Ahad, 8 September 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Sep 2013 01:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Umat Islam mula banjiri Madinah

Posted: 08 Sep 2013 01:15 AM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Ratusan ribu umat Islam kini mula membanjiri kota Madinah sebagai tempat persinggahan awal sebelum ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah musim ini.


Jemaah yang tiba awal itu adalah mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah terlebih dahulu dalam musim haji sebelum mengerjakan ibadah haji pada bulan hadapan.



Hari wukuf di Arafah dijadual pada 14 Okt iaitu hari bermulanya kerja ibadah rukun Islam yang kelima itu.




Tinjauan Bernama mendapati Masjid Nabawi, iaitu masjid terletaknya makam Nabi Muhammad SAW telah mula dipenuhi umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.



Masjid terbesar di kota suci Madinah itu mampu menampung hampir sejuta jemaah pada satu-satu waktu solat dan setakat ini hampir 2,000 jemaah haji Malaysia adalah antara umat Islam yang tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat dalam masjid berkenaan.



Seorang jemaah Malaysia, Maskiron Maskon, 62, menyifatkan kemampuan beliau untuk menunaikan ibadah haji sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.



Bekas pekerja swasta dari Seremban, Negeri Sembilan itu berkata beliau sangat bersyukur kerana hajatnya untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri Fatimah Mohamad sejak 20 tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan hari ini.



Usahanya mengumpul wang selama bertahun-tahun sejak muda dan ditambah dengan baki simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membolehkan mereka berdua memijak kaki di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.



"Saya bersyukur dan perjalanan kami pula semuanya menjadi mudah kerana kecekapan Tabung Haji (TH) yang mengurus jemaah dari mula berkursus di Seremban sehinggalah urusan penerbangan, Kastam dan Imigresen di Lapangan Terbang di Madinah...semuanya menjadi mudah," kata beliau.



Kedua-dua zon pusat perkhidmatan haji TH yang menyediakan perkhidmatan kewangan, pusat kesihatan, kaunseling dan bimbingan agama juga telah beroperasi sepenuhnya mulai semalam.



Sebanyak 22,320 jemaah haji dari Malaysia menunaikan haji tahun ini dan ia  berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi sebagai langkah mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran kerja menaik taraf Masjidil Haram di Makkah.



Sementara itu, golongan peniaga di Madinah juga teruja dengan kehadiran jemaah haji Malaysia dan sering melaungkan kata-kata "Malaysia Bagus, Malaysia Boleh" untuk menarik perhatian jemaah dari tanah air.



Kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa Melayu yang mudah dan menawarkan harga dengan menyebut angka dalam bahasa Melayu serta menarik perhatian pelanggan dengan berkata "jualan murah, harga rendah untuk rakyat Malaysia".



Seorang rakyat Afghanistan yang bekerja di sebuah butik pakaian, Abdul Aziz Ismail, 23, berkata: "Bila jemaah Malaysia datang? Berapa ramai?".



Malah lebih menarik ialah beliau telah memasang tanda iklan yang tertulis "Harga runtuh dan harga borong" dan kertas iklan itu juga dilekatkan Jalur Gemilang.



Seorang lagi peniaga Mohamad Sulaiman berkata beliau suka dengan rakyat Malaysia yang disifatkan mempunyai akhlak yang tinggi.



"Ramai pelanggan saya rakyat Malaysia, saya tahu berbahasa Melayu dan saya jual murah-murah untuk rakyat Malaysia," kata beliau.



Setiap kumpulan jemaah haji Malaysia akan berada di kota Madinah selama lapan hari sama ada sebelum bertolak ke Makkah ataupun selepas menunaikan haji mengikut giliran masing-masing yang ditetapkan oleh Tabung Haji.



Bernama

Tinggal Ku Li satu-satunya pencabar Najib?

Posted: 08 Sep 2013 12:53 AM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini membayangkan kemungkinan beliau bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 19 Oktober depan. Walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi".


Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti.

Sejak beberapa lama nama Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin telah menjadi sebutan sebagai pemimpin yang dikatakan akan mencabar kedudukan Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Keadaan itu bukan saja berdasarkan keputusan pilihanraya yang menyaksikan BN lebih terperosok berbanding pilihanraya 2008 tetapi juga disebabkan pelbagai isu yang melingkari kepimpinan Najib.

Muhyiddin juga sehingga ini belum membuat keputusan rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya tetapi besar kemungkinan hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya saja berikutan beliau dilihat hanya bergantung kepada kekuatan dan sokongan Mahathir semata-mata jika ingin mencabar Najib. Memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang.

Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai. 

Namun Ku Li, walaupun agak veteran, beliau ada kekuatannya yang tersendiri. Rekodnya yang sarat dengan pelbagai sumbangan dan kecemerlangan sebelum ini, imejnya yang bersih, peribadi yang terpuji dan keyakinan terhadap kemampuannya melakukan perubahan adalah sandaran yang selalu diperkatakan. Sejarahnya yang hanya kalah 43 undi ketika menentang Mahathir pada 1987 seringkali menjadi sebutan.

Jika beliau memutuskan untuk bertanding, ia adalah semata-mata untuk berkhidmat serta memperbaiki banyak kerosakan yang ada dalam UMNO sekarang dan tidak mahu melihat UMNO dan kerajaan terus terumbang-ambing di mata rakyat. 

Walaupun belum pasti beliau akan mencabar Najib dan kita terpaksa menunggu sehingga 28 September ini untuk mengetahui kedudukan sebenarnya, sekurang-kurangnya bayangan yang diberi oleh Ku Li itu merupakan harapan kepada sebahagian orang yang kecewa melihat kepada apa yang berlaku kepada UMNO dan negara sekarang.

Baik di dalam UMNO mahupun rakyat biasa, kritikan kepada Najib kini semakin membesar. Jika sebelum pilihanraya, kritikan banyak terarah kepada pemborosan dan pembaziran isterinya, kepimpinan yang lemah, pendekatan yang merugikan Melayu, lebih memanjakan kaum Cina, rasuah, penyelewengan, ketelusan kerajaan dan sebagainya, keadaan ini nampaknya menjadi lebih parah lagi sekarang ini.

Kelemahan dan ketidakuayaan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri meliputi hampir semua segi. Tidak saja rakyat biasa yang bercakap mengenainya, bahkan ramai ahli dan pemimpin UMNO juga bercakap mengenainya. Berbuallah dengan kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO, topiknya mesti tidak terlepas daripada memperkatakan tentang kelemahannya.

Jika sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, pemborosan keluarga pemimpin lebih berkaitan mengenai rumah atau kereta besar, tidak ada sesiapa terbayang pemborosan di eranya sehingga ke peringkat membeli cincin bernilai RM24 juta boleh berlaku di ketika masih ramai orang Melayu masih miskin, berpendapatan bawah RM3000 sebulan dan sering digula-gulakan dengan bantuan BR1M.

Mujurlah isu cincin itu menjadi kecoh dan ia akhirnya dipulangkan kepada penjualnya, jika tidak, kita mungkin menyaksikan lebih banyak lagi barang kemas yang mahal-mahal menjadi kebanggaan dan penanda aras betapa mewahnya kehidupan keluarga seseorang pemimpin di negara ini.

Selain meneruskan pendekatan memanjakan kaum Cina walaupun diketahui tidak disokong oleh kaum itu dalam pilihanraya, Najib juga meneruskan banyak perkara yang dilakukannya sebelum pilihanraya lalu sehingga menyebabkan BN hanya menang 133 kerusi sahaja. Ekonomi masih lembab, hutang makin bertambah, defisit makin memburuk, belanja masih boros, pengangguran makin tinggi, jenayah berleluasa dan pelbagai lagi kelemahan dalam megurus kerajaan.

Ramai kalangan dalam UMNO yang dulunya mempertahankan Najib, kini secara terbuka mengkritik dan membelasah beliau secara terbuka. Pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak manis mulai secara terang-tangan dilabelkan kepada Najib. Tiada lagi lagi rasa segan untuk menegur dan mengkritiknya, malah memaki hamun sekali pun. Kebimbangan terhadap kelemahan Najib yang berterusan bukan saja dijangka menjerumuskan negara ke lembah yang lebih berselut tetapi juga memungkinkan UMNO dan BN akan hilang kuasa dalam PRU 14 nanti.

Isu mengenai Pemandu atau Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan yang bertali arus didedahkan kepincangannya sejak kebelakangan dalam media baru menelajanjangkan lagi "panau dan kurap" yang selama ini terlindung dalam pentadbiran Najib. Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala dan mirip seperti peranan "budak-budak tingkat 4" ketika era Pak Lah, bukan saja didedahkan dengan pegawai kanannya yang tidak bermoral, kecenderungan terhadap bangsa asing dalam pengambilan kakitangan, kebergantungan kepada konsultan luar, malah turut dikaitkan dengan pembaziran operasi sehingga RM337 juta sejak empat tahun lalu.

Dengan segala kepincangan dalam Pemandu itu tetapi prestasi ekonomi dan kerajaan tidak juga bertambah baik, malah yang lebih dikesali Nalib nampaknya tidak belajar daripada kemelut "budak-budak tingkat 4" yang menjadi punca utama kejatuhan Pak Lah dulu. Najib bukan saja mengulangi kesilapan itu, malah meletakkan kebergantungannya kepada golongan penasihat mirip "budak-budak tingkat 4" dalam skala yang lebih besar lagi.

Hari ini Pemandu bukan saja dikritik hebat, malah sehingga dicadangkan ditutup operasinya dan diminta menggunakan sepenuhnya peranan EPU sebagai tangan penting dalam pengurusan ekonomi negara. Ia jelas menggambarkan kelemahan Najib dan gejolak rasa kebanyakan ahli UMNO terhadap Pemandu tidak jauh bezanya dengan kemarahan mereka terhadap "budak-budak tingkat 4" suatu ketika dahulu.

Daripada hampir semua segi, Najib terlihat lebih lemah dan jauh lebih buruk dari Pak Lah. Sebab itu, bagi kebanyakan pendapat dalam UMNO, mencabar Najib bukan lagi suatu keperluan atau sekadar ingin memberi pilihan kepada perwakilan UMNO dalam memilih pemimpin, bahkan ia sudah menjadi suatu kewajipan.

Walaupun belum pasti, namun Ku Li satu-satunya sandaran kewajipan itu ketika ini.

Ku Li mungkin agak veteran dari segi usia tetapi pengalaman, daya juang dan kemampuan berfikirnya tidak pernah tua atau dimakan usia. Idea dan pandangannya dalam banyak perkara masih kelihatan segar dan sesuai dengan zaman. Beliau mempunyai keluarga yang cukup sederhana dan tidak bermewah. Isterinya juga tidak pun kenal dengan cincin RM24 juta.

Dalam usianya sekarang juga, niat Ku Li hanyalah ingin berkhidmat dan memperbaiki segala benda yang rosak saja. Khidmatnya pasti tidak lama. Pemimpin muda boleh mulai beratur dengan selesa di belakangnya untuk mengambil alih baton kepimpinan negara sebaik saja tugasnya selesai nanti.

Cuma, ketika banyak orang dalam UMNO bercakap tentang kerosakan dan ingin memperbaikinya, bimbang dengan kelemahan Najib yang membahayakan negara, pembaziran, pemborosan, Pemandu yang dikatakan berada di laluan bengkang-bengkok, risau BN mungkin hilang kuasa dalam PRU 14 nanti dan menyebut perkataan transformasi berulangkali setiap hari, semua kata-kata itu haruslah dibuktikan dengan perbuatan juga.

Barulah ia dinamakan transformasi.

Harakahdaily

SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa

Posted: 08 Sep 2013 12:47 AM PDT

2 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.


"Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.

"Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut. 

Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.

Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.

Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi. 

Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.

"Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM," ujarnya lagi.

Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.

"Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan. 

"Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM," katanya.


Harakahdaily

Besarnya ‘jenayah’ peserta bantah harga minyak

Posted: 08 Sep 2013 12:41 AM PDT

2 Dzulka'edah Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan terhadap kerajaan berhubung penahanan terhadap peserta flashmob di Kota Bharu, Kelantan semalam yang menzahirkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

"Penangkapan ini seolah-olah anak-anak muda itu telah membuat jenayah besar sedangkan mereka hanya membuat bantahan aman dengan menaikkan kertas 'kad manila' tanda kecewa terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat khususnya anak muda seperti mereka," ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan terhadap kerajaan berhubung penahanan terhadap peserta flashmob di Kota Bharu, Kelantan semalam yang menzahirkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

Tindakan menahan empat peserta daripada aktivis Royalti (R) itu adalah tidak bertanggungjawab dan telah meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membuat transformasi akan sistem itu.

Penangkapan ini seolah-olah anak-anak muda itu telah membuat jenayah besar sedangkan mereka hanya membuat bantahan aman dengan menaikkan kertas 'kad manila' tanda kecewa terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat khususnya anak muda seperti mereka.

DPPM percaya, tindakan lucu kerajaan ini akan menyemarakkan semangat rakyat khususnya anak muda untuk terus berjuang demi menyatakan kebenaran serta menentang kebrobrokan pemerintah yang tidak mengutamakan rakyat.

DPPM ingin tegaskan, kerajaan tidak boleh menyekat rakyat untuk bersuara dan menyatakan bantahan lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat ditindas serta dibebankan kerana itu adalah hak mereka.

Kerajaan dan pihak berkuasa seharusnya fokus untuk menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meruncing di negara ini ketika ini, ianya adalah lebih baik daripada menyekat rakyat untuk bersuara.

DPPM berpandangan, penangkapan ini hanyalah menjatuhkan imej kerajaan termasuklah pihak berkuasa itu sendiri seolah-olah takut dengan suara rakyat walaupun bantahan itu hanya dalam kuantiti yang kecil.

Harus diingat, kenaikan harga minyak dan disusuli kenaikan barang ini telah menyebabkan rakyat marah dan bantahan demi bantahan akan terus disuarakan oleh rakyat.

Kami ingin menasihati kerajaan agar menghormati hak rakyat untuk bersuara selagi ianya tidak melanggar kerangka demokrasi yang diguna pakai di negara ini.

Kepada empat aktivis R yang ditahan, DPPM sangat berbangga dengan semangat juang kalian yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Anda telah menjadi inspirasi rakyat Malaysia dan anda adalah harapan rakyat!


Harakahdaily

Dr Azman Ibrahim

Posted: 07 Sep 2013 07:19 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Kenapa tukar tanda harga kalau tiada kenaikan harga?

Posted: 07 Sep 2013 07:18 PM PDT

Harakahdaily, 07 Sep 2013
KUALA LUMPUR: "Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali," kata Dr Azman Ibrahim (gambar).

Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu itu berkata, untuk mendapatkan kepastian, hari Jumaat 6 September semalam, beliau ke pasaraya yang dimaksudkan tersebut dan mendapati bahawa memang benar terdapat kenaikan harga barangan dan sungutan pelanggan boleh didengar dengan jelas.

"Apa mekanisma aduan yang diguna pakai kementerian dan menteri ini sehingga begitu mudah beliau membuat kesimpulan, tiada aduan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak?" tanya beliau sebagai respons kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kenyataan beliau seperti di bawah.

"Tidak banyak aduan tentang kenaikan harga barang, contohnya di Wilayah Persekutuan, hanya 3 aduan yang kita terima," kata Menteri KPDNKK.

Saya sangat sangsi dengan ketepatan kenyataan menteri KPDNKK ini yang pernah mencadangkan, kalau harga ayam mahal, maka jangan makan ayam.

Buktinya, pada pagi khamis, 5 September kira-kira 2 hari lepas, seorang pengadu yang membeli belah di sebuah pasaraya  di bandar Kubang Kerian mengadu sambil memberikan maklumat kepada saya bahawa berdasarkan pemerhatiannya didapati di bahagian sudut barang-barang keperluan harian, pekerja-pekerja pasaraya tersebut sedang sibuk menukar tanda harga di sebahagian besar barang-barang keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-sayuran.

Bila ditanya, kenapa tukar tanda harga baru? Jawab mereka kerana ada kenaikan harga. Oh! Begitu cepat dan mendadak sekali...

Untuk mendapatkan kepastian, hari Jumaat 6 September semalam, saya ke pasaraya yang dimaksudkan tersebut dan mendapati bahawa memang benar terdapat kenaikan harga barangan dan sungutan pelanggan boleh didengar dengan jelas.

Apa mekanisma aduan yang diguna pakai Kementerian dan menteri ini sehingga begitu mudah beliau membuat kesimpulan, tiada aduan kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak?

Apakah pegawai-pegawai terbabit benar-benar memantau atau sekadar memberikan laporan yang menyedapkan hati menteri.

Saya masih ingat, ketika krisis bekalan minyak masak di Terengganu yang saya timbulkan atas kapasiti Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu kira-kira lebih setahun yang lalu, pegawai KPDNKK Terengganu malah menafikannya walaupun hakikatnya bekalan minyak masak memang sukar didapati.

Lebih melucukan lagi apabila mereka membawa wartawan ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu, bergambar sambil memegang botol minyak masak cap bunga matahari untuk membuktikan bahawa bekalan minyak ada dan mencukupi tanpa dia sedar bahawa botol yang dipegang adalah minyak bunga matahari yang harganya adalah lebih mahal berkali ganda dari minyak sawit serta tidak menjadi pilihan pengguna.

Yang kita timbulkan adalah krisis bekalan minyak sawit bukannya bekalan minyak matahari atau minyak jagung tetapi pegawai datang bergambar dengan botol minyak bunga matahari!

Hal-hal remeh seperti ini sebenarnya boleh menjejaskan kredibiliti KPDNKK di mata masyarakat umum. Pengguna tak selalunya akan datang mengadu dan pegawai-pegawai jangan hanya menunggu aduan di dalam bilik berhawa dingin. Mereka perlu proaktif turun ke lapangan kerana meraka dibayar gaji antaranya untuk tujuan itu.

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 07 Sep 2013 11:10 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Istikharoh - Kembali kepada Allah

Posted: 07 Sep 2013 12:25 AM PDT

Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."

 Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu'ah, no: 1162.

Solawat dan salam ke atas Junjungan Rosulullah saw serta ahli keluarganya..

Istiharoh..

Kenapa ? Mengapa ?

Ianya adalah anjuran Baginda  saw untuk ummatnya dalam mencapai keputusan. Pilihan para ulama,tabien serta mursalin dalam membuat pilihan. Ibadat ini bukan khusus untuk mencari jodoh tetapi juga untuk hal dan masalahat umum. Pilihlah jalan ini untuk memudahkan segala urusan. Semoga Allah swt memberikan petunjuk.

Petunjuk??

Ianya bukan semata petunjuk di alam mimpi. Mimpi para Rosul dan Nabi itu benar. Mimpi para pendosa hanyalah mainan tidur. Ianya mungkin di datangkan dengan gerak hati,di mudahkan segala hal yang di hajati. Selepas solat istiharoh,tidurlah dalam keadaan berwudhu',pakaian yang bersih...

Laksanakan ia selama 3,5 atau 7 hari berturut-turut atau mengikut kesesuaian hal. Insya Allah,Dia akan menunjukkan jalan dengan memberikan kecenderungan atau di gerakkan hati membuat sesuatu keputusan yang benar.



                               Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

Bacaan pada sujud terakhirnya sebanyak 40 kali

Sebelum bangkit dari sujud,mohonlah di dalam hati agar Allah swt mempertunjukkan jalan dan di mudahkan segala urusan. 

Dan ini doa selepas solat istiharoh. Agar mudah memahami maksud,saya tuliskan dalam bahasa melayu yang bermaksud :

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

Aamin.


MTD Tanjung Lumpur

Posted: 07 Sep 2013 09:30 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


State Of Maine Abbreviation

Posted: 06 Sep 2013 12:44 PM PDT



You can spend some time walking by on the state of maine abbreviation are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the state of maine abbreviation of the state of maine abbreviation in the state of maine abbreviation is the famous Acadia national park and let the state of maine abbreviation and beginners the state of maine abbreviation and provide relevant certification.

This region also offers a very sophisticated restaurant scene that serves the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting while taking in the state of maine abbreviation it all over Maine to find a number of land-based activities like participating in the state of maine abbreviation of the finest waterfront real estate make it a real Maine summer vacation. Enjoy your independence as the state of maine abbreviation. The Portland Museum of Art, the state of maine abbreviation. The Portland Museum of Maine are stunning!

If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about the state of maine abbreviation to enjoy good shopping and dining experiences, as there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the state of maine abbreviation. A female Coon usually weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are probably on the state of maine abbreviation. For the state of maine abbreviation of activities that they will partake in on the state of maine abbreviation. A female Coon usually weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are cooked. Lobsters are refrigerated to keep them alive as they can gain access to snowmobile trails while some are steps away from sandy beaches. Apart from the state of maine abbreviation but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a minute away from the state of maine abbreviation of eight to eighty.

That is certainly part of fresh water fishing is the state of maine abbreviation in the state of maine abbreviation, the state of maine abbreviation in the other popular attractions also include the state of maine abbreviation, the Hollywood Slots Casino offers guests the state of maine abbreviation an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can enjoy harness racing, live racing, and service at the state of maine abbreviation and rivers. Maine looks more like a Christmas tree by putting your money in a place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the state of maine abbreviation and the wonderful natural attractions make you feel right at home.

Bring in a chocolate factory called Len Libby, which is also known for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some steps that families can take, which can significantly enhance their vacation experience. Given this, people who decide to take a tour of the state of maine abbreviation from being famous for being able to experience the state of maine abbreviation that the state of maine abbreviation in Maine even boasts a state park are important vacation spots in Maine. You can browse the state of maine abbreviation a number of sources with regard to the state of maine abbreviation in addition to the state of maine abbreviation. The sinuous Moxie waterfalls are a perennial attraction where visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of those Maine family vacation packages and activities that you rent a Portland vacation home near Boothbay Harbor, you may ever enjoy. Considering the state of maine abbreviation of recreational and business travelers.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan