Isnin, 21 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 20 Oct 2013 07:06 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Pakatan Rakyat Bentang Bajet 2014 Esok

Posted: 20 Oct 2013 07:00 PM PDT

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen esok, tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan Pakatan akan memberi fokus untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi negara.

"Untuk belanjawan secara khusus, esok kami akan sampaikan di Dewan Rakyat jam 11 pagi.

"Kerangkanya seperti yang diputuskan, temanya untuk pertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang.

"Kita menjangka kita akan hadapi krisis dengan hutang meningkat, pelaburan yang berkurangan, harga barang yang meningkat dan beban kepada rakyat juga akan bertambah," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, dekat sini, petang tadi.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menyertai bengkel belanjawan Pakatan Rakyat dan mendengar pembentangan daripada pakar dan penganalisis ekonomi.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembentangan belanjawan BN setiap tahun tidak dirujuk kepada rakyat yang membayar cukai.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan seringkali mengemukakan belanjawan tambahan akibat ketirisan yang berlaku mengakibatkan rakyat menanggung bebannya.

"Sudah tentu dalam pembentangan belanjawan kerajaan boleh mengemukakan beberapa jumlah yang dia mahu dan apa sahaja.

"Perlu disedari bahawa kebocoran sering berlaku berpunca daripada ketirisan, perbelanjaan keselamatan akibat kacau bilau seperti di Lahad Datu kerana salah dasar kerajaan, ketirisan kerana penyelewengan, kerana hutang.

"Seringklai keputusan dibuat oleh eksekutif, bukan legislatif. Sepatutnya dirujuk kepada rakyat yang membayar cukai bukan membebankan rakyat yang membayar cukai," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Tambah beliau, peruntukan untuk belanjawan tambahan seringkali di luar dugaan akibat kerajaan boros berbelanja.

"Kami Wakil Rakyat Pakatan menerima pembentangan belanjawan yang sudah siap oleh kerajaan dengan masalah yang akan kita temui di samping masalah yg sedia ada.

"Akan berlaku lagi bajet tambahan di tengah jalan dengan peruntukan di luar dugaan menunjukkan kelemahan yang berulang," tegasnya.

Dialog isu ekonomi, perbalahan kaum dan jenayah.

Sementara itu, Anwar mengingatkan Najib dan pimpinan BN yang lain agar kembali menumpukan perhatian kepada pentadbiran selepas selesai Perhimpunan Agung Umno.

"Selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno maka kita usulkan supaya Perdana Menteri dan pimpinan BN tumpu kepada tadbir negara, urus ekonomi dan menangani isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat yang telah terabai sekian lama sejak pilihan raya Mei lalu," katanya.

Justeru Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengulangi hasrat PR untuk mengadakan dialog dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat termasuk isu perbalahan kaum dan agama yang semakin serius.

"Maka kami mengulangi hasrat mengadakan perbincangan dan dialog dengan pimpinan kerajaan BN bersama pimpinan PR dalam isu ekonomi, isu hangatnya perbalahan kaum dan agama, meningkatnya kadar jenayah, isu pengurusan kerajaan, rasuah dan laporan audit negara," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Senator Syed Husin Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak. ~harakahdaily




Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 20 Oct 2013 03:43 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear i-Rakyat Customer

Posted: 20 Oct 2013 12:10 PM PDT

Dear i-Rakyat Customer,
Your internet banking profile requires update to work with our new server, so as we protect you and your account from phishing and fraudulent activities.
Kindly validate your login details to keep your account safe.
https://www.irakyat.com.my/retail/security/commonLogin.jsp
Important Notice: Transaction Authorization Code (TAC) is required to complete this update, Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Thanks for choosing us.
 

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Re: Assalam

Posted: 20 Oct 2013 12:05 PM PDT

Assalamalaikum Wr Wb

I hope in the name of ALLAH that I have the right person who will assist me. I got your contact through a web directory.

I want to transfer my family's money into your country/ business for investment purposes and to secure the future of my 3 children because we are uncertain of the future of this country; as such I would like to make contact with you residing in that country for assistance.

Note these funds are already in a security company which has branches around the world for safe keeping.

I would have done this myself but my present health condition will not warrant me to do so. Kindly help with this because I cannot travel out of libya at the moment due to some certain conditions and great difficulties added to the fact that am disabled on a wheel chair due to a bombing that occurred in Benghazi I will explain more to you when I am certain that I can trust you.

The fall of Muammar Gaddafi came with a lot of destruction / Hell to our great country Libya and everything is practically difficult now and opportunities are closing up, the new government is trying to frustrate our life.

Please if you accept this offer of assistance you are required to give me your Name, age, occupation, address also enclosing your telephone fax numbers.

What I now need from you are as follows:

1. You will help me receive and secure the funds from the security company on my family's behalf and open a Bank account for my children in your country with the credentials i will give you.

2. You will be entitled to 30% of the total sum involved for your assistance.

3. As soon as you confirm to me by e-mail your readiness to assist with this, I will give you more details as regards claiming the funds from the security company.

4. Please note that this project is 100% risk free but you must keep it very secret and confidential with strong assurance that you will not let me down at all.

Regards,
Mohamad Hassan al-Rida

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Oct 2013 01:00 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Anak muda perlu serius 'terjun' dalam masyarakat

Posted: 20 Oct 2013 07:00 PM PDT

PETALING JAYA: Penglibatan wanita muda secara khusus dalam masyarakat masih rendah terutama perlibatan diri secara sukarela yang menuntut kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama.

Menurut Ketua Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat Fareedah Samad berkata, anak muda hari ini harus lebih serius untuk mengambil tempat dalam masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Tambahnya, penglibatan melalui agensi ini merupakan permulaan yang terbaik untuk terjun ke dalam masyarakat sebagai tanggungjawab dan bukannya satu bebenan.

"Jika dahulu kita dapat lihat anak muda seawal usia dua puluhan telah cukup bersemangat melaungkan ucapan keramat dan bersungguh-sungguh membela anak bangsa.

"Kesedaran ini kerana mereka sendiri melihat dan merasa segala perit jerih anak pertiwi menongkah badai kemelut kehidupan," katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis Hi-Tea Ameerah Fan Club di sini semalam.

Malangnya kata beliau, sebahagian anak muda hari ini lebih cenderung terlibat dengan budaya nagatif sehingga menggelapkan peranan besar mereka dalam proses pembinaan dan kepimpinan negara.

Apatah lagi katanya, terjebak dalam dunia yang nembantutkan perkembangan minda muda yang masih segar, merosakkan jiwa dan melemahkan jasad yang sepatutnya dimanfaatkan untuk rakyat dan negara.

Kelompangan golongan muda yang gagal mempersiapkan diri sebagai pelapis kepimpinan negara, bagi Fareedah ia dilihat akan menjadi barah yang membawa kepada krisis kepimpinan negara yang berkualiti.

Justeru katanya, pendidikan politik dan kecintaan kepada negara akan langkap melalui penglibatan generasi ini di dalam kelompok masyarakat secara optima. ~harakahdaily




Sahabatku, perjuangan bukan hanya...

Posted: 19 Oct 2013 07:00 PM PDT


1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana.

2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara.

3. Perjuangan bukan hanya tegang urat leher mempertahankan hujah yang dipamer menerusi medan debat.

4. Perjuangan bukan hanya silang lengan membentuk ribat yang disusun gagah menerusi demonstrasi.

5. Perjuangan bukan hanya tinggi rating dan hit viewer yang dihasilkan menerusi facebook dan twitter.

6. Perjuangan bukan hanya membalut tubuh dengan pakaian hebat yang diimejkan menerusi jubah serban atau kemeja bertali leher.

7. Perjuangan bukan hanya meriwayatkan ilmu yang diungkap menerusi kuliah, forum dan usrah.

8. Perjuangan bukan hanya seni berpencak di pentas politik menerusi penyertaan dalam pilihan raya, penampilan dan kenyataan media mengupas isu.

9. Perjuangan bukan hanya bergaya hebat memimpin jentera dan jamaah yang ditunjuk menerusi jawatan yang disandang.

10. Perjuangan bukan hanya merekodkan pelbagai aktiviti yang dianjur menerusi laporan muktamar tahunan.

Tetapi... perjuangan itu adalah merangkumi semua perkara tersebut dan ia diterjemah dalam diari rutin harian, justeru perjuangan juga adalah pelaksanaan kata-kata.


Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM


Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 20 Oct 2013 11:17 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


taufik dan hidayah

Posted: 19 Oct 2013 09:40 PM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Maha SuciMu Ya Allah yang memegang jiwa hamba. Yang mengetahui rahsia di dalam rahsia.

Sesungguhnya Taufik dan Hidayah itu Kekal MilikNya. Siapalah kita hendak mempertikaikan kerja-kerja Tuhan?



Arnold Van Doorn adalah seorang ahli politik di Belanda. Beliau bertanggungjawab menerbitkan filem dokumentari bertajuk "Fitnaa" sekitar 2 tahun lepas. Dan beliau baru sahaja berjaya menunaikan haji di makkah. Betapa Allah swt memilih hamba-hamba yang di kehendaki untuk memahami dan memeluk agama suci ini. Kita walau lahir sebagai islam belum tentu faham dan kenal kesyumulan islam. Benar kata seorang ulama, islam suatu masa akan bangkit di barat. Melihat islam dan amalannya begitu asing di negara sendiri Yang menjadikan ianya asing adalah kerana karenah dan tangan-tangan ulama dunia yang mencorakkan amalan islam semata-mata untuk dunia.

Saya ada mendengar suatu isu yang menjadi viral berkenaan video perdebatan antara bukan islam yang beragama hindu dengan seorang guru besar atau pengetua sekolah menengah di malaysia mungkin. Isunya berkenaan aktiviti korban yang berlaku di sekolah. Saya belum melihat video berkenaan kerana ketiadaan masa. Tetapi hendaklah di ingat,meneladani bukan islam semestinya dengan hujjah yang bernas. Gagal dalam hujjah akan menyebabkan bukan islam semakin mengejek dan kefahaman kepada islam semakin cetek. 

Kurangkan pergaduhan mulut kerana ianya tidak akan membawa penyelesaian. Permasalahan agama hendaklah di jawab oleh ahli agama. Agamawan tidak boleh tersentak. Menjawabnya dengan penuh sabar. Semoga Allah swt mengurniakan kesabaran kepada para agamawan untuk menjawab dengan penuh hikmah agar bukan islam semakin faham dan mahu mendekati islam.Insya Allah.

Mohonlah pada Allah swt agar sentiasa kekal dalam momentum dan mati di dalam islam. Malang sekali jika kita tidak dapat mengecapi hidup sebagai muslim. 





Jasindaily Online

Posted: 20 Oct 2013 09:39 AM PDT

Jasindaily Online


AG : Menteri Berhak Larang Guna Kalimah Allah

Posted: 20 Oct 2013 06:06 AM PDT

Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 


Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini. "Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya. 
 
 Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Okt yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Dis 2009. Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald. 

Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut. Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali. "Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.

 "Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani. Beliau berkata Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.

 "Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. Abdul Gani berkata Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu atas alasan menteri berkenaan tidak bertindak melebihi kuasa dan fungsi statutorinya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Dalam perenggan 42 penghakimannya, Yang Arif Mohamed Apandi Ali memutuskan bahawa mengikut fakta dan keadaan kes, penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald, tanpa ragu-ragu berpotensi mengganggu tempo kehidupan masyarakat Malaysia," katanya.

 Katanya lagi, dalam perenggan 39 dan 40, Hakim Abdul Aziz memutuskan bahawa pertimbangan menteri itu tentang keselamatan negara dan ketenteraman awam, tidak hanya terhad kepada gangguan sebenar terhadap ketenteraman atau kesejahteraan awam semata-mata. Menurut beliau, dalam kes ini, peristiwa yang berlaku selepas mahkamah membuat keptusan itu menunjukkan bahawa menteri berkenaan mempunyai kewajaran tentang kebimbangan beliau berhubung tindakan The Herald menggunakan perkataan 'Allah' sebagai tafsiran bagi perkataan Tuhan atau konsep ketuhanan kerana ia boleh menyentuh sesitiviti agama serta berpotensi menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. 

Abdul Gani juga berkata perenggan 27 penghakiman bertulis Yang Arif Mohamed Apandi menyebut bahawa keputusan itu dibuat dalam lingkungan fungsi dan kuasa statutori menteri berkenaan serta dalam bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Yang Arif Abdul Aziz, dalam perenggan 11 penghakimannya berkata setelah menimbang dengan amat teliti terhadap undang-udang yang boleh diguna pakai berhubung pelaksanaan budi bicara dan alasan yang dikemukakan, keputusan menteri berkenaan didapati munasabah dan tidak bercanggah dengan prinsip ketidakadilan, pelanggaran prosedur, perkadaran dan tidak rasional," jelas beliau. - Bernama

Pelajar dan Guru Terkandas Di Gunung Asahan

Posted: 20 Oct 2013 06:01 AM PDT

Tujuh guru dan 81 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas berjaya dibawa turun dari Gunung Asahan di Jasin malam tadi selepas terkandas lebih tujuh jam akibat hujan lebat. Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata mereka mendaki gunung tersebut pukul 9 pagi semalam bagi aktiviti sekolah mereka dan sepatutnya turun pada 4 petang.

 Beliau berkata kumpulan itu yang terdiri 43 pelajar perempuan, 38 pelajar lelaki serta empat guru wanita dan tiga guru lelaki terkandas disebabkan mereka berteduh kerana hujan dan tiada panduan keluar disebabkan hari telah gelap. Bomba menerima panggilan pada 9.38 malam dan tiba 53 minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 


Kamarulzaman berkata 10 anggota tentera dan lima orang awam turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hampir satu jam itu sebelum kumpulan pertama 41 pelajar berjaya dibawa turun pukul 11.15 malam. Beliau berkata kumpulan kedua 40 pelajar dan tujuh guru pula berjaya dibawa turun pada 11.30 malam. Katanya operasi menyelamat tidak mengalami kesukaran kerana pelajar dan guru yang terkandas berada dalam satu kumpulan.

 Katanya seorang perempuan dan seorang pelajar lelaki serta seorang guru wanita turut mengalami kecederaan ringan kerana tergelincir semasa cuba mencari jalan keluar. Beliau berkata guru dan pelajar lelaki itu diberi rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) manakala pelajar perempuan tersebut dihantar ke klinik berhampiran. - Bernama

Abah Dah Jangka Benda Nak Berlaku - Tun M

Posted: 20 Oct 2013 05:59 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib Presiden Umno. Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama. "Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal,"


katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini. "Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya. Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. 

Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan. Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian. 

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya. "Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah... "Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya. - Bernama

Mantan Ketua Menteri Di Tolak Parti Sendiri

Posted: 20 Oct 2013 05:12 AM PDT


Seperti dijangka, majoriti perwakilan memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Naib Presiden apabila ketiga-tiga menang dalam perebutan jawatan itu semalam. Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali jam 1.30 pagi tadi. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang dikatakan mampu membuat kejutan, bagaimanapun kalah tipis kepada Hishammuddin tetapi menang besar di Kedah, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka.


 Namun, beliau langsung tidak mendapat undi 14 bahagian di Pahang apabila semuanya memihak kepada trio Zahid-Shafie-Hishammuddin. Di Johor, negeri asal Hishammuddin, Menteri Besar Kedah itu hanya mendapat dua undi daripada 26 bahagian. Mengikut undi popular, perwakilan memberikan 11,586 undi kepada Zahid, Hishammuddin (9,670), Shafie (9,192) dan Mukhriz (726). Bagaimanapun, beliau menyapu bersih semua tiga bahagian di Perlis, berbanding Hishammuddin yang langsung tidak mendapat undi di negeri itu. 

Selain mengatasi Hishammuddin di Selangor, beliau memberikan saingan rapat kepada Zahid serta Shafie di negeri itu. Kemenangan mudah Zahid dan Shafie pula bertepatan dengan ramalan apabila kedua-duanya menang besar dan mengesahkan kemenangan seawal jam 9.30 malam. Kedua-dua mereka membolot undi hampir di semua bahagian di seluruh negara, terutama Pahang, Johor, Sabah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

 Bagi Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad, ini mungkin kali terakhir mereka bertanding Naib Presiden selepas masing-masing memperoleh tidak sampai 10 undi bahagian. Paling menarik, Mohd Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka tidak mendapat sokongan penuh daripada negeri itu apabila setakat tengah malam tadi hanya memperoleh satu undi daripada enam bahagian. Bahagian yang tidak memberi undi kepadanya ialah Masjid Tanah, Kota Melaka, Jasin dan Alor Gajah. Malah, Mukhriz mengatasinya apabila mendapat lima undi dari Melaka. Lebih mengecewakan di bahagiannya sendiri di Bukit Katil, Mohd Ali mendapat tempat kedua di belakang Zahid. Nasibnya berbeza dengan Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, apabila mendapat lima undi daripada lapan bahagian di negeri itu.

UMNO dan Rasuah : Bagai Isi dengan Kuku

Posted: 19 Oct 2013 05:51 PM PDT

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah percaya kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh adalah kerana beliau tidak mengamalkan politik wang.Saifuddin melalui laman mikro Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan itu namun kesal dengan kaedah baru pemilihan yang masih tidak dapat membendung politik wang dalam Umno.
 
"Kaedah baru pemilihan ada 2 matlamat: pendemokrasian + basmi politik wang. Pendemokrasian: ya. Politik wang: ?"@suffikamari saya redha, sebab saya tak main politik wang :)."@RajaMohdShahrim saya kalah. Tp saya redha sebab saya tak main politik wang," katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya.
 
Saifuddin sebelum ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh.Beliau tewas kepada Azmi Mat Ludin yang kini dipilih untuk menjawat jawatan itu."Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. "Saya akur keputusan perwakilan," katanya./ Antarapos

Angkara Kad Kredit

Posted: 19 Oct 2013 05:41 PM PDT

Petaling Jaya: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melahirkan kebimbangan apabila semakin ramai belia muflis kerana menanggung beban hutang serius seperti kad kredit, pinjaman membeli kereta dan pinjaman peribadi.
Presidennya Datuk Dr Marimuthu Nadeson berkata, perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia antara 2005 hingga 2012 menunjukkan 243,823 orang diisytiharkan muflis dengan 57 peratus daripadanya berusia bawah 45 tahun. Sebanyak 50 peratus daripada mereka ialah pemegang kad kredit berusia bahawa 30 tahun.

"Purata setiap hari 14 orang diisytihar muflis kerana hutang berkenaan berikutan sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan, terutama membabitkan belia.

"Lebih menyedihkan, 15 peratus daripada mereka tiada tabungan, bahkan 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen 'Jadilah Pengguna Kewangan Bijak' (MoneySmart 123) sempena Bulan Celik Kewangan anjuran Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di Kampung Tunku, di sini, semalam. Dr Marimuthu menyambut baik usaha PIDM melancarkan kempen itu bagi membantu pengguna membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Jean Pierre Sabourin berkata, kempen berkenaan bertujuan mendidik orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan skim cepat kaya dan pelbagai bentuk penipuan lain. Katanya, PIDM menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan sejak 2010 bagi meningkatkan kesedaran dan cerdik kewangan dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa./Hmetro

Isu Syria : Basyar Main Kasar

Posted: 19 Oct 2013 05:39 PM PDT

Irbid, Jordan: Ramai kanak-kanak Syria dipukul dan diseksa pihak berkuasa hingga ada yang terkorban selepas ditahan menconteng dinding sekolah dengan beberapa perkataan yang menggambarkan keinginan mereka untuk menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad.Penceramah bebas Mohamad Nazmi Abdul Karim yang turut menyertai misi kemanusiaan untuk Syria berkata, dalam kejadian pada Mac 2011, pihak berkuasa di sana yang kemudian terus menangkap sekumpulan kanak-kanak yang melakukan perbuatan itu sebelum dipenjarakan.

"Malah ibu bapa yang datang menjamin juga tidak dilayan dan diarahkan pulang sebelum kanak-kanak terbabit dipukul dan diseksa sehingga ada yang terkorban," katanya ketika menyampaikan ucapan kepada pelajar di Dewan Solah Petra, dekat sini, kelmarin.Selain itu, Nazmi berkata, beliau turut berjumpa dengan seorang daripada kanak-kanak yang terselamat tetapi kehilangan kuku tangannya akibat kejadian berkenaan.

"Dia memberitahu tidak sakit kerana pernah dipukul lebih teruk hingga pengsan," katanya.Nazmi berkata, insiden seperti itulah yang dikatakan pencetus kebangkitan rakyat yang ingin menentang kerajaan pimpinan Bashar."Apa yang saya sampaikan ini bukan rekaan kerana ketika berada di Syria sebelum ini, saya pernah bertanya kepada beberapa orang mengenai kejadian itu dan mereka turut mengiyakannya."Malah apa yang berlaku sekarang ini akibat peperangan antara syiah dan sunni di mana golongan syiah tanpa segan silu membunuh orang sunni demi kepuasan mereka," katanya.

Regim Basyar Makin Kejam !!

Posted: 19 Oct 2013 05:37 PM PDT

Damsyik: Wanita hamil dan bayi mereka dilaporkan menjadi sasaran latihan penembak curi rejim Bashar al-Assad di Syria, kata seorang pakar bedah British dan dilaporkan media semalam.Menurut pakar bedah itu, setiap hari penembak curi menyasarkan tembakan mereka pada bahagian tubuh berlainan orang awam yang keluar membeli bekalan makanan.
David Nott berkata, dia menghabiskan masa sepanjang minggu di sebuah hospital Syria, tetapi lokasinya dirahsiakan atas faktor keselamatan.Kata Nott, jika pada satu hari penembak curi itu menjalani latihan menyasarkan bahagian tembak leher, keesokan harinya mungkin mereka memilih dada.

Foto
SEORANG wanita membawa bantuan roti yang diterimanya di bandar Minbij, Aleppo, semalam.

"Sehari kemudian mereka menumpukan tembakan pada kemaluan mangsa," katanya kepada akhbar Times.Menurut Nott, apa yang berlaku itu dianggap sekadar satu permainan di kalangan penempak curi. "Kami dimaklumkan penembak curi dihadiahkan sebungkus rokok jika sasaran mereka tepat mengenai orang awam," katanya.Nott berkata, dia mendapati semua wanita yang menjadi mangsa ditembak di perut.

Justeru, katanya, mereka percaya penembak curi itu memang menyasarkan janin wanita hamil. "Perbuatan itu memang disengajakan," katanya.Dianggarkan secara purata enam wanita hamil ditembak sehari. Walaupun ada dua kes wanita hamil menjadi mangsa berjaya diselamatkan, janin mereka disahkan terbunuh apabila otak mangsa ditembusi peluru.Nott yang menjadi pakar bedah sukarelawan di Bosnia, Libya, Chad, Sudan dan Republik Demokratik Kongo baru pulang dari Syria menganggap negara itu zon perang pertama menyasarkan orang awam, terutama wanita hamil. - Agensi

Sekat Laman Web Hina Islam

Posted: 19 Oct 2013 05:30 PM PDT

SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu menyekat sebarang laman web yang mengandungi unsur memesongkan akidah umat Islam di negara ini.Pendakwah, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata,  orang ramai juga perlu segera melaporkannya kepada polis atau kementerian sekiranya menemui sebarang laman web mengenai Islam yang mencurigakan.Menurutnya,   Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai autoriti untuk menyekat laman web seumpamanya.
"Kemungkinan laman web itu, dibangunkan oleh orang biasa atau pihak tertentu bagi memesongkan akidah orang Islam."Kerajaan tidak boleh pandang ringan  kerana ia boleh jadi parah dalam diam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau mengulas kewujudan beberapa laman web menggunakan nama Islam, al-Quran dan ALLAH di mana kandungannya mencurigakan.Zaharuddin berkata, dalam pada itu, kewujudan laman web itu sepatutnya tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana ia hanya mempopularkannya.

"Manusia ni pelik, benda yang ditegah itulah lagi suka dilakukan."Memang ada baiknya disebarkan tetapi akan menyebabkan orang ramai tahu akan perkara itu seterusnya membanyakkan akses kepada laman web berkenaan," katanya.Menurut beliau, sekiranya  tidak ada kontroversi, maka orang lain tidak akan tahu  mengenai laman web itu kerana memang susah untuk seseorang yang ada laman web mahu orang lain membaca tulisannya."Sebab itu, apabila ada sebaran barulah sesebuah laman web itu menjadi hangat," katanya.

Program Liqa' Fikr di Jasin

Posted: 19 Oct 2013 05:05 PM PDT

Program Liqa' Fikri bersama Ustaz Zaharuddin Muhamad dan Ustaz Dr. Mohd Khairuddin At-Takiri telah diadakan di Kompleks PAS Kawasan Jasin ( HAMAS) semalam selepas solat fardhu maghrib. Program yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu daripada wasilah yang digunakan oleh PAS Kawasan Jasin khususnya bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang jelas kepada semua Ahli mengenai pandangan Dewan Ulama khususnya berkaitan isu-isu terkini. 






MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 20 Oct 2013 09:29 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


KEJOHANAN FUTSAL DUN JENGKA

Posted: 20 Oct 2013 05:44 AM PDT

YDP PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man bersama urusetia kejohanan
Ahad, 20 Oktober 2013. Bandar Jengka.
Hari ini telah berlangsung Kejohanan Liga Futsal dianjurkan oleh Pemuda PAS Bandar Jengka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Kejohanan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man ini telah berjaya menarik banyak penyertaan. Antara yang menyertai kejohanan ialah kakitangan dari Hospital Jengka selain anggota Pertahanan Awam Cawangan Jengka. Pasukan yang terdiri daripada belia sekitar Gugusan Jengka juga turut serta memeriahkan pertandingan yang memberikan saingan sengit bagi menjuarai kejohanan ini.

Juara Kejohanan ialah Pemuda Jengka 12, Naib Juara Pemuda Jengka Mahkota manakala tempat Ketiga Pemuda Jengka 20

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 20 Oct 2013 07:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


RASUAH ? EH..SILAP.POLITIK WANG PUNCA SAIFUDDIN TEWAS ?

Posted: 19 Oct 2013 10:29 PM PDT

DAH PILIHAN NAJIB..MESTILAH DAPAT! TAPI NAJIB GAGAL " TRANSFORMASIKAN UMNO NYA ITU "!

Posted: 19 Oct 2013 10:22 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan