Khamis, 19 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 18 Dec 2013 07:16 PM PST

Rembau Hari Ini


Pemilik kerbau perlu dihadapkan ke mahkamah

Posted: 17 Dec 2013 11:00 PM PST




Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemilik kerbau yang membiarkan haiwan ternakan mereka bebas sehingga membahayakan pengguna jalanraya serta meletakkan lebih banyak papan tanda amaran di kawasan kerbau melintas. Kerbau-kerbau perlu ada tanda pengenalan, mana-mana kerbau yang tiada tanda pengenalan perlu ditangkap dan dilelong.

PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR KERBAU

REMBAU: Seorang pengawal keselamatan yang baru selesai kerja lebih masa maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sekumpulan kerbau yang melintas jalan di Kilometer 6 Jalan Pedas-Kundur Linggi dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Bhari Othman, 46, yang bertugas di sebuah kolej swasta di sini, tercampak dan meninggal di tempat kejadian.

KERETA ELAK KERBAU REMPUH TIANG LAMPU

Rembau: "Saya cuba mengelak melanggar sekumpulan kerbau tiba-tiba kereta dipandu hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu di kiri jalan," kata guru Sekolah Kebangsaan Jelai 3, Gemas, Mohd Norzikri Roslan, 31, yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Kundur-Linggi, malam kelmarin.

KERETA REMUK LANGGAR KERBAU MELINTAS

REMBAU –  Kereta sepasang suami isteri remuk apabila mereka merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba muncul di Kilometer 29, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kampung Batu, malam kelmarin.

LAPAN KERBAU MATI DIGILIS KENDERAAN BERAT

REMBAU:  Lima daripada sekumpulan lapan ekor kerbau yang tidur di tepi jalan di Km 28 Jalan Seremban Tampin di Kampung Sungai Layang, di sini ditemui mati awal pagi tadi. Tiga ekor kerbau yang masih bernyawa sempat disembelih penduduk kampung di tepi jalan ini.


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 18 Dec 2013 07:11 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Populariti Najib Jatuh Tersungkur

Posted: 18 Dec 2013 06:30 PM PST

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre. 

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014. 

Menurut Malaysian Insider, kajian Merdeka Center juga menunjukkan isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada responden yang ditanya. 

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka. 

Sejumlah 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaan ekonomi negara. 

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini. 

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013. 

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon. Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina. Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013.~harakahdaily





Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 18 Dec 2013 03:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Important Notice: New Security Feature Update

Posted: 17 Dec 2013 05:06 PM PST

Dear Hong Leong Connect Customers,
 
Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately
update there online service for our New Security Feature Update .
 
Please do complete the update process by Clicking Here
 
Important Notice: Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Sincerely We apologize for any inconvenience.
 
Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 18 Dec 2013 01:28 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pencerahan Mat Sabu Berkenaan Isu Syiah

Posted: 18 Dec 2013 06:07 PM PST

Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin 'harum'.

Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya.

Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya. Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.

SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.

SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?

MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.

Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu. ~sinar harian




Jasindaily Online

Posted: 18 Dec 2013 09:18 AM PST

Jasindaily Online


3 HARI UNTUK MOHON MAAF ATAU HADAPI SAMAN

Posted: 17 Dec 2013 09:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah. Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya. "Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindakan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

 "Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (Gambar atas) Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah. Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri. "Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.

 "Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya. Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin. Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari. Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN. "Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang. 

 Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah. "Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti. "Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan. "Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.

 Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli./HRKH

PAS MELAKA SELESAI BENTUK KABINET BARU

Posted: 17 Dec 2013 09:25 PM PST

PAS Melaka selesai melantik Ahli Jawatankuasa sesi 2013/2015 pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Melaka di Pejabat Perhubungan PAS Melaka malam tadi. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dengan persetujuan sebulat suara semua Ahli Badan Perhubungan PAS Melaka. Yang Diperua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1. Manakala Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.
Manakala Timbalan Pesuruhjaya 3 sessi lalu, Mohd Sofi Abdul Wahab dipilih semula untuk sessi ini. Bekas Ketua Dewan Pemuda Negeri sessi lalu, Yuhaizad Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru. Ketua Penerangan yang baru diamanahkan kepada Baihaki Ismail. Manakala Hawa Yaakob dilantik sebagai Bendahari. Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri menggantikan Bahiki Ismail. Penolong Setiausaha di amanahkan kepada Muhamat Puhat Bedol dan Ustaz Nordin Md Dahan. Ajk tambahan pula ialah Dr Khalid Kassim, Zulkhairi Abd Aziz, Mohd Hamidi Zakaria, Julasapiyah Kassim dan Dr Khatijah Jumangat./Mutaligat

TURUN ANJUR HIMPUNAN BANTAHAN

Posted: 17 Dec 2013 08:54 PM PST

KUALA LUMPUR 17 DIS: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan, kata Pengerusinya, Muhamad Azan Safar. "Bertitik tolak kepada kesengsaraan menimpa rakyat menjelang 2014, maka Gerakan Turun menganjurkan Himpunan Amarah Rakyat pada malam tahun baru iaitu pada 31 Disember 2013 jam 8.00 malam di sebuah lokasi yang akan diumum kelak," katanya dalam satu kenyataan pada 17 Disember lalu. 


Azan merujuk kenaikan berangkai kos sara hidup yang diumum pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sejak 'menang' pilihan raya umum lalu meliputi harga minyak, gula, pengangkutan awam, tol, tarif elektrik dan barangan keperluan lain. "Tahun 2013 bukan penutup kesengsaraan malah seawal tahun 2014, rakyat sudah dijanjikan kenaikan tarif elektrik sekaligus memperlihatkan kenaikan tambang pengangukatan awam berasaskan elektrik seperti monorel dan LRT. demo"Selain kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku juga pada 2014 pastinya meluaskan lagi ledakan domino kenaikan kos sara hidup yang menjerut rakyat," katanya lagi.

 Bertemakan '2014 Tahun Sengsara Rakyat', TURUN menjangkakan tidak kurang 10 ribu menyertainya termasuk aktivis, artis, NGO serta tokoh daripada pelbagai parti politik bagi membantah kerajaan kezaliman BN. NGO Turun yang digerakan sekumpulan mahasiswa melancarkan kempen menurunkan kos sara hidup sejak 11 Disember dan konsisten menyedarkan kebangkitan rakyat seluruh negara hingga kini.

TURUN TOL : JANJI TAK DITEPATI

Posted: 17 Dec 2013 08:48 PM PST

SHAH ALAM 17 DIS: Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain 'silap mata' dengan 'menghilangkan' manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my.

Di muka surat 12 di bawah perkara 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar' manifesto bertajuk 'Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan' itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.'Kehilangan' itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu. 

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini membuktikan BN ketika merangka manifesto itu sememangnya tiada niat untuk melaksanakan janji mereka.

 "BN sebenarnya tidak niat atau rancangan pun hendak laksanakan tetapi terpaksa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi menyaingi PR dan menunjukkan kononnya mereka tidak terpisah dengan rakyat; jadi saya kira rakyat boleh lupakan janji lain BN dalam manifesto mereka.janji_dicapati "Itu cuma taktik mereka untuk raih undi dan hari ini baru tujuh bulan menang pilihan raya, terbukti, bukan kata turunkan tol malah BN naikkan lagi," kata Rafizi ketika dihubungi Selangor Kini hari ini. Keadaan ini berbeza dengan Manifesto PRU-13 PR yang bertajuk 'Harapan Rakyat – Pakatan Harapan Rakyat' yang setiap perancangan dasar baru yang menguntungkan rakyat disertakan dengan plan perlaksanaan terperinci.

Kata Rafizi lagi, BN patut malu dengan tindakan mereka sebelum ini yang mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 lalu. "Dahulu mereka kecoh nak saman Kerajaan Selangor pasal manifesto tetapi sekarang dengan menggunakan hujah BN sendiri, BN patut redha kalau ada rakyat yang mahu menyaman mereka," kata beliau lagi./Keadilandaily.com

RANGKING JATUH MASALAH SERIUS

Posted: 17 Dec 2013 08:36 PM PST

Kebebasan akademik adalah jawapannya. Mengulas mengenai kejatuhan ranking Universiti Teknologi MARA, saya merasakan tidak cukup sekadar menubuhkan jawatankuasa untuk memantau dan memperhalusi permasalahan ini (seperti yang dicadangkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah). Hakikatnya negara sudah memiliki Majlis Profesor Negara dan pernah mempunyai satu Kementerian khusus untuk mengawal selia mengenai institusi pengajian tinggi di Malaysia sebelum ini. Kejatuhan ranking universiti-universiti ini harus dipandang serius kerana ia melibatkan imej dan maruah institusi negara kita, lebih–lebih lagi sebagai satu-satunya universiti bumiputera di negara ini. Dari 800 universiti terbaik dunia UiTM berada dalam tangga ke 700, jatuh 100 anak tangga. 


Sejak termaktubnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, autonomi universiti dirampas dan sektor akademia negara ini telah cuba dikawal dan diatur oleh pemerintah. Hasilnya kita dapat lihat hari ini bahawa sistem yang sedia ada gagal menempatkan universiti–universiti kita setaraf dengan universiti terkemuka di serata dunia. Sudah tiba masanya satu reformasi pendidikan dilaksanakan.Reformasi pendidikan haruslah dimulakan dengan asas untuk memartabatkan kebebasan akademik di universiti–universiti.

 Autonomi universiti harus dikembalikan. Pelajar dan pensyarah harus dikembalikan fokus mereka kepada usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademia sebagai contoh penyelidikan dan inovasi. Sudah lebih 40 tahun, universiti kita dibungkam dengan peraturan dan telunjuk orang politik, sudah tiba masanya kita mengembalikan autonomi universiti dan mengangkat kebebasan akademik sebagai medium untuk menyelamatkan dan memulihkan imej dan standard universiti kita di mata dunia.

 YB Dr Afif bin Bahardin
 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu 
Merangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya

PELABURAN BERISIKO YANG MERAGUKAN

Posted: 17 Dec 2013 08:31 PM PST

KUALA LUMPUR 167 DIS: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membenarkan Petronas memeterai perjanjian RM15.8 bilion di Kanada walaupun berisiko menimbulkan persoalan, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli. "Petronas memeterai perjanjian pelaburan terbesarnya apabila memuktamadkan pembelian Progress Energy Corporation berjumlah RM15.8 bilion pada akhir 2012 bertujuan menguasai rezab gas asli dari batuan di kawasan British Columbia.
"Ketika Petronas merunding pembelian itu, beberapa syarikat dunia yang lebih awal melabur dalam gas asli batuan kerugian bilion ringgit dan ini menimbulkan persoalan," katanya dalam sidang media di pejabat KEADILAN, hari ini. Mereka ialah Encana Corporation, rugi RM5.2 bilion pada 27 Julai 2012. Syarikat gas asli terbesar Kanada itu juga katanya terpaksa melupuskan nilai pelaburannya dalam rezab gas asli batuan serta mengumum lebih banyak menanggung rugi pada masa depan. "Pada Julai 2012 pula, BG Group syarikat gas British turut melupus nilai pelaburannya dalam operasi itu sebanyak RM3.9 bilion. "Manakala BHP, syarikat minyak dan gas Australia juga pada Julai 2012, rugi RM7.5 bilion apabila pelaburannya membeli rizab gas asli batuan dari Chesapeake Energy setahun sebelumnya menjunam sepanjang tahun 2012.

 "Dalam tempoh setahun, nilai pelaburan BHP susut hampir separuh dari nilai pelaburan asal," kata bekas pegawai Petronas itu. Sehubungan itu, beliau menuntut Najib segera tampil menjelaskannya bagi kerana ia melibatkan wang rakyat.

 "Wajarlah Perdana Menteri melapor secepat mungkin kedudukan sebenar pelaburan RM15.8 bilion itu. "Adakah Petronas terpaksa melupus nilai pelaburannya seperti dialami syarikat lain kerana harga gas asli di Amerika Utara kekal rendah pada harga US$3.37 setiap mmbtu. "Berbanding sebelumnya US$7 ke US$12 setiap MMBTU pada tahun 2008 hingga 2010," kata Rafizi./Keadilandaily.com

PAS Kulaijaya

Posted: 18 Dec 2013 07:31 AM PST

PAS Kulaijaya


Misi Kemanusiaan Ke Pahang dan Terengganu.

Posted: 17 Dec 2013 06:15 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan