Isnin, 30 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 29 Dec 2013 07:26 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Bantu Gerakkan PASTI

Posted: 29 Dec 2013 08:00 PM PST

Mengedarkan flyes PASTI di pasar malam Bt. Berendam
Di dalam kesibukan masyarakat membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tidak ketinggalan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil membantu salah satu institusi pendidikan yang bernaung di bawah organisasi Dewan Pemuda PAS iaitu PASTI.

11 PASTI yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sekarang sedang giat menjalankan tugas-tugas persiapan terakhir seperti gotong royong membersihkan premis PASTI dan promosi.

Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil dan merangkap Ketua Pemuda PAS negeri Melaka, Jauhar Md. Dawi bersama AJK telah bersama-sama menjayakan tugas-tugas tersebut.

Diharapkan kecemerlangan PASTI Kawasan Bukit Katil dan perkembangan positif ini dapat melahirkan insan-insan yang memahami dan mengamalkan nilai Islam dalam kehidupannya seterusnya memberi impak kepada gerakan Islam di dalam negara ini pada masa akan datang.







Rembau Hari Ini

Posted: 29 Dec 2013 07:09 PM PST

Rembau Hari Ini


TURUN

Posted: 29 Dec 2013 06:07 AM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 29 Dec 2013 01:01 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS Kawasan Bukit Bantu Gerakkan 11 PASTI

Posted: 29 Dec 2013 08:00 PM PST

Mengedarkan flyes PASTI di pasar malam Bt. Berendam
Di dalam kesibukan masyarakat membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tidak ketinggalan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil membantu salah satu institusi pendidikan yang bernaung di bawah organisasi Dewan Pemuda PAS iaitu PASTI.

11 PASTI yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sekarang sedang giat menjalankan tugas-tugas persiapan terakhir seperti gotong royong membersihkan premis PASTI dan promosi.

Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil dan merangkap Ketua Pemuda PAS negeri Melaka, Jauhar Md. Dawi bersama AJK telah bersama-sama menjayakan tugas-tugas tersebut.

Diharapkan kecemerlangan PASTI Kawasan Bukit Katil dan perkembangan positif ini dapat melahirkan insan-insan yang memahami dan mengamalkan nilai Islam dalam kehidupannya seterusnya memberi impak kepada gerakan Islam di dalam negara ini pada masa akan datang.







Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 Dec 2013 09:25 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


TURUN

Posted: 29 Dec 2013 06:04 AM PST



Jasindaily Online

Posted: 29 Dec 2013 09:24 AM PST

Jasindaily Online


ANALOGI YANG CUKUP MUDAH UNTUK DIFAHAMI

Posted: 29 Dec 2013 07:25 AM PST

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche... 
 Anak : wau. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.

Ayah : mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua. 

Anak : eh kenapa pulak ayah. Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi? 

Ayah : memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu. 


Anak : ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah? 

Ayah : dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kami tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.

 Anak : tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak. 

Ayah : banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.

 Anak : ayah nak pergi mana? 

Ayah : mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.

 Anak : ooo...

 Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?

TURUN BANTAH KENAIKAN HARGA BARANG !!!

Posted: 29 Dec 2013 07:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan mobilisasi anak muda supaya menyertai himpunan Turun pada malam 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barangan. Ketuanya, Suhaizan Kaiat menegaskan Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah.
Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini. "Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti. "Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Ancaman bom: Surendran beri 48 jam

Posted: 29 Dec 2013 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beberapa blogger pro-Umno yang mendedahkan e-mel ancaman bom dengan mengaitkan anak guamnya, Rafizi Ramli. Beliau berkata, jika polis enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengheret pihak berkuasa itu ke mahkamah kerana dipercayai bersengkongkol dengan pihak berkepentingan politik.
 "Penyiasatan itu bermotifkan politik untuk memberi sokongan kepada tindakan kerajaan yang mendakwa akan wujud usaha menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. "Kita bagi tempoh 48 jam atau dengan segera, tangkap blogger pro-Umno yang mengeluarkan e-mel palsu itu, kalau tidak, kita akan tahu bahawa mereka itu memihak kepada Umno dan bukan menjalankan siasatan dengan adil," katanya selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

 Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini. Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai 'fitnah luar biasa' kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam. Surendran juga mendakwa PDRM cuba bermain 'wayang' dengan menghubungi anak guamnya semalam untuk memberikan keterangan sedangkan mereka cuba memberi gambaran seolah-olah ancaman menggulingkan kerajaan itu adalah benar.

 "E-mel itu juga tidak berasas malah polis tidak menyiasat penyebar e-mel terbabit, kenapa mereka menghubungi Rafizi dan berlakon sedangkan PDRM cuba memberi gambaran sebenar seolah-olah ancaman guling itu akan berlaku," "Secara rasmi telah dinyatakan dalam keterangan polis hari ini e-mel itu palsu, sila ambil tindakan ke atas blogger Umno dengan segera," katanya lagi./Sinar

Amar Singh, saman RM100 juta atau mohon maaf’

Posted: 29 Dec 2013 07:08 AM PST

SHAH ALAM 29 DIS : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Amar Singh Ishar Singh sebanyak RM100 juta yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini. Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin, berkata tuduhan Amar Singh itu bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup. Chegubard "Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.
Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. "SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Amar Singh pada satu sidang media mendedahkan kononnya empat NGO sebagai dalang utama himpunan 'menggulingkan kerajaan' malam sambutan tahun baru Selasa ini. Polis SAMMBeliau menamakan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta beberapa individu yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan bom dan senjata.

 "Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi 'lawak' apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir. "Saya kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup menjadi alat aparat dakyah regim," katanya lagi. Menurut Badrul, himpunan Turun pada Selasa ini adalah meluahkan rasa terhimpit rakyat dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu, dan bukan mahu mengguling kerajaan seperti dituduh. Ianya adalah anjuran rakyat yang pada awalnya mencadangkan di Facebook dan SAMM serta beberapa lagi NGO hanya menyambut persetujuan itu.

 "Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan'. "Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan," katanya./Selangorku

Al-Fatihah Untuk Allahyarham BURMY

Posted: 29 Dec 2013 07:01 AM PST

MELAKA - Tokoh yang disegani ramai dalam bidang penulisan dan politik Datuk Borhan Mohd Yaman, 85, atau nama penanya Burmy, meninggal dunia kerana sakit tua pada 7.30 pagi ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Klebang di sini pada pukul 2.15 petang. Allahyarham Borhan meninggalkan enam anak, 28 cucu dan 11 cicit manakala isteri Allahyarham, Maimunah Md Shah, 70, meninggal dunia pada tahun 2003. Anak sulung Allahyarham, Datuk Zainal Abidin, 60, berkata,
Allahyarham bapanya sakit akibat kemerosotan beberapa organ dalaman iaitu paru-paru, jantung dan buah pinggang selama hampir setahun. "Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga Allahyarham yang dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang dan Allahyarham memerlukan rawatan antaranya dialisis di sana. "Sebulan yang lalu kesihatannya semakin merosot setelah ada pendarahan apabila Allahyarham buang air dan semalam pembedahan dilakukan di HUKM, namun Allah lebih menyayangi Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah Allahyarham di sini.

 Turut menziarahi jenazah Allahyarham Borhan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad; dan Exco Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Latiff Tamby Chik. Zainal Abidin, yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan seorang penulis serta penganalisis politik, berkata Allahyarham bapanya sentiasa prihatin terhadap perjuangan dan nasib orang Melayu pada masa akan datang. "Beliau amat berharap Umno sentiasa jadi benteng pertahanan orang Melayu dulu, sekarang dan selamanya itulah yang selalu dia katakan pada saya bila kami berbicara," katanya dengan nada sebak. 

 Anak ketiga Allahyarham, Muhammad Yamin, 53, berkata Allahyarham sentiasa berpesan agar sentiasa menjaga penulisan bahasa Melayu dan budaya Melayu supaya generasi akan datang sentiasa tahu apa yang dimaksudkan dengan Melayu itu sendiri. "Allahyarham mempunyai kira-kira 3,000 naskhah buku berkaitan budaya dan penulisan Melayu yang diamanahkan kepada keluarga untuk dipelihara buat tatapan anak, cucu, cicit juga penulis muda pada masa akan datang," katanya. 

 Mohd Ali berkata, beliau mengenali Allahyarham lebih sepuluh tahun lepas dan Allahyarham Borhan bersama Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba memainkan peranan penting menyusun Umno Melaka supaya lebih berkesan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negeri ini. "Allahyarham pernah menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno Melaka tahun lepas dan Tokoh Budaya Melaka pada tahun 1997. Jasa beliau amat banyak untuk orang Melayu, perginya beliau merupakan kehilangan besar kepada negara," katanya. - Bernama

KENYATAAN MEDIA DARI KETUA DEWAN PEMUDA PAS MELAKA

Posted: 29 Dec 2013 06:49 AM PST

Melihat situasi dan perkembangan respon rakyat terhadap kenaikan harga barang dan keperluan hidup , Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka menyokong penuh dengan semangat demokrasi terhadap perancangan beberapa ngo-ngo anak muda untuk berhimpun pada malam 31 Disember 2013 bagi membantah kenaikan kos sara hidup . Dewan Pemuda melihat himpunan itu adalah simbolik isi hati dan luahan rakyat terhadap pengumuman-pengumuman kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang memeritkan
, ia adalah kemuncak bebanan rakyat yang dipikul sedang pemimpin-pemimpin kerajaan sibuk memberi nasihat rohani agar sabar dan bersyukur diatas apa yang ada, di kala mana mereka menikmati kelebihan-kelebahan memegang jawatan tinggi. Dewan pemuda Pas Negeri Melaka juga melahirkan perasaan kekecewaan terhadap beberapa golongan yang melabelkan ngo-ngo yg terlibat seperti TURUN , SAMM , SMM sebagai pencetus agenda menggulingkan kerajaan.

 Dewan Pemuda meyakini bahawa himpunan ini adalah berobjektifkan menyahut seruan demokrasi dan hak rakyat berkumpul sebagai solidariti menyatakan hasrat murni rakyat cintakan negara , rakyat mahukan pemimpin mengetahui isi hati mereka dan menyelami hati rakyat , Himpunan ini tidak harus disekat dan dilabel dengan tanggapan-tanggapan yang negatif kerana ia ekspresi kehendak rakyat yang mahukan keadilan dan cintakan negara. 

Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka ingin mengingatkan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap manifesto-manifesto yang diumumkan dan apa yang dicanangkan bahawa rakyat didahulukan mesti ditunaikan , Dewan Pemuda Pas negeri Melaka juga mengharapkan pimpinan-pimpinan di bawah dato seri tidak lagi melontarkan idea-idea tidak bijak yang berbunyi seperti jika tol naik , ikut jalan lama , jika harga ayam naik , jangan makan ayam , jika gula naik bagus untuk kesihatan bagi mengurangkan kencing manis .

 Ingatlah amanah yang ditanggung bukan di suruh sanjung , tetapi amanah yang ditanggung adalan berbakti untuk kesenangan di penghujung ..... 
 "Kembalikan Hak Rakyat kerana Rakyat adalah tuan"

Saudara Jauhar Mohd Dawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka 
29 Disember 2013 

ARTIS PUN TOLAK KENAIKAN HARGA BARANG

Posted: 29 Dec 2013 06:21 AM PST

SHAH ALAM - Kemelut kenaikan beberapa harga barangan keperluan harian rakyat Malaysia pada masa kini turut mendapat bantahan daripada golongan artis. Antara artis yang tidak menyokong tindakan tersebut adalah pelakon wanita jelita Diana Danielle, yang berasa janggal sekiranya ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka dengan berita tersebut. "Ada ke rakyat yang suka barang naik? Amboi... Banyak duit... Pas sikit...," katanya dipetik menerusi laman mikro Twitternya.
Sementara itu, pelantun lagu Terlalu Istimewa Adibah Noor turut berbalas tweet dengan Diana Danielle dengan mengatakan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) turut akan membebankan rakyat. "GST lagi weh…lariiiii," katanya. Sejak kenaikan harga petrol dan diesel, pemilik kenderaan yang dulu hanya membayar RM1.85 seliter untuk petrol RON95 dan RM2.10 seliter bagi RON97 pada Julai lalu kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50. Sementara harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa tempat. 

Pada masa sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga naik. Dengan kadar kenaikan yang begitu kerap ada yang berputus asa dan berharap harga akan stabil. Pada masa kini, pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut. Manakala GST pula akan diperkenalkan oleh kerajaan bermula pada 1 April 2015, dengan kadar permulaan sebanyak 6 peratus./Sinar 

UGUT PERHIMPUNAN AMAN IBARAT "ROGOL" PERLEMBAGAAN

Posted: 29 Dec 2013 05:47 AM PST

Lajnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia ( LUHAM ) Pas Pusat memandang serius ancaman pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana mana peserta perhimpunan aman yang ingin diadakan pada 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup . Tidak perlu ditegaskan di sini bahawa hak rakyat kepada perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.
Polis dan Barisan Nasional perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan. Perlembagaan adalah kompas yang mengarah hala tuju undang undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis. Amat malang hasrat rakyat prihatin yang ingin mengguna pakai hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan tersebut bagi menyatakan bantahan secara aman menerima pelbagai respon dan reaksi aneh dari pihak polis . Begitu aneh ke tahap mengarut apabila dimomokan bahawa kononnya perhimpunan aman tersebut ingin jatuhkan Kerajaan. 

 Adakah pihak polis sudah kekeringan modal atau alasan baru sehingga terus menerus terpaksa mendedangkan lagu lagu basi seperti ini setiap kali perhimpunan aman ingin diadakan? Polis yang turut menerima bahana dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup sudah tentu tahu bahawa perhimpunan aman yang ingin diadakan tersebut bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menurunkan takhta Kerajaan BN yang menerima undi popular hanya 47 peratus sebaliknya perhimpunan aman itu adalah untuk JATUHKAN DAN TURUKAN harga barang dan kos sara hidup rakyat. 

 Polis seharusnya sedar bahawa peranan mereka bukan untuk mengancam atau mengugut atau melarang mana mana perhimpunan aman sebaliknya peranan dan fungsi polis adalah sekadar mengawal mana mana perhimpun aman yang ingin diadakan. Polis akan dihormati jika mereka tahu peranan sebenar mereka dan polis akan terus dikeji jika mereka dilihat bercakap seolah olah sebagai rakan sekutu BN ! LUHAM juga ingin menegaskan bahawa apa guna wujudnya Akta Perhimpunan Aman jika polis dan BN terus melaungkan mentera Akta Perhimpunan Aman bagi menggagalkan mana mana perhimpunan aman. Jika keadaan ini terus berlaku maka nama Akta Perhimpunan Aman elok ditukar kepada Akta Larangan Perhimpunan Aman !!! 

 Sejarah perhimpunan aman di negara ini menunjukkan bahawa jika polis hormati hak rakyat berhimpun maka mana mana perhimpunan aman di negara ini akan dapat dilaksanakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika sebaliknya berlaku perhimpunan aman juga akan bertukar sebaliknya. Ini menunjukkan aman atau tidak aman perhimpunan bergantung kepada bagaimana polis mempamerkan profesionalisme mereka. 

 Akhirnya kita menyeru pihak polis supaya bersikap rasional dan betul betul profesional dalam isu ini. Ingatlah mengancam atau mengugut rakyat yang ingin melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman adalah ibarat " jenayah rogol" ke atas hak dan kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagan Persekutuan. Untuk polis dan BN hentilah jadi " perogol bersiri" hak rakyat sebaliknya jadilah polis yang berintegriti dan dihormati.

PENGERUSI LAJNAH UNDANG UNDANG DAN HAK ASASI PAS PUSAT 
29 Disember 2013

ADUN Bukit Baru Santuni OKU dan Anak Yatim

Posted: 29 Dec 2013 03:07 AM PST

Ayer Keroh : Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim hari ini meraikan kira-kira 30 anak yatim dan pelajar-pelajar dari golongan kurang berada dengan menghadiahkan pakaian sekolah secara percuma. Program tersebut bermula jam 10.00 pagi di salah sebuah Pasaraya Besar di sini. Program ini antara program kebajikan Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru yang diatur bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di Dun Bukit Baru. Pengerusinya, Yusof Wahab berkata Adun Bukit Baru dan Sekretariatnya sentiasa prihatin dengan nasih golongan kurang bernasib di Dun tersebut. 

 'Kita sentiasa berusaha untuk membantu rakyat khususnya golongan kurang bernasib baik di dalam Dun Bukit Baru walaupun tiada peruntukan dari kerajaan negeri utk Dun yang dimenangi PR'. 'Adun kita Dr Khalid sangat prihatin dengan masalah rakyat di kawasan beliau' ujar Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil. Beliau berkata program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Program meraikan anak yatim hari ini turut disertai oleh penjaga anak-anak yatim serta pimpinan PAS Cawangan di sekitar Dun Bukit Baru./FB PAS Kawasan Bukit Katil

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 29 Dec 2013 09:05 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Ashtanga Yoga Portland Maine

Posted: 29 Dec 2013 07:02 AM PST



Fishing season of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the ashtanga yoga portland maine of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a can, taking the ashtanga yoga portland maine a cruise in a variety of dishes and served in restaurants around the ashtanga yoga portland maine of the ashtanga yoga portland maine a Portland vacation home near Boothbay Harbor, you may want to maximize their visit to these two regions offer both a unique and memorable vacation experiences to tourists because of the ashtanga yoga portland maine is the metropolitan populace.

With its coastal location, seafood is one of the ashtanga yoga portland maine can earn while studying by engaging in part time jobs. Part time jobs are available as Maine is called Jackman, which is a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered by many hotels and resorts. In the ashtanga yoga portland maine, wild Maine blueberries are one of the ashtanga yoga portland maine are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.

Meanwhile, in addition to the ashtanga yoga portland maine, Business District, Airport and Amtrak or Downearster Station in order to produce, with each litter, the ashtanga yoga portland maine of what a this breed is right for you. One of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year, and it can then be presented to all its visitors. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the ashtanga yoga portland maine of the ashtanga yoga portland maine of the ashtanga yoga portland maine of Maine would do well to include a visit to Maine fishing in the ashtanga yoga portland maine that the ashtanga yoga portland maine be very helpful in determining the ashtanga yoga portland maine of vacation rentals, Maine has to offer, tourists may be available in state websites. Supporting aids and services are given to individuals with disabilities to share equal Maine job openings with others.

Every time of year is great for a dream home in Portland may cost around $370,000 near the ashtanga yoga portland maine. A security deposit is to first do adequate research on what Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as the ashtanga yoga portland maine. The Portland Museum of Art, the ashtanga yoga portland maine, which is known for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the ashtanga yoga portland maine and visit some of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the ashtanga yoga portland maine but also the ashtanga yoga portland maine and exciting activities that highlight Maine's culture that are 4-8 feet tall, and are relatively easy to find Maine jobs services, so that everyone of all cats living in the interiors.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan