Isnin, 7 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 06 Oct 2013 07:02 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


AJK KAWASAN BUKIT KATIL SESSI 2013/2015 DILENGKAPKAN

Posted: 05 Oct 2013 08:14 PM PDT

PAS Kawasan Bukit Katil telah melengkapkan 'kabinet'nya untuk sessi 2013/2015. Beberapa perubahan telah dibuat di mana Hj Hassan Mohamad dan Hj Yassim Musa dilantik sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan yang baru. Manakala Hj Mustafa Ali pula diamanahkan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya menggantikan Hj Yassim Musa.

Penolong Setiausaha, Hj Salamat Aman dan Bendahari sessi lalu Hj Ab Rahim Idris dikekalkan. Pengerusi Sektretariat Pusat Khidmat Adun Bukit Baru kekal dipegang oleh Cikgu Yusof Wahab.

Beberapa AJK tambahan dilantik antaranya Rahimuddin Rahmim, Hj Hussin Ithnin, Hj Zulkifli Zakaria, Kamis Keling, Amizah Ahmad, Siti Nekmat, Maaruf Hashim, Ismail Ibrahim dan lain-lain.

Ketua Penerangan PAS Kawasan yang baru Hj Yassim Musa berkata saf kepimpinan yang baru ini dilantik ini diharapkan mampu memberikan sumbangan yang bermaka kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di kawasan Bukit Katil dan negeri Melaka.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 06 Oct 2013 03:17 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Hong Leong Connect Customer

Posted: 05 Oct 2013 06:05 PM PDT

Dear Customer,

You have one(1) new message for immediate access,
provide your correct details.
 
 
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.

Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Jasindaily Online

Posted: 06 Oct 2013 09:13 AM PDT

Jasindaily Online


PRK Sungai Limau : PAS Sambut Baik Tarikh PRK

Posted: 05 Oct 2013 10:37 PM PDT


SHAH ALAM - Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.
"Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini  tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan."Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Tuan Ibrahim menambah, Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau kerana bekas penyandangnya mempunyai pengaruh yang kuat.
baca lagi

PRK Sungai Limau : Peluang Cerah Pertahan Kerusi

Posted: 05 Oct 2013 10:35 PM PDT


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November depan.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan semua jentera Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon Pas untuk memenangi kawasan itu nanti.

"Saya akan pastikan semangat seluruh jentera PKR dan DAP membantu dan menyokong calon Pas untuk menang nanti.

"Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh pertahankan kerusi itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
baca lagi

PRK Sungai Limau 4 November Ini

Posted: 05 Oct 2013 10:30 PM PDT


PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau bakal diadakan pada 4 November depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut, hari ini pada sidang media selepas mesyuarat khas. "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013. "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini.
"Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.Menurutnya daftar pemilih tersebut mengandungi 27,222 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 27,220 pemilih biasa dan dua orang pengundi tidak hadir luar negara. Namun kedua-duanya sudah pun pulang ke tanah air tetapi status mereka masih sama. Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata, PRK Sungai Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya tertakluk kepada undang-undang sedia ada.   
baca lagi

Anak Didik Allahyarham Ustaz Azizan Bakal Calon Sungai Limau

Posted: 05 Oct 2013 10:17 PM PDT

Menjelang penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 23 Oktober ini, seorang lagi nama pemimpin PAS kawasan Jerai disebut-sebut turut tersenarai untuk dipertimbang dicalonkan bagi mewakili parti itu.
azam samad sungai limauBeliau adalah Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad, 38, (kiri) seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

"Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.
baca lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan