Sabtu, 21 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Dec 2013 09:37 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ribut serang N.Sembilan dan Melaka

Posted: 20 Dec 2013 12:06 AM PST




20 Disember 2013

TAMPIN – Sebanyak 76  rumah di tiga kawasan perumahan rosak teruk dilanda ribut dalam kejadian 5 petang kelmarin, dan berpuluh-puluh pokok tumbang merentangi jalan utama ke beberapa taman berkenaan.

Seorang mangsa, Roslina Abu Hassan, 48, berkata, sebelum ribut berlaku, dia terkejut apabila tiba-tiba ada kabus putih menyelubungi bahagian atas rumahnya.

Katanya, sepanjang menetap di situ sejak kecil, kejadian itu adalah yang pertama dialaminya.

Seorang penduduk Taman Bukit Ria, M S Chellayee, 43, berkata, dia bersama empat anak berusia lapan hingga 17 tahun duduk berpelukan ketakutan dalam rumah.

"Sebelum angin kencang, rumah kami ditimpa hujan batu dan sejurus lepas itu, bumbung diterbangkan angin kemudian air hujan masuk ke dalam rumah," katanya.

Sementara itu, di Seri Mendapat, Melaka, 32 rumah dari tiga kampung dalam Dun Sungai Rambai turut dilanda ribut dalam kejadian 6.15 petang, kelmarin.

Seorang mangsa, Azhar Baran, 58, berkata, dia hanya mampu menyebut kalimah ALLAHUAKHBAR, SubhanaALLAH ketika melihat bumbung rumahnya tercabut.

Menurutnya, dia tidak menyangka sejurus menolak masuk motosikal ke dalam rumah, zink di dapur rumahnya diterbangkan angin.

"Saya sangat terkejut, selama 25 tahun tinggal di sini, ini kejadian pertama rumah kami dilanda ribut dan bernasib baik tiada cedera," katanya.


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 20 Dec 2013 09:19 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


JHEAINS Disaran Perkukuh Sistem Perbekalan Buku Sekolah Agama

Posted: 19 Dec 2013 10:28 PM PST

KENYATAAN MEDIA

JHEAINS DISARAN PERKUKUH SISTEM PERBEKALAN BUKU SEKOLAH AGAMA

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) disaran untuk mengemaskini sistem perbekalan buku agamanya dalam memastikan mutu sekolah agama rakyat di negeri Sabah terus berjalan lancar.

Sistem perbekalan buku agama yang dibekalkan oleh JHEAINS kepada sekolah agama rakyat yang beroperasi menggunakan sistem pendidikan jabatan agama negeri agak sedikit bermasalah terutama kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi tahun 2014.

Pemuda PAS memahami langkah JHEAINS untuk mengadakan transformasi sistem perbekalan buku sekolah agama menggunakan konsep skim pinjaman buku teks secara menyeluruh pada tahun 2015. Namun, pihak JHEAINS sewajarnya melakukan transisi perubahan ke arah itu dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah untuk membekalkan buku kepada semua sekolah agama di negeri Sabah.

Menjelang sesi persekolahan tahun 2014, ada beberapa buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengeluh dengan kehabisan stok buku agama untuk tahun 2014. Ini kerana bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan beberapa buah sekolah agama di Sabah. Kita cukup khuatir ia akan menjejaskan aspek pengajaran di sekolah agama yang menjadi satu medium dalam mengilmukan masyarakat Islam di Sabah.

Pemuda PAS juga percaya bahawa masalah ini akan menjejaskan aspek pengajaran mutu di sekolah agama. Permasalahan terhadap perbekalan buku ini akan menimbulkan masalah yang lain dalam aspek pengajaran di dalam kelas terutama kepada guru-guru agama dan ianya lebih kronik jika kesannya akan dihadapi oleh pelajar terutama dalam aspek pemahaman terhadap teks dan ilmu agama.

Justeru itu, Pemuda PAS menyarankan JHEAINS untuk mengemaskini sistem perbekalan buku sekolah agama dan diharapkan segala permasalahan berkaitan hal ini akan selesai sebelum sekolah dibuka bagi sesi 2014 tahun hadapan.
 
 
Zaim al-Hilmee
Exco Dakwah dan Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

PAS Kawasan Miri

Posted: 20 Dec 2013 07:37 PM PST

PAS Kawasan Miri


Wang Saraan KWSP Tak Cukup Kalau Setiap Pengeluaran Kena Cukai!

Posted: 19 Dec 2013 09:48 PM PST

Cukai Pengeluaran Awal KWSP Tidak Patut Dikenakan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam kenyataan akhbar baru-baru ini  menegaskan kerajaan tidak akan mengenakan sebarang cukai terhadap pengeluaran wang Skim Persaraan Swasta (PRS) selepas mencapai umur persaraan 55 tahun tetapi  cukai pegangan sebanyak lapan peratus hanya dikenakan sekiranya pengeluaran dibuat sebelum umur 55 tahun dan ia bertujuan mengekang kecenderungan pencarum mengeluarkan simpanan mereka sebelum tiba tempohnya.  Pengenalan PRS yang berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2012 adalah untuk menggalakkan tabungan di kalangan rakyat selepas umur persaraan.

Pihak pencarum ingin mendapatkan penjelasan dari pihak kerajaan adakah cukai lapan peratus juga dikenakan keatas pengeluaran mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan, pelaburan dan pengeluaran penuh Akaun 2 bila mencapai had umur 50 tahun? Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan dalam Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun sebagai persediaan awal sebelum bersara. Pencarum ketika ini boleh membuat pengeluaran separa KWSP pada usia 50 tahun sementara pengeluaran penuh hanya dibenarkan selepas pencarum bersara iaitu 55 tahun. Pihak kementerian harus memberi penjelasan tentang masalah ini agar ianya tidak mengelirukan pencarum.

Sekiranya pihak kementerian kewangan mengenakan cukai keatas pengeluaran seperti yang tersebut sudah tentu ini akan mengurangkan hasil pendapatan pencarum.  Sepatutnya pencarum diberi kebebasan mengeluarkan wang simpanan mereka dalam dalam KWSP dengan syarat tidak melebihi keperluan yang dibenarkan bukannya dengan menyekat serta mengenakan cukai keatas pengeluaran yang dibuat sebelum mencapai umur 55 tahun.

Walaupun tujuan pihak kerajaan memastikan agar wang tabungan pencarum mencukupi setelah bersara tetapi dengan mengenakan cukai keatas pengeluaran pencarum secara tidak langsung menyebabkan tabungan pesara tidak mencukupi untuk kegunaan selepas bersara. Katanya lagi "Oleh itu, pengeluaran awal sebelum mencapai umur persaraan 55 tahun akan menyebabkan objektif asal bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai tabungan mencukupi ketika bersara tidak dapat dicapai," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen baru-baru ini.

Kalau pihak kerajaan mahu rakyat Malaysia mempunyai tabungan mencukupi ketika bersara, maka pihak kerajaan jangan menaikkan harga barangan keperluan, PTPTN hendaklah dimansuhkan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jangan dilaksanakan sehingga pendapatan per kapita rakyat melebihi taraf kemiskinan. Jangan mengenakan cukai kepada pesara yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Dengan cara ini sekurang-kurangnya para pesara yang tidak mempunyai pendapatan tetap akan hidup lebih aman dan tenang tanpa memikirkan cukai dikenakan keatas mereka.

Kita harap pihak kerajaan mempertimbangkan serta mengkaji semula cadangan tersebut agar ianya tidak menyusahkan dan membebankan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri. Sarawak

English version

Early Withdrawal Taxes of EPF Should Not be Imposed

Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan in a press release recently said the government would not impose any tax on withdrawals Private Retirement Scheme (PRS) after reaching the retirement age of 55 years but eight per cent withholding tax is only imposed if the withdrawal is made before the age of 55 years and it aims to curb the tendency to withdraw their savings before they fall due. Introduction of PRS in effect from Year of Assessment 2012 is to encourage savings among the people after the age of retirement.

The contributors would like to get a clarification from the government is eight per cent tax is also imposed on withdrawal to Reduce/Redeem Housing Loan, investment and full withdrawal of accounts 2 when reach the age limit of 50? This release allows members to withdraw all or part of their savings in Account 2 at the age of 50 years for early preparation prior to retirement. Contributors to this point can make a partial withdrawal of EPF at the age of 50 years, while a full withdrawal is only allowed after the contributor retires at 55 years. The finance ministry should provide clarification on this issue so as not to confuse contributors.

If the finance ministry to impose such a tax on the withdrawal, this of course will reduce the revenue of the contributors. Contributors should be given the freedom to withdraw money from their savings in the EPF provided that the requirement does not exceed the permissible limit and not to impose a tax on withdrawal made before the age of 55. 

Although the purpose of the government to ensure that sufficient savings upon retirement of contributors but by imposing a tax on the withdrawal of contributors indirectly cause insufficient pension savings for use after retirement. He added that "Thus, early withdrawal before retirement age of 55 years will lead to the original objective of ensuring that Malaysians have sufficient savings at retirement cannot be achieved," he told reporters at the Parliament lobby recently.

If the government wants the people of Malaysia have sufficient savings when retirement, then the government should not raise the price of goods, PTPTN to be abolished, Goods and Services Tax (GST) should not be implemented until per capita income exceeds the poverty level. Do not impose a tax on pensioners who do not have a fixed income. By doing this at least the pensioners who have no fixed income will live in peace and calm without thinking about taxes on them.

We hope the government will consider and review of the proposal so that it is not troublesome and burdensome to the people, especially the low and medium income. Cooperation with the relevant parties is highly appreciated.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 20 Dec 2013 07:03 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Sidang Media Membantah Kenaikan Harga Barang Pakatan Rakyat negeri Melaka

Posted: 20 Dec 2013 08:00 PM PST


Pagi tadi diadakan sidang media Pakatan Rakyat Negeri Melaka berkaitan membantah kenaikan harga cukai. Semua kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan.

Sidang tersebut diadakan bertempat di Pasar pagi Taman Sin Hoe. Dikatakan Pakatan Rakyat negeri Melaka akan melancarkan kempen membantah kenaikan harga barang dalam masa terdekat.






Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Dec 2013 01:01 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sidang Media Membantah Kenaikan Harga Barang Pakatan Rakyat negeri Melaka

Posted: 20 Dec 2013 08:00 PM PST


Pagi tadi (20/12/2013) diadakan sidang media Pakatan Rakyat Negeri Melaka berkaitan membantah kenaikan harga cukai. Semua kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan. 

Sidang tersebut diadakan bertempat di Pasar pagi Taman Sin Hoe. Dikatakan Pakatan Rakyat negeri Melaka akan melancarkan kempen membantah kenaikan harga barang dalam masa terdekat.




N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Dec 2013 09:34 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KENAPA KAFA MENENGAH?

Posted: 19 Dec 2013 09:56 PM PST

Masalah yang 'bagus' yang perlu ditangani oleh kerajaan  negeri Selangor sejak 2008 ialah ibubapa pelajar Muslim semakin tahun semakin 'bising', semakin 'kecoh', semakin kuat mendesak kerajaan meneyelsaikan masalah anak mereka yang sudah selesai sekolah peringkat rendah dan lulus pula ujian PSRA(PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA) JAIS tetapi tidak dapat diterima masuk untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat menengah aliran agama. Purata 35,000 pelajar melalui ujian PSRA. Lazimnya 30,000 lulus atau maqbul ujian PSRA. Yang mencapai mumtaz atau cemerlang(>90%)  mencecah 6000 pelajar.

Isunya, hanya ada 23 SABK dan setakat hari ini ada 3 MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS yang menjadi rebutan pelajar seluruh negeri ini.Bermaksud, hanya 3,000 pelajar sahaja yang boleh dimuatkan dalam sistem persekolahan yang mempunyai pendidikan agama secara khusus. Ada beberapa sekolah aliran agama yang mengajar bahasa Arab secara sampingan. Ada sekolah agama rakyat yang boleh menjadi pilihan bagi yang mampu.

'Bottomline'nya, masih ramai lagi yang tidak dapat sekolah pilihan mereka yang mengarusperdanakan sistem Islam. Exco Pendidikan Selangor memulakan projek perintis pada tahun 2012 menyediakan kelas agama selama 2jam setengah bagi pelajar yang bersekolah di SMK, mirip dengan kaedah KELAS AL QURAN DAN FARDHU AIN(KAFA) di peringkat rendah. yang dijenamakan sebagai KAMA yang dikendali di premis masjid. Ia bertujuan untuk membangunkan pelajar ini supaya terselamat daripada gejala sosial.

Sedikit kejayaan itu memberikan semangat untuk melebarluaskan konsep pembangunan pelajar remaja yang memasuki ambang akil baligh ini supaya dipimpin dalam biah solehah sementara mereka menjadi orang dewasa yang matang dalam kerangka ilmu fardhu ain yang lengkap. Justeru, jawatankuasa tetap Pendidikan negeri Selangor telah menggerakkan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS menumpukan pelaksanaan dasar baru iaitu mewujudkan kesinambungan KAFA diperingkat rendah untuk diteruskan, ditambah nilai yang BUKAN BERKONSEP LULUS PEPERIKSAAN SEMATA-MATA tetapi BERKONSEP MEMAHAMKAN pelajar teras Islam hingga mampu menghayatinya.

Ini sejajar dengan dasar pembangunan modal insan yang mahu dipacu oleh kerajaan Selangor. Pembangunan holistik dan syumul berpaksikan konsep SPIES akan diterapkan untuk memungkinkan Selangor melahirkan khaira ummah apabila modal insan yang dilahirkan mencapai piawaian al KHALIQ yakni khalifah fil ardh.

Mata rantai ke arah menjadikan Selangor sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur melalui langkah langkah baru seperti KAFA MENENGAH  ini diharapkan sokongan dan dokongan dari seluruh rakyat Selangor insya Allah.

Moga Allah perkenankan hasrat ini insya Allah. Amin. 

mtdchenderoh

Posted: 20 Dec 2013 07:49 AM PST

mtdchenderoh


PELAJAR SMK SIMPANG BELURU LEMAS

Posted: 19 Dec 2013 08:09 AM PST



Karai. 19 Dec 2013. Seorang pelajar SMK Simpang Beluru telah tergelincir di tebing Sungai Perak berhampiran Jambatan Keretapi Karai. ketika sedang memencing bersama- sama dengan 3 orang lagi rakannya. Mangsa Muhammad Ismail b. Mazalan, 13 tahun gagal diselamatkan oleh rakan- rakanya.

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan mulai jam 3.30 ptg tadi. Jabatan Amal Perak juga turut serta bersama- sama agensi- agensi kerajaan yang lain dalam operasi mencari dan menyelamat ini. Dr. Raja Iskandar Al- Hiss (Ketua Pemuda Pas Perak) turut berada dilokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung pada jam 8.00 pagi nanti. Mudah- mudahan operasi ini mendapat pertolongan dan dipermudahkan oleh Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan