Selasa, 26 November 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 26 Nov 2013 01:28 PM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 26 Nov 2013 01:27 PM PST

Cucu Tok Selampit


Kenapa @WardinaSafiyyah DS @NajibRazak? CTS Rasa @aznilnawawiHM Jauh Lebih Layak Anggotai MKPN

Posted: 25 Nov 2013 10:23 PM PST


Angin tidak, ributpun tidak, nama artis suam-suam kuku Wardina Safiyyah terpilih sebagai salah seorang daripada 27 nama yang menganggotai  Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dilancarkan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak semalam. CTS tidak pertikaikan nama-nama lain yang dilantik, tetapi mengapa Wardina Safiyyah? Apa kriteria pemilihan beliau? 

Sekiranya beliau dilantik mewakili golongan artis, lebih ramai artis yang bijak yang mempunyai pengaruh yang lebih besar. Antara nama lain yang boleh menggantikan beliau adalah pengacara terkenal, Aznil Haji Nawawi. 27 juta Rakyat Malaysia punya masa hadapan diharapkan kepada pendapat 29 orang? Dalam 27 juta tidak ada nama lainkah Wardina Safiyyah? 

Apa sumbangan dia pada masyarakat selain pandai berdolak dalik dan tin kosong serta menonjolkan keluarganya sebagai keluarga yang terbaik di Malaysia? Dalam 27 juta takkan tidak jumpa seorang manusiakah lebih berpandangan jauh dari Wardina Safiyyah? DS Najib, berilah semangat kepada kami untuk berdiri di belakang Tuan. Saya semakin tidak paham. Tujuan sudah betul, tapi ... Wardina Safiyyah? 

Duke of UMNO

Posted: 26 Nov 2013 01:22 PM PST

Duke of UMNO


Perkara penting yang dah lama saya nak tegur...

Posted: 26 Nov 2013 06:38 AM PST

Perkara ni dah lama saya nak highlight kat dalam blog. Cuma kadang-kadang tu terlupa pasal hal ni. Tapi perkara ni memang dah lama saya perhatikan dan jika dibiarkan maka dikhuatiri makin ramai yang hilang nyawa secara mudah!

Pasal bas ekspress di lebuhraya. Agak-agak berapa had laju sebenar bas ekspress di lebuhraya yang dibenarkan menurut undang-undang?

Hanya 80 kmh di jalan biasa dan 90 kmh di lebuhraya. Itu had laju sebenar bas ekspress yang dibenarkan undang-undang. Saya rasa semua orang tahu fakta tu, kan? Alaaa... kat belakang bas ekspress memang ada tulis had laju tu...mudah dilihat.

Tapi, pernah ke kita tengok bas ekspress dipandu kat lebuhraya di bawah had laju 90 kmh? Pernah ke? Saya selalu gunakan lebuhraya dan selalu jumpa bas ekspress. Peliknya, bas-bas tu selalu potong kenderaan saya yang dipandu dengan had laju 110 kmh ke bawah!

Lebih pelik tu, kadang-kadang tu saya saja tekan sampai 120 kmh di lebuhraya, tapi bas-bas ekspress tu masih lagi bagi "high beam" nak saya ke tepi dan beri laluan untuk depa potong kereta saya! Perghhhh... hebat betul, kan? Nak tak nak, terpaksa la saya ke tepi. Maklum la.. bas tu lebih besar dari kereta saya...kalau dia langgar kereta saya, dah tentu remuk teruk!


Sebenarnya saya jarang bawak kereta lebih 110 kmh, apatah lagi lepas harga minyak naik. Bukan apa, kalau bawak kereta bawah had laju tu boleh la save duit minyak sikit. Tak banyak makan petrol. Lagi pun saya tetap sampai on time jugak...kan? heh!

Persoalannya, had laju dah ditetapkan Kerajaan. Tapi mana kakitangan kerajaan yang diberi kuasa memantau had laju kenderaan bas ekspress ni? JPJ? Polis trafik? SPAD?

Saya tahu had laju di lebuhraya ada yang 60 kmh, 90 kmh, 110 kmh dan sebagainya. Tapi setahu saya tidak lebih la dari 110 kmh, kan? Tapi bagi sesebuah bas ekspress atau lori, had laju depa hanyalah setakat 90 kmh saja dan tidak lebih dari tu...

Jadi, kakitangan kerajaan yang ditugaskan pantau had laju tu kena la kuatkuasakan undang-undang tu di lebuhraya. Pantau la bas-bas ekspress tu. Kalau saya kata depa makan gaji buta, nanti depa marah pulak kat saya, kan?


Dah banyak dah kita tengok berita kemalangan yang membabitkan bas ekspress ni. Ada suami yang hilang isteri, ada isteri yang hilang suami, ada anak yang hilang bapa, tokwan, tok dan sebagainya. Ada yang sekeluarga terkorban.. ramai dah yang hilang nyawa berdarah naik bas ekspress ni..kan?

Habis tu? Takkan la nak suruh Menteri yang turun buat road block kot? Pegawai-pegawai kerajaan yang diberi kuasa tu apa pulak tugas depa? Takkan pegawai-pegawai tu perlu hadir di Parlimen jawab soalan pembangkang kot? Buat la kerja dengan amanah...gaji tu biarlah berkat nak beri makan anak isteri...kan?

Pada saya, perkara ni bukan silap kerajaan pun. Kerajaan dah tetapkan undang-undang dan gajikan kakitangan serta pegawai-pegawai untuk kuatkuasakan undang-undang tu. Jadi, kenalah buat kerja tu dengan amanah...


Mungkin sebelum ni para pegawai kita terlepas pandang. Tapi, bila dah sampai tak terpantau ni...maka rasanya bukan lagi kes "terlepas pandang"lah kot...kan? Jadi, saya rayulah... tolonglah pantau bas-bas ekspress tu... saman je mana yang langgar undang-undang.

Seperkara lagi, kalau boleh tu letak banyak-banyak sikit kamera AES tu kat lebuhraya. Kalau bas tu lebih 90 kmh, saman je terus. Tapi kena la set kamera tu untuk bas ekspress 90 kmh dan kereta biasa 110 kmh. Kalau kereta bawak 100 kmh pun nak saman, alamat jahanam la kamera tu kena baling batu!


Harap penguatkuasa JPJ, abang-abang polis trafik, SPAD dan sebagainya maklum tentang perkara ni. Saya tengok sekarang ni penguatkuasa kita banyak yang dah pakai kereta laju-laju... yang pakai Mitsubishi Lancer Evo pun ada...kan?

Bukan apa... kadang-kadang puak pembangkang ni mana reti fikir. Tak abih-abih nak salahkan kerajaan je. Kakitangan kerajaan yang seleweng buat kerja tak betul, tapi depa kata kerajaan pulak yang seleweng bagai... tahu ke beza antara kerajaan dan kakitangan kerajaan yang dibayar gaji? heh!

Tak betul ke apa mamat PAS ni cakap?

Posted: 26 Nov 2013 01:37 AM PST

Screen shot di atas adalah antara perkara yang perlu ditangani oleh Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah dengan segera. Tidak dapat tidak, perkara itu perlu diselesaikan sebelum "calon tewas" itu meruntuhkan jemaah PAS di Kedah...

Saya ni bukan apa. Saya sayang la jugak kat PAS ni sebab kita ni satu agama. Walaupun berbeza pandangan politik, kita sama-sama sembah Allah Yang Satu, kan?

Tapi betul la jugak apa yang dia kata kat atas tu, kan? Ada betulnya. Dan PAS pun perlu jugak la "berani berubah"... jangan la pasal title "jemaah" tu maka semuanya "dihalalkan" begitu saja. Kalau nak orang adil dengan kita, kita pun kena adil jugak, kan?


Kesian pulak saya tengok kat Bro Zulhazmi kita tu. Bagi la dia jawatan apa-apa kat dalam Dewan Pemuda PAS. Bagi la dia bersuara dalam saluran yang betul. Kalau DAP tengok kelaku dia macam ni, silap-silap depa gelak sakan kat PAS... mana PAS nak letak muka?

Sudah la sebelum ni teruk DAP dan PKR permain PAS. Takkan nak depa tu pandang rendah lagi kot kat PAS? Agak-agak la bro...

Astaghfirullahil'azim..Ni apa jenis "Mursyidul Am" nihhh..?

Posted: 25 Nov 2013 10:38 PM PST

ScreenHunter_04 Nov. 26 03.33
Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, melaporkan bahawa Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Aziz Nik Mat meluahkan rasa syukur pada Allah SWT kerana tiada seorang pun perwakilan PAS yang mencadangkan agar partinya berbaik-baik semula dengan UMNO.

Nik Aziz berkata, perkembangan itu adalah sesuatu yang baik kerana ia jelas menunjukkan bahawa para penyokong PAS tidak lagi terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO. Itulah yang dilaporkan oleh Harakahdaily. Itu juga fakta dan bukan auta…

Nik Aziz merupakan seorang guru yang berjawatan Mursyidul Am PAS. Namun saya kurang pasti apa jenis "guru musyid" yang sesuai dilabelkan padanya. Selalunya, seorang guru mursyid akan menyeru anak-anak buahnya ke arah kebaikan dan bersyukur sekiranya mereka melakukan perkara yang diredhai Allah SWT.

Namun dalam hal ini, sangat berlawanan pula sifat "guru mursyid" yang dipamerkan Nik Aziz.
Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi, "tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim", jelas ulama mentafsirkan tentang kepentingan ukhuwah sesama Islam yang harus dipelihara sebaiknya.

Malah di dalam hadith yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mafhumnya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tidak halal bagi seseorang muslim itu untuk tidak bertegur siapa denga saudaranya (seagama) melebihi tiga hari dan yang terbaik di antara mereka yang tidak bertegur siapa itu ialah mereka yang mula memberi salam terhadap saudaranya.

Dari kedua hadis di atas, ternyata Islam melarang umatnya bermasam muka. Apatah lagi bergaduh sehingga berhari-hari, bukan? Malah Rasulullah SAW mengajar kita untuk sering berbaik-baik sesama ummah (yang terbaik di antara mereka ialah yang memberikan salam terlebih dahulu).

ScreenHunter_06 Nov. 26 03.34

Namun lain pula halnya dengan Nik Aziz. Dia bersyukur pada Allah kerana tiada seorang pun anak buahnya yang mengesyorkan agar PAS berbaik-baik dengan UMNO? Sedangkan PAS itu merupakan sebuah jemaah umat Islam dan UMNO juga merupakan jemaah majoriti umat Islam! Kita hanya berbeza pandangan politik, tapi kita semua tetap umat Muhammad SAW, bukan?

Jadi kenapa Nik Aziz bersyukur bila tiada umat Islam dari pihak jemaahnya yang mencadangkan agar umat Muhammad SAW di Malaysia ini berbaik-baik? Pada saya, dia sepatutnya berdukacita mengenangkan akhlak para jemaahnya yang gagal ditarbiyah dengan baik untuk mencontohi ajaran dan suluk yang dianjurkan Rasulullah SAW.

Apa maknanya bila tiada seorang pun anak-anak buahnya yang terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO? Pada saya, itu membawa maksud bahawa dia sebagai Mursyidul Am PAS gagal sama sekali mentarbiyah anak-anak buahnya supaya merapatkan ukhuwah sesama Islam. Apakah itu yang diajar Rasulullah SAW pada Nik Aziz?

Nik Aziz berbangga bila tiada seorang pun anak buahnya yang terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO? Pemikiran "guru mursyid" jenis apakah ini? Bangga bila umat Islam di Malaysia bermusuhan sesama sendiri? Nik Aziz sukakan pepecahan di kalangan umat Islam? Kenapa sampai begitu teruk sekali pemahaman Islam di benak Nik Aziz?

Dalam kenyataannya, dia mahu semua penyokong PAS memberi masa 2 tahun pada kepimpinan PAS yang baru untuk melaksanakan tanggungjawab dan selepas itu barulah boleh ditegur. Pun begitu, Nik Aziz mahu para penyokong parti itu menegur melalui saluran yang betul seperti di dalam mesyuarat dan tidak dilakukan secara terbuka. Katanya, teguran secara terbuka itu bermaksud "mengumpat".

ScreenHunter_05 Nov. 26 03.34 
Jadi, apa yang Nik Aziz lakukan terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum ini? Terang-terangan dia menegur, melanyak dan menghentam bekas Timbalan Presiden PAS itu hanya kerana mencadangkan parti tersebut menyambut saranan "Kerajaan Perpaduan" yang bertujuan menyatukan ummah.

Ustaz Nasharuddin mencadangkan sesuatu yang mampu menyatukan ummah di negara kita dan sudah tentu ianya sangat mulia di sisi Islam. Itu pun Nik Aziz marah dan hentam beliau sehingga mendapat liputan meluas di dada media? Nik Aziz hentam secara terbuka di media, bukan saja dalam mesyuarat. Tindakan itu tidak dikira "mengumpat", kah? Atau Mursyidul Am PAS dihalalkan untuk berbuat demikian?

Itu baru satu dua contoh kekhilafan pemikiran Mursyidul Am PAS yang saya nukilkan. Saya percaya, ramai lagi di kalangan kita yang pernah terlihat pelbagai kekhilafan "fatwa" Nik Aziz sebelum ini, bukan?

Persoalannya, apakah sesuai Nik Aziz bergelar "Mursyidul Am" di dalam sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam dan tidak pernah melencong dari makaarimul akhlak yang diwariskan Rasulullah SAW? Sudah-sudahlah. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Sama-samalah kita martabatkan Islam sebagai jalan terbaik untuk kita meneruskan kehidupan. Sesat jalan, kembalilah ke pangkalnya. Kita bukannya akan terus hidup menongkat langit, bukan?

UMNO Kedah pun perlu buat post mortem, bukan PAS saja....

Posted: 25 Nov 2013 06:36 PM PST

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, perwakilan PAS Kedah mendesak agar Jawatankuasa "post mortem" parti itu mendedahkan faktor-faktor yang menjadi punca kekalahan PAS di Kedah. Katanya, ia perlu didedahkan supaya tidak berulang lagi pada PRU ke-14 nanti...

Pada saya, apa yang diminta perwakilan PAS itu membuktikan bahawa PAS Kedah sememangnya sudah memulakan langkah dan melaksanakan strategi bagi menjajah Kedah semula pada PRU ke-14 nanti.

Sebagaimana yang kita maklum, PAS hanya kalah tipis pada PRU ke-13 hari tu. UMNO/BN menang pun hanya "simple majority", bukan majoriti 2/3 pun. Tapi menang tu tetaplah berpihak pada BN, kan?


Cuma saya tertanya-tanya, dalam sebok-sebok PAS buat "post mortem" tu, UMNO/BN Kedah tak buat "post mortem" jugak, kah?

Setahu saya, beberapa laporan yang disediakan sebelum PRU ke-13 menunjukkan kemungkinan besar BN akan mampu menawan Kedah kembali dari PAS dengan majoriti 2/3. Namun khabarnya "angin" itu bertukar disaat-saat akhir disebabkan beberapa faktor, benarkah?

Bagi orang macam saya yang baru "setahun jagung" buat kerja di Kedah ni, mungkin la tak dapat nak kenal pasti faktor-faktor tersebut sebagaimana pihak yang sudah bertahun-tahun mengumpul maklumat sejak di zaman Tan Sri Syed Razak lagi...

Tapi saya yakin, memang ada jawapan bagi menjawab persoalan yang telah menafikan UMNO/BN dari mendapat majoriti 2/3 di Kedah pada PRU ke-13 tempohari.

Suka saya ingatkan bahawa pihak Pakatan Haram memang sudah lama bergerak dengan pelbagai strategi yang sebelum ini berjaya mengakibatkan UMNO/BN tewas di beberapa DUN, termasuk di Sg Limau baru-baru ini.

Contohnya, strategi pemindahan pengundi di madrasah-madrasah di Sg Limau ternyata tepat dipraktikkan oleh PAS. Memandangkan tiada sebarang bantahan terhadap pindahan daftar pengundi itu, maka PDM Bukit Besar memberikan keselesaan pada PAS Kedah dengan majoriti yang "luar biasa".

Begitu juga yang berlaku di Kuala Kedah di mana UMNO/BN tewas teruk 0-4 dan dipercayai disebabkan oleh strategi yang sama. Lagipun, dengar juga desas-desus mengenai kemelut dalaman dan campur tangan oleh "pihak yang tak sepatutnya, yang gagal diselesaikan dengan baik di situ pada saat-saat akhir.

Bukan apa, saya tidaklah mengatakan bahawa maklumat yang saya terima itu tepat 100%. Mungkin benar, mungkin kurang tepat dan mungkin tidak tepat langsung. Tapi saya percaya UMNO Kedah perlu buat post mortem jugak ekoran gagal mendapat kemenangan majoriti 2/3.

Bak kata rakan-rakan saya yang selalu menyindir pedas, "alaahhh... hangpa menang pun bukannya banyak sangat pun, simple majority saja, itu pun masih rasa kuat sangat sampai boleh rasa selesa?"

Pedih jugak dengar sindiran tu. Nak marah pun tak boleh sebab ada juga kebenaran di atas peringatan itu. Lagipun, lebih baik saya ingatkan dulu UMNO/BN Kedah agar berwaspada. Kalau kalah pulak macam PRU ke-12 dulu, maka jenuh pulak la kita nak tawan balik Kedah ni...kan?

Saya harap, UMNO/BN Kedah tidak tersinggung la dengan tulisan saya ni. Saya ikhlas. Tiada sebarang kepentingan pun. Cuma saya takmau la rasa Kedah kalah sekali lagi pada PAS. Bukan setakat perit dok bawah PAS ni, rosak teruk Kedah depa kerjakan...

Apa? Tu balak kat Pedu dan Lata Chelak kat Baling tu depa boleh ganti balik ke? Silap-silap sampai habis umur pun balak-balak tu takkan dapat depa ganti...kan? kan? kan? Habis depa tarah hasil bumi di Kedah ni... ishhhhh..!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Nov 2013 11:17 AM PST

PEJUANG BANGSA


PKR P.Pinang pun tumpang sekaki balun Jeff Oii biadap

Posted: 26 Nov 2013 05:21 AM PST




Hari ini nampaknya PKR & UMNO P.Pinang  senada membalun mulut korap Jeff Oii yang menghina penjawat awam MPPP .  Mungkin sudah hampir dengan pemilihan parti , pemimpin mereka pun nak nak cari isu seperti mana Pas hentam DAP di muktamar . 

Apa reaksi  TOKONG DAP mengenai isu ini ??

Tak mahu jawab atau lebih mudah  menyalahkan ini salah UMNO & putar belit media ??

Ini soal maruah penjawat awam yang dihina pemimpin biadap Dap 


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang hari ini tampil mempertahankan bos mereka Mansor Othman, sekali gus mengkritik anggota Parlimen Jelutomg daripada DAP Jeff Ooi kerana menggelar penjawat awam sebagai "kucing kurap".

Naib Ketua AMK negeri Dr Afif Bahardin berkata, kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu tidak boleh diterima.

..... In the latest 'kucing kurap' spat between DAP and PKR, the Penang PKR Youth wing has come out to defend their boss, Mansor Othman. 
State PKR Youth vice-chief Dr Afif Bahardin said Jelutong MP Jeff Ooi's rudeness in describing Penang Municipal Council (MPPP) low-ranking civil servants as 'kucing kurap' (small fry) is uncalled for. 
Afif said Mansor, the state PKR chief and Nibong Tebal MP, was not interfering in Ooi's constituency but merely suggesting that he respect others, even if they are low-ranking staff. 
"To label someone 'kucing kurap' is simply unprofessional," Afif told Malaysiakini.
"Don't treat civil servants as BN leaders used to treat them as every civil servant has dignity and a noble profession," added Afif, who is state executive councillor on health. 
On Sunday, Ooi blasted Mansor for chiding him over his 'kucing kurap' remark which was an apparent attack against MPPP president Patahiyah Ismail. 
Ooi was unhappy that MPPP had despatched low-ranking and ill-informed staff to handle his complaints over illegal hawkers in his constituency. 
Ooi had also raised the concerns of investors who threatened to pull out their multi-million ringgit investments due to MPPP's delay in processing their development plans. 
Ooi had then suggested that Patahiyah quit her post if she cannot perform as well as her predecessors. 
In response, Mansor demanded that Ooi apologise over his "demeaning" remark, saying it does not reflect the spirit of Pakatan, and urging him to air his complaints internally. 
Afif said as part of the Pakatan Rakyat team, Ooi could air his grievances directly to the state exco and state government. 
As a DAP leader, who used to be chief of staff to Chief Minister Lim Guan Eng, Ooi can share his problems with his bosses, including state DAP chief Chow Kon Yeow. 
Chow is also state exco member for local government, who oversees MPPP. 
"Why is there a need to go to the media? We are after all in Pakatan and should communicate and discuss matters internally," said Afif. 
'Penangites want leaders who are polite and sensible' 
"There is no use being rude or arrogant as I believe Penangites want leaders who are polite and sensible," he added. 
"I urge Jeff Ooi to apologise to the civil servants," he quipped. 
Ooi had stood by his remarks, refusing to apologise, saying his remark was neither derogatory nor demeaning. 
Ooi also blamed Mansor, whom he added has yet to be accountable for the loss in Balik Pulau in the May 5 election as the parliamentary seat was captured by BN's Dr Hilmy Yahya. 
Afif said there is no guarantee that even if a DAP candidate is placed in Balik Pulau, the seat could be retained. 
"We must remember, in Balik Pulau, money politics and election irregularities were rampant, just ask our candidate (Muhammad Baktiar Wan Chik) there," said Afif. 
"To move forward is to look see how Pakatan could work together to reform the election process, and make it free and fair," he added. 
"Instead of being arrogant, Pakatan leaders should continue to push hard and demand electoral reforms," he stressed.

... The Star pula melaporkan pemimpin UMNO tidak melepaskan peluang untuk membelasah pemimpin DAP yang memang terkenal dengan cakap ikut suka dia saja ni...


..... GEORGE TOWN: Penang Umno has demanded that Jelutong MP Jeff Ooi issue an open apology and retract his statement on calling low ranking Penang Municipal Council officers kucing kurap (people of no significance). 
Its liaison committee chairman Datuk Zainal Abidin Osman said Penang Chief Minister Lim Guan Eng should also take action against Ooi. 
"If not, Lim is reflected that he is of the same view as Ooi," Zainal Abidin, who is also JKP Sdn Bhd chairman said after the Corporate Integrity Pledge signing ceremony at Eastin Hotel Penang on Monday. 
He added that the then Barisan Nasional administration had enjoyed good cooperation with civil servants and had never utter rude and vulgar words towards them. 
Zainal Abidin also chided Ooi for being disrespectful and unethical for the latter's remark.
"I took his statement as an insult and humiliation to all MPPP staff as well as government servants," he said.

KUCING KURAP : JEFF OII DIBOIKOT JIKA TAK MOHON MAAF KAKITANGAN MPPP

Posted: 25 Nov 2013 08:21 PM PST



 Kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berhasrat 'memboikot' semua lawatan rasmi Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi ke tempat-tempat awam selagi wakil rakyat DAP itu enggan memohon maaf berhubung isu penggunaan perkataan 'kucing kurap' terhadap penjawat awam di negeri ini.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) Cawangan Pulau Pinang, Saleem Sulaiman berkata, keputusan tersebut akan dimuktamadkan dalam mesyuarat khas pihaknya pada Rabu ini.
Menurutnya, Anulae amat kesal dengan kenyataan Jeff itu yang dianggap penghinaan terhadap penjawat awam.

"Kami buat keputusan tidak mahu menyertai mana-mana lawatan yang dibuat Jeff ke tempat-tempat awam selagi dia tidak minta maaf kepada kakitangan awam di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, seorang kakitangan awam MPPP 'menyerang' Jeff di Pasar Awam Jelutong kerana tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan oleh wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.

Kakitangan terbabit, Mohd. Rofi Osman, 58, mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Saleem memberitahu, berdasarkan maklum balas yang diterimanya, kenyataan Jeff itu telah melemahkan semangat hampir semua kakitangan MPPP.

"Mereka kini sedia untuk bertindak selepas kenyataan Jeff yang dianggap menghina mereka.

"Apatah lagi ketika bertugas di tempat awam, ada yang menyindir mereka dengan bunyi kucing," ujarnya.

Beliau menjelaskan, sebagai kakitangan awam, mereka patuh dengan arahan yang diberikan oleh ketua masing-masing.

"Kadang kala ketua jabatan sibuk dengan tugas dan tidak dapat mengikuti lawatan ke tempat-tempat awam dan terpaksa menghantar pegawai sebagai wakil.
"Pegawai-pegawai ini kemudiannya balik ke pejabat dan membuat laporan lalu menyerahkannya kepada ketua masing-masing," jelasnya.

Sehubungan itu katanya, menghantar pegawai pangkat rendah sebagai wakil ketua jabatan bukannya perkara baharu dalam kalangan penjawat awam.


GELAR KUCING KURAP PENJAWAT AWAM BUKTI SIKAP BIADAP MELAMPAU DAP @dzainalabidin

Posted: 25 Nov 2013 04:35 PM PST




 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi menyamakan penjawat awam dengan kucing kurap adalah sangat melampau malah ini bukan kali pertama pemimpin DAP menghina penjawat awam.
Tegas beliau, Jeff Ooi perlu memohon maaf di atas keceluparannya itu kerana ianya berbentuk satu penghinaan yang keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekaligus menonjolkan sikap sebenar ahli parlimen tersebut yang biadap dan tidak tahu menghormati orang lain.
"Penghinaan ini mengguris hati penjawat awam khususnya kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Mungkin pihak yang dia (Jeff Ooi) gelar kucing kurap ini lah yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke -13 sehingga DAP mampu untuk terus kekal di Pulau Pinang.
"Jangan disebabkan dia memegang jawatan Ahli Parlimen dia rasakan boleh berbuat sesuka hati. Jeff Ooi perlu sedar bahawa apa yang Pulau Pinang ada pada hari ini adalah kerana jasa MPPP sebagai penyumbang utamanya.
"Sejarah telah membuktikan bahawa MPPP dan MPSP pernah diiktiraf sebagai antara pihak berkuasa tempatan yang terbaik di Malaysia sejak zaman BN memerintah di negeri ini lagi.
"Jadi, siapa Jeff Ooi yang mahu menggesa Yang Dipertua MPPP untuk meletak jawatan…," ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh yang demikian jelas Zainal, selain daripada Jeff Ooi harus memohon maaf Ketua Menteri Lim Guan Eng juga dicabar untuk mengkaji tindakan sewajarnya di atas kebiadapan melampau ini.
Sekiranya Guan Eng terus berdiam diri tambah beliau lagi maka ini membawa makna beliau juga turut senada dan bersetuju dengan sikap kurang ajar pemimpin DAP ini.
Sebelum ini pemimpin DAP yang lain pernah menghina penjawat awam apabila membuat dakwaan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam. - MediaUMNO

Dd i n b u n g a

Posted: 26 Nov 2013 07:07 AM PST

Dd i n b u n g a


PEMBANGKANG LAGI TERDUDUK - SATU LAGI MERCU UNTUK PENIAGA DI PEKAN CHEMOR

Posted: 25 Nov 2013 08:25 PM PST

YB DS AHMAD HUSNI MEMBUAT LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK DATARAN PERNIAGAAN MULTI PURPOSE DI PEKAN CHEMOR

SETIAUSAHA MAJLIS BANDARAYA IPOH HJ AZIZUDDIN MEMBERI TAKLIMAT STATUS PROJEK KEPADA YB DS AHMAD HUSNI

YB DS AHMAD HUSNI MEMINTA MBI MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN MENGENAI DESIGN GERAI

YB DS AHMAD HUSNI DI PEKAN CHEMOR

SATU LAGI MERCU TANDA DI PEKAN CHEMOR SEDANG DIBINA UNTUK PARA PENIAGA - PENIAGA KECIL YANG KETIKA INI BERNIAGA DI TEPIAN JALAN AKAN MEMPEROLIHI PEMBELAAN DENGAN TERBINANYA 30 UNIT GERAI MULTI PURPOSE DI DATARAN PEKAN CHEMOR YANG AKAN MENGANDUNGI SELAIN DARIPADA GERAI, SEBUAH TANDAS, SEBUAH SURAU, SEBUAH PENTAS, SEBUAH PEJALAN KAKI  BERBUMBUNG UNTUK GERAI E -KASIH YANG SEDIA ADA BERNILAI RM1.2 JUTA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI SELAKU MENTERI KEWANGAN 2.

YB DS AHMAD HUSNI DALAM LAWATAN KERJA BELIAU BERSAMA YB DATUK AMINUDDIN HANAFIAH, ADUN HULU KINTA, YB USTAZ MOHD ZIAD, ADUN MANJOI BERSAMA PEGAWAI MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN PEMIMPIN - PEMIMPIN SEKITAR PEKAN CHEMOR JUGA TELAH MENGUMUMKAN PENAMBAHAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM200,000 BAGI MENAMBAH PRASARANA SEPERTI PEJALAN KAKI BERBUMBUNG UNTUK GERAI E-KASIH YANG SEDIA ADA AGAR DISATUKAN DENGAN GERAI YANG BARU AGAR TURUTMENDAPAT IMPAK EKONOMI APABILA BEROPERASI KELAK DAN PERUNTUKAN TERSEBUT JUGA UNTUK MEMBINA LAMPU LIMPAH AGAR IA LEBIH MENCERIAKAN DATARAN TERSEBUT.

"BARISAN NASIONAL MERASAKAN BAHAWA MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBANTU PENIAGA - PENAAGA KECIL YANG BERNIAGA DI TEPI - TEPI JALAN DIBERI TEMPAT YANG TERBAIK BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN MEREKA, INI LAH PEMBELAAN BN KEPADA MEREKA AGAR MARUAH PENIAGA - PENIAGA INI AKAN LEBIH TINGGI MANAKALA PENDAPATAN MEREKA AKAN BERTAMBAH MALAH PENDUDUK SEKITAR CHEMOR MENDAPAT KEMUDAHAN" - YB DS AHMAD HUSNI. AHLI PARLIMEN TAMBUN

SEBELUM INI BEBERAPA PEMBANGUNAN YANG TELAH DILULUSKAN PERUNTUKAN DI PEKAN CHEMOR OLEH YB DS AHMAD HUSNI TELAH DIBINA SEPERTI PASAR BARU PEKAN CHEMOR, MINI STADIUM PEKAN CHEMOR (YANG KINI AKAN DIJADIKAN PUSAT LATIHAN PASUKAN BOLASEPAK PERAK), DEWAN 1MALAYSIA PEKAN CHEMOR, PERPUSTAKAAN AWAM, LAMPU JALAN UTAMA PEKAN CHEMOR, SEBUAH GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG.

AKIBAT DARIPADA PEMBANGUNAN DEMI PEMBANGUNAN YANG DILAKUKAN OLEH BARISAN NASIONAL DIBAWAH KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI YANG MEMANG DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG CUKUP RAJIN, KOMITED DAN BERWAWASAN PEMBANGKANG AKAN PUTIH MATA DAN TERDUDUK KERANA SELAMA INI PEMBANGKANG HANYA DATANG APABILA TIBA MUSIM PILIHANRAYA SELAIN BERCERAMAH DI MAKRKAZ MEREKA MENGUTUK DAN MENGATA KERAJAAN DAN BN.

TAHNIAH PADA YB DS AHMAD HUSNI DAN SELURUH KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN TAMBUN.

Ohpolitik!™

Posted: 26 Nov 2013 03:40 AM PST

Ohpolitik!™


Wardina merelakan diri menjadi anjing suruhan kepada Najib? #MalaysiaNews

Posted: 26 Nov 2013 12:47 AM PST

wardina

Banyak mulut menganga semalam bila lihat artis pencen bernama Wardina ini naik ke pentas menerima watikah sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara dari tangan Najib Tun Razak.  Tak kurang juga yang rasa basah - kena kencing.

Ramai tak menyangka wanita yang aktif menghentam kerajaan dan pemimpin BN melalui akaun Twitternya ini, tergamak mengkhianati kepercayaan Pakatan Rakyat dengan merelakan diri menjadi alat atau anjing suruhan kepada Najib.


Benar, selain Wardina, seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Mujahid Rawa juga dipilih menganggotai majlis tersebut, tapi Wardina dan Mujahid adalah 2 watak yang jauh berbeza, dengan pendirian Mujahid yang tegar menentang kerajaan memang bukan rahsia dan tak perlu dipertikaikan lagi.

Sumber : http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/2013/11/antara-wardina-blog-ini-siapa.html

Untuk rekod antara Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman ialah :

1. Tan Sri Ramon Navaratnam.
2. Tan Sri Pheng Yin Huah.
3. Tan Sri Napsiah Omar.
4. Tan Sri Dr. Micheal Yeoh Oon Kheng.
5. Datuk Johan Jaafar.
6. Senator Datuk Boon Som a/l Inong
7. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
8. Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.
9. Datuk John. Sikayun.
10. Datuk Lim Kok Cheong.
11. Datuk Saifuddin Abdullah.
12. Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.
13. Datuk Rugayah Abdul Majid.
14. Dr. Kantayya Mariapan.
15. Prof. Madya Dr. Madeline Berma.
16. Prof. Dr. Suresh Kumar a/l Govind.
17. Dr. Bilson Kurus
18. Tan Yew Sing
19. Lim Chee Wee
20. Lim Lam Thye.
21. Sadar Jagir Singh.
22. Marina Mahathir.
23. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
24. Mohamad Anas Omar@Anas Zubedy.
25. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
26. Ariff Irwani Azahari
27. Audrey Goh.

KANTOI!! #ANWARIBRAHIM Dan Kisah PEMBOHONGAN Bangla 40 Ribu #TipuPRU13

Posted: 25 Nov 2013 10:38 PM PST


Kompilasi sedutan video klip kenyataan Anwar Ibrahim tentang pengundi Bangladesh. Malah Anwar juga sebenarnya turut menyebut nama-nama negara anggota ASEAN yang lain.

Selain itu SPR dan parti wajib dipersalahkan iaitu UMNO dan Barisan Nasional, beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia turut dituduh bersekongkol membawa masuk puluhan ribu pengundi luar/asing.


Tapi Hari ini Apa Pula Kata Anwar Ibrahim?



Kementerian Pengajian Tinggi Terbakar? #MalaysiaNews

Posted: 25 Nov 2013 06:39 PM PST


Berita pagi ini tersebar melalui watsapp Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya terbakar. 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PAS Kelantan Cadang Husam Pengganti Nik Aziz Sebagai #PesuruhjayaPASKelantan ?

Posted: 25 Nov 2013 05:53 PM PST


Kempen untuk membolehkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan mulai berjalan selepas beliau menang sebagai naib presiden.

Antara yang memberi cadangan ialah calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.

Zulhazmi mencadangkan agar Husam dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan yang baru.

Beliau memberikan tiga sebab untuk cadangannya itu iaitu menjadi pengimbang tara untuk memastikan setiap tindakan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan mengikut dasar parti.

"PAS negeri bertindak sebagai Jawatankuasa Pemandu bagi pentadbiran kerajaan sesuai dengan konsep parti memerintah," katanya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Pesuruhjaya PAS Kelantan pada masa ini.

Ramai pihak mencadangkan Nik Aziz melepaskan jawatannya sebagai pesuruhjaya dan mengekalkan Mursyidul Am sahaja berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Kelantan mempunyai tiga timbalan pesuruhjaya.

Husam adalah Timbalan Pesuruhjaya II manakala Menteri Besar Kelantan adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan Datuk Nik Mohd Amar yang kalah dalam usahanya untuk mendapatkan jawatan timbalan presiden PAS adalah Timbalan Pesuruhjaya III.

Zulhazmi berkata, beliau menyokong kenyataan Ketua Pemuda PAS yang baru Suhaizan Kaiat yang  mahu menjadikan Dewan Pemuda Pas Pusat sebagai pengimbang tara kepada parti dan kerajaan.

"Maka atas hasrat tersebut saya mencadangkan Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak PAS Pusat untuk melantik Datuk Husam Musa sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan atas beberapa faktor," kata Zulhazmi dalam Facebooknya.

RAMAI SANGGAH MIMPI BASAH HUSAM HADI AWANG JADI #PMMalaysia

Posted: 25 Nov 2013 05:33 PM PST


Pelbagai pihak berpendapat, terlalu awal untuk PAS bercakap soal pemimpinnya menjadi perdana menteri sama ada daripada segi jumlah sokongan terhadap mereka atau pun cadangan polisi untuk rakyat.


Mereka berpandangan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar dipilih menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sukar direalisasikan berikutan parti itu belum mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, berkata persediaan PAS untuk menjadi pemimpin dalam PR masih berada di tahap rendah kerana sokongan yang diterima parti Islam itu masih lemah berbanding dengan harapan untuk menjadi Perdana Menteri kerana banyak perubahan harus dilakukan.

"Pemimpin PAS masih belum layak untuk mencadangkan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri kerana PKR dan DAP juga mempunyai pemimpin Melayu.

"Jika PAS menggunakan hujah mereka mewakili parti Melayu-Islam untuk menjadi Perdana Menteri maka saya berasa mereka membawa mentaliti Umno dalam PR kerana pelantikan itu tidak berdasarkan merit sebaliknya berdasarkan bangsa semata-mata," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Husam semasa berucap di Muktamar PAS ke-59 pada Ahad berkata, beliau mahu melihat Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sebelum dia mati walaupun untuk sehari.

Katanya, cadangan itu seharusnya menjadi agenda perjuangan parti dan perlu dibincang oleh seluruh saf kepimpinan untuk direalisasikan.

Wan Saiful berkata, PAS masih gagal mendapatkan sokongan orang Melayu serta parti itu juga masih lemah daripada segi cadangan polisi kepada rakyat.

Katanya, perjuangan PAS yang hanya mendukung ideologi Islam sahaja tidak memadai untuk mendapat sokongan pengundi Melayu kerana rakyat Malaysia sendiri mahu ideologi dasar pembangunan negara dibentangkan PAS.

"Jika berdasarkan sokongan Melayu memang kurang daripada segi bilangan dan hujah pula masih lemah. PAS bukan sahaja gagal mengumumkan dasar yang boleh menarik sokongan rakyat malah mereka juga gagal menawarkan sebarang posisi yang konkrit kepada rakyat.

"Selagi mereka tidak berbicara tentang polisi terbaik maka saya fikir sesiapa pemimpin PAS pun sukar menjadi pemimpin PR," katanya dan berpendapat PAS hanya boleh berbicara jawatan Perdana Menteri dalam PR sekiranya menjadi juara dalam polisi negara.

Beliau berkata, PAS sememangnya parti yang tidak layak untuk berbicara tentang jawatan Perdana Menteri kerana jumlah kerusi parlimen yang diperolehinya masih rendah berbanding PKR dan DAP.

"Bilangan ahli parlimen PAS paling kecil berbanding parti lain dalam PR maka dalam keadaan PAS masih gagal menjadi parti majoriti dalam PR, apa hak dia untuk bercakap tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri?

"Mereka harus menerima hakikat bahawa untuk menjadi Perdana Menteri, parti itu perlu menjadi majoriti dalam gabungan PR. Sekarang bukan masa yang tepat untuk PAS berbicara soal ini," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jayum Jawan, berkata sokongan pengundi PAS hanya tertumpu di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia malah parti itu turut gagal menarik sokongan bukan Islam.

Katanya, sokongan DAP dan PKR sangat diperlukan bagi memastikan parti itu untuk terus relevan bersama PR menuju PRU14.

"PAS hanya tertumpu di negeri Pantai Timur dan utara. Kekuatan mereka di situ pun tidak boleh mengatasi PKR yang sokongannya lebih meluas.

"Dalam negeri kurang pengundi Melayu terutama di Sabah dan Sarawak, PAS tidak boleh menarik sokongan sekiranya perjuangannya lebih kepada Islam. Mereka yang bukan Islam agak berat memberi sokongan melainkan keyakinan diberikan oleh PKR dan DAP.

"PAS terlalu awal untuk berbicara tentang jawatan Perdana Menteri. Mereka harus cemerlang dalam pilihan raya terlebih dahulu," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman."

Jayum berkata, dalam pertarungan di antara PAS dan PKR yang mahu mengenengahkan calon masing-masing sebagai Perdana Menteri, DAP yang akan menentukan keputusannya.

"Pengimbang terpenting adalah DAP sama ada mereka menyokong salah satu calon di antara kedua-dua parti itu. Jika PAS menang lebih kerusi tetapi DAP tidak menyatakan sokongan, mereka tetap tidak boleh ke hadapan.

"Masanya terlalu awal bagi PAS. Lebih elok mereka mengukuhkan kedudukan membuat strategi menarik sokongan bukan Melayu supaya pengundi berasa selamat dan selesa bersama PAS.

Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin pula berpendapat PAS sememangnya mahu mengelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menjadi Perdana Menteri.

Katanya, sebagai parti Islam, PAS akan lebih terampil dan mempunyai rekod lebih baik menerajui negara untuk jawatan Perdana Menteri.

"Amat sesuai wakil orang Melayu bukan daripada kalangan PKR. Apatah lagi apabila pemimpin PAS yang terpilih, latar belakangnya bersih. Anwar pada pandangan PAS ada masalah. Itulah kebarangkalian apa yang dimaksudkan Husam," katanya.

Penganalisis itu turut berpendapat PAS perlu tampil dengan dasarnya sendiri meskipun mendapat sokongan daripada parti dalam PR.

"Mereka perlu beritahu di peringkat awal apa yang mahu dibuat. Dasar kepimpinan mesti jelas. Mungkin atas dasar itu nanti, orang lain akan sokong. Bukan semua suka Anwar menjadi PM.

"Selama ini PAS di bawah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berani bercakap benda ni. Sekarang tanpa beliau sudah nampak lebih jelas kedudukan PAS," katanya.

Ketika ditanya apakah situasinya jika PKR dan DAP menolak calon PAS sebagai Perdana Menteri, beliau berkata: "Itu kena runding. Kalau cadangan PAS tidak diterima mungkin mereka kena pusing balik runding dengan Umno. "

Dalam pada itu, Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata cadangan Husam hanya pandangan yang dilontarkan dalam Muktamar PAS dan tidak perlu dipandang serius oleh pemimpin PR.

Katanya, berdasarkan prestasi cemerlang PR dalam PRU13 lalu, maka tidak mustahil bagi PAS mahu mengenengahkan pemimpin mereka.

"Husam mencadangkannya dalam Muktamar PAS. Tidak mungkin mereka akan mencalonkan pemimpin parti lain. Kami di PKR tetap memilih Anwar. Jika mereka yang mencadangkan Anwar maka pembunuhan politik sedang berlaku alam PAS.

"Pendirian PKR tidak berubah. Ini bukan rahsia umum. Dalam mesyuarat dalaman PR memang disebut berulang kali. PAS sebagai sebuah parti yang sedang bergerak naik, itu lumrah," katanya.

Video Pengakuan AnwarIbrahim Jumpa Bangla "Surrender" dan Sokong #PakatanRakyat #PRU13

Posted: 25 Nov 2013 04:58 PM PST




Anwar Ibrahim dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat pernah mendakwa terdapat rombongan warga Bangladesh berjumpa dengan beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Video itu sekali gus menangkis usaha Anwar yang baru-baru ini dilihat cuba membuat pusingan U dengan menafikan pernah membuat kenyataan berhubung penglibatan 40,000 warga Bangladesh dalam pilihan raya umum lalu.

Pemimpin pembangkang itu dalam ceramah yang dipaparkan menerusi video tersebut mendakwa, rombongan warga Bangladesh berkenaan datang berjumpa dengannya untuk merayu supaya mereka tidak dihukum kerana menjadi pengundi dalam pilihan raya umum lalu.

"Pagi tadi sebelum saya datang (ceramah) ada rombongan dari Bangladesh...yang ini yang kubu UMNO, kubu Najib. Dia mari datang dia kata Datuk Seri, kami mari sini, ada dapat kad (MyKad), ada tak dapat kad, janganlah hukum kami.

"Saya kata apa pasal? Kami surrender...kami tahu Datuk dan pakatan rakyat sudah mahu menang," katanya dalam ceramah itu.

Anwar kemudian berkata, beliau memberitahu warga Bangladesh itu beliau tidak mempersoalkan mereka yang sudah tinggal lama di negara ini dan mendapat kad pengenalan.

"Tapi kalau dia baru dapat kad, tipu, saya nasihatkan duduk di rumah tengok movie Shah Rukh Khan, My Name Is Khan And I Am Not A Terrorist.

"I'm serious (Saya serius). I'm not joking (saya tidak bergurau). It is a fact (Ini adalah fakta). One of them flew in from Dhaka (Salah seorang daripada mereka terbang dari Dhaka), seorang peniaga kerana dia tak mahu nanti dia ada masalah dengan kerajaan baharu pakatan rakyat," katanya.

Anwar berkata, beliau memberitahu warga Bangladesh itu pakatan pembangkang tidak menghina rakyat negara tersebut yang datang mencari rezeki di negara ini tetapi menasihatkan mereka tidak merosakkan dan merampas hak rakyat Malaysia dengan menjadi pengundi.

"Saya beritahu dia, kalau dia undi, dia langgar undang-undang...kita menang, kita dakwa dia masuk penjara bersama SPR (pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya) yang bertanggungjawab," katanya.

Alhamdulillah : UMNO dan PAS Akan Bersatu? #Bersatulah #MelayuIslam #KukuhkanIslam

Posted: 25 Nov 2013 04:38 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno bersifat terbuka berhubung kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.
"Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak PAS," kata Perdana Menteri yang juga Presiden Umno kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

Mahfuz Bean Mengamuk Kalah Tanding Naib Presiden PAS di #DewanRakyat #ParlimenMalaysia

Posted: 25 Nov 2013 04:29 PM PST


Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar 'naik angin' di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.
Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.
Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin 'garang' berbahas.
Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz 'dok marah sangat pasal apa?".
"Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul  Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang," kata  Noh.
Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.
Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.
Peliknya pada sesi pagi, Mahfuz berdiam apabila ada beberapa ahli parlimen Barisan Nasional mengusik beliau  pasal kekalahannya.

bumiyang

Posted: 26 Nov 2013 03:30 AM PST

bumiyang


Moto2 - Pelumb Negara, Hafizh Syahrin Abdullah Menang Lagi di Sepanyol!!!

Posted: 25 Nov 2013 11:22 PM PST

Hudud: Titik Pertemuan Penyatuan Pas-Umno ???

Posted: 25 Nov 2013 05:07 PM PST

tunku

Posted: 26 Nov 2013 03:11 AM PST

tunku


Pakatan Finally Admits That Running An Election Is Not As Easy As They Think.

Posted: 25 Nov 2013 09:30 AM PST

Pro-Opposition portal, the Malaysian Insider today posted an article regarding the recent PAS's Muktamar titled 5 Things that should be learned from the PAS Muktamar.

PAS Muktamar or party election has already been a hot topic for these past few weeks. The election was full of chaos and mess especially during the Vice President votes are being tallied. Many of the PAS delegates were unhappy with the way the election was handled.

To add salt to injury, a rock concert was organized even though before this PAS were one of the parties who banned rock concerts especially if it involves international artist. Many of their own supporters are baffled how the concert were permitted in PAS's stage.

However, these are not the lessons that the Malaysian Insider meant. 5 lesson that was said by the Malaysian Insider was 1. The support shown by the enemy (Utusan Malaysia) towards pro-Ulama' candidates, 2. To avoid any confrontation within the party, 3. Respect among candidates and supporters in the party elections and avoid any acts especially from the Ulama' supporters, 4. Learn from Mazlan Aliman who has worked hard to gain the confidence of the people in issues such as the FELDA dispute, 5. Conducting an election is not an easy task.

Malaysian Insider clearly supports the victory of Anwarinas without trying to hide their prejudice against the Ulama of PAS. Even Mazlan Aliman was anointed as the hero as he managed to create an issue out of thin air.

It seems that what is important for Pakatan Rakyat is to create issue and not to resolve issue for the people of Malaysia.

The Malaysian Insider article shows that the external influence in PAS is arranging who will win and who will lose and it shows that this PAS election is the dirtiest the party has ever seen in their history.

This actually proves that the vote count which was one of the longest vote counts in PAS election was full of controversy. Mat Sabu and Husam who was caught breaching the vote counting room in the middle of the night have also raised many questions. The early announcement which is different from the official results makes the people of Malaysia wonder the PAS's integrity. Imagine, they have all this problem with only 1,086 ballot tickets to be counted.

However, The Malaysian Insider potrayed it as something that is not that important and invite the Pakatan Rakyat to learn a lesson from this particular foray. The portal double standard position can be seen clearly as they were very critical of SPR who had done the job 1000 times better than PAS in counting the votes of 13.3 million ballot tickets.

If the Malaysian Insider is really a portal that is truly just and independent, then it is wise for them to analyse what actually happened in the DAP's CEC and not just the PAS election. It is much better if they would learn from the PKR election which we saw Zaid Ibrahim resigned from the particular party because there are more than a 100 complaints about vote manipulation.

However, the Malaysian Insider is not an impartial news portal. It might as well maybe one of the hidden hands that regulate the PAS election. Thus, it is not shocking to see that only 10 out of 27 positions was won by the Ulama'. We have to exclude one of the 10 Ulama as it is difficult to determine that Hadi Awang is among the Ulama' or Anwarinas.

Even though the Malaysian Insider tries to show that all of this is a small and usual matter in a political party election, the portal has to accept that arranging an election is not something easy.
Thus, indirectly it shows that SPR is a better electoral body which is clean, efficient and credible compared to the Pakatan Rakyat.

Angola 'Bans Islam', Destroy Mosques : OIC should cut ties with them.

Posted: 25 Nov 2013 03:07 AM PST

A number of news outlets have reported that Angola has "banned" Islam and started to dismantle mosques in a bold effort to stem the spread of Muslim extremism.

Weekly French-language Moroccan newspaper La Nouvelle Tribune published an article on Friday sourcing "several" Angolan officials, including the Southwest African nation's minister of culture, Rosa Cruz, who reportedly offered the following remarks, which have been translated from French: "The process of legalization of Islam has not been approved by the Ministry of Justice and Human Rights, their mosques would be closed until further notice."

The media reports have not described why exactly Islam apparently faces a need to be legalized despite its presence in the country for many years.

OnIslam.net reports that the African economic news agency Agence Ecofin wrote that Cruz made the statement at an appearance last week before the 6th Commission of the National Assembly. The website goes on to note that, "According to several Angolan newspapers, Angola has become the first country in the world to ban Islam and Muslims, taking first measures by destroying mosques in the country."


Even Angola President José Eduardo dos Santos has weighed in on the controversy, as he was quoted in Nigeria's Osun Defender newspaper on Sunday as saying, "This is the final end of Islamic influence in our country," according to the OnIslam.net report.

The reported comments by Cruz and Santos echo the stance of the governor of the country's Luanda province, Bento Francisco Bento, who reportedly maintains "that radical Muslims were not welcome in Angola and that the government was not ready to legalize the presence of mosques in the country," according to a La Nouvelle Tribune summary of Bento's take on the issue.

In a physical extension of the officials' sentiments about Islam's place in Angola, La Nouvelle Tribune said that a minaret of an Angolan mosque was dismantled last October, and that the city of Zango "has gone further by destroying the only mosque in the city."

The emerging reports about Angola "banning" Islam and dismantling mosques point to the  anti-Islam sentiments held by many in the nation's citizens, but they could not immediately be independently verified by International Business Times.

Angola is a majority-Christian nation of about 16 million people, an estimated 55 percent of whom are Catholic, 25 percent of whom belong to African Christian denominations, 10 percent of whom follow major Protestant traditions, 5 percent of whom belong to Brazilian Evangelical churches and where only between 80,000 and 90,000 people are Muslim, according to the U.S. State Department.

Asam Pedas

Posted: 26 Nov 2013 03:06 AM PST

Asam Pedas


Kitchen Ideas With White Cabinets and White Appliances

Posted: 25 Nov 2013 06:57 AM PST

Kitchen Ideas With Black Appliances and Oak Cabinets

Posted: 25 Nov 2013 06:40 AM PST

Kitchen Ideas With White Cabinets and Black Countertops

Posted: 25 Nov 2013 06:34 AM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 26 Nov 2013 01:43 AM PST

Sahabat-Gunung


11 Ketua Cabang Umum Keluar Parti- PKR Sabah Hampir Pasti Lumpuh - Najib

Posted: 26 Nov 2013 01:05 AM PST


Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyifatkan kedudukan Parti PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti, dan percaya gelombang kedua akan menyusul tidak lama lagi yang turut akan membabitkan Ketua Cabang PKR di negeri itu.

Ujarnya, hari ini merupakan satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan Negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan diperingkat negeri.

"Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh  dan sebalik BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah," ujarnya pada sidang media di sini, sebentar tadi.


Sebelah Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah Kudat, Kota Marudu, Sepanggar,  Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Taipingmali (tm)

Posted: 26 Nov 2013 01:36 AM PST

Taipingmali (tm)


Muktamar PAS:  Ulama Bakal Jadi Maskot Kristian?

Posted: 26 Nov 2013 01:08 AM PST

 
Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.  Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.  Namun, rujukan 'professional' pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya. 
 
Daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.  Pun begitu, kita juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama, berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan. 
 
Secara dasarnya, akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.  Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.   Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri, sudah tidak relevan lagi.  
 
'Ulama' akan menjadi maskot, sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.  Selain itu, Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.  Kumpulan Erdogan sedar, selagi ada Ulama di dalam PAS, selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja. 
 
Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam, tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka. 
 
Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.   
 
Sejurus Muktamar berlalu, laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai 'pembaharuan' di dalam PAS. 
 
Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia.  Mereka jugalah yang bermati-matian ingin 'berebut' untuk turut menggunakan nama 'Allah' dalam risalah agama mereka.  Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT. 
 
Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam. 
 
Kita tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.  Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO, tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam? 
 
Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia?  Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT? 
 
Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.  Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.   Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu 'kucing kurap': DAP Dakwa PKR Tokong, Kerana Gesa Minta Maaf

Posted: 26 Nov 2013 01:02 AM PST

 

Mungkin kerana merasakan sudah terlalu kuat dan kebal, disebabkan berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 penggal berturut-turut, seorang pemimpin DAP baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

 

Di dalam kejadian Sabtu lalu, ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP.

 

Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

 

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.

 

Disebabkan kenyataan itu, ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP. Media baru-baru ini melaporkan lawatan Ooi di Pasar Jelutong bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP menggesanya menarik kembali label kucing kurap itu.

 

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi, yang ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen, dan dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

 

Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

 

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

 

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.

 

Rentetan dari itu, Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman segera mengeluarkan kenyataan menggesa Ooi agar menarik kembali kenyataan itu sambil meminta maaf. Ia mungkin kerana, Mansor bimbang kejadian tersebut bakal menyebabkan PKR kehilangan sokongan orang Melayu kerana gagal membela isu MPPP ini.

 

"Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul. Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor yang juga merupakan ahli parlimen Nibong Tebal.

 

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

 

Namun, tetap dengan sikap keras kepalanya, Ooi kembali mempertahankan ucapannya sambil menyindir Mansor.

 

"Kita hampir terlupa beliau (Mansor) di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

oyabun

Posted: 25 Nov 2013 11:32 PM PST

oyabun


PM selar penafian Anwar?

Posted: 25 Nov 2013 09:09 AM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.

''Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.

''Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.

''Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula,'' katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.


Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.

Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.

''Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara 'candle light dinner', dan saya akan kata pada dia, ini romantik.

''Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.

''Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil,'' katanya.

Wasabi Oyabun..

APANAMA

Posted: 25 Nov 2013 11:32 PM PST

APANAMA


JOURNALISM… Malaysiakini style

Posted: 25 Nov 2013 07:31 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 25 Nov 2013 11:19 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


PAS Pulak Ajak UMNO Muzakarah. Apa Pendapat Anda...

Posted: 25 Nov 2013 09:00 PM PST

Aku minta pendapat korang semua pasal tetiba pas ajak umno bermuzakarah.

Apa Game Yang Najib Tengah Main Nie...???

Posted: 25 Nov 2013 06:00 PM PST


Semua orang tahu, orang Islam di malaysia kebanyakannya memilih untuk membayar zakat dari membayar cukai pendapatan dan umum mengetahui orang cina adalah kaum yang terbesar penyumbang cukai kepada negara.

Jadi untuk apa najib keluarkan kenyataan "siapa dengan sengaja tak bayar cukai adalah pengkhianat negara" 

Bagi orang cina, sudah tentu mereka merasakan diri mereka lebih patriotik dari orang melayu, seperti yang di kupas oleh zaid ibrahim dalam artikelnya di bawah...


Jadi siapa yang tersenyum lebar sekarang dan perlu ke najib keluarkan kenyataan macam tu...???


Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Nov 2013 11:18 PM PST

Panglima Perang Cyber


Respon Menteri KDN @Zahid_Hamidi Isu Hilang Lebih Setengah Juta IC @PDRMsia @KDNPutrajaya

Posted: 25 Nov 2013 05:13 PM PST


Berikut respon Menteri Dalam Negeri berkenaan isu kehilangan kad pengenalan sangat besar jumlahnya.

Dalam hal ini adalah wajar JPN membuat siasatan samada kehilangan disebabkan kecuaian atau untuk tujuan pemalsuan.



Sudah tentu tidak ada sesiapa mahu kehilangan IC namun jika berlaku buat kali pertama sepatutnya tidak ada bayaran perlu dikenakan.

Jika ia berulang lagi kali kedua maka barulah dikenakan denda sebagai satu pengajaran. Seperti yang dijelaskan oleh YB Menteri adalah tepat dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Justeru kenyataan Menteri ysangat kena dengan situasi rakyat hari ini dan bertimbang rasa terhadap kedudukan kewangan mereka.

Kenyataan beliau sepenuhnya seperti disiarkan oleh Berita Harian di bawah

IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

Ng gv"Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

"Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket.

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan, tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang.

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman), tetapi ini adalah kes terpencil," katanya.

Beliau berkata situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan.

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya.

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Oktober lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/KDNakanpindaAktaFibagidendalebihtinggijikaMyKadhilang/Article/


Sent from my iPhone

Muktamar 2013 - Ahli Pas Luah Kemarahan Parti Dilayan Seperti 'Anjing' oleh DAP

Posted: 25 Nov 2013 12:09 AM PST



Ahli Pas mengaku Pas Hanya 'BARUA' DAP

 

Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

 

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

 

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan 'mati kutu' dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan 'tahluf siaysi' parti itu dengan DAP.

 

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

 

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

 

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

 

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

 

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

 

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

 

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

 

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

 

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

 

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

 

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cubamempertahankan hubungan parti itu dengan DAP danPKR.

 

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sinibeliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.


"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. KalauPas berjuang secara sendiriansudah tentunya jajahankita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan)sehingga Kemaman (Terengganu).


"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehinggake Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johorkita dapat tawannadi Umno akan tamat di Malaysia,"katanya.

 

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yangsentiasa menurut perintah tuannyaini kerana itulahanalogy mudah yang boleh diberikan apabila kitamembicarakan hubungan haram dua parti pembangkangtersebut.

 

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang jugabekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turutmengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantuiPas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpinPR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk padakehendak DAP.

 

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Passekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP danpendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendakIslam kerana PAS sepatutnya memimpin dalammemperjuang Islam".

 

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbuktikebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan statusparti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP samasahaja macam anjing peliharaan layaknyaterpaksadipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahajaperintah si tuan.


Kiriman Email

Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 25 Nov 2013 11:16 PM PST

Belantan


Apabila Sang Kaki Putar Kritik Sang Skru Longgar?

Posted: 25 Nov 2013 05:30 PM PST


Di sebalik ucapan Ketua Umum PKR yang juga Sang Kaki Putar Alam, Anwar Ibrahim yang meminta pemimpin membuat teguran secara tertutup, Anwar juga telah mengkritik Menteri Besar Selangor yang juga Sang Skru Longgar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar mengulangi teguran kepada Abdul Khalid terhadap pelaksanaan yang lambat untuk digerakkan walaupun mendengar teguran.

Beliau berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.

"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.

"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.


"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya pada ucapan pergulungan Kongres Nasional 2013 PKR, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu telah mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng.

Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Tokong Guan Eng menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor, ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi pentadbiran Abdul Khalid.

Suara Politik
Belantan

Dewan Ulama PAS disaran tubuh Parti Baru?

Posted: 25 Nov 2013 07:55 AM PST

Harun Taib berucap dalam Muktamar Dewan Ulama Pas di Shah Alam Khamis lalu.

Apabila kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd.Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.

Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.

Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.

Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara Tuan Ibrahim tidak menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang diumumkan, sebaliknya ramai yang tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.

Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.

Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.

Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.

Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.


Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.

Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?

Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.

Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.

Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.

Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.

Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.

Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.

Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.

Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.

Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.

Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.

Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.

Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''

Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri.

Daripada 'melukut ditepi gantang di dalam parti' alangkah baiknya jika Dewan Ulama terus mengambil pendirian untuk 'keluar dari Pas' dan bermula dengan sebuah Parti baru bagi menentukan hala tuju perjuangan yang terus memperjuangankan syiar ISLAM! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Pak Stoppa kata, Sabah dan Sarawak anak emas Pas...Betoi ka?

Posted: 25 Nov 2013 12:57 AM PST



Tapi yang ini Pak Stoppa, anak angkat siapa ya? Nampak macam sama, tapi tak serupa kot? Besaq spenda tu Pak Stoppa?


Betoi ka Pak Stopa sakit lutut?


Kadang-kadang dok tergelak jugalah mengenangkan betapa bodoh dan dunggunya para pengikut Pas yang tak boleh berfikir secara waras! Katanya ramai cerdik pandai dalam Pas, tapi semuanya hamPAS..!!!

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Nov 2013 11:15 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BANGLADESH, I SCOLDED ANWAR

Posted: 25 Nov 2013 04:00 PM PST




AMIN IDRIS TV ALHIJRAH TUTUH MAT SABU

Posted: 25 Nov 2013 11:01 AM PST




Pengacara Popular TVAlhijrah Amin Idris melahirkan kekecewaan apabila PAS masih memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden parti itu.
"Rasa kecewa apabila ada kelompok besar ahli gerakan Islam masih memilih seorang pro-Khomeini sebagai pemimpin. Sedangkan Khomeini dalam kitab-kitabnya menghalalkan darah Sunni.
"Ada pula istilah Ahli Sunnah wasy Syi'ah, malah mengiktiraf Syiah sebagai sebuah mazhab, sedangkan al-Qaradhawi sudah isytihar Syiah musuh Islam antaranya kerana mereka adalah agama baru yang sesat.
"Adakah ini atas nama strategi politik?, katanya dipetik dari laman sosial peribadinya, aminbinidris, 23 November.







#PRKAMPUS : Benarkah #UM diancam BOM buatan sendiri?!!

Posted: 25 Nov 2013 08:13 AM PST

 
Panas! Benarkah sebuah IPTA di negara ini sedang menghadapi ancaman letupan BOM?!!
 
Menurut sumber risikan MyMassa, barisan Pro-Mahasiswa yang sememangnya diketahui umum condong kepada Pakatan Rakyat, bercadang untuk menggunakan "BOM" sebagai taktik terbaru mereka untuk memenangi pilihanraya kampus UM kali ini. Ini berikutan kegagalan gerombolan pergerakan mahasiswa tersebut yang tidak dapat mempromosi calon-calon mereka dengan kaedah kempen pilihanraya yang bersih dan berhemah, sepertimana Pakatan Rakyat dengan kempen Bangla 40K, dakwat kekal dan pilihanraya bersih mereka dalam kempen PRU sebelum ini.
 
Pada mereka apa yang penting adalah mereka menang pilihanraya dan dapat kuasa. Soal khidmat kepada pengundi bukannya satu pertimbangan langsung. Sebab itulah kempen mereka mesti berunsur menakutkan dan sentiasa menyemai semangat kebencian. Mereka perlu menutup kelompongan dan kelemahan calon-calon mereka.
 
Dan perkara ini lebih menjadi-jadi semenjak pakatan pembangkang berjaya menguasai negeri-negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang pasca PRU-12 lalu. Apakah wujud perkaitan DANA kempen PRO-M daripada negeri-negeri pakatan pembangkang bagi memastikan mereka memenangi pilihanraya-pilihanraya kampus?
 

http://www.1peluru.com/2013/11/whats-next-prkampus-apa-lagi-helah-pro.html
 
Jika, Kerajaan Selangor boleh menyalah gunakan DUIT RAKYAT untuk terus kekal berkuasa, apalah sangat DANA untuk memastikan calon-calon pelapis mereka menang pilihanraya kampus dengan kempen KOTOR?!!

The Unspinners

Posted: 25 Nov 2013 11:07 PM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 25 Nov 2013 09:43 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


TAHNIAH MANTAN PENGERUSI SPR SERTAI PERKASA !

Posted: 25 Nov 2013 04:44 AM PST

ALANG-ALANG NAK MENIPU...HAJI HADI PATUT MENGAKU SUARANYA MACAM JUDIKA !

Posted: 24 Nov 2013 09:25 PM PST

tok gajah

Posted: 25 Nov 2013 09:24 PM PST

tok gajah


Mampukah melayu mempertahankan kuase politiknye...................

Posted: 24 Nov 2013 10:23 PM PST

Tok yakin semakin ramai orang melayu telah sedar dimane kedudukan kuase politik orang hari ini. Pade pandangan Tok, kuase politik melayu sedang berade diambang kemusnahan. Orang melayu telah berpecah belah dalam kuase politik nye, sedangkan kaum cine sudah pun bersatu dalam DAP.

Tok berase sangat pelek juge apebile masih lagi ramai orang melayu tidak menyedari tentang hakikat ini. Orang melayu yang berpecah belah ini terpakse menagih simpati dan sokongan dari kaum bukan melayu untuk berkase. Disini lah kaum bukan melayu telah mengambil kesempatan untuk menekan dan mengugut kaum melayu. Dengan secare tidak langsung melayu terpakse bergantung paut kepade kaum bukan melayu untuk mengkalkan kuase politik nye.

Perpaduan kaum cine kedalam sebuah parti iaitu DAP telah nyate mendatangkan keuntungan besar bagi kaum cine. Pade PRU 12 kaum cine telah berjaye menguasai Pulau Pinang, cite2 mereke seterus nye pade PRU 13 Perak, N Sembilan dan Johor pule menjadi target mereke, walaupun mereke gagal tetapi P Pinang masih kekal di tangan DAP.

Sebenar nye kejayaan2 kaum cine ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawe mereke tidak mahu di perintah oleh melayu. Malang nye niat jahat kaum cine ini telah mendapat sokongan dari parti PAS dan PKR. Tok anggap kaum melayu/islam yang menyokong PAS dan PKR ni sebagai pengkhianat kepade agama, bangse dan negare.

PenangWasabi

Posted: 25 Nov 2013 09:08 PM PST

PenangWasabi


Laksana hudud hak Pas?

Posted: 25 Nov 2013 09:30 AM PST


Pas menegaskan langkah untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan adalah hak mutlak parti itu walaupun mendapat bantahan daripada sekutunya DAP.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada dalam perjanjian dengan pakatan bahawa Pas perlu mendapat persetujuan DAP terlebih dahulu untuk melaksanakan hudud.

"Hak dia untuk bersuara. Hak kita untuk melaksanakan apa yang kita perjuangkan. Itu (persetujuan DAP) tiada dalam perjanjian. Masing-masing ada ideologi masing-masing.

"Kita (hanya) berkerjasama dalam perkara yang ada persamaan," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang meminta Pas jangan melaksanakan hudud di Kelantan kerana didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Karpal dipetik sebagai berkata: "Objektif politik tertakluk kepada undang-undang. Penasihat undang-undang Kelantan perlu menasihat Pas agar tidak melaksanakan hudud''.

Berhubung gesaan Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad agar pucuk pimpinan menangani persepsi Pas barua DAP dan pembonceng dalam pakatan, Abdul Hadi berkata, perkara itu gimik yang dibuat pihak lain.

Malah beliau mendakwa, Pas di Pulau Pinang walaupun hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi memiliki peranan besar dalam hal ehwal agama Islam.

"Pemuda menyebut pihak lain yang membuat persepsi. Hakikat pilihan raya amat terserlah di mana pakatan pembangkang mengiktiraf peranan Pas termasuk di Pulau Pinang," katanya.


Abdul Hadi turut menafikan dakwaan golongan ulama semakin terpinggir dalam Pas pada pemilihan kali ini dengan menyatakan seramai sembilan tokoh ulama terpilih di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Bagi kami yang penting bukan bilangan tetapi peranan yang dijayakan itu lebih utama. Kalau ramai pun tapi tiada peranan dalam parti tiada guna juga," jelasnya.

Sementara itu dalam ucapan penggulungannya, Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.

"Kalau dia (UMNO) kata nak laksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh, mari kita muzakarah. Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siar perkara ini.


"Insya-Allah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada," katanya.

Jelas Abdul Hadi, kesediaan Pas bermuzakarah itu dizahirkan dari kepakaran dan pemimpin mereka yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa UMNO, bagi mendapatkan kuasa memerintah, sanggup menumpukan strategi bagi mendapatkan dan menguasai undi Melayu semata-mata dan bukannya cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya, UMNO mengambil pendekatan menabur semangat kebangsaan bercampur aduk dengan assobiyah (kekitaan) kebangsaan bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Penang Wasabi..

JURI RAKYAT

Posted: 25 Nov 2013 07:36 PM PST

JURI RAKYAT


Aneh Inilah 8 Kolektor yang Tidak Layim

Posted: 25 Nov 2013 03:45 AM PST

Kolektor adalah para pengumpul barang atau benda yang layak untuk dikoleksi oleh para peminatnya yang sering disamakan dengan hobi atau minat. Kolektor yang normal sering kita jumpai seperti kolektor perangko, koleksi uang kuno, mobil, kolektor motor antik dan lain sebagainya. 

Namun ternyata ada beberapa orang yang menjadi kolektor benda antik bahkan tergolong aneh seperti beberapa kolektor berikut ini: 

1. Dr. Katsunari Fukushi Kolektor Tattoo Mayat    


Dr Katsunari Fukushi adalah salah seorang pendiri Japan Tattoo Institute yang bergerak dibidang pelestarian seni tradisional tattoo Jepang atau popolernya 'Tebori'. Koleksinya lebih dari 100 tattoo tradisional yang semuanya adalah tattoo dengan media canvas kulit manusia yang sudah mati. Hal ini tentunya dilakukan dengan mengantongi ijin legal sebelumnya, segalanya ia lakukan demi pelestarian budaya dan ilmu pengetahuan. 

2. Ray Bandar Kolektor Tulang 


Ray Bandar adalah seorang kolektor tengkorak-tengkorak. Telah leboh dari 50 tahun dirinya mengumpulkan koleksinya dari seluruh dunia. Dia menempatkan 7000 lebih tengkorak dalam rumahnya yang di beri nama "The Bone Palace" dan sebagian besar dari koleksinya itu berada dalam kamar tidurnya. 

3. John Reznikoff Kolektor Rambut 


John Reznikoff adalah seorang kolektor yang mendedikasikan hidupnya untuk mengumpulkan rambut-rambut dari seluruh dunia. Rambut dari Abraham Lincoln, John F Kennedy, Marilyn Monroe, Albert Einstein, John Lennon, Elvis Presley, hingga Beethoven adalah bagian dari koleksi berharganya. Bahkan konon kabarnya ketika Britney Spears menggunduli kepalanya, Reznikoff menjadi orang pertama yang mem-booking rambutnya. 

4. Dr. Stanley B. Burns Kolektor Foto kematian   


Dr. Stanley B. Burns memiliki koleksi yang paling dihormati untuk kategori fotografi sejarah. Pasalnya dia telah mengumpulkan kurang lebih 60.000 foto kematian. Diantaranya foto luka peperangan, foto otopsi dan malformasi atau anomali, foto pembunuhan, foto eksekusi mati dan segala foto ganjil dari manusia yang membayangkannya saja sudah cukup memancing rasa mual. 

5. Frederik Ruysch Kolektor Freaks   


Frederick Ruysch adalah kolektor yang menghabiskan 15 tahun hidupnya untuk mengumpulkan segala sesuatu keanehan dan keganjilan dari kehidupan. Dimulai dari Rusia hingga keseluruh dunia, dia menghimpun koleksinya hingga pada tahun 1719 dibukalah sebuah museum yang memamerkan seluruh koleksinya yang diberi nama Peter the Great's "Kunstkammer" Chamber of Curiosities. Didalamnya meliputi hewan-hewan kembar siam yang berkepala dua atau berkaki ganjil, diorama dari anatomi janin yang diawetkan, dan segala keanehan dari mahluk hidup. 

6. Laurence Hutton Kolektor Topeng Kematian   


Laurence Hutton (1843-1904) adalah orang yang memiliki ketertarikan amat besar akan rupa sejati dari tokoh-tokoh besar dunia. Maka dia mulai mencari dan mengoleksi topeng kematian dari tokoh-tokoh sejarah.  unikgaul.com   Beberapa koleksinya antara lain Napoleon, Beethoven, Shakespeare, Goethe, Newton dan Charles XII. Hingga kini koleksinya dapat dilihat di Princeton University. 

7. Rick Staton Kolektor Murderabilia 


Rick Staton mungkin orang gila yang mengambil keuntungan dari kisah tragis orang lain. Selain sebagai kolektor dia juga menjadi pedagang dari barang-barang 'Murderabilia". Yang dimaksud murderabilia adalah segala sesuatu barang yang dipakai atau bersangkut paut dengan sebuah kasus pembunuhan (contohnya: pistol, pisau, tali pencekik, baju, sepatu, rambut, dll). 

8. Jendral Horatio Gordon Robley Kolektor Kepala


Jendral Horatio Gordon Robley (1840-1930) selama lebih dari satu tahun meneliti kehidupan dari suku Maori di Selandia Baru. Dia juga mengumpulkan sebanyak-banyaknya kepala terpenggal dari suku tersebut dan mengawetkannya. Robley menganggapnya sebagai karya seni mengingat wajah dari kepala-kepala dari suku tersebut dipenuhi tattoo primitif Maori. Kini koleksinya tersimpan di American Museum of Natural History, New York-Amerika Serikat.

9 Fakta Unik Tentang Facbook

Posted: 24 Nov 2013 10:33 PM PST



http://mawaritumerah.files.wordpress.com/2009/05/6a00d83451586c69e200e54f2a6a478833-800wi.jpg

Sejak dirilis untuk umum pada tanggal 26 September 2006, kini Facebook telah menjadi website social networking dengan jumlah pengguna terbanyak di dunia. Menurut catatan resmi dari Facebook, mereka saat ini telah menggaet sekitar 300 juta pengguna aktif. Dimana 50 persen dari angka tersebut setiap harinya menggunakan Facebook.

Dibawah ini ada beberapa fakta menarik yang dikutip dari Facebook :
Rata-rata user memiliki 130 teman di Facebook
Ada lebih dari 45 juta update status setiap hari
Setiap bulannya ada 2 miliar foto yang di-upload ke Facebook
Ada lebih 3 juta event yang dibuat setiap bulannya oleh pengguna Facebook
70% pengguna Facebook berada di luar Amerika Serikat
Lebih dari 8 miliar menit dihabiskan untuk bermain Facebook setiap harinya
Ada sekitar 350 ribu aplikasi aktif yang menggunakan platform Facebook
Ada sekitar 65 juta user aktif yang mengakses Facebook melalui perangkat selular
Ada 180 operator seluler di 60 negara yang turut mempromosikan produk Facebook

Suku Yang Punya Tradisi Menyumbat Hidung Wanitanya

Posted: 24 Nov 2013 09:56 PM PST

Mungkin terdengar seram jika dikatakan, bahwa ada orang yang menutup/menyumbat lubang hidungnya sendiri. Namun, ini ialah hal yang nyata dan benar terjadi, salah satu suku di Indian, telah melakukannya sesuai dengan ketentuan tradisi yang ada.


Salah satu dari sekian banyak suku di Indian adalah kelompok Apatani. Terletak pada dataran tinggi Apatani Indian, Apatani atau Tani, ialah kelompok suku yang memiliki sekitar 60 ribu anggota. Sering dipuji, karena pertanian mereka sangat efisien, dilakukan tanpa binatang atau mesin.


Mereka tidak memiliki catatan tertulis tentang sejarahnya, dan tradisi yang diwariskan secara lisan, dari generasi ke generasi. Yang unik dari suku Apatani ini, yaitu tradisi untuk menutup/menyumbat lubang hidung bagi para wanitanya, dan ini sangat terkenal dan sudah berlaku sejak jaman dahulu kala.


Tradisi yang cepat memudar di dalam kabut waktu, menyumbat hidung tradisional Apatani ini, dipakai oleh sebagian besar wanita tua pada suku tersebut. Ada sekali waktu, ketika setiap wanita harus memakai aksesoris yang aneh lainnya, tapi sejak pertengahan abad ke-20, kebiasaan itu pun perlahan mati.


Menurut Apatani, steker (penutup/penyumbat) hidung itu terlahir, sebagai cara untuk melindungi wanita-wanita suku itu. Rupanya, perempuan Apatani selalu dianggap paling indah di antara suku-suku Arunachal, desa mereka terus-menerus diserbu oleh suku-suku tetangga, dan para wanita itu pun lantas diculik.


Untuk membuat diri mereka tidak menarik bagi suku-suku lainnya, maka wanita Apatani mulai mengenakan hidung yang disumbat yang mengerikan ini, dan mentato wajah mereka dengan garis horizontal, dari dahi hingga ke ujung hidung, serta lima garis di dagu mereka.



Namun, karena perkembangan jaman, dan semua sudah serba modern, para wanita Apatani yang lahir sejak tahun 1970, sudah tidak mau lagi meneruskan tradisi mengerikan seperti itu lagi.

r b f

Posted: 25 Nov 2013 07:02 PM PST

r b f


Video-Kalah Naib Presiden, Badut Pas Lepas Geram Di Parlimen Hari Ini

Posted: 25 Nov 2013 05:02 AM PST


Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar 'naik angin' di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin 'garang' berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz 'dok marah sangat pasal apa?".

"Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang," kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.



Sumber : BNBBC

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 25 Nov 2013 03:51 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Skirt terselak ketika didukung, pelakon nyaris malu!

Posted: 25 Nov 2013 03:31 PM PST

Semalam Dayo Wong, Kate Tsui, Sharon Chan, Jazz Lam, Toby Leung, Siu Bo dan beberapa orang lagi pelakon siri tv Bounty Lady telah hadir untuk satu sesi promosi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh On.cc, Dayo secara tiba-tiba mengangkat Kate di karpet merah hinggakan skirtnya sedikit terselak. Kate terperasan lantas cuba cepat-cepat menutupnya.

Beliau juga dikhabarkan agak kecewa dengan tindakan Dayo yang spontan itu tanpa memberitahunya.





(Video) Ngeri! Bunuh diri lompat dari atas bumbung di TTDI

Posted: 25 Nov 2013 06:31 AM PST

Video bunuh diri seorang warga Nepal di TTDI ini menjadi sebab pasukan Bomba kita dikutuk dan dihina 'tidak buat kerja' dari pihak tak bertanggungjawab. Begitu mudah manusia membuat andaian tanpa bicara kan? Macam dia ada di tempat kejadian.

"My husband was there. He said bomba got to pujuk da man to not jumped but somehow he slipped n fell instead. Bomba was there n da balloon bed was there too but dis man was walking from one end to another while da bomba convinving him not to jump.." - Sue Dz

Janganlah kita hidup menyusahkan orang, mati pun susahkan orang dengan perbuatan sebegini.

Bunuh diri satu tindakan yang amat dilarang agama. Allah SWT secara tegas melarang tindakan membunuh diri ini. Larangan itu disebutkan antara lain, dalam surah an-Nisa' ayat 29 yang ertinya, "Janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha penyayang kepadamu."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ad-Dahak disebutkan, "Barang siapa terjun dari sebuah bukit untuk menewaskan dirinya maka kelak ia akan masuk neraka dalam keadaan terlempar jasadnya. Ia kekal dalam neraka selama-lamanya."

"Barang siapa yang meneguk racun dan racun itu menewaskan dirinya, maka racun itu akan tetap dalam genggaman tangannya sambil meneguknya di dalam neraka jahanam. la juga kekal di dalamnya selama-lamanya." - Oh! Islam

Pelakon Sharnaaz Ahmad umum bersara dari dunia lakonan

Posted: 25 Nov 2013 05:50 AM PST

Nampaknya berbekas betul di hati pelakon ini dek segala fitnah dan gossip yang melanda dirinya sepanjang lima tahun bergelar anak seni ini. Sharnaaz Ahmad memaklumkan yang beliau nekad untuk meniggalkan dunia lakonan dan kembali ke pekerjaan lama.

Melalui Berita Harian semalam, Sharnaaz Ahmad berkata yang drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingan bersama Nelydia Senrose akan menjadi drama terakhir beliau dan keputusan untuk bersara di'ambil selepas berfikir panjang.

"Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip & kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak akan terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang," ujarnya.

Pelakon yang pernah bergelar kekasih Shila Amzah ini turut memaklumkan yang beliau tidak menyesal dengan keputusan ini dan akan kembali ke bidang kerja lamanya selepas ini.

"Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas seperti dulu. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka"

"Tidak guna duit berkepuk, tetapi hati tidak bahagia. Saya juga manusia biasa, saya mahukan ketenangan hidup," tambah Sharnaaz Ahmad lagi.


Shahidan: PAS Perlu Akui Kejayaan SPR

Posted: 25 Nov 2013 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pihak PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

"Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa PAS dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya," katanya.

Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.

"Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya," katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menegur pihak media dan blogger yang banyak menyebarkan pembohongan oleh pihak pembangkang namun tidak melaporkan fakta dan bukti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

"Segala pembohongan dan kenyataan tidak berasas oleh pembangkang dianggap berita namun apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti yang jelas, tiada pihak yang melaporkannya," katanya.

Shahidan mahu semua pihak terutama media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya melakukan "check and balance" dalam laporan mereka.

"Kita lihat sekarang pemberitaan di Parlimen kini hanya mengambil kira pendapat seorang atau dua ahli parlimen sahaja dan itu sudah cukup bagi mereka menyatakan ia adalah pendapat semua ahli parlimen," katanya.

Menurut Shahidan lagi, keadaaan ini amat bahaya kerana ia boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan panik di kalangan rakyat yang mungkin keliru dengan laporan yang tidak lengkap atau tidak tepat itu. – BERNAMA

Cabul dalam rumah, rogol dalam semak

Posted: 25 Nov 2013 04:09 AM PST

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua.

Remaja tersebut mengaku melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, 14, di dalam semak, di Kampung Pasir Panjang, di sini, pada 22 Ogos 2012, lebih kurang jam 11 pagi.

Dia turut mengaku mengulangi perbuatan sama di lokasi dan hari sama, tujuh jam kemudian iaitu kira-kira jam 6 petang.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sejurus pengakuan bersalah remaja itu direkodkan, Abdul Hayyi menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, 24, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencabul kehormatan mangsa yang ketika kejadian berusia 9 tahun, di sebuah rumah di Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, kira-kira jam 3 pagi, pada April 2011.

Dia mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Abdul Hayyi menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan syarat tambahan penjamin adalah ahli keluarga terdekat serta dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

'Isu kucing kurap': MP PKR-DAP bercakaran

Posted: 25 Nov 2013 01:15 AM PST

Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman hari ini menegur rakan sejawatnya daripada DAP ekoran kenyataan kontroversi "kucing kurapnya" yang merendah-rendahkan pegawai berpangkat rendah.

lim guan eng visit kampung batu uban 210812 mansor othmanMansor (kanan) yang juga pengerusi PKR negeri itu menggesa Ooi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana ia bertentangan dengan semangat dalam Pakatan Rakyat.

"Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul.

"Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor.

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Ooi: Mansor jangan jadi 'tokong'


Ooi bagaimanapun mempertahankan ucapannya dan menyindir kembali Mansor:

"Kita hampir terlupa beliau di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."

Ogos tahun lalu, Mansor terpalit kontroverso ekoran bocornya minit mesyaurat PKR yang mendedahkan beliau melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai tokong.

Bernama semalam melaporkan, lawatan Ooi di Pasar Jelutong di George Town bertukar 'kecoh' apabila seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP, Sabtu lepas.

Ketika ditanya, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai MPPP kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')...

"Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

(Gambar) Remaja beraksi dengan teman lelaki dalam bilik air

Posted: 25 Nov 2013 12:01 AM PST

Sebuah akaun facebook dipercayai milik seorang remaja perempuan telah memaparkan beberapa keping gambar yang agak kurang enak jika dilihat. Akaun tersebut menggunakan nama Fatihah Hakema.

Tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah akaun palsu ataupun sengaja dibina untuk 'mengenakan' remaja tersebut. Ini kerana, foto-foto yang terdapat di dalam akaun tersebut hanyalah foto ketika beliau bersama teman wanitanya bercuti di Cherating.

'Display picture' untuk profile nya agak melampau apabila memaparkan gambar beliau dan teman lelakinya berbogel sambil berpelukan di dalam pancuran. Namun begitu, terdapat beberapa keping gambar beliau masih bertudung dan berpakaian sempurna.

Ini adalah status terakhir beliau yang ditulis pada 10 Oktober yang lepas:

Kalau benar ini adalah akaun beliau, amat malanglah remaja melayu sekarang. Masalah ini bertambah parah apabila berjauhan dengan ibu bapa. Tetapi jika ini adalah penganiayaan, maka wajarlah tindakan sepatutnya di ambil.





(Gambar) Kenderaan rasmi 'Sultan Melaka' tersebar

Posted: 24 Nov 2013 10:01 PM PST

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 .. bila pula negeri Melaka ada Sultan ....

Kini sudah mula tersebar luas di alam maya kononnya ada individu mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka Yang Berdaulat.

Apakah kereta Perodua Kenari ini kereta rasmi "Sultan" Melaka? ..
Perlunya pihak berwajib bertindak pantas dan tegas dalam membendung kegiatan mengaku Sultan Melaka ini demi keharmonian dan kemakmuran negara amnya dan Melaka khasnya.

Sumber

Atuk rogol nenek

Posted: 24 Nov 2013 09:01 PM PST

LIMBANG 24 Nov. - Seorang lelaki warga emas sanggup bertindak ganas melampiaskan nafsunya merogol seorang wanita berusia 70 tahun di rumah mangsa di Ulu Mendamit dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam berlaku ketika mangsa yang merupakan jiran suspek bersendirian di rumahnya.

Difahamkan suspek berusia 60-an mengetuk pintu rumah mangsa dengan alasan mahu meminjam lilin dan kemenyan.

Sebaik sahaja wanita itu membuka pintu, suspek terus menolak dan memeluk mangsa dari belakang sebelum menutup mulutnya menggunakan tangan.

Mangsa yang sudah uzur cuba melawan dengan menggigit tangan suspek namun gagal. Dia bagaimanapun dapat mengecam wajah suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Bukhori Saffai ketika dihubungi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Limbang semalam.

"Dia dihantar ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Bukhori, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

- UTUSAN ONLINE

Kim Swee teruja ganti Rajagobal

Posted: 24 Nov 2013 08:31 PM PST

KIM Swee (kanan) ketika aksi persahabatan Harimau Muda A menentang ATM.
Kuala Lumpur: Dua tugas penting yang bakal digalas serentak oleh Datuk Ong Kim Swee bukan satu masalah besar buat jurulatih itu yang bersedia memberikan komitmen terbaik untuk skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda A tahun depan.

Pengendali berusia 42 tahun dari Melaka itu mengakui ia bukan tugas mudah biarpun hanya dilantik sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan menyambung kontrak Datuk K Rajagobal yang berakhir 31 Disember ini.

"Saya mengakui tugas selaku jurulatih Harimau Malaya amat mencabar tapi saya tetap teruja untuk membantu pasukan kebangsaan menikmati kejayaan di pentas antarabangsa," katanya ketika dihubungi semalam.

Keputusan FAM pada Mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Presiden Sultan Ahmad Shah menyaksikan Kim Swee bakal ditawarkan kontrak baru bersama skuad Harimau Muda namun tempoh kontrak itu belum diputuskan lagi.

Kim Swee yang mempunyai misi bersama skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Myanmar bulan depan akan menggalas tugas sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selagi FAM belum dapat mencari pengganti.

(Gambar) Ibu bapa gesa blog gadis bawah umur ditutup

Posted: 24 Nov 2013 07:38 PM PST

Gambar hiasan
PETALING JAYA: Sebuah blog didapati menyiarkan nama dan gambar anak gadis Malaysia yang kebanyakan daripada mereka adalah di bawah umur, dipercayai diambil tanpa persetujuan mereka.

Sejak beberapa hari lepas, pengguna Facebook telah berkongsi pautan yang mempunyai keterangan "koleksi gadis muda Malaysia".

Blog ini menghimpunkan gambar-gambar anak gadis yang kebanyakannya bawah umur, dengan tag seperti "perkara manis bagi anak muda", "remaja perempuan" dan "Chio bu" yang bermaksud gadis cantik (Hokkien) bersama-sama dengan kompilasi gambar yang agak lucah dan pautan ke laman web lain.

Gambar-gambar terbabit dipercayai telah diambil dari sumber-sumber internet yang lain seperti blog, portal berita dan laman rangkaian sosial.

Pengguna Facebook, terutama ibu bapa menggesa agar blog berkenaan ditutup.
Paparan skrin blog yang menunjukkan gambar-gambar gadis di Malaysia.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak mereka tidak berkongsi terlalu banyak gambar mereka dalam talian.

"Sukakan fotografi dan berkongsi dengan rakan-rakan adalah baik. Tetapi apabila seseorang meletakkannya dalam talian, ia boleh dilihat orang awam.

"Kita tidak boleh menghentikannya daripada terus tersebar dan sudah tiada privasi lagi," katanya ketika dihubungi Ahad.

"Kita juga tidak boleh mengharamkan anak-anak kita daripada menggunakan internet, tetapi saya fikir adalah lebih baik memberi nasihat dan bercakap dengan mereka," tambah beliau.

mStar

Rock metal: Pas masih ikut prinsip

Posted: 24 Nov 2013 07:20 PM PST

Dr Muhaimin Sulam
SHAH ALAM - Persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar Pas kali ke-59, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan dan persembahan itu berlangsung secara terkawal.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pas Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'Pas For All' (Pas untuk semua) dan persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.

"Kehadiran empat lima anak muda di atas pentas dengan rambut panjang, seluar jeans, kemeja-T tidak bersongkok dan terenjut di pentas menyebabkan penonton seakan terkena serangan jantung.

"Tetapi persembahan itu adalah salah satu cara kita menarik anak muda yang sememangnya sukakan hiburan rancak, namun tidak melanggar prinsip parti," katanya dalam ucapan penggulungan, semalam.

Beliau berkata, ahli Pas jangan tutup kamus pemikiran dengan isu-isu keagamaan sahaja, tanpa melihat persekitaran masyarakat yang luas untuk didekati.

"Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, juga sudi merasmikan persembahan itu dan main dram, walaupun tidak seperti pemain profesional.

"Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ke majlis itu juga menunjukkan keterbukaan beliau pada persembahan yang berbeza dengan persembahan sebelum ini yang secara tidak langsung mungkin menjadi penyebab Selangor masih kekal menang di Selangor," katanya.

Beliau berkata, asalkan sesuatu persembahan tidak lari dari prinsip parti maka, ia pasti akan memberi kebaikan kepada perjuangan Pas.

"Terimalah kami anak-anak seni untuk bersama tuan puan," katanya.

PAS Ajak Umno Muzakarah

Posted: 24 Nov 2013 07:01 PM PST

SHAH ALAM: PAS secara terbuka mengajak Umno untuk duduk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia menjalinkan tahaluf atau kerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam.

"Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, Ahad.

Tegas Abdul Hadi, PAS perlu memainkan peranan dalam mengingatkan Umno supaya mengamalkan ajaran Islam dalam pentadbiran termasuk berkaitan isu ekonomi, perundangan mahupun keselamatan.

"Insya-Allah ulama-ulama kita akan turun (berbincang). Kita ramai ahli-ahli...nak yang tua atau muda pun ada.

"Nak bincang tentang isu undang-undang atau isu ekonomi pun boleh. Malah kita juga ada orang yang layak bercakap berkaitan isu keselamatan," katanya

PAS Tolak Rayuan Karpal, Tetap Laksana Hudud

Posted: 24 Nov 2013 06:40 PM PST

SHAH ALAM: PAS tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dari DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan dasar parti itu walaupun wujudnya tahaluf siyasi antara mereka dalam pakatan pembangkang.

Tegasnya, asas hubungan politik yang dijalinkan bersama DAP tidak membataskan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut.

"Hak dia bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan.

"Itu tak ada dalam perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan ideologi masing-masing.

"Kerjasama kita (Pakatan Rakyat) dalam perkara persamaan, dalam perkara perbezaan itu hak masing-masing," katanya pada sidang selepas majlis penutup Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Shah Alam di sini.
Karpal Singh

Beliau mengulas mengenai rayuan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terhadap PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Menurut Karpal, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Katanya DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebelum ini media melaporkan mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.

Cuti Sabtu dan Jumaat, pihak swasta tidak terikat

Posted: 24 Nov 2013 06:30 PM PST

PASIR GUDANG: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan.

"Terpulang kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini Ahad.

Beliau berkata sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap ekonomi Johor.

Mohamed Khaled berkata sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi pada Ahad.

"Sebelum ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan kerajaan negeri kerana kesibukan urusniaga tetapi sekarang dengan pertukaran tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada Ahad," katanya.

Sebuah media Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan republik itu.

Mohamed Khaled berkata sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi.

Kerajaan negeri, katanya akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti hujung minggu itu sebelum 1 Jan tahun depan.

"Ini akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya.

Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar semalam. - BERNAMA

Amyza Aznan keguguran kerana nak pijak perut wanita hamil?

Posted: 24 Nov 2013 06:01 PM PST


Jumaat lepas, Amyza Aznan baru sahaja mengalami keguguran setelah dua bulan mengandungkan cahaya mata keempatnya dan berita sedih itu turut dikongsikan oleh pelakon tersebut menerusi laman sosialnya.
Still feel the sound of your heart beat baby….you're 8weeks 2days old today. Can't forget this date…Friday 22nd November…u've gone…..
Susulan berita itu, rata-rata pengikut melahirkan rasa simpati serta mengucapkan takziah kepada Amyza sekeluarga.

Namun begitu, ada juga cerita kurang enak kedengaran apabila berita keguguran pelakon tersebut dilihat menjadi bahan mainan segelintir haters.

Menyedari berita kegugurannya mendapat kritikan daripada segelintir pihak tidak bertanggungjawab, pelakon tersebut akhirnya meluahkan perasaannya di laman sosial dengan mengatakan bahawa, dia tidak kisah jika peminat ingin memandang serong terhadap dirinya, akan tetapi tidak mengenai berita kematian anak di dalam kandungannya.

Dalam pada itu, Amyza turut menyangkal dakwaan kononya dia gugur disebabkan karma dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu kenyataan kurang sopan.
Setelah beberapa kali berperang dengan haters di laman Twitter, Amyza akhirnya mengalah dengan individu yang berkenaan.

(Gambar) Susuk payudara Nabila jadi bualan lagi...

Posted: 24 Nov 2013 05:01 PM PST

Sepanjang minggu ini memang masyarakat kita dihangatkan dengan nama Nabila sahaja.

Pertamanya, kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang dikatakan disorok hantu di Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru.

Memang kecoh negara dengan cerita ni apabila hampir kebanyakan media massa termasuk media mainstream yang memainkan topik itu sepanjang minggu ini.

Kali ini berbalik kepada seorang lagi Nabila iaitu anak kepada rockers Amy Search iaitu Nabila Huda.

Kalau sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan Nabila di laman Instagramnya, pasti tahu kini dia terlibat menjayakan watak Saloma menerusi drama bioepic primadona filem Melayu tersebut.

Semalam, Nabila ada memuat naik gambar terbarunya bergaya dengan kebaya ketat berwarna putih yang sedikit menampakkan susuk payu daranya.


Seperti biasa, pasti ada peminat yang menyokong dan mengutuk penampilan aktres itu.


Nabila yang seakan sudah lali dengan pelbagai komen di Instagramnya dilihat langsung tidak membalas segala komentar yang dilontarkan kepadanya.

Mungkin ada sesetengah pihak yang kurang gemar Nabila kelihatan terlalu seksi kerana ianya tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Diharapkan selepas ini Nabila lebih peka dengan cara pemakaiannya, kerana memang tidak dapat dinafikan dia seorang aktres yang berbakat besar, namun adalah lebih manis sekiranya pakejnya itu dilengkapi dengan imej dan 'attitude' yang bersih juga.

Tak gitu?

Rogol: Pemandu Nurul Izzah diburu polis

Posted: 24 Nov 2013 04:01 PM PST

KUALA LUMPUR – Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.

waadat

Posted: 25 Nov 2013 01:20 PM PST

waadat


Siapa blogger prokerajaan yg alih arah?

Posted: 24 Nov 2013 04:41 PM PST

Ada teman bertanya pada Demang kenapa ramai blogger yang dulunya prokerajaan kini seolah berpaling arah menghentam kerajaan.

Demang tanya, blog yang mana? Siapa yang dihentamnya?

Maka Demang pun menjengah blog-blog berkenaan.

Oo... itu bukan hentam kerajaan. Hentam keRAJAan itu ertinya hentam YDA. Blog-blog berkenaan cuma menegur pemimpin-pemimpin tertentu yang lembab atau dilihat menyeleweng amanah rakyat.

Cuma cara dan pendekatan setiap blogger berbeza. Ada yang guna kaedah marah-marah, maki hamun, nasihat, jelingan manja, atau sindir-sindir sayang.

Jika demikian, blog Waadat pun sama. Sejak akhir-akhir ini Demang banyak 'sindir-sindir sayang' beberapa agensi kerajaaan yang Demang rasa agak 'slow' dalam membantu rakyat. Padahal itulah amanah dan tanggungjawab utama mereka.

Atau, benarkah ada pengarah agensi yang sengaja sabotaj kerajaan?

Berbalik pada persoalan rakan tadi, kenapa dulu hentam pemimpin pembangkang dan sekarang hentam pemimpin kerajaan?

Mudah sahaja. Kami hentam pembangkang semasa kempen PRU13 sebab kami rasakan banyak tindakan melampau mereka mengocak pertimbangan waras pengundi.

Justeru blogger pro-kerajaan memaparkan fakta-fakta supaya pengundi mendapat maklumat yang lebih seimbang. Maklumlah, dalam ruang maya ini bukan semuanya saudara kita. Ramai juga syaitan yang menyamar. Bukankah syaitan itu boleh merupa atau istilah lainnya menyamar?

Selepas PRU13 dan batang tubuh PRU14 masih jauh, ramai blogger yang mengurangkan aktiviti mencari salah pembangkang kerana pembangkang tidak banyak buat silap. Kenapa? Sebab orang yang tak buat kerja memanglah tak ada ruang buat silap!

Cuma sesekali apabila pembangkang sudah lari daripada 'peruntukan' yang ditentukan pada mereka maka blogger yang prihatin akan menegur. Sebagaimana yang Demang catat tadi, kaedah blogger dalam menegur ada bermacam-macam.

Itu masih dikira ringan sebab di dunia luar ada orang yang menegur menggunakan pistol atau parang.

Paling kita bimbang ialah rakyat menegur melalui undi!

'Peruntukan' yang Demang maksudkan ialah peranan pembangkang sebenar adalah membantu kerajaan dalam mentadbir negara. Pembangkang yang keterlaluan dalam membangkang dibimbangi akan membahayakan negara dan ini wajib dibanteras.

Kita tidak perlu menunggu akibat. Contoh-contoh nyata yang berlaku di Iraq, Syria, Mesir dan sebagainya cukup mengajar kita agar lebih waspada.

Demang amat berharap para blogger tak kira yang cenderong pada pembangkang mahupun kerajaan bersikap jujur pada rakyat.

Kepada para pembaca budiman Demang percaya anda cukup matang menilai. Bukan sukar mengenalpasti blog yang partisan (menyokong parti) dan blog rakyat. Blog yang membenarkan semua tindakan satu-satu parti atau pemimpin berkemungkinan bloggernya adalah orang suruhan. Mana mungkin ada parti yang sempurna atau individu yang maksum selepas Rasululullah SAW.

Bagi Demang apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya.

Yang penting kita pegang amanah menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar. Blog adalah wadah perjuangan.

Namun jika kita sudah 'set' dalam kepala bahawa menukar kerajaan itu wajib walau apa yang terjadi, maka kita sudah mengongkong fikiran daripada melihat kebenaran.

Begitu juga jika kita sudah tetapkan dalam kepala bahawa pembangkang itu pengkhianat maka kita akan sesat.

Apapun, Demang rasa kalau golongan kafir mengajak kita menukar kerajaan sedia ada, maka waspadalah.

Kalau tak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan