Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Sabtu, 7 Disember 2013 at 1:21 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 07 Dec 2013 01:06 PM PST

Cucu Tok Selampit


Di Mana Tengku Puan Pahang Melawat, Di Situ Beliau Akan Memasak Untuk Mangsa Banjir

Posted: 07 Dec 2013 08:16 AM PST

Maafkan CTS kalau sekali lagi memaparkan gambar-gambar Tengku Puan Pahang. CTS tiada agenda tertentu. Cumanya berharap wanita VIP dan VVIP yang lain mencontohi tingkah laku, keramahan dan kerendahan diri Tengku Puan terutama yang ada sangkut paut dengan parti UMNO. 

Susah kita hendak jumpa sifat mulia sebegini di kalangan kebanyakan wanita di dalam UMNO melainkan sewaktu PRU atau PRK semakin hampir. Gambar-gambar ini diambil sewaktu Tengku Puan Pahang melawat pusat pemindahan banjir di Wisma Belia. Ironinya, kali ini juga beliau turut memasak untuk mangsa banjir. Daulat Tuanku.







Biar Gambar Berbicara - YB PR Dan YB BN Sewaktu Banjir

Posted: 07 Dec 2013 03:00 AM PST

YB PR:





YB BN:










Gambar-Gambar Tengku Puan Pahang Di Dapur Kawasan Penempatan Banjir, Daulat Tuanku

Posted: 06 Dec 2013 07:13 PM PST

Bertuah Rakyat Pahang mempunyai Tengku Puan yang amat prihatin dengan permasalahan Rakyat. Gambar-gambar ini CTS ambil untuk dikongsi bersama betapa begitu merendah diri Tengku Puan untuk turun memasak untuk Rakyat di kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang. Amat jarang bagi orang kenamaan, pemimpin-pemimpin politik dan isteri-isteri mereka untuk turun memasak untuk Rakyat yang dalam kesusahan. Yang datang tunjuk muka ramailah.

Dari memotong, mengisar, mencampur bahan untuk memasak, memasak di kuali besar kesemuanya Tengku Puan lakukan tanpa rasa janggal dan kekok. Semoga Allah memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk Tengku Puan Pahang. Patik Rakyat Kedah merapat sembah kagum dengan Tuanku. Daulat Tuanku.









THE FLYING KICK

Posted: 07 Dec 2013 01:04 PM PST

THE FLYING KICK


HERAN APA KALAU MAT SABU SAMAN ZAHID HAMIDI SEBAB ISU SYIAH!!!

Posted: 07 Dec 2013 07:25 AM PST

FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI DALAM ISU BANJIR APABILA PAS KEMAMAN DAN PAS TERENGGANU AGIH BANTUAN!!!

Posted: 07 Dec 2013 05:12 AM PST

MAYAT WANITA SEPARUH BOGEL DALAM LUBANG SALURAN LIF DI PANGSAPURI SERI SELANGOR, JALAN SAN PENG!!!

Posted: 07 Dec 2013 03:05 AM PST

PRU HARI TU, CIPTA CERITA 40 RIBU BANGLA, BANJIR SEKARANG CIPTA PULA CERITA, BEKALAN MAKANAN DITARIK BALIK!!!

Posted: 07 Dec 2013 01:43 AM PST

LAGI CERITA MAT SAID, MB TERENGGANU... BANJIR PUNYA FASAL, DIA SERANG GIANT KIJAL PULAK DAH!!!

Posted: 06 Dec 2013 11:41 PM PST

CUBAAN MEMBANGSATKAN SHAHRIZAT ABDUL JALIL, SEKADAR MENAMBAHKAN BANGSAT KEPADA FUZIAH SALLEH!!!

Posted: 06 Dec 2013 10:24 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Dec 2013 11:15 AM PST

PEJUANG BANGSA


UMNO P.PINANG GESA TUBUH SURUHANJAYA KHAS JAGA KESUCIAN ISLAM @dzainalabidin

Posted: 06 Dec 2013 04:00 PM PST




Kerajaan dicadang mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di negara ini yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Wakil UMNO Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkata dengan adanya suruhanjaya itu, tidak ada lagi pihak-pihak yang boleh mempertikaikan amalan Islam di negara ini seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini.
"Suruhanjaya hak asasi manusia pun ada jadi agama Islam pun perlukan satu suruhanjaya supaya tidak ada yang boleh pertikaikan kesucian Islam termasuk di Facebook," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu berkata kerajaan juga diminta bertegas terhadap sebarang usaha yang dilihat mencabar kesucian agama Islam di negara ini termasuk dalam soal ajaran sesat, fahaman syiah, pluralisme dan liberalisme.
Katanya sehubungan itu, satu tindakan konkrit adalah perlu untuk merasionalkan keseluruhan kedaulatan Islam di negara ini.
Beliau berkata pihaknya menyarankan agar pembangunan agama Islam melalui institusi masjid dan surau dimakmurkan sebaik-sebaiknya dengan gerakan seluruh negara.
"Kami juga menggesa agar perundangan syariah dan mahkamah syariah terus diperkasakan, baik infrastruktur, pegawai dan perundangan sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi," katanya.
Katanya pelaksanaan prinsip Wasatiyyah merupakan prinsip yang amat sesuai dengan Malaysia sebagai negara majmuk dan dengan jaminan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam pengurusan negara, agama akan dijaga sebaik-baiknya.
"Ini menunjukkan kita UMNO sentiasa menunjangi agama dan meletakkan agama ini setinggi-tingginya. Dengan Maqasid Syariah ini kita akan melihat perubahan berlaku terutama dalam agama.
"Siapa kata UMNO tolak Islam. Siapa kata UMNO tak Islamik. Kita yang dah tunaikan tuntutan Maqasid Syariah. Kita tetapkan perjuangkan, hidupkan Islam itu sendiri. Untuk sempurnakan lebih baik, wasatiyyah digunakan.
"Hak-hak dapat diagihkan sama baik. Namun kesemua perlu ditadbir urus dengan baik dan tepat supaya tidak ada pihak yang boleh mengelirukan," katanya.
Shabudin berkata bagi memastikan Islam di negara ini adalah Islam yang sebenar-benarnya dan agama Islam diperkasakan, pindaan perlembagaan perlu dibuat dengan memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. - media umno- 

bumiyang

Posted: 07 Dec 2013 03:11 AM PST

bumiyang


Gempar!!! Bukti Muhammad Taib Mahmud Songlap Duit RM 21 Billion Terbongkar ???

Posted: 06 Dec 2013 04:30 AM PST

anakbukitgantang says

Posted: 07 Dec 2013 03:02 AM PST

anakbukitgantang says


# Banjir- sebutir permata dari istana Pahang@Instagram Tengku Puan Pahang

Posted: 07 Dec 2013 01:57 AM PST

Musibah datang membawa hikmah-Di kala kesusahan ini rakyat dapat melihat siapa yang benar -benar membantu. Di tengah banjir tersebut Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Maimunah Ibni Al Marhum Sultan Iskandar (Johor) sanggup mencemar duli membantu membantu mangsa banjir.

Sikap merendah diri baginda dan membantu memasak makanan buat mangsa banjir di dapur sangat sangat disenangi rakyat baginda.


Setelah penat membantu Tengku Puan Pahang, duduk makan. Tiada pembantu istana, tiada dedayang untuk membantu. Lihat komen semua rakyat terhadap Tengku Puan Pahang:-
 
 
 
 
 


Semua gambar gambar baginda diambil secara candid dan bukan ber "posing" sakan seperti setengah ahli politik yang baru baru ini berdrama di Parliament.

Teguran ikhlas saya kepada 2 ahli politik di bawah:-



Fuziah Salleh MP Kuantan- Janganlah berposing tapi bantulah seperti Tengku Puan Pahang. Anak Raja sendiri turun ke dapur, awak datang hanya duduk duduk sahaja.

Kepada Ibdillah Ketua BMB-di mana foto instagram awak menolong mangsa banjir? Jangan cakap berkokok kokok satu kerja pon tak buat!

Betul komen seorang pembaca-nampaknya golongan istana lebih mulia dan kemulian mereka ditonjolkan dengan keperibadian yang baik , sentiasa membantu dan perihatin dengan kesusahan rakyat.

Sahabat-Gunung

Posted: 07 Dec 2013 01:29 AM PST

Sahabat-Gunung


ATM & Bantuan Banjir Di Rompin

Posted: 06 Dec 2013 10:15 PM PST

Penghantaran bantuan kepada mangsa banjir bagi penempatan orang asli di Rompin. Bantuan diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kemunting dan dihantar terus menggunakan pesawat EC 725.





Perkaderan UMNO Penting Lahirkan Lebih Ramai Pemimpin Pelapis

Posted: 06 Dec 2013 08:10 PM PST

Perkaderan UMNO penting dan kita perlu jelas, bahawa ini adalah usaha UMNO untuk meneruskan kesinambungan untuk melahirkan pemimpin muda untuk jadi pelapis dan ahli-ahli yang baru untuk diserap sebagai tunggak di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat tertinggi, ujar Datuk Sohaimi Shahadan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Saya melihat bahawa selepas ini, Datuk Seri Najib selaku Presiden parti akan berbincang dan barangkali akan mengeluarkan satu garis panduan kepada kita, apa yang sebenarnya kita kena buat.

Yang pertama, pemimpin kita kena gilap, yang kedua kita kena cari dan ambil mereka yang berkualiti ini, yang mempunyai nilai tambah utuk bersama-sama dengan kita dalam parti untuk memperkasa dan memperkuatkan parti," ujarnya.

Di samping itu, orang-orang muda ini kita gilap, kita masukkan unsur-unsur pimpinan yang bagus yang boleh memberikan kekuatan kepada UMNO supaya mereka boleh menyumbang kepada parti dan akhirnya dilihat pemimpin unggul ataupun barisan pelapis.

"Jadi perkaderan ini tidak boleh dibiarkan berkembang secara rawak atau dibiarkan begitu sahaja supaya 'asal ada' atau `seperti melepaskan batuk di tangga' tetapi perlu disusun. Maka UMNO ini sebagai parti yang berakar umbi, parti yang merakyat jadi perkaderan ini perlu dimulakan di peringat bawah dan pemimpin yang baik adalah pemimpin yang melahirkan lebih ramai pemimpin di bawah mereka.

Dalam hal ini, jika kita tengok, pimpinan-pimpinan baru dan muda yang perlu kita ketengahkan, kita jangan takut dan kita kena keluarkan. Ini kita kena konsisten, perancangan UMNO ini perlu dibuat bertahap-tahap, satu tempoh masa yang amat panjang dan ada matlamat yang kita sasarkan, ada objektif yang boleh kita capai dan ada tempoh yang boleh kita jadikan sebagai penentuan kejayaan kepada usaha-usaha perkaderan dalam UMNO ini.


Sebab itu, saya sambut baik dan menyokong usaha perkaderan ini, UMNO perlu dilihat menjadi satu institusi yang melahirkan pemimpin-pemimpin hebat, yang baru dan berwibawa, yang mampu untuk meneruskan kesinambungan supaya UMNO terus relevan sepanjang zaman, dikagumi dan dihormati," tambahnya lagi.

RAPERA ..

Posted: 07 Dec 2013 01:13 AM PST

RAPERA ..


Rest in Peace Nelson Mandela

Posted: 06 Dec 2013 02:07 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Dec 2013 01:11 AM PST

Taipingmali (tm)


Gajah sama gajah belaga, pelanduk mati tersepit

Posted: 06 Dec 2013 09:34 AM PST

Kemalangan jam 4.45ptg di Lebuhrraya Sg Besi - JB, di antara persimpangan Senawang ke Pedas (menghala selatan). Melibatkan 6 buah kenderaan;

1. Lori Tangki (penyebab)
2. Bas Ekspres (driver mati)
3. Motosikal (patah kaki)
4. Myvi (2 mati, baby cedera parah)
5. MPV Teksi
6. Lori Trelar

Kerja2 mengeluarkan mangsa dan mengalih kan kenderaan masih dilakukan dan kesesakan sepanjang 8km di kedua-hala ketika ini. Harap pengguna lebuhraya membuat lencongan utk ke selatan dan utara.

NAJIB BERJAYA TRANSFORMASI UMNO KEPADA PARTI RAKYAT

Posted: 06 Dec 2013 09:12 AM PST

UMNO semakin pulih daripada masalah persepsi bahawa ia hanyalah sebuah 'parti kampungan' yang bertapak di kawasan luar bandar sahaja.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membawa UMNO ke tahap yang lebih diyakini rakyat.

Program transformasi yang di bawa oleh beliau bukan sahaja ke dalam pentadbiran negara dari segi sistem penyampaian dan ekonomi tetapi juga dalam bentuk politik.

Orang kata jika hendak menunjukkan contoh yang baik hendaklah bermula dengan dirinya sendiri dahulu.

Begitu juga dengan UMNO sebagai parti pemerintah yang sudah melangkaui usia 67 tahun.

Sudah tentu persepsi masyarakat terutamanya pihak pembangkang akan mengeksploitasi isu umur parti sebagai faktor ia sudah 'nyanyuk', 'tua' atau 'tidak relevan' lagi.

Dalam kes UMNO walaupun ia sudah wujud hampir tujuh dekad, ia adalah parti yang memerintah negara sejak era Merdeka.

Malah sebelum negara mencapai kemerdekaan, UMNO bersama rakan politik MCA dan MIC sudahpun aktif di dalam arena politik negara di bawah pentadbiran Inggeris.

Hakikatnya di peringkat pusat UMNO tidak pernah menjadi pembangkang walhal parti-parti lama seperti Pas tidak pernah mengecapi kuasa sejak ditubuhkan.

Hanya seketika sahaja apabila ia bersama Barisan Nasional dari tahun 1974 hingga 1977.

Apatah lagi parti seperti Dap dan PKR yang masih muda belia, tidak pernah ada pengalaman mentadbir sebuah negara.

Ketiga-tiga parti tersebut hanya berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri sahaja selama ini.

Tetapi UMNO bukan sahaja berterusan memerintah Malaysia sebagai kerajaan pusat tetapi juga di kebanyakan negeri.

Ini bermakna UMNO sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman mengendalikan pemerintahan negara berdasarkan kepada sistem demokrasi berparlimen berbanding mana-mana parti politik lain.

Pepatah Inggeris ada mengatakan 'old is gold' atau umur adalah emas yakni dari segi pengalaman.

Bagaimanapun usia 67 tahun tidak menjadi penghalang bagi UMNO untuk terus meremajakan dirinya dengan tujuan untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman.

Sesebuah parti akan terus relevan dan mendapat keyakinan rakyat sekiranya ia berjaya membuat perubahan atau 'adjustment' yang menguntungkannya.

Apabila Datuk Seri Najib mengatakan UMNO adalah 'Parti Rakyat' ini mengukuhkan kedudukan parti bukan sekadar institusi politik yang berjuang hak bangsa Melayu tetapi juga melindungi hak orang bukan Melayu.

Inilah yang menjadi kekuatan UMNO selama ini kerana rakyat tidak melihatnya sebagai sebuah parti rasis seperti Dap tetapi parti berteraskan perjuangan Melayu yang agendanya meliputi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

Perubahan besar yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO adalah transformasi proses pemilihan pucuk pimpinan parti dari bawah hingga tertinggi.

Anggota parti telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk menjayakan usaha perubahan dalaman parti dan hasilnya semuanya berjalan dengan lancar sekaligus membuktikan UMNO adalah parti yang mampu membuat transformasi yang ampuh.

Kini UMNO bertambah mantap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan sebagai presiden beliau telah memberi tugas yang amat berat berat kepada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU14.

Setiap saat mulai sekarangan tidak boleh dibuang dengan sia-sia dan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan jentera dan gerak kerja parti.

Ahli-ahli UMNO juga perlu sentiasa bersiap siaga melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu yang relevan khususnya berkaitan teknologi maklumat bagi memastikan kemenangan UMNO-BN yang lebih besar lima tahun akan datang.

Kemenangan akan dikecapi sekiranya semua faktor disiplin, ilmu, pengurusan mantap serta perpaduan menjadi adunan sebati di dalam UMNO.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI DAP DI MASJID EXPO

Posted: 06 Dec 2013 09:06 AM PST

7.12.2013 merupakan tarikh yang tidak pernah dilupakan sampai bila-bila kerana tarikh itu merupakan tarikh keramat dimana MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI DAP.Tapi yang peliknye kenapa buat majlisnkhatan di masjid expo kenapa tak buat majlis khatan di masjid daerah dalam parlimen taiping.Adakah kampung expo kubu kuat PAS suatu ketika dulu, tapi sekarang tidak lagi.Kubu kuat DAP hanya di Aulong dan Pokok Assam saje, tempat tak kuat.Adakah program ini sebagai satu muslihat atau psikologi sahaje.Orang Melayu tak perlu tertipu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Mahu Dialog Dengan BN, Untuk Halang Usaha Muzakarah Pas

Posted: 06 Dec 2013 07:56 AM PST

 

Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru," ," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

 

Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik, tidak kurang juga ada yang mengatakan sebaliknya.

 

Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya, kenyataan itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak. Ini kerana seperti yang diketahui, selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu, ramai telah mula meninggalkannya.

 

Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Contoh paling ketara, apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan Anwar.

 

Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin mengecil.

 

Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk Pas bermuzakarah secara berasingan dengan Umno, kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.

 

Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

 

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

 

Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.

 

Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

 

Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?

 

Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengusulkan perkara ini sejak dulu lagi. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, majoriti perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar. Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak dilakukan.

 

Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar semata-mata dan tidak seharusnya dilayan, biarlah ia berlalu begitu sahaja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANTARA KON KESELAMATAN DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN

Posted: 06 Dec 2013 02:09 AM PST

Kejadian ini dirakam semasa krew TM berada di parking Hospital Taiping.Dimana mentaliti pengguna parking yang mementing diri sendiri sehingga menyebabkan semua pengguna parking mengalami kesulitan.Diharap pihak pengurusan Hospital Taiping dapat menangani masalah ini

Published with Blogger-droid v2.0.10

Misi bantuan kemanusian ke Pantai Timur

Posted: 06 Dec 2013 01:16 AM PST

Pas kata Bn tak ambiltahu, mb Pahang tak turun, mb Ganu tak tutun, mana puak- puak Pas tahu sebab depa tak tengok Tv 1, tv3 dll. Otak jadi otak beku basi.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Dec 2013 11:22 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Alhamdulillah, Melaka Bebas Banjir Sebentar Tadi. @najibrazak @banjir2013 #pray4mangsabanjir

Posted: 06 Dec 2013 09:37 PM PST

Blogger Melaka melaporkan bahawa pusat pemindahan banjir di negeri tersebut ditutup sebentar tadi.

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR DITUTUP, MELAKA BEBAS BANJIR..


gambar lama
Pengesahan dari Pegawai Bilik Gerakan Bencana Negeri telah mengesahkan bahawa pusat pemindahan banjir di Sk Parit Penghulu, Sg Rambai telah ditutup pada jam 1 petang.

Sumber : http://aloqlaloq.blogspot.com/2013/12/pusat-pemindahan-banjir-ditutup-melaka.html

*Semoga negeri-negeri lain turut pulih dari bencana ini.

Imam Masjid Haram Puji Malaysia

Posted: 06 Dec 2013 06:10 PM PST


*Malaysia terus dapat pengiktirafan luar.

DESAKAN KEPADA YB KJ, TUKAR PENGERUSI MEDIA BARU, CARILAH YANG BERPENGALAMAN

Posted: 06 Dec 2013 07:11 AM PST

Beberapa perkara yang berlaku ke atas Pemuda UMNO amat tidak baik kepada pergerakan tersebut malah akan memberikan kesan yang buruk kepada UMNO dan Presiden UMNO. Lihatlah, Presiden UMNO sendiri memberi kredit kepada Pergerakan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti, bukannya Pemuda UMNO.

Isu Pengerusi Biro Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO yang baharu mesti diselesaikan dengan kadar segera. Ini zaman siber, kelewatan akan memberi peluang kepada musuh untuk menyerang dan ketawa terbahak-bahak. Dia kata hendak mula bulan Januari, nampak sangat kelemahan, kelewatan, tiada wawasan, tiada look forward dan tiada perancangan.

Saya meneliti ucapan pertama beliau, dan kesimpulan pertama saya ialah serasi dengan aktivis blogger UMNO/BN yang lain bahawa beliau sebenarnya tidak sesuai memegang jawatan itu. 

Pertama, apakah pengalaman beliau di dalam perjuangan media siber. Adakah sesiapa mengenalinya sebelum ini? Adakah dia mempunyai blog yang memaparkan tulisan (idealisma) terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara ini? Jika hanya sekadar gambar-gambar dan sedikit caption itu budak sekolah Tahun 5 pun boleh buat! 

Saya sendiri tidak pernah dengar nama dia, nasib baiklah dia masuk dalam line up YB khairy Jamaludin, jika tidak saya yakin dia tidak akan ada di dalam list Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

YB Khairy Jamaludin adalah seorang penulis sebelum ini, Tun Faisal sendiri mempunyai blog dan idea-idea beliau diterjemah juga di dalam debat dan wawancara, Dr. Norwandi turut memiliki blog dan idealisma beliau boleh dilihat dalam talk shaw dan sebagainya. Cukup sekadar tiga nama itu, tidak perlu saya mendedahkan siapa dia blogger UMNO yang lain kerana kita mempunyai kerahsiaan yang tinggi tetapi kami memiliki perasaan perjuangan yang sama.

Instagram hanya sebuah tool yang kerdil di dalam teknik solution yang tidak berkapasiti besar. Ianya umpama sebuah album gambar yang kita bawa kemana-mana dan tunjukkan kepada rakan-rakan. Tiada idealisma di dalam instagram melainkan hanya sebuah aktiviti kecil dalam siber trooper.

Jika ada 1000 manusia seumpama Ibdillah di dalam UMNO, pasukan Red Bean Army hanya perlu sediakan 3 orang tentera siber mereka sahaja untuk menewaskan 1000 orang itu.

Peperangan di alam siber tidak boleh one man show, jika tidak kamu akan mati lebih awal. Cyber war bukan setakat blog, FB, tweeter, Instagram, Komuniti Siber, Kampung Siber, portal, whatapps, emel, sms tetapi turut meliputi sebuah gagasan yang luas dan besar, di dalam negara dan di luar negara, di dalam kerajaan dan di luar kerajaan, di dalam parti dan di luar parti.

Jika kamu ahli politik yang baharu merangkak, dan kamu bercakap tentang mengkoordinasikan UMNO Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan, saya yakin kamu akan tewas dan gagal. Itu namanya retorik politik. Tiada nilai, idea itu orang akan ketawakan. Tetapi, kepada Pakatan Rakyat mereka gembira kerana UMB sekarang mempunyai seorang ketua yang kurang berilmu dan kurang pengalaman di dalam peperangan di alam siber.

Kamu bercakap tentang masa tetapi apakah kamu tahu betapa pentingnya pemacu itu seorang yang right time, right person, right condition. Bagaimana pula kamu hendak serang musuh secara bersepadu, berskala besar, berimpak besar dan memberi kesan besar jika pemikiran kamu kelihatan sangat kerdil, kecil dan seperti kebodohan.

Soalan mudah saya, adakah kamu mengetahui berapa orang penulis di dalam The Unspinner dan AIDC? Tahukah kamu siapakah mereka di dalam Blog House? Kamu tahukah berapa ramai orang di dalam kumpulan NadiRakyat? Adakah kamu mengenali siapa dia di dalam Sarawak Report? Adakah kamu mempunyai ciri-ciri Investigator? Kamu tahukah siapa dia pemilik The MOLE dan Mynewshub. Kamu tidak boleh mengenepikan mereka begitu sahaja kerana mereka adalah pemain yang penting di dalam siber war di Malaysia.

Kamu sedarkah mereka semua mempunyai rangkaian yang berangkai-rangkai, berselirat di dalam FB, Tweeter, Blog dan sebagainya. Kamu pergi belajar dan mendengar pengalaman Papagomo, Tun Faisal, Panglima Perang Siber, HousePK dan lain-lain. Atau kamu boleh belajar dengan saya bagaimana boleh mendapat USD1000 hingga USD3000 sebulan dengan hanya berblog. Dengan itu kamu tidak perlu memberi elaun bulanan kepada mereka!

UMNO BUKAN MILIK SDN BHD
Kamu tidak boleh marah kepada saya, UMNO bukan milik kamu, ahli berhak mempertikaikan kredebiliti kamu dalam hal ini. Saya menasihati kamu berundur dan belajar semula. Jika kamu ingin mempertahankan diri, bentangkan resume kamu, supaya penilaian yang lebih adil boleh diberikan jika kamu rasa kamu tidak diadili dengan betul.

Jika kamu bercakap dengan air liur, kamu akan kehabisan air liur kamu dan tidak ada seorang pun pejuang siber yang akan bersama kamu. UMNO adalah parti politik, politik adalah medan musuh menyerang kita, kita tidak boleh mengecilkan skop serangan politik kepada 50%. Itu pandangan gila namanya. Kita hanya ada politik (kuasa) sahaja untuk dipertahankan sekarang, ekonomi kita sudah menjadi pengguna, pengikut dan kita seringkali dieksploitasi dalam bidang ekonomi juga sosial.

Saya belum lagi bercakap soal dasar dan isu-isu keselamatan di peringkat global dan ASEAN. Jika UMNO mahu kelihatan relevan, kita harus menguasai isu ini. UMNO mesti ke hadapan. Tidakkah kamu sedar parti PAP yang menguasai Singapura sudah bersedia lebih awal dengan menguasai contohnya google, malah agensi perisikan negara mereka terlatih oleh Israel. Saya belum lagi bercakap tentang utiliti, teknikal, solution dan sebagainya. Tidak mengapalah nanti kamu pening lalat.

Kepada YB Khairy Jamaludin, nasehat saya carilah pengganti yang lebih diyakini oleh masyarakat siber dan lebih berpengalaman. Mengapa melantik budak yang baharu merangkak! Sangat memalukan kepada UMNO yang berusia 67 tahun ini. 

Dapatkan Maklumat Terkini Dari Twitter @Banjir2013 . #pray4pantaitimur #pray4kuantan

Posted: 06 Dec 2013 04:30 AM PST

Dapatkan info terkini banjir yang berlaku dari akaun twitter ini :
https://twitter.com/banjir2013

Pemilik akaun ini agak rajin mengumpulkan gambar-gambar dan info terbaru mengenai bencana banjir yang berlaku.


*Jangan lupa untuk follow akaun tersebut untuk pengguna twitter.

Video Banjir Kuantan Hari Ke-3 Jadi Bukti. Betul Ke Agensi Kerajaan Tak Buat Kerja @fuziah99 ? @najibrazak @Zahid_Hamidi

Posted: 06 Dec 2013 02:01 AM PST

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menuduh bahawa agensi Kerajaan tidak bantu mangsa banjir. Betul ke?

Mari kita tengok video ini.



Jabatan Pertahanan Awam bukan agensi Kerajaan ke?


The Unspinners

Posted: 06 Dec 2013 11:20 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Dec 2013 11:17 PM PST

Panglima Perang Cyber


Bedilan Blogger kepada @Ibdil @khairykj Cecah 31 Das enggan minta maaf - Jangan Tunggu Presiden @NajibRazak Masuk Campur

Posted: 06 Dec 2013 07:24 PM PST



Isu Saudara Ibdillah Ishak Pengerusi Biro Media Baru yang baru dilantik dan baru juga 'dibedil' bertalu-tali oleh Blogger dan juga facebooker kerana dia baru sahaja menghancurkan perasaan pemain media sosial yang banyak berkorban demi parti gara-gara tuduhannya kepada kami yang tidak buat kerja jika tidak ada wang semakin hangat nampaknya.


Kita sedar beliau masih baru mungkin tersilap bicara dan perkara ini kami suarakan kepada seorang MT Pemuda akan perkara tersebut semalam.

Namun jika silap maka mintalah maaf. Jangan benarkan keegoan mengatasi kesilapan kerana ia tidak mampu menarik minat masyarakat Melayu Islam Umno !

Kecuali di Amerika atau England lain cerita.

Terkini pada 7.12.2013 sudah ada 31 blog pro kerajaan mengkritik beliau secara terang-terangan.

Jika tuduhannya benar sudah tentu kami tidak kisah dan diamkan diri sahaja namun apabila ia satu kenyataan liar maka kami fikir beliau perlu menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Menariknya, wartawan stesen Tv terkenal, Mazidul Akmal Sidek turut membuat kritikkan pedas terhadap bahasa Melayu beliau yang tunggang panggang selain mempertikaikan kredibiliti 'Raja Instagram' diatas perlantikkannya  sebagai pengerusi BMB.

Adakah pemimpin seperti ini jadi kebanggaan KJ?

Sekarang 31 blog sudah 'membedil' Ibdil dan nampaknya tak ada lagi permintaan maaf.

KJ pun macam tak ada respon je dan seolah-olah gembira dengan apa yang berlaku.

Memang benar KJ sering diserang Blogger namun jangan kerana itu beliau seakan mahu membalas dendam dan 'membuang' semua pemain media sosial dengan cara seperti ini

Adakah 300 tentera Red Bean Army sukarelawan ? Adakah anda tahu berbelas ribu sukarelawan mereka kumpul ? Apa cerita BNYCT ? Khabarnya ramai kecewa.

Nampak macam Ibdil memang budak yang sangat taat kepada KJ sampai sombong untuk minta maaf atas kenyataan beliau.

Jika begini maknanya Umno akan semakin dimalukan apabila pemimpin pemuda tidak mahu memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan sombong kepada cybertrooper yang selama ini hidup penuh kesusahan demi parti. Cerita mereka saya tahu.

Jika dibiarkan saya risau gelombang kemarahan semakin besar nanti. Seperti banjir yang terlalu kuat ia bisa menenggelamkan apa dan siapa sahaja.

Harap tidak ada lagi bedilan kepada Ibdil mahupun KJ sendiri lepas ini. Kita berani menegur kerana sayang Umno bukan seperti pencacai parti pembangkang yang takut menegur pemimpin mereka walau jelas kesilapan yang dilakukannya.

Senarai 31 blog dimaksudkan dibawah.

http://mymassa.blogspot.com/2013/12/tanyaibdil-ibdil-adakah-lifestyle-anda.html?m=1

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/11/instagaram-addictbiar-betul-kharykj.html?m=1
http://

medantempurkedah.blogspot.com/2013/12/tanyaibdil-kenyataan-ibdil-diputar.html?m=1

http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/siapa-mamat-paling-glamer-pau-2013-ni.html?m=1

http:/gelombangkick.blogspot.com/2013/12/najibrazak-dengar-khairykj-jawab-betul.html?m=1

http://theflyingkick.blogspot.com/2013/12/ibdillah-ishak-rupa-rupanya-ketua.html?showComment=1386150451893&m=1

http://taipingmali.blogspot.com/2013/12/bmb-ibdillah-vs-bloggers.html?m=1

http://daengselili.blogspot.com/2013/12/khairykj-tunfaisal-najibrazak-ini-bukan.html?m=1

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/12/kenyataan-pengerusi-bmb-bakal-bikin.html?m=1

http://riziqin.blogspot.com/2013/12/link-blog-blog-yang-menangkis-kepoyoan.html

http://www.penembak-tepat.com/2013/12/repost-mymassa-tanyaibdil-ibdil.html

http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2013/12/malas-nak-buka-akaun-instgram-tapi-nak.html

http://headbomb.blogspot.com/2013/12/hah-lifestyle-lah-sangat-sepatah-haram.html

http://zmsegamat.blogspot.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html

http://www.1peluru.com/2013/12/lifestyle-cara-cara-memasak-nasi-ayam.html

http://bela-13.blogspot.com/2013/12/11-dalilmengapa-ibdil-lebih-popular.html

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/12/pengerusi-bmb-ppum-jangan-pandang.html

http://aktivispendangjr.blogspot.com/2013/12/pertama-kali-aku-terluka-dengan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2
013/12/kurangkan-politik-tentera-maya-hingga.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

http://jendelamy.blogspot.com/2013/12/tanyaibdil-apa-maksud-kenyataan.html

http://truthvaccine.blogspot.com/2013/12/pau2013-pra-sekolah-intensif-media.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

http://tenteramaya.blogspot.com/2013/12/pau2013-tanyaibdil-pengerusi-bmb-ibdil.html

http://harapan-esok.blogspot.com/2013/12/tips-memilih-topi-untuk-lelaki-sejati.html\

http://theunspinners.blogspot.com/2013/12/idli-masih-novice-diam-dengar-belajar.html

http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/pengerusi-biro-media-baru-di-geng-bang.html

http://waklongman.blogspot.com/2013/12/kemas-kini-terakhir-entri-blog-milik.html

http://matkilaupenang.blogspot.com/2013/12/video-permohonan-maaf-ibdil-pengerusi.html

http://justread-whatever.blogspot.com/2013/12/an-asshole-in-pemuda-umno.html

http://bumiyang.blogspot.com/2013/12/panglima-perang-maya-umno-hadapi.html

http://lamanizzs.blogspot.com/2013/12/video-ibdil-ajak-pengamal-media-pro.html

http://www.mazidulakmal.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html?m=1

Sent from my iPhone


myMetro | Dua maut kemalangan enam kenderaan di PLUS Arah Selatan

Posted: 06 Dec 2013 07:02 AM PST


SEREMBAN: Seorang pemandu bas ekspres dan penumpang kereta maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk lori, kereta dan motosikal di Kilometer 244.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Mangsa terkorban, pemandu bas berasal dari Singapura, Ahmad Zaki, Kassim, 36, manakala penumpang kereta, Rasidah Abdul Latip, 30, dari Bandar Jengka Pahang.

"Tiga mangsa tersepit membabitkan lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Seorang penunggang motosikal patah kaki manakala penumpang teksi jenis Toyota Innova seramai empat orang terselamat," katanya ketika dihubungi petang tadi. 

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Rembau terbabit dalam operasi menyelamat dengan dibantu anggota bomba bermotosikal membabitkan keseluruhan 14 orang. 

Sumber 


Gambar dari whatsapp :









Kesesakan sejauh 8 km akibat kemalangan. Menurut info dari rakan.

Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 06 Dec 2013 11:10 PM PST

Belantan


Kaji semula hubungan dengan Singapore, rakan yang tidak boleh dipercayai?

Posted: 06 Dec 2013 06:40 PM PST


Malaysia sudah seharusnya dengan serius mengkaji semula hubungan baiknya dengan negara kiasu Singapura yang tidak pernah berniat baik terhadap kita. Dia sentiasanya mahu menggunakan kita untuk kepentingannya sahaja.

Pendedahan terakhir bahawa ia berterusan mengintip negara ini menunjukkan betapa tidak ikhlasnya pulau sekangkang kera itu terhadap kita yang ia sering sahaja mahu memperbodohkan sebagai kekampungan berbanding dengannya sebuah masyarakat yang kononnya amat sophisticated dan berkebolehan.

Tidak lagi memadai dengan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tingginya di sini untuk memberi penjelasan mengenai kegiatan pengintipannya itu.

Tidak juga memadai bagi Pesuruhjaya Tingginya itu hanya memberi jaminan akan menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap tindakan bermusuhannya itu kepada kerajaannya.


Malaysia juga sudah sepatutnya bukan sahaja menyatakan kebimbangan terhadap perlakuan tidak bertamadun pulau itu terhadap negara jiran terdekatnya tetapi sudah pun membantahnya dengan sekeras-keras nya kalau pun tidak mengusir Atase Pertahanannya pulang.

Kita juga sudah sepatutnya tidak lagi perlu bergantung kepada negara itu misalnya mengenai penguasaan ruang udara kita sendiri.

Malangnya, kelemahan kita sendiri jugalah yang menyebabkan berterusannya pergantungan kita terhadap pulau itu. Misalnya penguasaan ruang udara kita di atas ketinggian 29,000 kaki masih di kuasai Singapura. Kenapa hal begini pun dibiarkan berterusan?

Apakah kerajaan tidak sedar hal ini dengan mengambil segala langkah untuk tidak lagi perlu bergantung dengan negara itu.

Dan kini ruang udara di atas sesetengah kawasan di Johor dan Pahang walau pun di bawah 29,000 kaki masih dikuasai pihak trafik udara Singapura. Kenapa hal ini di biarkan berterusan hingga negara itu tahu pergantungan kita terhadapnya?


Kenapa kita mahu berterusan bergantung kepada sebuah kerajaan yang sering bersikap sombong dengan kita. Kita sudah sepatutnya berusaha memperbaiki segala keperluan sendiri supaya tidak perlu lagi bergantung dengan orang lain khususnya pulau yang begitu kiasu itu.

Kini kerana kelemahan kita sendiri juga, Pulau Batu Putih sudah pun hilang ke tangannya dan dengan itu ia kini sudah mem bina segala peralatan radar canggih di atas pulau itu hingga ia kini sudah boleh memantau segala pergerakan di selatan semenanjung sehingga ke Pahang.

Malangnya, terdapat pula dalam kalangan orang kita sendiri yang mudah di pengaruhi baik dengan wang ringgit atau pelbagai macam perlakuan rasuah lain untuk memberi pelbagai laluan bagi kepentingan pulau itu.

Kini sudah tiba masanya kita melihat kembali hubungan dengannya supaya semua bentuk hubungan kita dengannya memihak kepada kita. Ini bermakna kita sendiri harus sudah boleh bertanggung jawab terhadap segala apa yang berlaku dalam negara ini baik di darat, laut mahu pun di udara. Apa-apa pun kelemahan sepatutnya sudah ditangani supaya kita sendiri sudah boleh berdikari dengan kemampuan sendiri.


Kita tidak harus memberi sebarang ke longgaran lagi kerana kelemahan sendiri jugalah telah dipergunakan pulau itu untuk kepentingannya. Misalnya, ,perjanjian jualan air kepadanya yang diwujudkan sejak penjelajahan dahulu juga patut disemak kembali dengan telitinya supaya tidak ada peruntukan menguntungkannya sahaja hingga boleh men jejaskan kepentingan kita.

Semua bentuk hubungan kita dengannya harus memihak kepada kita. Kemudahan yang kita telah berikan kepadanya untuk membina loji rawatan air di Kangkar Tebrau dan Kota Tinggi juga perlu disemak kem bali.

Kita juga mengetahui pulau itu sentiasa saja memegang kepada apa-apa pun perjanjian dengannya mengikut apa yang telah dinyatakan dalam hitam putih dan kita juga perlu membalasnya demikian.

Semua perjanjian yang ada dengannya perlu diteliti kembali untuk menentukan kepentingan kita sentiasanya terpelihara. Ini memerlukan pegawai yang mewakili negara ini dalam segala bentuk rundingan dengannya perlu mempunyai semangat nasionalis tulen dan sentiasa bersikap me letakkan kepentingan negara atas segalanya supaya hak dan kebaikan kita tidak terjejas atau dikompromikan dan bukannya pegawai yang bersimpati dengan negara itu.


Sesiapa sahaja yang tidak mahu men dokong kehendak dan kepentingan negara ini harus diketepikan dan mereka ini di minta berhijrah sahaja ke negara kiasu sanjungan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan penghijrahan puak begini.

Tidak berapa lama dahulu negara ini memutus untuk mengharamkan terus jualan pasir kepada negara itu. Malangnya hingga kini pun masih ada anasir yang melanggar peruntukan itu.

Dikatakan hingga kini masih ada tongkang yang membawa pasir ke pulau itu dari Perak. Puak-puak pengkhianat ini perlu di kenakan hukuman seberat mungkin supaya tidak akan berlaku lagi hal demikian ini.

Suara Politik
Belantan

Bekas calon PKR saman Hadi Awang?

Posted: 06 Dec 2013 03:16 AM PST


Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Mohd. Shamsul, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Menurut plaintif, Abdul Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam pakatan pembangkang.

"Kawasan pilihan raya DUN Bukit Besi tempat saya berdaftar untuk bertanding juga merupakan satu tempat calon Pas telah diletakkan untuk bertanding.

"Maka tuduhan dan kata-kata Abdul Hadi yang berunsur fitnah tersebut merujuk secara langsung kepada plaintif dan membawa maksud plaintif yang merupakan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda," dakwa plaintif.

Dakwanya lagi, tuduhan Abdul Hadi yang dinamakan sebagai defendan telah tersebar luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara meluas.

Perkara itu, dakwa beliau, memberi gambaran plaintif adalah seorang yang tidak bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti, bergiat dalam jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penduduk.

Berikutan itu, plaintif telah membuat laporan polis pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut perintah injunksi terhadap defendan daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang berunsur fitnah terhadapnya.

Dalam PRU-13 yang menyaksikan persaingan tiga penjuru itu, Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi manakala calon Pas, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd. Shamsul cuma memperoleh 52 undi.

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Dec 2013 09:34 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO : BALIK-BALIK GLC . PENOLAKAN MELAYU DI LEMBAH KLANG MANA SOLUSINYA WAHAI PERWAKILAN ?

Posted: 06 Dec 2013 03:54 AM PST

PenangWasabi

Posted: 06 Dec 2013 09:05 PM PST

PenangWasabi


Pemecatan saya tidak adil - Norman?

Posted: 06 Dec 2013 03:27 AM PST


Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha mempertikaikan ketelusan Pas apabila parti itu tidak berlaku adil ketika mengambil keputusan memecatnya sebagai ahli parti pada 25 Ogos lalu.

Tegasnya, proses pemecatannya itu tidak mengikut prosedur parti serta kaedah keadilan di dalam Islam apabila beliau langsung tidak diberi ruang untuk membela diri.

Ujar Norman, beliau hanya mengetahui berita tentang pemecatannya itu melalui satu kenyataan di dalam harakahdaily bertarikh semalam (3 Disember 2013), walaupun tarikh pemecatannya itu telah berlaku lebih tiga bulan lalu.

"Seandainya tarikh pemecatan itu berlaku pada 25 Ogos 2013 dan saya hanya mengetahuinya melalui kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di dalam harakahdaily bertarikh 3 Disember 2013, maka tempoh 30 hari yang terkandung di dalam Perlembagaan parti untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut juga telah dinafikan.

"Saya juga dimaklumkan perkara yang sama turut berlaku ke atas bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

"Tidak mustahil perkara sama juga bakal berlaku ke atas Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan Pas Selangor," katanya di sini hari ini.

Untuk rekod, Norman merupakan ahli Pas sejak 1992 dengan nombor keahlian 332686.

Norman berkata, beliau juga tidak menerima surat yang didakwa oleh Mustafa telah dihantar melalui Poslaju keesokan harinya berhubung pemecatannya itu.

"Mengikut kaedah Poslaju, seseorang itu perlu menandatangani pada surat berkenaan tanda penerimaannya. Saya meminta Setiausaha Agung (Pas) untuk membuktikan bahawa dakwaan beliau itu benar.

"Saya juga meminta Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil perhatian serius mengenai kecuaian yang telah dilakukan oleh Setiausaha Agung (Mustafa. Jika perkara ini diadukan kepada Pendaftar Pertubuhan ia mungkin akan membawa masalah kepada Pas," ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Norman turut menjelaskan dua bulan lepas beliau telah menghubungi Setiausaha Pas Selangor bertanyakan isu yang sama selepas kedengaran desas-desus beliau akan dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin parti.

"Namun beliau menyatakan bahawa saya sudah lama dipecat walaupun tiada salinan surat pemecatan yang saya terima di peringkat negeri setakat ini. Saya meminta beliau memastikan hal tersebut.

"Apabila timbul kes Ustaz Mohammad Kazim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mustafa telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mohammad Kazim telah dipecat daripada parti pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 25 Ogos 2013, bersama sama tiga individu lain termasuk saya," kata Norman.

Turut menimbulkan kehairanan, kata beliau, sebelum itu terdapat kenyataan oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Sinar Harian Online berhubung tarikh pemecatannya.

"Tuan Ibrahim berkata pemecatan itu dibuat pada bulan Mei 2013 selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Masalah yang timbul, mengapa ada dua tarikh pemecatan yang berlainan?" soalnya.

Penang Wasabi..

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Dec 2013 03:02 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Foto seksi terkini adik pembaca berita TV1, Ninie Rahman

Posted: 06 Dec 2013 03:01 PM PST

Suriani Abdul Rahman dan Ninie Rahman (gambar bulat) pernah mencetuskan kontroversi
Mungkin tidak ramai yang mengenali adik perempuan penyampai berita TV1, Suriani Abdul Rahman, yang dulunya pernah menimbulkan kontroversi kerana didakwa memakai rantai salib dan tampil terlalu seksi.

Ironiya hari ini, nama Ninie Rahman kembali sebutan beberapa blog tempatan. Admin sendiri cukup tertarik dengan penampilan Ninie selepas melihat gambar dan membaca post rakan blogger tentang dirinya.

Untuk pengetahun, Ninie merupakan seorang model sambilan yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Beliau pernah menjadi hos bagi Kelab Remaja Angkasapuri di RTM2 pada tahun 2000.

Di bawah ini admin kongsikan gambar-gambar terkini Ninie Rahman yang cukup seksi dan bakal menawan hati si lelaki pada pandang pertama.
Sumber

Jenice Lee saman DAP, mohon deklarasi keahlian

Posted: 06 Dec 2013 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR - Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying Ha hari ini menfailkan saman terhadap DAP, bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau masih anggota parti itu.

Jenice, 33, memfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai defendan.

Jenice dalam pernyataan tuntutannya memohon deklarasi supaya keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001, dikekalkan.

Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada melucutkan keanggotaannya serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Jenice mendakwa pelucutan keanggotaannya oleh defendan, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah.

Pada 5 Jun lepas, Jenice memfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu, bagaimanapun pada 28 Oktober, dia menarik balik saman itu. - Bernama

Isteri tersilap hantar SMS seks kekasih kepada suami

Posted: 06 Dec 2013 02:01 AM PST

London: Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.

Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan "terima kasih" atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.

Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.

SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: "Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin." Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.

Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.

Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. "Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama. "Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya," katanya.

Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu, Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya. Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.

Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada. "Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam," katanya.

Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit. - Agensi

Rompak: Bekas pemain Malaysia dihadap ke mahkamah

Posted: 05 Dec 2013 11:01 PM PST

Gambar hiasan
Johor Bahru: Bekas pemain bola kebangsaan Khushari Karthi Khan Abdullah, 41, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini tadi.

Khushari Karthi Khan atau nama sebenarnya sebelum memeluk islam S Kartihgesu Karti dituduh memiliki pistol, peluru dan harta hasil rompakan berkumpulan.

Hakim Hassan Abdul Ghani tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mengarahkan sebutan semula kes pada 6 Januari depan.

Layanan buruk, Pengarah Kesihatan mohon maaf

Posted: 05 Dec 2013 10:31 PM PST

SEREMBAN: "Saya memohon maaf bagi pihak jabatan atas kejadian itu dan menyifatkan tindakan terbabit seperti seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata demikian selepas menerima aduan di Facebook daripada seorang keluarga pesakit Hospital Jempol, dekat sini, yang tidak berpuas hati tindakan jururawat dan pemandu ambulans hospital itu yang berhenti makan ketika membawa pesakit.

Aduan itu tersebar luas di laman sosial berkenaan selepas pengadu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap jururawat dikatakan bercakap kasar, memberi layanan buruk dan mengumpat pesakit.

Dalam aduan itu, pengadu menyatakan kekecewaan apabila pada jam 11 malam 30 November lalu, pemandu ambulans berhenti di kedai makan untuk menjamu selera selama 30 minit sedangkan ibunya diserang strok dibiarkan sendirian dalam kenderaan.

Menurut aduan, kejadian berlaku ketika ibu pengadu dalam perjalanan dipindahkan dari Hospital Jempol ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, untuk rawatan lanjut.

Zailan berkata, setakat ini, beliau hanya menerima penerangan ringkas dan akan memeriksa secara terperinci.

Menurutnya, dalam isu itu pemandu ambulans serta jururawat tetap disalahkan kerana melanggar peraturan bekerja, namun pengadu difahamkan turut bertindak keterlaluan.

"Saya sebelum itu dimaklumkan pengadu meminta dua jururawat menjaga ibunya sedangkan hospital kekurangan kakitangan dan menerima ramai pesakit menyebabkan permintaannya tidak dilayan," katanya.

Beliau berkata, biarpun begitu, pihaknya akan menegur kakitangan hospital itu, namun tindakan penggantungan tugas tidak dapat dibuat kerana ia bukan kes jenayah.

"Pemandu ambulans tidak akan digantung kerja kerana Hospital Jempol mengalami kekurangan pemandu," katanya.

Kata Zailan, enam hospital dan 46 klinik kesihatan di negeri ini turut terpalit dengan insiden berkenaan walaupun selama ini pihaknya berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

-Harian Metro

Doktor, isteri maki hamun guru didenda

Posted: 05 Dec 2013 10:01 PM PST

Gambar hiasan
PETALING JAYA 4 Dis. - Tindakan seorang doktor memaki hamun seorang guru penolong kanan kerana memaksa dua anaknya mengambil mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 atau penjara 65 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu terhadap Raymond Abd. Rahman Abdullah, 44, selepas dia mengubah pengakuan kepada bersalah hari ini.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap guru tersebut, Lee Huat, 56, dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa di pejabat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, SS14, Jalan SS14/6, Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 2.15 petang, 4 Julai 2012.

Bekas penuntut bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, tertuduh dan isterinya, Marinah Hashim, 39, masing-masing didenda RM500 atau penjara 25 hari selepas pasangan itu mengubah pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat pertanyaan Balai Polis Subang Jaya, kira-kira pukul 8 pagi, 16 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1976 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya manakala kedua-dua tertuduh yang mempunyai lima anak berusia antara sembilan dan 16 tahun, diwakili peguam R. Yoganathan.

Mengikut fakta kes, pasangan tersebut telah pergi ke pejabat sekolah dan meminta guru berkenaan membenarkan dua anak mereka yang belajar di situ mengambil matapelajaran Pendidikan Moral atas alasan mereka gagal dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam dalam peperiksaan pada pertengahan tahun.

Bagaimanapun tertuduh yang berang dengan jawapan guru tersebut bahawa pihak sekolah tidak dapat membantu memandangkan perkara itu adalah melanggar Akta Pendidikan, bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Lee Huat dan menengking pengetua sekolah itu.

Kemudian, lelaki itu keluar dari pejabat itu dan menuju ke bilik darjah anak-anak mereka dan mengarahkan mereka untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral.

(Gambar) Tiga Lamborghini terbakar di lebuhraya PLUS

Posted: 05 Dec 2013 09:32 PM PST

Satu Kemalangan melibatkan 3 buat kereta mewah Lamboghini di Km 260.1 dari Port Dickson menuju ke Seremban.

Menurut info, lorong tengah & kanan terhalang dan trafik sesak.

Tiga Lamboghini tersebut berlanggar sesama sendiri dan mengakibatkan kebakaran yang teruk pada kereta Lamborghini berwarna hitam.

Ketiga-tiga kereta tersebut bernombor pendaftaran Singapura.

Melihat kepada foto kemalangan, kenderaan terlibat daripada model Lamborghini Gallardo.
-Sumber Gambar-DTR Group

Pasangan leka bercumbuan dalam kereta

Posted: 05 Dec 2013 07:17 PM PST

Gambar hiasan
GEORGTOWN: Tindakan sepasang kekasih bercumbuan sambil tubuh wanita berada di atas badan te man lelakinya di tempat duduk penumpang membawa padah apabila mereka dicekup kerana didapati berkelakukan kurang sopan di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin

Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam sepasukan 17 pegawai penguat kuasa Jabatan Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dik Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman A sambil dibantu lima anggota Cawangan Penyias Ketenteraan (CPK).

Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, ketika merapati kenderaan itu didapati seorang lelaki ditemui terbaring di tempat d penumpang bahagian hadapan manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya bera atasnya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu menafikan melak perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat mereka mengaku bercumbu.

"Mereka diberikan notis menghadirkan diri di Pejabat Agama Daerah Butterworth.

"Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

-Harian Metro

Taja Malaysiakini, Gardenia didesak beri penjelasan

Posted: 05 Dec 2013 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.

Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?

Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan Mkini memetik Kim Shin sebagai berkata, syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.

Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.

Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.

FC Ryukyu terpikat aksi Nazmi

Posted: 05 Dec 2013 06:15 PM PST

KETUA pengendali FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa, terpesona dengan aksi dipamerkan anak buah Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan persahabatan yang menyaksikan Malaysia bawah 23 tahun berjaya menjinakkan FC Ryukyu 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kelmarin.

Kelab dari Jepun yang bermain dalam divisyen tiga Liga Jepun (Liga-J) itu, meluahkan hasrat untuk mendapatkan tiga pemain Harimau Muda yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan persahabatan tersebut.

Menurut Satsukawa, beliau amat tertarik dengan persembahan beberapa tonggak utama pasukan muda negara yang dilihatnya mempunyai potensi besar dikembangkan untuk bersaing di Liga-J.

"Saya suka dengan pemain berjersi nombor 21 (Nazmi Faiz), Nombor 11 (Rozaimi) dan Nombor 9 (Tamil Arasu). Mereka bertiga mempunyai kualiti serta amat bagus dan baik sekali.

"Nazmi Faiz memiliki teknik dan kawalan bola yang bagus dan hantarannya tepat. Sentuhan penyudah Rozaimi, begitu tajam dan beliau bijak mencari ruang, manakala Tamil Arasu mempunyai kekuatan badan sangat baik,"katanya.

Namun menurut jurulatih tersebut, posisi yang paling diperlukan buat pasukannya kini bagi menghadapi Liga-J musim hadapan adalah di bahagian tengah.

"Kami kini kekurangan pemain yang bijak di bahagian tengah. Sasaran utama saya ingin mendapatkan Nazmi Faiz," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium MPPJ.

Sebelum ini, kelab itu mempunyai dua pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang direkrut awal tahun ini.

Dalam perkembangan yang sama, pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee menyambut positif, niat baik kelab yang berpangkalan di Okinawa itu untuk memancing anak didiknya.

"Ini sekali lagi membuktikan kualiti dan mutu pemain-pemain muda kita semakin meningkat. Buat masa ini, saya ingin tekankan bahawa fokus utama para pemain saya ialah misi mempertahankan pingat emas di Sukan Sea," katanya.

Sukan Sea: 20 pemain utama disenaraikan Kim Swee

Posted: 05 Dec 2013 06:01 PM PST

PETALING JAYA – Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) Datuk Ong Kim Swee hari ini mengumumkan senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA Myanmar.

Beliau berkata senarai akhir itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan Pengurus Pasukan Datuk Seri Afandi Hamzah, yang merupakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, selain barisan kejurulatihan dan doktor pasukan berkenaan.

Katanya, beliau terpaksa mengetepikan beberapa pemain utama, termasuk pemain sayap Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang dilanda kecederaan pangkal paha dan memerlukan tempoh rawatan antara dua hingga empat minggu.

"Jadi, saya terpaksa mengeluarkan beliau daripada senarai asal saya namun saya masih mempunyai beberapa pemain yang boleh menggantikan tempat beliau seperti D. Saarvindran dan Ashri Chuchu.

"Selain itu, saya juga mempunyai Mohd Azrif Nasrulhaq (Badrul Hisham) yang boleh bermain di sayap kanan serta Nazirul Naim (Che Hashim) yang boleh beraksi di sayap kiri… jadi, saya tidak nampak sebarang masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Kim Swee berkata beliau sedia berdepan sebarang tekanan di Myanmar namun tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana fokus utamanya kini ialah mempertahan pingat emas yang dimenangi pada 2011 di Indonesia.

"Tekanan sentiasa ada, terutamanya seluruh rakyat negara ini mengharapkan kita mengekalkan pingat emas dan bagi saya, ia merupakan satu cabaran dan kita harus terima cabaran berkenaan dengan cukup positif," katanya.

Jurulatih berusia 42 tahun itu berkata beliau sudah menyusun strategi tersendiri bagi memastikan para pemain mengekalkan kecergasan masing-masing memandangkan mereka dijadual beraksi pada empat perlawanan pusingan awal dalam tempoh seminggu.

"Yang mustahak ketika ini ialah pemain kekal fokus dengan semua perlawanan yang kita lalui dan tidak diganggu oleh perkara yang boleh menyebabkan mereka hilang konsentrasi," katanya.

Berkongsi pandangan sama ialah Kapten skuad berkenaan Mohd Irfan Fazail, yang menggesa rakan sepasukan tidak terbawa-bawa dengan provokasi daripada pasukan lain, terutama tuan rumah iaitu Myanmar.

"Bagi saya sendiri, saya cuba beri yang terbaik dan menaikkan semangat rakan sepasukan supaya kita dapat mengekalkan pingat emas.

"Semua pemain kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal apabila berlepas ke sana (Myanmar) nanti," kata pemain yang bakal mewakili pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim, musim depan.

Pandangan Mohd Irfan turut dikongsi pemain tengah skuad berkenaan Muhammad Nazmi Faiz Mansor, yang berharap mampu mengekalkan persembahan ketika membantu Malaysia meraih pingat emas pada edisi 2011.

"Saya akan gunakan segala pengalaman beraksi pada Sukan SEA di Indonesia dua tahun lepas untuk memastikan pingat emas terus kekal menjadi milik pasukan kita," kata perancang tengah pasukan Liga Super, Selangor PKNS FC itu.

Senarai 20 pemain ke Sukan SEA Myanmar:
—————————————-

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Muhammad Zubir Mohd Azmi, K. Reuben, Shahrul Mohd Saad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, D. Kenny Pallraj, Mohd Irfan Fazail (Kapten), Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Ashri Chuchu, Mohamad Nasir Basharuddin, S. Sivanesan, D. Saarvindran, A. Thamil Arasu, Md Rozaimi Abd Rahman, Ahmad Hazwan Bakri dan Izzaq Faris Ramlan. – BERNAMA

Saya sedia maafkan pengundi Cina di Melaka - Idris Haron

Posted: 05 Dec 2013 05:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersedia memaafkan masyarakat Cina sekiranya benar punca kekalahan beberapa kerusi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu disebabkan oleh mereka yang tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN).

"Kalau benar kemerosotan sokongan kepada BN boleh dituding jari kepada rakan kita yang berketurunan Cina, saya dengan hati terbuka memaafkan mereka dan ingin menganjurkan supaya marilah bersama-sama saya untuk kembali ke pangkal jalan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pembangunan yang lebih kukuh.

"Jadi di peringkat negeri Melaka, saya dengan rela hati jika mereka (pengundi Cina) mahukan kemaafan... saya akan berikan, yang lebih penting adalah ayuh bersama-sama kembali bersama BN. Marilah kita satukan pemikiran, hati dan tindakan kita untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih cemerlang ," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Media RTM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyalahkan kaum Cina sebagai punca utama kekalahan beliau dan menyebabkan BN gagal meraih dua pertiga majoriti kerusi di negeri itu pada PRU-13 lalu.

Rais: Ustaz Kazim tolak MT, pencadang kena jawab

Posted: 05 Dec 2013 05:01 PM PST

SHAH ALAM - Isu penolakan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias atas pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno turut mendapat respons daripada bekas pemimpin kanan Umno.

Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan MT ke atas bukan ahli adalah salah di sisi peraturan parti.

"Ustaz Kazim tolak menjadi ahli MT, yang cadangkan beliau itu kenalah jawab.

"Kenap tak buat kaji selidik dahulu? Terus-terus menjadi ahli MT salah di sisi peraturan," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitter, malam tadi.
Dalam kemas kini berikutnya, beliau meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya terus memformulakan kuasa politik Melayu masa depan.

Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan tersebut kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Beliau berterima kasih atas tawaran Presiden Umno itu namun tetap dengan keputusan untuk tidak menerimanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Nelson Mandela meninggal dunia

Posted: 05 Dec 2013 04:25 PM PST

Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen televisyen negara itu.

Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun.

Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital.

"Negara kita kehilangan besar," kata Zuma.

"Rakyat kita kehilangan bapa mereka."

Menurut Zuma, Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang. – 6 Disember, 2013.

THE FLYING KICK

Posted: 06 Dec 2013 01:35 PM PST

THE FLYING KICK


HARI INI, MB TERENGGANU BETUL-BETUL TUNJUK GEDEBE!!!

Posted: 06 Dec 2013 08:00 AM PST

KETUA MENTERI MELAKA TERLEPAS CAKAP, SUDAH BOLEH MAAFKAN CINA, TERUS CINA DESAK MELAYU MINTA MAAF!!!

Posted: 06 Dec 2013 04:17 AM PST

MELAYU SAJA? MANA CINA DAP POKEMON? TAKUT KULUP KECUT KER TAK TURUN TOLONG MANGSA BANJIR?

Posted: 06 Dec 2013 01:45 AM PST

LEBIH BAIK JADI ANJING DARI JADI POLIS... INGATKAN BANYAK, RM12 JER PUN DALAM DOMPETNYA!!!

Posted: 06 Dec 2013 12:02 AM PST

PERBANDINGAN MANGSA BANJIR MALAYSIA DENGAN MANGSA MALAPETAKA DI LUAR NEGARA!!!

Posted: 05 Dec 2013 10:36 PM PST

MALULAH SIKIT AIHHH... PARA PEMIMPIN UMNO DAH BERDUYUN-DUYUN TURUN TINJAU MASALAH RAKYAT PADA MUSIM BANJIR NIH!!!

Posted: 05 Dec 2013 08:27 PM PST

UMNO JUGAKAH YANG MENYEBABKAN DAP KEDAH MEMBERONTAK TERHADAP LIM GUAN ENG?

Posted: 05 Dec 2013 06:59 PM PST

tun faisal dot com

Posted: 06 Dec 2013 01:15 PM PST

tun faisal dot com


[Video] Siapa @DrNovandri yang saya kenal sejak 1989 #PAU2013

Posted: 05 Dec 2013 07:29 PM PST



Dr Novandri Hassan Basri adalah senior saya di USM. Saya pertama kali mengenali beliau sewaktu menjadi fasilitator kepada saya dan rakan-rakan pelajar Matrikulasi 1989. Seorang penulis yang aktif dan sama-sama rajin menghantar pandangan ke ruangan forum dan pendapat di akhbar Utusan Malaysia sebelum era kewujudan blog. Saya bertemu kembali beliau sewaktu beliau mula memperkenalkan Klinik Bergerak Pemuda UMNO ketika saya baru menyertai pasukan penyelidik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Semasa saya membantu mengendalikan Laman Web Pemuda UMNO, Dr Novandri turut menjadi penulis jemputan bagi laman web ini pada tahun 2002-2004. Beliau merupakan salah seorang penulis CyberTrooper Pemuda UMNO/BN yang diberi tanggung jawab oleh kepimpinan BN untuk mengulas Manifesto BN semasa Pilihan Raya 2004 bersama-sama saya dan sdr Ab. Jaleel Backer. Sama-sama bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2008. Selepas pemilihan, walaupun tewas, beliau adalah orang yang paling layak untuk dilantik menjadi Ketua Penerangan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau seorang penulis blog ranking Top-5 yang dihormati kawan dan lawan. Atas merit tersebut, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Maya UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang, pada waktu yang sama merupakan Pengerusi UMB Pulau Pinang. Seorang individu hebat. Istiqamah dan kental semangat perjuangan. Jika orang lain mungkin sudah berhenti menyumbang kepada UMNO selepas kehilangan dua jari semasa kemalangan, lebih-lebih lagi apabila tidak ramai pemimpin UMNO menghulurkan bantuan kepada beliau. Memang layak mendapat pengiktirafan. Pilihan yang tepat dan betul Pemuda UMNO!

Cucu Tok Selampit

Posted: 06 Dec 2013 01:15 PM PST

Cucu Tok Selampit


Perlukah Kugiran Dan 'Joget Lambak' Di Dalam PAU 2013?

Posted: 05 Dec 2013 11:46 PM PST


Lihat video yang diambil di Perhimpunan Agong UMNO di PWTC. Perlukah perwakilan UMNO dan pengunjung yang hadir dihiburkan dengan kugiran dan 'Joget Lambak'? Walaupun tidak serancak konsert 'heavy metal' dengan 'head banging' di dalam Muktamar Tahunan PAS di Stadium Melawati, Shah Alam, namun CTS tetap merasakan tiada keperluan hiburan ini diwujudkan di PAU kali ini. 

Ini ditambah lagi dengan Rakyat Malaysia sedang berdukacita dengan dugaan banjir yang menimpa saudara-mara kita di Pahang, Terangganu, Kelantan dan Johor. Sepatutnya pengisian keilmuan dan tazkirah patut diutamakan sesuai dengan perjuangan UMNO yang mengaku memperjuangkan Agama Islam. Mungkin ini satu cara 'liberal' atau 'lifesytle' yang baru yang dianuti oleh ahli-ahli UMNO, tidaklah pula CTS tahu.

Apa Yang Tersirat

Posted: 06 Dec 2013 01:11 PM PST

Apa Yang Tersirat


Nelson Mandela Telah Tiada

Posted: 05 Dec 2013 10:17 PM PST

BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela 'pergi dengan damai'.

"Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya," kata Zuma.

Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

"Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia.

"Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita," jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional.

Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut.

Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan.

PEJUANG BANGSA

Posted: 06 Dec 2013 11:32 AM PST

PEJUANG BANGSA


TUDUHAN UMNO PENTING #PAU2013 DARIPADA BANJIR SATU PEMBOHONGAN !!

Posted: 06 Dec 2013 10:15 AM PST



Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyelar pihak yang mendakwa pemimpin Umno lebih mementingkan perhimpunan agung yang berlangsung sekarang berbanding banjir yang melanda beberapa negeri.

Beliau berkata, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing meninggalkan perhimpunan pada Khamis dan Jumaat untuk meninjau kawasan terjejas dan keadaan mangsa banjir.


"Apa yang pembangkang dakwa itu memang pembohongan...Semalam presiden tinggalkan kami (perwakilan perhimpunan) di PWTC yang setahun sekali sahaja berjumpa, untuk pergi ke kawasan banjir khususnya di Pahang," kata Shahrizat kepada pemberita di luar perhimpunan itu.



Selepas menyampaikan ucapan dasar semalam, Najib bergegas ke Pahang manakala Jumaat Muhyiddin pula berada di Terengganu melihat dengan lebih dekat keadaan banjir selain bentuk bantuan yang diperlukan. Sambil menegaskan keadaan banjir turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk menteri besar, menteri, anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri, Shahrizat berkata ada perwakilan dari kawasan terjejas pulang ke kawasan masing-masing.



Shahrizat berkata, kira-kira 4,000 anggota Skuad Sayang Wanita Umno berganding dengan anggota Putera Umno di bawah kendalian Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu mangsa di kawasan terjejas. Mereka juga akan menawarkan tenaga kepada pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya.

"Mereka turun sebagai sukarelawan membantu mangsa di rumah atau jika diperlukan di pusat-pusat pemindahan banjir. Skuad Sayang mempunyai kepakaran membantu mangsa banjir kerana lebih lima tahun, apabila ada kejadian banjir, Skuad Sayang menjadi antara sukarelawan pertama membantu mereka," katanya.

Shahrizat berkata, pergerakan itu juga telah melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno bagi meringankan beban mangsa banjir.

PEMBANGKANG HANYA PANDAI CAKAP ,PEMUDA UMNO HANTAR LAGI SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR @khairykj @azwanbro @drnovandri

Posted: 06 Dec 2013 02:39 AM PST



Pemuda UMNO Malaysia diketuai YB Khairy Jamaluddin hari ini  menghantar lagi sukarelawan  skuad OPS Banjir menerusi Briged Kesatria Muda ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir di pusat pemindahan . Mereka membawa barang makanan  & barangan lain untuk diagihkan kepada mangsa di 3 buah negeri yang dilanda banjir teruk  .

Ini membuktikan kesungguhan Pemuda UMNO membantu rakyat di sana yang menjadi  banjir bukannya seperti pembangkang yang hanya sibuk meanalisa kan masalah  di pusat pemindahan & menyalahkan  kepada  agensi kerajaan .

GPB dimaklumkan semua KP Bahagian di negeri  terlibat dalam skuad OPS Banjir ini yang diketuai Pengerusi Briged Kesatria Muda , Sdr Armand Azha . 

Syabas PEMUDA UMNO !! Progresif & Pantas Bertindak !!






'

– Fasa kedua Pemuda UMNO hari ini bergerak ke lokasi banjir dalam usaha membantu menghulurkan pelbagai bantuan dalam bentuk makanan serta keperluan lain seperti ubatan, lampin bayi, susu, air mineral dan tuala wanita,
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata fasa kedua itu yang disertai oleh 100 sukarelawan dari Pemuda pusat dengan nilai barangan yang hampir mencecah RM600,000 akan membantu 1000 sukarelawan yang kini berada di negeri yang terlibat.
"Hari ini adalah fasa kedua menerusi Ops Banjir yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi di bawah Briged Kesatria muda Pemuda UMNO.
"Seramai 100 sukarelawan daripada Pemuda pusat terlibat untuk membantu 1000 sukarelawan yang sudah ada di negeri-negeri dan mereka ini membawa 30 kenderaan 4×4 dan tiga lori yang akan bawa 4000 kotak barangan yang mengandungi beras, bihun, ubatan, lampin, tuala wanita, biskut dan macam-macam lagi yang mencecah RM600,000.
"Destinasi kita adalah Pahang, Terengganu dan sebahagian Johor serta Kelantan. Kita hantar mereka sampai kita selesai agih dan fasa ketiga adalah fasa pembersihan. Selalu kita lihat apabila air dah turun ramai ingat masalah banjir dah selesai tetapi bagi mangsa banjir, mereka ini terpaksa balik kepada satu keadaan yang amat teruk perlu dibersihkan rumah dan sebagainya, " katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ops Banjir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Plaza Merdeka, PWTC, di sini, hari ini.
Tambah Khairy lagi pihaknya mendapat kerjasama daripada MBM dan juga pelbagai pihak lain yang telah sudi membantu menghulurkan sumbangan
"Pada masa yang sama kita juga tidak mahu orang salah faham bahawa walaupun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, namun mangsa banjir tetap diutamakan.
"Ahli kita 3 juta. Walaupun berhimpun di sini tidak bermakna ahli kita tidak bergerak di bawah. Malah ramai juga pemimpin kita tidak ada di sini. Datuk Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said, Datuk Shabery Cheek, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan pimpinan lain. Malah PM, Datuk Seri Najib serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pun turun padang,' katanya.
Sementara itu, Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO, Arman Azhar Abu Hanifah ketika ditemui menjelaskan pihaknya sedia membantu dan hari ini adalah fasa kedua sukarelawan yang akan turun padang.
"Sekali lagi menujukkan Pemuda prihatin dan tidak hanya bercakap tetapi implementasikan. Harap mangsa banjir bersabar dan insyaallah kita sedia membantu sekadar termampu.Sukarelawan kita akan turun seramai yang boleh dalam usaha membantu mangsa banjir," katanya. -MediaUMNO

BEZA PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN BN MEMBANTU MANGSA BANJIR

Posted: 05 Dec 2013 04:00 PM PST




Isu banjir terus menjadi modal pembangkang menghasut rakyat terutama mangsa banjir dan ahli keluarga mereka agar membenci kerajaan .  Bantuan lambat , makanan kurang , tempat pemindahan teruk , UMNO hanya pentingkan PAU2013 antara isu dimainkan mereka di media sosial & pemimpin mereka.

Di ketika rakyat Kuantan memerlukan segera bantuan &  khidmat wakil rakyat mereka , selain  Fuziah Salleh pulak jadikan Dewan Rakyat sebagai tempat membalun agensi keraaan   , di facebook juga tak kurang hebatnya.

Dia cakap dirinya turun ke kawasan menjenguk dan analisa masalah . Air tak de dalam tandas , makanan tak cukup itu adalah  fokus utamanya . Ini lah kerja pembangkang tahu nak complaint 24 jam  saja diketika musibah bencana berlaku .

Mana la boleh sempurna 100 % segala apa yang kita nak diketika kejadian bencana seperti banjir ini. Menteri Kebajikan Masyarakat sendir akui bantuan makanan lambat disebabkan masalah logistik penghantaran makanan ke tempat pemindahan .

 Keutamaan kerajaan di waktu ini ialah memastikan rakyat selamat daripada kejadian tak diingini berlaku.









Ia berlainan dengan pemimpin UMNO /BN yang sentiasa turun cepat membantu dan memberi sumbangan terus  setiap kali berlaku bencana alam seperti banjir bukannya menjenguk & analisa . Tindakan & keputusan segera perlu dibuat supaya bantua cepat dapat disalurkan .

 Contohnya MT UMNO , Datuk Seri Shabery Chik yang bergegas meninggalkan PAU 2013 pulang ke Kemaman bagi melawat dan membantu mangsa banjir di kawasan beliau .




Begitu juga PM menunjukkan contoh pemimpin berjiwa rakyat dengan  sanggup meninggalkan PAU 2013 terus melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang hari ini .








Kelab Putera 1Malaysia antara skuad sukarelawan awal turun 
membantu mangsa banjir di Kuantan 


Esok  pulak GPB dimaklumkan  Konvoi "OPS Bantuan"   KBS & Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia akan bergerak ke Kuantan bagi menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada mangsa banjir .

Manakala KDN juga telah menggerakkan sebanyak 5,412 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Menurut  Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  turut digerakkan adalah sebanyak 407 buah bot, 53 kenderaan pacuan empat roda dan 42 buah lori bagi memastikan Ops Banjir yang dilaksana berjalan lancar.

 "Selain agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, penglibatan kementerian lain seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (JPM) juga telah digerakkan secara bersepadu.

 "Kita juga menggerakkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen untuk membantu mangsa yang kehilangan MyKad dan pasport," katanya




VIDEO MENYAYAT HATI SUMBANGAN " DOKTOR PEMUDA UMNO " UNTUK PARTI @khairykj @drnovandri @dzainalabidin

Posted: 05 Dec 2013 11:27 AM PST







Sukarelawan dan aktivis masyarakat, Dr. Novandri Hassan Basri, 45, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pergerakan Pemuda UMNO 2013 sempena perhimpunan agung UMNO.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan khususnya melibatkan hal ehwal kesihatan rakyat menerusi program Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda UMNO yang diwujudkan 12 tahun lalu.

Komitmen yang diberikan dalam kerja sukarelawan dan kemasyarakatan membuatkan beliau kini dikenali sebagai 'Doktor Pemuda UMNO' dalam kalangan masyarakat yang pernah menerima khidmatnya.



Selain itu, Dr. Novandri yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor turut menyalurkan sumbangan dalam program kemanusiaan di peringkat antarabangsa menerusi Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia.

Meskipun terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dua jarinya putus pada April lalu, beliau masih meneruskan peranannya dalam memberi sumbangan kesihatan kepada rakyat sehingga kini.



** Terharu sekali bila GPB menonton video penerima Anugerah Khas Pemuda , Dr Novandri Hassan Basri di PAU 2013 ini . Sebelum GPB aktif sebagai ahli UMNO &  blogger , beliau sudah menyumbang bakti kepada masyarakat melalui aktivit sukarelawan untuk menaikkan imej UMNO .

Sepanjang sumbangannya kepada UMNO, tragedi kemalangan ngeri ketika kempen PRU13 merupakan dugaan terbesar buat dirinya  . Segala pahit dan getir ini ditanggung dengan tabah dan hati yang cekal .  Beliau  tetap meneruskan sumbangan kesihatannya kepada masyarakat demi UMNO hingga kini . 

GPB berbangga mengenali dan mempunyai sahabat sejati seperti beliau... ..

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 06 Dec 2013 03:22 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


AloQStaQBlog BOIKOT PRODUK GARDENIA Mulai HARI INI ! ... Jumaat 6 Disember 2013

Posted: 05 Dec 2013 03:57 PM PST

AloQStaQBlog BOIKOT PRODUK GARDENIA
.... KENAPA ?

Dengan membaca artikel yang mengejutkan di Malaysiakini seperti di bawah;



Sila Klik Link Ini Untuk ke Page Asal.

Dan ditambah pula dengan menonton video seperti di bawah;



Maka dengan ini, AloQStaQBlog secara rasminya memboikot semua produk Gardenia mulai hari ini Jumaat 06Disember2013 sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan sebagai tanda protes kepada Gardenia yang membantu untuk membangunkan bangunan/wisma/teratak Malaysiakini - lidah berita kesayangan Pakatan Rakyat!

Walaupun ada yang di antara kita mengatakan BERNAS mempunyai syer di dalam Gardenia, tetapi pegangan saham BERNAS hanyalah 30% berbanding 70% lagi bakinya adalah syer sebuah company dari Singapore, maka dengan ini , AloQStaQBlog tidak teragak-agak untuk tidak membeli sebarang produk Gardenia di atas perkara yang berlaku ini.

Bagi AloQStaQBlog : MEMBELI PRODUK GARDENIA, SEUMPAMA MEMBELI BATU BATA UNTUK MEMBINA KUBU MUSUH YANG AKAN MEMERANGI BARISAN NASIONAL !


Nota Penting :
AloQStaQBlog dengan ini memboikot Gardenia ini secara peribadi. Tidak mengajak dan tidak mempengaruhi sesiapa untuk turut sama memboikot produk ini. Segala produk Al Bukhary tidak di boikot. Hanya produk Gardenia sahaja. Harap maklum.

Ramai yang mengatakan Massimo adalah musuh niaga Gardenia (kerana dimiliki kaum Cina dan pelanggan daripada kalangan kaum Cina amat menggemari & membantu Massimo berbanding Gardenia), kononnya Gardenia disokong oleh pelanggan Melayu kerana Gardenia ini ada keterlibatan Al Bukhary.

AloQStaQBlog juga tidak mengajak anda untuk memberi sokongan kepada produk musuh niaga Gardenia seperti Massimo ataupun High 5 ataupun apa saja produk yang setara, ikut pandai anda sendirilah untuk membeli dan memilih mana-mana produk lain seandainya anda juga turut memboikot Gardenia mulai hari ini.

Masih bercambah-cambah lagi produk roti, kek, wafer dan setara dengannya yang dikeluarkan oleh pengusaha Melayu mahupun India dan lain-lain bangsa. Berlambak-lambak lagi syarikat roti yang tidak memberi sebarang sokongan kepada mana-mana pihak untuk berpolitik atau berkepentingan politik sama ada kepada pihak BN ataupun pembangkang. Jadi, buatlah pilihan sendiri tanpa paksaan.

MEMBANTU SEBUAH SYARIKAT SEPERTI MALAYSIAKINI ADALAH SATU TITIK MULA UNTUK MEMBANTU SECARA TIDAK LANGSUNG DALAM MERUNTUHKAN KEKUATAN POLITIK BARISAN NASIONAL.

(Suka atau tidak, terpulanglah ... Tak perlu banyak menilai betapa tidak adilnya bahan berita yang Malaysiakini terhadap Politik BN selama ini, cuma cukuplah sekadar anda melihat kartun Zunar yang diberikan satu ruangan khas di muka depan website Malaysiakini dalam MENGHENTAM BN 24jam x 7Hari !!!) ... Itu pun dah cukup untuk menggambarkan siapa Malaysiakini sebenarnya !...

Untuk membaca mengenai perkaitan dan pegangan saham TS Syed Mokhtar Albukahry dalam Gardenia, sila klik link-link di bawah :

http://bidaman.blogspot.com/2013/12/gardenia-portal-fitnah-malaysiakini.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131206/po_02/Gardenia-perlu-beri-penjelasan
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/50482-kempen-boikot-roti-gardenia-melampau
http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/jawapan-mengapa-ts-mokhtar-al-bukhary.html
http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/12/usaha2-memboikot-roti-gardenia-yang.html


TEPOK DADA. TANYA IMAN. BUATLAH KEPUTUSAN.



AloQStaQ
JUMAAT
7:57 Pagi
06 Disember 2013.









Ohpolitik!™

Posted: 06 Dec 2013 03:21 AM PST

Ohpolitik!™


PAS Stim Tengok Agogo di #PAU2013 Lupa Konsert Black Metal PAS FOR ALL Lagi BEST!!

Posted: 05 Dec 2013 06:17 PM PST




Blog pembangkang mula main isu konsert, nyanyi ala agogo di PAU2013. Agaknya nak bandingkan dengan konsert rock hangguk kepala yang mereka anjur bagi menyesatkan anak muda kot. Jom kita tengok, antara Agogo UMNO lawan Konsert Black Metal PAS FOR ALL. Agak yang mana satu perosak anak muda yer?

MP Kuantan Cerminkan Sikap Sebenar Salahkan Agensi Kerajaan Kononnya Tidak Membantu Mangsa Banjir

Posted: 05 Dec 2013 07:33 AM PST

Semalam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar Darurat. 

Alasan yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera. 

Fuziah turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keseamatan Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego dan sombong bodoh.
Lihatlah Blog Rasmi Ahli Parlimen Kuantan, Last Update Pada April 2013
Fakta pertama lihatlah portal Pusat Khidmat Parlimen Kuantan dan blog rasmi di atas. Pusat itu sudah tidak pernah beroperasi sejak kali terakhir pada 9 November 2010 manakala kali terakhir blog dikemaskini pada April, 2013.

Tinjauan kami di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu 'team' daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuantan pun tak berfungsi. 

Barulah kami tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat? Ketika kamu menyerang agensi-agensi kerajaan mereka ada di setiap pelusuk daerah Kuantan, tetapi kamu Fuziah macam biskut sekejap ada sekejap hilang, sekejap di Kuantan sekejap di Kuala Lumpur. Kamu bukan menteri pun, kamu bukan kekasih gelap Anwar pun, kamu hanya Wakil Rakyat yang sepatutnya duduk berkampung bersama-sama kami di Kuantan!

Tinjauan kami juga mendapati ketika hari pertama banjir melanda Kuantan, Fuziah hanya hadir satu hari sahaja di kawasan Kuantan walaupun beberapa kawasan seperti di SMK Tanah Putih, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ching, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan banyak lagi kawasan sekolah ditenggelami air banjir. Selepas membebel dan complain sana complain sini, dia terus menghilangkan diri.

Tatkala pasukan penyelamat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Keselamatan Negara, JPAM, RELA, Pasukan Bomba & Penyelamat, Tentera, Polis dan lain-lain agensi kerajaan Persekutuan & Negeri berkampung siang dan malam, mengharungi air banjir dengan bot, mengangkat makanan ke pusat-pusat penempatan banjir, Fuziah pula sibuk menjadikan dirinya heroin di Parlimen dengan memperlekehkan kerja-kerja agensi kerajaan.

Perdana Menteri DS Najib segera terbang ke Kuantan meninggalkan Perhimpunan UMNO untuk bersama-sama mangsa banjir, manakala apabila YB Bung Mokhtar mencadangkan Fuziah baliklah segera ke Kuantan untuk berjumpa mangsa-mangsa banjir tetapi dijawabnya dengan seribu satu alasan, ego dan bodoh sombongnya.
Kakitangan Kerajaan Berhempas Pulas & Fuziah Memperlekehkan Mereka Di Parimen
Fuziah nampaknya bukan seorang  Wakil Rakyat yang bagus kerana dia tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan agensi-agensi keselamatan negara kita. Sebagai Ahli Parlimen, tidak kiralah Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, bukanlah menjadi isu jika melibatkan kepentingan awam. Di sinilah letaknya keegoan, kesomongan dan kebodohan Fuziah.

Lihatlah di negeri Kelantan, bertahun-tahun diperintah kerajaan PAS tetapi agensi-agensi kerajaan persekutuan tidak pernah menghadapi masalah untuk duduk bersama dalam Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri dan daerah untuk menyalurkan bantuan. Pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan BN dan pegawai-pegawai kerajaan negeri PAS di Kelantan saling bekerjasama setiap tahun. Koordinasi agensi keselamatan dan kebajikan peringkat persekutuan dan negeri dengan wakil-wakil rakyat di sana berjalan dengan lancar.
Agensi Kerajaan Siang Malam Tidak Tidur Membantu Mangsa Banjir & Fuziah Memperlekehkan Mereka
Persoalannya, apakah Fuziah tidak tahu hendak bercakap dengan siapa dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri? Bukankah dia Ahli Parlimen yang mempunyai hak dan kuasa untuk bermesyuarat bersama-sama dengan Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah Kuantan? Atau adakah dia pernah hadir dalam mesyuarat itu? Adakah dia pernah berjumpa dengan pegawai kebajikan atau pegawai kerajaan yang menjaga bencana di daerah Kuantan? Semua ini membuktikan Fuziah menghadapi masalah komunikasi di Kuantan. Fuziah tidak tahu kepada siapa hendak meminta bantuan. 

Dia mahu menjadi heroin lone ranger walhal sikap ego sombong itu konon dia mampu mengatasi isu banjir di Kuantan sendiri telah memakan dirinya sendiri. Fuziah ego kepada Allah, Fuziah ego kepada rakyat di Kuantan, dia berbangga kononnya sebagai Wakil Rakyat dia tahu semua, dia mampu mengatasi semua masalah. Apabila dia gagal menyelesaikan semua masalah itu, dia melemparkan kegagalan itu kepada orang lain. Dia mahu lari dari kegagalan dirinya dan kegagalan partinya mengatasi masalah rakyat Kuantan.

Pengajarannya ialah, Allah SWT telah menurunkan ujian kepada rakyat di Kuantan dan tergambar jelas Fuziah yang mengaku maha tahu semua, maha boleh semua terkapai-kapai di Kuantan menyalahkan orang sana orang sini, walhal kegagalannya itu adalah kerana keegoan, kebodohan dan kesombongannya. 

Dia menganggap dan menjadikan kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus siang malam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sebagai musuhnya. Dia kemalu-maluan untuk bercakap dan meminta bantuan kerana dia sombong lagi bodoh. Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah rakyat Kuantan.

Bersambung...

Pengundi Menyesal.
Sg. Isap, Kuantan.

Retweet! Gambar-Gambar Menarik Sekitar Perhimpunan Agung Umno 2013 #PAU2013 #Malaysia

Posted: 05 Dec 2013 04:22 AM PST

Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula Khamis dengan acara perasmian oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Najib yang tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain.
Berikut merupakan gambar-gambar menarik sekitar majlis berlangsung yang sempat dirakamkan oleh jurugambar rasmi Ohpolitik! :
















Video Kisah Anwar dan 40 Ribu Banglanya Kini Tersebar! #PAU2013

Posted: 05 Dec 2013 04:07 AM PST


Video yang memaparkan ketua pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lepas ditayangkankepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Khamis.
Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.
Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden Umno menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.




Antara dakwaan yang dibuat Anwar dalam sedutan video itu ialah BN menaja 16penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada PRU-13.
Penasihat PKR itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat padapilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagaipengundi bagi memastikan kemenangan mereka.
Tayangan video itu dibuat ketika ucapan Najib menyentuh mengenai dakwaanAnwar itu.
Najib ketika menyentuh perkara itu melempar sindiran: 'Sejak bila Malaysia mempunyai suku kaum Bangladesh'.
Beliau juga memaklumkan anggota perwakilan bahawa momokan pembangkang itu menyebabkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina terkejut dan menafikannya apabila perkara itu dimaklumkan kepada beliau sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara berkenaan bulan lepas. -BERNAMA

anakbukitgantang says

Posted: 06 Dec 2013 03:19 AM PST

anakbukitgantang says


# Banjir- rakyat Kuantan bertanya mana MP Fuziah

Posted: 05 Dec 2013 06:57 PM PST





 
 
Itulah Fuziah jangan buat drama di Parlimen lagi. Rakyat Kuantan Tanya  mana MP mereka dari PKR
 
 

# Banjir- Pengurusan Krisis vs Idli, Idle dan ahli politik yang sewaktu dengannya......

Posted: 05 Dec 2013 05:11 AM PST


Idli makanan India yang dibuat dari tepung beras masam yang dicicah dengan susu masam

Cerita ni sedap didengar sambil kunyah  Idli di kedai mamak. Idli adalah makanan dari tepung beras yang dicampor dengan susu masam untuk menguatkan rasa masamnya.
 
Idle pula mengikut kamus Oxford:-
 

idle

Pronunciation: /ˈʌɪd(ə)l/

adjective (idler, idlest)

  • 1(of a person) avoiding work; lazy:idle students
  • (of a person) not working; unemployed: 10.3 per cent of the workforce is now idle
  • (especially of a machine or factory) not active or in use:the mill has been standing idle for eight years
  • [attributive] (of time) characterized by inaction or absence of significant activity:at no time in the day must there be an idle moment

  • 2without purpose or effect; pointless:he did not want to waste valuable time in idle chatter
  • (especially of a threat or boast) without foundation:I knew Ellen did not make idle threats
  • 3(of money) held in cash or in accounts paying no interest.

verb

  • 1 [no object] spend time doing nothing:four men were idling outside the shop [with object]:we idled the afternoon away
  • [no object, with adverbial of direction] move aimlessly or lazily:Robert idled along the pavement
  • [with object] North American take out of use or employment:he will close the newspaper, idling 2,200 workers

 
Seorang ahli politik yang bunyi namanya seakan akan  "Idli" dan "Idle"  telah menaikkan kemarahan  para blogger dengan mengatakan blogger memerluan imbuhan untuk bertindak.......
 
Siapakah si Idli yang dah jadi Idle itu???

 
 
Saya dengar banyak blogger merajuk sebab mulut Idli tak dapat ditutup.
 
Malam ini dari gambar satelit hujan akan mencurah lagi di Pantai Timur dan Malaysia Timur. Mulut blogger kena senyap .....jom kita lihat gambar dari SATELIT dan bukan Instagram yer
 
 
Apakah penerangan ini secara instagram sahaja  akan dapat menenangkan hati rakyat  yang sedang kegelisahan kerana banjir? Tunggu jawapan sambil makan Idli dan kita Idle (tak buat kerja)
 
 
 
 

tunku

Posted: 06 Dec 2013 03:13 AM PST

tunku


The Pakatan Formula for Destruction

Posted: 06 Dec 2013 02:41 AM PST




Picture this scenario. Two opposing factions declare their allegiance to their country. One works to develop the nation positively although not perfectly while the other consistently runs down the country locally and abroad supposedly for the rakyat's sake. Internationally, the nation's prestige is on the downward trend. Many conclude that things are not well on the home front. Whom would you trust?

Despite such reports, many are still hoodwinked into thinking that Pakatan Rakyat is doing all it can for the country but what have they REALLY done for Malaysia? Look at the following table, which is a compilation of the ways in which PR has put Malaysia on the road to destruction.


Listing all the grouses raised by Opposition is an arduous and impossible task. They have NOTHING good to say about the government. However, let us go down to the brass tags. What has Pakatan Rakyat done to DEVELOP the nation?

         Do they have a good record of accomplishment in securing foreign investments on their own without riding on BN effort
         Since 2008, have they produced their Shadow Cabinet to prove their leaders can be better than BN leaders?
         For every criticism thrown at the government, have they proposed concrete ways to overcome problems highlighted?
         For every criticism hurled against the government, have PR been innocent and blameless in NOT doing the same actions they condemned?


         Has any Pakatan leader ever praised or promoted our country locally or internationally in speeches or social networking platforms?
         Has any Pakatan leader/party ever revealed a national plan for development for country or has this been only for one or two states?
         Has Pakatan Rakyat ever assured Malaysians or foreigners that our country is a fantastic place to live and to invest?
         Apart from complaining, ranting and disgracing our government about corruption, wastage etc, what has Pakatan Rakyat done for Malaysia as a whole?

What is their motive? Is it to develop Malaysia or to develop their agenda by putting this nation on a path of destruction?

By Datuk Huan Cheng Guan



bumiyang

Posted: 06 Dec 2013 03:12 AM PST

bumiyang


Panglima Perang Maya UMNO Hadapi Propaganda "Read Bean Army" Guna Instagram???

Posted: 05 Dec 2013 04:30 PM PST

Gempar!!! Bukti Hudud Kelantan Cuma Pengharapan Palsu???

Posted: 05 Dec 2013 06:10 AM PST

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan