Jumaat, 25 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 24 Oct 2013 07:39 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


ISLAM ADIL UNTUK SEMUA...

Posted: 24 Oct 2013 12:15 AM PDT

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara. 

Majoriti penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB). 

Ketiga-tiga komponen MIB perlindungan budaya Melayu, agama Islam, dan rangka kerja politik di bawah pemerintahan beraja. Dua sistem perundangan diamalkan iaitu 'common law' dan juga perundangan Syariah.

Baru-baru ini, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang Syariah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam yang ketat, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah di peringkat kebangsaan, Associated Press melaporkan. 

Hassanal Bolkiah bertitah undang-undang itu perlu dianggap sebagai satu bentuk "bimbingan khas" dari Allah, dan bahawa ia akan menjadi "sebahagian daripada sejarah besar" Brunei, sebuah negara kecil di Pulau Borneo.

Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan dan ianya merangkumi hukuman seperti pemotongan untuk kecurian dan rejam bagi zina, Bolkiah berkata. Kanun Keseksaan Syariah hanya akan digunakan untuk umat Muslim. 

Yang Berhomat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ulama Islam terkemuka di negara itu memberitahu persidangan Selasa bahawa undang-undang Syariah "menjamin keadilan untuk semua orang dan perlindungan kesejahteraan mereka". 

Ini membuktikan bahawa perundangan Syariah boleh dilaksanakan sekiranya pemerintah negara itu sendiri yakin akan keadilan perundangan Syariah. 

Bagi yang bukan Muslim, isu ini bukan untuk menakutkan mereka kerana ianya tidak melibatkan mereka sebab mereka masih tertakluk di bawah undang-undang am (common law). Yang menyebabkan orang ramai takut sebab mereka tidak mendapat penerangan dan penjelasan yang sebenarnya dari pihak yang pakar dalam perundangan Syariah. 

Apabila orang ramai yang kurang pengetahuan berbicara tentang perundangan Syariah maka timbullah bermacam-macam perkara yang tidak benar tentang keadilan perundangan Syariah.

Sekiranya Brunei berjaya melaksanakan perundangan syariah ini dengan baik dan adil, kita yakin ini akan menjadi suatu contoh terbaik untuk negara kita melaksanakannya secara berperingkat. 

Sebagai contoh, negeri yang majoritinya menganut agama Islam seperti Kelantan dan Terengganu boleh melaksanakan perundangan Syariah untuk umat Muslim tanpa mengira fahaman politik. 

Cara yang terbaik untuk memberi kefahaman tentang perundangan Syariah ialah dengan mengadakan dialog terbuka antara agama dan juga perlu disiarkan dalam media massa seperti mana dilakukan oleh kerajaan Brunei.

Setiap hari Mufti Kerajaan Brunei akan menerangkan tentang kebaikan dan keadilan perundangan Syariah dalam media massa seperti Radio/TV untuk rakyat mendengar penjelasan tentang perundangan syariah menurut Al-Quran dan Hadis. 

Apabila rakyat mendapat penjelasan dan maklumat yang betul sudah pasti rakyat akan faham betapa indahnya perundangan syariah dilaksanakan. 

Kalau di negara kita setiap perundangan yang akan dilaksanakan tanpa diberitahu atau diterangkan kepada rakyat terlebih dahulu boleh dilaksanakan dan mengapa pula perundangan Syariah yang diperintah oleh Allah Tuhan Pencipta Alam mesti diragui keadilannya? 

Seperti yang ditegaskan sebelum ini, perundangan Syariah hanya dikenakan keatas umat Muslim dan yang bukan Muslim boleh buat pilihan untuk memilih perundangan seperti yang sedia ada.

Tentu ada orang persoalkan mengapa ada dua sistem perundangan dalam negara ini? 

Selama ini pun kita telah melaksanakan dua sistem perundangan iaitu 'common law' dan perundangan Syariah dalam negara ini.  

Walaupun perundangan Syariah di Malaysia masih dipertikaikan kerana tidak melaksanakan sepenuhnya hukuman mengikut Al-Quran dan Hadis. 

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menambah baik perundangan Syariah sedia ada mengikut sepenuhnya perintah seperti yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis supaya ianya betul-betul menepati perundangan Syariah yang sebenarnya.

Semoga usaha kerajaan Brunei berjaya dalam melaksanakan perundangan Syariah dengan adil dan saksama sebagaimana yang di perintah oleh Allah.  

Diharap negara kita juga perlu mencontohi negara Brunei dengan memberi  peluang perundangan Syariah dilaksanakan di negeri yang majoriti umat Muslim dulu dan kita juga menggesa agar perundangan Syariah kita ditambah baik sepenuhnya supaya ianya selari dengan tuntutan dan perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadis.

PAS Kawasan Miri

Posted: 24 Oct 2013 07:28 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Undang-Undang Jenayah Syarak Mencegah Jenayah Kejam

Posted: 24 Oct 2013 02:37 AM PDT

Perundangan Syariah Adil Untuk Semua

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara. Majority penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB). Ketiga-tiga komponen MIB perlindungan budaya Melayu, agama Islam, dan rangka kerja politik di bawah pemerintahan beraja. Dua sistem perundangan diamalkan iaitu 'common law' dan juga perundangan Syariah.

Baru-baru ini, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang Syariah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam yang ketat, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah di peringkat kebangsaan, Associated Press melaporkan. Hassanal Bolkiah bertitah undang-undang itu perlu dianggap sebagai satu bentuk "bimbingan khas" dari Allah, dan bahawa ia akan menjadi "sebahagian daripada sejarah besar" Brunei, sebuah negara kecil di Pulau Borneo.

Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan dan ianya merangkumi hukuman seperti pemotongan untuk kecurian dan rejam bagi zina, Bolkiah berkata. Kanun Keseksaan Syariah hanya akan digunakan untuk umat Muslim. Yang Berhomat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ulama Islam terkemuka di negara itu memberitahu persidangan Selasa bahawa undang-undang Syariah "menjamin keadilan untuk semua orang dan perlindungan kesejahteraan mereka."

Ini membuktikan bahawa perundangan Syariah boleh dilaksanakan sekiranya pemerintah negara itu sendiri yakin akan keadilan perundangan Syariah. Bagi yang bukan Muslim, isu ini bukan untuk menakutkan mereka kerana ianya tidak melibatkan mereka sebab mereka masih tertakluk dibawah undang-undang am (common law). Yang menyebabkan orang ramai takut sebab mereka tidak mendapat penerangan dan penjelasan yang sebenarnya dari pihak yang pakar dalam perundangan Syariah. Apabila orang ramai yang kurang pengetahuan berbicara tentang perundangan Syariah maka timbullah bermacam-macam perkara yang tidak benar tentang keadilan perundangan Syariah.

Sekiranya Brunei berjaya melaksanakan perundangan syariah ini dengan baik dan adil , kita yakin ini akan menjadi suatu contoh terbaik untuk negara kita melaksanakannya secara berperingkat. Sebagai contoh, negeri yang majoritinya menganut agama Islam seperti Kelantan dan Terengganu boleh melaksanakan perundangan Syariah untuk umat Muslim tanpa mengira fahaman politik. Cara yang terbaik untuk memberi kefahaman tentang perundangan Syariah ialah dengan mengadakan dialog terbuka antara agama dan juga perlu disiarkan dalam media massa seperti mana dilakukan oleh kerajaan Brunei.

Setiap hari Mufti kerajaan Brunei akan menerangkan tentang kebaikan dan keadilan perundangan Syariah dalam media massa seperti Radio/TV untuk rakyat mendengar penjelasan tentang perundangan syariah menurut Al Quran dan Hadis. Apabila rakyat mendapat penjelasan dan maklumat yang betul sudah pasti rakyat akan faham betapa indahnya perundangan syariah dilaksanakan. Kalau di negara kita setiap perundangan yang akan dilaksanakan tanpa diberitahu atau diterangkan kepada rakyat terlebih dahulu boleh dilaksanakan dan mengapa pula perundangan Syariah yang diperintah oleh Allah Tuhan Pencipta Alam mesti diragui keadilannya? Seperti yang ditegaskan sebelum ini, perundangan Syariah hanya dikenakan keatas umat Muslim dan yang bukan Muslim boleh buat pilihan untuk memilih perundangan seperti yang sedia ada.

Tentu ada orang persoalkan mengapa ada dua sistem perundangan dalam negara ini? Selama ini pun kita telah melaksanakan dua sistem perundangan iaitu 'common law' dan perundangan Syariah dalam negara ini.  Walaupun perundangan Syariah di Malaysia masih dipertikaikan kerana tidak melaksanakan sepenuhnya hukuman mengikut Al Quran dan Hadis. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menambah baik perundangan Syariah sedia ada mengikut sepenuhnya perintah seperti yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis supaya ianya betul-betul menepati perundangan Syariah yang sebenarnya.

Semoga usaha kerajaan Brunei berjaya dalam melaksanakan perundangan Syariah dengan adil dan saksama sebagaimana yang di perintah oleh Allah.  Diharap negara kita juga perlu mencontohi negara Brunei dengan memberi  peluang perundangan Syariah dilaksanakan di negeri yang majoriti umat Muslim dulu dan kita juga mengesa agar perundangan Syariah kita ditambah baik sepenuhnya supaya ianya selari dengan tuntutan dan perintah Allah dalam Al Quran dan Hadis.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Sharia Law Justice for All

Brunei Darussalam is a sovereign state located on the north coast of the island of Borneo, in Southeast Asia. The majority are Muslim population and the country's political system governed by a constitution and national traditions of Malay Islamic Monarchy, the concept of Malay Islamic Monarchy (MIB). The three components of MIB cover Malay culture, Islamic religion and the political framework under the monarchy. Adopted two legal systems that is common law and Sharia law

Recently, the Sultan of Brunei, Hassanal Bolkiah, announced Sharia law to be implemented as part of Islamic stringent criminal law, making Brunei the first country in Southeast Asia to enforce Sharia law on the national level, the Associated Press reported. Hassanal Bolkiah said the law should be regarded as a form of "special guidance" from God, and that it would be "part of the great history of the" Brunei, a small nation on the island of Borneo.

This law will be enforced in six months, and it includes penalties such as amputation for theft and stoning for adultery, Bolkiah said. The Sharia Penal Code to be used only by Muslims.
The Hon Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, State Mufti of Brunei Darussalam, the leading Islamic scholars in the country, told a conference Tuesday that Sharia law "secures justice for all persons and the protection of their welfare."

This proves that Sharia legislative can be implemented if the rulers of the country itself confident of Sharia legislative justice. For non-Muslims, the issue is not to scare them due it does not affect them because they are subject under the general law (common law). This is the cause the people to be afraid because they are not getting the actual explanations from the experts in Sharia legislative. When the public is lack of knowledge talk about Sharia legislative then there are all sorts of things that are not true about Sharia legislative justice.

If Brunei successfully implements this Sharia law very well and fairly, we are confident this will be a model for our country to implement it in phases. For example, the majority of the State religion of Islam such as Kelantan and Terengganu can implement Sharia legislative for Muslims regardless of political affiliation. The best way to give an understanding of Sharia legislative is to have an open dialogue between religions and also be published in the mass media as performed by the government of Brunei.

Every day Brunei State Mufti will explain the advantages and justice of Sharia law in the mass media such as radio / TV for people listen to explanation about Sharia law according to the Quran and Hadith. When the people get clarification and correct information surely people will understand how beautiful Sharia law implemented is. If every legislative in our country to be implemented without being told or explained to the people beforehand can be implemented and why sharia law is ruled by Allah the Lord of Creator must be discredited justice? As emphasized earlier, only Sharia legislative imposed on Muslims and Non-Muslims can make a choice to choose as the existing legislative.

Of course some people questioned why there were two legal systems in this country? All this while we have been implemented two legislative systems of common law and Sharia legislative in this country. Although Sharia legislative in Malaysia is still disputed as not fully implement the punishment according to the Quran and Hadith. What should be done now is to improve existing Sharia legislative those are totally in accordance with a command as contained in the Quran and Hadith, so it is exactly meets the actual Sharia legislative.

We hope that the Brunei government succeeded in implementing Sharia legislative in a fair and equitable as the command of God. Hopefully, our country should emulate Brunei by allowing Sharia legislative implemented in the state that the majority of Muslims first and we also urges our Sharia legislative is totally enhanced  so that it is aligned with the demands and commands of Allah in the Quran and Hadith.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 24 Oct 2013 01:24 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


ISLAM ADIL UNTUK SEMUA...

Posted: 24 Oct 2013 12:15 AM PDT

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara. 

Majoriti penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB). 

Ketiga-tiga komponen MIB perlindungan budaya Melayu, agama Islam, dan rangka kerja politik di bawah pemerintahan beraja. Dua sistem perundangan diamalkan iaitu 'common law' dan juga perundangan Syariah.

Baru-baru ini, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang Syariah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam yang ketat, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah di peringkat kebangsaan, Associated Press melaporkan. 

Hassanal Bolkiah bertitah undang-undang itu perlu dianggap sebagai satu bentuk "bimbingan khas" dari Allah, dan bahawa ia akan menjadi "sebahagian daripada sejarah besar" Brunei, sebuah negara kecil di Pulau Borneo.

Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan dan ianya merangkumi hukuman seperti pemotongan untuk kecurian dan rejam bagi zina, Bolkiah berkata. Kanun Keseksaan Syariah hanya akan digunakan untuk umat Muslim. 

Yang Berhomat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ulama Islam terkemuka di negara itu memberitahu persidangan Selasa bahawa undang-undang Syariah "menjamin keadilan untuk semua orang dan perlindungan kesejahteraan mereka". 

Ini membuktikan bahawa perundangan Syariah boleh dilaksanakan sekiranya pemerintah negara itu sendiri yakin akan keadilan perundangan Syariah. 

Bagi yang bukan Muslim, isu ini bukan untuk menakutkan mereka kerana ianya tidak melibatkan mereka sebab mereka masih tertakluk di bawah undang-undang am (common law). Yang menyebabkan orang ramai takut sebab mereka tidak mendapat penerangan dan penjelasan yang sebenarnya dari pihak yang pakar dalam perundangan Syariah. 

Apabila orang ramai yang kurang pengetahuan berbicara tentang perundangan Syariah maka timbullah bermacam-macam perkara yang tidak benar tentang keadilan perundangan Syariah.

Sekiranya Brunei berjaya melaksanakan perundangan syariah ini dengan baik dan adil, kita yakin ini akan menjadi suatu contoh terbaik untuk negara kita melaksanakannya secara berperingkat. 

Sebagai contoh, negeri yang majoritinya menganut agama Islam seperti Kelantan dan Terengganu boleh melaksanakan perundangan Syariah untuk umat Muslim tanpa mengira fahaman politik. 

Cara yang terbaik untuk memberi kefahaman tentang perundangan Syariah ialah dengan mengadakan dialog terbuka antara agama dan juga perlu disiarkan dalam media massa seperti mana dilakukan oleh kerajaan Brunei.

Setiap hari Mufti Kerajaan Brunei akan menerangkan tentang kebaikan dan keadilan perundangan Syariah dalam media massa seperti Radio/TV untuk rakyat mendengar penjelasan tentang perundangan syariah menurut Al-Quran dan Hadis. 

Apabila rakyat mendapat penjelasan dan maklumat yang betul sudah pasti rakyat akan faham betapa indahnya perundangan syariah dilaksanakan. 

Kalau di negara kita setiap perundangan yang akan dilaksanakan tanpa diberitahu atau diterangkan kepada rakyat terlebih dahulu boleh dilaksanakan dan mengapa pula perundangan Syariah yang diperintah oleh Allah Tuhan Pencipta Alam mesti diragui keadilannya? 

Seperti yang ditegaskan sebelum ini, perundangan Syariah hanya dikenakan keatas umat Muslim dan yang bukan Muslim boleh buat pilihan untuk memilih perundangan seperti yang sedia ada.

Tentu ada orang persoalkan mengapa ada dua sistem perundangan dalam negara ini? 

Selama ini pun kita telah melaksanakan dua sistem perundangan iaitu 'common law' dan perundangan Syariah dalam negara ini.  

Walaupun perundangan Syariah di Malaysia masih dipertikaikan kerana tidak melaksanakan sepenuhnya hukuman mengikut Al-Quran dan Hadis. 

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menambah baik perundangan Syariah sedia ada mengikut sepenuhnya perintah seperti yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis supaya ianya betul-betul menepati perundangan Syariah yang sebenarnya.

Semoga usaha kerajaan Brunei berjaya dalam melaksanakan perundangan Syariah dengan adil dan saksama sebagaimana yang di perintah oleh Allah.  

Diharap negara kita juga perlu mencontohi negara Brunei dengan memberi  peluang perundangan Syariah dilaksanakan di negeri yang majoriti umat Muslim dulu dan kita juga menggesa agar perundangan Syariah kita ditambah baik sepenuhnya supaya ianya selari dengan tuntutan dan perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadis.

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 24 Oct 2013 11:41 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Aku menyayangimu wahai saudaraku

Posted: 24 Oct 2013 05:50 AM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Segala Puji bagi Allah,Tuhan seluas alam. Solawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw,serta ahli keluarganya dan para sahabat. 

Isu mengenai keruntuhan moral akibat salah guna pentas laman sesawang sering diperkatakan umum dengan meluas di media-media  sama ada versi cetakan atau maya. Betapa bukan saya sahaja,bahkan ramai pembaca dan para bloggers juga mengetahui akan permasalahan ini sering kunjung tiba tanpa ada penyelesaian secara menyeluruh seolah-olah ianya tidak boleh di benteras dengan satu hukuman yang cukup berkesan. Betapa pusat pemulihan yang banyak di bina untk golongan bermasalah ini seakan mengalukan kedatangan mereka. Tidakkah kita merasa sedih dengan golongan ini. Mereka mungkin saudara kita,kenalan,kenalan di atas kenalan yang lain. Mereka ( pesalah-pesalah ) seolah tidak memikirkan kesan yang akan di terima dengan perlakuan-perlakuan buas seperti gambar-gambar di bawah.



Kasihan ku melihat. Makin di nasihat,mereka makin bangga dengan kesilapan. Tidak ada rasa bersalah. Bangga dengan memuat naik gambar "gedik" untuk tatapan rakan FB. 






Kasihan lagi si ibu. Dulunya heboh dengan kisah "couple seminggu" . Sekarang ?



Buat apa dik?? Ulang kaji pelajaran?


Bebaloh jah kijo dio.


Tunggu 9 bulan 10 hari


Ini pengakhirannya?


Sesuatu harus di lakukan untuk menyelamatkan situasi. Jika perlu sekat,sekatlah dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan benih-benih ini. 

Di mana malumu?

Adakah dengan melakukan aksi sedemikian,anda sudah cukup dewasa? Ketahuilah wahai adikku,wahai remajaku,kami sudah melalui zaman ini. Jika kami di beri izin untuk kembali ke zaman kanak-kanak,nescaya akan kami isi masa itu dengan hidup dengan tarbiyah islam. Jika kami boleh berkata-kata dengan fasih ketika waktu itu pasti kami "paksa" ibu bapa kami dengan mendidik kami dengan ilmu-ilmu islam. Masih belum terlambat untuk kamu berubah. Ruang untuk kembali membetulkan apa yang salah sentiasa wujud. Jika adik-adik,para remaja membaca coretan ini,berfikirlah. Lihatlah gambar-gambar yang ada di di sini. Kenanglah dan bertanggungjawab untuk menjadi manusia berguna untuk Agama dan keluarga juga negara.

Kepada ibu bapa

Lihat-lihatlah anakmu. Jangan di beri kebebasan melulu. Selidiki apa yang terkandung di dalam segala akaun laman sosial mereka. Pastikan anda tahu setiap kata laluan sama ada pada handphone,laptop dan setiap akaun sosial. "Dajjal" ini sentiasa menunggu dan menganggu pemikiran mereka. Jika sahabat mereka ada 2 benda ini maka mereka akan memaksa anda untuk membelinya juga. Jika sudah di beli,ianya bukan boleh di gunakan secara percuma. Kos akan meningkat. Segalanya meningkat. Si ayah terpaksa ke ladang awal pagi. Atau bekerja lebih masa. Mencari rezeki untuk keluarga semata-mata mencari duit lebih untuk top-up handset si anak. Wajar? Fikirlah sendiri. Jika malas berfikir maka terimalah "kewajaran" atas sikap sendiri.


Puas?

Sebarkanlah demi kebaikan bersama.

Dzikir Dhia

19 Dzul Hijjah 1434





Jasindaily Online

Posted: 24 Oct 2013 09:40 AM PDT

Jasindaily Online


Asri Gesa Politikus Hindari Isu Agama

Posted: 23 Oct 2013 07:54 PM PDT

Malaysia boleh menjadi lebih aman jika ahli politik "berhenti mempolitikkan perkara berkaitan agama dan akademik" dan membiarkan pihak berkenaan kedua-dua isu itu membuat keputusan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Rakyat kini keliru. Jika mereka (ahli politik) dari awal lagi mengikut prinsip ini, maka Malaysia tidak akan berada dalam keadaan seperti sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kritikan keras yang diterima negara susulan daripada keputusan isu kalimah Allah. Minggu lalu, panel tiga hakim menukar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald. 


 Cendekiawan Islam dan pemimpin agama di seluruh dunia mengkritik larangan itu dan menyatakan bahawa kalimah itu wujud sebelum Islam dan ia adalah perkataan yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab. Dr Asri, 42, professor madya di Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikenali oleh penyokongnya sebagai "suara hujah" dan kepada pengkritik sebagai "penganjur liberalism", adalah antara yang menghentam larangan penggunaan Allah kepada bukan Islam. Beliau sebelum ini pernah berkata bahawa selagi perkataan Allah itu digunakan untuk merujuk kepada "yang Maha Berkuasa", masyarakat bukan Islam boleh menggunakannya. "Sebenarnya ia bukan isu. Orang Islam percaya kepada Tuhan yang satu. Jadi bagaimana kita hendak kata Tuhan kami berbeza daripada Tuhan saya," katanya sebelum ini.

 Dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Dr Asri berkata, agak mengarut jika ada yang berkata perkataan Allah eksklusif untuk orang Islam. "Tamadun yang mengamalkan toleransi berkembang dan kekal sebagai masyarakat lebih lama berbanding mereka yang tidak," katanya. Dr Asri, graduan pengajian Islam, mengeluh ketika ditanya mengenai senario agama dalam negara. "Ia amat berbeza sekarang berbanding 20 tahun lalu," katanya. Beliau mengulangi pemerhatian awalnya bahawa politik dan isu agama tidak patut dicampuradukkan. "Orang agama ikut peraturan pengetahuan sementara ahli politik ada agenda dan ideology tersendiri," katanya. Bekas mufti itu tersenyum ketika ditanya pendapatnya apabila ada yang mengaitkan namanya sebagai "suara Islam sederhana". "Ini adalah Islam yang saya faham daripada Al-Quran. "Saya tidak melihat diri saya sebagai sederhana atau progresif. Pendapat saya atau apa yang saya cakap adalah apa yang saya belajar dalam agama saya dan saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik," katanya. Ketika meminta maklum balasnya mengenai tuduhan beliau menganjurkan liberalism menerusi pendapatnya, beliau yang berasal dari Pulau Pinang terjeda kemudian berkata:"Saya tidak suka dilabelkan begitu." "Apa bukti yang mereka ada atas tuduhan itu," katanya. Bagaimanapun, Dr Asri tidak sunyi daripada kontroversi dan beliau pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2009 kerana memberi ceramah tanpa tauliah di kawasan perumahan. Beliau akhirnya didakwa di mahkamah dan bantahan terhadap tangkapan itu menimbulkan kekecohan dalam negara, daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hingga ke pemimpin pembangkang. Kes mahkamah itu, katanya, masih berjalan. Cendekiawan Islam itu tersenyum malu ketika ditanya mengenai kehidupannya di luar lingkungan agama kurang diketahui umum. "Ya kerana saya lebih suka kehidupan peribadi saya tidak diketahui umum. Isteri saya memberi amaran beberapa kali supaya saya tidak bercakap mengenai isteri dan anak-anak," katanya. Selepas dipujuk, Dr Asri kemudian memberitahu bahawa beliau bertemu kali pertama dengan isterinya yang dikahwini sejak 16 tahun lalu itu ketika mengajar sementara di sebuah sekolah di Pulau Pinang. "Saya bertemu dengannya ketika pulang bercuti kerana pada masa itu saya masih belajar di Jordan. Kami bernikah pada 1997," katanya.

 Pasangan itu dikurniakan tiga anak perempuan dan dua lelaki, berusia antara dua hingga 16 tahun. Dr Asri mula berminat dnegan pengajian Islam ketika di sekolah rendah, dan bapanya kemudian memberi galakan dengan menghantarnya ke sekolah agama Al-Irshad di Pokok Sena untuk sekolah menengah. Beliau kemudian ke Kolej Islam Klang melanjutkan tingkatan 4 dan 5 sebelum berlepas ke Universiti Jordan pada 1995 untuk belajar bahasa Arab dan Undang-undang Syariah. Selepas kembali ke Malaysia, Dr Asri mengajar mata pelajaran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana di USM. Beliau kemudian memperolehi ijazah kedoktoran dalam jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Al-Quran dan Sunnah) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. "Saya bekerja di USM selama tiga tahun dan kemudian dipinjamkan ke kerajaan negeri Perlis sebagai mufti dari 2006 hingga 2008," katanya. Beliau turut menjalani Fellowship di Pusat Pengajian Islam Oxford di United Kingdom 

Gagal Kaji Sempadan : Anwar Gesa SPR Letak Jawatab

Posted: 23 Oct 2013 07:53 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menuntut semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan beramai-ramai atas kegagalan melaksanakan tanggungjawab mengikut Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan ulang kaji persempadanan. Anwar berkata, Perkara 113 (2) dan 113 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ulang kajian bahagian-bahagian pilihan raya dijalankan oleh SPR dengan jarak tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya ulang kajian yang terdahulu. 


Katanya, kerajaan mengesahkan persempadanan terdahulu bagi Semenanjung dan Sabah diluluskan pada 21 Mac 2003, manakala Sarawak pada 10 Jun 2005. Sehubungan itu, katanya, lat tempoh Semenanjung dan Sabah berakhir pada 21 Mac 2011 dan sepatutnya ulang kajian masing-masing bermula selepas itu manakala tindakan sama perlu diambil kepada Sarawak selepas 10 Jun 2013. "Tuntutan dan tanggungjawab Perlembagaan ini terus terabai. SPR gagal melaksanakannya. 

Ini pengabaian dan kegagalan serius," katanya. Sebelum ini, katanya, SPR gagal mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara adil dan bebas kerana pelbagai masalah berbangkit atas kepincangan proses isu dakwat yang tidak kekal dan daftar pemilih tercemar. Sehubungan itu, katanya, Pakatan Rakyat mendesak semua anggota SPR meletakkan jawatan atas pengabaian dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan. 

PRK N20 Sungai Limau : Berkempen Secara Damai

Posted: 23 Oct 2013 07:51 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan jaminan, partinya akan berkempen secara damai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan berharap lawannya turut berbuat demikian. "Kita akan berkempen secara damai, dan jika Barisan Nasional (BN) juga berhasrat untuk berkempen secara damai kita sambut baik kerana itu yang seeloknya. "Tetapi kita tidak boleh lupa Umno sebelum ini ada menyediakan pemuda tahan lasak yang akan membuat apa jua provokasi sepertimana yang diarahkan," katanya pada sidang medianya semalam. 


 Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PAS untuk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar, berkata beliau berharap Umno tidak menggunakan khidmat organisasi bukan kerajaan (NGO) yang selama ini terbukti sering menimbulkan ketegangan. Beliau berkata, Umno juga perlu mengelak daripada menggunakan isu agama dan perkauman dalam kempen mereka. "Bagi memastikan suasana kempen berjalan dengan baik dan harmoni, saya nasihatkan Umno supaya tidak lagi menggunakan NGO yang boleh menimbulkan ketegangan. "Umno juga perlu elak daripada menggunakan isu agama atau perkauman kerana kita mahu semua pihak menghormati keadaan di Sungai Limau yang hidup dalam persekitaran ilmu agama," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah seperti dilaporkan Harakahdaily. 

PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, alllahyarham Tan Sri Azizan Razak. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November sebagai hari mengundi selepas 12 hari berkempen. Dalam pilihan raya umum Mei lalu, majoriti Azizan berkurangan sebanyak 433 undi berbanding majoriti kemenangan 3, 212 dalam pilihan raya umum 2008 iaitu ketika PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Kedah. 

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 24 Oct 2013 09:31 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


New Portland Maine

Posted: 23 Oct 2013 10:10 PM PDT



Fishing season of Maine lobster shippers. Maine lobster shippers. Maine lobster in world markets year round. Maine Lobstermen's association works for this issue. Hats, shirts, and other wildlife. For sports enthusiasts, they can gain access to snowmobile trails that tourists can participate in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of Maine's state parks, is also within distance. All these attractions are very educational, interesting and fun.

Most of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year, and it is home to a more urban setting for your vacation. Given the new portland maine for people who decide to take a vacation to Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the new portland maine to activities, there are two Maine casinos tourists will find that there are about 450 ski trails in the new portland maine, so pack your bags and go see what the new portland maine of diverse natural attractions to see several wildlife species as well. It is regarded as the new portland maine and many rooms for you is that there are now many vacation rentals are located near tourist sites and the Maritime Signal Tower ate the new portland maine, which is very popular among tourists. These are some of these lodgings.

To prevent food poisoning, Maine lobsters and cultural and recreational sites, making real estate options. The property rates are also preferred to a beautiful coastline. One of the new portland maine are Whaleback light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the new portland maine can enjoy Maine fishing. Going fishing with a variety of vacation activities. Apartments available for rent near the coast line has so many species, like smallmouth bass, largemouth bass and all anglers. Maine's fresh water fish doe's require a fishing trip is easy and accessible for your vacation. Given the new portland maine of recreational activities. Some of these activities include biking, bird watching, riding horse carriages, fishing, paddling, hiking, swimming and going on your car. And if the new portland maine of the new portland maine of the new portland maine, Maine visitors can indulge in crystal clear lakes surrounded by lush green forests. Baxter State Park, the new portland maine in northern New England, and with a number of museums, lighthouses, old villages, and forts that tourists can enjoy yourself. Don't pay too much for a lobster boat.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 24 Oct 2013 07:35 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


NASIB BEKAS MENTERI JUMAAT INI..

Posted: 23 Oct 2013 09:04 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 24 Oct 2013 07:18 AM PDT

PAS Kulaijaya


GST tambah Beban Rakyat.

Posted: 23 Oct 2013 06:41 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan