Khamis, 21 November 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 20 Nov 2013 03:13 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Account restricted

Posted: 19 Nov 2013 05:22 PM PST

Your account have been temporarily limited.

Click on continue below to resolve the problem 

Continue

Customer Service
© 2013 RHB Banking Group. All rights reserved

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Nov 2013 09:09 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Sektor Pendidikan Dan Modal Insan Dapat Tumpuan Dalam Baget 2014

Posted: 20 Nov 2013 06:01 AM PST

Sejumlah RM34 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan. Ucapan budget lengkap di bawah.

S'gor peruntuk RM34 juta untuk pendidikan   

Selangorku/sinar harian /admin
 20 Nov 2013

SHAH ALAM: Belanjawan Selangor 2014 memperuntukkan sejumlah RM34 juta bagi aspek pembangunan pendidikan, modal insan dan pusat latihan.

Abdul Khalid berkata, perbelanjaan pembangunan pendidikan merangkumi RM16 juta sebagai bantuan kepada sekolah agama, Cina dan Tamil, RM5 juta bagi program pendidikan secara umum, program Pendidikan Tinggi dan Kemahiran Teknikal (RM2 juta) dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

"Peruntukan ini belum diambil kira RM50 juta yang diperuntukkan daripada rizab negeri bagi tahun 2014 untuk membina beberapa buah bangunan sekolah," katanya dalam pembentangan belanjawan negeri 2014 di Dewan Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu kerajaan negeri juga turut memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan dasar Perumahan Mampu Milik Berkualiti bagi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman pada harga berpatutan.

Menurut Abdul Khalid peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta turut diberikan bagi pelaksanaan projek Perumahan Rakyat, manakala RM2.4 juta untuk penyelenggaraan atau membaik pulih rumah awam kos rendah.

Katanya, peruntukan itu tidak termasuk peruntukan khas RM100 juta untuk pembinaan rumah mampu milik yang menggunakan dana rizab negeri.

"Usaha ini adalah bagi memastikan tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus kemajuan pesat hingga terpaksa hidup merempat dan bergelandangan.

"Kerajaan negeri sangat serius dalam memastikan wujudnya tempat kediaman pada harga dan kadar sewa berpatutan seperti yang terkandung dalam manifesto 'Meneruskan Kecemerlangan'," katanya.


============================================================================================
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat'.

Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berpaksikan kepada lima teras utama iaitu memperkasa pengurusan fiskal yang pragmatik, berhemat dan berdaya maju; memperkukuh keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta; memperteguh dasar pro-pertumbuhan pesat; mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan mutu Kehidupan bertaraf dunia dan memastikan pembangunan mampan dan inklusif.

Sebanyak 66.2 peratus disediakan bagi perbelanjaan mengurus yang terdiri dari perbelanjaan bekalan sebanyak RM1,107,046,687 dan perbelanjaan tanggungan sebanyak RM118,033,523.

Manakala perbelanjaan pembangunan pula dijangka menerima peruntukan sebanyak RM624,919,790 atau 33.78 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan.

Agihan terperinci bagi perbelanjaan mengurus adalah seperti berikut di mana perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM421,748,946 atau 34.4 peratus; pemberian dan kenaan bayaran tetap RM411,801,227 atau 33.61 peratus; emolumen RM370,522,216 30.24 peratus; perbelanjaan-perbelanjaan lain  RM14,591,101 atau 1.19 peratus dan aset sebanyak RM6,416,720 atau 0.52 peratus.

Berdasarkan sektor perbelanjaan pembangunan, infrastruktur merupakan komponen terbesar dengan peruntukan RM388,728,030 atau 62.20 peratus, diikuti oleh sosial RM143,182,140 atau 22.91 peratus, ekonomi sebanyak RM90,401,601 atau 14.47 peratus dan perbandaran RM2,608,010 atau 0.42%.

Peruntukan bagi sektor infrastruktur diterajui oleh kemudahan awam sebanyak RM357,272,280 atau 91.91 peratus, diikuti sains, teknologi dan inovasi  RM22,956,420 atau 5.91 peratus dan perumahan sebanyak RM8,499,330 atau 2.19 peratus.

Bagi peruntukan sektor sosial, ia melibatkan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor RM77,850,030, pendidikan RM26,300,050, modal insan RM8,682,020, sukan  RM8 juta, kampung baru sebanyak RM5 juta dan belia sebanyak RM3.5 juta.

Peruntukan untuk sektor ekonomi pula mendapati kewangan akan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM51,620,000.000, diikuti oleh pertanian sebanyak RM17,481,600, pembangunan usahawan RM7,850,010, pelancongan RM5.4 juta, sumber alam RM3.65 juta, kajian dan penyelidikan sebanyak RM2.8 juta dan pelaburan sebanyak RM1.6 juta.

Sejumlah 84.36 peratus atau RM2.2 juta daripada peruntukan sektor perbandaran akan dinikmati oleh kerajaan tempatan manakala yang selebihnya bernilai RM408,000 akan dibelanjakan untuk pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, Selangor menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan dijangka berkembang pada kadar 6.1 peratus pada 2014.

Menurutnya, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan amalan berbelanja dengan berdisiplin dan berhemah bagi menabung untuk perbelanjaan masa hadapan tanpa mengharapkan daripada kerajaan pusat untuk menampung perbelanjaan pentadbiran.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan prinsip asas Belanjawan BN tidak cuba menangani masalah kos apabila hanya subsidi dan perbelanjaan pembangunan menjadi mangsa pengurangan sedangkan komponen lain dalam perbelanjaan mengurus diunjurkan terus melonjak-sinar on line

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 20 Nov 2013 01:21 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang : 19 November 2013

Posted: 19 Nov 2013 04:38 PM PST

Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato' Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:- 1. Memberi kuasa penuh tanpa […]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Nov 2013 01:04 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Gambar-Gambar Sekitar Penang International Airport dilanda Banjir

Posted: 19 Nov 2013 09:46 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

Hmmm malu la kita beb orang asing pasti akan ketawa macam mana Airport yang dinaik taraf dengan kos RM250juta boleh jadi begini. 

Kita tunggu penjelasan daripada Malaysia Airport Holding dan Pemangku Menteri Pengangkutan.. 


 Nasib laa Airport nie Kerajaan Federal punya..
Kalau dak, mau laa Guan Eng kena kutuk dengan macai.. 


Nanti depa pusing dan corner baring kata Penang Airport ni bawah Pakatan Rakyat.. Jadi kena salahkan Pakatan Rakyat.


Sumber :  http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/

Hujan Lebat Melanda Pulau Pinang Sebabkan Banjir Dan Tanah Runtuh.

Posted: 19 Nov 2013 09:16 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

PENUNGGANG motosikal dan deretan kereta  meredah banjir kilat yang melanda Jalan Perak di Georgetown, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
PENUNGGANG motosikal dan deretan kereta meredah banjir kilat 
yang melanda Jalan Perak di Georgetown, semalam.

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak jam 4.30 pagi semalam di sini mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di Mount Erskine dan Tanjung Bungah.

Pegawai Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal, L. Sivalingam, berkata pada kejadian jam 10 pagi itu, mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah milik salah seorang penduduk di situ. 

"Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terbabit dinasihatkan supaya berpindah untuk sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan serius dilaporkan. 
 
Sementara itu, tiga buah kereta ditimpa tembok dinding rumah yang runtuh di Taman Puncak Mutiara, Tanjung Bungah. 

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Lim berkata, ketika kejadian beliau sedang memasak di dapur sebelum tiba-tiba dikejutkan bunyi dentuman kuat di rumah jirannya. 

"Mujurlah tiada sesiapa dalam kereta itu kerana semasa kejadian kebanyakan jiran tetangga keluar bekerja. Kejadian ini pertama kali berlaku di sini," katanya. 

 
Berikutan kejadian itu kereta penduduk yang terlibat mengalami kerosakan teruk akibat dihempap konkrit dan tanah. 

Tinjauan Bernama mendapati beberapa jalan utama di kawasan Jalan P.Ramlee, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Logan, Jalan Anson dan Jalan Patani dilanda banjir kilat sehingga tengah hari semalam. 

Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata paras air sehingga satu meter bermula jam 6.30 pagi tadi. 

"Lebih 300 keluarga terjejas banjir namun tiada arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan masih terkawal dan banjir juga telah surut," katanya. 

Bencana itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sekitar pusat bandar raya ini sehingga jam 3 petang semalam. - BERNAMA

Gempa bumi landa Kepulauan Mariana

Posted: 19 Nov 2013 09:06 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Kepulauan Mariana, jam 1 pagi tadi. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 1,956 kilometer (km) tenggara Yokosuka di Jepun dan 3,257km timur laut Kinabatangan di Sabah. 

1.6 bilion gunakan media sosial: Kajian

Posted: 19 Nov 2013 09:04 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

WASHINGTON: Dianggarkan 1.61 bilion penduduk, iaitu lebih seorang daripada nisbah lima orang di dunia akan memasuki rangkaian laman sosial sekurang-sekurangnya sekali setiap bulan pada tahun ini, demikian laporan sebuah fima penyelidikan, hari ini. 

Kajian yang dijalankan eMarketer menunjukkan, angka itu meningkat 14.2 peratus berbanding tahun lalu dan angka pertumbuhan itu boleh mencecah sehingga 


2.33 bilion menjelang 2017. Pengguna media sosial paling terbesar menurut eMarketer ialah Belanda iaitu 63.5 peratus. 

Ini diikuti Norway di tempat kedua iaitu 63.3 peratus, Sweden (56.4 peratus), Korea Selatan (54.4 peratus), Denmark (53.3 peratus), Amerika Syarikat (51.7 peratus) dan Finland (51.3 peratus). 

Majoriti penduduk menggunakan rangkaian sosial turut meliputi Kanada (51.2 peratus) dan Britain (50.2 peratus) demikian menurut laporan firma berkenaan berdasarkan data daripada penyelidikan swastam agensi kerajaan, pertubuhan media dan laporan syarikat. 

Jumlah 1.61 bilion itu meliputi 22 peratus daripada anggaran penduduk dunia, kata kajian itu. 
Laporan itu juga menyebut, India menyaksikan pertumbuhan paling tertinggi tahun ini iaitu 37.4 peratus, walaupun hanya 7.7 peratus penduduknya menggunakan media sosial. 

Pertumbuhan bagi Indonesia pula melonjak kepada 28.7 peratus dan Mexico (21.1 peratus). 

Semua tiga Negara berkenaan juga menyaksikan pertumbuhan yang tinggi dari segi pengguna laman Facebook, rangkaian sosial terbesar dunia dengan lebih satu juta pengguna. 

Amerika Syarikat kekal sebagai negara terbesar pengguna Facebook iaitu 146.8 juta, namun India dijangka menyaksikan pertumbuhan paling drastik dan bakal menyaingi menjelang 2016. - AFP 

Polis siasat kebocoran maklumat cuti mingguan Jumaat

Posted: 19 Nov 2013 08:46 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -
JOHOR BAHARU:Polis yakin dapat menyelesaikan isu kebocoran kandungan dan penyebaran Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri.

Ini berikutan rampasan 11 telefon bimbit baru-baru ini, dan penerimaan tiga laporan dari pelbagai pihak berhubung kebocoran dan penyebaran berkenaan, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff semalam.

Beliau berkata polis sudah merakamkan dua percakapan sehingga ini.

"Belum ada tangkapan dibuat setakat ini dan saya sudah arahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan untuk menyegerakan siasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini.

Mohd Mokhtar sehubungan itu menggesa mana-mana pihak terutama penjawat awam supaya tidak sewenang-wenang memuat naik dokumen rahsia kerajaan ke laman-laman sosial dan mematuhi peraturan seperti yang ditandatangani menerusi ikrar perkhidmatan awam.

Sejak awal minggu lepas, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor dari hari Ahad ke Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.

Sementara itu, dalam kes lain, Mohd Mokhtar meminta kerjasama orang ramai bagi membantu polis mengesan sembilan suspek yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan 27 kes pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, tahun ini.

Beliau berkata mereka adalah Marie a/l Subramaniam, kad pengenalan bernombor 771213-01-5341 dan beralamat di 21, Jalan Mutiara 3, Taman Gunung Emas, Ulu Tiram; Sulaiman Mohd Rahim (840603-01-6039) beralamat di Belakang Stesen Minyak Shell, Ulu Tiram; Reubenraja a/l Rajandran (930303-01-6319) beralamat di 18, Jalan Mutiara, Taman Mutiara, Ulu Tiram; serta Murugan a/l Rajagopal (900107-01-6381) beralamat di 5, Jalan Titiwangsa, Taman Bukit Tiram.

"Turut dicari, Ungku Abdul Halim Shah Ungku Mohamed (760122-01-6919) beralamat di 20, Jalan Emas 1, Taman Gunung Emas, Ulu Tiram; Vasanthan a/l Alagamalai (780801-01-6433) beralamat di 6, Jalan Keris 11, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram; Mohammad Ridzwan Siva Kumar Abdullah (690513-01-6425) beralamat di 65, Jalan EJ 1/12, Taman Ehsan Jaya Johor Baharu; Krishnan a/l Subramaniam (820421-01-6865) beralamat di A-86, Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram; serta Shamuga Nathan a/l Rajadurai (790903-01-6265) beralamat di lot 10, Seksyen 10, Jalan Bukit, Kajang, Selangor," katanya. - Bernama

Pakatan P Pinang perlu selalu bersemuka - Saleh

Posted: 19 Nov 2013 05:55 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -
PULAU PINANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man menegaskan, kepimpinan Pakatan Rakyat negeri wajar bersemuka selalu dalam pertemuan untuk menjernihkan sesetengah isu yang berbangkit.

Mengulas saranan akar umbi PAS yang dibangkitkan dalam sidang media tengah hari semalam di Seberang Jaya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir khuatirsekiranya tiada pertemuan antara parti DAP, PKR dan PAS di peringkat negeri sebagaimana sekarang, ia akan meninggalkan natijah yang kurang memberangsangkan terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

"Saya cadangkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertemu selalu untuk menjernihkan keadaan agar apa yang menjadi harapan ahli akar umbi diberikan keutamaan," jelasnya ketika dihubungi.

Menurutnya, memang terdapat beberapa persoalan atau tidak puas hati kalangan kepimpinan parti ekoran sikap sesetengah Exco namun ianya boleh diselesaikan menerusi pertemuan sesama Pakatan Rakyat.

Katanya, menjadi masalah sekarang, tiada langsung pertemuan kepimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri sejak Pilihan raya Umum ke-13.

"Pertemuan antara parti gabungan Pakatan Rakyat di peringkat negeri kena diadakan supaya tidak timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli," terangnya.

Menyentuh berkaitan tuntutan dalam sidang media tersebut seperti campur tangan dalam pemilihan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) beliau berkata, ia perlu ditangani dengan bijak dan penuh berhemah jangan tamak sehingga meninggalkan kesan sampingan yang boleh merosakkan persefahaman bersama.

Justeru itu, sebagai seorang yang berpengalaman berpolitik beliau menyarankan, pertemuan antara parti amat penting kerana semuanya pasti menjernihkan mana-mana yang keruh.

16 cedera rusuhan di Mesir

Posted: 19 Nov 2013 05:51 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 16 cedera ditembak dalam rusuhan di Dataran Tahrir di sini, lewat malam tadi. 

Polis anti rusuhan Mesir bertindak melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke arah penunjuk perasan untuk menyuraikan rusuhan itu.


Rusuhan itu diadakan sempena menyambut ulang tahun bantahan terhadap tentera yang mengambil kuasa di antara tempoh penggulingan Hosni Mubarak dan Mohamed Morsi. 

Jangan pinggirkan PAS walau hanya satu Adun

Posted: 19 Nov 2013 05:49 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,19 Nov 2013
PULAU PINANG: Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi Dun, tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di negeri ini dipinggirkan.

Dengan itu, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS negeri hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

"Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu," ujarnya dalam sidang akhbar di Seberang Jaya, hari ini.

Berikut kenyataan penuh PAS Pulau Pinang.

Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Datuk Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-

1. Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.

2. Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.
Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

3. Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan Dun/Parlimen yang ditandingi PAS (6 Dun, 2 Parlimen).

Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat. Ia sangat dikesali.

4. Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan kerajaan negeri (GLC). Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Tuntutan/ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-

1. Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulamak, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam kerajaan negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

2. Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama  yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.

3. Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

4. PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.

5. PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya 'Pertindihan Kuasa' yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

6. Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi Dun, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.

Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-

1. PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

2. Sebarang pelantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan ke atas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.

3. PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.

PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.

India tubuh bank khas untuk wanita

Posted: 19 Nov 2013 05:47 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

NEW DELHI 20 Nov. - Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam merasmikan pembukaan sebuah bank khusus untuk wanita, di hab kewangan negara ini di Mumbai.

Menteri Kewangan, P Chidambaram berkata, Bank Bharatiya Mahila atau bank wanita India bertujuan untuk memperkasakan kaum itu.

``Hanya 26 peratus daripada wanita India mengakui mempunyai akaun bank walaupun kebanyakan institusi itu di negara ini diketuai oleh kaum itu,'' katanya. - DPA

4 maut banjir kilat di Arab Saudi

Posted: 19 Nov 2013 05:46 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

RIYADH 20 Nov. - Banjir kilat akibat hujan lebat di sebahagian besar kawasan padang pasir Arab Saudi mengakibatkan empat orang maut dan 10 lagi masih hilang dalam tempoh dua hari lalu.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA semalam berkata, dua daripada kematian serta tujuh lagi yang hilang berlaku di Riyadh manakala selebihnya berlaku di bandar timur laut Arar.

Sejak kelmarin, pasukan kecemasan telah menyelamatkan sebanyak 1,357 penduduk yang terperangkap dalam banjir. - AFP

Gempa 6.3 skala Richter landa kepulauan Maluku

Posted: 19 Nov 2013 05:45 PM PST

16 Muharram 1435H. [MOD] -

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda bandar Tobelo, dalam gugusan kepulauan Maluku Indonesia, kira-kira pukul 9.30 malam ini tanpa mengakibatkan kerosakan serius dan pihak berkuasa menolak sebarang ancaman tsunami.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berlaku 110 kilometer utara timur laut bandar Tobelo pada kedalaman 63 kilometer.

Menurut Edwar, seorang pemilik hotel di Tobelo, pengunjung premis di situ keluar daripada bilik mereka ketika gegaran berlaku selama beberapa saat tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan di kawasan tersebut.

Hina mahkamah: Penjara, denda untuk Ibrahim Ali

Posted: 19 Nov 2013 03:14 AM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.



Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.

Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.

Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.

Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.

"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita.

Malaysiakini

Peristiwa Memali: Masihkah kau ingat?

Posted: 19 Nov 2013 03:11 AM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
Hari ini genap 28 tahun berlakunya peristiwa berdarah Memali iaitu pada tanggal 19 November 1985. 

Kebetulan pada hari Sabtu lepas saya digabungkan dengan sahabat karib saya Ustaz Islah Ibrahim di dalam satu forum, beliau ialah anak sulung kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, individu yang menjadi sasaran dalam operasi oleh pihak keselamatan di Memali.

 Beliau menceritakan pengalaman yang dilaluinya sendiri ketika berlakunya peristiwa itu sehingga menitiskan air mata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

Ayahnya yang merupakan seorang ulama lulusan ugama universiti terkemuka di Libya dan pernah menuntut di Mesir dan India. 

Setelah kembalinya ke tanahair pernah bertugas di jabatan-jabatan ugama Islam di bawah kerajaan. Tetapi ilmunya tidak mengizinkannya untuk berdiam diri melihat ugama Islam dagang di kalangan penganutnya, beliau bangkit menegur dan menasihati kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan. 

Tindakannya ini dituduh sebagai pelampau, bersekongkol dengan pengganas Komunis, penganut ajaran sesat dan lain-lain lagi tuduhan jahat sehingga membawa kepada operasi berdarah Memali. 

Dalam operasi itu As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood bersama-sama 13 orang lagi temannya mati dibunuh oleh anggota keselamatan kerana dituduh mengancam keselamatan negara. Kampung Memali yang damai bertukar menjadi medan perang, anggota-anggota keselamatan yang lengkap bersenjata dan disokong oleh kereta-kereta perisai berdepan dengan orang kampung yang kebingungan tidak tahu apa yang sedang berlaku. 

Adakah orang yang hanya 'bersenjatakan' lidah menegur dan menasihati kerajaan dianggap mengancam keselamatan negara?

Inilah melampau namanya! 

Kenapa pihak keselamatan negara boleh berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah lengkap dengan senjata tetapi tidak diberikan hak yang sama kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali? 

Kenapa Ayah Pin yang jelas sesat dengan kerajaan langitnya masih lagi bebas dan tidak dikenakan apa-apa tindakan?

Kalaulah beliau betul-betul pengganas kenapa YDPA, Sultan Kedah mencemar duli menziarahi perkuburannya di Parit Panjang? 

Kalaulah beliau betul-betul sesat kenapa Al-Marhum Tuan Guru Hj Yahya Junid mengisytiharkan beliau dan teman-temannya adalah syuhada'? 

Kalau tidak syahid dunia dan akhirat paling kurang syahid akhirat kerana mati mempertahankan nyawa, keluarga dan kampungnya daripada penceroboh. Bukankah Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam satu hadis yang mafhumnya; barang siapa yang mati kerana mempertahankan nyawanya maka dia adalah syahid.

Peristiwa ini kekal menjadi titik hitam sejarah negara yang tidak boleh dipadamkan. Walaupun 28 tahun sudah berlalu keadilan kepada mangsa-mangsa peristiwa Memali dan keluarga mereka masih lagi belum dilunaskan. 

Di akhir pertemuan saya dengan Ustaz Islah saya terkedu apabila mendengar kata-kata beliau dengan teresak-esak menyebut; walaupun di atas dunia ini mereka yang bertanggungjawab boleh terlepas tetapi tunggulah perbicaraan di hadapan Allah Tuhan yang Maha Besar di Padang Mahsyar kelak. 

"Dan jangan sekali-kali kamu menyangka Allah leka terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnnya kami lambatkan mereka sehinggalah kepada hari terbeliak mata-mata (kerana melihat azab Allah di hadapan mereka)." (Surah Ibrahim: 42)

Harakahdaily

Rosmah Mansor Kembali 'Mengganas'

Posted: 19 Nov 2013 03:10 AM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
Setelah sekian lama agak menyepikan diri dari sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke 4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif.

Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh Ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinan. Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet telah terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.



Sehubungan itu, di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu. Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja peranannya.

Sebelum ini, terutamanya pada tahun-tahun pertama dan kedua Najib menjadi Perdana Menteri, isu berkaitan Rosmah begitu hangat menjadi perbualan dan kecaman rakyat. Beliau didapati sering berbelanja mewah, memakai pakaian yang mahal dan bling-bling, memiliki banyak koleksi beg tangan mewah dan kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan. 

Beliau juga mahu dirinya dipanggil First Lady dengan mengadakan persidangan Wanita-wanita Pertama di Kuala Lumpur dan yang paling sensasi ialah cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam beberapa pilihanraya kecil pula, beliau turut berkempen untuk calon BN, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini.

Bagaimanapun kira-kira setahun sebelum PRU 13 pada Mei lalu, Rosmah agak menyepikan diri dan jarang menonjol. Beliau seperti sudah menjadi isteri yang baik, tawaduk dan merendah diri. Program persendiriannya makin jarang dan beliau hanya menjadi peneman kepada Najib dalam lawatan di dalam dan luar negara saja. Perubahan ini mungkin dilakukan kerana Najib dan para punah-sihatnya menyedari bahawa penonjolan Rosmah yang keterlaluan boleh memberi kesan buruk dalam sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Kini dengan kembalinya Rosmah kepada watak dan tabiat asalnya iaitu mengadakan lawatan ke luar negara dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan kerajaan, apakah ini merupakan petanda beliau bakal kembali mengganas lagi? Dengan pilihanraya sudah berakhir dah kecaman di Parlimen serta suara bising rakyat tidak akan mengubah apa-apa sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018, apakah juga selepas ini lebih banyak lagi cerita-cerita sensasi bakal keluar dan lebih banyak penggunaan jet eksekutif dibenarkan kepada isteri Perdana Menteri ini?

Melihat kecenderungan ini, rakyat nampaknya kena bersedia menyaksikan lebih banyak cerita-cerita sensasi mengenainya. Bermula dengan menggunakan jet eksekutif sebagai landasan untuk memunculkan dirinya, mungkin lebih banyak cerita mewah dan boros akan muncul selepas ini.

Walau apa pun kebimbangan rakyat mengenai isu Rosmah ini, tindakan Najib dan kabinet meluluskan lawatan dan membenarkan isterinya mewakili kerajaan adalah petunjuk jelas bahawa ungkapan kata-kata "berubah sebelum rebah" yang sering dilaungkan sebelum ini hanyalah umpan untuk mengekalkan kuasa dan memperolehi undi semata-mata. Setelah kuasa diperolehi, bukan saja perkataan "berubah" tidak lagi disebut, bahkan janji "rakyat didahulukan", "kami mendengar" dan banyak lagi sebenarnya hanyalah ungkapan-ungkapan manis yang penuh dengan racun saja.

Jika sekiranya ketika hampir pilihanraya, kelibat Rosmah diperlahankan sebagai suatu tanda "berubah", seharusnya perkara itu terus dilakukan kerana masing-masing sudah pun menyedari ada yang tidak kena dengannnya, terutamanya dalam penggunaan jet eksekutif dan perbelanjaan wang rakyat.

Lebih-lebih lagi Parlimen juga diberitahu sebelum ini bahawa kerajaan telah membelanjakan hampir RM15 juta untuk petrol jet kerajaan manakala penyelenggaraannya pula menelan belanja lebih RM160 juta. Untuk setiap penerbangan pula, kos petrol saja sebanyak RM470 ribu.

Tidak seperti Mahathir, walaupun beliau cukup berkuasa selama 22 tahun pemerintahannya tetapi tidak pernah sekali pun isterinya, Siti Hasmah dibenarkan menggunakan jet eksekutif secara bersendirian. Anak-anaknya pula langsung tidak berpeluang menumpang untuk ke mana-mana.

Malangnya di era Najib ini, jet eksekutif tidak ubah seperti bas Tong Fong layaknya. Isterinya kerapkali dibenarkan menggunakannya untuk ke mana-mana, manakala anak-anak dan bakal menantu pun turut sama bermewah menaikinya. Dilaporkan juga kenalan rapat keluarga Perdana Menteri turut ramai yang sudah menumpangnya.

Dalam hal ini, Najib seharusnya insaf bahawa sokongan rakyat kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu tidak sebenar mana. Sokongan itu pula sebenarnya sangat rapuh dan jika diambil kira beban derita rakyat dalam mengharungi kehidupan dengan kenaikan harga barang, penghapusan subsidi gula, pengenalan cukai GST dan kenaikan cukai pintu oleh DBKL, ditambah lagi dengan cadangan-cadangan pelik oleh kerajaan seperti mahu melarang motorsikal kecil berada di jalanraya dan melupuskan kereta berusia melebihi 12 tahun, sokongan itu bila-bila sahaja boleh berderai.

Karenah Rosmah yang menunjukkan beliau seolah-olah kembali "mengganas" dengan perangai lamanya, tentunya saja menambahkan lagi susah dan sengsaranya UMNO dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Oleh itu dalam mengurus kerajaan, haruslah ada kewajarannya. Kalau pun Najib tidak berasa malu dengan 51 peratus pengundi yang tidak mengundi BN dalam pilihanraya lalu, sekurang-kurangnya malulah kepada Tuhan yang sentiasa melihat dan menyaksikan begitu banyak kontradiksi antara yang dicakap dan dibuatnya dalam memimpin negara ini.


Harakahdaily

PAS Kawasan Miri

Posted: 19 Nov 2013 07:13 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apakah Malaysia Akan Jadi Tempat Pembuangan Kereta Terpakai?

Posted: 19 Nov 2013 01:28 AM PST

Menghadkan Jangka Hayat Kenderaan Akan Menyusahkan Rakyat

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, tiba-tiba datang pula cadangan dari pihak kerajaan untuk menghadkan jangka hayat kenderaan di negara ini kepada 12 tahun. Cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Wong Shaw Voon baru-baru ini yang merupakan suatu penemuan baharu. Pada Jumaat lalu, Dr. Shaw Voon memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya.

Adakah ini suatu penemuan baru cara untuk mendapatkan hasil pendapatan dari rakyat atau cara baru untuk menghabiskan stok kereta yang tidak laku? Apakah jaminan pihak kerajaan yang kereta baru tidak mengalami kerosakan dan selamat di jalanraya? Adakah peratusan kemalangan berlaku sekarang berpunca dari kereta lama yang lebih dari 12 tahun? Sebelum melaksanakan sesuatu peraturan baru, adakah pihak kerajaan pernah mengkaji apa akan terjadi kepada kereta terpakai yang lebih dari 12 tahun dan juga rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli kereta baru yang sudah tentu mahal dan terpaksa menanggung hutang seumur hidup? Sudahpun harga rumah mahal dan kos kehidupan yang tinggi sekarang terpaksa pula menanggung hutang kenderaan yang berpanjangan. Adakah ini dikatakan kerajaan menjaga kesejahteraan dan kebajikan untuk rakyat?

Kemanakah kerajaan hendak melonggok ratusan ribu atau jutaan kenderaan yang sudah melebihi had jangka hayat tersebut? Adakah pihak kerajaan sudah membina kilang memproses besi buruk untuk digunakan semula sebagai bahan membina kenderaan baru agar ianya boleh dijual dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat? Bagaimana pula dengan kereta antik yang lebih dari 12 tahun, adakah pihak kerajaan perlu melupuskannya juga?

Banyak lagi kenderaan pengangkutan awam yang melebihi 12 tahun juga akan jadi mangsa pelupusan ini dan dimanakah mereka hendak menjual kenderaan ini sekiranya dipaksa untuk dilupuskan? Adakah pihak kerajaan sanggup membeli kenderaan lama dan menanggung semua kos dan hutang yang belum diselesaikan oleh pihak pengguna?

Kalau kerajaan terpaksa juga melaksanakan peraturan tersebut, pihak kerajaan perlu menurunkan harga kereta sehingga ke paling maksima. Harga kereta buatan Malaysia perlu diturunkan sampai ke 50 peratus begitu juga dengan kereta impot.  Kereta lama yang melebihi 12 tahun akan digantikan dengan kereta baru dengan potongan harga 50 peratus maka rakyat tidak perlu menanggung bebanan hutang yang berpanjangan.

Walaubagaimanapun menetapkan had jangka hayat kenderaan mungkin sesuai di bandaraya metropolitan yang penuh sesak dengan kenderaan dan bukannya sesuai untuk dilaksanakan ke seluruh negara terutama sekali di Sarawak. 

Di Sarawak ramai penduduk luar bandar yang masih menggunakan kenderaan lama untuk pengangkutan dan juga berulang alik ke bandar. Lagi pun harga kenderaan di Sarawak mahal dan petrol di luar bandar juga dijual dengan harga yang mahal, adalah tidak realisitik untuk kerajaan melaksanakan peraturan tersebut ke seluruh negara terutama sekali kawasan bandar yang tidak mempunyai pengangkutan yang berkesan dan cekap untuk orang awam.

Punca sebenar kemalangan berlaku adalah atas sikap pemandu itu sendiri.  Kalau ada pun masalah kenderaan ianya lebih kepada masalah teknikal bukannya usia kenderaan tersebut. Kalau kenderaan yang sudah melebih 12 tahun dijaga dengan baik ianya tetap selamat digunakan.

Kebanyakan kenderaan baru yang mempunyai CC yang tinggi menyebabkan pemandu ingin mencuba kelajuan kenderaan tersebut. Kalau pemandu itu cuai ketika memandu dengan kelajuan yang tinggi, walau bagaimana canggih kenderaan itu, kemalangan tetap akan berlaku. Semua ini adalah masalah dan sikap pemandu itu sendiri yang menjadi punca kemalangan berlaku.

Kita harap pihak kerajaan jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu peraturan baru, kerana ianya akan menyusahkan kebanyakan rakyat. Mungkin peraturan baru ini hanya akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada penjual kenderaan baru tetapi kepada pengguna ianya pasti menjadi satu bebanan hutang yang berpanjangan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Limiting Long-Life Vehicle Will Troublesome the People

In uncertain economic conditions, suddenly came the proposal from the government to limit the lifespan of vehicles in the country to 12 years. The proposal of the Director General Malaysian Institute of Road Safety (Miros), Assoc. Dr. Wong Shaw Voon recently is a new discovery. On Friday, Dr. Shaw Voon told reporters in Malacca that car over 12 years old are not safe on the road.

Is this a new discovery a way to get the revenue from the people or a new ways to clear stocks of unsold cars? What is the government's assurance that a new car is not suffered damage and safe on the road? Is the percentage of accidents now caused from an old car that is more than 12 years? Before implementing a new regulation, does the government have studied what happens to the cars that are more than 12 years and also the people of low-and medium-income to buy a new car which of course is expensive and debt for life? We had enough of expensive house prices and high cost of living now forced to incur prolonged debt vehicles. Do this government said to be the well-being and welfare of the people?

Where is the government going to dump hundreds of thousands or millions of vehicles that already exceed the lifetime limit? Does the government have set up a factory to process scrap metal to be reused as building material of new vehicles so that they can be sold at a reasonable price and not burden the people? How about an antique car more than 12 years, does the government have to dispose of it as well?

Many more public transport vehicles more than 12 years will also be a victim of this disposal and where are they going to sell these vehicles should be forced to be disposed of? Is the government willing to buy an old vehicle and bear all costs and debts that have not been resolved by the user?

If the government forced to implementing the regulations, the government should reduce the price of the car up to the maximum. Malaysian car prices should be lowered up to 50 percent as well as imported cars. Old cars for more than 12 years will be replaced with a new car for a discount of 50 percent so the people do not have to bear the burden of a prolonged debt.

However, the vehicle lifetime limits may be appropriate in the metropolitan cities which are congested and not suitable to be implemented throughout the country, especially in Sarawak.

In Sarawak, many rural residents still use old vehicles for transport and commute to the city.  Furthermore, the price of the vehicle in Sarawak is expensive and rural petrol price is expensive too, it is not realistic for the government to implement the regulations throughout the country, especially the urban areas which do not have an effective and efficient transportation for the public.

The exact cause of the accident is the driver's own attitude. If there are any problems of the vehicle it was more on a technical problem rather than the age of the vehicle. If the vehicle is exceeding 12 years treated with care it is still safe to use. Most of a new vehicle that has a high CC causes drivers to try the speed of the vehicle. If the driver was negligent while driving at high speeds, no matter how sophisticated the vehicle is, accidents will occur. All this is a problem and the attitude of the driver itself is the cause of an accident.

We hope the governments do not rush in implementing a new rule, because it would troublesome many people. Maybe the new rule is only benefit and profit to the vendor of new vehicles, but to the user it would be a prolonged debt burden.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 19 Nov 2013 07:09 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Perbezaan Pendakwah, Ustaz & Pemberi Hukum

Posted: 19 Nov 2013 07:30 AM PST

Dr Zaharuddin Abd Rahman,19 Nov 2013
Pengeluaran fatwa, pandangan dan panduan hukum khususnya di dalam perkara baru ata persoalan yang timbul di dalam masyarakat bukanlah suatu tugas yang mudah, malah ia teramat berat dan bakal dipertanggungkan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Justeru, suatu teknik dan kefahaman jelas perihal teknik dan metodologi penyelidikan mesti dimahiri oleh mereka yang terlibat atau ingin terlibat di dalam bidang ini. Bagi ahli fiqh dan dakwah mereka tidak boleh alpa dan lalai dalam memahami ulum hadith dan fiqahnya, manakala bagi mereka yang mendalami ilmu hadith tanpa fiqah, Imam Sufyan Uyainah berkata :
Ertinya: Jikalau ada kuasa di tangan kami, nescaya kami akan pukul dengan rotan (ranting) setiap ahli hadith yang tidak mempelajari Fiqah dan setiap ahli Fiqah (Faqih) yang tidak mempelajari hadith. (Kaifa Nata'mal Ma'a Al-Sunnah, Al-Qaradawi, hlm70)


Imam Abu Hanifah berkata:
Ertinya: Sentiasa manusia berada dalam keadaan baik selagimana wujud di kalangan mereka yang mencari (mempelajari) hadis, apabila mereka mempelajri ilmu tanpa hadis, mereka pasti akan rosak.


Imam As-Shafi'i berkata: 
Ertinya: Manakah bumi yang bolehku berteduh padanya apabila aku meriwayatkan dari Nabi sallallahu alaihi wasallam satu hadis sedang aku berkata selain darinya.


Imam Ahmad berkata:
Ertinya: Tersebarnya bid'ah, barangsiapa yang tiada padanya hadis lalu pasti akan terjebak dalamnya. (Manaqib Al-Imam Ahmad, Ibn Jawzi, hlm 182) 


Iman dan akhlaq mulia merupakan aspek dalaman utama yang mesti diperkukuh secara berterusan. Ini kerana, Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi Iman ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan amalan dan usaha seseorang. Iman yang mantap akan membuahkan akhlak mulia yang bermanfaat kepada diri dan orang lain. Begitu juga, hukum dan fatwa merupakan buah yang terhasil daripada penyelidikan yang mendalam berasaskan aspek dalaman seseorang dalam melaksanakan penyelidikan. Antara aspek dalaman yang menjadi asas kepada penyelidikan hukum dan fatwa adalah seperti berikut:

1. Ikhlas

Mempunyai niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah SWT.

2. Tiada sentimen yang mempengaruhi keadilan kajian

Penyelidikan dan kajian dilakukan dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan yang negatif seperti; marah, jemu, terlalu gembira, didesak oleh golongan yang berkepentingan, atau apa-apa juga keadaan yang menyebabkan pengkaji tidak dapat menumpukan perhatian kerana hati dan fikirannya terganggu. Seseorang itu tidak harus memberi hukum atau fatwa semata-mata kerana tamakkan harta atau kemegahan, kemarahan, dan tidak juga kerana takutkan pihak berkuasa.

Inilah yang pernah ditegaskan oleh Imam Ibnu Solah dengan katanya: 
Ertinya : Hendaklah mufti (yang mengeluarkan fatwa itu) seperti perawi (hadis) yang tidak terkesan olehnya kaum kerabat dan permusuhan, mestilah hanya untuk membawa kemanfaatan dan menolak kemudaratan.


3. Lapang dada dan hati untuk pindaan dan revisi fatwa

Bersedia untuk menarik balik hukum/fatwa dan bersedia untuk melakukan semakan semula ke atas hukum/fatwa yang dibuat.

Berilmu, berlapang dada, tenang dan tegas. Keperluan terhadap ilmu adalah jelas iaitu sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu akan mendapat siksaan Allah. Manakala, sikap berlapang dada membolehkan kita untuk mengkaji semula hukum atau fatwa yang dinyatakan serta menarik semula hukum atau fatwa tersebut jika berlaku kesilapan.

Semakan semula fatwa ini adalah perkara biasa dalam dunia ilmiah para ulama Islam sejak zaman silam.Imam Ibn Qayyim berkata :-
Ertinya : Tidak sesekali terhalang sesuatu keputusan ( fatwa) yang telah kamu putuskan hari ini maka ingin kamu nilaikannya semula, berpandukan ilmu kewarasan dan (maklumat baru) maka kamu kembali kepada kebenaran, sesungguhnya kebenaran itu telah lama (wujud) dan tidak sesekali dibatalkan oleh sesuatu apapun, dan pengembalian kepada kebenaran adalah amat baik " (I'lam al-Muwaqqien, 1/69)


4. Insaf (adil serta tidak emosi) dalam teks fatwa atau pandangan hukum

Ertinya, mestilah tiada sebarang bentuk provokasi, memperlekehkan pandangan seseorang yang lain di dalam teks pandangan hukum yang dikeluarkan. Ia dikeluarkan dalam bentuk penuh adab, ilmiah dan bertujuan kebaikan untuk semua pembaca dan masyarakat.

5. Pengambilan Sumber Dan Amanah Ilmu

Para ilmuwan, pengkaji, pendakwah dan penyelidik mestilah amanah dalam menyatakan sumber maklumat yang diambil dengan meletakkan nota kaki atau sebarang bentuk penyataan sumber. Ini penting bagi membolehkan para pembaca melihat dan merujuk sumber asal, selain menjadikan kita seorang yang amanah dalam menyandarkan sumber pandangan kepada pemiliknya.

Lebih penting dari itu adalah tegahan untuk memotong sesuatu pandangan di luar konteksnya, samada mengambilnya sebagai sokongan atau bantahan kepada sesuatu pandangan. Ia bukan sahaja merosakkan amanh ilmu, bahkan memabawa dosa fitnah dan menrosakkan kredibiliti penyelidik sendiri.

6. Keperluan Proses Tarjih 

Tidaklah tepat bagi seorang ulama apabila ditanay suatu soalan dan mendapati terdapatnya khilaf lalu memberi jawapan seolah memberi penanya untuk membuat keputusan sendiri. Ia seperti memberi individu yang tidak berkelayakan untuk melakukan tarjih tanpa ilmu.

Justeru, ilmuwan perlu membantu dengan memandu penanya kepada pilihan yang terbaik menurut ilmu dan tarjihnya sendiri. Ulama berbeza ijtihad dalam menentukan hukum beramal dengan yang rajih kepada dua kumpulan namun majoriti mazhab berpendapat beramal dengan yang rajih serta meninggal pendapat marjuh adalah WAJIB. Malah terdapat Ijma' di kalangan para ulama Usul fiqh (Nihayatul Sul, 3/212 ; Al-Mahsul, Al-Razi, 2/529 ; Kasyf al-Asrar, 4/76).

Berkata As-Syawkani tentang wajib beramal dengan yang rajih ini dengan katanya: 
Ertinya: Ini disepakati padanya dan tiada yang bercanggah dengan keperluan ini kecuali yang tidak diambil kira pendapatnya.( Irsyad al-Fuhul, hlm 276)


7. Fiqh Taysir Di Zaman Lemahnya Iman Manusia

Memahami kemudahan dan keringan yang diperuntukan di dalam hukum Islam adalah penting hari ini, ia bukan mengajar memudah-mudahkan (tasahul) sesuatu hukum tetapi memberikan kemudahan secara hikmah.

Tasahul merujuk kepada mengambil mudah sesuatu kajian dalam menentukan hukum sehingga begitu cepat dan tergesa-gesa mengeluarkan hukum dan fatwa sebelum kajian sebaiknya. Manakala taysir adalah keringan yang diberikan oleh seseorang individu ulama yang amanah setelah kajian terpeirnci dilakukannya.

8. Lihat Kepada Audiens Dan Kesediaan Ilmu Masyarakat

Seseorang penyelidik, ilmuwan dan pendakwah perlulah mengkaji keadaan masyarakat, turun dan melihat sendiri kedaan mereka, menyedari taraf keilmuan mereka dan menyampaikan ilmu kepada mereka menurut laras bahasa yang mampu difahami oleh majority mereka sebagaimana seorang Rasul itu juga turut diutuskan dengan menyampaikan dakwah menurut bahasa kaumnya. Jangan mula membicarakan hal yang belum mampu difahami sebelum sampai masanya, kelak nanti menjadi fitnah kepada Islam dan masyarakat. Justeru proses beransur atau tadarruj itu sangat perlu difahami oleh ilmuwan.

9. Pertimbangkan Kesan Kepada Masyarakat
Sebarang jenis kajian perlu mengambil kira kesan kejutannya kepada masyarakat, perlu menimbang dan bersedia dengan alternatif terlebih dahulu. Jangan sampai membiarkan ummat terpinga-pinga dan panik tanpa sebarang jalan keluar.

Oleh itu, jangan juga tergesa-gesa mendedahkan sesuatu sebelum sampai waktunya, logika ini bukan sahaja diterima aqal biasa, malah juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi :
Ertinya : Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya (Al-Ashbah Wa An-Nazair, As-Sayuti, hlm 195)

Lihat bagaimana Umar al-Khattab meminta sahabat lain untuk menceraikan isteri ahli kitab yang dikahwininya kerana bimbangkan ia ditiru oleh yang lain lalu mengakibatkan wanita muslimah tidak mendapat pasangan kerana kurang menarik wajahnya berbanding wanita Eropah. Demikian juga petunjuk yang diberikan oleh baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Ertinya: "Wahai 'Aisyah, kalaulah bukan disebabkan kaummu masih baru (dengan Islam), nescaya aku akan robohkan (mengubahsuai) Kaabah ini dan aku jadikan padanya dua buah pintu; pintu masuk dan keluar." (Riwayat at-Tirmizi : Hasan Sohih)

10. Fenomena Perbezaan Ijtihad
Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam satu-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut nafsu dan kehendak mereka sendiri, puak ini bukan sahaja menuduh dengan tuduhan sedemikian, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan mengatakan ulama ini telah mencabuli hak Allah yang boleh menetapkan hukum.

Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku. Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai 'ingin jadi tuhan' kerana mengharamkan sesuatu.

Memang benar, dalam Islam, seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan RasulNya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuan Islam sama sekali TIDAK boleh mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan nafsu dan selera mereka, malah mereka hanya menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-lain.

Selain itu, sebahagian kumpulan manusia yang lain pula keliru dan lebih suka mencela para ilmuan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca ilmuwan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia sudah pun bermula ketika hayat baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam lagi. Terlalu banyak sebab dan punca kepada perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya. Ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai mengendalikannya.

11. Jangan tergesa-gesa

Jangan kita tergesa memberi pandangan yang dinisbahkan kepad ahukum Islam jika belum dirujuk terlebih dahulu kepada kitab-kitab yang sesuai atau pandangan ulama yang ahlinya. Ramai pendakwah yang apabila popular yang tergelincir dalam memberi pandangan yang sama ada salah atau kurang tepat kepada soalan yang dikemukakan. Sebahagian mungkin memaksa diri untuk memberi jawapan kerana bimbang akan dipandang kurang berilmu lantaran kegagalan memberikan jawapan segera.

Ibn Umar r.a berkata :
Ertinya : Ilmu itu ada tiga bahagian, Kitab AL-Quran yang berkata, Sunnah Nabi yang lalu dan aku tidak tahu. (Riwayat At-Tabrani dalam al-Aswat; Rujuk Majma' Al-Zawaid)


Sangat baik lagi amanah seorang ilmuwan dan endakwah menangguhkan jawapan terlebih dahulu agar mampu membuat kajian sebaiknya sebelum memberi respons. Dan salah satu jawapan apabila kita belum bersedia adalah 'aku tidak tahu'.

Lihat sahaja Imam Malik Bin Anas apabila didatangi seorang lelaki yang meminta fatwa berkenaan lafaz ta'liqnya yang akan menceraikan isterinya jika ada dosa yang lebih besar dari minum arak. Maka Imam Malik mengarahkan untuk balik dahulu agar beliau dapat melakukan kajian. Hanya abeberapa hari selepas itu barulah Imam Malik meberikan jawapannya. (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

12. Elakkan memberi pandangan sebelum mendapat gambaran jelas.

Disebutkan dalam satu kaedah: 
Ertinya : Asas dalam memberi hukum ke atas sesuatu, cabangnya adalah terlebih dahulu mesti mempunyai gambaran (menyeluruh).


Kaedah ini lahir dari firman Allah:
Ertinya : Janganlah kamu duduk (berpegang) kepada sesuatu yang kamu tidak punyai ilmu padanya. (Al-Isra : 36)

Demikian beberapa panduan ringkas tanggungjawab seorang ilmuwan dan pendakwah sama ada tergolong dalam kategori terkenal atau tidak. Tanggungjawab mereka adalah sama dan berat di sisi Allah swt. Ketelitian adalah dituntut sepanjang masa dan kesilapan adakalanya sukar dielakkan namun pembetulan sentiasa diperlukan apabila ia berlaku.

http://www.zaharuddin.net/

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 19 Nov 2013 01:07 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Perbezaan Pendakwah, Ustaz & Pemberi Hukum

Posted: 19 Nov 2013 07:30 AM PST

Dr Zaharuddin Abd Rahman,19 Nov 2013
Pengeluaran fatwa, pandangan dan panduan hukum khususnya di dalam perkara baru ata persoalan yang timbul di dalam masyarakat bukanlah suatu tugas yang mudah, malah ia teramat berat dan bakal dipertanggungkan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Justeru, suatu teknik dan kefahaman jelas perihal teknik dan metodologi penyelidikan mesti dimahiri oleh mereka yang terlibat atau ingin terlibat di dalam bidang ini. Bagi ahli fiqh dan dakwah mereka tidak boleh alpa dan lalai dalam memahami ulum hadith dan fiqahnya, manakala bagi mereka yang mendalami ilmu hadith tanpa fiqah, Imam Sufyan Uyainah berkata :
Ertinya: Jikalau ada kuasa di tangan kami, nescaya kami akan pukul dengan rotan (ranting) setiap ahli hadith yang tidak mempelajari Fiqah dan setiap ahli Fiqah (Faqih) yang tidak mempelajari hadith. (Kaifa Nata'mal Ma'a Al-Sunnah, Al-Qaradawi, hlm70)


Imam Abu Hanifah berkata:
Ertinya: Sentiasa manusia berada dalam keadaan baik selagimana wujud di kalangan mereka yang mencari (mempelajari) hadis, apabila mereka mempelajri ilmu tanpa hadis, mereka pasti akan rosak.


Imam As-Shafi'i berkata: 
Ertinya: Manakah bumi yang bolehku berteduh padanya apabila aku meriwayatkan dari Nabi sallallahu alaihi wasallam satu hadis sedang aku berkata selain darinya.


Imam Ahmad berkata:
Ertinya: Tersebarnya bid'ah, barangsiapa yang tiada padanya hadis lalu pasti akan terjebak dalamnya. (Manaqib Al-Imam Ahmad, Ibn Jawzi, hlm 182) 


Iman dan akhlaq mulia merupakan aspek dalaman utama yang mesti diperkukuh secara berterusan. Ini kerana, Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi Iman ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan amalan dan usaha seseorang. Iman yang mantap akan membuahkan akhlak mulia yang bermanfaat kepada diri dan orang lain. Begitu juga, hukum dan fatwa merupakan buah yang terhasil daripada penyelidikan yang mendalam berasaskan aspek dalaman seseorang dalam melaksanakan penyelidikan. Antara aspek dalaman yang menjadi asas kepada penyelidikan hukum dan fatwa adalah seperti berikut:

1. Ikhlas

Mempunyai niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah SWT.

2. Tiada sentimen yang mempengaruhi keadilan kajian

Penyelidikan dan kajian dilakukan dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan yang negatif seperti; marah, jemu, terlalu gembira, didesak oleh golongan yang berkepentingan, atau apa-apa juga keadaan yang menyebabkan pengkaji tidak dapat menumpukan perhatian kerana hati dan fikirannya terganggu. Seseorang itu tidak harus memberi hukum atau fatwa semata-mata kerana tamakkan harta atau kemegahan, kemarahan, dan tidak juga kerana takutkan pihak berkuasa.

Inilah yang pernah ditegaskan oleh Imam Ibnu Solah dengan katanya: 
Ertinya : Hendaklah mufti (yang mengeluarkan fatwa itu) seperti perawi (hadis) yang tidak terkesan olehnya kaum kerabat dan permusuhan, mestilah hanya untuk membawa kemanfaatan dan menolak kemudaratan.


3. Lapang dada dan hati untuk pindaan dan revisi fatwa

Bersedia untuk menarik balik hukum/fatwa dan bersedia untuk melakukan semakan semula ke atas hukum/fatwa yang dibuat.

Berilmu, berlapang dada, tenang dan tegas. Keperluan terhadap ilmu adalah jelas iaitu sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu akan mendapat siksaan Allah. Manakala, sikap berlapang dada membolehkan kita untuk mengkaji semula hukum atau fatwa yang dinyatakan serta menarik semula hukum atau fatwa tersebut jika berlaku kesilapan.

Semakan semula fatwa ini adalah perkara biasa dalam dunia ilmiah para ulama Islam sejak zaman silam.Imam Ibn Qayyim berkata :-
Ertinya : Tidak sesekali terhalang sesuatu keputusan ( fatwa) yang telah kamu putuskan hari ini maka ingin kamu nilaikannya semula, berpandukan ilmu kewarasan dan (maklumat baru) maka kamu kembali kepada kebenaran, sesungguhnya kebenaran itu telah lama (wujud) dan tidak sesekali dibatalkan oleh sesuatu apapun, dan pengembalian kepada kebenaran adalah amat baik " (I'lam al-Muwaqqien, 1/69)


4. Insaf (adil serta tidak emosi) dalam teks fatwa atau pandangan hukum

Ertinya, mestilah tiada sebarang bentuk provokasi, memperlekehkan pandangan seseorang yang lain di dalam teks pandangan hukum yang dikeluarkan. Ia dikeluarkan dalam bentuk penuh adab, ilmiah dan bertujuan kebaikan untuk semua pembaca dan masyarakat.

5. Pengambilan Sumber Dan Amanah Ilmu

Para ilmuwan, pengkaji, pendakwah dan penyelidik mestilah amanah dalam menyatakan sumber maklumat yang diambil dengan meletakkan nota kaki atau sebarang bentuk penyataan sumber. Ini penting bagi membolehkan para pembaca melihat dan merujuk sumber asal, selain menjadikan kita seorang yang amanah dalam menyandarkan sumber pandangan kepada pemiliknya.

Lebih penting dari itu adalah tegahan untuk memotong sesuatu pandangan di luar konteksnya, samada mengambilnya sebagai sokongan atau bantahan kepada sesuatu pandangan. Ia bukan sahaja merosakkan amanh ilmu, bahkan memabawa dosa fitnah dan menrosakkan kredibiliti penyelidik sendiri.

6. Keperluan Proses Tarjih 

Tidaklah tepat bagi seorang ulama apabila ditanay suatu soalan dan mendapati terdapatnya khilaf lalu memberi jawapan seolah memberi penanya untuk membuat keputusan sendiri. Ia seperti memberi individu yang tidak berkelayakan untuk melakukan tarjih tanpa ilmu.

Justeru, ilmuwan perlu membantu dengan memandu penanya kepada pilihan yang terbaik menurut ilmu dan tarjihnya sendiri. Ulama berbeza ijtihad dalam menentukan hukum beramal dengan yang rajih kepada dua kumpulan namun majoriti mazhab berpendapat beramal dengan yang rajih serta meninggal pendapat marjuh adalah WAJIB. Malah terdapat Ijma' di kalangan para ulama Usul fiqh (Nihayatul Sul, 3/212 ; Al-Mahsul, Al-Razi, 2/529 ; Kasyf al-Asrar, 4/76).

Berkata As-Syawkani tentang wajib beramal dengan yang rajih ini dengan katanya: 
Ertinya: Ini disepakati padanya dan tiada yang bercanggah dengan keperluan ini kecuali yang tidak diambil kira pendapatnya.( Irsyad al-Fuhul, hlm 276)


7. Fiqh Taysir Di Zaman Lemahnya Iman Manusia

Memahami kemudahan dan keringan yang diperuntukan di dalam hukum Islam adalah penting hari ini, ia bukan mengajar memudah-mudahkan (tasahul) sesuatu hukum tetapi memberikan kemudahan secara hikmah.

Tasahul merujuk kepada mengambil mudah sesuatu kajian dalam menentukan hukum sehingga begitu cepat dan tergesa-gesa mengeluarkan hukum dan fatwa sebelum kajian sebaiknya. Manakala taysir adalah keringan yang diberikan oleh seseorang individu ulama yang amanah setelah kajian terpeirnci dilakukannya.

8. Lihat Kepada Audiens Dan Kesediaan Ilmu Masyarakat

Seseorang penyelidik, ilmuwan dan pendakwah perlulah mengkaji keadaan masyarakat, turun dan melihat sendiri kedaan mereka, menyedari taraf keilmuan mereka dan menyampaikan ilmu kepada mereka menurut laras bahasa yang mampu difahami oleh majority mereka sebagaimana seorang Rasul itu juga turut diutuskan dengan menyampaikan dakwah menurut bahasa kaumnya. Jangan mula membicarakan hal yang belum mampu difahami sebelum sampai masanya, kelak nanti menjadi fitnah kepada Islam dan masyarakat. Justeru proses beransur atau tadarruj itu sangat perlu difahami oleh ilmuwan.

9. Pertimbangkan Kesan Kepada Masyarakat
Sebarang jenis kajian perlu mengambil kira kesan kejutannya kepada masyarakat, perlu menimbang dan bersedia dengan alternatif terlebih dahulu. Jangan sampai membiarkan ummat terpinga-pinga dan panik tanpa sebarang jalan keluar.

Oleh itu, jangan juga tergesa-gesa mendedahkan sesuatu sebelum sampai waktunya, logika ini bukan sahaja diterima aqal biasa, malah juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi :
Ertinya : Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya (Al-Ashbah Wa An-Nazair, As-Sayuti, hlm 195)

Lihat bagaimana Umar al-Khattab meminta sahabat lain untuk menceraikan isteri ahli kitab yang dikahwininya kerana bimbangkan ia ditiru oleh yang lain lalu mengakibatkan wanita muslimah tidak mendapat pasangan kerana kurang menarik wajahnya berbanding wanita Eropah. Demikian juga petunjuk yang diberikan oleh baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Ertinya: "Wahai 'Aisyah, kalaulah bukan disebabkan kaummu masih baru (dengan Islam), nescaya aku akan robohkan (mengubahsuai) Kaabah ini dan aku jadikan padanya dua buah pintu; pintu masuk dan keluar." (Riwayat at-Tirmizi : Hasan Sohih)

10. Fenomena Perbezaan Ijtihad
Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam satu-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut nafsu dan kehendak mereka sendiri, puak ini bukan sahaja menuduh dengan tuduhan sedemikian, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan mengatakan ulama ini telah mencabuli hak Allah yang boleh menetapkan hukum.

Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku. Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai 'ingin jadi tuhan' kerana mengharamkan sesuatu.

Memang benar, dalam Islam, seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan RasulNya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuan Islam sama sekali TIDAK boleh mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan nafsu dan selera mereka, malah mereka hanya menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-lain.

Selain itu, sebahagian kumpulan manusia yang lain pula keliru dan lebih suka mencela para ilmuan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca ilmuwan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia sudah pun bermula ketika hayat baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam lagi. Terlalu banyak sebab dan punca kepada perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya. Ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai mengendalikannya.

11. Jangan tergesa-gesa

Jangan kita tergesa memberi pandangan yang dinisbahkan kepad ahukum Islam jika belum dirujuk terlebih dahulu kepada kitab-kitab yang sesuai atau pandangan ulama yang ahlinya. Ramai pendakwah yang apabila popular yang tergelincir dalam memberi pandangan yang sama ada salah atau kurang tepat kepada soalan yang dikemukakan. Sebahagian mungkin memaksa diri untuk memberi jawapan kerana bimbang akan dipandang kurang berilmu lantaran kegagalan memberikan jawapan segera.

Ibn Umar r.a berkata :
Ertinya : Ilmu itu ada tiga bahagian, Kitab AL-Quran yang berkata, Sunnah Nabi yang lalu dan aku tidak tahu. (Riwayat At-Tabrani dalam al-Aswat; Rujuk Majma' Al-Zawaid)


Sangat baik lagi amanah seorang ilmuwan dan endakwah menangguhkan jawapan terlebih dahulu agar mampu membuat kajian sebaiknya sebelum memberi respons. Dan salah satu jawapan apabila kita belum bersedia adalah 'aku tidak tahu'.

Lihat sahaja Imam Malik Bin Anas apabila didatangi seorang lelaki yang meminta fatwa berkenaan lafaz ta'liqnya yang akan menceraikan isterinya jika ada dosa yang lebih besar dari minum arak. Maka Imam Malik mengarahkan untuk balik dahulu agar beliau dapat melakukan kajian. Hanya abeberapa hari selepas itu barulah Imam Malik meberikan jawapannya. (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

12. Elakkan memberi pandangan sebelum mendapat gambaran jelas.

Disebutkan dalam satu kaedah: 
Ertinya : Asas dalam memberi hukum ke atas sesuatu, cabangnya adalah terlebih dahulu mesti mempunyai gambaran (menyeluruh).


Kaedah ini lahir dari firman Allah:
Ertinya : Janganlah kamu duduk (berpegang) kepada sesuatu yang kamu tidak punyai ilmu padanya. (Al-Isra : 36)

Demikian beberapa panduan ringkas tanggungjawab seorang ilmuwan dan pendakwah sama ada tergolong dalam kategori terkenal atau tidak. Tanggungjawab mereka adalah sama dan berat di sisi Allah swt. Ketelitian adalah dituntut sepanjang masa dan kesilapan adakalanya sukar dielakkan namun pembetulan sentiasa diperlukan apabila ia berlaku.

http://www.zaharuddin.net/

Jasindaily Online

Posted: 19 Nov 2013 09:26 AM PST

Jasindaily Online


Nyawa pelancong ‘melayang’, tapi Speaker tolak usul isu keselamatan Sabah

Posted: 19 Nov 2013 04:49 AM PST

KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER: Pakatan Rakyat mengecam penolakan kerajaan supaya isu keselamatan melibatkan kes penculikan dan pembunuhan pelancong di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah dibincangkan secara bersama. Usul tersebut ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dengan alasan ia masih dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan. Kesal dengan jawapan itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong membidas sikap tidak acuh kerajaan menangani isu berkenaan.


 "Saya begitu kecewa kerana isu ini disifatkan tidak penting. Sedangkan tahap keselamatan di Sabah semakin menurun kerana terlalu banyak pendatang yang membimbangkan rakyat tempatan. "Tahap keselamatan juga masih lemah walaupun berbilion wang dibelanjakan sejak 20 tahun dulu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt menegaskan, rakyat Sabah menuntut jaminan kerajaan berhubung keselamatan mereka yang kian terancam hingga nyawa pelancong terkorban. "Pelbagai pihak antarabangsa mempertikai isu keselamatan kita termasuk keselamatan pelancongan, bahkan pelancong yang diculik juga masih tiada khabar berita. 

"Kami mahu dasar jaminan keselamatan dan kerajaan perlu memandang serius isu ini terutama berkenaan pemberian kad pengenalan," katanya. Sebelum itu, kata Jimmy, sepatutnya isu itu dibincangkan untuk penyelesaian di Dewan Rakyat kerana semua Ahli Parlimen maklum mengenainya./Keadilandaily

Baca Boleh Percaya ??

Posted: 19 Nov 2013 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk menggubal Dasar Syariah Negara bagi menambah baik dasar sedia ada dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat umum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata cadangan itu akan diteliti selari dengan perkembangan agama Islam dan peredaran masa serta situasi masa kini. 


"Kerajaan bersetuju...dan perhatian yang tinggi akan diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya selepas Majlis perasmian dan penyerahan surat tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) sesi 2013/2014 kepada wakil penerima di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd Nor Suhaili Jamali supaya kerajaan menggubal Dasar Syariah Negara bagi mengelak perkara berkaitan Islam menjadi polemik dalam kalangan pihak tertentu khususnya parti politik hingga mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat umum. 

 Pada majlis itu, seramai 163 daripada 398 pelajar yang memohon SPH menerima tawaran pembiayaan terdiri daripada 101 pelajar di institusi pengajian tempatan, 22 dari institusi pengajian di Jordan dan 40 dari Mesir. Skim kali kedua yang menawarkan pembiayaan yuran pengajian berjumlah enam juta ringgit kepada para Huffaz yang menghafaz Al-Quran bertujuan membantu mereka melanjutkan pengajian ke peringkat diploma lanjutan, sarjana dan doktor falsafah (PhD). Sementara itu, Jamil Khir berkata kerajaan sedang giat menjelaskan pendirian mengenai isu tuntutan oleh Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Geneva dan negara-negara strategik Islam sementara menunggu keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Mac tahun depan. 

 Katanya, penjelasan itu perlu kerana gabungan itu mempunyai agenda yang menyimpang jauh dari Islam dan hak asasi manusia. "Kita meraikan hak asasi manusia tetapi ia mestilah berlandaskan syariah Islam," katanya. Comango yang membawa laporan kepada PBB antara lain menuntut kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan keIslaman seseorang itu. Selain itu, Comango menuntut menghapuskan undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuatkuasa; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju. - Bernama

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 19 Nov 2013 03:20 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Menjelang Pemilihan Pimpinan Dewan Muslimat

Posted: 19 Nov 2013 01:43 AM PST

Saya tak menjangka kempen utk pimpinan tertinggi DMP panas. Saya juga tak menjangka yang kami bertiga akan dicabar kerana baru satu penggal iaitu dua tahun diberi mandat.

Dua tahun yang kami pegang sibuk dengan persiapan PRU13. Walaubagaimanapun saya terima hakikat demokrasi dan parti mengizinkan berkempen kali ini.

Sebelum ini saya sendiri setia denga DMPP semenjak menjadi AJK DMPP dari tahun 2000. Saya setakat bertanding AJK walaupun saya pernah dicalonkan ke ketiga tiga jawatan tertinggi DMPP setiap kali musim pemilihan. 

Saya menolak kerana saya merasakan ada orang lain yang lebih layak. Saya diajak masuk DMP untuk membantu muslimat dan tiada niat untuk menjadi pemimpin besar.

Kedua dua sahabat saya, YB Zailah dan YB Mumtaz telah masing2 memegang jawatan timbalan dan naib ketua sebelum ini. Cuma dalam pemilihan yang lepas YB Zailah dipilih menjadi ketua. Saya pula jadi Timbalan.

Saya menerima pencalonan  dalam pemilihan lepas  setelah menjadi wakil rakyat. Tujuannya adalah untuk bersama manaikkan martabat DMPP dan imej muslimat PAS di pesada politik Malaysia.

Membina imej adalah sebahagian dari strategi untuk mengarusperdanakan PAS itu sendiri. Sebelum 2004, PAS sering dituduh meminggirkan wanita dan tiada pimpinan wanita yang boleh dikedepankan.

Selepas 2004 apabila DMP berjaya menampilkan muslimat sebagai calon dan ada dikalangan muslimat ditakdirkan menang dan berperanan dalam kerajaan, muslimat boleh merasai usaha pengupayaan pimpinan muslimat terdahulu sudah berhasil.

Muslimat juga tidak lagi merasa rendah diri apabila ketiga jawatan tertinggi dipegang oleh YB. Kami bertiga bukan orang terhebat tetapi keperluan politik untuk kami menerajui DMP.

Muslimat perlu berganding bahu kerana tiada seorang pun pimpinan muslimat yang sempurna disegi kemampuan dan kelayakan. Kami cuba merealisasikan gandingan ini dengan mendelegasi tugas kpd mereka yang layak. Tidak mencantas sesiapa jika mereka sudi duduk dalam jawatankuasa muslimat.

Ada dari kalangan muslimat yang enggan menerima perlantikan kerana tidak boleh menerima kami bertiga sebagai pemimpin. Namun mereka menjadi ajk dalam lajnah2 yang mereka minati.

Kebebasan telah diberikan kepada semua lajnah untuk melaksankan visi dan misi DMP dan parti.

Malah lajnah terpenting, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan tidak dipegang oleh Ketua atau Timbalan kerana kami mahu ianya dipegang oleh golongan aalimat atau asatizah yang ada pendidikan formal dalam bidang agama.

Lajnah ini diberi kebebasan penuh untuk menganjur sebarang aktiviti untuk memperkukuhkan jati diri muslimah dan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Apa apa pencapaian DMP sehingga kini bukan hasil kerja seorang pimpinan  muslimat tetapi hasil pemikiran, perbincangan dan keputusan jamaie. Kesemua pimpinan adalah mata rantai perjuangan, insyaallah sampai hari akhirat.

Idea asal mungkin dari salah seorang saf pimpinan muslimat, namun apabila diluluskan oleh saf pimpinan kita semua bertanggung jawab untuk melaksanakannya bersama.

Cuma bila mana tidak semua orang boleh terlibat dan mempunyai minat dankemampuan dalam semua perkara, maka berlakulah apa yang kita terpaksa terima ialah pengkhususan kerja.

Berlaku penambahbaikan semua gerak kerja semakin DMP semakin berusiandan matang. Ini adalah sunnatullah. Sekiranya semua saf pimpinan yang terpilih memahami peranan maka tidak timbul tidak puas hati bila pimpinan bertukar ganti.

Saya menulis ni bukan nak kempen cuma nak kongsi rasa.

Dr. Siti Mariah Mahmud
19hb Nov. 2013

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Nov 2013 01:16 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


250 sertai majlis khatan anjuran Dun Bukit Payong

Posted: 18 Nov 2013 08:25 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
MARANG: Seramai 250 kanak-kanak menyertai majis berkhatan yang diadakan di Pusat Khidmat Adun Bukit Payong yang berakhir semalam.

Program yang diadakan sejak Sabtu lalu itu dirasmikan oleh Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada hari pertama program.


Majlis itu adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Dun Bukit Payong sejak beberapa tahun lalu.

Dengan adanya program itu memberi peluang kepada masyarakat sekitar untuk mengkhatankan anak-anak mereka tanpa dibawa ke klinik atau hospital.

"Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat itu mendorong pihak Dun Bukit Payong untuk mengatur lebih program kebajikan kepada masyarakat pada masa akan datang," ujar Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat sekitar dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan sebarang program kebajikan yang dianjurkan oleh pihak Dun.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para petugas dan penyumbang yang terlibat menjayakan program-program anjuran Dun berkenaan termasuk majlis berkhatan itu.

"Insya Allah, pihak kami sentiasa memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti seumpama ini untuk kemudahan penduduk di Dun Bukit Payong," ujarnya lagi.

Tambahnya, walaupun PAS tidak memerintah negeri ini, namun program kemasyarakatan dan kebajikan akan terus dilaksanakan mengikut kemampuan.

Harakahdaily

Intipan asing: Indonesia panggil pulang duta besar

Posted: 18 Nov 2013 08:23 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
JAKARTA: Indonesia semalam bersikap tegas berhubung insiden intip dengar perbualan telefon Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Wanita Pertama Indonesia Ibu Ani Yudhoyono (gambar)serta beberapa anggota kabinet oleh pihak Australia, dengan memanggil pulang Duta Besarnya ke Australia di Canberra, Nadjib Riphat. 

Serentak dengan itu Indonesia juga akan mengkaji semula hubungan kerjasama dan pertukaran maklumat dengan Australia. 

Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa berkata pemanggilan pulang Duta Besarnya itu adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku di Australia. 

Keputusan itu dibuat kerana Indonesia berpendapat Duta Besarnya tidak akan dapat melakukan tugas dengan baik di tengah isu intip dengar yang sedang hangat diberitakan sekarang, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

"Saya berpesan agar Duta Besar tidak hanya membawa beg kabin. Kami menunggu jawapan dari pemerintah Australia dan akan melakukan langkah satu per satu secara terukur," kata Marty. 

Menteri Luar Indonesia itu berharap kerajaan Australia tidak meremeh dan mengecilkan isu itu kerana ia amat mengganggu keselesaan Indonesia. 

Laporan media menyebut bahawa agensi perisikan Australia telah cuba mengintip dengar perbualan telefon Yudhoyono dan isterinya serta beberapa menteri kanan Indonesia pada tahun 2009. 

Dokumen rahsia yang dibocorkan oleh Edward Snowden dan diterima media penyiaran Australia Broadcasting Corporation (ABC) dan akhbar harian The Guardian menyebut bahawa Presiden Indonesia dan sembilan orang terdekatnya sebagai sasaran intip dengar itu.

Marty berkata Indonesia berada pada kedudukan tidak melanggar peraturan hubungan antarabangsa dan berada dalam tatalaku yang baik dari segi undang-undang dan beradab dalam hubungan dua hala.

Katanya Kementerian Luar Negeri telah memanggil Kuasa Usaha Australia di Jakarta untuk mendengarkan pendirian Indonesia itu dan sedang dalam proses menghubungi Menteri Luar Australia Julie Bishop. 

Mengenai kajian semula terhadap hubungan kerjasama Indonesia-Australia, Marty berkata ia termasuk langkah memastikan pelaksanaan prinsip timbal balik dalam kerjasama maklumat iaitu mengkaji semula jumlah pegawai Indonesia di Canberra dan pegawai Australia di Jakarta yang bertugas menangani masalah maklumat. 

Langkah itu adalah bagi memastikan prinsip timbal balik itu dihormati dan dilaksanakan oleh kedua-dua negara, katanya.

"Ini bukan hari yang baik bagi hubungan Indonesia-Australia kerana isu intip dengar sangat membawa kesan dalam hubungan kedua-dua negara. Namun, Indonesia adalah negara yang sanggup untuk berfikir secara rasional, untuk melakukan tindakan tegas namun terukur," kata Marty. 

Sementara itu Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia Djoko Suyanto yang bercakap kepada media Indonesia, mendesak kerajaan Australia segera memberi penjelasan rasmi dan kepada masyarakat awam berhubung isu itu, selain mendesak negara itu agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan. 

- Bernama

Dokumen hilang, rayuan kes Beng Hock ditangguh

Posted: 18 Nov 2013 08:21 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam  menangguhkan 23 Jan, bagi mendengar rayuan berhubung keputusan Mahkamah Koroner yang membuat keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh Beng Hock kerana rekod rayuan tidak lengkap.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan penangguhan itu selepas peguam Gobind Singh Deo memaklumkan kepada mahkamah terdapat beberapa dokumen dan barang kes yang hilang daripada rekod rayuan.

Beliau (Gobind) berkata dokumen yang hilang termasuk keputusan Koroner, gambar bedah siasat, eksibit dokumentari seperti laporan bedah siasat dan dokumen pakar forensik dan penghujahan yang dikemukakan dalam prosiding inkues itu oleh peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor, pendakwaan dan si mati.

Gobind yang mewakili abang Beng Hock, Meng Kee, merayu terhadap keputusan itu berhubung kematian pembantu politik DAP itu dengan Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abbas bersetuju dengan Gobind berhubung perkara itu.

Dua lagi panel terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Balia Yusof juga menetapkan 9 Jan bagi pengurusan kes rayuan itu dan memberi amaran kepada semua pihak agar mereka sendiri hadir di hadapan timbalan pendaftar pada tarikh itu dan bukannya menghantar junior mereka untuk menghadiri pengurusan kes itu untuk mengelak alasan sama diberi di hadapan panel Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Balia Yusof yang mempersoal sama ada Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan itu, juga mengarahkan pihak-pihak dalam rayuan itu menyediakan hujahan bertulis berhubung isu itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di ruang tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Selangor, yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. 

Pada 5 Jan 2010 Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan terbuka dan memutuskan kematian Teoh bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian Teoh. 

Pada 21 Julai 2011 Suruhanjaya Siasatan Diraja diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen (kini telah bersara) merumuskan kematian Teoh kerana membunuh diri. 

Meng Kee kemudian memfailkan permohonan mengikut Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Tinggi pada 30 Sept 2011 untuk menyemak semula keputusan koroner itu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan semula Meng Kee pada 1 Dis 2011.

Pada 2 Feb tahun lepas, Meng Kee mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita dokumen yang hilang diperlukan kerana ia sebahagian daripada penghujahan beliau di dalam rayuan.

"Saya tidak kata ia akan menyebabkan kelewatan (terhadap rayuan), tetapi proses menyusun dokumen itu tidak mudah kerana ia membabitkan dokumen yang banyak.

"Untuk berlaku adil kepada mahkamah, mereka juga bertungkus lumus menyiapkan rekod itu.

"Terdapat 17 jilid rekod dan mereka telah kumpulkan sebahagian besar tetapi kita perlu dapatkan dokumen selebihnya," katanya. 

- Bernama

Gempa bumi landa kawasan Timor, Indonesia

Posted: 18 Nov 2013 08:18 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Timor, Indonesia pada 5.31 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu ialah 22km timur Kupang, Indonesia dan 1,648km tenggara Sarikei, Sarawak.


Tidak ada ancaman tsunami dikeluarkan. 

- Bernama

S'gor tubuh JK Khas bina 5,000 rumah mampu milik

Posted: 18 Nov 2013 08:15 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan untuk menubuhkan badan khas bagi merealisasikan pembinaan 5,000 unit rumah mampu milik dalam masa terdekat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, berkata badan khas terbabit akan diletakkan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

"Mesyuarat Exco pada 13 November lalu meluluskan untuk  menubuhkan badan khas ini. Jadi hari ini saya mengumumkan penubuhan itu.

"Tugas utamanya ialah membina rumah mampu milik sahaja, kalau dulu kita harapkan kepada pemaju dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi sekarang ia melalui Kerajaan Negeri sendiri," katanya dipetik Selangorkini.

Projek merancakkan pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat menjadi agenda utama kerajaan negeri Selangor ke arah menunaikan janji manifesto pilihan raya lalu.

Menurut Iskandar, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan tanah yang bakal dimajukan antaranya di Bangi dan Kuala Selangor.

Beliau memaklumkan projek pertama akan dimulakan pada Jun tahun hadapan.

Terdahulu beliau menyerahkan kunci kepada 160 pembeli rumah projek perumahan pangsapuri Andorra di Taman Sri Muda.

Prokjek itu sebelum ini adalah salah satu projek terbengkalai sejak 2005 yang berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri dibawah pakatan Rakyat.

Sementara itu, Iskandar memaklumkan projek itu mula dimajukan pada 2003 dan dijangka siap pada Disember 2015, namun akibat kelewatan dan masalah kewangan, projek itu terbengkalai.

Katanya, sejak Mac 2008 hingga 31 Oktober 2013, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan sebanyak 42 projek terbengkalai yang membabitkan 19,958 unit.

Harakahdaily

PAS relevan untuk masyarakat majmuk

Posted: 18 Nov 2013 08:13 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam yang membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat majmuk di negara ini tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama.  

Beliau menegaskan demikian sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini yang dilaporkan menyaran agar parti-parti yang berasaskan agama tidak sesuai wujud di negara ini.  

Menurut beliau lagi, sekiranya pemimpin itu memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS,  pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, ini adalah kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam seperti mana yang  yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis dan Allah menegaskan di dalam Al Quran, yang bermaksud: Kami tidak utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam. 

Tegasnya, perjuangan PAS membawa obor keadilan dan keejahteraan kepada seluruh bangsa dan agama di negara kita ini.  

Tegas beliau lagi, keadilan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Islam kepada seluruh bangsa umat manusia bukan suatu retorik bahkan ianya telah dibuktikan sejak zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahan-pemerintahan selepas itu. 

Tambahnya, ahli sejarah dan ilmuan telah mengiktiraf betapa adilnya Islam kepada seluruh bangsa manusia ketika diberikan peluang mentadbir dunia dengan telunjuk Al Quran dan Sunnah.  

Beliau menegaskan lagi, PAS sejak awal penubuhannya lagi sentiasa menggalakkan perdamaian antara pelbagai bangsa dan agama sekali gus menolak pergolakan dan ketidakstabilan yang bertentangan dengan keharmonian sesebuah negara.  

Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin tersebut kononnya parti yang berasaskan agama seperti PAS dikatakan tidak sesuai diamalkan di negara ini.  

"Apa yang tidak sesuainya? Parti PAS tidak membahayakan sesiapa. PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam yang membawa kesejahteraan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama," jelasnya. 

Malah, kata beliau sebelum datangnya Islam, manusia dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah belah, sehinggalah Allah s.w.t menurunkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang akhirnya berjaya menyatukan umat manusia di bawah panji Islam.

"Inilah hakikat perjuangan PAS dan tidak benar sama sekali tuduhan yang menyatakan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak sesuai dinegara ini," jelas beliau lagi.  

Beliau turut menyarankan agar pemimpin tersebut supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan dengan agama Islam yang merupakan perjuangan tertinggi PAS.

Harakahdaily

K'jaan disaran perkukuh undang-undang berkaitan BM

Posted: 18 Nov 2013 08:11 PM PST

15 Muharram 1435H. [MOD] -
Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) menyarakan kerajaan memperkukuhkan undang-undang berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebagai komunikasi seluruh rakyat Malaysia.

Melalui penguatkuasaan itu, Ketua Satu Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar yakin bahasa Melayu mampu diperkasakan sebagaimana dilakukan banyak negara seperti Jepun, Perancis, China dan Jerman.

"Bahasa Melayu mendapat tempat ke-5 antara bahasa seluruh negara (di) ranking antarabangsa. Saya tak nampak bahasa Melayu tidak boleh dimartabatkan sebagai bahasa perpaduan, bahasa komunikasi dan bahasa antarabangsa yang penting semangat pemimpin," katanya.

Dr Abdul Latiff percaya kekurangan rakyat Malaysia berkomunikasi dalam bahasa Melayu menjadi penyebab masalah integrasi kaum berlaku.

Justeru itu, sinonim slogan "Bahasa Jiwa bangsa", dalam konteks Malaysia, Dr Abdul Latiff menegaskan bahawa bahasa menjadi jiwa kepada sesuatu bangsa.

Katanya, bahasa Melayu sebagai perlambangan identiti rakyat Malaysia bukan hanya untuk bangsa Melayu sebaliknya seluruh warganegara.

Beliau berpendapat, rakyat perlu fasih akan bahasa Melayu agar perpaduan dapat diperkukuhkan.

'Sasterawan Negara tiada diskriminasi'
Sementara itu, Dr Abdul Latiff juga menafikan dakwaan terdapat diskriminasi dalam pemilihan Sasterawan Negara apabila setakat ini hanya penulis Melayu sahaja yang menerimanya.

"Asalkan dia rakyat Malaysia dia layak menerima anugerah-anugerah yang disediakan kerajaan bergantung kepada kelayakan," kata Dr Abdul Latiff.

Malaysiakini

Tembak adik kekasih kerana cinta terhalang

Posted: 18 Nov 2013 03:43 AM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Akibat berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya, seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan yang mencederakan adik lelaki kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Megah, Kajang, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

Menurut kakak sulung mangsa, berikutan itu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu. 

Empat lagi tembakan tersasar dan satu daripadanya mengenai kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan pagar rumah mangsa.

"Adik lelaki saya lari ke pintu belakang selepas ditembak, kami lapan orang yang berada dalam rumah berjaya halang anggota itu daripada mengejar adik saya sebelum dia (suspek) melarikan diri," kata kakak mangsa kepada pemberita di tempat kejadian.

Wanita itu berkata selepas anggota polis itu melarikan diri, keluarganya segera memaklumkan polis sebelum dia diberkas polis di sekitar kawasan Kajang.

Sumber polis berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan bagi mengeluarkan peluru. Keadaannya kini dilaporkan stabil. 

Kakak mangsa berkata keluarganya menghalang hubungan cinta itu kerana mendakwa tidak menyukai sikap dan tingkah laku lelaki itu sebelum adik perempuannya memutuskan hubungan cintanya Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan memberi jaminan satu siasatan telus akan dijalankan ke atas kes itu.

"Kita akan siasat kes ini secara terperinci dan tiada siapa yang akan terlepas atau dilindungi. Kita akan pastikan tindakan sewajarnya diambil ke atas mana-mana anggota yang didapati terlibat dalam jenayah serta salah laku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di Kuala Lumpur, hari ini.

Bernama

Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu

Posted: 18 Nov 2013 03:42 AM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.

Tindakan kerajaan itu hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini.

Mereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Shahidan: Demi kepentingan negara


Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.

Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.

NONEBeliau juga menegaskan yang lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

"Beliau mewakili negara dan mewakili kepentingan negara," katanya.

Jawapan beliau itu mendorong MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kiri) untuk bangkit dan terus mengasaknya tentang peranan isteri perdana menteri.

Mahfuz ingin tahu jika isteri perdana menteri dibenar mewakili negara dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

'YB boleh, isteri YB tak boleh'


Shahidan bagaimana pun gagal memberikan penjelasan memuaskan dan hanya menggunakan dirinya yang akan mewakili negara ke satu persidangan di Ankara, Turki tidak lama lagi.

Mendengar jawapan itu, beberapa MP bangun membantah dan ada antaranya bersuara dengan lantang: 

NONE"Yang Berhormat menteri boleh wakil Malaysia. Tapi isteri Yang Berhormat tak boleh".

Rosmah pada 10 November lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Azmin mendakwa, penerbangan itu disahkan kerajaan dilakukan dengan menggunakan jet eksekutif.

Awal bulan ini, Parlimen diberitahu, jet yang digunakan kerajaan menelan belanja sebanyak RM14.95 juta untuk belanja petrol dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Setiap penerbangan dilaporkan menelan belanja kira-kira RM470,000.

Malaysiakini

Gangguan bekalan air di Tumpat esok

Posted: 18 Nov 2013 03:39 AM PST

14 Muharram 1435H. [MOD] -
KOTA BHARU:Penduduk di Wakaf Baharu, Tumpat dan kawasan berdekatannya, dinasihat menyimpan bekalan air mencukupi esok, berikutan kerja pembaikan pada tangki air bersih Loji Rawatan Air Wakaf Baharu.

Penyelia Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Wan Yusniazyanti Wan Jusoh berkata kerja pembaikan itu akan bermula dari 10 malam dan berakhir pada 4 pagi keesokannya.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kutan, Pasir Pekan, Kampung Delima, Kampung Laut, Pohon Tanjong, Palekbang, Morak, Kampung Mesira, Kebakat, Sungai Pinang, Bunut Sarang Burung, Kulim, Wakaf Delima, Taman SBJ, Padang Rokma dan Pulau Teluk Renjuna.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan tersebut boleh menghubungi PINTAS di talian  1300-88-2572. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan