Ybrs Tuan Nik Baharum Nik Abdullah
5. YB Puan Mumtaz Nawi
6. YB Dato Haji Abdul Fatah Mahmood
7. YB Dato Haji Abdullah Yaakob

Tangisan Nabi Muhammad S.A.W

Posted: 30 Dec 2013 12:30 AM PST


Pada suatu hari Nabi SAW menangis,

Sahabat-sahabat bertanya:
Apa punca tangisanmu wahai Rasulullah?

Sabda Nabi:Aku rindu pada para kekasihku.

Mereka bertanya:Bukankah kami ini kekasihmu wahai Rasulullah?

Nabi menjawab:tidak...kamu sahabat-sahabatku, adapun kekasihku ialah kaum yang datang selepasku..mereka beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku..

Wahai tuhan jadikan kami dikalangan mereka yang dirindui oleh Rasulullah.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Posted: 30 Dec 2013 12:29 AM PST










Majlis Hari Raya Korban NGO R bersama DPPK Machang Dan Pemuda Dun

Posted: 30 Dec 2013 12:25 AM PST












Lawatan Lajnah Kebajikan DPPKM Ke Kg Pangkal Meleret

Posted: 30 Dec 2013 12:20 AM PST







Bantulah

Posted: 30 Dec 2013 12:19 AM PST


Jangan biarkan uslub bicaramu melemahkan semangat orang lain sekalipun ia bertepatan

 dengan realiti..

Manusia memerlukan harapan, lantas tolonglah dia atau diam sahaja

Lawatan Jabatan PASTI Machang Ke PASTI Kg. Pek, Machang

Posted: 30 Dec 2013 12:16 AM PST








Renungkanlah,,

Posted: 30 Dec 2013 12:15 AM PST


Kalaulah hidup di dunia ini mudah...

Masakan sabar itu satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang berkunjung ke rumah sdra Hadhri sekeluarga

Posted: 30 Dec 2013 12:12 AM PST






Perkongsian ilmu.

Posted: 30 Dec 2013 12:11 AM PST

Kata seorang pejuang Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya: 2 ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang adalah:
Ilmu Mastur : Ilmu yang diperolehi di kuliah, talaaqi dan pusat2 pengajian.

Ilmu Manzur : Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, penelitian, terlibat dengan organisasi dan bermasyrakat

✅Apabila manusia hanya sekadar sibuk dengan ilmu mastur sahaja lantas meningglkan ilmu manzur maka akan muncul golongan BIJAK PANDAI tapi BODOH BERFIKIR.

✅Menyoroti kejatuhan Islam di bumi Baghdad di tangan Tentera Tartar pada zaman kerajaan Abasiyah suatu yang amat yang mendukacitkan. Yang malangnya adalah, wujud ketika itu golongan ilmuwan, intelek, bijak pandai namun mereka tidak mengambil cakna perihal Islam, tiada sensitiviti terhadap cinta dan kasih sayang buat Islam, sibuk dengan kepentingan peribadi , lemah jati diri & tidak mengambil tahu keadaan Islam dan umatnya. Tidak dinafikan salah satu kejatuhan Islam di bumi mulia Baghdad adalah kerana perancangan halus musuh namun yang lebih lagi menyedihkan adalah SIKAP umat Islam.

✅ Maka, kewajipan kita hari ini bukan sekadar memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam yang mencari ilmu di kuliah dan pengajian luar namun ada lagi tanggungjawab yang lebih besar.

✅ Kewajipan kita sekarang adalah untuk menjiwai Islam, sayang kepada Islam dan bagaimana usaha kita hari ini untuk faham Islam.

✅Dikisahkan seorang wanita yang bernama Maryam Jameelah ( keturunan Yahudi) disapa angin hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Sejurus memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam bersungguh2 dengan membeli kitab2 Islam dan mencari seorang murabbi yang akhirnya beliau menjadi anak angkat kepada Imam Almaududi.

✅ Kita hari ini Islam kerana warisan tapi masih malas untuk mendalami Islam. Sibuk mencari Islam untuk tidak turut serta dalam program tarbiyyah.

✅Semoga Allah terus tetapkan diri kita dalam medan amal islami ini untuk menggerakkan bahtera Islam. Ramai orang hanya sekadar mahu menjadi penyokong tapi ramai mana mereka yang bercita-cita mahu menjadi pendokong Islam.

"Allah Ghoyatuna"

Lawatan Jabatan Pasti Machang Ke Pasti Cawangan Kg. Pangkal Changgong

Posted: 30 Dec 2013 12:10 AM PST








Perjumpaan Khas DPPKM Bersama Pemuda PAS Dun Kemuning

Posted: 29 Dec 2013 11:54 PM PST










01hb Oktober 2013,,,Lawatan Jabatan Pasti Machang Ke Pasti Cawangan Kampung Kepas Machang

Posted: 29 Dec 2013 11:50 PM PST







Jasindaily Online

Posted: 30 Dec 2013 09:16 AM PST

Jasindaily Online


Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz

Posted: 29 Dec 2013 05:50 PM PST

KOTA BHARU: "Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. "Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan. "Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. 


 "Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang," katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini. Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt. Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. 

 Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. "Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. "Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya. "Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi," ujarnya. 

 Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan. Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. "Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat," katanya/Hrkh

TAMBAH KERJA PENGUATKUASA AGAMA DI MELAKA

Posted: 29 Dec 2013 05:47 PM PST

MELAKA - Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian. Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan. "Kita merancang meletakkan pegawai syarak secara 24 jam untuk mencegah umat Islam di negeri ini terlibat dalam perjudian.
"Tetapi kadang-kadang orang yang minat judi ini, dia akan menggunakan orang tengah...akhirnya ia berbalik kepada diri mereka sendiri," katanya menjawab soalan tambahan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai premis perjudian berlesen yang dibuka di kawasan majoriti umat Islam pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini. Justeru, beliau berkata pihaknya akan menasihatkan pengendali premis perjudian terbabit untuk bekerjasama membina pos kawalan berkenaan. Terdahulu, menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) berhubung kegiatan perjudian mesin kuda di Melaka, Idris berkata pada tahun ini, pihak berkuasa sudah melakukan 86 serbuan ke atas premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram berkenaan. 

 "Daripada jumlah itu, sebanyak 382 mesin dirampas membabitkan tangkapan 53 orang Melayu, Cina (27), India (6) dan Kadazan (2)," katanya. Dalam pada itu, kerajaan negeri Melaka tidak menolak kemungkinan untuk memberikan kuasa lebih besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian. Idris berkata ia merangkumi sistem mengurus dan mentadbir kelulusan penggunaan premis perniagaan supaya tidak disalahgunakan pemilik bagi kegiatan tidak bermoral. - Bernama

PAS Kulaijaya

Posted: 30 Dec 2013 07:16 AM PST

PAS Kulaijaya


Misi Kemanusiaan ke Kemaman Kali ke 2

Posted: 29 Dec 2013 06:49 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 30 Dec 2013 07:11 AM PST

Landskap Siasah


ADUN Sungai Rapat tunjuk bakat main takraw

Posted: 30 Dec 2013 06:34 AM PST



Sekarang sudah ada gelangang takraw Radzi Zainon.....semoga sokongan PAS Batu Gajah dan Ipoh Timur terus kukuh untuk kejayaan siasah Islam di bumi Sungai Rapat Gopeng......




Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 30 Dec 2013 07:10 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PROGRAM JOK KEMBALI KE SEKOLAH : 30 MURID TERIMA SUMBANGAN BARANGAN PERSIAPAN KE SEKOLAH.

Posted: 29 Dec 2013 04:13 AM PST

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH : DPPK BAGAN DATOH BERI SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN MISKIN

Posted: 29 Dec 2013 03:03 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan