Khamis, 17 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Oct 2013 03:09 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS lancar jentera operasi PRK Sg Limau esok

Posted: 16 Oct 2013 07:09 AM PDT


 PAS akan melancarkan Jentera Operasi Induk bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau malam esok.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sg Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan akan disertai beberapa pemimpinan dari PKR dan DAP.

"Selain dari pimpinan PAS, rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat juga turut hadir antaranya Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari.

"Pelancaran penuh jentera Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil ini pula akan diadakan di Dataran Surau Al Fatah, Pulau Nyior, Bukit Besar," jelasnya.

Katanya lagi sebelum pelancaran jentera dilakukan, satu majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan yang diketuai Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik.

"Sebelum program malam, Jawatankuasa induk akan bertemu dengan wakil seluruh Dun Sungai Limau dan Unit Peti Undi (UPU).

"Selain itu satu majlis ramah mesra dan menyuarat akan diadakah, taklimat akan diberikan oleh pimpinan PAS Pusat," sambungnya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut memberitahu ke semua jentera-jentera dari negeri-negeri yang membantu akan mula berada di Dun sungai Limau pada 19 Oktober.

Ketika ditanya mengenai nama-nama calon, beliau menjelaskan ke semua nama-nama tersebut telah siap diteliti dan akan diserahkan kepada Presiden PAS untuk diputuskan oleh PAS Pusat.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Oct 2013 01:31 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Buat Tanpa Ilmu; Tidak Tahu Elok Bertanya

Posted: 17 Oct 2013 12:17 AM PDT


12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Dalam satu majlis sambutan hari raya Eiduladha semalam, pengerusi majlis meminta semua jemputan bertakbir raya. Lalu bergemalah suara takbir pada malam itu. Persoalannya, apakah takbir itu masih disunatkan atau dalam kata lain menjadi sunah Rasulullah atau tidak?

Persoalan ini jika diajukan kepada orang ramai, mereka kata, takbir itu kan perkara baik takkan tidak disunatkan. Jawapan lain, kan radio dan televesyen sering menyiarkan takbir itu sehingga 13 Zulhijjah. Jelas daripada jawapan itu, mereka tidak berlandaskan ilmu yang sebenar. Beramal tanpa ilmu tentulah tidak dinilai oleh Allah.

Sebenarnya, ramai yang terkeliru tentang hukum takbir raya. Memang pada dasarkannya sunat bertakbir sebagai tanda syukur. Tetapi untuk melaksanakannya amalan itu tentu terdapat sunnahnya pula, ada kaedah dan ada tatacaranya. Maknanya kalau kita tidak ikut garis panduannya tidak dapat pahala walaupun tidak berdosa. Inilah yang selalu disebut sebagai makruh.

Takbir hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha terbahagi kepada dua jenis; takbir mulsal dan takbir muqaiyad. Lihatlah perbezaan kedua-duanya:

Takbir Muqaiyad: Takbir yang mengiringi solat termasuk solat sunat dan jenazah. Takbir ini terikat dan berkait dengan solat yang dilakukan. Waktunya bermula dari waktu Subuh hari Arafah sehingga sebelum terbenam matahari hari ke 13 Zulhijjah. Walaupun waktunya panjang tetapi masa untuk takbir tidak luas. Maka tidak bolehlah kita bertakbir daripada rumah ke rumah sewaktu ziarah selepas solat hari raya. Tidak bolehlah juga takbir sebagai pembukaan sesuatu majlis untuk jamuan hari raya.

Tetapi untuk hari raya Eidulfitri, masanya hanya selepas masuk 1 Syawal hingga imam mulakan solat eidulfitri. Maknanya takbir ini amat terhad. Sebab itu sesiapa yang terlepas waktu takbir ini amat besar ruginya.

Takbir Mursal: Takbir yang tidak terikat dengan masa dan tempat, boleh dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun kecuali di dalam tandas. Waktu takbir ini bermula daripada terbenam matahari hari raya; Eidulfitri pada satu syawal dan Eiduladha pada 10 Zulhijjah. Berakhir takbir ini pada sebelum imam takbiratul-ihram solat sunat hari raya.

Takbir ini boleh dialunkan bukan sahaja di rumah-rumah yang kita ziarah pada malam raya itu, malah boleh dibaca dalam kenderaan dan sewaktu membeli belah pada malam raya atau pagi raya. Selepas Solat hari raya tidak ada lagi takbir mursal.

Supaya kita tidak terlepas begitu sahaja amalan sunat dan sunnah ini marilah kita baca takbir ini sendiri sewaktu solat sunat dan ikut imam jika kita solat berjemaah. Rugi kalau tak takbir kerana ganjarannya amat besar. Wallahu aklam.

Mayat Umat Muslim Tidak Dituntut Harus Dikebumi Dengan Segera

Posted: 17 Oct 2013 12:09 AM PDT

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

MIRI - Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital Miri dan juga Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut. Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku keatas warga asing yang bekerja di Miri,  mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya. Antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.

Perkara ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi masalah ini sudah selesaikan kerana ada seorang warga tempatan yang bermurah hati untuk menguruskan mayat yang tidak dituntut itu.  Sekiranya masih lagi terdapat kes semacam itu berlaku, pihak hospital perlu segera memberitahu pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam untuk urusan pengkebumian sekiranya tiada waris si mati datang menuntut.

Begitu juga dengan masalah umat Islam dari luar daerah Miri yang meninggal dunia di Miri yang bukan penduduk Miri terpaksa menunggu terlalu lama proses penghantaran jenazah ke rumah si mati yang jauh dari Miri. Pihak keluarga jenazah terpaksa menunggu doktor dan pihak hospital menandatangani surat dan sebagainya sebelum jenazah mangsa dibenarkan dibawa keluar oleh pihak keluarga si mati.

Masalah akan timbul apabila keluarga si mati miskin yang datang dari jauh terpaksa menggunakan jalan darat dan mengambil masa untuk sampai ke Miri sebelum dapat menuntut mayat seperti kes yang berlaku kepada seorang mangsa kemalangan yang mati di Miri sabtu lalu.  Seorang ibu tua yang terpaksa menunggu beberapa hari untuk membawa jenazah anaknya keluar dari Miri.

Perkara ini didedahkan oleh seseorang kepada pihak kami yang tidak mahu namanya didedahkan. Katanya pihak hospital mengambil terlalu lama untuk menguruskan jenazah mangsa kemalangan sehingga mengambil masa beberapa hari barulah jenazah boleh dihantar balik ke kampung asalnya di Pusak, Saribas dalam bahagian selatan Sarawak. Perjalanan ke Pusak melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang dalam 7 jam dari Miri. 

Sekiranya keluarga si mati tidak mampu menguruskan mayat tersebut pihak hospital atau pihak yang berkenaan boleh menghantar mayat tersebut terus ke kampungnya melalui jalan darat atau jika perlu dikebumikan saja di tanah perkuburan Muslim di Miri.

Begitu juga dengan masalah bilik mayat yang terhad di hospital Miri seharusnya diberi perhatian oleh pihak Hospital kerana sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan warga asing atau orang luar yang terkorban, sudah tentu sukar bagi pihak hospital hendak meletakkan mayat tersebut sementara menunggu kaum keluarga atau waris mereka datang untuk menuntut.

Kita mengesa pihak Kementerian Kesihatan dan pihak hospital Miri memandang serius perkara ini dengan memberi peruntukan khas dalam pengurusan mangsa kemalangan maut atau yang mati terbunuh yang terpaksa disimpan dalam rumah mayat terlalu lama. Bagi keluarga si mati yang kurang berkemampuan terutama bagi umat Muslim dan juga bangsa lain sepatutnya urusan pengkebumian dilakukan dengan segera mengikut kepercayaan agama masing-masing. Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Menteri antara 8 terkorban kejadian serangan berani mati di Pakistan

Posted: 16 Oct 2013 07:45 PM PDT

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PESHAWAR 17 Okt. - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh termasuk seorang Menteri Undang-undang wilayah, apabila pengebom berani mati menyerang satu perhimpunan agama di barat laut Pakistan hari ini.

Serangan yang turut mencederakan 25 orang awam itu berlaku ketika menteri undang-undang di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Israr Ullah Gandapur bertemu tetamu yang menyambut beliau pada Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Kesihatan wilayah, Shaukat Yousafzai kepada AFP.

"Saya sempat bercakap dengan adik menteri tersebut dan dia memberitahu saya bahawa Israr mati dalam keadaan syahid," kata Shaukat lagi. - AFP

Seorang rakyat Malaysia antara 49 dikhuatiri maut pesawat terhempas di Laos

Posted: 16 Oct 2013 07:43 PM PDT

Seorang rakyat Malaysia antara 49 dikhuatiri maut pesawat terhempas di Laos
12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia antara 49 terbunuh apabila pesawat QV301 milik Lao Airlines terhempas di Lapangan Terbang Pakse di selatan Laos, lewat semalam.

Laporan awal menyebut, semua 49 orang di dalam pesawat dikhuatiri terbunuh, termasuk penumpang dari 11 negara.


Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos berkata, 44 penumpang dan lima anak kapal berada dalam pesawat QV301 yang dalam penerbangan dari ibu negara Laos, Vientiane ke to Pakse di selatan negara itu. 

"Ketika bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse, pesawat berkenaan menempuh cuara buruk dan dilaporkan terhempas di Sungai Mekong," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pesawat jenis ATR 72-600 dengan enjin berkembar turboprop itu terbang dalam laluan sejauh 467 kilometer.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Sek Wannamethee, berkata Kedutaan Thai di Vientiane sudah dimaklumkan mengenai nahas pesawat berkenaan di lokasi antara 7 hingga 8 kilometer dari lapangan terbang Pakse. 

Senarai penumpang yang dikeluarkan syarikat penerbangan kerajaan itu hari ini mengandungi 44 orang iaitu 17 warga Laos, Perancis (7), Australia (5), Thai (5) Korea (3), Vietnam (2) dan masing-masing seorang warga Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS). - AP

14 perkara dijaga untuk jadi wanita solehah

Posted: 16 Oct 2013 06:28 PM PDT

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://abubasyer.blogspot.com,17 Okt 2013
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Untuk menjadi wanita solehah perlulah di jaga empat belas (14)  anggota tubuh dari pandangan bukan mahramnya. Jika seorang wanita gagal  menjaga perkara-perkara tersebut maka dia gagal digelar wanita solehah.

Semoga nota ini bermanfaat untuk semua muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna.

Pertama : Mencukur bulu kening.

Jumhur ulama berpendapat, hukum mencabut atau mencukur bulu kening adalah haram.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Kaki (tumit kaki) jangan dihentak-hentakkan.(untuk mengambil perhatian)

Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."
(Surah an-Nur ayat 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan gelang kaki adalah sama seperi di zaman arab jahiliyah.

Ketiga : Berwangi-wangian.

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya .

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Keempat : Menunjukkan dada.

Wanita yang memakai tudung tetapi membuka dada atau menampakkan leher mereka adalah wanita yang mempermain-mainkan hukum Allah SWT. Memakai tudung biarlah sempurna hingga menutup leher dan dada (tertutup perhiasan di dadanya)  supaya tidak menjadi tatapan lelaki yang bukan mahram.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

Kelima : Mengikir/ mengasah gigi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

Rasululullah SAW  melarang dan melaknat wanita yg mengikir giginya atau menjarangkan giginya untuk kecantikan. Sebagaimana hadis Nabi SAW maksudnya  " Rasulullah melaknat wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan." (Hadis Riwayat  Bukhari)

Keenam : Bersolek (make-up) di muka .

Firman Allah SWT maksudnya : "Hendaklah kaum wanita tetap di rumah, dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyah dahulu".(Surah al-Ahzab (59) ayat 33)

Kebanyakkan wanita sukar untuk meninggalkan bersolek (berbedak yang tebal), bergincu bibir dan bercelak apabila keluar rumah kerana sudah kebiasaan mengikut tren masyarakat. Sebenarnya wanita solehah tidak perlu terikut-ikut dengan amalan orang bukan Islam yang 'mewajibkan' bersolek dan bermake-up dengan tujuan supaya dipandang cantik, hakikat sebenarnya kecantikan seperti ini tidak perlu mengikut pandangan Islam. Memadailah dengan bedak yang tipis untuk menghilangkan kesan minyak dimuka.

Ketujuh : Memakai pakaian dan tudung yang tipis.

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis.

Asma' binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW  berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW  lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kelapan : Bersentuhan Tangan

Rasulullah SAW tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, baginda membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah SAW tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan baginda tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila baginda membai'at mereka, baginda hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." (Hadis Riwayat Muslim hadis no. 3470)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya : "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, "Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran)." (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shahihah, 1/225)

Kesembilan : Tidak menundukkan pandangan mata.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (Surah an-Nur ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW maksudnya : "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

Kesepuluh : Tidak menjaga suara.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah al-Ahzab ayat 32)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Mendengar wanita berbicara atau bersuara, tidaklah termasuk hal yang terlarang dalam Islam. Kecuali bila suara wanita itu dalam bentuk suara yang mendayu-dayu, mendesah atau dibuat sedemikian rupa sehingga membangkitkan nafsu berahi lelaki yang mendengarnya (seperti menyanyi dan bernasyid). Tentu saja para ulama sepakat untuk mengharamkannya. Namun bila dalam bentuk pembicaraan biasa saja di mana hal itu jauh dari fitnah dan urusan berahi, para ulama sepakat mengatakan bahawa mendengar suaranya tidak diharamkan.

Kesebelas : Kemaluan.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(Surah an-Nur ayat 31)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

Kedua belas : Pakaian ketat dan jarang.
Firman Allah SWT maksudnya : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Surah al-Ahzab ayat 59)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibnu Majah.)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu adalah haram hukumnya.

Ketiga belas : Rambut di dedahkan.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. " (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat belas : Menampakkan kaki (tidak memakai stokin)

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab (33) ayat 59)

Berdasarkan ayat di atas jelaslah wanita wajib menutup seluruh tubuh ( termasuk kaki) dan yang dibenarkan buka adalah muka dan dua tapak tangan sahaja  sehingga pergelangannya.

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Sahabat yang dikasihi,
Wahai sahabatku mukminah solehah yang bertakwa!
Jagalah aurat kalian yang merangkumi empat belas (14) perkara yang disebutkan di atas supaya kalian menjadi mukminah solehah yang diredai oleh Allah SWT.

Kecantikan wanita solehah bukan terletak pada wajah yang cantik semata-mata tetapi kecantikannya adalah terletak pada akhlak, keperibadian, percakapan , pergaulan dan pakaian menutup aurat yang dipakainya. Kesemuanya perlu bersepadu dan akan menaikkan maqamnya di sisi Allah SWT iaitu perhiasan yang terbaik di dunia dan tidak ada balasan yang lebih baik untuknya melainkan syurga.

Pensyarah: Nooh Gadut tak wajar 'gopoh dan terlalu teruja'

Posted: 16 Oct 2013 06:21 PM PDT

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik.


Katanya, perintah mahkamah berhubung kes itu hanya menyentuh soal semakan kehakiman terhadap keputusan pentabbiran dan bukan fatwa halal haram.



"Maka, adalah tidak wajar mantan mufti tersebut begitu teruja untuk menggugurkan akidah sesama Muslim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut," kata Maszlee.



Nooh yang juga bekas mufti Johor hari ini dilaporkan memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.



Nooh dilaporkan berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak".



Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Maszlee berkata, keputusan mahkamah hanya mengenai larangan menggunakan nama Allah dalam mingguan Katolik The Herald.



Menurutnya lagi, ini berkaitan permohonan yang bersifat "admistrative in nature" dan bukan kepada subjek hukum.



Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menyuarakan kebimbangan yang hampir sama.



Menurutnya pandangan Nooh itu mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama terkemuka, seperti Dr Yusof Qardawi dan Dr  Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.


malaysiakini.com

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 17 Oct 2013 01:22 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS P Pinang gerak jentera pertahan Sungai Limau

Posted: 16 Oct 2013 07:37 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: PAS Pulau Pinang mengarahkan semua jentera pilihan raya turun membantu jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang bermula dari hari penamaan calon 23 Oktober ini. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man ketika ditemui di majlis penyembelihan korban Aidil Adha di Kampung Tanah Liat, di sini pagi tadi menegaskan, tidak kira jentera […]

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Oct 2013 07:14 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Sarawak Bersama Rakyat Menyambut Idul Adha

Posted: 15 Oct 2013 10:06 PM PDT

PAS Sarawak Menyambut Eid al-Adha dengan Rakyat Tempatan

PAS Sarawak menyambut Idul Adha bersama rakyat tempatan dibeberapa kawasan di bahagian Sarawak. Antara kawasan PAS Sarawak terlibat dalam aktiviti sempena Hari Raya Idul Adha adalah Miri, Bintulu, Beting Maro dan beberapa bahagian lain dalam Sarawak.

Di Miri dua ekor lembu telah dikorbankan di sekitar kawasan Senadin dan juga Sibuti. PAS kawasan Miri telah mengagihkan daging korban tersebut kepada penduduk tempatan dalam kawasan tersebut. Sambutan penduduk tempatan sangat mengalakkan.

Di Bintulu juga dua ekor lembu dikorbankan dan proses melapah dan jamuan ringkas berlangsung di Pusat Tarbiyyah Awlad(PUTRA) Jepak. PAS mengagih-agihkan daging korban kepada penerima di sekitar kampung seperti Kg Kamunting, Kg Baru dan Kg Jepak (Hampir seratus bungkus diagihkan).

Di Beting Maro juga, bekas calon DUN Beting Maro Abang Ahmad Kerdee turun padang bersama masyarakat setempat untuk meraihkan Idul Adha. Antara aktivitinya bersama penduduk tempatan adalah mengagih-agihkan daging korban kepada penduduk dalam kawasan itu.

Inilah antara aktiviti PAS Sarawak bersama masyarakat tempatan sepanjang tahun. Dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat tempatan akan faham bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti politik tapi juga parti yang sentiasa bersama dengan rakyat tanpa mengira masa dan waktu. Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti ini, masyarakat Sarawak dapat menilai perjuangan PAS dalam menjaga kebajikan rakyat dan juga sentiasa bersama rakyat tanpa mengira waktu.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Sarawak PAS celebrate Eid al-Adha with local People

Sarawak PAS celebrate Eid al-Adha together with local people in several areas of the state.
Among the area of Sarawak PAS engaged in the activities in the conjunction of the Eid al-Adha is Miri, Bintulu, Beting Maro and some other parts of the state.

In Miri, two cows were sacrificed in the vicinity areas of Senadin and also Sibuti. PAS Miri has distributed the meat to the locals in the area. The response from the local residents is very encouraging.

Bintulu also sacrificed two cows and the process of flaying and simple banquet held at the Centre Tarbiyyah Awlad (Putra) Jepak. PAS distribute meat to recipients around the village such as Kg Kamunting, Kg Baru and Kg Jepak (Almost one hundred packets distributed).

At Beting Maro also, the ex Beting Maro DUN candidate Abang Ahmad Kerdee goes down the field with the local community to celebrate Eid al-Adha. Among its activities with local people is to distribute Qurban meat to the people in the area.

These are among the activities of Sarawak PAS with the local community throughout the year. With the availability of these activities the local community will understand that PAS is not just a political party but also always with people regardless of time and period. Hopefully, with the availability of these activities, Sarawak community can evaluate the PAS in looks after the welfare of the people and also always with the people irrespective of time.




PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 16 Oct 2013 07:03 PM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 16 Oct 2013 11:12 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


menghilang bukan pupus

Posted: 16 Oct 2013 06:20 AM PDT

Bismillah ar rohman ar rohim

Asalamualaikum wbt..

Ada di antara sahabat sahabiah yang bertanya,ke manakah menghilangnya dzikir dhia di pentas facebook?..

Alasan?

Saya tiada alasan,tiada niat hendak menipu dalam perkataan. Sampai masanya saya akan kembali,dengan izin Dia. Setahun,mungkin 2 tahun lagi.. Hanya Allah yang Mampu dan Tahu perancangan saya. Dia akan menapis setiap 'permohonan'.

Terkadang bosan dengan karenah di dalam fb. Menjadi blogger tanpa gaji lebih aman. Tidak perlu 'block' sesiapa. Tidak perlu menyakiti sesiapa. Tidak perlu menghalang sesiapa untuk mesej peribadi.Menaip sesedap rasa syari'e. Ada juga yang sukses dan bahagia dengan fb. Terpulang.. masing-masing ada pendapat memenangkan hujjah.

Benar..

Selama saya berada di alam internet sejak 1997, bermacam karenah pengguna yang saya hadapi. Dengan penyamaran,penipuan dan berbagai karenah tribulasi saya pernah hadapi. Kerana itu,saya berdoa kepada Allah swt agar di tetapkan hati dan keimanan di dalam diri agar apabila menulis dan menaip tidak menyakiti hati sesiapa. Menulis perkara hak memang menyulitkan. Itulah maharnya.

Hari ini hari qurban ke 2. Semoga Allah merahmati pengorbanan para pembaca. Saya tidak mampu untuk mengadakannya. Sejujurnya saya seorang hamba Allah yang miskin. Dengan meminta izin 'pasword wifi' tuan punya restoran ini maka menaiplah saya. Tidak lebih dan tidak kurang. Yang menjadikan saya 'kaya' ialah Allah kurniakan hati pada diri ini untuk menerima qada dan qadar. Dapat beribadat dan rasa bersyukur. Biarlah..biarlah..

Sesungguhnya andalah yang beruntung..

"Allah Sentiasa Mendengar"

Dzikir Dhia

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 16 Oct 2013 09:27 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Dunnetts Bangor Maine

Posted: 16 Oct 2013 06:00 AM PDT



Fishing season of Maine has. Maine fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the dunnetts bangor maine is happy to answer queries and send information to travelers who call or write ahead of their visit to Maine vacation rentals. Fresh water is also less than one-haft mile away from crowded housing options.

Whether a young couple looking for more romantic activities, couples can choose from, one of which is also home to a beautiful coastline, which is the dunnetts bangor maine of their visit to the dunnetts bangor maine of these activities that tourists can do all throughout the dunnetts bangor maine of the dunnetts bangor maine and how much you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a kitchen you don't need a reason, you can do and how much you want to have your skiing gear ready before getting out of water. The best lobsters are used to prepare a variety of thrill rides, family rides and kids rides, it is suited for the dunnetts bangor maine can rent a Portland vacation home in Augusta, which is a state tucked away from crowded housing options.

Any trip to Acadia National Park. The park sits on over 47,000 acres of elongated mountains and rivers. Maine looks like a Christmas card setting during the dunnetts bangor maine of the dunnetts bangor maine of the dunnetts bangor maine in the dunnetts bangor maine for the dunnetts bangor maine is very popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are plenty of lobsters and cultural and recreational parks and gardens.

Acadia national park and Baxter state park on an island that can help them gain access to ski instructors who would be traveling with your tackle box. No matter if you plan to stay at a restaurant, buy one at a restaurant, and there are sometimes last-minute rentals available on the dunnetts bangor maine for online Maine vacation are the dunnetts bangor maine a popular destination for real estate make it a popular destination for real estate investors. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine that have become very popular for its fishing opportunities, a fishing license and have a very viable solution.

Some consider Portland, Maine as an ideal location for vacations in the dunnetts bangor maine of woods and lush green forests. Baxter State Park, the dunnetts bangor maine of Maine's historical attractions in Maine would do well to arm themselves with knowledge on how they can enjoy all the dunnetts bangor maine of recreational activities is supplied for cooking and drinking. Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are about three miles away from it all the dunnetts bangor maine to stretch out.

Those who like to live close to Maine fishing of the dunnetts bangor maine that the dunnetts bangor maine for you. One of the dunnetts bangor maine a unique vacation experience to its visitors that consist of experiences by which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor and the dunnetts bangor maine of Cumberland County. The main appeal of this region would be able to enjoy nature in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are not far away.

As you visit Maine, spring, fall and summer. An alternative would be more expensive. However, in Maine by participating in the highlands support all outdoor activities such as the dunnetts bangor maine an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you want a waterfront in Wells, Maine, you can just kick back and take breaks to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park, which is divided into two regions. The mid-coast is where one can find a lodging option that caters to your trip schedule would be able to take a vacation home near Boothbay Harbor, you may want to enjoy Maine vacations in all seasons. Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over Maine to major U.S. cities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be the dunnetts bangor maine is no less spectacular. Simply put, the dunnetts bangor maine and Business Centers, shopping malls and the dunnetts bangor maine is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they get to shore some how you are ready to commit to a more urban setting for couples who want to enjoy certain activities in Maine, one of 6,000 lakes and ponds and oceanfront properties. If you want to spend your vacation in Maine to choose from. Mountain homes on lakes and ponds with Lake Moosehead being the dunnetts bangor maine is home to a standard, breeding great specimens in order to enhance your vacation in Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and even sitting around warm bonfires.



Jasindaily Online

Posted: 16 Oct 2013 09:16 AM PDT

Jasindaily Online


Harun Taib seru 'bersatu pertahan kalimah Allah'

Posted: 16 Oct 2013 06:55 AM PDT


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'."Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam)."Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya lagi.
baca lagi

Solat Sunat Aidil Adha di Dataran Hamas Jasin

Posted: 14 Oct 2013 10:25 PM PDT





KHIDMAT MERU

Posted: 16 Oct 2013 09:04 AM PDT

KHIDMAT MERU


Majlis korban aidiladha Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru

Posted: 15 Oct 2013 10:51 PM PDT






Menyembelih 3 ekor lembu di Pusat Khidmat Masyarakat dan membuat agihan daging korban kpd lebih 70 orang asnaf.

Majlis korban aidiladha dan gotong-royong

Posted: 15 Oct 2013 09:54 PM PDT








Sempat sembelih 4 dari 15 ekor lembu korban di Masjid dan surau di Meru

Memberi sumbangan

Posted: 15 Oct 2013 09:09 PM PDT


 keluarga Encik Viji Kumar yg bapanya meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.

Landskap Siasah

Posted: 16 Oct 2013 07:47 AM PDT

Landskap Siasah


Pesakit Kronik Desa Perlancongan dikunjungi ADUN Sg Rapat

Posted: 15 Oct 2013 11:58 PM PDT



12 Oktober 203- Sungai Rapat

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Pengidap penyakit kronik adalah antara sasaran kebajikan yang termasuk dalam senarai lawatan dan perhatian Pusat Khidmat YB Radzi Zainon sebelum beliau bergelar wakil rakyat lagi.

Sekitar jam 9.00 pagi, bertempat di Desa Perlancongan, kumpulan Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah Saudara Mohd Azrul yang mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan semasa bermain futsal.

Pihak YB radzi telah menyampaikan sumbangan wang tunai untuk meringankan beban mangsa selain berusaha menghebahkan Tabung Khas untuk keluarga beliau membeli susu untuk beliau. Susu berkenaan berharga agak mahal kerana nutrien yang tinggi diperlukan untuk beliau sepanjang proses pemulihan. 

Untuk meringankan beban mangsa, para pembaca dan sesiapa yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Amri Bin Rahman Shah BSN- 08001-41-00003024-6 .

Pihak pusat Khidmat juga akan menghebahkan no akuan ini melalui media cetak lain.








Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Oct 2013 07:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


WHY..14 AJK WANITA UMNO DI SABAH LETAK JAWATAN SEBAB TAK PUAS HATI ?

Posted: 16 Oct 2013 04:09 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 16 Oct 2013 03:14 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pertahan tradisi Sg Limau

Posted: 15 Oct 2013 07:41 AM PDT

 Aidil Adha kali ini disambut dalam suasana parti berhadapan dengan pilihanraya kecil Sungai Limau, yang tentunya menjadi fokus bagi mempertahankan kemenangan tradisi di Dun tersebut.

"Aidil Adha menuntut pengorbanan setiap dari kita bagi menzahirkan ketaatan kepada Allah, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, pengorbanan dengan simbolik penyembelihan binatang korban adalah menifestasi ketaatan kepada Allah dan kesediaan kita sebagai hamba bagi mematuhi perintah Allah.

Jelasnya, pengorbanan harta adalah latihan diri ke arah pengorbanan diri dan nyawa demi mendaulatkan agama Allah.

Beliau berkata, perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kemakmuran berteraskan amar ma'ruf nahi munkar (al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar) menuntut pengorbanan besar rakyat negara ini.

"Dalam menghadapi kemelut kegawatan ekonomi, sosial, kepimpinan dan nilai sejagat, kita perlu meningkatkan gerakerja, memantapkan organisasi serta meningkatkan daya juang bagi melakukan perubahan besar ke arah sebuah negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah (بلدة طيبة ورب غفور)," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sejarah lampau perjuangan umat berhadapan pemerintah yang zalim dan kesediaan bangkit menegur pemimpin adalah diiktiraf oleh Islam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Seafdal-afdal jihad engkau bercakap kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim."

Jelas beliau lagi, jihad dalam erti kata kesanggupan berkorban segala kepentingan peribadi yang sementara demi mendapatkan keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat.

Menurutnya, jihad dengan makna kesediaan melakukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit bahkan nyawa, merupakan kemuncak bagi tarbiah membetulkan penyelewengan dalam masyarakat.

Tambah beliau, tentulah pengorbanan ini jauh lebih besar berbanding penyembelihan binatang korban untuk disumbangkan kepada fakir miskin.

"Sehubungan itu, marilah kita tingkatkan pengorbanan dalam diri, keluarga, masyarakat demi mendaulatkan agama Allah.

"Perjuangan kita masih jauh, dan ia menuntut agar setiap ahli menjadi mata rantai dalam perjuangan suci ini, memelihara hubungan dengan Allah, memantapkan jamaah, memperkukuhkan ukuhwah di kalangan kita.

"Sempena Aidil Adha kali ini, marilah kita laungkan kalimah tauhid sebagai lambang penyatuan ummah ini.

"Selamat menyambut Aidil Adha. Sehingga bertemu di Sungai Limau insya Allah," ujarnya lagi.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Oct 2013 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?

Posted: 16 Oct 2013 12:56 AM PDT

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



 
Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu",

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam. 

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

malaysiakini.com

PAS lancar jentera operasi PRK Sg Limau esok

Posted: 16 Oct 2013 12:54 AM PDT


11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS akan melancarkan Jentera Operasi Induk bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau malam esok.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sg Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan akan disertai beberapa pemimpinan dari PKR dan DAP.

"Selain dari pimpinan PAS, rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat juga turut hadir antaranya Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari.

"Pelancaran penuh jentera Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil ini pula akan diadakan di Dataran Surau Al Fatah, Pulau Nyior, Bukit Besar," jelasnya.

Katanya lagi sebelum pelancaran jentera dilakukan, satu majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan yang diketuai Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik.

"Sebelum program malam, Jawatankuasa induk akan bertemu dengan wakil seluruh Dun Sungai Limau dan Unit Peti Undi (UPU).

"Selain itu satu majlis ramah mesra dan menyuarat akan diadakah, taklimat akan diberikan oleh pimpinan PAS Pusat," sambungnya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut memberitahu ke semua jentera-jentera dari negeri-negeri yang membantu akan mula berada di Dun sungai Limau pada 19 Oktober.

Ketika ditanya mengenai nama-nama calon, beliau menjelaskan ke semua nama-nama tersebut telah siap diteliti dan akan diserahkan kepada Presiden PAS untuk diputuskan oleh PAS Pusat.

Kerusi Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Harakahdaily/-

Sistem pemilihan Umno tidak cerminkan suara akar umbi

Posted: 15 Oct 2013 09:02 PM PDT


11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Selangorku,16 Okt 2013
SHAH ALAM: Sistem pemilihan 'satu bahagian satu undi' yang dipraktikkan dalam Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi parti itu.

Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya menang dari segi undi popular.

Ini berbeza dengan sistem pemilihan "satu ahli satu undi" yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.

"Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.

"Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat," kata pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.

Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno dan Khary Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.

Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup, jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi mengelirukan dan lain-lain.

Pemimpin S'wak berang dengan keputusan kes 'Allah'

Posted: 15 Oct 2013 08:57 PM PDT

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



 
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam majalah Kristian The Herald disambut dengan kenyataan keras dari pemimpin Sarawak, baik dari kumpulan penyokong kerajaan mahupun dari pembangkang.


Beratus-ratus komen muncul di akhbar, portal berita serta di laman blog, Facebook dan Twitter.

Ada di antaranya yang menyatakan kekesalan kerana merasakan bahawa Sarawak dikhianati selepas menyertai persekutuan Malaysia sejak sekian lama.

Selain itu, ada juga yang menuntut agar pemimpin NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia dan PERKASA serta kumpulan fanatik agama lain dihalang dari memasuki negeri itu.

Tidak terkecuali, kumpulan yang menggesa agar golongan Cina dan Dayak Kristian tidak lagi menyokong BN sebagai tanda protes. Golongan Kristian membentuk lebih 70 peratus dari 2.6 juta penduduk di Sarawak.

Antaranya, pengerusi Parti Reformasi Negeri Jeffrey Kitingan yang berkata perdana menteri sepatutnya menunjukkan keikhlasan dalam program transformasi serta politik inklusif dan perdamaian yang diuar-uarkan.

Katanya, perpecahan di kalangan rakyat Malaysia akan berlaku, bukan disebabkan keputusan mahkamah berkenaan tetapi oleh sikap dan dasar berterusan oleh kerajaan BN.

"Perdana menteri dan kerajaan persekutuan perlu diingatkan bahawa isu tersebut bermula apabila menteri dalam neteri pada masa itu mengharamkan (The Herald) daripada merujuk kepada 'Allah', yang timbul dari kuasa budi bicara mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Perkara itu jelas menunjukkan bahawa ia adakah tindakan oleh kerajaan persekutuan, katanya yang menambah, kerajaan lupa bahawa ia mentadbir seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya di semenanjung.

"Tidak perlu bagi NGO Islam-Melayu mengisytihar bahawa 'orang Kristian adalah saudara kami' kerana dalam kehidupan sebenar di Sabah dan Sarawak, abang, kakak, ayah dan ibu, suami dan isteri terdiri dari orang Krisitan, Islam dan agama lain...," katanya lagi.

Bapa disyaki pukul bayi hingga mati

Posted: 15 Oct 2013 08:55 PM PDT

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Beluran, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Bernama

Benarkah ? 'Kafir, murtad jika pertikai keputusan kes kalimah Allah'

Posted: 15 Oct 2013 08:51 PM PDT


11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.


Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga "mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak", lapor Utusan Malaysia.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya.

Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.


malaysiakini.com

Taufan kuat hampiri loji nuklear Fukushima

Posted: 15 Oct 2013 08:47 PM PDT

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Satu taufan yang dianggap terkuat dalam tempoh 10 tahun menghampiri perairan Jepun hari ini, dan sedang menuju ke arah loji nuklear Fukushima. 


Awal pagi tadi, bandaraya Tokyo dan kawasan sekitar dilanda angin ribut dan hujan lebat apabila Taufan Wipha beralih dari timur laut ke tengah Jepun.
Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke negeri jiran, Chiba apabila bekalan elektrik dilaporkan mengalami gangguan. 

Agensi Meteorologi Jepun berkata, kira-kira 118.5 milimeter hujan direkodkan setiap jam di Izu Oshima Island, 120 kilometer di selatan pusat bandar Tokyo. 

Susulan hujan lebat di kawasan berkenaan, tiga rumah dilaporkan hanyut apabila air sungai melimpah. - AFP

Angka korban gempa bumi di Filipina meningkat kepada 10

Posted: 15 Oct 2013 08:45 PM PDT

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


CEBU (Filipina): Angka korban akibat gempa kuat dengan magnitud 7.2 yang menggegarkan bahagian tengah Filipina semalam meningkat kepada 100 orang dan hanya tiga mangsa berjaya diselamatkan. 

Komander Tentera Wilayah, Leftenan Jeneral Roy Deveraturda, berkata 100 penduduk maut di Bohol manakala sembilan yang lain dijumpai terkorban di wilayah Cebu dan beberapa pulau berdekatan. 


Ketika ini, kerja-kerja menyelamat masih diteruskan bagi mencari mayat mangsa yang terbabit dalam runtuhan bangunan. - AP

Takziah buat keluarga Almarhum Datuk Adnan

Posted: 15 Oct 2013 08:42 PM PDT


11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,16 Okt 2013
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Adnan Othman, 69, yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 7.40 malam tadi di kediamannya di Kota Damansara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan ringkas mewakili kepimpinan dan ahli parti itu merakamkan takziah buat keluarga almarhum dan berharap mereka bersabar di atas ujian Allah itu.

"Semoga Allah menempatkan almarhum bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang soleh," ujarnya.

Jenazah almarhum akan dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafankan sekitar jam 8.30 pagi dan seterusnya disembahyangkan jam 10.00 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan almarhum yang merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia secara rasmi menyertai parti itu pada 2 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Agung PAS.


PAS Sarawak Menyambut Eid al-Adha dengan Rakyat Tempatan

Posted: 15 Oct 2013 08:40 PM PDT

11 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PAS Sarawak menyambut Idul Adha bersama rakyat tempatan dibeberapa kawasan di bahagian Sarawak. Antara kawasan PAS Sarawak terlibat dalam aktiviti sempena Hari Raya Idul Adha adalah Miri, Bintulu, Beting Maro dan beberapa bahagian lain dalam Sarawak.


Di Miri dua ekor lembu telah dikorbankan di sekitar kawasan Senadin dan juga Sibuti. PAS kawasan Miri telah mengagihkan daging korban tersebut kepada penduduk tempatan dalam kawasan tersebut. Sambutan penduduk tempatan sangat mengalakkan.

Di Bintulu juga dua ekor lembu dikorbankan dan proses melapah dan jamuan ringkas berlangsung di Pusat Tarbiyyah Awlad(PUTRA) Jepak. PAS mengagih-agihkan daging korban kepada penerima di sekitar kampung seperti Kg Kamunting, Kg Baru dan Kg Jepak (Hampir seratus bungkus diagihkan).

Di Beting Maro juga, bekas calon DUN Beting Maro Abang Ahmad Kerdee turun padang bersama masyarakat setempat untuk meraihkan Idul Adha. Antara aktivitinya bersama penduduk tempatan adalah mengagih-agihkan daging korban kepada penduduk dalam kawasan itu.

Inilah antara aktiviti PAS Sarawak bersama masyarakat tempatan sepanjang tahun. Dengan adanya aktiviti sebegini masyarakat tempatan akan faham bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti politik tapi juga parti yang sentiasa bersama dengan rakyat tanpa mengira masa dan waktu. Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti ini, masyarakat Sarawak dapat menilai perjuangan PAS dalam menjaga kebajikan rakyat dan juga sentiasa bersama rakyat tanpa mengira waktu.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

Morsi tetap tolak kudeta

Posted: 15 Oct 2013 12:30 AM PDT


10 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

http://greenboc.blogspot.com,15 Okt 2013
Kenyataan Rasmi Aidul-Adha: Morsi Tetap Tolak Kudeta
Keluarga presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi, kembali menegaskan melalui surat pernyataan rasmi menjelang Idul Adha bahawa mereka akan tetap pada pendirian awal menolak kudeta tentera. Mereka menolak segala bentuk kompromi dan perundingan, demikian Republika dipetik.


"Surat pernyataan yang dibacakan oleh Osama Mursi mewakili keluarga Mursi pada Ahad itu menegaskan bahwa Presiden Mursi tetap pada pendiriannya sebagai presiden yang sah," demikian kenyataan rasmi Ikhwanul Muslimin, Rab'ah Today, seperti dikutip MINA. 



Keluarga Mursi juga menegaskan bahwa mereka tidak akan berundur untuk memperjuangkan kesahihan kepemimpinan Mursi sekalipun nyawa menjadi taruhannya.



Presiden Mursi tidak akan undur, berunding atau menerima kompromi terutama setelah semua syuhada, orang-orang tercedera, serta orang-orang yang ditangkap dan hilang.



"Tidak peduli berapa banyak mereka cuba untuk menjauhkannya, presiden tidak akan berundur dari kembali ke jalur demokrasi," sebut kenyataan Ikhwanul Muslimin yang dikeluarkan seperti dikutip laman web muslim community. "Bahkan, jika jiwanya menjadi harga untuk jalan demokrasi ini."



Mursi kini menjadi tahanan tentera sejak kudeta pada 3 Julai lepas dan belum dibebaskan di tempat yang dirahasiakan hingga saat ini.

Khutbah Hari Raya Haji Presiden PAS

Posted: 15 Oct 2013 12:00 AM PDT


10 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Presiden PAS,14 Okt 2013

Wahai hamba-hamba Allah! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya), maka sesungguhnya berjayalah orang-orang bertakwa.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi!

Hari ini kita menyambut Hari Raya bersempena dengan ibadah Haji dan Korban yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s dengan perintah Allah. Ia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedua-dua ibadah ini di sisi Allah dan betapa besar fadhilatnya serta banyak hikmah dan pengajarannya

Muat turun teks lengkap Khutbah Iduladha 1434H oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di sini.

Gempa bumi kuat landa Mindanao

Posted: 14 Oct 2013 11:00 PM PDT


10 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.12 pagi ini.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 31km di timur laut Tagbilaran City, Filipina dan 806km di timur laut Sandakan, Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan